W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

suamiku


“mak.ayah. tak ada cara lain ke?” Syuhadah memandang tepat puan Jamilah dan Encik Syazwan yang berada di hadapannya. Wajah masing-masing tidak beriak. Syuhadah dapat melihat airmata Puan jamilah sebelum maknya menunduk.
“mak?”
“kakak? abang?” dikalih pula pandangannya ke sebelah. Syahid dan Syuzana hanya memandang kosong.
Syuhadah mengeluh lembut. Pada siapa lagi dia harus bertanya kalau semua orang pun membisu. Mereka hanya memberi kata putus dan dia yang menerima hukuman itu. adilkah?
“ayah dan mak dah buat keputusan.ayah harap Syu akan terima walaupun ayah tahu Syu akan tentang. Ayah harap sangat.” Ujar ayah sebelum dia bangun dan meninggalkan ruang tamu itu.
Puan Jamilah mendekati anak bongsunya dan memeluk tubuh kecil itu.
“mak minta maaf kerana melibatkan Syu.” Tubuh kecil itu dipeluk erat.
“mak dan ayah tak adil.” Ujar Syuhadah sayu.
*****
Syuhadah melemparkan pandangan ke luar tingkap. Halaman rumah yang tadi penuh dengan tetamu jemputan kini sepi. Tiada lagi gelak ketawa riang. Tiada lagi kelibat Alia, anak saudaranya memberi buah tangan kepada para tetamu.
Hanya tinggal 2 buah khemah besar yang masih elok terpacak. Meja dan kerusi sudah elok tersusun. Kerusi sofa yang tadinya diletak di laman sudah pun dialih masuk ke dalam rumah. Garaj kereta yang tadi kosong kini sudah terisi kembali dengan kereta ayahnya.
Pandangannya kini dialihkan ke langit hitam. Tiada bintang. Tiada juga terasa angin malam. Hanya bulan yang menemani malamnya. Dia mengeluh perlahan.
“Ayah Su pinangkan Syu untuk anak dia.” beritahu ayah pada suatu malam. Dia yang sedang menguyah buah tersedak.
“ayah su?”
“Ayah su.”
“kenapa tiba-tiba?”
“Syu kenalkan anak ayah su? Sepupu Syu tu?”
“Syu rasa ramai kot anak Ayah su. 4 orang kan? Dan semuanya sepupu Syu.”
“ memanglah ramai, 4 orang tapi sorang jer lelaki. Takkanlah Ayah Su nak pinangkan Syu untuk anak perempuan dia?” eh,ayah ni. boleh lagi buat lawak-lawak.
“kenapa, ayah?”
“tak sampai 2 bulan lagi Farhan akan berkahwin dengan gadis pilihan dia. tapi, tiba-tiba tunang dia kemalangan dan meninggal dunia minggu lepas. Jadi Ayah Su mintak Syu tolong gantikan tempat tunang Farhan.” Terang ayah panjang lebar. Aku? jadi pengganti pengantin perempuan?
“ayah ni. nak bergurau ke?”
“ayah serius Syu.” Suara tegas ayah mematikan ketawa kecil Syuhadah.
“tapi, kenapa tiba-tiba? Kenapa Syu yang kena ganti?”
“hanya Syu yang belum kahwin lagi.” alasan apakah ini?
“takkanlah sebab Syu tak kahwin lagi, Syu yang kena ganti pengantin perempuan tu? tak logic la ayah.”
“habis tu, nak suruh kakak Syu yang dah beranak 3 tu kahwin dengan Farhan?” erk?
“ayah.”
“hanya Syu jer yang boleh tolong Ayah Su. Takkan diorang kena batalkan majlis yang dah hampir siap tu? atau..Syu dah ada?”
“ha?”
“Syu dah ada siapa-siapa ke?”
“Tak ada ayah.”
“jadi, apa masalahnya?” Syuhadah diam.
“Syu tak kenal sangat dengan Farhan tu. macam mana Syu nak kahwin dengan dia?”
“Cinta boleh pupuk lepas kahwin.”
“tapi..takkan tak ada orang lain?”
“Ayah Su nak Syu jugak.”
“ayah. Syu taknak!”
“ayah dah terima pinangan tu.” sekali lagi Syuhadah tersedak.
“Ayah!”
“ayah berhak.”
“mana adil.”
“ayah tahu Syu akan tolak. Sebab tu ayah dan mak dah terima awal-awal.”
“ayah. Habis tu kenapa ayah tanya Syu kalau ayah dah terima?”
“ayah saja nak tengok reaksi Syu.”
“ayah kejam. Mak Kejam.”
“ni untuk kebaikan Syu jugak..”
“jauh mengelamun.” Sergah satu suara dari belakang. Syuhadah yang terlalu asyik mengelamun tersentak lalu terhantuk kepalanya di tingkap.
“aduh.” Dia menggosok perlahan kepalanya. Dia menjeling ke sebelah apabila terdengar suara itu ketawa besar.
amboi. Sedapnya gelakkan orang!’
“lain kali berangan lagi. sampai bila nak tengok kat luar tu? dah maghrib ni. tutup tingkap tu nanti tak pasal-pasal satu bilik ni penuh dengan nyamuk.” Tegur suara itu lagi.
‘banyak pulak mulut dia ni.’
“mengutuk ke? Tak baik tau. Aku ni suami kau. Opps, dah tak boleh guna aku-kau kan? kita panggil abang-sayang nak?”
Syuhadah menjeling wajah itu. dia melangkah ke almari dan mengeluarkan baju basahan. Dah melekit rasa badannya kerana melayan tetamu yang hadir sejak pagi tadi.
“tolong keluarkan baju abang jugak.” pesan lelaki itu.
“mana saya tahu baju awak yang mana satu. Keluarkanlah sendiri.”
“oh. Ada suara jugak. ingatkan dah bisu tadi.”
“malas nak layan orang yang banyak mulut macam awak.”
“abang la. Bukan awak saya. Tak romantikla awak saya.”
“uh. Romantikla sangat.” Terus kakinya diatur ke bilik air. Lagi lama mendengar suara itu berceloteh lagi banyak yang makan hati.
*****
“Syu tolong panggilkan Farhan.” Arah mak ketika dia mula melangkah masuk ke dapur untuk makan malam.
“ala. Dia dah besar pandailah turun sendiri.” Gumamnya perlahan.
“apa Syu cakap? Dah. Cepat. Kita nak makan ni.”
Dengan langkah yang malas, dia menapak jugak ke biliknya. Sebelum dia keluar tadi, rasanya Farhan baru sahaja melangkah ke bilik air. Berlengah-lengah betul dia ni.
Dia menolak daun pintu. Sunyi pulak bilik ni. tak siap lagi ke? Syuhadah duduk dibirai katil. Tanpa dia sedar, dia mengeluh lagi.
Dia dan farhan memang rapat sejak kecil lagi. selalu bermain bersama-sama. Tak kisahla, main apa. Main masak-masak, main perang semuanya dia ikut. Dimana ada Farhan, disitulah Syuhadah. Zaman kecil memang menyeronokkan. Kalau main dari pagi sampai malam pun tak apa.
Dia ingat lagi setiap kali pulang ke kampong masa musim cuti sekolah, dia pasti akan mencari Farhan. Hubungan mereka rapat sehinggalah darjah 4. Ketika itu dia masih lagi darjah 4 dan Farhan darjah 5. Hanya setahun jarak umur mereka.
Ketika itulah hubungan mereka mula renggang. Masing-masing sibuk dengan sekolah. Pagi, sekolah biasa petang pula kelas tambahan. Masa musim cuti sekolah pula ada kelas tambahan dan tusyen. Yelah, masing-masing nak menghadapi UPSR.
Disekolah menengah pula, masing-masing membawa haluan. Keputusan farhan cemerlang dan dia ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Dan Syuhadah hanya bersekolah menengah biasa. Dan alhamdullillah rezeki Syuhadah kerana dia pula ditawarkan ke MRSM pada tingkatan 4. Dan selepas itu hubungan mereka bagaikan terputus. Yelah seorang di utara dan seorang di selatan. Mana nak jumpa kan?
Dan kini, setelah lama mereka tidak bersua, mereka ditemukan dalam sebuah perkahwinan. Macam mana nak hadapi Farhan sebagai suaminya kini?
“Syu ni memang suka berangan ke?” sergah suatu suara. dan sekali lagi dia terjelupuk jatuh dari birai katil. Aduh sakitnya!
“berangan lagi.” gelak ketawa Farhan masih lagi bersisa.
Dia cuba bangun. Sengal dikaki cuba ditahan walaupun terasa benar sakitnya.
Yelah, kaki dah terhantuk kat kaki katil. Mana tak sakit. Nasib baik bukan kepala, kalau tak. Erm, dah berbenjol dahi ni tau!
“meh abang tolong.” Tangan Farhan yang melingkari pinggangnya tiba-tiba membuatkan Syuhadah tersentak. Tangan Syuhadah secara reflex menyiku kuat perut Farhan dan dia meronta kuat. Farhan yang tidak menjangkakan tindakan Syuhadah mula hilang imbangan badan. Dan, sekali lagi mereka jatuh. Lebih malang lagi, kaki Syuhadah yang sakit tadi sekali lagi terkena kaki katil kayu itu.
“aduh.” Sakit kakinya memang tak tergambar. Hampir menangis Syuhada. Kelam kabut Farhan apabila melihat kaki Syuhadah yang merah itu.
“jangan pegang.” Terhenti tangannya apabila mendengar arahan Syuhadah.
“abang nak urut ni.”
“tak payah. Lagi sakit nanti.”
“eh, abang pandai urut tau.”
“tak payah. Tak payah nak susah. Biar saya sendiri yang urut.” Dia memegang perlahan kakinya.
Sakitnya!
“degil!”
“biarlah, kaki saya.” Balasnya geram. Sebab Farhanlah kakinya bertambah sakit. Dah hampir terseliuh ni.
Terbit rasa kasihan dalam diri Farhan apabila melihat Syuhadah mengaduh apabila kakinya diurut menggunakan minyak panas.
“betul taknak abang urutkan?”
“tak apa. Awak turun dulu. mak panggil makan tadi.”
“habis Syu?”
“tak apa.”
“tak lapar ke?”
“lapar jugak.” perut yang berkeroncong terpaksa ditahan.
“habis tu, takkanlah taknak turun makan?”
“nanti-nantilah saya turun. Awak turunlah dulu.”
“la. Jomlah turun sama. Kita makan.”
“taknak.”
“apsal?”
“aish. Taknakla.”
“tadi kata lapar.”
Dia ni tak faham atau buat-buat tak faham?
“awak ni memang blur atau sengaja buat blur?”
“apa maksud Syu?”
“kaki ni. mana boleh jalan.”
“la. Sebab kaki ke? Abang boleh dukung kalau Syu tak boleh jalan.”
“ya. Tapi bukan sebab ni.”
“ha?”
“aish.lembap.”
“ada pulak panggil abang lembap.”
“eeee...geramnya!” panas hatinya bercakap dengan Farhan ni.
“apa yang awak tak puas hati ni? abang tak faham”
“awak ni. tahu tak, kalau saya turun dengan kaki macam ni mesti kita kena kutuk kaw-kaw punya. Lebih lebih lagi dengan abang saya.”
“la. Kenapa nak kena kutuk?” Syuhadah menepuk dahinya.
Teringat lagi syuhadah ketika majlis perkahwinan abangnya, Syahid dulu. dialah orang yang paling kuat mengusik abangnya. Sampai merah muka kakak iparnya. Abangnya pernah berjanji untuk membalas balik usikan dia. ha, sekarang peluang abangnya untuk mengusik terbuka luas. Habis lah dia nanti!
“awak pergi jela turun makan. Kesian dengan mak dan ayah sebab tengah tunggu kita turun. Pergilah.” Pujuk Syuhadah. Dia rela berlapar dari menerima usikan dari abangnya. Dia confirm, mesti abang melancarkan serangan usikan yang paling power.
“oklah. Betul tak nak makan?” SYuhadah mengangguk laju.
Akhirnya Farhan melangkah keluar dari bilik. Syuhadah naik ke katil. Kakinya diurut perlahan. merah ni. mahu bengkak esok ni.
10 minit kemudian, pintu bilik ditolak dari luar. Farhan. Dia menatang sebuah dulang yang berisi 2 buah pinggan dan 2 mug. Lalu langkah diatur menuju ke katil.
“awak tak makan ke?” tanya Syuhadah.
“takkan abang nak makan kalau Syu tak makan?” terharu Syuhadah mendengar kata-kata Farhan
“lagipun abang taknaklah bertanggungjawab kalau ada orang yang menjadi pencuri tengah malam nanti. Tak pasal-pasal abang kena cop jadi suami yang mendera isteri kan?” syuhadah menjeling kearah Farhan.
Hampeh!
“dah makan. Abang letak semua lauk yang ada. Mak cakap Syu makan banyak. Cukup ke? Kalau tak cukup, ambil bahagian abang ni.”
“perli ke?” Syuhadah memandang pinggannya yang penuh membukit dengan lauk pauk. Dah macam gunung dah. Dia mengaku dia memang makan banyak tapi orang dah ada selera, takkan nak sekat-sekat pula kan? rezeki depan mata, tak baik membazir.
“eh, tak lah. Abang taknaklah Syu jadi kering bila kahwin dengan abang.”
‘ish. Layan dia ni memang takkan habis.’
Sudahnya, makan malam mereka hanya ditemani suara-suara dari televisyen. Nasib baik ada tv kecil dalam biliknya, kalau tak lagi banyak kena bersoal jawab dengan suaminya.
*****
“hai pengantin baru. Dah sihat?” tegur Syahid di kaki tangga pagi itu. Syuhadah hanya mengukir senyuman kecil.
‘habislah aku’
“penat sangat ke sampai tak turun makan semalam? Siap kena bawak makanan ke bilik lagi. projek apa yang korang buat kat bilik sampai tak turun semalaman?” usik Syahid lagi.
Syuhadah hanya tersenyum. Nak membalas? Erm, lagi teruk dia di usik oleh abangnya itu. tahan jerlah telinga.
“mak ayah. Lusa farhan dah kena masuk kerja.” Ujar Farhan ketika kami sedang makan sarapan.
“cepatnya. Tak cuti lama ke?”
“tak ayah. Nanti banyak pula kerja kat office tu.”
“erm, yelah.”
“Farhan ingat nak bawak Syu ni sekali.”
“bawaklah. Syu tu kan jadi isteri kamu. Nak bawak pergi mana pun tak apa adik abang tu. nak kurung dalam rumah pun tak apa.” Ujar Syhaid pula.
Ai, tak habis ke abang?
“baiklah kalau macam tu.”
*****
“awak kerja apa?”
“bank.”
“kerja apa?”
“kenapa nak tahu?” ketika itu mereka dalam perjalanan ke rumah Farhan.
“salah ke nak tahu? Nanti kalau orang tanya, senang saya nak jawab.”
“jawab jerlah yang abang kerja kat bank.”
“yelah. Memang kerja kat bank. Tapi sebagai apa?”
“penting ke jawatan tu?” Syuhadah pandang Farhan di sebelah.
Susah sangat ke nak cakap kerja apa?
“yang penting halal. Jangan risau, saya bukannya pergi rompak bank setiap hari.” balas Farhan.
“dan saya bukannya macam orang sebelah ni. jadi penanam anggur berjaya. Banyak tak dapat hasil? Nak jugak abang rasa tanam anggur ni..” sambung Farhan.
Amboi mulut!
“memang best. Rugi awak tak jadi macam saya.” Balas Syuhadah pula.
“susahla kalau kita sama-sama tanam anggur. Nanti bersaing. Susah. Lagipun takkanlah kita nak makan anggur setiap hari? mesti tak best.”
‘sabar jerlah layan dia ni’
Syuhadah baru saja menghabiskan pengajiannya sebulan yang lepas. Interview pun dah pergi. Cuma sekarang tengah tunggu panggilan dari syarikat yang telah dia apply.
“awak tinggal kat mana?” tanya Syuhadah setelah lama mereka diam. Bosan pula kalau duduk dalam kereta lama-lama macam ni.
“dalam rumah la. Takkan dalam gua.”
“memang lah dalam rumah. Tapi kat mana?”
“atas tanah bawah langit. Jangan risau, dalam Malaysia ni jugak. yang penting dalam Selangor jugak.”
“eee..geramnya layan awak ni. orang tanya baik-baik dia jawab macam tu pulak.”
“la. Betullah apa yang saya jawab tu. salah ke?” balas Farhan tak bersalah.
“ah!!” jerit Syuhadah geram.
“kenapa?kenapa?”
“geram melayan orang yang tak berapa centre ni.”
“siapa?”
“entahlah orang mana.”
“susah tau kalau jumpa orang yang tak berapa nak centre ni.”
“eh, abang baru perasan ke?”
“apa?”
“perasaan apabila melayan orang yang tak berapa nak centre.”
“oh. Memang sakit hati kan. lebih-lebih lagi orang yang perasaan yang tak menentu macam Syu ni. penat abang nak layan.”
‘aku pulak yang kena? Ah, sabarkanlah hati.’
*****
“masuk masuk. jangan malu-malu.”
Rumah banglo 2 tingkat dihadapannya dipandang kagum. Wah, besarnya.
“betul ke ni rumah awak?”
“taklah. Ni rumah abang rompak last week. Amacam lawa tak?” Syuhadah kerling Farhan disebelah.
“awak ni memang tak boleh nak jawab soalan sayan elok-elok ke?” tanya Syuhadah geram.
“betul apa abang jawab. Kalau ni bukan rumah abang, takkanlah abang nak masuk? Syu yang tanya salah, lepas tu nak salahkan abang pulak”
‘aku jugak yang kena?’
“ha, ni bilik kita. Almari tu, abang dah kosongkan separuh untuk letak barang-barang Syu.”
Syuhadah mengangguk kecil.
“kemaslah barang-barang Syu. Sekejap lagi kita keluar nak cari barang dapur.”
*****
Seharian melayan farhan benar-benar menguji kesabaran Syuhadah. Tak sangka sepupunya yang dulu ketika kecil senang dilayan tapi kini? Uh, entah macam mana perangai itu boleh berubah. sakit hati dan geram melayan kata-kata yang keluar dari mulut itu.Nada farhan hanya bersahaja namun patah perkataan yang keluar? Sabar jerlah.
“syu buat apa?”
“potong kuku.”
“tolong abang?”
“apa dia?” pandangannya dari tangan kanan masih lagi belum terangkat.
“tolong potong kuku abang jugak.”
Serentak itu terada belakangnya badan panas. Dekatnya dia duduk! Ada tangan dihulur dari tepi kiri dan kanannya.
“cepatlah. Dah panjang ni.”
Syuhadah masih lagi terpaku dengan Farhan. Kedudukan mereka terlalu dekat sehinggakan syuhadah dapat merasakan nafas farhan di belakang badannya.
“sayang.”
“ok.ok.”
Sudah sebulan mereka berkahwin namun hubungan mereka masih lagi begitu. Bukannya dia tak berusaha untuk bermesra tapi Farhan langsung tak menunjukkan tanda-tanda untuk merapatkan hubungan mereka. Takkanlah dia yang nak terhegeh-hegeh?
Tapi sekarang?
*****
“abang. Syu dah dapat tawaran kerja.”
“oh. Kat mana?”
“kat bank ni. rasanya tak jauh kan dari rumah kita?” Syuhadah menunjukkan surat tawaran yang diterima tengahri tadi kepada Farhan.
“nanti Syu nak pergi dengan apa?”
“erm, Syu dah survey. Ingat nak naik LRT je. Tapi, abang kena hantarkan Syu pergi stesen boleh?”
Farhan hanya mengangguk. Hatinya berdebar melihat surat tawaran itu. kenapa dia boleh tak tahu?
“pagi esok awal tau. Lambat abang tinggal.”
“ala. Abang sanggup ke tinggalkan Syu?”
“eh, ingat abang tak berani? Cubalah kalau nak tahu.”
“yelah.yelah. Syu mana pernah bangun lambat. Selama ni, Syu yang kejutkan abang bagun tahu?”
“nak berlagak ke Syu boleh bangun awal? Abang pun boleh la.”
“yelah tu.”
“betul la. Esok kita tengok siapa yang bangun awal. Selama ni abang saja nak Syu. Sengaja nak suruh syu bangun awal. Lagipun bangun awal bagus untuk kesihatan.”
“yelah. Yelah. Ok, Syu dah nak tidur. Esok nak bangun awal.” Syuhadah bagun dari sofa dan menuju ke tingkat atas. Bersemangat untuk bangun esok dan memulakan tugasnya di syarikat itu.
*****
“cik Syuhadah. Ni meja cik. Sekejap lagi bos cik syuhadah sampai.” Ujar kak Limah lalu berlalu ke mejanya.
“akak. Saya buat apa?”
“oh, cik akan tolong ketua akauntan untuk siapkan audit.” Terang kak Limah.
“ni Puan Syuhadahla akak. Bukannya cik lagi.” tegur suatu suara. kelihatan seorang lelaki sedang berjalan masuk dan menuju ke meja kak Limah.
Eh?
“abang?” Syuhadah berdiri tegak.
“nak menyanyi lagu negaraku ke berdiri tegak macam ni?”
“tuan kenal ke dengan cik syuhadah ni?” tanya Kak Limah hairan.
“kenal sangat. Dia duduk kat rumah saya.”
“oh.” Sangka Kak Limah, Syuhadah hanya tinggal berdekatan dengan rumah farhan.
“puan syuhadah. Sila masuk bilik saya..” Syuhadah hanya memandang kearah kelibat itu. kenapa tak diterangkan saja yang dia adalah isteri lelaki itu? dan kenapa dia tak cakap apa-apa ketika surat tawaran itu disuakan kepadanya malam tadi?
“duduk.”
“kenapa abang tak cakap yang abang kerja kat sini?”
“abang pernah cakap la yang abang kerja kat sini.”
“mana ada. Abang cakap abang kerja kat bank jer. Mana pernah bagitahu nama bank.”
“habis tu Syu yang tak pernah nak tanya lebih-lebih.”
“Syu pulak yang salah?”
“habis tu kenapa abang tak kenalkan Syu sebagai isteri abang tadi? abang memang kan. abang sengaja buat macam tu.”
Hati Syuhadah memang sakit. Dan geram.
“abang kan baru sampai. Takkanlah abang nak buat pengumuman tiba-tiba? Tak ke pelik?”
“yelah.yelah. abang menang. Penat nak layan abang.” Langkah Syuhadah dihala keluar bilik.
Sepanjang hari dia tidak meperdulikan farhan. Biarlah dia. lagipun sejak dari pagi lagi suaminya sudah keluar. Menurut kak Limah, ada meeting diluar.
Tepat sahaja pukul 5.30 petang Syuhadah terus keluar. Lagi lama dia menunggu, entah apa yang terjadi. Dia tak mahu bertembung dengan Farhan. Rasa sakit hatinya dan geram masih lagi bersisa.
Nasib baik ada kak Limah tolong menghantarnya ke rumah.
“eh. Ni bukannya kereta tuan Farhan ke?” syuhadah hanya tersenyum.
Dah orang tu taknak mengaku kita isteri dia, buat apa kita nak terhegeh-hegeh kan?
“terima kasih kak.”
Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Gelap. Mana dia ni pergi? Kereta ada digaraj tapi rumah masih bergelap gelita.
Suis ditekan. Terperanjat dia apabila melihat ruang tamu yang sudah berubah wajah itu. meja makan penuh dengan makanan. Dia mendekati meja makan itu. semuanya makanan kegemarannya. Mana farhan? Senyapnya.
Dia melangkah ke biliknya. Kosong. Kedengaran bunyi air dari bilik air. Mandi rupanya.
Syuhadah melangkah ke katil. Badannya penat kerana seharian membuat semakan audit. Walaupun ini adalah hari pertamanya namun dia perlu membiasakan diri dengan digit-digit besar itu supaya senang kerjanya kelak. Tanpa disedarinya, dia terlena.
Setengah jam kemudian, farhan menapak keluar dari bilik air. Segar badannya apabila bersiram tadi. terperanjat besar dia apabila melihat Syuhadah sedang lena dengan tudung masih lagi dikepala.
‘penat sangat ke?’
Dia mendekati isterinya yang lena diatas katil. Dia mengelus perlahan pipi montel itu. dia mengaku Syuhadah memang suka makan namun badan itu tetap maintain. Tak jugak tembam walaupun makan banyak. Cemburu! Yelah, dia jugak yang naik badan kalau makan banyak. Eh, ingat orang lelaki tak jaga badan ke walaupun dah kahwin? penampilan tetap kena jaga la.
Syuhadah terjaga apabila terasa ada sesuatu yang sejuk, dingin di pipinya. Dia terkejut apabila melihat Farhan yang hanya bertuala separas pinggan itu berada dekat dengannya. Tanpa dapat ditahan oleh Farhan, sekali lagi Syuhadah jatuh katil. Kali ini dengan kepala yang jatuh dahulu. Teruk betul perangai terkejutnya!
“sakit?” tanya Farhan.
Syuhadah bangun sambil menggosok kepalanya. Sakitlah! Cuba jatuh katil, mesti sakit.
“kesian isteri abang. Selalu sangat terkejut lepas tu jatuh katil” farhan mendekati Syuhadah
“eh. Eh. Jangan dekat.”
“kenapa?”
“tak payah. Tak payah.” Syuhadah mengengsot cuba menjauhi Farhan.
“kenapa? kepala Syu sakit ke?” Dia menggeleng. Kemudian dia menangguk.
“yang mana satu ni?”
“abang jangan dekat.”
“apsal tak boleh?”
“abang seksi sangat.” Cepat-cepat Syuhadah menutup mulutnya. Lancar pulak mulutnya berkata-kata. Bukannya dia tak biasa melihat Farhan begitu. Selalu sangat. Tapi entah kenapa, malam ini Farhan kelihatan..seksi!
“abang seksi?”
“habis tu, Syu tak tergoda ke?” tanya Farhan lembut. Dia mencempung badan Syuhadah lalu diletak diatas katil
“dah. Duduk diam-diam. Jangan lepas ni terkejut sampai golek bawah katil.”
“abang nak buat apa ni?”
Syuhadah kaku apabila farhan merebahkan badannya di atas ribanya.
Kenapa dengan farhan ni?
“lama abang goda Syu tapi baru hari ni ke Syu perasan yang abang seksi?” tanya Farhan sambil menghadap kearahnya.
‘farhan goda aku?’
“Syu memang tak ada perasan terhadap abang ke?” tangan Syuhadah dipegang erat.
“taknak cakap dengan abang?” pipinya dielus perlahan.lama. Syuhadah masih lagi kaku. Terpaku dengan tindakan romantic Farhan yang tiba-tiba.
“tak apalah.” Farhan bangun dan menuju ke almari baju.
‘alamak, dia merajuk ke?’
Syuhadah semakin kalut apabila melihat Farhan mula melangkah ke pintu.
‘alamak. Alamak. Macam mana ni?’
“abang!” jeritnya apabila kelibat farhan semakin menghilang disebalik pintu. Hanya sekejap sahaja Farhan muncul dari pintu itu dan menuju ke arahnya.
“abang tahu. Syu mesti tak sampai hati tengok abang merajuk kan? macam kita kecik-kecik dulu.” farhan mula membaringkan badannya disebelah Syuhadah.
“abang ingat lagi?”
“mestilah ingat. Kita kan rapat dulu. lepas tu masing-masing sibuk. Tapi, abang tak sangka boleh pulak kita berkahwin kan?”
‘mestilah dia tak sangka. Aku ni pun kahwin sebab ganti tunang dia. kalau tak, tak adanya nak kahwin dengan aku ni.’
“abang tak sedih?”
“sedih?”
“yelah. Sedih.”
“kenapa nak sedih?” eh, dia ni tak faham ke?
Takkanlah nak ulang semula kisah sedih dia. tak sampai hati pula apabila mengenangkan cerita ayah yang mengatakan Farhan berkurung seminggu apabila mendapat tahu tentang kematian tunangnya dulu. kalau dia ungkit semula, agak-agak farhan marah tak?
“sedih sebab kisah abang dulu.”
“kisah abang yang mana satu?”
takkanlah dia tak ingat? Tak sampai setahun pun lagi.
“abang dengan dia tu.”
“dia? siapa?” ish.
“abang dengan tunang abang.”
“ha? Sejak bila abang ada tunang?” farhan sudah pun duduk tegak disebelahnya.
Farhan ni main-maian atau serius? Takkanlah dia tak ingat tentang tunang yang dia sayang tu?
“abang tak ingat?”
ataupun, dia hilang ingatan tak?
“ingat pasal apa?”
Aish. Dia ni memang mencabar kesabaran.
“abang kan bertunang dengan Amira.lepas tu nak kahwin dengan dia. takkan abang lupa kot.”
“Amira? Siapa?” Syuhadah menepuk dahinya. Dia hilang ingatan ke? Namun tiba-tiba dia tersentak. Ni, sama ada farhan betul-betul tak ingat atau...?
“kejap.” Syuhadah terus bagun dari katil dan menuju ke meja solek. Handphone disambar.
Hampir setengah jam dia bercakap ditelefon. Rasa geram dihati memang tak terbendung. Sampainya hati mak, ayah, ayah Su!
“kenapa?” Farhan mendekati Syuhadah.
“Syu kena tipu.” Nak menangis pun ada.
“kenapa? dengan siapa? Syu masuk skim cepat kaya ke?” tanya Farhan bertalu-talu.
Eh, banyak pula dia tanya.
“bukanlah. Ayah, mak dengan Ayah su tipu.”
“tipu pasal apa?”
“pasal tunang abang.”
“ai. Yang ni memang abang tak faham. Sejak bila abang ada tunang?”
Syuhadah menerangkan apa yang telah diberitahu oleh ayahnya tadi. rupanya, ini semuanya rancangan ayah, mak dan Ayah Su untuk menyatukan Syuhadah dan farhan. Mereka sengaja membuat cerita tentang kematian tunang farhan dan Syuhadah terpaksa menggantikan tempat tunang itu. padanlah, Farhan langsung tak menunjukkan rasa sedihnya kerana kematian tunangnya dulu.
“la. Macam tu ke? Nak tahu kisah abang pula?”
“apa?”
“Abah bagitahu yang tunang Syu yang kemalangan dan mati. Sebab tu abang kena gantikan tempat pengantin lelaki yang kosong tu.”
Syuhadah terkedu. Mati-mati mereka ditipu oleh ayah, mak dan Ayah su. Geramnya!
“kalau la abang tahu ni rancangan abah..”
“abang nak buat apa?” potong Syuhadah. Tahulah dia montel, mesti Farhan taknak kahwin dengan dia.
“dah lama abang ngap Syu.” Syuhadah terpaku.
Apa maksud Farhan?
“abang ingatkan Syu sedih sebab kena kahwin dengan abang. Sebab tu abang macam layan tak layan Syu. Abang ingat nak bagi masa kat syu.”
“kalau tak, dah lama abang....” Farhan pandang tak berkelip Syuhadah. Dalam kepalanya sudah terbayang perkara yang bakal terjadi.
Ruginya!
Syuhadah terkaku melihat pandangan farhan. Namun, cepat-cepat dia tersedar apabila menyedari pandangan nakal itu. bahaya! Cepat selamatkan diri! Cepat-cepat dia bangun dan berlari ke bilik air.
“takkan Syu nak duduk dalam tandas tu kan? tak lapar ke sayang?”
“Syu kenyang lagi.”
“betul? Banyak tau makanan yang ada kat bawah tu..” makanan yang berada diatas meja makan terbayang-bayang dalam kepalanya. Ada ayam bakar, ada ikan sweet sour. Udang kegemarannya pun ada. Rugi kalau tak makan tu!
‘macam mana ni, nak keluar ke? Takutla.’
“keluar la sayang. Abang takkan buat apa-apa la. “
“abang janji?”
“kena berjanji ke?”
“yelah. Kalau tak, macam mana Syu nak percaya cakap abang?”
“selama ni tak pernah pun kita berjanji?”
“abang kena janji dulu baru Syu keluar.”
“ok ok. Jom keluar.”
“taknak. Abang cakap dulu abang berjanji.”
“ala..”
“cepat cakap.”
“yelah yelah. Abang berjanji takkan kacau Syu. Puas hati?”
‘boleh percaya ke? Perut yang kosong dipegang. Kalau tak keluar, kebulur ni.’
10 minit kemudian, akhirnya Syuhadah keluar juga.
“abang turun dulu. nanti Syu ikut.”
“taknak. Kita turun sama-sama.”
“ala.taknak.”
“Syuhadah..”
“ok.ok. tapi jangan pegang-pegang.” Syuhadah memberi amaran. Dia masih lagi teringat pandangan Farhan tadi. dan dia bukannya bodoh untuk menafsir pandangan itu.
“kenapa tak boleh?”
“syu cakap tak boleh, tak boleh la.”
“abang nak pegang jugak.” farhan sudah pun berada dekat dengannya. Dekat sehingga dia dapat merasakan degupan jantungnya.
“abang janji tadi.”
“abang janji abang takkan kacau Syu. Bukannya taknak pegang Syu kan?”
“abang tipu.”
“dah. Jom lah kita makan. Abang lapar ni. kalau Syu tak nak turun,tak pasal-pasal Syu yang kena makan nanti.”
“ok.jom” cepat langkahnya menuju ke meja makan. Gerun mendengar kata-kata Farhan. Tapi, boleh ke dia escape malam ni?
Syuhadah melabuhkan duduk diatas kerusi. Farhan masih lagi berdiri disebelahnya.
Kata nak makan? Cepatlah. Dah lapar ni.
“abang rasa kita tak cukup something la.” Tak cukup? Makanan yang penuh meja ni masih tak cukup?
“dah banyaklah makanan ni. apa yang tak cukup?”
Makanan dihadapannya dipandang tajam.
Nasi, ada.
Lauk pauk, ada.
Sayur, ada.
Air, ada.
Pinggang, ada. Sudu garfu, ada. Cawan, ada.
Apa lagi yang kurang?
“dah banyak ni. abang nak tambah lauk lagi ke?” tanya Syuhadah hairan.
“erm...abang rasa desert tak ada.”
“desert? Bukannya orang makan lepas habis makan yang berat ni ke?” biasanya orang makan buah-buah lepas makan nasi kan?kan?
“tapi, kali ni abang rasa nak makan desert dulu la.”
Serentak itu, Farhan menunduk. Dagu Syuhadah ditolak perlahan. Syuhadah terpaku.
“sedap. Barulah abang boleh makan dengan berselera.” Ujar Farhan sambil tersenyum panjang. Syuhadah pula merasakan wajahnya membahang. Tak sangka!
Syuhadah menunduk memandang pinggannya. Malu! Namun tiba-tiba teringatkan sesuatu.
“abang.”
“kenapa? ada makanan yang Syu rasa tak cukup?”
‘ish. Tahulah aku kuat makan kan.’
“tadi.kat office.”
“oh. Abang tahu abang salah. Tentang tawaran Syu dapat kerja kat situ langsung tak ada kena mengena dengan abang. Bukan abang yang uruskan tentang interview.”
“habis tu, malam tu kan Syu ada tunjuk kat abang surat tawaran? Takkan abang tak cam?”
“oh.yang tu abang sengaja. Nak tengok macam mana reaksi Syu bila tahu yang Syu kena kerja bawah abang. Best kan?”
Bestla sangat. Confirm kena buli setiap hari.
“kenapa abang tak kenalkan Syu sebagai isteri abang?”
“entah. Abang ingat Syu tak suka kalau abang kenalkan Syu sebagai isteri abang.”
Eh.siapa cakap?
“mana abang tahu Syu tak suka?”
“entah.”
Syuhadah mengeluh perlahan. tak sangka dia dan Farhan sama-sama kena tipu. Hidup-hidup kena tipu!
“syu suka ke jadi isteri abang?” erk? Kena jawab ke?
“abang suka Syu jadi isteri abang.” Sambung Farhan. Syuhadah tersenyum panjang. Syu memang sayangkan abang dari dulu-dulu lagi! sejak kita kecil lagi.
“abang anggap senyum syu tu tanda Syu pun suka abang, kan?”
Syuhadah masih lagi tersenyum sambil memandang Farhan. Mereka berbalas pandangan.
“ok. dah, makan. Cepat makan, cepatlah kita ke agenda seterusnya.”
Agenda seterusnya?
Tak perlu bercakap panjang kerana Syuhadah tahu dan faham dengan pandangan yang dilemparkan oleh farhan.
“abang nak rasa desert lagi lepas ni. tak puas.”
Senyuman tadi hilang.Dia ternganga. Nak lari!


No comments:

Post a Comment