W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

aku dan dia


orang cakap, kalau kita sayang orang tu, kita lepaskan dia. dan kalau dia kembali, bermakna dia memang jodoh kita tapi kalau dia tak kembali, maksudnya dia memang bukan jodoh kita. tapi masalahnya, boleh ke kita lepaskan orang yang kita sayang tu? sanggup ke kita lepaskan orang yang kita sayang tu kepada orang lain?
********************
hidup aku sebagai seorang student ni, tak jauh bezanya dengan orang lain. orang pergi kelas, aku pergi kelas. orang ambil test atau exam, aku ambil test,exam jugak. macam tula kehidupan seorang student. walau kita ni duk busy mengumpat ke apa, kita tetap takkan lari dari buku. habis mengumpat, masuk bilik bukak buku. pergila melancong serata dunia pun, tapi balik-balik, bukak buku jugak..
namun, aku beruntung sangat sebab dilahirkan dalam keluarga yang agak mewah. tak perlu nak risau sangat tentang belanja. semua dah ada, cuma bangun, makan dan pergi kolej. ada sesetengah orang tu, tak sebaik aku. tapi, ini bukanlah satu tiket untuk aku membangga diri atau bermegah dengan apa yang aku ada. tu duit mak bapak aku, bukannya duit aku. lagipun, kemewahan dunia takkan menjamin kebahagiaan di sana kan?
bukanlah niat aku untuk mengutuk sesiapa, nak mengata jauh sekali. cuma ada sesetengah 'orang kaya' ni, suka bermegah dengan apa yang diorang ada. dan suka membuli orang yang kurang bernasib. kesian jugak bila tengok aksi 'buli-membuli ni'. ingatkan, bila dah zaman moden ni, hilanglah aktiviti membuli ni, tapi erm....
aku bukanlah nak membanggakan diri sendiri, cuma aku lebih suka hidup berdikari. jauh dari kongkongan keluarga. umur pun dah 23, so rasanya lebih bagus aku hidup jauh dari keluarga. dan aku ni, jenis yang tak suka bergaul dengan orang sangat. nerd? erm.tak. gengster? lagi la tak. aku ni tengah-tengah. opps, bukannya jantina. aku ni lelaki tulen, ok? maksud aku, tak berpihak pada mana-mana kumpulan. lagipun, aku tak rasa orang nerd ni selalu betul dan tak selalunya gengster ni jahat. kadang-kadang gengster ni nampak jer ganas tapi sebenarnya diorang baik sangat.
bila duduk jauh dari keluarga, aku bebas nak buat apa. tapi, aku still ingat kat keluarga aku. aku still ingat pesanan keluarga aku. dan yang penting, aku still ingat siapa aku. sekarang aku dalam tahun akhir engineering di sebuah universiti tempatan. aku menyewa sebuah sebuah rumah, kongsi dengan 6 orang kawan. bilik aku paling kecik and kongsi dengan sorang mamat ni. aku tak kisah bilik kecik, asalkan selesa. okla, sebab kongsi 2. lagipun, barang tak banyak.
"mi, tak pergi kelas ke?"
"kelas aku petang."
"aku pergi dulu."
nazmi, roomate aku. dia ambil course sama tapi kitorang lain-lain kelas. jadual kitorang pun lain-lain. kalau jadual sama, dia akan menumpang aku. aku tak pernah kisah. papa ada membelikan aku sebuah motosikal. katanya, senang untuk aku bergerak. nak taknak, terpaksa aku terima kalau tak, dia bagi pilihan. terima motosikal atau duduk dengan papa mama?
berdasarkan cerita nazmi, aku dapat meneka bahawa dia datang dari keluarga yang sederhana. tapi apa ada dengan status kan? semua manusia sama sahaja, yang hanya membezakan kita ialah keimanan. status itu hanya satu gelaran yang hanya ditetapkan oleh manusia. yang pasti, status tu takkan tolong korang nanti..
"mi, kau ok tak? aku tengok kau ni semacam jer?" tegurku. nazmi ni memang kaki study. jarang nak tengok dia termenung. padanlah, selalu dapat dean list.. tapi hari ni, nazmi lain sangat. asyik termenung jer? masalah makwe? rasanya dia ni single. masalah keluarga? erm, maybe.
"aku teringatkan keluarga aku kat kampungla. lama sangat aku tak balik."
"owh..aku ingatkan apa la tadi."
"balikla, mi. hujung minggu ni kau balikla." ujarku
"kelas aku macam mana? takkan nak tuang kelas kot."
"ala..kau mintakla classmate kau tolong coverkan. nanti kau copy notes diorang. aish..masalah kecik jer tu"
"senangla kau cakap. aku yang kena nanti."
"boleh tak, tolong fikir jahat skit. aku bukanlah nak ajar kau bukan kerja jahat ape. kau nak balik kampung ke tak?"
"nak la wei."
"ha, abis tu. susah betul orang terlampau nerd macam kau ni."
"wei.cakap tu berlapis skit."
"kalau diorang boleh copy notes kau dulu, takkan kau takleh nak copy notes diorang pulak? kira balas la ni." pujuk ku lagi. bukan senang nak 'hasut' nazmi ni.
"erm. betul jugak. lagipun aku rindu sangat kat mak aku tu.ngan adik-adik lagi."
"wei, aku nak ikut kau boleh?"
"ha, buat apa?"
"balik kampung kau la,"
"yelah, nak buat apa kat kampung aku tu?"
"saja nak kenal kampung kau."
hujung minggu, aku hantar nazmi pulang ke kampungnya. puas ditegah, tapi aku buat bodoh jer.hahah, gila jahat aku. bukanla apa, aku tahu kalau dah nak balik tiba-tiba ni, tiket bas memang susah nak dapat. last-last, aku pinjam kereta mama. bila nazmi tanya, aku cakap aku pinjam kereta kawan aku. kalau aku tak tipu, mahu berjela nak berjawab dengan mamat ni. bohong sunat tu..haha
dalam tolak-tolak pun, sampai jugakla kampung nazmi. first time aku masuk kampung betul. bukannya Kg Baru. best sangat bila masuk kampung ni. angin dia pun lain. tak sama dengan angin bandar. pagi-pagi boleh tengok ayam, itik. kat bandar tengok apa? tengok asap hitam jer la.
5 jam memandu memang memenatkan tapi aku suka.setiap kepenatan aku terbalas bila sampai kampung nazmi. rasa macam masuk ke zaman hang tuah. haha, gila kuno. tapi, serius best. kampung nazmi ni, memang terperuk tapi at least, still terjaga.
nazmi hanya ada mak dan 3 orang adik beradik. seorang tengah SPM, sorang tu PMR dan sorang sekolah rendah lagi. ayah nazmi? dia meninggal 3 tahun dulu sebab accident. kesian jugak aku tengok nazmi tapi dia tak pernah nak menyalahkan takdir hidup keluarga diorang. malah, dia berusaha untuk membaiki taraf hidup keluarga ni. aku betul-betul puji nazmi ni.
rumah nazmi langsung takde heater mandi. dahla pagi sejuk sangat, nak mandi pagi pun kena tunggu tengahri. tu pun still sejuk even matahari dah terpacak kat atas kepala. pagi tadi, aku baru terserempak dengan adik nazmi yang form 5. satu-satunya adik perempuan yang dia ada. terpegun aku tengok budak tu, ayu sangat. kalau kat bandar tu, confirm tak jumpa.hahaha
aku betul-betul terpikat dengan adik nazmi. kalau tak silap, nama dia, Humairah. takkan aku dah jatuh cinta kut. cinta pandang pertama ke?
"wei, cukup-cukupla tengok adik aku tu." aku sengih. obvious ke?
"adik aku tu baru form 5. kau jangan nak mengada."
seminggu lepas balik dari kampung nazmi, aku still terbayang-bayangkan muka Humairah. masa kat kampung, kitorang langsung tak cakap. dia malu kut. lagipun, dia kan perempuan dan aku ni lelaki. kawan abang dia pulak. mana tak segan.
"wei.kirim salam kat adik kau."
"kau ni biar betul."
"betul la ni. takkan aku nak main-main?"
"kau ni.."
"wei, kau tak percayakan aku ke? selama ni, kau pernah tengok aku ni main-mainkan perempuan ke?" selama ni, aku nak dekat dengan perempuan pun jarang. ni kan pulak nak main-mainkan anak dara orang. tapi dengan Humairah, aku betul-betul jatuh. jatuh cinta.
"adik aku baru form 5 la."
"tak boleh ke?"
"kalau ya pun, tunggula lepas SPM"
"aku pegang janji kau."
sebulan selepas habis SPM, nazmi betul-betul mengotakan janjinya.
"wei, adik aku kirim salam balik." aku tengok nazmi tak percaya.
"betul ke ni?"
"betul la"
"kau tak tipu aku."
"wei, aku takdela kejam macam tu"
"erm..nazmi. aku nak cakap something ni"
"amende?"
"tapi kau jangan terkejut pulak."
"cakap jela."
"erm, kau tahukan tak lama lagi kita dah nak habis."
"so?"
"aku dah dapat kerja."
"biar betul? senangnya." tanya nazmi tak percaya.
aku mengangguk. percaya ke tak tapi tula. aku dapat kerja di syarikat papa. memang senang pun. even aku tak habis belajar lagi, papa asyik suruh datang office.
"syarikat mana yang ambil kau?"
"adalah.."
"so, aku ingat lepas aku dah stabil dalam 2,3 bulan, aku nak pinang adik kau." sambungku lagi.
nazmi tengok aku tak percaya. mulutnya ternganga.
"wei. kau ni sihat tak?"
"sihatla."
"serius la.."
"aku seriusla."
"adik aku tu, baru jer habis form 5. result pun tak keluar lagi."
"biarla. masa tu, aku dah kerja. aku boleh tampung dia."
"kau, ni perkara serius. jangan nak main-main."
"kau nak suruh aku cakap berapa kali, baru kau faham,ha?"
"bukan apa, mir. ni soal hidup. adik aku tu. aku harap kau fikir baik-baikla."
aku mengeluh. kenapala nazmi ni langsung taknak percayakan aku. aku bukan nak buat dajal kat Humairah tu. tapi..mungkinkah aku ni terburu-buru?
bila dah 2,3 hari berfikir, baru aku sedar aku ni terburu-buru. umur aku mungkin sesuaila nak kahwin tapi Humairah? dia baru 18 tahun. muda lagi. dia baru nak menjengah ke dunia sebenar. ada banyak lagi benda yang perlu dia belajar. dan mungkin dia ada impian sendiri yang perlu dia capai. dia punya masa panjang lagi sebelum terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri. sepatutnya aku perlu berfikir tentang perasaan dia. bukannya mengikut kata hatiku sendiri.
"mi, aku minta maaf."
"kenapa?"
"pasal hari tu. pasal aku nak pinang HUmairah"
"takpe, aku faham."
"tapi, aku akan tetap pinang dia. cuma, masa tu belum tentu lagi."
"kau ni biar betul"
"aku betul-betul sukakan Humairah tu."
"suka jer?"
"suka, cinta, kasih..semuanya"
"nasibla aku dapat adik ipar macam kau ni."
"so, kau approve aku la ni?"
"aku just nak bagi kau amaran, kalau kau usik adik aku dan buat dia menangis, sampai lubang cacing pun aku cari kau."
"waa...insya allah. aku takkan buat macam tu."
"tapi, mir. aku tak bagitahu mak aku lagi pasal ni."
"erm.takpela. tak payah bagitahu lagi. lagipun, kita ni baru nak belajar dan Humairah tu pulak, baru SPM. takut pulak mak kau terkejut."
********************
sudah setahun aku bekerja dibawah syarikat papa. walaupun aku anak big boss, tapi aku lebih suka kalau bermula dari bawah. papa pun setuju. at least, aku tahu basic. takdelah nanti ada suara-suara sumbang, cakap anak boss tak tahu apa, yang dia tahu goyang kaki. aku nak berusaha sendiri. aku nak rasa penatnya bekerja untuk mencari pendapatan. papa tak pernah berlembut dengan aku terutamanya dalam hal kerja ni. setiap hari, mesti kena marah. tapi aku tak pernah nak marahkan papa kerana aku tahu setiap marah papa tu, ada benda yang boleh aku pelajari.
hubungan aku dengan Nazmi tetap baik walaupun masing-masing sudah sibuk dengan kerja masing-masing. kami masih lagi contact. bakal abang ipar aku tu, mesti kena jaga elok-elok. haha. dan semua hal tentang Humairah, berada dalam genggaman aku.
"assalamualaikum, mir. sibuk ke?"
"takla. aku baru nak turun rehat ni."
"ha, bagusla tu. meh join aku. aku nak kenalkan kau dengan girlfriend aku."
"wa. ada girlfriend, tak cakap."
"sorryla bro. sibuk. lagipun, aku nak bagitahu kau something pasal Humairah."
"ha? amende?"
"taknak cakap kat telefon ni. kita jumpa. aku tunggu kau."
aku melangkah masuk ke dalam food court. mana la mamat ni? tak lama kemudian, Nazmi melambai-lambai ke arah aku. dihadapannya, kelihatan seorang perempuan. aku tak dapat melihat wajahnya kerana dia membelakangi aku. aku berjalan menghampiri mereka. sebaik sahaja aku sampai, perempuan itu mengangkat muka. ha? alamak.
"ha, mir. ni Niza. girlfriend aku." nazmi memperkenalkan perempuan disebelah aku. aku hanya tersenyum. alamak...kenapala dia ni jadi girlfriend nazmi? aku menghulurkan tanganku. tanda ingin bersalam. aku mengenyitkan mataku kepadanya. cuba menghantar isyarat. tapi..
tanpa ku sangka, perempuan itu memeluk aku. dan aku hanya mampu tersengih apabila nazmi memandang aku pelik.
"wei..mir. jangan kata ni makwe baru kau?" muka nazmi dah merah-merah. menahan marah barangkali. yelah, siapa tak marah bila makwe sendiri peluk lelaki lain, dihadapan mata sendiri?
"oppss. sorry mi. kenalkan ni abang I" ujar perempuan tersebut. nazmi ternganga. dan aku hanya mampu tersengih.
"sejak bila dia ni jadi abang awak?" tanya nazmi lagi.
"sejak lahir lagi la. takkan sejak semalam." rengek perempuan tersebut lagi.
"wei..betul ke ni?" tanya nazmi padaku pulak. aku sengih sambil mengangguk.
"macam mana kau dengan Niza ni jadi adik beradik?"
kesian aku tengok Nazmi. dah blur semacam. kerana kesiankan nazmi, akhirnya aku menerangkan satu persatu perkara sebenar kepada nazmi. tentang aku yang sebenar dan tentang keluarga aku.
"sorry mi. aku tipu kau pasal keluarga aku."
"nasib baik kita jumpa sekarang. kalau tak, mahu pengsan aku bila kahwin nanti."
" kau nak kahwin dengan niza?" serentak dua-dua mengangguk.
"kenapa abang tak tahu pun niza?"
"ala. abang ni kaki kerja. mana nak tahu pasal niza."
"mama dan papa dah tahu ke?"
"dah. last week diorang jumpa keluarga abang mi."
"serius?" tanyaku tak percaya. tak sangka kawan baik ku dengan adikku sendiri.
"eh, jap. abang mi? auw.." gelakku.
" sudah-sudahla gelak." merah muka nazmi. padan muka.
"nasibla kau dapat adik aku, mi. adik aku ni manja. jenuhla kau nak melayan dia nanti" usikku.
"kurang asam kau."
"ha, kau cakap nak bagitahu something pasal Humairah?"
"ha, erm.."
"apa dia?" tanyaku tak sabar.
"dia dapat tawaran lanjutkan pelajaran ke rusia."
"medic?" nazmi mengangguk. jauhnya. dapat rusia.
"abang, niza dah tengok humairah. dia lawa sangat. rugi kalau abang lepaskan dia." puji niza. niza tua 2tahun dari humairah.
"kau betul ke serius dengan humairah?"
"seriusla wei. dah setahun aku tahan rindu ni."
"erm, Humairah ada kat rumah aku sekarang. next month, dia dah fly."
"next month? kenapa kau baru cakap sekarang?"
"sorry la wei. Humairah sendiri yang taknak bagitahu kau."
"humairah? dia dah tahu pasal aku ke?" Nazmi mengangguk.
"aku dah bagitahu dia."
"pasal pinang tu?"
"yang tu, aku tak cakap lagi. aku just cakap kau minat dia."
seperti yang dirancang, hujung minggu aku berjumpa dengan humairah. first time berjumpa dengan dia, rasa gugup jugak. yelah, jumpa dengan orang kita suka, mestila gugup kan? haha. nazmi dan niza ada juga untuk menemani kami tapi, akhirnya masing-masing berpecah. kata nazmi, dia ingin memberi peluang untuk aku dan humairah berbicara.
"humairah sihat?" tanya ku. aku pandang dia. setahun tak berjumpa dengannya, dia nampak lain. kalau dulu, aku nampak dia dengan baju kurung sekolah menengah, tapi sekarang dia masih lagi dengan baju kurung. tapi lebih ayu lagi. dengan tudung corak-corak. manis sangat. ha, aku dah angau.
humairah tersenyum melihat aku. kemudian dia mengangguk kecik. alahai sopannya. terasa gugur jantung apabila melihat dia senyum. confirm aku dah angau.
"dengar kata, humairah nak fly next month. betul ke?"
"ah.ah"
"medics?"
"ah.ah" jawbnya pendek.
"macam mana boleh minat medics ni?" tanyaku lagi. cuba memancing minatnya untuk bercakap denganku.
"ntahla. ira suka."
"ira?"
"ah.ah. abang amir boleh panggil humairah dengan ira." waa....dia panggil aku abang. memang aku tak tidur malam lepas ni.
"abang?"
"ah.ah. abang amir kan sama umur dengan abang nazmi. so, ira panggil abang amir dengan abangla."
"tak tahu kenapa ira boleh minta dengan medic ni. tapi, ira nak tolong mak, abang dengan adik-adik. mak banyak penyakit. so, ira ingat bila ira dah jadi doktor ni, ira boleh tolong keluarga ira." ujarnya setelah lama kami berdiam diri.
"berapa lama duduk sana?"
"erm, ada la 5,6 tahun"
"lamanya..
"biasala. amik medic macam tu. ada kawan ira tu cakap, amik medic ni mencabar. ada yang sampai 7 tahun."
"7 tahun? habis abang?"
"kenapa dengan abang amir?"
"yelah. kalau ira dah pergi, macam mana dengan abang amir nanti?"
"ira tak faham" alahai, blur jugak budak ni.
"ira, dengar sini. abang amir minat ira masa first time abang pergi rumah Ira dulu. masa tu, abang dah decide nak pinang ira dan jadikan ira sebagai suri abang."
sudahnya, tiada kesimpulan yang dapat kami capai. selepas aku bagitahu humairah tentang niat aku nak pinang dia tu, terus dia senyap. aku mengeluh.
"hai, mir. you buat apa kat sini?" tiba-tiba aku terasa ada tangan yang cuba memeluk ku. aku berpaling. alamak! Sarah. kenapala perempuan ni boleh ada kat sini.
"shopping barang."
"sorang ke sayang?" sayang? uweks. nak muntah aku dengar. Sarah ni sejak dia tahu aku ni anak bos, terus jer melekat dengan aku. gedik semacam.
"takla. dengan tunang I."
"owh. you dah tunang ke? I tak tahu pun."
"kenapa nak bagitahu you?" aku cuba meleraikan pelukannya. rimas. humairah disebelah hanya melihat sahaja. tapi aku dapat rasakan something dari pandangannya.
"ni ke tunang you? low class."
"wei, perempuan." tegur satu suara. kami berpaling kearah suara itu. Niza! kamula penyelamat abang.
"you ni siapa?" tanya Sarah
"ikut suka hati I nak siapa pun."
"you dengan tunang abang you ni low class. sorang tu pakai tshirt dengan jeans and sorang plak pakai baju kurung.." ejek Sarah.
aku dah berapi mendengar kata-kata Sarah. boleh dia kata humairah dengan niza ni low class. pakai lawa tutup macam tu still low class ke? tak faham betul aku dengan masyarakat sekarang. habis kalau nak jadi high class, kena pakai macam Sarah ke? terbuka sini sana. belum sempat aku membalas, Niza sudah menghamburkan kata-katanya.
"hello, miss. ikut suka hati kitorang la. nak bukak ke, nak tutup. mind your own bussiness. at least baju kitorang ni cukup benang. tak macam you. bukan setakat tak cukup benang, tak cukup kain lagi. nak suruh I sponsorkan kain ke?" wa,pedas gila Niza sembur.
"oh, lupa nak cakap. I ni adik Amir. you nak cari pasal, no hal. tapi ingat, I adik Amir. anak Datuk Hamdan." perkataan datuk hamdan ditekan.
"you all ni...aish.." jerit SArah sambil berlalu pergi.
"tak baik niza buat macam tu kat orang." tegur nazmi
"eleh. dia yang tak hormatkan orang lain, macam mana orang lain nak hormatkan dia. perangai pun..." bebel niza.
"abang amir.."
"ya, ira nak cakap apa-apa ke?"
"ira rasa, abang patut fikir balik hasrat abang nak pinang ira. kita ni macam enggang dan pipit. jauh beza jurang kita. bak kata perempuan tadi, ira ni low class. selalu pakai baju kurung. macam orang kampung."
"habis tu, ira nak pakai macam dia ke?" humairah menggeleng
"bagi abang, semua tu tak kisah. yang penting hati abang. abang tahu abang ikhlas nak jadikan ira suri abang. dah lama sangat abang fikir hal ni."
"ira muda lagi."
"kita kahwin?" tiba-tiba terkeluar cadangan bernas aku. kahwin sebelum dia fly, ok jugak.
"abang. ira nak habiskan belajar dulu. soal kahwin ni, langsung tak masuk dalam fikiran ira lagi."
"tapi, abang.."
"ira taknak dengar" kemudian, humairah berlalu pergi. meninggalkan aku sendirian.
"abang pernah dengar tak orang cakap. kalau kita sayangkan orang tu, kita lepaskan dia. kalau dia datang semula, dia memang jodoh kita. tapi kalau dia tak kembali, dia memang bukan jodoh kita."
"abang tahu tu, niza. tapi abang tak sanggup nak lepaskan dia. abang tak sanggup nak lepaskan dia pada orang lain. abang takut kalau-kalau dia jumpa orang lain. kat sana, mesti ramai lagi lelaki yang bagus-bagus."
"abang ni. cakap macam orang hilang bini. ingat abang niza ni tak bagus ke?"
"abang kena yakinla. insya allah, kalau memang dia jodoh abang, kemana dia lari pun, dia tetap milik abang." sambung niza lagi
betul jugak kata-kata Niza. tapi aku tak sanggup nak lepaskan humairah pergi. kalaula, dia jumpa orang lain..sanggupkah aku tengok diorang bahagia?
pada hari humairah fly, aku tak sanggup menjejak kaki ke KLIA. aku takut kehilangannya. namun, dalam terpaksa, aku melangkah juga masuk. namun, aku hanya memandangnya jauh. tak sanggup untuk menghantarnya pergi.
aku terpaksa juga memikirkan tentang kebahagiannya. aku tidak berhak untuk menghalangnya pergi. aku bukanlah sesiapa baginya. hanya berpangkat abang. kalaula betul apa yang Niza cakap dan kalau betulla humairah tu jodoh aku, mesti dia akan kembali padaku. lambat laun, mesti dia jadi milik aku jugak. cuma masanya belum tiba lagi.
********************
2 tahun berlalu namun tiada satu pun berita tentang humairah. dan aku masih lagi membujang. niza dan nazmi sudah selamat mendirikan masjid. cuma aku jer yang masih keseorangan. menunggu orang jauh yang tak kunjung tiba.
"mir, termenung nampak."
"takdela. aku pening sikit. banyak kerja la."
"kau sihat?" tanyya nazmi.
"aku sihat. kau dengan niza macam mana?"
"macam mana apa?"
"ala, buat bluar pulak. bila nak bagi aku anak sedara?"
"wei, kitorng baru kahwin 2 bulan kut. agak-agakla.."
"kau still tunggu humairah ke?"
"entahla. aku pun tak tahu. aku rindu sangat dengan dia ni."
"aku pun tak tahu nak cakap apa. macam mana la kau boleh terjatuh cinta dengan adik aku tu. nak kata bercinta, tak. berjumpa pun 2 kali jer."
"kau tak alami benda tu sebab tu kau tak faham."
"erm.apa pun. kau jaga diri elok-elok. next week, kitorng nak gi pangkor."
"saper? kau dengan niza ke? honeymoon ke?"
"erm.yelah. takkan dengan kau pulak."
"ha, bagusla tu. bagi aku anak sedara cepat sikit."
"banyak la kau punya anak sedara."
malam itu, aku bersendirian di bilik. menyiapkan kerja-kerja pejabat yang agak tertangguh. bunyi mesej masuk langsung tak mengganggu kerja-kerjaku. tepat pukul 2 pagi, kerja-kerjaku hampir siap. aku meregang-regangkan badan. penat.
setelah mengemas meja kerja ku, aku berlalu ke bilik air. mencuci muka dan bersedia untuk tidur. seperti biasa, sebelum tidur aku akan membelek-belek telefonku. eh, ada 2 mesej.
mesej pertama dari niza.
mesej kedua dari satu nombor pelik. hah, saper ni?
'lagi 3 bulan, saya balik. rasanya abang boleh buat apa yang patut.' hah? saper ni? abang? buat apa yang patut? apa dia?
terus aku mendail nombor tersebut. lama baru ada orang mengangkatnya. aku diam.dia pun diam. aku salah nombor ke?
"hai."
"hai." eh, suara ni. macam pernah kenal.
"i think you got your message just now." aku memberanikan diri untuk bertanya.
"owh.." ha, tu jer dia cakap?
"may I know, who is this?" tanyaku lagi. mulanya aku nak jer cakap bahasa melayu tapi bila tengok nombor ni macam pelik. takut pulak nombor alien mana.
"ni ira. humairah." aku terpaku sekejap. humairah? humairah nazmi ke?"
"humairah? humairha nazmi ke?" tanya ku untuk kepastian.
"erm."
yes!!!! betul. tapi mesej tadi..?
"apa maksud ira dengan mesej tu?"
"rasanya abang tahu apa maksud ira." alahai, dia nak berteka-teki dengan aku pulak.
"betul ke dengan apa yang abang fikir ni?"
"okla, abang. saya letak dulu. mahal panggilan ni. assalamualaikum." terus humairah letak telefon. membiarkan aku terkapai-kapai dengan telatahnya.
betul ke ni? aku tak mimipi kan? malam itu, terasa lena tidurku.
********************
kini, aku gembira dengan hidupku. bersama dengan Humairah dan seorang putera kami. yang pasal mesej tu, memang berkias betul maksud humairah. takut pulak bila aku fikir, yelah mana tahu tersalah tafsir, aku jugak yang merana.
3 bulan selepas panggilanku, Humairah pulang bercuti. dan percutian humairah di isi dengan perkahwinan kami. terkejut humairah apabila melihat persiapan perkahwinan kami, tapi terpaksa juga dia terima. semua persiapan aku uruskan. dari baju pengantin humairah ke makanan tetamu. semuanya di bawah arahan aku. haha. keluarga humairah dan papa mama hanya membiarkan aku menguruskan kerana ini adalah permintaan aku sendiri. bagiku, biarlah penat tapi at least aku tahu bertapa penatnya menguruskan sebuah perkahwinan. taubat. lepas ni tak nak buat dah.haha.

No comments:

Post a Comment