[1]
“sha.”
“sha.”
“SASHA!!!!”
“oit. Apa ni main jerit-jerit? Nak suruh aku pekak ke apa? Apa, tak leh cakap elok-elok?” marah ku. Yelah, takde angin takde ribut tetiba jer kena sergah. Tak ke terkejut?
“sorie. Kitorang dah banyak kali panggil tapi kau tu yang tak dengar. Kalau dah termenung macam hilang laki tu, tak denyer nak dengar kitorang ni.” ujar Ain.
Sasha pandang 2 orang gadis yang berada sebelahnya. Ain yang berkaca mata, nampak jer nerd tapi perangai. Fuh~~ gila-gila jugak. Huda pulak sentiasa serius, tapi kalau dah ketawa tu, mak mentua lalu pun tak perasaan. Sasha, Ain dan Huda. 3 dara pinggitan. Kawan karib. Selalu bersama. Bak kata iklan Digi, sentiasa bersamamu.
“hah, tengok tu. orang cakap ni bukan nak dengar. Boleh pulak sambung termenung dia tu? aish.” Bebel Huda pula.
“Sha, kau ada masalah ke?”
“aah. Kalau kau ada masalah, kitorang boleh tolong..”
AKu pandang Ain di sebelah kiri. Kalih ke kanan, pandang pulak si huda. Kemudia beralih ke depan,ku mengeluh kecil.
“Sha. Kalau kau tak cakap, manala aku dengan Huda ni nak tahu. Takkan selesai masalah kalau kau simpan sorang-sorang. So, cepat bagitahu kitorang apa. Mana tahu, kitorang boleh tolong.” Ujar Ain lagi.
Risau bila tengok kawan karib jadi macam ni. sejak 2,3 hari ni Sasha asyik termenung. Nak kata ada masalah study, Sasha ni bukannya calang-calang orang. Tak pernah ada masalah dengan lecturer. Tapi, kalau dengan students lain tu, tak tahulah. Tapi rasanya, kami ni bukanlah jenis yang suka cari pasal. Orang cakap, low profile.
Ain kerling kesebelah, ke arah Huda.
‘wei,cepatla. Takkan nak tengok Sha cam ni jer?’-Ain
‘habis tu aku nak buat apa?’-Huda
‘tanyala dia’-Ain
‘aku? kau tanya dia tadi pun, bukannya dia nak cakap.’-Huda.
‘kau ni takde perasaan ke? Tak kesian tengok Sha camni?’-Ain
‘wei. Aku kesianla. Tapi, kalau dia taknak cakap, takkan nak paksa. Tak pasal-pasal timbul pulak masalah lain. Mungkin dia ade masalah yang takleh nak cerita kat kita kot.’-Huda.
Ain terdiam. Erm, betul jugak. kadang-kadang, ada jugak masalah yang bukannya kita taknak cerita kat orang tapi tak boleh nak cerita sebenarnya.
“Ain, Huda.” Sasha bersuara tiba-tiba. Matanya masih lagi memandang ke depan.
“aku kena balik hujung minggu ni.” sambung ku lagi.
“balik? Balik mana?”
“balik Penang.”
“apa?” jerit Ain dan Huda serentak.
“eh, bukanke kita dah rancang nak pergi jalan-jalan ke? Nak ronda-ronda satu KL ni?”
“sorry, Ain. Aku kena balik. Mak aku suruh balik. Ada hal.”
“kalau macam tu, takpela. Lagipun mak kau yang suruh. mesti dia giler rindu kat kau ni. sebab tu dia suruh balik kan?”
“tak jugak..” ujar ku perlahan.
“Sha. Kenapa ni?”
“ok. Aku akan bagitahu kat korang. Tapi janji, jangan bagitahu orang lain. Ni rahsia kita.”
“kitorang janji. Lagipun, selama ni pernah ke kitorang bocorkan rahsia kau?”
“janji?”
“yer.”
“betul korang takkan bagitahu orang lain?”
“yer, cik sasha.” Ujar Ain dan Huda serentak.
“ok. Sedia?”
“rahsia kau ni macam rahsia kerajaan. Sulit semacam.”
“hujung minggu ni aku secara rasminya akan jadi mrs Haikal.”
Ain dan Huda terlopong. Mrs Haikal?
“yup. Haikal, coursemate kita. And yup, mrs. Meaning i’m getting married.”
“Sasha!!!!!!!!”
“shuu..diam la. Tak pasal-pasal satu kolej tahu nanti.”
“serius, kau serius? Tak main-main?”
“apa, kau ingat muka ni ada macam main-main ke?”
“macam mana kau boleh jadi Mrs ni?”
“panjang ceritanya.”
“kau bercinta dengan dia ke?” soalan maut dari Huda. Terus ku kalih ke sebelah.
“gila. Dengan buaya tu? kirim salam sudah..”
“habis tu, macam mana kau boleh terjadi mrs ni?”
“ mak aku dengan mak dia kawan karib zaman sekolah menengah dulu. Diorang baru jumpa dan kebetulan pulak diorang perasaan yang anak teruna dengan anak dara diorang ni ade kat kolej sama. Ha, apa lagi. Terus nak berbesan..”
“giler. Macam zaman dulu. Nak kenen-kenenkan anak masing-masing.” Ujar Ain.
“eleh. Zaman sekarang pun sama jugak. masing-masing nak jodohkan anak sendiri.”
“kau tak boleh tolak ke?”
“kau tahu jerla kan mak aku. risau semacam bila aku duduk jauh ni. katanya, nanti ade jugak yang tolong tengok-tengokkan aku.”
“mak kau tak percayakan kitorang ke?”
“percayalah. Cuma kata mak aku lagi, orang laki ni lain sikit dari perempuan. Boleh lindung lebih.”
“mamat buaya tu nak lindung kau? Hoho..geli anak tekak aku.”
“betul kata Huda. Mamat tu nak lindung kau? Erm, makwe rambut karat dia tu nak campak mana? Lombong belakang kolej ni?”
“entahla. Aku pun tak tahu. Takkan aku nak tolak? Mak aku sorang jer. Yang paling aku sayang kat dunia ni.”
“erm. Yelah. Memangla mak kau sorang. Takkan ade 2,3”
“hampeh kau Ain. Boleh pulak meloyar kat sini.”
Ain sengih. Bukanlah nak mempermainkan kawannya. Cuma dia mahu menceriakan suasana yang tadinya macam kena landa ribut Katrina.
“korang doakanlah aku bahagia yekh?”
“aku dengan Ain sentiasa mendoakan kau Sha. Dah, jangan sedih. Mesti ade hikmahnya benda ni jadi. Doa banyak-banyak ok?” ujar Huda sambil mengusap perlahan belakang Sasha.
“terima kasih, Ain, Huda..”
“kau kan kawan kitorang. Takkan nak pandang sebelah mata saje, betul tak?”
“wei. Taknak ajak kitorang pergi majlis kau?”
“erm, datanglah kalau nak. Majlis tu ringkas jer. Mak aku nak buat majlis besar lepas kita grad nanti. Lagipun, aku tak cakap kat orang lain yang aku kahwin. kau 2 orang jer yang aku bagitahu ni.”
“mamat buaya tu?”
“entahla aku.malas nak amik tahu.”
“kitorang balik dengan kau jerla minggu ni, boleh Sha?”
Sasha hanya mengangguk. Dalam fikirannya, macam manalah kehidupan dia nanti.
*****
“selamat pengantin baru Sha.” Bisik Ain.
“Semoga kau berbahagia.” Ujar Huda pula.
Majlis pernikahannya ringkas sahaja. Hanya saudara mara yang dijemput. Kawan-kawan pun tak dijemput. Gila apa nak jemput? Tak pasal-pasal timbul pulak gosip murahan. Yelah, Sasha yang kepala gila-gila kahwin dengan mamat buaya Haikal.
Tadi, ternampak jugak Haikal dan bestfriendnya, Aidid. Aidid, budak nerd tapi entah macam mana boleh tersangkut dengan mamat buaya, plus tiga suku tu.erm, mamat tiga suku tu jugak laki aku.
“Sha. Petang ni aku dengan Huda dah kena balik KL. Ada group discussion.” Ujar Ain ketika aku sedang melayan tetamu.
“nak balik? Habis aku?”
“laa..balik la dengan laki kau tu.” balas Huda.
“gila. Taknak aku.”
“sorry.Sha.”
“erm, takpela. Nak buat macam mana. Eh, nanti balik, bawaklah bekal sikit. Nanti tak payah berhenti makan. Kesian kat korang terpaksa drive jauh-jauh macam ni.”
“ala, kau ni macam tak biasa pulak..”
“thanks. Ain, Huda.”
Petang itu, berangkatla Ain dan Huda ke KL. Dan tinggallah aku disini. Macam mana dengan aku nanti? Mintak-mintkala selama saja..
*****
“malam ni haikal tidur atas tilam tu. biar Sha yang tidur kat bawah.” Ujarku. Nak jer rasanya panggil aku-kau tapi tadi dah terkantoi dengan mak. Lagipun tak berapa elok la panggil aku-kau dengan laki ni. biarlah kalau perkahwinan ni bukan yang aku nak. Yang penting hubungan tu tetap ada. Sasha-Haikal. Suami-isteri. Dah tak boleh nak patah balik.
“kenapa nak tidur kat bawah? Tidur jer la kat atas ni.” ujar Haikal.
“erm, Sha sakit badan. Tidur kat bawah ni cepat pulak baiknya nanti.” Kelentong aku. ade ke macam tu?lantakla. asalkan bukan aku yang kena kongsi katil dengan mamat ni.
“owh. Petua baru ke? Kalau macam tu, Kal nak join sekali. badan Kal pun sakit ni.” Bantal diatas katil diambil lalu dicampak ke toto yang telah ku hamparkan tadi. Terus Haikal landing atas toto.
“eh.”
“kenapa?”
“ni petua Sha sorang jer. Orang lain tak leh pakai.”
“kenapa?”
“nanti dah tak jadi.”
“boleh pulak macam tu?”
“yerlah. Pergila naik atas tidur sana. Sha nak tidur ni.”
“malasnya. Kal penat ni.k, gudnite.”
“Haikal.”
“haikal.”
Ces. Gila cepat mamat ni tidur. Saja nak cari pasal dengan aku. ok, kalau macam tu biar aku jerlah yang naik tidur atas katil. Hahaha. Padan muka Haikal.
Bantai kucapai dan terus landing atas katil. Ah, nikmatnya katil ni. lembut. Hilang rasa penat seharian melayan tetamu. Dengan mata tertutup, tanganku mencapai suis lampu lampu di offkan.. light off.
*****
Bunyi azan sayup-sayup kedengaran. Aku memeluk rapat teddy bear. Best pulak kalau peluk teddy bear ni. eh, jap. Teddy bear? Masa bila aku ada teddy bear ni? terus mataku buka.
Terpampang dimata, muka mamat tiga suku sambil tersengih.ah!!!!!!
BUK.
“wei, sakitla.” Ujar Haikal sambil sambil. Tangannya menyapu punggungnya.
Padan muka. Siapa suruh tidur atas katil? Semalam elok pulak tidur kat bawah. Tak pasal-pasal terkena tendangan tak sengaja aku pagi-pagi buta macam ni.
“Sha nak mandi.” Terus ku capai tuala dan melangkah ke bilik air.
“taknak mandi sama ke?” jerit Haikal.
Gila. Mamat ni memang tiga suku betul. Sakit jiwa..
*****
“Sha balik KL bila?” tanya mak ketika sarapan pagi.
“ingat 2,3 hari lagi baru kami balik mak.” Balas Haikal cepat.
Mak tanya aku la. Bukan tanya kau.
“nak berhoneymoon dulu ke, Haikal?” tanya mak lagi.
“saje nak amik angin kampung mak. Dah lama tak rasa macam ni.”
“sambil-sambil tu, boleh jugak berhoneymoon. Orang cakap kat kampung lagi best.” Sambung Haikal lagi. Mak tersenyum-senyum mendengar kata Haikal.
Gila. Honeymoon. Aku jeling pada Haikal disebelah.
“jangan jeling macam tu sayang. Tergoda abang..” bisik Haikal.
Aku cebik. Ada hati nak honeymoon. Huh. Abang? Wuek. Nak termuntah. Nasib baik tak keluar.
“sekali lagi sayang buat muka comel tu, abang tak rasa boleh tahan.” Bisik Haikal lagi. Dan entah bila kedudukan aku dan Haikal terlalu dekat.woo..bahaya.
Cepat-cepat aku tolak badan Haikal dan bangun ke dapur.
“eh, cepatnya Sha siap.”
“Sha dah kenyang mak.”
“bukan ke Sha suka nasi lemak ni?”
“takpe mak. Tadi sha dah makan banyak.”
Tak sanggup aku nak makan kalau dengan perangai romeo Haikal ni. silap haribulan, ade yang nak kena luku dengan aku.
Cepat-cepat aku bilas pinggan disinki. Ketika aku berpaling untuk mencapai gelas, sekali lagi aku terkejut. Haikal. Entah bila dia datang dan kini aku dan haikal berhadapan. Dekat sangat. Haikal, ku tengok dah menyengih sampai ke pipi. Dia semakin menghampiriku. Aku yang tersekat disinki tak mampu berbuat apa-apa.
Dekatnya..
“erm, wangi.”
“Haikal.”
“sayang..”
“Haikal.” Ujarku tegas.
“Sha sayang..”
“haikal, tolong ambilkan mak gelas.” Ujar mak tiba-tiba.
Terus Haikal menjauhkan dirinya. Aku hampir menangis dengan tindakannya. Apa yang Haikali cuba lakukan ni?
Terus aku masuk ke bilik. Di bilik, aku menangis.
“hei, kenapa ni Sha?” tanya satu suara. aku mengangkat muka. Haikal. Dia tersenyum sambil mengusap kepalaku. Cepat-cepat aku tepis. Aku bangun.
“kenapa menangis ni?” Haikal menghampiriku.
“jangan sentuh Sha.”
“kenapa?”
“you dont deserve it.”
“kenapa? Kal suami Sha kan?”
“kalau suami, tak bermakna Kal boleh buat apa yang Kal suka.”
“well, Kal tak rasa itu satu kesalahan.”
Laranganku langsung tak dihiraukannya. Haikal mendekatiku. Dan kini, aku terhimpit diantara almari dan Haikal.
“Haikal, please.”
“shu. Sayang..”
Tangan Haikal mengusap perlahan pipiku, kemudian berhenti di bibirku. Aku semakin gementar dengan tindakan Haikal. Dalam fikiran, sudah menjangka apa yang bakal Haikal lakukan.
“Haikal, please...”
Tanpa amaran, Haikal medaratkan bibirnya ke bibirku. Lama. Aku cuba meronta namun gagal. Teringat, kakiku masih lagi bebas. Terus kupijak kakinya. Kuat.
Sebaik sahaja Haikal melepaskan aku, aku terus masuk ke dalam bilik air dan menguncinya. Haikal yang kesakitan, terus mengetuk pintu bilik air.
“sha, buka pintu.”
“taknak.”
“ok. Haikal akan tunggu sampai Sha bukak pintu ni.”
Biarlah sampai bila dia nak tunggu. Yang penting aku takkan sesekali membuka pintu bilik air ni. takkan.
Entah berapa lama aku berkurung dalam tandas. Aku hanya membuka pintu bilik air apabila terdengar bunyi kereta Haikal yang keluar dari halaman rumah. Cepat-cepat aku keluar dari bilik air dan mencapai handphone ku.
Oh, pukul 3 petang.
Baju dalam almari ku ambil dan dimasukkan ke dalam beg. Alat-alat kelengkapan lain turut ku masukkan ke dalam beg. Lalu, aku turun ke bawah.
Nasib baik, mak masih lagi di ruang tamu. Aku menghampiri mak.
“mak, Sha nak kena balik dulu.”
“ha? Balik mana?”
“KL.”
“bukan ke Sha balik dengan Haikal ke?”
“tak jadi mak. Sha dah cakap kat Haikal yang Sha balik dulu. Dia tak kisah.”
“owh. Tapi tiba-tiba nak balik ni?”
“Ain dengan Huda cakap ada group discussion malam ni. tiba-tiba diorang cakap.”
“owh. Takpela kalau macam tu. balik elok-elok. Nanti sampai terus call mak.”
“baiklah mak. Sha balik dulu.”
Nasib baik aku dengan Ain, Huda balik penang kereta lain-lain, kalau tak haru aku nak balik KL macam mana. Cepat-cepat aku reverse kereta. Janganlah terserempak dengan Haikal.
Tiba disimpang, aku ternampak kereta HAIkal. Alamak. Dia nampak ke? Ah, lantakla. Dia nak kejar? Kejarla. Nak tengok sampai mana dia kejar. Tapi, fuh. Alhamdullilah dia tak kejar. Tak perasan kut tadi. Selamat aku.
Tepat tengah malam aku sampai dirumah sewaku. Terkejut Huda dan Ain melihat aku. penat jugak bersoal-jawab dengan makcik 2 orang ni. nasib baik tengah malam, kalau tak lagi haru nak bersoal jawab. Aku terus menapak ke bilikku.
Erm, esok hari selasa, maknanya kuliah ada macam biasa. Dan maknanya jugak aku akan jumpa dengan mamat tiga suku tu lagi.tu pun kalau dia datang kelas. Huhu, mintak-mintaklah dia tak datang esok.
Jauh macam mana aku lari dari Haikal, esok aku tetap kena jumpa dengan dia. dah namanya coursemate, mestilah jumpa masa kuliah kan? Ai... tapi, rasanya selamat sikit kot. depan students lain, berani dia nak buat macam kat rumah mak? Lebih-lebih lagi depan makwe rambut karat dia tu. huh..aku jamin tak berani punya.haha..
*****
Tepat pukul 9, lecturer masuk. aku dah sengih-sengih.gembiranya bila tahu mamat tu tak datang. 10 minit kemudian, pintu dewan terbuka sedikit.
Alamak.
Jangan kata dia.
Mati aku.
“yes?”
“sorry Mr Tan I’m late.”
“owh. Haikal. It’s okay. Come. Take a seat.”
Argh. Kenapa la dia datang kuliah jugak. tidur kat rumah la wei. Senang hidup aku. aku curi-curi pandang Haikal. Mana tahu, tiba-tiba dia datang duduk sebelah aku. tak ke naya?
Fuh. Nasib baik. Dia duduk sebelah makwenya.
Kuliah Mr Tan habis sejam kemudian. Ain dan Huda sudah lama keluar. Katanya ada date. Masing-masing ade date dengan ‘lecturer’. Nak buat macam mana.
Cepat-cepat aku menyusun barang-barang ke dalam beg apabila melihat haikal masih lagi seronok melayan Maya,makwe rambut karatnya. Ah, peduli apa aku. dah namanya mamat buaya, mestila pandai ambil hati orang kan?
Alhamdullillah, hari ni berlalu tanpa sebarang gangguan dari Haikal. Bahagianya aku.
*****
“Ain, kalau aku tahu dia ni ada, aku takkan datang tau.” Ujarku perlahan.
“sorry. Ain. Huda tak dapat nak temankan aku. malula aku nak datang sini sorang-sorang”
“malu apa. Si, Aidid tu boyfriend kau kan?”
Entah bila Aidid, merangkap bestfriend Haikal ter’jatuh’ dengan Ain ni. dan hari ni, tak pasal-pasal aku kena temankan Ain ni tengok basketball. Aidid tu, nerd memanglah nerd tapi, kalau main basketball. Fuh~ aku boleh cair. Mantap sey. Tapi yang paling tak best bila si Haikal ni ade jugak. macam mana la aku boleh terlupa yang si mamat buaya ni kaki basketball jugak.
Yang aku geram tadi, tak pasal-pasal bola tu melantun kearahku. Ok, biasalah kan kalau bola melantun. Aku ok jer. Yang buat aku tak ok, bila si Haikal tu yang datang dan amik bola. Siap main kenyit-kenyit mata lagi. Berani dia buat macam tu kat depan students ramai ni. nak kena boooo apa?
Lepas jer habis habis game, aku terus bangun. Si Ain sudah melekat dengan Aidid. Diorang ni memang padan. Sama-sama nerd. Sama-sama malu. Comel sungguh pasangan ni. aku? takkan nak jadi pemerhati setia kat sini? Bangun dan menuju ke arah cafe. Dahaga pula bila dah duduk tengah panas macam ni.
Tak kusangka dicafe, aku dipertontonkan kisah drawa-swasta-romantik-tak-laku. Maya merajuk. Manjanya dia. geli anak tekak aku dengar. Dan nak tahu siapa pemujuknya? Ya, semestinya Haikal. Pandai sungguh dia memujuk Maya. siap dengan ayat romeo 1st class. Suara pulak, memang romantis giler la.
Aku terus memesan air dan berlalu pergi. Tak sanggup nak jadi pendengar setia. Buat sakit hati adalah. Tak sangka, sayang Haikal memang terlalu murah. Senang saja untuk dia melafazkan kata ‘sayang’. Kalau Maya dikatanya ‘sayang’, ‘cinta’. Habis tu, apa yang dia ucap pada aku di rumah mak dulu? Mungkin baginya perkataan itu langsung tak punya nilai.
Biarlah kalau aku dikatakan kolot. Bagiku, ‘sayang’ ku hanya pada yang satu. Takkan ada 2, atau 3. Dan ‘cinta’ ku hanya pada yang satu..
*****
“eh, sha. Kau dengan Haikal macam mana?” tanya Ain suatu petang. Ketika itu, aku, Ain dan Huda senang menikmati goreng pisang sambil melayan DVD ‘my girl’
“macam mana apa?”
“yelah. Kau dengan dia. ok ke?”
“erm, ok jer.”
“tak pernah pun aku nampak dia datang sini?” tanya Huda
“kenapa pulak dia nak datang sini?”
“yelah. Kau dengan dia kan, erm...”
“ha?”
“husband-wife.”
“geli bila aku dengar macam tu.”
“dah memang betul kan, kau dengan dia suami-isteri.”
“erm, betulla tu.”
“eh, kau ni Sha. Orang tanya betul-betul, dia buat derk jer.”
“dah. Jangan tanya aku pasal dia. aku nak layan citer ni. senyap.”
“erm,lantak kaulah. Eh, malam karang aku nak keluar.” Ujar Ain
“keluar? Pergi mana?” tanyaku hairan. Ain ni jarang sangat keluar malam.
“erm dengan Aidid.” Ujarnya perlahan.
“oh, bukan main lagi kau dengan dia sekarang yekh?” usikku. Ain sengih malu.
“erm, Sha. Malam ni pun aku keluar jugak. abang aku datang ambil.” Ujar Huda pula.
“laa, semua orang pun nak keluar. Habis aku tinggal seorang ke?”
“sorry Sha. Lupa nak bagitahu kau awal-awal.”
“takpela. Boleh aku layan DVD ni sampai habis kan?”
“eh, kalau kau boring, kau masuk bilik aku amik DVD baru. Aku baru beli semalam.” Ujar Huda sambil menuju ke dapur.
“DVD baru? Okeh. Thank you Huda. Sayang kau.”
“sayang Huda jer? Aku?”
“Aku pun sayang kau Ain. Aku sayang kamu!!!” ujarku sambil membuat gaya menggoda.
“geli aku tengok muka kau Sha. Gatal semacam..” serentak kami ketawa.
*****
Ting tong.
Ting tong.
Aish. Siapalah ni. suka datang malam-malam. Tak boleh ke datang siang? DVD player ku tekan ‘pause’. Langsir ku selak sikit.
Eh, dia ni. buat apa kat sini?
“Haikal.”
“Sha.”
“buat apa kat sini?”
“nak jumpa wife Kal.”
Aku ketawa kecil mendengar kata-katanya. Boleh pulak ingat kat wife dia ni. selama ni tak ingat ke?
“owh, Haikal ade wife ke? Bila kahwin? Sampai hati tak jemput.”
“Sha, please.”
Aku melangkah ke pagar.
“maaf. Ni rumah anak dara. Sila balik. Tak manis orang tengok nanti.” Perkataan anak dara kutekankan.
“please, Sha. Bagi Kal masuk.”
“nak cakap, kat sini. Tak perlu nak masuk sampai dalam.”
“kita keluar? Tak best kalau cakap kat pagar” pujuk Haikal.
“5minit.”
“kita makan? Kal belanja?”
“Sha baru lepas makan. Kenapa tak ajak Maya yang terchenta?”
“Sha wife Kal. Sha patut ikut cakap Kal.”
“owh. Yeke? Sejak bila Sha jadi Wife Kal?”
“please Sha. Let me explain.”
“explain? Pasal apa yekh?”
“Sha...”
“ok. Time up. Good nite.” Aku terus melangkah masuk tanpa menghiraukan panggilan Haikal. Lantakla dia, aku peduli apa.
*****
Sudah seharian aku keluar-masuk tandas. Asyik membuang jer. Perut pulak meragam. Muntah? Tak payah cakap berapa kali. Longlai rasanya badan ni.
“Sha, kau ok ke?”
“aku ok..” jawabku lemah.
“macam tak ok jer aku tengok. Jom kita gi klinik.”
“takpela, Huda. Aku ok. Aku rasa aku tersalah makan ni.”
“apa yang kau makan ni? mesti benda yang mengarut.” Bebel Huda. Makcik ni, kalau dah masuk bab membebel, janganlah nak melawan. Ni bukan lagi tambah dengan makcik Ain. Berkulat telinga nanti.
“Huda..aku rasa...”
“eh..Sha.”
Terus dipangku Sasha yang sudah longlai pengsan. Apalah si Sasha makan sampai teruk macam ni?
“Ain. Sha pengsan. Aku bawak dia gi hospital. Tunggu kau kat sana.” Handphone off. Kunci kereta dicapai, tudung disarung.
Macam mana nak angkat si sasha ni?
*****
“erm..”
“sha..kau dah sedar?”
“erm..”
“aku kat mana ni?” aku pandang Ain, Huda. Apsal bilik ni semacam?
“kau kat hospital. Kau pengsan tadi.”
“ha? apa dah jadi?”
“hah, tulah. Lain kali makan beringat. Ni tak, main bedal jer. Kan dah kena keracunan. Nasib baik datang sini cepat, kalau tak entah apa jadi pun aku tak tahu.” Bebel Ain.
“dahla Ain, jangan marah Sha. Dia pun tak perasan agaknya.” Bela Huda.
“sorry Ain, Huda sebab menyusahkan korang. Maaf.”
“aku bukan apa. Risau kau terlebih jer ni.”
“erm lama ker aku kena duduk kat sini?”
“erm, esok petang rasanya dah boleh balik. Kau dehydrated sangat. Doctor terpaksa tahan.”
“thanks Ain Huda.”
“takpela.kita kawan kan?”
“erm, Sha. Aku dengan Ain balik dulu. Kalau ada apa-apa, call kitorang ok?” huda dan Ain sudah bangun lalu menuju ke pintu wad.
“oh, sebelum aku terlupa. Malam ni laki kau datang teman.” Ujar Anis
“laki aku?”
“la, takkan pengsan sekali terus tak ingat laki. Haikal la.”
Haikal?
“buat apa dia datang sini?”
“temankan kau.”
“aku dah besar. Aku boleh jaga diri sendiri.” Balasku. Nak suruh Haikal datang sini? Hu, tolonglah.
“yelah tu. pandai sangat jaga diri sendiri sampai boleh terlantar kat sini.”
“please, Ain. Aku taknak dia datang.” Pujukku.
“Sha. Aku tahu kau dengan dia ada masalah. Cuba selesaikan baik-baik. Sekarang, kau bukan lagi tanggungjawab kami. dulu bolehla, aku dengan Huda tengok-tengokkan kau, tapi sekarang kau dah jadi isteri orang. Suami kau yang kena bertanggungjawab. Bukan kami lagi.” Balas Ain lembut.
“Ain, aku taknak..” ujarku perlahan.
“masalah takkan hilang kalau kau lari, Sha.” Ujar Huda pula.
“kami balik dulu.”
Memang masalah takkan selesai kalau aku lari. Tapi aku taknak jumpa dia. taknak.
Malam itu, Haikal datang. Dia bawa sebekas bubur.
“Sha, makan sikit.”
“Sha taknak makan.”
“Kal suap?”
“taknak.”
“Sha nak tidur.” Terus aku berpaling membelakanginya. Terdengar keluhannya.
“maafkan Kal kalau Kal buat silap. Kal tahu Kal banyak buat silap pada Sha. Minta maaf sayang.”
Haikal cium dahiku.
Sayu rasanya bila Haikal buat begitu. Airmata yang hampir menitis,ku tahan. Tak mahu kelihatan lemah dimata Haikal.
Aku tahu aku kejam. Tapi Haikal lagi kejam. Bukan senang untuk aku memaafkannya.
Tengah malam itu, aku terjaga. Perut masih lagi terasa tidak selesa. Aku beralih ke kanan, menghadap Haikal. Haikal tertidur dikerusi.
Aku pandang wajahnya. Kacak. Mampu untuk membuatkan semua jatuh hati. Termasuk aku. namun, wajahnya takkan sesekali mampu menghilangkan apa yang telah dia buat padaku dulu.
[2]
“balik ni, kita gi rumah Kal.” Ujar Kal setelah doktor membenarkan aku pulang tengahari nanti. Aku yang sedang mengemas barang terus berpaling.
“buat apa?”
“senang nanti Kal nak jaga.” Aku ketawa sinis
“Kal nak jaga Sha? Buat apa?”
“yelah, nanti senang kalau ada apa-apa.”
Gila. Nak suruh aku duduk dengan Haikal?. tolongla. Bagi aku duit sejuta pun, belum pasti aku nak duduk dengan dia ni.
“taknak.” Tanganku masih lincah mengemas barang yang hendak dibawa pulang.
“please Sha.”
“Sha tak nampak satu alasan kukuh kenapa Sha kena tinggal dengan Kal.”
“Sha wife Kal. So, Sha kena tinggal dengan Kal.”
Aku ketawa sinis mendengar kata-kata Haikal. Sebab hanya kerana aku ni wife dia, so kitorang kena duduk sekali? So, selama ni aku bukan wife dia ke?
“sejak bila Sha ni pegang title wife Kal? Lagipun, takkanlah selama 23 tahun ni duduk sorang-sorang tiba-tiba kena berteman?”
“Sha..”
“no. Sha nak balik rumah Sha.”
“tolong dengar kata Kal.” Ujarnya lembut. Dia mendekatiku.
Aku terdiam. Kalau bertekak macam ni, belum tentu aku menang.
“Kita balik sama okay?” pujuk Kal lagi. Aku menarik nafas.
“Selama kita bergelar suami-isteri ni, Kal tak pernah nak amik tahu tentang Sha. So, Sha tak rasa itu satu alasan yang kukuh untuk Sha tinggal dengan kal.”
“sebab Kal dah mula sayangkan Sha.” Ujarnya lembut.
Aku pandang dia. entah kenapa kata-kata yang Haikal ucapkan tadi langsung tak memberi makna kepada aku. langsung tak tersentuh.
“simpan saja rasa sayang Kal tu pada Maya.”
“Sha...”
“dah. Sha penat. Nak tidur.”
Aku meletakkan beg yang siap dikemas dibawah dan terus ‘landing’ atas katil.
“sha..”
“dont touch me. Sha penat.”
Aku tahu apa yang Haikal nak buat. So, awal-awal lagi aku dah warning dia.
“Kal akan tunggu Sha.”
Tunggulah sampai bila. Yang aku tahu, Haikal patut tahu kenapa aku begini.
*****
“wei. Sha kau okay?”
“aku? ok jer. Sihat walafiat lagi. Kau kenapa pulak Ain?”
“takdelah. Hairan semacam bila tengok kau ni asyik sengih dari tadi. Ada apa-apa ke?”
“laa. Takkanlah nak sengih tak boleh? Kalau aku termenung korang bising. Ni aku sengih pun takboleh jugak?”
“bukanlah. Tapi...”
“erm, takpelah Sha. Kitorang keluar dulu.” Sampuk Huda. Huda terus meninggalkan bilik aku sambil mengheret Ain. Baguslah tu, tenang sikit aku nak melayan cerita Korea ni..
*****
“Ain, kau rasa Sha tu ok ke ha?”
“entahla.Aku tak pasti la. Bila tengok dia ceria and tenang macam tu rasa macam ada yang tak kena.”
“masalah dia dengan Haikal dah ok ke?”
“entah. Takkan aku nak tanya hal rumah tangga orang. Giler ke apa.” Balas Huda
“kau tak risik-risik ke?”
“apa risik-risik. Ingat nak gi pinang anak orang ke?”
“hampeh kau. Aku tanya betul-betul la.”
“taknak aku tanya. Nanti tak pasal-pasal kena cop suka jaga tepi kain orang.”
“laa. Kawan kita tu.”
“memangla kawan kita. Ha, apakata kau yang tanya?”
“ish. Taknak.”
“ha, tau takpe.”
“erm, apa kita nak buat?”
“nak buat apa?”
“iskh. Susah giler nak suruh kau faham. Kata budak genius.”
“wei, study aku takde syllubus pasal rumah tangga tau. Sekolah menengah dulu pun, aku bukannya amik ERT. Aku amik KMT tau.”
“Tak payah la nak risau-risaukan pasal Sha dengan Haikal tu. nanti elok la diorang tu.” sambung Huda lagi.
“erm, mintak-mintakla macam tu.”
*****
Esoknya, aku tetap pergi ke kuliah macam biasa. Argh, final dah nak dekat...
“ok, students. Your finals are coming up. So, do well and goodluck.” Ujar Mrs Tan.
“thank you madam.”
“i’ll be in my office if you want to ask me something”
Mrs Tan terus keluar. Fuh. Berakhir sudah kelas hari ni.
“Sha, kitorang nak keluar pergi lunch. Nak ikut?” tanya Ain.
“lunch? Kat mana?”
“mana-mana jer, asalkan bukan kat cafe, dah muak aku makan kat situ. Eh, jom gi bandar.”
“nak tak join?” tanya Ain lagi.
“aku on jer. Lagipun tengah lapar kot sekarang ni. pagi tadi lupa nak breakfast daa..”
“ha, tu la siapa suruh bangun lambat. Kan padan muka sendiri.”
“hehe..terlajak tidur la. Lagipun aku kan ABC. Tu yang best giler tidur sampai tak sedar pukul berapa.” ABC. Istilah untuk Allah Bagi Cuti. Haha, takdelah malu sangat kan kalau boys tahu yang kita sedang p*****
“ok.jom. aku tunggu kat kereta.” Ain dan Huda terus bangun. Aku masih lagi mengemas barang-barang di dalam beg.
Erk. Apa barang aku banyak sangat ni?
Saat aku sampai ke pintu dewan aku terdengar suara-suara orang ketawa. Aku berpaling sedikit. Erm, Haikal dan Maya. padanlah suara ketawa manja.
Dari ekor mata, aku dapat lihat Haikal bahagia sedang memeluk erat Maya. maya pulak tergedik-gedik merengek. Ha, bagus sangat tu. sorang tu kaki buaya. Sorang tu kaki merengek-gediks. Secocok sangat.
Aku ketawa sinis. ‘sayang’nyer Haikal pada aku. terharu aku tengok cara Haikal menunjuk kasih sayangnya. Rasa nak menangis pun ada.
*****
-hujung minggu balik rumah mama.’
Aik? No siapa pulak ni? bila masa aku ada mama?
Mesej tadi tak kuhiraukan. Salah nombor kot.
‘Kal amik Sha depan rumah esok.’
Oh.suami ‘terchenta’ rupanya. Mana dia dapat nombor aku ni?
Mesej dibiarkan tak terbalas. Nak balas apanyer kalau dah keluarkan arahan mandatori macam tu?
Hujung minggu tu, memanglah terpacak Haikal depan rumah aku. dahlah dia tak cakap nak datang pagi. Habis kelam kabut aku dibuatnya. Lain kali bagi arahan mandatori tu, bagi jelas sikit yer. Dan aku pulak? Apsal tak tanya dia? baguslah, 2x5 dengan Haikal. Sama-sama salah.
“Kal tunggu dalam boleh?”
“eh, mana boleh. Ni rumah anak dara. Tunggu luar. Takpun tunggu jer dalam kereta tu.”
“ala, panasla.”
“jangan nak menggedik kat sini. Sha bukannya Maya.” geli pulak bila dia buat ala-ala budak tak cukup umur tu.
Perjalanan mengambil masa sejam. Nasib baik tak lama kalau tak hangus aku duduk dalam kereta tu dengan Haikal.
“nanti panggil Kal ‘abang’” ujar Haikal setelah kami berada didepam pagar rumah mama.
“kenapa?”
“nanti mama tanya. Susah nak jawab nanti.”
“la, panggil jerla nama Kal. Tak boleh ke?”
“takdelah nanti mama tanya. Lagipun, memang panggilan sesuai untuk suami, ‘abang’ kan?”
Erm, memang la sesuai. Habis tu panggilan untuk kekasih apa? ‘Sayang’?
“buat apa nak berpura-pura?”
“tak salah kan kalau Sha panggil Kal macam tu.”
“memang tak salah. Cuma Sha rasa Sha ada sorang jer adik. Takdelah mak bagitahu Sha yang Sha ada abang.”
“Sha..”
“betul apa. Dah jom keluar.”
Padan muka. Ingat aku ni senang sangat nak ‘bermanja-manja’? oh, tidak sama sekali. Nak suruh aku panggil abang? Uwek. Geli anak tekak. Nak panggil nama pun, jarang sekali. Ni nak panggil abang? Kemaruk sangat ke nak suruh orang panggil dia abang? Ha, kalau macam tu apakata suruh jer si Maya tu panggil dia abang. Kan senang..
“mama..” tangan tua itu kucium. Walaupaun aku dengan Haikal tak sebulu, rasa hormat pada mak mentua masih ada dalam diri aku.
“Sha penat ke?” tanya mama.
“takdelah mama. Perjalanan tadi pun sekejap jer. Tak sempat nak bermimpi.” Usikku.
“sempat pulak Sha kenakan mama yekh?” Aku sengih apabila mama memeluk bahuku rapat dan mencuit pipiku.
“eh,mana Haikal?”
“Kal amik barang-barang dalam kereta ma.”
“oh. Jom kita masuk. mama ada buat kuih sikit.”
“buat susah-susah mama jer..”
“tak menyusahkanlah. Lagipun, ni first time menantu mama datang. Mesti teruja sikit.” Ujar mama tersenyum. Teruja ke?
Sudahnya mama menarikku ke dapur. Menurut Haikal, mama sekarang suri rumah manakala papa, bussiness man.
“sayang...” ujar suatu suara. serentak itu terasa tangan sipinggangku. Aku kalih ke sebelah. Haikal.
Huk..huk. cepat-cepat aku capai gelas.
“kamu ni Kal. Bagila salam dulu. Kan Sha dah tersedak ni.” marah mama.
“sorry. sayang tersedak ke?” tangannya beralih pula ke belakang ku. Aku mengurut perlahan dada yang agak sakit akibat tersedak tadi. Selebihnya, cuba mententeramkan perasaan yang tiba-tiba jadi semacam ni. Bagus betul suami ‘terchenta’ ni.
“lepasla.” Ujarku perlahan. Mama sudah beralih ke sinki, membasuh tangannya.
“biarlah. Ikut suka hati Kal.”
“lepaslah.” Aku cuba menarik tangannya dari pinggangku. Gelila.
“sayang takut ke?”
“tak de masa nak takut.”
“yer..kalau macam tu..kita tengok..” Haikal mendekati badannya. Bahaya!!
“ish. Haikal ni tak menyempat betul. Kan Sha tengah makan tu..” ujar mama tiba-tiba. Mama sudah sengih-sengih. Aku pula? Rasanya muka ni dah merah menyala. Malu sey..
Cepat-cepat aku bangun dari kerusi. Peluang nak melepaskan diri bukannya senang. Aku mebasuh tangan disinki. Mataku masih lagi mengawasi langkah Haikal. Mana tahu, tiba-tiba dia ada kat sebelah aku ni. tak ke naya nanti?
“sayang. Kal nak air, ambilkan.”
Aku berpaling ke arah Haikal. Seronok dia menguyah kuih koci tu. mama pula, sudah menapak ke ruang tamu. Erk, adakah ini bermakna hanya aku dan Haikal yang ada kat dapur ni?
“amik sendiri.”
Terus aku keluar. Tak sanggup nak berdua-duaan dengan Haikal. Kalaula aku tahu perangai romeo Haikal tu melebih-lebih, aku takkan balik rumah mama. Sanggup aku duduk kat rumah sewa sana, dari menghadap perangai romeo 1st class Haikal ni. ni baru petang, ada lagi 2 hari aku akan duduk kat rumah mama ni. alahai. Macam mana ni?
*****
“ma, papa memang balik lambat ke?” tanyaku malam tu.
“oh, lupa pulak mama nak bagitahu. Papa sekarang ada kat Kelantan. Biasalah, urusan bussiness.”
“owh..”
“erm, oklah. Mama naik dulu. Dah lewat ni. Sha jangan tidur lambat sangat.”
“baiklah mama. Goodnite. Assalamualaikum.” Mama mencuim pipiku.
Mataku kembali beralih ke TV.
“Sha taknak tidur ke?” tanya Haikal tiba-tiba.
Aik. Bila masa dia ni ada kat sini? Bukannya tadi ada kat atas ke?
Terus aku bangun apabila Haikal semakin mendekati.
“ok. Sha naik dulu.” Cepat-cepat aku mendaki tangga. Kalau lagi lama duduk kat bawah tu, tak pasal-pasal ade adegan yang tak diingini..huhu
*****
Terkejut aku apabila melihat Haikal yang senang bersenang lenang di atas katil. Macam mana aku nak tidur ni. janganlah jadi macam kat rumah mak dulu..
“meh duduk sini.” Ujar Haikal sambil menepuk-nepuk katil disebelahnya.
Gila apa nak suruh aku duduk diatas katil tu?
“ada apa-apa yang Kal nak cakap ke?” tanyaku pula. Majalah yang tadi dibacanya, telah pun diletak ditepi. Aku masih lagi berdiri.
“Kal rasa kita kena berbincang. Sampai bila kita nak macam ni?”
“macam ni, macam mana?”
“yelah. Sha dengan cara Sha. Langsung tak nak bagi Kal peluang?”
Aku pulak yang dipersalahkan. Baguslah, salah depan mata tak nampak. Salah aku jugak yang dia nampak.
“apa yang Sha dah buat?”
“Sha tak nak ke rasa hidup suami-isteri? Ada suami yang tolong tengok-tengokkan?” aku tergelak mendengar kata-kata Haikal.
“siapalah yang taknak Kal. Tapi Sha tak rasa Sha nak dengan Kal.”
“kenapa?” Haikal sudah bangun dari katil dan menuju ke arahku.
“kalau Kal rasa nak tengok muka Sha lagi, baik Kal duduk jer kat katil tu.” haikal tak jadi bangun. Dia sepatutnya tahu yang aku ni keras kepala.
“Sha. Bagi peluang pada Kal.”
“peluang apa?”
“peluang untuk jadi suami untuk Sha. Jadi pelindung untuk Kal.”
“kenapa?”
“Kal sayangkan Sha..”
Ah, kata-kata itu jugak yang disebutnya.
“oh, kalau kat sini sayangkan Sha. Kalau kat kolej, sayangkan Maya, yekh? Macam tu? Apa Kal ingat Sha ni amik syif sayang ke? Apa, sayang Kal tu untuk Sha bila keluar kolej jer? Macam tu?” tanyaku tegas.
Sungguh aku tak faham dengan Haikal ni. kolej, dia berkepit dengan Maya. kat rumah dia cakap sayangkan aku. apa, dia ni ade split identity ke?
“pasal Maya, Kal boleh terangkan..”
“apa, Kal nak cakap yang tu main-main jer? Habis tu Sha ni apa? “
“maya lain. Sha lain.”
“apa yang lain? Kami sama-sama perempuan, Kal. Kal jangan ingat boleh memperbodohkan Sha.”
“Sha wife Kal.”
“stop playing with the words, Kal. Kal tak tahu bertapa berharganya perkataan ‘wife’ tu untuk orang lain.”
“Sha, maafkan Kal. Give me one more chance. Please?”
Aku ketawa sinis. Peluang? Untuk apa?
“peluang untuk apa?”
“untuk berubah.”
“Sha tak rasa Kal akan berubah. “
“semua orang pun berubah Sha.”
“tahu. Dan semua orang tu tak termasuk dengan Kal.”
“please.”
“untuk apa peluang kalau Kal takkan berubah? untuk apa peluang tu, kalau hanya malam ni jer Kal berubah dan esok pagi pergi berkepit dengan Maya tu?”
“Sha jealous, yekh?”
“jelaous? Ni bukannya soal cemburu ke tak. Ni soal hati orang. Dan hati Sha bukannya baik sangat untuk tengok orang yang dikatakan ‘suami’ Sha yang mengaku sayangkan Sha tapi, still berkepit dan bermanja dengan perempuan yang entah apa-apa.”
“Sha bukannya perempuan yang lemah dan tergedik-gedik macam Maya. dan Sha boleh hidup even tanpa insan yang bergelar ‘suami’. Lebih-lebih lagi orang macam Kal.”
“apa yang Sha sebenarnya tak puas hati dengan Kal ni?” tanyanya lagi.
“bukannya tak puas hati. Tapi tak suka kalau dengan orang yang berpura-pura macam ni.”
“dan Sha takkan lupa apa yang Kal pernah cakap pada Sha dulu.” Sambungku.
“apa?”
“jangan buat-buat tak tahu Kal.”
“seriuos, Kal tak tahu.” Aku ketawa sinis.
“owh, tak tahu. Let me remind you, my dear Haikal. 1st time, a week before kita kahwin. Then, 2,3 hari selepas kita kahwin. Then, masa Haikal dengan Maya kat cafe dulu. Opps, ade lagi, last week.”
“eh, still tak ingat lagi? Ok, ingat tak ayat ni. eleh, perempuan gila tu. ingat aku kemaruk sangat dengan dia? body dahlah macam balak. Takde taste langsung.”
“kau ingat aku nak kahwin sangat dengan kau? Boleh blah. Muka macam rumah tak siap. Ada hati nak kahwin dengan aku yang hensom ni.”
“sayang, kenapa you kahwin dengan girl yang sewel tu?
“parents I yang suruh. Lagipun tak lama. Lepas ni, berceraila kitorang.”
“you sukakan dia ke, sayang?”
“suka? Nak muntah lagi adelah. Tengok muka you yang lawa ni, lagi best. Tenang sikit hati I ni.”
“oppss. Ade lagi.”
“perempuan tu spare aku jer. Bila aku dah puas kenakan dia, aku larila. Stok perempuan macam dia tu, berlambak.”
Aku pandang Haikal.
“terkejut, abang sayang?”
“jangan ingat hanya kerana Sha ni macam ni, Sha berhak dimalukan depan orang ramai.Sha masih ada maruah diri.”
“Kal tak sedar semua tu Sha.”
“owh, yeke? Tapi, rasanya baru last week Sha dengar Kal cakap dengan geng Kal tu. erm, apa yekh? Ha..dengar ni kalau Kal still lupa.”
“ok. Kita bertaruh. Kalau aku dapat tundukkan perempuan tu, apa kau nak bagi?”
“well. Kitorang belanja kau makan seminggu.”
“eleh, seminggu buat apa.”
“ok. Aku carikan kau awek yang lebih cun dan mantap dari maya. nak?”
“ok. Aku setuju.”
“jangan ingat hanya kerana Kal memegang title ‘suami’, Kal mampu buat apa saja. Yang pasti Sha takkan sesekali memberi peluang atau memaafkan Kal.”
“lupa pulak. Sha rasa, baik Kal simpan saja niat baik Kal untuk melindungi Sha. Rasanya, Sha masih mampu untuk jaga diri sendiri. Lagipun, Sha masih ada pelindung lagi best dari Kal. Dia ada kat atas sana.”
Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Ke bilik tamu. Lantakla kalau esok kena bersoal jawab dengan mama. Yang penting aku takkan tidur sebilik dengan Haikal. Takkan.
Jangan ingat aku tak tahu apa yang Haikal rancang. Dan semuanya kini terserlah ‘kebaikan’ Haikal. Bahawanya Tuhan masih sayangkan aku.
[3]
Sejak kejadian malam kat rumah mama haritu, aku dan Haikal langsung tak bertemu. Dikolej atau dimana-mana. Ah, lantakla dia nak pergi mana. Dia ingat aku tak tahu apa yang dia nak buat. Kan dah terkantoi. Tapi bila terkantoi ni, dia sendiri yang hilang.
Exam final memang menguji. Bersengkang mata aku, Ain dan Huda mengulangkaji pelajaran. Rumah sewa tu, fuh~ macam tongkang pecah. Semua benda pun tunggang langgang. Haha. Kalaula mak, mama, boyfriend Ain dengan Huda tahu, konfem kitorang kena reject.
“wei, ari ni paper last.”
“aah. Akhirnya. Penat sey asyik menghadap buku ni. naik juling mata aku ni.” balas Ain.
“aik. Budak genius cakap macam tu ke?” usik Ain.
“aku pun manusia jugak ok? Aku nak jugak enjoy-enjoy ni. ingat aku ni suka sangat ke menghadap buka 24-7?”
“ala..busyuk-busyuk Huda. Janganlah merajuk. Tak comel nanti.”
“ee, geli aku kau buat macamtu. Dengan Aidid bolehla kau bermanja-manja macam tu. dengan aku? sorry. aku lurus ok?”
“eleh..bajet.”
“eh, Sha. Lama tak nampak Haikal.”
“ha?”
“aah la. Lama tak nampak Haikal. Mana dia pergi?”
“entah.”
“entah? Wei, dia laki kau tu. boleh pulak tak tahu.” Balas Huda sambil menampar tanganku.
“sakitla. Apa kau ingat tangan aku ni besi, tak sakit bila kena tampar.”
“la.janganlah marah. Nanti abang belanja ok?” balas Ain sambil membuat suara kasarnya.
“uwek. Janganlah Ain. Tak pasal-pasal aku takleh amik paper arini.”
“dah-dah. Nak gaduh pulak depan rezeki. Cepat makan. Nanti lambat pula.”
Cepat-cepat kami menghabiskan roti bakar. Nasib baik hal Haikal tak dilanjutkan. Apa aku nak jawab kalau diorang tanya lagi? Erm, gaduh? Agakla.. nak berpisah? Erm, entahlah. Kuasa veto ada pada Haikal. Kalau dia rasa dia nak lepaskan aku, dengan senang hatinya aku menerimanya...
*****
“assalamualaikum, mak. Ada apa-apa ke?”
“budak bertuah ni. kena ada apa-apa ke baru mak boleh call kamu, ha?”
“hehe. Sorry mak. Erm, mak sihat?”
“mak sihat. Ha, nak cakap ni, hujung bulan ni majlis kamu dengan Haikal. Jangan lupa pulak. Nanti bincang dengan Haikal.”
Ha. Kan dah cakap, ni mesti ada apa-apa kalau mak call. Kalau tak, susah benar nak dapat calling-calling dari mak. Bukannya mak tak suka call aku tapi biasanya aku yang call mak dulu. yelah, aku kan anak sejati yang menyayangi maknya..hahaha.
Alamak. Majlis aku dengan Haikal. Erk? Macam mana boleh lupa ni? nak contact dengan Haikal? Erm, jumpa tuan punya badan pun tidak, ni nak bercontact-contact. Matila aku kalau mak tahu. Berguni-guni nanti ceramah mak.
“erm,baiklah mak. Nanti Sha bincang dengan Haikal.assalamualaikum, mak.”
Lagi satu masalah datang.so, sekarang aku kena cari Haikal. Ah, malasnya. Kalau buat majlis simple boleh?pakai jer baju kurung yang mana-mana ada, pastu jemput saudara-mara dekat-dekat jer. Makanan? Catering. Lauk ayam masak merah, sayur sikit, buah sikit. Air? Sirap pun boleh. Ok tak macam ut?
Kalaulah sesenang macam tu, bahagia sangatlah hidup aku. tapi aku tahu, mak dengan mama mesti nak buat yang grand. Yelah, aku ni kan anak perempuan sulung. Haikal pulak, anak tunggal famili dia. mestilah diorang nak buat majlis besar-besaran. Alamak. Adakah ni bermaksud aku kena jemput kawan-kawan aku kat kolej ni? ahhh, tidak.
“eh, Sha. Apsal ni?” tegur Ain.
Aku pandang Ain, Huda. Ops, terlupa pulak sekarang tengah makan kat KFC ni.
“apsal ni? muka cam meroyan jer.”
“kau nak tengok aku meroyan betul ke?”
“eh, tak mahu aku. tak pasal-pasal ade yang kena masuk tanjung rambutan nanti.”
“banyakla kau.”
“Sha, kau ok ke?” tanya Ain lagi.
“erm, mak aku call. Dia ingatkan majlis aku dengan Haikal hujung bulan ni.”
“owh..so, apa masalahnya.?”
“masalahnya cik kak sayang, mak aku dengan mama Haikal tu confirmla nak buat grandnyer majlis. So, bermaknanya aku kenalah panggil kawan-kawan sejagat aku ni.”
“la. Panggil jerla. Apa masalahnya?”
“aah. Kalau susah sangat, nanti kitorang tolong kau. Ha, nak start bila? Sekarang pun boleh ni.” sampuk Huda pula.
“aish. Korang ni. kalau boleh aku taknakla orang lain especially kawan kita tahu yang aku dengan Haikal dah berkahwin. Nanti tak pasal-pasal timbul gosip yang entah apa-apa. “
“erm, habis tu kau sukala kalau status sebenar kau tu tersembunyi?”
“bukanlah nak sorok tapi aku tak mahu orang lain tahu.”
“bukan ke sama jer ke maksudnya?”
“aah. Ok. Bayangkan kalaulah ada sorang laki ni minat kat kau dan dia pergi hantar meminang. Tapi, tup-tup dapat tahu yang kau dah kahwin. Tak ke naya kat laki tu?”
“kesianlah..”
“majlis kahwin ni orang buat sebab nak bagitahu kat orang ramai yang korang dua ni dah kahwin. Nanti takdelah kena cekup dengan pejabat agama kalau korang..tut tut..”
Aku jeling Ain. Erm, betul jugak apa yang Ain dan Huda bagitahu. Tapi, masalahnya aku tak sedia lagi memegang title MRS ni. lagi-lagi Mrs Haikal. Ah, tak mahu!!
“kitorang bukannya tak kesian kat kau. Kesianlah Sha. Tapi, masalahnya sekarang kau dah jadi wife orang. So, semua benda pun kena jaga. Kau kena jaga maruah suami kau tu. walaupun kitorang tahu kau dengan Haikal tak berapa ok, tapi kau kena ingat yang dia tu laki kau. Bukannya sape-sape.” Terang Huda.
“aku tahu korang sayangkan aku. tapi, benda ni..erm, entahlah. Nantilah aku fikir. Thanks, Ain Huda. Aku sayang korang.”
“kita kan kawan. Mestilah tolong kau. Lain kali mana tahu, kami pulak yang susah. Masa tu kau pulak yang tolong kami kan?”
Aku mengangguk. Makcik kepala gila-gila ni la yang selalu tolong aku. selalu membuatkan hidup aku bahagia dan terisi.
“eh, nanti kau sanding tak?” tanya Ain tiba-tiba.
“entah. Aku kena jumpa Haikal dulu.”
“aku nak jadi pengapit kau boleh?” ujar Ain lagi.
“eh, aku pun nak la.” Sampuk Huda pulak.
“eh, bila masa pulak kau suka mencampup ni Huda?”
“ala, bestfriend aku nak kahwin, mestila nak mengglamorkan diri. Bukannya selalu.”
“ah, takde-takde. Aku cakap dulu. So, aku dulula yang jadi pengapit.”
“eh, Sha tak setuju lagi la. Perasan giler minah ni.”
“sudah-sudah. Benda ni pun nak gaduh ke? Macam budak kecik berebut coklat sugu. Ha, korang dua-dua orang boleh jadi pengapit aku. puas hati?”
“erk? Macam mana tu?”
“ala, pandailah aku uruskan nanti. So, nak tak ni? karang aku cancel, dua-dua takleh nak jadi pengapit aku.”
“nak-nak.” Jawab Ain dan Huda serentak.
Aku tersenyum melihat telatah mereka. Selepas ni, kami macam mana yekh? Bila dah keluar kolej ni, semua orang dah ada haluan masing-masing. Mesti susah nak bersama macam ni lagi. Nak bergelak macam ni lagi. Ah, rindunya nanti..
*****
“Sha! Phone kau bunyi.” Laung Ain. Ketika itu aku berada di dapur. Memasak. Hehe, dah lama tak memasak ni, entah macam manala rasanya nanti. Mintak-mintak ok jer.
“ok.ok. thanks”
Aku terus bergegas ke bilik. Erm, MAMAT BUAYA. Haikal ke?
“assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, Sha.”
“Kal. Kenapa?” sebulan masa exam, tak pernah-pernah aku jumpa mamat ni, tup tup, call aku. ada apa-apa ke?
“kita keluar malam ni? Kal ade benda nak bincang.”
Aku kerling ke arah jam. Pukul 9. Lewatnya, nak keluar ke?
“penting ke?”
“pasal majlis kahwin tu.”
Ooh. Padanlah dia nak call aku. rupa-rupanya pasal majlis. Kalau tak sebab majlis tu, mesti dia takkan call aku kan? Aku lagila seronok. Tak payah nak fikir-fikir pasal majlis.
“esok boleh?”
“kenapa malam ni tak boleh?”
“dah lewat la Kal. Tak elok.”
“apa yang tak elok? Kita kan husband-wife.”
La. Tak habis-habis lagi dengan ‘husband-wife’ dia ni. tak serik lagi ke?
“esok jer. Sha dah masak malam ni.”
“owh, Sayang masak? Masak apa?”
Sayang? Uwek. Haikal ni tengah mimpi ke?
“hello. Sejak bila Sha jadi sayang?”
“sejak 4 bulan yang lalu.”
“sekali lagi Kal panggil macam tu, majlis kita akan jadi macam majlis orang berkabung. Nak?”
“oh, garangnya sayang Kal. Tu yang Kal suka.”
Dia ni kan. Memang tak makan saman. Butang ‘off’ kutekan. Phone disilentkan.
Ha, padan muka. Ingat aku ni tak berani? Tengok orang la.
*****
Esoknya, pukul 10 Haikal sudah terpacak dihadapan rumah.kan senang kalau keluar siang hari, selamat.
“kita nak pergi mana?”
“rumah mama.”
“ha? Apsal tak cakap awal-awal?”
“la, semalam saper suruh offkan phone.”
“dah takde kredit sangat ke nak mesej Sha?”
“saje. Nak balas balik apa yang Sha dah buat kat abang.”
Abang? Gila.
“mama nak bincang dengan Sha tentang majlis tu. nak tempah baju semua. Hujung bulan dah majlis. Takut tak sempat.”
Aku mengangguk. Nak pergi rumah mama dengan sehelai sepinggang macam ni? paling sekejap pun, mesti 2,3 hari jugak kena bermalam kat rumah mama. Takkan nak balik petang? mestilah mama tak kasi. Mana aku nak cekau baju?erm, baju boleh kot pinjam baju mama. Baju kecik? Alamak.
“apsal muka cam cencorot ni?” tanya Haikal tiba-tiba.
“takdelah.” Dulu cakap muka aki ni macam rumah tak siap, sekarang cencorot. Esok? Gajah?
“tengah fikir pasal barang-barang Sha ke?”
Eh. Mana dia tahu? Psikik ke apa?
“tadi, abang dah mintak Ain dengan Huda tolong packkan barang-barang Sha.”
Ha? Bila masa pulak mamat ni berhubung dengan Huda dan Ain?
“mesti Sha tertanya-tanya kan? Well, abang kan suami mithali. Mestilah abang tahu apa yang wife abang buat.”
Ceh. Puji diri sendiri. Suami mithali? Erm, yelah la sangat. Terharu dapat ‘suami mithali’ macam Haikal.
*****
“Sha nak baju macam mana? Sha tengok ni pastu bagitahu mama.” tanya mama. Katalog baju pengantin dihulur kepada ku.
Helaian katalog tu ku buka perlahan. Erm, semuanya lawa. Warna pun menarik. Tapi, boleh ke aku pakai macam ni? tak terlalu glamor ke?
“kalau sayang pakai macam ni, mesti lawa kan?” ujar Haikal tiba-tiba. Dia melabuhkan punggungnya disebelah ku. Tangan kiri dilingkar ke pinggangku. Manakala tangan kanan pula, sibuk menunjuk ke arah baju pengantin dalam katalog tadi.
“iskh. Lepasla. Rimas.”
“abang suka.”
“Kal..mama tengok.”
“biarlah. Abang suka bila duduk dekat dengan Sha. Erm ,wanginya..” bisik Haikal. Sudah~~ janganlah Haikal masuk mode romeonya
“Kal, janganlah kacau Sha. Nanti susah dia nak pilih baju tu.” ujar mama.
“biarlah ma. Kal boleh tolong pilihkan sekali, kan sayang?”
Aku jeling pada Haikal. Suka sangat menyusahkan aku.
Nak taknak, terpaksa la aku berkepit dengan Haikal sambil tengok katalog tu. nak buat macam mana kalau dah mama ada sekali. Kalau tak, dah lama kena penyepit aku.
“lepas ni, kita tengok pelamin pula.” Ujar mama.
“ma, nak kena bersanding juga ke?” tanyaku.
“yelah. Mama nak tunjuk kat orang yang Sha menantu mama. Kenapa, Sha tak suka ke?”
“tak. Sha seganlah nak duduk kat atas pelamin tu. nanti semua otang tengok. Malu. Lagipun, Sha ni takdelah lawa sangat, ma”
“la, biasalah tu. namapun raja sehari kan? Sape cakap Sha tak lawa.bagi mama, Sha memang cantik.”
“erm..” terharu pula bila mak mentua cakap macam tu. aku bertuah sebab dapat mama sebagai mentua. Sporting, baik, ramah.
“sayang abang ni selalu cantik. Sebab tu abang terpikat.” Haikal semakin mendekatiku. Pandangan matanya..
“ok. Mama nak air? Sha buatkan yekh? Aku terus bangun dan menuju ke dapur. Perangai Haikal semakin menjadi-jadi. Kalau lama-lama macam ni, lilin pun boleh cair. Aku? erk. Meleleh-leleh kot. Gila.
****
“malam ni, Sha nak tidur bawah.”
“kenapa? Mehla tidur dengan abang kat atas ni?”
Gila. Nak suruh aku tidur dengan dia?
“taknak. Jangan harap. Dan jangan Kal berani datang bawah. Kalau tak..”
“kalau tak, Sha nak buat apa?”
Haikal bangun dan menuju ke arahku. Aku terpaku di toto. Janganlah buat hal tengah malam ni.
“rasanya Kal sendiri boleh teka apa yang boleh Sha buat.”
“apa yekh?”
“kalau dalam first week kita kahwin, Sha boleh lari dari Kal. Rasanya tak susah kan nak lari hujung bulan ni. betul tak?”
“you wouldnot dare..”
“well, I can do whatever I want.”
“Sha..”
“apa? Betul apa. So, jangan paksa Sha untuk buat apa yang Sha tak suka. Dan rasanya, kal patut tahu kenapa.”
“ok. Fine. Sekarang abang akan ikut Sha. But, soon or later you’ll be mine.” Haikal terus panjat katil. Aku pulak, termangu-mangu dengan kata-kata Haikal.
Argh. Apa maksud Haikal? Janganlah....
*****
“Ain, Huda. Korang jadikan pergi majlis aku?”
“jadik. Nanti aku dengan kawan-kawan yang lain konvoi ramai-ramai.”
“ha? Korang nak konvoi. Gila apa?”
“baru syok, Sha. Ala, jangan risau. Ramai yang join nanti..”
“erm, kad tu korang dah bagi ke?”
“dah. Jangan bimbangla Sha.”
“thanks korang.”
“ah. No hal la.”
“er, diorang tak perasan ke nama aku dengan Haikal?” tanyaku ragu-ragu.
“aku rasa tak kot. cuba tengok ni nama kau..rasanya tak de siapa yang cam kot.”
HAIKAL DANIEL ASYRAF BIN DATO’ KAHIRUL NAIM
DAN
NURUL NATASYA UMAIRAH BINTI IBRAHIM
“kat sini, ramai yang kenal kau sebagai sasha kan? So, rasanya takdelah yang syak yang kau ni Nurul Natasya Umairah. Betul tak Huda.”
“aah. Jangan risaulah.”
“okla. Petang ni aku dah kena balik rumah mama Haikal. Nanti jumpa korang kat sana ok?”
“ok. Eh, kau drive sendiri ke?”
“aah. Kenapa?”
“tak bahaya ke?”
“apa pulak bahaya. Aku pernah jer balik Penang drive sendiri. Ni, kalau setakat kuala Selangor, rasanya takdelah jauh sangat.”
“bukan apa. Orang cakap pengantin ni darah manis. Macam-macam boleh jadi.”
“ni pengantin basi. Dah takde darah manisnyer. Jangan risaulah, Ain, Huda. Insya allah selamat sampai. Nanti kalau ada apa-apa, aku call korang okay?”
“ok.drive elok-elok.”
*****
Aku dah gelabah. Macam mana boleh jadi macam ni? rasanya tadi dah tengok elok-elok. Ni, jadi macam ni pulak. Aduh.
“macam mana ni cik?” tanya laki tadi.
Aku garu kepala. Tadi, masa nak pusing kat satu simpang rasanya dah takde kereta. Tapi tiba-tiba jer entah dari mana kereta saga kat depan ni muncul. Last-last sebab tak sempat nak tekan brek, bontot saga tu dah terkemek sikit.
Kalau diikutkan undang-undang, memang aku salah. Tapi lampu tarffic light tadi merah and ada kereta aku sebijik jer, tu yang berani nak pusing jugak. tapi, alahai. Tercium bontot saga pulak.
Aku dah cuak semacam. Dahlah aku dengan laki ni jer. Teringat kata-kata coursemate, sekarang taktik perompak dah lain. Ada yang nak rompak kat tepi jalan.kalau setakat rompak, ok jer kot. tapi kalau dah masuk kes rogol dan bunuh, itu yang buat kecut perut. Alamak. Janganlah aku yang jadi mangsanya.
“nanti saya call kawan saya.” Ujar laki tadi.
Alamak. Dia nak call kawan dia. kawan perompak jugak ke? Mati aku.
“saya call kawan saya” terus handphone ku capai dan mendail nombor sesorang. Mataku, masih lagi mengekori langkah lelaki tadi. Langkah berjaga-jaga.
“encik. Kalau saya bayar ganti rugi boleh?” tanyaku pada laki tadi.
“banyak ni cik. Larat ke nak bayar?”
“erm, tak pun encik emelkan saya kerugian kereta encik. Nanti saya bayarkan. Okay?”
Ku lihat lelaki itu berfikir-fikir. Lamanya fikir. Setakat kemek bontot tu, rasanya takdelah banyak sangat nak kena bayar.
“apakata...” ujar laki tadi sambil menghampiriku. Alamak. Dia nak buat apa ni.
“cik bayar dengan apa yang cik ada. Saya dah cukup puas..” senyum laki tadi. Ee, jijik aku tengok.
“gila.”
“saya memang gila. So, nak secara rela atau paksa rela?” ujar laki tadi.
Alamak. Dia ni seriusla. Mati aku. mana mamat ni? lambatnya sampai. Lelaki gila tadi semakin menghampiriku.
“tolong saya encik. Lepaskan saya.”
“sayanglah kalau nak lepaskan cik adik yang manis ni. nak jugak merasa manisnya, betul tak?”
“Tolongla. Saya sanggup bagi duit.”
“duit lain dengan apa yang cik adik ada.”
Alamak. Tolong!!
“woit.” Ujar suatu suara garang.
Haikal.
Ya allah. Alhamdullilah.
“apa kau buat ha?” ujar Haikal kasar lalu mendekati kami.
“kau saper. Perempuan ni kekasih aku. kau sibuk apa?”
“oh, kekasih kau. Masalahnya, cik adik manis ni isteri aku.”
“tipu. Dah blah la wei.” Ujar lelaki tadi sambil cuba mencapai tangaku. Aku cepat-cepat tepis dan berlari kebelakang Haikal.
“kau tu yang patut blah.” Balas Haikal kasar
“oh, nak main kasar rupanya.”
“Oit.” Jerit suatu suara pula. Entah dari mana lelaki tu datang sambil membawa sebatang kayu besball. Alamak. Jangan kata lelaki ni geng lelaki yang gila tu.
“oh, kau bawak geng. Takpe. Lain kali kita jumpa lagi.” Cepat-cepat lelaki gila tu pergi meninggalkan kami.
Tanpa ku sedar, aku memegang kuat baju tshirt Haikal. Takut. Ni kali pertama aku mengalami kejadian macam ni. hampir menitis airmataku tadi.
“syhuu..sayang. dah. Lelaki tadi dah pergi.” Aku masih lagi kelu. Rasa berdebar-debar masih lagi bersisa. Dan tanpa ku sedar, Haikal memeluk ku erat dan aku menangis dalam pelukannya.
“sayang dah selamat. Jangan bimbang, okay?” ujar Haikal sambil meminpin tanganku ke keretanya.
Rupanya lelaki yang memegang kayu besball tadi ialah Aidid. Tapi, kenapa lain sangat rupanya? Erm, mungkin lama sangat tak jumpa Aidi kot.
Sudahnya, aku pulang ke rumah mama dengan Haikal. Keretaku pula, dibawa pulang oleh Aidid. Sepanjang perjalanan, aku diam. Rasa takut dan malu bercampur dalam diri. Takut dengan kejadian tadi. Malu kerana terpeluk Haikal.
*****
“eh, bukan ke Sha nak balik sendiri?” tanya mama setelah kami sampai.
“oh, tadi kereta Sha rosak tengah jalan. Kebetulan Kal ada, tu yang balik sekali.”
“kereta Sha macam mana pula?”
“kawan Kal yang bawak balik.”
“oh, dahlah. Naik atas mandi bersiap. Nanti kita makan sekali ok?” ujar mama. Nasib baik mama tak tahu tentang kejadian disebalik kerosakan keretaku tadi. Kalau tak, tak tahula macam mana reaksi mama nanti.
“Kal. Thanks.” Ujarku ketika kami berada dalam bilik.
“no hal. Sha kan isteri abang. Mestilah abang kena lindung.” Balasnya sambil menghadiahkan satu kucupan didahiku. Kucupan kedua selepas upacara membatalkan air sembahyang dulu.
Aku terharu. Adakah Haikal sudah berubah? kalaula dia berubah, bolehkah aku mempercayainya? Macam mana dengan kata-kata dia dulu?
*****
“lusa, majlis Sha dengan Kal kan? So, malam ni Sha dengan Kal takleh tidur sama. Nanti takde seri.” Ujar mama.
Erm, ma. Tak perlu nak tunggu malam ni. malam-malam sebelum ni pun mana pernah aku dengan Haikal tidur sekali. Tidur sekatil pun tak pernah.
“nanti mama nak hias bilik kamu tu” sambung mama lagi.
“Sha tolong?”
“eh, mana boleh. Kamu rehat. Jangan buat kerja. Lagipun nanti tangan Sha kena pakai inai.”
“mama ni buat Sha dengan Kal macam pengantin baru jer. Kami dah kahwin 4 bulan ma. Dah lama takde seri.”
Mama hanya tersenyum mendengar kata-kataku.
“bagi abang, sayang sentiasa pengantin. Ayu, manis dan berseri.” Bisik Haikal.
Entah kenapa kali ini tak pula aku membalasnya. Dan entah kenapa aku senang dengan Haikal. Adakah ini bermakna aku sudah jatuh cinta? Oh, tidak!!!!
*****
“selamat pengantin baru, Sha.” Ujar Ain dan Huda. Aku tersenyum melihat mereka.
Ramai juga kawan-kawan kami yang datang. Tapi, yang menghairankan aku, kenapa diorang tak macam terkejut bila tengok aku dengan Haikal. Ataupun, memang diorang tak cam yang aku ni aku? mekap aku tebal sangat ke sampai kawan aku sendiri takleh kenal? Tapi rasanya, takdelah tebal sangat. Aku dah warning awal-awal mak andam tu yang aku taknak tebal-tebal. Rasa macam opera cina pulak.
“eh, Ain. Apsal semua orang tak terkejut yang aku dengan Haikal?”
“entahla. Okla, aku lapar ni. nak gi makan dulu. Bye.” Ujar Ain sambil menarik tangan Huda.
Erm. Rasanya ada yang tak kena ni.
“sha, kat sini rupanya kamu. Merata mama cari.”
“oh, sorryla. Ma. Tadi ada kawan Sha datang. Kenapa ma?”
“panggilkan Kal, Sha. Ada sedara jauh nak jumpa ni. mama tunggu kat dalam yekh?” ujar mama lalu berlalu masuk ke dalam rumah.
Aku meninjau-ninjau mencari Haikal. Manala dia ni pergi. Entah kemanalah mamat ni merayap.aish. aku keluar ke khemah. Mana tahu, kot-kot Haikal tengah berbuar dengan kawan-kawan dia.
Eh.eh. macam kenal?
Aku tengok Haikal tersenyum sambil melambai kearah satu pasangan. Rasa macam kenal pasangan tu. erk? Alamak. Maya dengan....Aidid? biar betul. Bila masa Maya dengan Aidid? Bukannya Aidid dengan Ain ke?
oo..padanlah haikal baik semacam dengan aku. rupanya Maya dah tinggalkan dia. hampeh. Dia ingat aku ni apa? Si Maya tu pulak. Takde orang lain ke dia nak kebas. Yang dia kebas boyfriend kawan aku buat apa? Kalau dia nak Haikal, amik jerla. Aku tak kisah kalau dia nak amik Haikal tu, dengan senang hatinya aku menyerahkan Haikal pada dia. ni, kalau dia dah kebas boyfriend Ain memang aku takleh tahan. Cepat-cepat aku menghampiri Haikal.
“eh, Maya. Aidid pun ada.” Ujarku sambil melemparkan senyuman yang sangatla plastik.
“eh, eh. Bila masa you all berdua ni? wa, romantiknya. Siap pegang tangan lagi. Eh, Aidid, bukan ke you dengan Ain ke? Curang yekh?” ujarku sinis.
Aku tengok Maya, Aidid dan Haikal tersengih-sengih. Kebal apa hati diorang ni. aku sindir bukan main, tapi langsung takde effect.
“sayang jealous? Nak macam diorang jugak ke?” sampuk Haikal. Aku jeling. Mamat ni boleh pulak buat loyar buruk dia.
“takde masa nak jealous, encik Haikal. Takde masa. Bukan apa, Sha ni nak cakap. Tak elok kalau main-mainkan perasaan orang. Main curang. Pulak tu, langsung takde perasaan bersalah. Erm, apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni kan. Betul tak Maya, Aidid.”
Maya dan Aidid mengangguk sambil tersenyum.eeee, geramnya aku. memang hati batu betul.
“Sha nak masuk dulu. Kal, mama panggil masuk. ada sedara jauh nak jumpa.” Terus aku blah dari situ. Duduk lama-lama pun, buat apa? Buat sakit hati adelah.
Ketika melintasi khemah perempuan, aku terpandang Ain. Sedang bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang lain. Macam manalah agaknya kalau dia tahu Aidid curang? Aku mengeluh perlahan.
*****
“sayang jealous ke dengan Maya tadi?” tanya Haikal ketika kami berada dalam bilik malam itu. penat rasanya badan melayan tetamu.
“uh. Takde masa.”
“yeke?” terasa ada tangan menjalar dipinggang.
“lepasla.”
“taknak. Dah lama abang bagi Sha masa. So, malam ni, you’ll be mine.”
“taknak. Lepaslah Kal.”
“noe.” Haikal sambil mengetatkan pelukannya. Dia mencempung aku lalu diletak atas katil.
“i love you so much dear.”
Entah macam mana aku mendapat satu kekuatan apabila mendengar kata-kata Haikal. Dia cintakan aku? ha, amik kau. Terus ku tolak Haikal dari katil. Padan muka. Aku bingkas bangun.
“oh, bila dah kena tinggalkan, baru love me yekh? Boleh pergila dengan sayang Kal tu.”
“tak,sayang. Abang memang sayangkan Sha. Dari dulu lagi.”
“hahaha. Geli tekak bila Kal cakap macam tu. yeke? Terima kasih. Berapa dapat kalau Kal sayangkan Sha? Duit? Ke perempuan yang mukanya tak macam rumah tak siap macam Sha?”
“no. Sha dah salah faham.”
“Sha masih ada telinga yang masih boleh dengar jelas apa yang orang cakap. Dan Sha masih ada mata yang boleh tengok. Dan Sha percayakan telinga dan mata Sha.”
“macam mana kalau semua itu tipu?” ujar Haikal lalu mendekatiku.
Tipu? Apa maksud Haikal?
“macam mana kalau semua apa yang Sha dengar dan tengok tu tipu? Hanya lakonan semata-mata?” sambungnya.
Lakonan? Apa maksud Haikal?
“Sha masih percayakan diri Sha ke?” kini, aku berada dalam pelukan haikal.
Aku...aku kelu. Apa yang Haikal cuba cakap ni?
“jom, keluar.” Ujar Haikal tiba-tiba.
“ha?”
“aah. Jom. Nak, pakai sweater dengan tudung ni.” Haikal menarik tanganku.
*****
Kini, aku berada di sebuah restoran mamak. Nasib baik bukak lagi pukul 1 pagi macam ni. dan dihadapanku, ada Haikal,Maya, Aidid, Ain dan Huda. Masing-masing dengan muka yang macam sedang menunggu hukuman gantung dari aku.
“dah habis cerita?” mereka mengangguk.
“ok. Sha nak balik.”
Terus aku bangun dan meninggalkan mereka.
“kunci.” Aku hulur tangan pada haikal. Lambat-lambat dia keluarkan kunci lalu diletakkan diatas meja.
Aku terus mengambil kunci dan berlalu ke kereta. Lantakla, Haikal nak balik macam mana. Kalau dia dah sanggup kenakan aku macam tu sekali, rasanya tak susah nak cari jalan nak pulang kerumah.
Eee.....geramnya aku. macam manalah kepala diorang boleh terfikir nak kenakan aku sampai macam tu. yang aku bengang, Ain dan Huda pun join sekali. Aish. Memang bestfriend aku betul.
*****
“sayang marah ke?” ujar Haikal. Lewatnya balik, apa lagilah komplot diorang tu. aku yang sedang berbaring diatas sofa, terus bangun.
“taklah. Suka sangat. Ha, tak nampak ni Sha senyum kan?” ujarku sambil berpaling ke arah Haikal.
“please, jangan marah.”
“sampai hati kenakan Sha macam ni sekali.”
“abang tak sengaja. Ni jer cara nak dekat dengan Sha.”
“habis tu semua yang Sha tengok dan dengar tu memang bohongla yekh?” Haikal mengangguk.
“abang tahu dulu abang memang kaki perempuan. Orang cakap romeo. Tapi bila abang jumpa dengan sha, abang terpikat. Dan sekarang abang hanya setia pada Sha sorang jer.Tapi abang tahu, sha memang anti dengan abang kan?”
“so, terpaksala abang buat cara ni. so, abang boleh tahu setakat mana Sha boleh terima abang. “
“tak logikla.”
“apa yang tak logiknya?”
“semua ni.”
“abang tahu, Sha dah sayangkan abangkan? Ingat tak masa first time datang rumah mama. Malam tu, abang tahu Sha memang sayangkan abang. Tapi, bila Sha keluarkan hujah-hujah Sha tentang komplot kitorang, abang terpaku. Abang tak sangka secepat tu Sha mengalah.”
“sha bukan mengalahla.”
“yeke tak mengalah? Sha tak sanggup nak jebakkan diri Sha dengan abang kan? Sebab Sha tahu, kalau Sha dah ‘jatuh’ sekali dengan abang, Sha akan selamanya terikat dengan abang. Betul tak? so, sebagai langkah keselamatan, Sha awal-awal lagi berundur. Mengalah.”
“bukan macam tula.”
“habis tu?” aku mengeluh. Haikal mendekatiku.
“Kal tahu tak lepas Kal lafaz nikah tu, Sha dah janji dengan diri Sha yang Sha nak buat Kal jatuh dengan Sha. Sha nak buat Kal jauhkan diri dari Maya, dan perangai kaki perempuan Kal tu. dan Sha janji, apapun Kal akan jadi milik Sha.”
“kenapa macam tu?”
“mama pernah berpesan dengan Sha. Mama risaukan Kal. Mama pesan jugak suruh jaga Kal. Sebab tu Sha bertahan sampai sekarang. Kalau tak, dah lama kita berpisah.”
“takkan sebab mama jer?”
Aku terdiam. Apa nak jawab yekh?
“abang tahu, sebab Sha pun sayangkan abang kan?” ujar Haikal sambil memeluk ku erat lalu dia merebahkan badan kami ke sofa.
“eh..lepasla..” aku meronta-ronta.
“nak lepas jugak ke?” Haikal mengetatkan pelukannya. Mengunci aku dalam pelukannya. Hampeh. Guna taktir kotor.
Nak tahu apa yang diorang rancang? Ok. Macam ni.
Maya dan Aidid sebenarnya adik beradik. Tak percaya? Betul. Adik beradik, Cuma Aidid tu lahir awal tahun dan Maya lahir akhir tahun. Pasal perbualan yang aku dengar tu, mereka sengaja sebab nak kenakan aku. nak tengok sejauh mana aku bertahan dengan perangai Haikal. Gilanyer komplot.
Sebab tu aku terfikir, macam mana aku boleh dengar semua benda tu tepat pada masanya? Pastu jelas pulak. Hairan.
Ain dengan Huda ikut join komplot gila ni. alasan? Diorang tahu aku ade crush dengan Haikal. Dulu masa mula-mula aku masuk kolej aku memang terpikat dengan Haikal. Siapalah yang tak suka dengan Haikal yang kacak tu. tapi bila dapat tahu perangai Haikal yang hampeh tu, terus aku tak berminat. Tapi, dalam diam-diam, aku pernah berharap yang Haikal berubah dan berpaling pada aku. poyo kan? Haha
Dan paling best, semua kawan-kawan aku tahu yang aku dah kahwin dengan Haikal ni. macam mana diorang tahu, aku sendiri tak pasti. Padanlah, semua yang datang tadi tersengih-sengih. Macam ada pakatan besar, ha, entah-entah satu kuliah tu kot berpakat nak kenakan aku? waa..gila jahat diorang ni.
“erm, macam mana Kal boleh yakin yang komplot ni boleh berjaya? Macam mana kalau Sha betul-betul bencikan Kal?”
“Abang yakin dengan hati abang yang Sha pun sayangkan abang kan?”
“Sha benci abang.”
Terus aku tendang Haikal.
“jangan kacau Sha. Sha nak tidur.” Selimut ku tarik ke seluruh badan. Malu sey bila hati aku haikal dapat teka. Buat penat aku keraskan hati jer. Kalau aku tahu, ha..tahulah nak buat apa nanti.
“ala, sayang. Janganlah macam ni. dah lama abang tidur sorang tau.”
“taknak. Saper suruh tipu Sha.”
“ala, please baby?”
Gila. Sayang. Ni baby.
“taknak.” Aku mengeraskan diri di atas sofa.
“ok. Takpela macam tu.”
Senyap.
Haikal merajuk ke? Dia dah tidur ke?
Aku buka selimut sikit. Kosong. Dia takde kat depan aku. yeah. Padan muka siapa suruh buat komplot ni.
“ha, keluar pun dia..” sergah Haikal dari belakang.
Alamak.lari.
“ha, sayang tak boleh lari.” Haikal mencempung badan ku lalu diletakkan diatas katil. Aku meronta-ronta.
“sayang, dah malam ni. tidur yekh?” bisik Haikal lembut. Aku mengeraskan diri.
Tak lama kemudian, pelukannya semakin longgar. Aku kalih ke sebelah. Aik? Dah tidur.. erm, baguslah. Erm, best pulak bila tidur ni ada orang peluk.
*****
“good morning sayang.”
“erm..” saperlah yang kacau pagi-pagi ni. aku buka mata sikit. Erk?
BUK.
“sakitla sayang. Dah berapa kali abang kena tendang tau.”
Hehe. Tak sengajala. Tindakan refleks, nak buat macam mana.
“sayang nampak seksi pagi ni.mm...”
Alamak..
“ok. Nak semayang dulu.” Cepat-cepat aku bagun dan menuju ke tandas. Bahaya.bahaya. lebih lagi setelah semua nya diperjelaskan malam tadi. Confirm aku takleh lari dari Haikal lepas ni.
Pagi itu, buat pertama kalinya aku berjemaah dengan Haikal. Terasa syahdu pulak. Tapi rasa best sangat bila sembahyang berjemaah ni. rasa lain sangat kalau sembahyang sorang-sorang.
“eh, sayang nak gi mana?” tanya haikal
“nak tolong mama buat sarapan.”
“ala, temankan abang please.” Haikal mendekatiku.
“sayang syampu rumbut ke? Wanginya..”
“Kal.”
“kal.” Aku tolak badan Haikal lalu turun ke bawah. Seram aku bila haikal buat aksi romeo pepagi buta macam ni.
Tingkat bawah masih lagi sunyi. Semua orang tidur lagi kot. yelah, dah semalam kenduri besar-besaran, mana tak penatnya. Oh, baru pukul 6. Awal lagi. Apsal la aku bangun awal sangat ni. dahla semalam tidur lewat.
Erm, kalau amik angin pagi-pagi macam ni best jugak kan? Aku menggerakkan buian. Nyaman..
“join boleh?”
Boleh, tak boleh tetap duduk jugak kan? Baik tak payah tanya.
“sejuknya pagi ni. sayang tak sejuk ke?”
“tak”
“abang sejuk la.” Lalu, tanpa amaran, Haikal memelukku.
“ha, kan best duduk macam ni.” aku diam jer. Nak meronta, bukannya boleh lepas.
“aik, sayang dah suka ke bila abang peluk macam ni?”
Aku jeling Haikal. Mamat ni ade yang nak kena hempuk.
“ok. I’ll take it a yes.” Makin erat pulak pelukan Haikal.
“lemas la Kal.”
“abang, sayang. Abang. Bukannya Kal.”
“taknak. Sha takde abang pun. Kenapa nak panggil abang.” Aku masih lagi berkeras. Terasa lain macam bila panggil Haikal abang. Tak pernah-pernah aku panggil orang lain dengan panggilan abang.huhu.
“oo. Menjawab. Tak baik tau menjawab dengan suami.”
“biarlah. Sha ade mulut..Sha..”
Cup
“abang!!!!!” Haikal gelak.
“ha, kan dah terkeluar nama abang tu. susah sangat ke?”
“main tipu. Mana aci.”
“aci takde kat sini sayang. Kat india la sayang.”
“benci!”
“sayang kan?” usik Haikal.
“awal lagila. Jom kita sambung tidur. Erm, apakata kita sambung apa yang tergendala. Nak?” aku pandang Haikal tak percaya.
Oh, jangan kata....TIDAK!!
“yes dear. Pernah tak abang cakap you’ll be mine. So, anggap jer hari ni bertuah untuk abang.”
“taknak.”
“nak.”
“taknak.”
“nak.”
“TAKNAK!”
“abang mengantuk lagi, please temankan abang..” pujuk Haikal.
Ala, dia dah start buat suara romeo. Cairla macam ni.
“please...”
Aku bangun lalu masuk ke rumah meninggalkan Haikal.
5minit
10 minit.
“kenapa abang still kat luar? Kata mengantuk.” Ujarku perlahan. Aku terus masuk rumah. Malu bila bercakap macam tu dengan Haikal.
“ok. Kalau macam tu, baik abang dukung sayang. Legi cepat sampai.” Tiba-tiba entah dari mana Haikal muncul.
“eh..eh..”
“kenapa nak menjerit ke?”
“Sha benci abang..”
“abang sayangkan Sha. I love you dear.” Sekali lagi ku dihadiahkan ciuman dari Haikal.
“ee..tak suka.”
“suka, tak suka. Sha tetap milik abang. Tapi, abang rasa Sha mesti suka kan? Nak lagi? Kalau nak, lebih dari tu abang boleh bagi..”
“benci..benci..”
“sayang.sayang..” Haikal mengejek ku. Hampeh.
Haikal meletakkan aku diatas katil. Dia merenung mataku lembut.
“Sayang Sha. Izinkan abang..”
Eh. Tadi cakap nak tidur jer kan?
Bencinya mamat ni. cakap tak serupa bikin. Tapi benci macam mana pun, dia dah terjadi suami aku. terima jerla.
Aku sayang Haikal tapi, aku benci dia. boleh ke macam tu? aku suka dia bila dia buat aku selamat. dan aku benci dia bila dia masuk mode romeo sebab aku tahu aku akan cair dengan kata-kata nya. Oh, sungguh tak suka. Benci. Tapi aku sayang dia. haha. Gila kan?
No comments:
Post a Comment