W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

pelangi 4

[3]
Aisyah najwa. Nama yang sering meniti dari bibir mamanya. Dan demi Puan MAdihah, dia hanya menurut.
3 tahun berada dibawah bumbung yang sama tidak mampu untuk membuka pintu hati masing-masing. 3 tahun hidup bersama namun..
Masing-masing punya hati batu. Masing-masing punya hal sendiri..
Atau,
Itu sebenarnya untuk mengaburi mata hati masing-masing?
Sepanjang hari Aisyah hanya menemani Puan madihah. Bercerita dan bercerita. Membawa Puan Madihah bersiar di taman. Hanya itu rutin hariannya. Dia hanya akan kembali ke biliknya setelah memastikan Puan MAdihah lena.
Tak siapa yang tahu dan rahsia itu, hanya Aisyah dan Aktaf yang tahu. Suami isteri yang sah. Majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran demi menyambut menantu tunggal. Namun, rahsia ‘dalam bilik’ tak siapa yang tahu.
Tak siapa yang tahu mereka berkomunikasi hanyalah untuk berbincang tentang kesihatan Puan Madihah. Tiada hal lain. tiada hal hati dan perasaan. Bilik utama diubahsuai tanpa diketahui oleh Puan MAdihah. Bilik itu diubahsuai menjadi 2 bahagian bilik. 2 katil single, 2 almari, 2 meja. Tandas juga diubah suai menjadi 2 bahagian. Laluan mereka tak pernah bertembung. Hanya satu yang membawa laluan mereka bersama. Pintu bilik.
Perjanjian itu masih terikat kemas. Sehinggalah selepas kematian Puan Madihah. Dan segalanya berjalan dengan lancar..
Seperti yang dijanjikan, ikatan itu terlerai setelah kematian Puan MAdihah. Masing-masing bersetuju untuk berpisah. Tiada hati dan perasaan yang terlibat.
Namun ada sesuatu yang telah terjadi antara mereka. Dan rahsia itu mungkin akan tetap menjadi rahsia.
Rahsia buat Aisyah Najwa. Dan bukan lagi rahsia untuk Aktaf Hakimi.

No comments:

Post a Comment