W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

bahagiaku

[1]
“anak awak ke?” tanya satu suara garau dari belakang. Aku terus berpaling. Tergamam sebentar melihat si lelaki itu.
“erm..”
“aah. Anak sulung dia...kawan ke?” sampuk satu suara lain dari sebelah kiriku. Aku kalih. Kakak!
“oh..tahniah. tak tahu pulak yang awak dah kahwin. siap ada anak dah..” ujar lelaki tadi lagi.
Baru sahaja aku ingin membalas kata-kata lelaki itu, sekali lagi kakak menyampuk.
“aah. Dia dah bahagia sekarang. suka kakak tengok. Eh, madihah. Kawan ke? Nanti ajakla datang rumah. Boleh jugak kenal-kenal ngan Fikri.”
Aku jengilkan mata buat si kakak. Sesuka hati dia jer nak menyampuk. Aish. Kakak pula, boleh pulak buat muka tak bersalah.
“oh, tak apalah. Terima kasih. Madihah ni, kawan lama saya. Dah lama tak jumpa kan, madihah? Okla, saya gerak dulu. comel anak awak, sama macam mak dia kan? beruntung siapa yang jadi suami awak..” ujar lelaki itu lagi dengan senyuman dibibir. Dia menunduk sedikit lagi mencuit pipi sikecil yang berada di kaki Madihah.
“assalamualaikum..” lama kelamaan kelibat lelaki itu semakin menghilang, ditelan dengan orang ramai.
“Kakak!”
“apa? “ kakak tayang muka selamba dia.
“apa yang kakak dah buat?”
“apanya?”
“tadi tu apa?”
“apa?” kakak buat layan tak layan dengan pertanyaanku. Sikecil didukung dan berlalu pergi.
Aku mengeluh perlahan. macam manalah boleh terserempak dengan lelaki tadi, sedangkan selama beberapa tahun ni tak pernah pulak nak bertembung sedangkan kami tinggal di Bandar yang sama. Shah Alam ni, bukanlah besar sangat. Tapi tak adalah kecil sangat. Nanti pusing-pusing, pergi shopping, pergi kerja, tempat sama jugak.
Tengahari tadi, kakak mengajak dia untuk menemaninya bershopping. Katanya, senang kalau ada tangan tambahan, lebih-lebih lagi bila si Ahmad tu dah ada kaki. Penat juga nak menjaga si kecil itu. suka sangat berlari.
Ahmad masih lagi pelat, yelah baru sahaja berusia setahun lebih . Yang mampu dia sebut..”ma” untuk memanggilku dan “bu” untuk kakak.
“tu, Syahid kan?” tanya kakak perlahan. lama aku terdiam sebelum menjawap soalan kakak tadi.
“mana kakak kenal?” aku kalih sebentar ke sebelah, sebelum menumpu kembali kearah jalan raya.
“kamu tu adik kakak. Adik yang kakak jaga sejak sekolah menengah lagi. Lama macam mana pun kamu simpan rahsia kamu tu, kakak boleh detect juga, tau. “
Aku terdiam.
“sampai bila kamu nak sembunyikan perkara tu, madihah?” tanya kakak lagi. sesekali tangan
kanannya menepuk perlahan si kecil yang sedang tidur.
“kakak tak jawab lagi soalan saya. Macam mana kakak kenal dia?”
“abang fikri.”
“habis tu, kenapa kakak cakap si Ahmad tu, anak saya?”
“sengaja kakak cakap macamtu. Nak bagitahu dia yang madihah pun bahagia sekarang. bukannya dia seorang”
Aku mengeluh perlahan. susah betul kalau ada orang yang terlalu protective dalam keluarga ni. rungut hati kecilku.
“pasal abang fikri bagitahu tentang ni, madihah janganlah marahkan abang fikri. bukannya abang sengaja nak buka cerita pasal madihah, Cuma kakak yang paksa dia. “ terang kakak.
“madihah bukannya taknak cerita tapi, tu cerita lama.”
“habis tu, dulu, kenapa madihah tak pernah cerita langsung kat kakak? Madihah tak percayakan kakak ke?”
“bukan macam tu...” ujarku perlahan. aku menarik nafas. Kereta berhenti di lampu isyarat. Aku berpaling kea rah kakak.
“tu kisah lama saya, kakak. Lagipun kisah lama tu, bukannya kisah manis untuk saya kenang, apatah lagi nak bercerita dengan kakak.”
“sebab dia ke, madihah macam ni sekarang?”
“ha?” apa maksud kakak?
“kamu tu, masih jugak menyendiri.”
“tak ada kena mengena dengan dia la kakak.”
“tipula.”
“betul. Tak ada jodohla kakak. Lagipun, siapa la nak dekat saya ni?”
“kamu sengaja cakap macam tu. Kamu ni bukannya muda pun. dah nak dekat 30. Tapi still single. Nak kata kamu tu tak ada apa-apa, bohongla. Rumah, kereta semua dah ada yang sendiri. kerja kamu sebagai lecturer yang Universiti sana, bukannya calang-calang. Dengar kata, kamu nak sambung PhD. Betul ke?”
“rezeki saya kakak. Alhamdullilah.”
“memanglah rezeki kamu, tapi madihah tak teringin ke nak ada family sendiri?”
“kalau ada jodoh, adalah.”
“kakak carikan, nak?” terus aku kalih ke sebelah. Kakak ni.
“tak payahla. bukannya saya tak tahu dengan kepala kakak tu. penuh dengan idea gila.”
“ala...”
“kakak. Saya senang macam ni. bagi saya, biarlah kalau tak ada family sendiri. At least saya ada kakak, si Ahmad ni ngan abang ipar kesayangan saya tu.”
“kamu ni..” Tangan kakak ku pegang erat.
“kakak bukannya apa. Sedih tangok kamu macam ni.”
“kakak, saya ok jer. Kakak pula yang sedih.”
“kamu tu memang. Mulut cakap lain, tapi hati kamu tu, siapa yang tahu?”
“betul. Saya oklah.” Senyuman ku ukir untuk kakak.
“dahla. Kita dah sampai ni. abang fikri dah tunggu-tunggu kat depan pintu tu.” ujarku. Enjin kereta ku matikan.
“assalamualaikum abang.”
Abang fikri hanya tersenyum melihatku. Pintu kereta sebelah kakak, dibuka. Ahmad yang berada di atas ribaan kakak, diambil perlahan. kakak keluar dari kereta lalu menyalami tangan abang fikri. aku tersenyum melihat adegan kasih sayang mereka. Senang dengan kasih sayang yang dipamerkan oleh abang fikri dan kakak atiqah.
“madihah tak nak masuk dulu?” tanya abang fikri.
“tak apa la, abang. Terima kasih. Insya allah lain kali saya singgah.” Abang fikri hanya mengangguk.
Aku masuk semula ke dalam kereta lalu menghidupkan kembali enjin. Perlahan aku mengundurkan keretaku dari garaj rumah abang fikri dan menuju ke rumahku,yang hanya beberapa meter sahaja dari rumah abang fikri.
Pernah juga, mereka mengajakku untuk tinggal bersama namun aku menolak. Segan sebenarnya. Yelah, takkanlah aku nak ganggu pasangan itu? lagipun, dah lama aku teringin nak ada rumah sendiri. At least, aku ada harta ku sendiri, walaupun tak banyak. Untuk masa depanku sendiri.

[2]
“good morning boss.” Secawan nescafe dihulurkan kepada encik Haikal.
“morning, atiqah. So, hari ni ada meeting pernting untuk saya?” tanya encik haikal.
“pukul 10 nanti, ada meeting dengan pihak bank. Nak bincang tentang budjet untuk projek yang baru masuk semalam. Dan petang nanti pukul 3, ada meeting dengan pihak designer.”
“erm..”
“kenapa boss?” tanya atiqah hairan. Kenapa dengan boss pagi-pagi macam ni? selalunya, pagi-pagi boss mesti ceria, walaupun dia selalu balik malam. Yelah, workaholics. Mana tahu penat kan?
“tak ada apalah, atiqah. Erm, boleh tak awak tolong cancelkan meeting saya hari ni?”
“ha? Kenapa? boss tak sihat ke?””
“pening kepala sikit.”
“ai, sejak bila boss start pening-pening ni?” gurau atiqah. Selama ni pun, memang dia jenis yang cakap selamba dengan boss. Nasib baik dapat boss yang sporting.
“sejak semalam. Sejak mak saya suruh saya bawa balik menantu untuk dia.”
“oo..tu la boss. Saya dah pesan, lain kali tryla bercinta dengan orang. Jangan bercinta dengan kertas je. Tak terbalas cinta boss tu. sekarang kan dah susah.” Komen atiqah.
Haikal hanya tersengih mendengar omelan setiausahanya. Setiap hari, pasti ada sahaja yang keluar dari mulut ibu beranak satu itu. dan harinya sentiasa bahagia dengan omelan itu,
walaupun kadang-kadang memang dia akan kena. Oh, bukannya kadang-kadang tapi selalunya memang dia akan terkena lah.
“nak buat macam mana atiqah. Mak saya tak terima cinta saya dengan kekasih kertas saya tu. terpaksala saya cari kekasih manusia..”
“aish. Boss ni kan. habis tu, boss nak buat apa hari ni?”
“ingatnya nak buka temuduga ‘MENCARI MENANTU UNTUK PUAN SALMAH’. Agak-agak atiqahla, ada orang nak apply tak?”
Atiqah terpaku sebentar, cuba memproses kata-kata Hakal. Tak lama kemudian, baru dia perasan setelah mendengar suara ketawa Haikal yang memenuhi bilik pengarah urursan itu.
“ha!” jerit atiqah tiba-tiba.
Haikal pandang atiqah kemudian berkerut. Kalau tadi muka atiqah berkerut terkena deknya tapi sekarang senyuman pula menghiasi wajah cantik itu. macam ada udang disebalik mee!
“saya ada cadangan!”
“apa dia?” tanya haikal curiga.
Dan hanya senyuman panjang atiqah diberi sebagai jawapan bossnya..
“Atiqah! Awak jangan nak buat idea gila. Bukannya saya tak tahu kepala awak ni. penuh dengan muslihat.”
“ala, boss mesti suka idea saya...” dan senyuman atiqah masih lagi panjang. Dan bermakna.

[3]
Keretaku masih lagi berpusing-pusing di lorong yang sama sejak 30 minit yang lepas, tapi alamat yang tertera di kertas putih di dashboardnya masih belum ditemui. Lantas, aku memberhentikan kereta ditepi jalan. Laju tanganku mencapai handbag disebelah dan mencari handphone.
“kakak! Mana ni? dah banyak kali madihah pusing.” Rungutku sebaik sahaja panggilan disebelah sana disambut.
“assalamualaikum, madihah.”
“abang?” tergamam sekejap. Ingatkan kakak yang angkat. Tapi, abang fikri pula yang menjawab. Tak pasal-pasal tersalah tembak orang!
“aah. Abang ni. madihah kat mana ni?” tanya abang fikri lagi.
“oh. Madihah kat area Klang ni. kakak cakap suruh ambil dia kat rumah kawan dia..”
“ha?” kedengaran suara terkejut abang fikri. lama kemudian, talian di sana putus tiba-tiba. Aik?
Kenapa pula ni? handphone aku rosak ke? Dia cuba dailkan lagi nombor kakaknya. Namun, hampa. Talian tak dapat disambungkan. Kenapa ni?
Aku mengeluh perlahan. tak tahu nak buat apa. Takkan nak pusing satu taman perumahan ni lagi?
10minit kemudian, handphonenya berbunyi. Kakak!
“assalamualaikum madihah.” Suara kakak menyapa telinga.
“waalaikumussalam.kakak kat mana ni? mana rumah yang kakak cakap tu? madihah dah tak larat nak cari.”
“oh, rumah dia ada sebelah kiri selekoh besar. Lepas tu, kat depan rumah tu ada pokok pinang besar. Kalau madihah still tak jumpa lagi, atap rumah dia colour brown-red something macam tu. cat rumah colour light yellow.” Terang kakak.
Mak ai. Memang detail habis kakak describe rumah tu.
“ok..ok. nanti madihah cari lagi. erm, kenapa telefon kakak ada dengan abang fikri tadi?”
“owh..” kakak diam.
“kakak?”
“erm, abang fikri ada dengan kakak ni.”
“eh? Bukan ke tadi kakak cakap kakak dengan Ahmad je. Sebab tu, kakak suruh madihah ambil kakak kat rumah kawan kakak. Tapi, kenapa tiba-tiba abang fikri ada sekali?” tanyaku hairan.
“eh..mana ada. Kakak ada bagitahu tadi yang abang fikri ada sekali. Kereta abang fikri buat hal. Sebab tu, kakak minta tolong madihah datang ambil kami..”
“erm..” aku masih lagi ragu-ragu. Rasanya tadi, kakak langsung tak cakap yang abang fikri ada sekali.
“kalau madihah ada hal, tak apalah. Kakak minta..”
“tak adalah kakak. Madihah dah ada kat area sini. Cuma rumahnya jer yang tak jumpa-jumpa. Kakak dengan abang fikri tunggu yekh?” potongku.
Bukannya aku merengek atau mengeluh apabila kakak meminta tolong cuma aku hairan dengan perangai kakak. Pelik semacam. Ah, tak apalah.
Kereta mula bergerak, mencari rumah yang dikatakan oleh kakak tadi. tak sampai 5 minit, keretaku sudah pun berada di dahapan pintu pagar. Padanlah tak jumpa. Pokok pinang kat depan rumah ni besar sangat, sampaikan nombor rumah terlindung habis.
Aku mengundurkan kereta dan memarkir di tepi jalan. Takkan nak parking kereta dalam kawasan rumah orang. Macam tak sopan pula. Lagipun, ada beberapa buah kereta lain di halaman rumah tersebut.
Enjin kereta dimatikan, handbag dicapai. Fikirku, elok kalau bertegur sapa dengan kawan kakak sebelum pulang. Yelah, orang cakap lebih manis daripada hanya tunggu dalam kereta kan?
Belum sempat aku membuka pintu keretaku, pintu sebelah penumpang dibuka dari luar. Lalu, seorang lelaki masuk dan duduk disebelah penumpang. Aku tergamam. Siapa ni?
“assalamualaikum. Hai. Saya haikal. Awak, madihah kan? selamat berkenalan. Ni rumah saya, in fact, rumah keluarga saya. Awak datang ni sebagai bakal isteri saya dan saya nak kenalkan awak dengan ahli keluarga saya. Tentang ahli keluarga saya, awak jangan bimbang. Saya dah uruskan. Yang awak perlu buat ialah senyum dan menjawab apa-apa yang diorang tanya saja. Just simple questions. Insya allah, diorang takkan tanya yang pelik-pelik. okay?”
panjang lebar lelaki itu menerangkan cuma otak aku hanya boleh menangkap nama dia. haikal. Yang lain-lain, apa yang dia cakap yekh? Tiba-tiba terasa pintu kereta sebelahnya dibuka.
“jom.”
Entah macam mana dan entah bagaimana. Yang aku tahu sekarang ni aku dah berada dalam rumah itu, diatas sofa, diapit oleh Haikal dan sebelah kananku, ada seorang wanita yang agak berusia. Tangannya erat menggenggam tanganku. Aku masih lagi blur. Apa yang jadi ni?
“kenalkan, ni mama abang.” Ujar Haikal sambil menunjuk kearah wanita yang berada disebelahku.
“yang ni pula, papa abang. Kat depan ni, yang tak berhenti-henti sengih adik perempuan tunggal abang. Najihah. Dan yang sebelah najihah, adik tunggal lelaki abang, Nazmi. Diorang ni kembar. Sekarang dah bekerja.” Terang haikal. Eh, abang?
“abang tak pernah ceritakan tentang ahli keluarga kita pada madihah ke?” tanya mama Haikal.
“pernahla mama. Cuma, madihah kan tak pernah jumpa najihah dengan nazmi ni secara live. So, abang kenalkan lagi diorang pada madihah. Kan sayang?” balas haikal sambil memandang tepat wajahku. Aku masih lagi blur. Apa ni? mana kakak? Mana abang fikri?
“madihah. Kenapa mama tengok madihah macam blur je? Madihah tak selesa ke?” Tanya wanita itu lagi. tanganku masih lagi dalam genggaman dia.
“madihah terkejut sebenarnya mama. Actually, abang bawa madihah datang sini tanpa pengetahuan dia. kiranya ni surprise untuk sayang. Maafkan abang sebab tak dapat bagitahu sayang awal..” ujar haikal lembut. Sekali lagi pandangan aku dan haikal bertaut. Dia cuba menghantar isyarat melalui matanya. Iskh. Aku mana faham dengan isyarat mata!
“betul?” tanya mama.
“aah. Auntie. Madihah terkejut sebenarnya.” Ujarku sambil mengangguk perlahan. senyuman diukir. Entah ikhlas entah palsu senyumanku itu.
“dah. Dah. Abang tepi. Najihah nak duduk sebelah kakak madihah.” Najihah yang tadi berada di sofa hadapan mula beralih tempat. Ditolaknya Haikal dan mula mengambil tempat disebelah ku. Kalau tangan kananku digenggam erat oleh mama Haikal,lengan kiriku pula dipaut erat oleh najihah.
“ish. Najihah. Tak baik buat kakak madihah macam tu.” tegur papa Haikal.
“ala..bukannya selalu najihah boleh dapat kakak ni, papa.” Jawab najihah manja. Kepalanya dilentukkan ke bahuku. Aku tersenyum melihat telatah manja.
“okla. Kita makan dulu. lauk pun dah sejuk. Nanti kita sambung berborak lagi.” putus mama Haikal.
“jom, madihah.” Aku mengangguk lantas bangun. Belum sempat aku melangkah mengikut langkah mereka, terasa lenganku ditarik membuatkan aku tersentak ke belakang.
Aku kalih ke belakang. Haikal! Sesuka hati saja tarik lengan orang, nasib baik berlapik!
“maaf. Lepas ni, saya akan terangkan apa yang jadi.”
“macam mana saya boleh terlibat ni?” tanya ku hairan.
“syuh. Senyaplah sikit. Nanti kalau diorang tahu, matilah saya.” Bisik Haikal.
“okay..”
“erm. Atiqah kakak awak kan?” kata-kata Haikal selepas itu langsung tak masuk dalam kepala
ku. Bagaikan angin lalu saja.
hanya satu yang aku pasti ketika itu. nama kakak! ATIQAH!

[4]
“kakak!”
Terus aku menonong masuk tanpa memberi salam seperti biasa. Biadapkah aku? mungkin. Namun, perasaan hati dan ingin tahu aku ini benar-benar membuatkan lupa segalanya. Ketika dalam perjalanan pulang tadi pun, nasib baik tak ada apa-apa yang terjadi. Yelah, memandu dengan perasaan tak tenang, mana nak selamat kan?
“madihah.” Abang fikri muncul dari ruang tamu dengan si kecil dalam gendongan. Terbit rasa menyesal dalam hati dengan kelakuan aku tadi. menjerit tanpa memikrkan ada insan kecil dalam rumah itu. kalau si Ahmad terjaga, macam mana?
“maafkan madihah abang.”
“tak apa. Abang faham. Kakak ada kat atas.” Ujar abang fikri. kemudia abang fikri mula melangkah ke bilik rehat di tingkat bawah. Aku tersedar sesuatu.
“jangan cakap kat madihah yang abang pun terlibat sekali.” Ujarku sedikit tegas. Mungkin keras pada pendengaran abang fikri. Langkah abang fikri terhenti lalu berpaling ke arahku.
“abang tahu madihah macam mana, walaupun kita hanya abang-adik ipar. Tapi, madihah jangan lupa yang abang juga senior madihah masa kat U dan pernah menjadi kaunselor madihah dulu. jatuh bangun madihah semuanya ditangan abang. abang tahu madihah marah. Namun, abang nak madihah faham dan tahu semua ni untuk kebaikan madihah juga. Kalau boleh, abang nak madihah dengar apa yang kakak nak cakap. Selepas itu, apa saja keputusan madihah kami akan terima.” Ujar abang fikri panjang lebar.
Aku terpaku. Aku hampir lupa dengan kenyataan itu. semua kisah hidupku ada ditangan abang fikri. dan hanya separuh sahaja diketahui oleh kakak. Aku tahu, niat abang fikri bukanlah untuk mengugutku namun dia selebihnya tahu macam mana perasaan aku. dan mungkin dia sendiri boleh menjangkakan apa yang akan terjadi kelak.
Entah macam mana aku ‘terikat’ dengan abang fikri. aku bukanlah jatuh cinta dengan abang fikri. tidak sama sekali! Kakak dengan abang fikri mula bertunang sejak mereka berada di tahun 3 universiti. Kebetulan pula aku dapat menjejaki kaki ke university yang sama dengan mereka.
Mungkin abang fikri menganggap aku sebagai tanggungjawabnya, walaupun ketika itu abang fikri hanyalah tunang kakak. Hanya tunang, bukan suami. Aku dijaga dengan baik dan penuh amanah, apatah lagi aku dan kakak sudah tidak mempuanyai ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga abang fikri turut menerima kami dengan baik.
Setiap masalah aku, dapat dihidu oleh abang fikri dan dia bijak mengembunyikannya dari kakak. Dan aku, sebolehnya taknak menyusahkan kakak dengan masalahku. Cukupla kalau selama ini, kakak yang menjagaku dengan baik. Dan aku, kalau boleh tidak langsung mahu menyusahkan sesiapa, baik abang fikri ataupun kakak sendiri.
Tapi. Abang fikri tetap abang fikri. dialah abangku. Dialah kaunselorku. Dan dialah pelindungku. Malah aku merasakan sikap protective abang fikri lebih daripada kakak. Namun, aku tak merungut walaupun kadang-kadang aku merasakan hidupku diatur oleh abang fikri, abang iparku sendiri.
Namun aku tahu, setiap aturan abang fikri adalah yang terbaik untukku.
“kakak” aku menghampiri kakak yang sedang duduk diatas sofa.
“madihah”
“sebelum madihah marahkan kakak, kakak nak jelaskan pada madihah tentang perkara itu.” aku mengangguk perlahan.
“Haikal tu, boss tempat kakak bekerja sekarang. memang kakak akui, dia seorang yang workaholics namun hatinya baik. Madihah dan Haikal sama-sama semakin meningkat usia namun masih lagi single. Kakak bimbang. Dan kakak risau. Macam mana kakak nak biarkan madihah sorang-sorang sedangkan kakak dan abang fikri bahagia? Kakak tak sanggup nak tengok madihah keseorangan. Sama dengan Haikal. Kakak kenal haikal dah lama. Sejak kakak bekerja di syarikat itu lagi. dua-dua kakak sayang dan kakak tak sanggup nak tengok orang-orang yang kakak sayang jadi macam ni. madihah faham kan, maksud kakak?”
Aku mengeluh perlahan. aku pandang wajah mengharap kakak.
“tapi, kenapa dengan cara macam ni? kenapa kakak tak berterus terang dengan madihah?”
“kalau kakak terus terang, madihah nak ke? Kakak tak rasa madihah akan terima cadangan kakak tu.”
“tapi, dengan cara macam ni? tahu tak, madihah macam blur sangat-sangat depan family Haikal tadi. entah apa yang diorang fikir.”
“madihah.” Tanganku digenggam kakak.
“kakak kenal Haikal dan family dia dah lama. mereka baik.”
“tapi..”
Kata-kata aku terhenti apabila melihat abang fikri melangkah masuk. aku mengeluh perlahan. kini, peguam sudah pun menyertai perbualan kami. confirm aku akan kalah dengan hujahnya.
“abang takkan sampuk apa-apa. Abang jaust nak dengar apa yang madihah tak puas hati.”
“madihah tak puas hati dengan cara perkenalan kami.”
“okay. Nanti kakak akan aturkan perkenalan madihah dengan haikal dengan proper.”
“bukan maksud madihah macam tu.”
“habis tu?”
Aku mengeluh lagi. entahla. Bagaimana aku nak suarakan apa yang aku rasakan. Bukannya aku malu namun, susah nak nyatakan perasaan hati ni.
“madihah?”
“madihah tak tahu.”
“apa yang madihah tak tahu?” sampuk kakak lagi. lama aku diam sebelum aku menyambung.
“madihah jadi tak berapa yakin untuk berkahwin.”
“kenapa?”
“sebab dia ke?” sambung abang fikri. aku tak mengangguk dan tak menggeleng
“tak juga.”
“habis tu?”
“madihah rasa madihah bahagia dengan hidup madihah sekarang. madihah dah ada abang dengan kakak. Dengan ahmad dan anak saudara madihah yang bakal lahir nanti. Cukuplah. Madihah dah cukup bahagia dengan apa yang madihah ada.”
“madihah tak teringin nak ada suami yang madihah boleh salam tangan setiap hari? Madihah tak teringin nak ada family sendiri yang boleh bergelak ketawa dan berkongsi suka duka? Ada anak yang boleh menceriakan hari-hari madihah? “ tanya abang fikri.
“kakak dengan abang hanya nak tengok madihah bahagia. Dan kami yakin dengan haikal.”
“abang?”
“abang percaya dengan kata hati abang. Kakak pun setuju. Tapi ini, kata kami. segala keputusan ada ditangan madihah.
“tadi..” aku membiarkan kata-kataku tergantung.
“apa?”
“erm..”
“madihah?”
“tadi. haikal melamar madihah depan family dia. siap dengan cincin lagi.”
“serius?” tanya kakak teruja. Aku mengangguk.
“madihah macam mana?”
“entah. Semua ni sangat cepat. Madihah takut. Madihah tak kenal dia. dan madihah pasti, haikal pun tak kenal dengan madihah. Macam mana kami, orang asing ni boleh bersatu dengan ikatan suci tu?”
“madihah. Yakin denganNYA. Semua ini mungkin aturanNYA untuk madihah. Apakata, madihah istikharah?” uajr kakak.
“abang setuju. Ambillah masa selama yang mungkin untuk madihah berfikir.”
Aku mengangguk. Adakah ini benar-benar untukku?
“okaylah kakak, abang. Madihah nak balik dulu.” aku bangun dari sofa dan menuju ke tangga.
“madihah tak nak stay sini?” tanya kakak. Aku menggeleng.
“tak apalah..terima kasih. Nanti apa-apa, madihah bagitahu. Terima kasih kakak dan abang atas semua ini. Madihah benar-benar menghargainya. Sebab madihah tahu kakak dengan abang nakkan yang terbaik untuk  madihah.”
Kakak menemaniku ke kereta. Sebelum aku memboloskan diri ke dalam kereta, kakak sempat membisikkan sesuatu. Dan kata-kata itu menemaniku sepanjang malam itu.
‘hal lamar tu, bukan idea asal. Kakak rasa, Haikal dah jatuh dengan madihah.’
Benarkah ini yang berlaku? Zaman sekarang ni, ada lagi kisah cinta macam ni?

[5]
Semuanya berlaku dengan pantas. Dan dalam tempoh masa sebulan, aku kini menjadi mrs. Mrs haikal Hadi binti Mohamad Syah. Dan segalanya berjalan dengan lancar.
Kini, aku tinggal bersama keluarga Haikal. Kadang kala, hujung minggu aku dan Haikal akan melawat kakak dan abang. Apartmentku pula, disewakan. Itupun kepada kawan najihah. Sayang kalau dibiarkan kosong. Dan aku sendiri tak percaya kepada orang luar untuk menyewa disitu.
“kakak.”
Aku berpaling kesebelah. Nazmi. Dia menghulurkan semug milo panas.
“terima kasih.” Nazmi hanya mengangguk.
“abang haikal tak balik lagi ke?” aku menggeleng perlahan.
“kakak. Apa yang nazmi nak cakap ni, nazmi harap sangat yang kakak tak terasa.” Tutur nazmi perlahan. mug ku letak diatas meja yang berada diantara kerusi aku dan nazmi. Ketika ini, kami berada di taman mama. Taman yang diubai suai mengikut selera mama.
“apa dia?”
“apa yang abang cakap masa first day kakak datang sini, semuanya bohong kan?”
“ha?”
“tentang hubungan kakak dan abang yang dah lama.”
“kenapa nazmi cakap macam tu?” tanyaku gugup.
“kakak jangan bimbang. Cuma, nazmi tertanya-tanya. Macam mana kakak boleh terikat dengan abang? Nazmi tahu abang macam mana. Abang terlalu obsess dengan kerja pejabat. Lebih-lebih lagi selepas kakak dengan abang kahwin.”
“kakak boleh bercerita dengan nazmi. Dan nazmi takkan ceritakan pada sesiapa.nazmi janji.” Ujar nazmi sambil mengangkat tangannya ibarat berikrar. Aku tersenyum melihat telatah nazmi.
“tak ada cerita la nazmi. Cuma, kakak dengan abang baru saja kenal.” Ujarku perlahan.
“dan kakak rasa senang sangat dengan ahli keluarga ni. kakak pula yang rasa segan dengan semua orang.” Sambung ku
“laa..kenapa segan. Kami semua ok jer.”
“entahla. Sebab semua orang baik kot.”
“boleh pulak macam tu yekh?” gelak nazmi perlahan.
“nazmi tahu, walaupun kakak dengan abang baru saja kenal tapi, nazmi boleh tengok yang abang bahagia sekarang.” tambah nazmi lagi.
“ye?” Nazmi mengangguk.
“doakan kebahagian kami.”
“insya allah. Kami semua mendoakannya. Dan nazmi nak kakak tahu, kami hanya nak kakak sebagai menantu dalam keluarga ni. okay?”
Aku tersenyum mendengar kata-kata nazmi.
“abang mungkin orang cakap ‘kayu’ tapi sebenarnya abang baik sangat. Mungkin abang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang.”
Aku hanya mengangguk. Mungkin juga. Lagipun aku baru sahaja kenal dengan haikal tak sampai 2 minggu.
“oklah. Nazmi masuk dulu. esok dah nak kerja. Kakak taknak masuk lagi?” aku menggeleng.
“tak apalah. Kakak nak tunggu abang balik dulu. selamat malam. And thanks, untuk milo ni.”
Nazmi mengangguk lalu menghilang ke dalam rumah.namun kemudian, kepalanya terjegul dari pintu.
“opps, lupa nak wish. Welcome to the family.” Ujarnya lalu menyitkan matanya. aku tersenyum.
Malam itu seperti 2, 3 malam sebelum, aku masih setia menunggu haikal. Berbekalkan sweater dibadan, aku menunggu suamiku.
“eh, madihah. Tak tidur lagi?” sampuk satu suara. aku berpaling. Papa! Aku mengukirkan senyuman untuk papa.
“belum. Tengah tunggu abang haikal. Papa belum tidur lagi?”
“papa dah nak naik tidur la ni. jangan lama sangat duduk kat luar. Sejuk. Tak elok.” Pesan papa, lalu berlalu masuk.
Setengah jam kemudian, kedengaran kereta haikal masuk ke halam rumah. Aku yang hampir tersengguk-sengguk, terus sedar apabila terasa tangan menyapa pipiku.
“abang!”
“sayang tak tidur lagi?” aku menggeleng. Haikal tersenyum. Senyuman yang membuatkan aku terpikat dengannya sejak hari pertama kami di ijabkabul.
“jom. Masuk.”
“abang masuk dulu. nanti madihah ikut. Nak kunci pintu.” Ujarku. Haikal mengangguk dan berlalu ke anak tangga. Kemudian, dia berpaling. Aku hairan.
“abang tertinggal something ke?”
Haikal tersenyum.
“aah. Abang tertinggal isteri abang. Jom, kita naik sekali.”
“abang mesti penat kan? abang naik dulu la.”
“it’s okay. Sayang abang pun mesti penat sebab tunggu abang kan?”
Aku tersenyum. Akhirnya, haikal menungguku mengunci pintu sebelum kami berdua mandaki anak tangga naik ke bilik.
Seperti malam-malam sebelum, aku menunggu haikal bersiap dan menemaninya makan.
“malam ni, abang tidur kat couch. Selamat malam sayang.” Satu kucupan di dahi dihadiahkan untukku.aku hanya memandang langkah haikal.
Layanan haikal tak pernah kurang sejak kami berkahwin.dia senang untuk menunjukkan kemesraan kami dihadapan mama,papa, najihah, nazmi, kakak dan abang fikri. Namun, hanya satu yang kurang. Kalau perkahwinan ini yang haikal nak, kenapa couch itu dijadikan tempat tidur rasminya?

[6]
“abang,” aku pandang haikal yang sedang duduk di couch dalam bilik tidur kami.
“erm?” jawab Haikal tanpa mengangkat wajahnya dari majalah.
“abang..abang suka ke dengan perkahwinan ini?” tanyaku perlahan. ku lihat, haikal terpaku sebentar sebelum melipat kembali majalah yang dibaca tadi.
“kenapa sayang tanya macam tu?”
“entah. Saja nak dengar pendapat abang.”
“memang abang yang nakkan perkahwinanan ini. Sayang pula?” perkataan ‘sayang’ dari bibir haikal tak pernah lekang.
Aku terdiam medengar soalan. Apa yang perlu ke jawab?
“sayang?” haikal mula mengambil tempat disebelahku. Aku pandang wahaj haikal.lama. kemudian, haikal mengalih pandangannya. Aku mengeluh perlahan.
“abang benar-benar pasti dengan keputusan abang ni?” tanya ku lagi, membiarkan soalan haikal tergantung tanpa jawapan.
“insya allah. Keputusan abang direstuiNYA.”
“kenapa sayang macam ni?”
“erm..abang. madihah nak balik rumah kakak boleh?”
“lama ke sayang nak balik sana?”
“madihah ingat hujung minggu ni, nak habiskan masa kat sana.”
“baiklah. Abang izinkan. Nanti abang hantarkan.”
“tak apalah. Madihah drive sendiri.” Haikal mengangguk lalu bergerak kearah couch, menyambung pembacaannya yang terganggu tadi.
*****
“madihah dengan haikal okay sekarang?” tanya abang fikri.
“alhamdullilah. Kami still nak kenal-kenal.”
“madihah bukan lagi tanggungjawab abang lagi. apapun yang jadi selepas ni, madihah kena berbincang dengan suami madihah.”
Aku mengangguk. Aku benar-benar berterima kasih kepada abang fikri kerana menjaga aku, walaupun kami hanyala abang-adik ipar. Namun, dia menjagaku seperti adiknya sendiri.
“abang dan kakak doakan kebahagian madihah dengna haikal.”
*****
Pagi ahad itu meriah dengan suara nyaring Ahmad kerana berebutkan mainan denganku. Sengaja aku mengusik si kecil. Lama sangat tak mengusik dia.
“ma....nak..nak..” tunjuk ahmad dengan permainan lego yang ada ditanganku.
Aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak mahu memberikannya lego tersebut. Aku ketawa kecil melihat raut wajah Ahmad yang hampir menangis itu.
“ish. Mak su ni tak nak bagi ahmad main ke? Nak kena babap ni.” tegur satu suara di belakang ku sambil tangannya mencapai tanganku. Sebetulnya mencapai permainan lego ditanganku.
Aku berpaling. Haikal. Sejak bila dia datang?
“sayang..” lantas, satu kucupan di pipi dihadiahkan buatku.
“iskh. Boss ni. nak bermanja-manja, janganlah depan anak saya. Rosak.” Usik kakak. Aku hanya mampu tersenyum, padahal aku dapat merasakan mukaku merah kerana usikan kakak.
“kakak. Saya nak pinjam adik kakak hari ni boleh?”
“nak pinjam? Nak ambil terus pun takapa. Ikut kamulah nak buat apa dengan adik kakak tu.”
“kakak!” jeritku.
“betul apa yang kakak cakap tu, haikal. Abang setuju sangat.” Sampuk abang fikri pula.
“abang dengan kakak ni.”
“dah. Jom sayang. Kita keluar hari ni, nak?” ujar haikal sambil menarik tanganku untuk bangun. Belum sempat aku menjawab, haikal menarikku ke bilik.
Sebaik sahaja kami berada dalam bilik, haikal terus memeluk ku erat. Aku terpaku. Haikal tak pernah memelukku seerat dan selama ni. aku binggung. Apa yang melanda haikal?
“haikal.”
“syh. Abang rindukan sayang” Lama baru dia melepaskan ku.
“sayang tukar baju okay? Abang bawak sayang jalan-jalan hari ni, then kita balik rumah.” Ujar Haikal. Aku hanya mengangguk. Kalau ikutkan perancangan, memang aku akan pulang ke rumah mama petang ni.
“eh, macam mana dengan kereta madihah?”
“kenapa dengan kereta madihah?”
“yelah. Kalau kita balik dengan kereta abang, macam mana dengan kereta madihah? Nak tinggal
sini ke?”
“oh. Abang tak bawak kereta. Nazmi yang tumpangkan abang tadi.” aku mengangguk perlahan.
“ok. Cepat siap. nanti kita lambat.” Ujar haikal sambil menolak perlahan badanku kerarah almari.
“abang tunggu bawah. Okay?” sambung haikal lalu menghilang di sebalik pintu.

[7]
“madihah drive, boleh?” pinta Haikal.
“ha?” Haikal mengangguk lantas memboloskan dirinya ke tempat penumpang, meninggalkan aku kehairanan. Kakak dan abang fikri yang berada di depan pintu hanya tersenyum melihat kami.
“kita nak pergi mana?” tanyaku setelah 5 minit keluar dari taman perumahan kakak. Kereta ni, nak menghala kearah mana?
“madihah nak pergi mana?” tanya Haikal pula.
“entahla. Madihah tak ada plan. Abang?”
“apakata, kita pergi date?” terkejut dengan permintaan Haikal, aku terus kalih ke sebelah. Namun, tak lama kerana pandangan haikal yang kini sedang tajam merenungku. Tak selesa dengan pandangannya.
“abang..”
“erm?”
“abang tengok depan boleh?” pintaku.
“kenapa?”
“madihah tak selesa bawak kereta bila abang tengok madihah macam tu.”
“well, madihah kena biasakan diri la.” Aku jeling ke sebelah. Haikal hanya tersengih.
“so, back to our topic. Okay?”
“date?”
Haikal mengangguk kecil dan aku hanya mengeluh perlahan. apa nak buat dengan date ni? bukannya aku pernah pergi date sebelum ni.
*****
Seharian ber’date’ dengan Haikal benar-benar memenatkan. dan menyeronokkan juga. Aku tersenyum sendirian memikirkan apa yang terjadi petang tadi. kami hanya makan-makan, window shopping, makan-makan lagi dan window shopping lagi. rasanya, lebih banyak makan dari window shopping kot.
Cuma tadi apabila kami melintas ke satu kedai, aku terpandang sehelai selendang bercorak yang sangat menarik minatku. Hijau biru abstact. Kombinasi warna kegemaranku. Tetapi, apabila terkenangkan Haikal yang berada disebelah, niatku terbantut. Tak apalah, mungkin lain kali boleh aku datang sini sorang-sorang. Masih belum biasa untuk bershopping dengan Haikal.
Aku duduk dibirai katil sambil mengurut kaki yang agak penat kerana berjalan. Yelah, kalau dah pakai heel satu hari, mana lah tak sakit kaki. Dahla, aku ni bukannya biasa sangat pakai heel. entah kenapa, hari ni teringin nak pakai. Ingatkan mungkin sekejap sahaja kami keluar.
Mataku kemudiannya terpaku pada pintu bilik yang dibuka dari luar. Haikal yang berbaju melayu hitam dan berkain pelingkat mendekatiku. Senyumannya masih lagi dibibir.
“kenapa ni? sakit kaki ke?” tanya Haikal lalu melabuhkan duduk disebelahku. Aku hanya mengangguk. Tanganku masih lagi mengurut perlahan kaki.
“meh sini. Biar abang urutkan.” Ujar haikal lantas menarik kakiku lembut dan diletak dalam ribaannya. Aku terpaku dengan tindakannya.
Haikal masih lagi tekun mengurut kakiku. Sekali sekala dia ada menekan beberapa bahagian di tapak kaki membuatkan aku mengaduh kesakitan.
Aku memerhati Haikal. Rambutnya keperangan ditambah pula dengan potongan pendek menonjolkan lagi kematangan Haikal. keningnya agak lebat dan tersusun rapi. Hidungnya pula, tak mancung dan tak ‘kemik’. Rasanya tak pernah aku meneliti wajah Haikal se’detail’ sebegini.
“dah habis scan muka abang?” ujar Haikal tiba-tiba. Dia mendekatkan lagi wajahnya.
Aku yang agak terperanjat terus membelakangkan kepalaku.Buk!
“adoi.” Tak sangka, kepalaku terhantuk pada kepala katil. Sakitnya!
“sayang ni. kan dah terhantuk.” Tangan Haikal menyapu perlahan kepalaku. Terasa macam bergegar kepala kerana hantukan tadi.
“abang rasa kepala sayang dah benjol la. Nanti abang demahkan dengan towel suam.”
Haikal baru dari katil lalu menuju ke almari, mengambil sehelai towel dan dibawa ke bilik air. Tak lama kemudian, dia kembali dengan sebekas air ditangan kanan dan towel disebelah kiri.
“duduk diam-diam. Tak tahu pulak abang yang sayang ni ganas. “
“mana ada! Abang yang buat madihah terperanjat.” Dia yang salah, pastu nak cakap aku pula yang salah. Aish.
“ok.ok. abang salah. Maaf.”
“salah madihah jugak..” ujarku perlahan. yelah, kalau aku tak tertangkap oleh Haikal kerana menilik wajahnya, pasti aku takkan terperanjat dan sekaligus menghantukkan kepalaku sendiri.
“ok. Dahla. Sayang berehat la. Esok nak kerja kan?” aku mengangguk. Haikal bangun lalu menuju ke bilik air sambil membawa tuala basah dan bekas air tadi. aku hanya memandang langkah Haikal.10 minit kemudian, barulah Haikal keluar. Dia mendekatiku.
“selamat malam sayang.” Dahiku dicium. Lalu dia beredar ke tempat tidurnya-couch. Dan aku hanya memandang sayu. Haikal sudah pun baring dan badannya ditutupi selimut. Namun aku masih terkebil-kebil dalam kegelapan.
Banyak sangat persoalan dalam kepalaku namun langsung tak terluah kepada Haikal. aku masih lagi berpegang kepada kata-kata abang fikri. ‘percaya dengan takdirnya dan bersabar’. Aku percaya dengan jodohku adalah Haikal. namun, bersabar? Sampai bila?
Aku mengeluh perlahan lalu bangkit dari katil dan menuju ke tingkat bawah. Niatku untuk duduk dibuaian sambil menikamati suasana malam. Mungkin, aku akan temui ketenanganku disitu. dan juga, mungkin aku akan temui jawapanku.
Jam didinding menunjuk ke pukul 1 namun mataku masih lagi segar walaupun sudah seharian aku berjalan. Buaian ku hayun perlahan. mp3 yang kubawa tadi, ku on kan.
Lagu ONE IN A MILLION’ berkumandang. Sekali sekali aku menyanyi bersama.
“sayang..”
“sayang..”
Tiba-tiba terasa ada sesuatu menarik keluar earphone kiri. Terus aku kalih ke sebelah. Haikal!
“abang.”
“kenapa sayang ada kat sini?” haikal mengambil tempat disebelahku.
“saja. Nak ambil angin malam. Lagipun madihah tak mengantuk lagi.”
“madihah tak nak share dengan abang?” tanya Haikal.
“share?”
“your doubt?” aku mengeluh. Peluang yang kutunggu selama ini, kini ada didepan mata namun kenapa mulut ini masih terkunci rapat?
“abang fikri pernah pesan pada abang yang sayang ni, susah untuk bercakap tentang hati dah perasaan madihah. Dia pesan lagi, abang kena bijak untuk memahami sayang.”
Abang fikri..
“abang tahu, sayang banyak yang tak puas hati dengan abang kan? Cuma, sayang takut nak tanya. Takut pertanyaan sayang tu akan buatkan abang terasa, betul?” aku mengangguk perlahan.
Kedengaran keluhan Haikal. aku kalih ke sebelahnya,berhadapan dengannya. Tangannya ku genggam erat. Aku nekad. Haikal suamiku.
“kenapa?” tanyaku perlahan. namun aku tahu dia mendengar. Lama Haikal berdiam diri. Hatiku semakin sakit melihat diam Haikal. airmata yang kutahan sejak tadi semakin bertakung dimata. Hanya menunggu untuk jatuh saja.
kalau tadi, Haikal yang memulakan persoalan ini, tapi kenapa apabila aku bertanya dia hanya diam?
“abang..”
“kita masuk.” tegas Haikal. melihat aku yang masih belum berganjak Haikal terus mendukungku masuk.
Haikal erat mendukungku, bimbang kalau-kalau aku terjatuh. Tanganku pula melingkar ke lehernya. Kepala ku lentukkan ke dadanya.
“madihah sayang abang” bisikku ke telinganya.

[8]
Haikal meletakkan aku dengan berhati-hati diatas katil kami. kemudian, dia melabuhkan punggungnya disebelahku. Tangannku diambil lalu dipegang erat.
“abang pun sayangkan madihah.”
“in facts, abang sangat-sangat sayang dan cintakan sayang.” Sambung Haikal. matanya menatap wajahku.
“kalau abang sayangkan madihah, kenapa....kenapa selama ni, abang...” kata-kataku terhenti apabila jari haikal ada dibibirku.
“abang tahu.” Dia mengeluh perlahan.
“abang tahukan yang abang boleh percaya pada madihah, kan?” haikal mengangguk lagi.
“sekarang ni, madihahla orang yang paling abang percaya. Madihahla HAWA abang.”
“jadi?”
Lama Haikal mendiamkan diri. Sekali lagi hatiku sakit melihat kebisuan Haikal.
“tak apalah. Kalau abang tak nak cakap lagi, abang simpan dulu. nanti bila abang dah bersedia, abang bagitahu madihah.okay?” aku mengalah jua dengan Haikal. biarlah.
Selimut dihujung kaki kutarik sampai ke dada. Haikal masih lagi dibirai katil.
“Sayang.” Haikal baring disebelah ku. Aku masih lagi dalam posisi yang sama, membelakangi Haikal.
“abang tak tahu macam mana nak cakap dengan sayang. Nak bermanja lebih-lebih dengan madihah. Nak tunjukkan kasih sayang pada madihah.abang tak tahu.selama ni, hidup abang dengan kerja saja. tapi bila sayang ada, semuanya dah jadi lain..kerja bukan lagi keutamaan abang. Cuma abang tak pandai nak bagitahu, nak express rasa sayang abang tu pada sayang.” ujar Haikal lembut. tangan Haikal mula melingkari pinggangku. aku membiarkannya.
“abang benar-benar jatuh cinta pada madihah, sejak first time madihah datang rumah abang. You’re so blur but then you still beautiful. At that moment, abang dah buat keputusan yang abang akan jadikan madihah isteri abang.untuk selamanya. Sebab tu abang terus lamar sayang pada hari tu.”
“lepas tu, baru abang sedar yang abang terlalu terburu-buru..”
“maksud abang?” potongku. Kini aku sudah berhadapan dengan Haikal. Apa maksud Haikal dengan terburu-buru?
“dengar dulu sayang. Bagi pihak abang, abang tak pernah menyesal dengan melamar sayang. Tapi, bagi pihak madihah, abang langsung tak fikir. abang tak fikir yang mungkin tindakan abang ni telah menghuru harakan hidup sayang. Maafkan abang.”
“bila kita kahwin, abang gembira sangat sebab niat abang nak jadikan suri abang tercapai juga. Walaupun kita tak kenal lama, tapi abang tetap rasa madihah adalah HAWA abang. HAWA abang yang selama ini abang tunggu.”
“tapi, abang tak fikir madihah. Abang tak fikir perasaan sayang. So, sebab tu abang mula fikir yang mungkin madihah perlukan ruang untuk biasakan diri dengan perkahwinan ini. Sebab tu, abang tak..”
“sampai bila abang nak bagi ruang untuk madihah terima perkahwinan ini? Seminggu? Sebulan? Setahun? Dua tahun?” potongku cepat.
“i don’t know. Sampai madihah boleh terima abang sebagai suami abang.”
Aku mengeluh perlahan. entah siapa yang harus disalahkan. Aku? mungkin juga. Sikap aku yang suka memendam rasa, akhirnya menjerat diriku sendiri.
“abang.”
“sayang. Abang tahu, sepatutnya abang kena bertindak dulu. membina hubungan kita..”
“tak. Bukan abang seorang saja. Madihah pun patutnya mengambil peranan dalam membina hubungan kita ni.” lama baru aku bersuara. bukan salah Haiakl seorang.
Kami diam. Tanganku masih lagi dipegang erat Haikal. aku menarik nafas.
“madihah sayangkan abang.”
“abang pun sayangkan madihah.” Ujar haikal sambil tersenyum ke arahku.
“so, sekarang sayang dah boleh terima abang ke?”
“abang. Sejak abang lafaz akad lagi madihah dah boleh terima abang. Mungkin, masa mula-mula madihah perlukan masa untuk terima abang tapi itu dulu. masa mula-mula abang lamar madihah. Then, madihah cuba belajar terima abang.”
“bila kita start tidur asing-asing, madihah mula sangsi. Betul ke ini yang abang mahukan? Tapi, madihah keliru. Kalau abang tak mahukan madihah, bagaimana pula dengan layanan mesra yang abang hadiahkan untuk madihah? Betul-betul madihah keliru.”
“abang ikhlas terima sayang. Cuma, untuk layanan seorang suami kepada seorang isteri, abang ragu-ragu. Abang takut madihah tak dapat terima.”
Kami diam lagi. perselisihan kecil ini semuanya terjadi akibat masing-masing ingin menjaga hati. Oh, Haikal!
“so, kita okay ke sekarang?” tanya Haikal perlahan. aku tersenyum kecil.
“agak-agak abang?” haikal mengangkat bahunya.
“i think, we should take another step.”
“maksud abang?” haikal masih lagi tersenyum.
“abang?” haikal semakin mendekatiku.
“abang nak bersama dengan sayang abang malam ni, boleh?” bisiknya perlahan. aku kaku. Apa nak buat ni?
“tapi, since sekarang dah lewat maybe lain kali..” balas Haikal sambil tersenyum panjang. Ku pandang jam didinding
“dah pukul 3..”
“aah. Dah lewat sangat ni. jom tidur.”
Haikal menarik rapat badanku kearah badannya. terasa kehangatan badan Haikal.
malam ini, sejak aku bergelar isteri aku tidur dalam pelukan seorang suami. Hanya kerana perselisihan kecil yang remeh itu, kami jadi begini. Tapi, alhamdullilah semuanya sudah ok. Kalaulah aku tahu dulu bahawa bertapa senang dan simplenya jalan penyelesaian ini...

[9]
Pagi itu aku terjaga, aku masih lagi dalam pelukan Haikal. aku menoleh perlahan ke jam loceng yang berada diatas meja kecil, disebelah katil. Pukul 6.30! Subuh!
“abang..” aku goncang perlahan badan Haikal.
“abang.”
“erm..”
“abang, bangun. Subuh dah lewat ni.” ujarku perlahan apabila melihat mata Haikal mula terbuka sedikit.
“good morning sayang.” Lantas pipiku dikucupnya sebelum dia bangun dan melangkah ke bilik air. Aku terpegun dengan tindakan Haikal. ciuman pagi dari suamiku!
Selesai solat subuh, Haikal kembali merebahkan badannya ke atas katil.
“abang tak pergi kerja ke hari ni?” tanyaku hairan. Almari bajuku ditarik perlahan. baju kurung yang tergantung memenuhi ruang mata. Nak pakai yang mana satu yer hari ni? akhirnya, aku memilih baju kurung bercorak coklat muda dan tudung senada. Saat aku ingin berpaling ke belakang,aku terkejut dengan kehadiran Haikal di belakang.
“abang.”
“sayang.” Tangannya melingkari dipinggangku.
“abang tak pergi kerja ke?”
“abang mengantuk lagi. semalam kan kita tidur lambat. Sayang tak penat ke?”
“erm. Penat juga..” ujarku meleret.
“manjanya sayang abang pagi ni.” bisik haikal ditelinga.
Tiba-tiba kedengaran ketukan dipintu. Suara Nazmi.
“abang, kakak. Mama panggil turun sarapan. Nanti lambat ke pejabat.”
“ala..kena pergi juga ke?” rungut Haikal. aku tersenyum melihat Haikal.
“kalau abang penat sangat, cuti jela hari ni. lagipun abang kerja kuat sangat. Selalu balik malam.
Tak salah kan, kalau abang cuti hari ni sehari, erm?”
“sayang complain abang balik lewat ke?”
“eh. Mana ada. Madihah risaukan abang.”
“sayang jugak sayang pada abang, yekh?”
Aku tersenyum melihatnya. Lantas, pipinya kukucup kiri dan kanan lalu berjalan menuju ke bilik air. meninggalkan Haikal terpegun dengan tindakan beraniku.
*****
“sayang temankan abang hari, okay?” aku pandang Haikal yang masih berbaring di atas katil. tudung dikepala, aku rapikan lagi.
“maafkan madihah, abang. Hari ini madihah ada meeting pasal student. Lagipun diorang dah nak final. Maafkan madihah, abang.” Aku mendekati haikal lalu tangannya ku pegang erat.
“oo, tak apalah. Kalau macam tu tengah hari ni abang ambil sayang?” pujuk Haikal. aku mengangguk riang.
“then, kita pergi jalan-jalan.” Sambung Haikal.
“jalan-jalan? Abang tak puas berjalan semalam ke?”
“tak lah. Ni, maksud abang, kita bercuti.”
“holiday?” haikal mengangguk.
“kat mana?”
“ha, that’s secret. Kejutan abang untuk sayang..” haikal mengenyitkan matanya.
“ok. Kalau macam tu, madihah pun ada kejutan untuk abang..”
“apa dia?” tanya Haikal tak sabar.
“well. That’s secret. Fair and square...” aku tertawa kecil melihat raut wajah Haikal yang berubah sedikit kerana usikanku itu.
“okay. Fair enough.”
“ok la. Madihah pergi dulu abang.” Tangan Haikal kusalam. kemudian kami beriringan turun ke bawah. Haikal masih lagi setia mengiringiku ke garaj kereta. Saat aku ingin menutup pintu kereta, haikal menahannya.
“kenapa? abang..” kata-kataku terhenti dengan ‘hadiah kejutan’ Haikal. lama baru Haikal melepaskan aku. sempat juga dia menyengitkan matanya itu. nakal.
“abang...”
“suka?” usik Haikal. terasa merah mukaku.
“abang dah bagitahu semalam. Another step..” pintu kereta ditutup Haikal. saat aku memandang ke hadapan, mataku tertangkap wajah papa,mama, nazmi dan najihah yang sedang tersenyum.
Alahai. kan dah tak pasal-pasal buat drama swasta tak berbayar di hadapan keluarga mentua. Malunya!

[10]
Kalau mengikut rancangan asal, hujung minggu ini aku dan Haikal akan bertolak ke Langkawi untuk bercuti, atau ‘honeymoon’ pada definisi Haikal. namun, rancangan tersebut terpaksa ditunda atas tugas Haikal. tak apalah, nak buat macam mana.
“maafkan abang.”
“ha?”
“pasal plan kita tu, tak jadi.” Volume TV diperlahankan Haikal. malam ni, hanya aku dan Haikal sahaja yang berada dirumah. papa dan mama ada jemputan kenduri kawan. Manakala nazmi dan najihah ada rancangan malam masing-masing.
“oh, tak apalah. Kerja abang, madihah tak boleh nak sekat..” ujarku perlahan.
“sayang tak marah?” aku kalih kearah haikal. tangannya ku usap lalu ku kucup perlahan.
“bukan marah cuma sedikit jealous....” ujarku meleret.senyuman dibibir ku ukir panjang.
“are you seducing me?” tanya Haikal nakal. Wajahnya didekatkan padaku.
“tak la.”
“madihah jealous dengan abang sebab selalu dengan kakak..” balasku sambil menolak perlahan dada Haikal yang semakin hampir dengan wajahku. Malu apabila ditenung sebegitu.
“sayang jealous dengan kakak? Kenapa?” potong Haikal cepat.
“abang ni. madihah cakap tak habis lagi la..”
“ok.ok. maaf. Sayang cakap apa?”
“madihah jealous dengan abang sebab selalu berjumpa dengan kakak. Secara tak langsung jugak, abang boleh bermain-main dengan si ahmad tu. kan kakak selalu bawak ahmad pergi office. Tak aci la kalau abang seorang jer boleh main dengan ahmad. Madihah dah lama tak main dengan ahmad..” aku mula menarik muncung. Tabiat baruku sejak hubungan aku dan haikal mula baik.
“sejak bila sayang abang ni ada mulut itik, ha?” Haikal mencubit pipiku.
“sakitla abang.” Aku cuba melarikan wajahku namun Haikal lebih cekap. Tanganku sudah digari oleh tangannya yang agak besar dari tanganku. Wajahnya pula didekatkan. Hanya beberapa cm saja jarak dengan wajahku. Bahaya!
“so, kiranya sayang abang ni jealous sebab abang boleh main dengan ahmad yer? Erm, apakata....”
“we make another ‘ahmad’?” sambung Haikal lantas menghadiahkan aku ‘kejutan’ itu. cukup lama sehinggalah kami dihentikan oleh satu suara.
“erm..ermm” terdengar suara orang batuk. Serentak kepala kami beralih pada satu sudut yang sama.
“kalau dah tak tahan pun, janganlah depan TV abangku sayang. Kesian kat kak madihah.” Ujar najihah dengan senyuman panjang dibibirnya.
“rasanya, tak lama lagi, bolehla kita menimang cucu, kan papa?” Ujar mama pula.
Terasa merah benar wajahku ketika ini. Kali kedua tertangkap oleh mereka! Nak menyorok pun dah tak sempat. Akhirnya, aku terus melangkah naik kebilik sebaik sahaja menyalami papa dan mama yang baru pulang.
Di bilik, aku terus menyelubungi badanku dengan selimut. Rasa macam nak jer duduk dalam selimut ni sampai bila-bila. Rasa macam malu sangat-sangat. Dah tak sanggup nak berhadapan dengan mama, papa, najihah dan nazmi. Kenapalah selalu jer salah timing? Aish.
“sayang..kenapa duduk dalam selimut ni?” serentak dengan itu, terasa selimut yang tadinya penuh satu badan mula turun ke kaki.
“abang..”
“sayang malu ke?”
“mestilah. Siapa yang tak malu bila kena tangkap macam tu..”
“sayang ni. kita kan suami isteri. Nak buat apa pun tak apa. Tak ada orang nak kisah la..” ujar Haikal nakal.keningnya dijungkitkan.
“abang!”
“ok.ok.sorry. abang tahu sayang malu. Tapi, tu bukannya salah abang seorang. Sayang yang bersalah.” Ujar Haikal tiba-tiba.
“eh? Bila pula madihah yang salah? Mana ada.” Ada aku buat salah ke?
“sayangla. Sebab seduce abang..abang mana tahan.” Bisik Haikal romantic.
“abang..”
“see. Betul kan abang cakap. Sayang yang goda abang. Takkan abang nak tolak?”
“so, another step as I said before. Sayang ready?” bisiknya perlahan. Haikal semakin mendekat. Matanya lembut memandang wajahku.
“madihah sayang abang. Hanya abang seorang.” Ujarku perlahan lantas aku menyebamkan wajah ke dada bidang Haikal.
And the rest is history...

[11] END
“abang..” aku mendekati Haikal yang sedang bersandar di sofa. Majalah ditangannya ditutup dan diletak tepi.
“kenapa?” soal Haikal lembut.
“nak baring atas paha abang, boleh?” pintaku lembut.
“tentula boleh. Meh sini.” Haikal menarik tanganku lembut lalu meletakkan kepalaku diatas ribanya. Serentak, tangannya membelai lembut rambutku. Terasa aman apabila dimanjakan sebegitu, padahal aku memang dimanjakan oleh Haikal, setiap hari.
“kenapa dengan sayang abang ni?” soal Haikal.
“tak ada apa-apala. Saja. “
“wanna share with me?”
Aku diam. Haruskah aku meluahkan apa yang ada fikiranku sekarang?
“sayang..”
“abang. Madihah nak cakap something. Tapi, madihah takut abang marah.” Ujarku perlahan.
“apa dia sayang?”
“abang jangan marah tau.” Aku bangun lalu duduk menghadap Haikal.
“selama ni, abang pernah marah kat sayang ke?” tanya Haikal. aku geleng. Selama ini, Haikal tak pernah marahkan aku. malah aku dilayan baik sekali. Setiap kesalahanku ditegur lembut tapi tegas.
“sebenarnya, madihah nak mintak maaf.”
“madihah ada buat salah?” aku geleng.lama aku diam.
“abang mesti nak anak kan?”
“ tapi, madihah tak mampu nak bagi abang walaupun kita dah kahwin 6 bulan.”
“sayang...mana sayang tahu abang nak anak?”
“madihah boleh tengok mata abang. Cara abang pandang zulkarnain. Cara abang layan
zulkarnain. Madihah boleh baca apa yang ada dalam fikiran abang.” Teringat Zulkarnanin yang comel itu. anak kedua kakak dan abang fikri yang lahir 2minggu yang lalu.
“sayang..”
“madihah minta maaf.” Aku tunduk.
“hey, look at me sayang.” Haikal menolak daguku agar bertentang mata dengannya.
“sayang. Kita kan kahwin baru 6 bulan.”
“tapi, abang kan..”
“syhh. Sayang. Abang tak kisah walaupun sayang lambat pregnant. Bohonglah, kalau abang tak pernah ada perasaan untuk menimang anak sendiri. Perasaan tu sentiasa ada. Cuma, rezeki kita belum ada. Insya allah, ada lah tu..”
“mama dengan papa?”
“mereka tak kisahla..”
“betul?” haikal mengangguk.
“lagipun sekarang kan mama dengan papa tengah sibuk nak menyambut bakal menantu-menantu dia.” teringat najihah dan nazmi yang bakal mendirikan rumah tangga hujung bulan ini.
“maafkan madihah.” Tangan Haikal ku salam, lalu ku kucup.
“abang tak kisah. Lagipun abang rasa, ini adalah advantage untuk abang..”
“ha?”
“yelah. Abang ada banyak masa untuk bersama dengan sayang. Nanti kalau ada baby, mesti
sayang dah tak pedulikan abang, kan?” perkataan BANYAK ditekankan. Haikal melentukkan kepalanya ke bahuku.
“mana ada. Abang tetap jadi keutamaan madihah.” Balasku tegas.
“abang tahu.”
“so, lepas ni abang taknak sayang fikirkan lagi perkara tu. abang nak sayang ingat yang abang benar-benar sayangkan sayang. With or without baby. Okay, sayang?” aku mengangguk.
“love you..”
“love you too. Always and forever.” Balas Haikal romantic.
“oppss. Lupa pulak.” Tiba-tiba Haikal bangun dan menuju ke almari.
“kenapa?”
“sebenarnya abang dah lama beli ni, tapi selalu lupa nak bagi sayang. Ha, bukalah.” Haikal menghulurkan sebuah bungkusan kepadaku.
“apa ni?”
“bukala..jangan bimbang, abang tak letak katak dalam tu..” ujar Haikal sambil tersenyum.
Bungkusan itu ku buka dengan berhati-hati. Ada kotak berwarna hitam.
“abang!!!” jeritku riang lalu ku peluk erat Haikal.
“sayang suka?” aku mengangguk laju.
“suka sangat. Mana abang beli ni?”
“abang tahu sayang suka selendang ni, sebab tu abang beli.”
“mana abang tahu sayang suka selendang ni?”
“i know you sayang..”
“terima kasih abang.” Ku cium pipi kedua belah pipi Haikal.
“kat sini, tak nak?” usik Haikal sambil menunjuk kearah bibirnya. Aku menjeling manja.
“oppss. Sayang pun ada hadiah untuk abang juga.” Aku bangun lalu menuju ke muja solek.
“nah.” Sekeping sampul surat bersaiz sederhana besar ku hulurkan kepada Haikal.
“apa ni?”
“hadiah untuk suami sayang..” ujarku sambil tersenyum panjang.
Haikal membuka sampul tersebut, kemudian dia menarik sekeping photo. Dia memandangku hairan. Aku hanya mengangguk, memberitahu dia bahawa apa yang dia lihat adalah benar.
“sayang...tapi tadi?”
“saja nak usik abang.” Ujarku takut-takut.
“sayang!!” Haikal memeluk ku erat. Bertubi-tubi ciuman dari Haikal di mukaku. Terasa geli pula dengan tindakan Haikal.
“bila sayang confirmkan?”
“petang tadi dengan klinik.”
“sayang pergi seorang?” aku mengangguk.
Mulanya, aku hanya singgah ke klinik untuk pemeriksaan biasa. Sejak kebelakangan ini aku sentiasa mengalami pening-pening. Tapi, lain pula kejutan yang aku terima.
“this is, what? Twins?” soal Haikal lagi, tidak percaya. Aku mengangguk lagi.
“thanks sayang..”
“abang suka?” Haikal mengangguk riang.
“kenapa sayang cakap pasal tak dapat baby lagi tadi?”
“saja. madihah nak tengok reaksi abang macam mana. So, lepas ni, abang kena layan lagi ramai orang la..” ujarku manja.
“aish. Nakal sayang abang ni. abang tak kisah. Even kita ada banyak babies pun, madihah tetap kena layan abang. Full time.” Balas Haikal nakal.
“eee...tak malu.”
“well. You know me.” Haikal mula mencari targetnya. Dan aku hanya merelakannya.
Insya allah masa hadapan kami akan bahagia. Aku, Haikal dan anak-anak kami.ini kisah bahagia aku. kamu pula? Harap-harap kita semua akan bahagia...di sini dan di sana.


No comments:

Post a Comment