[13]
Aisyah Najwa berbaring dikatil. Kepala yang pening diurut perlahan. sejak pagi lagi dia berkeadaan begitu. Hanya merehatkan diri diatas katil. Sekali sekala dia menyinggah ke bilik air. Oh, bilik mereka sudah diubai suai semula. Tiada lagi 2 bahagian. Hanya 1. Dan semestinya dia perlu berkongsi segalanya dengan Aktaf Hakimi.
“umi.”
Aisyah Najwa mengangkat kepalanya. Kelihatan Dayana di pintu bilik. berlari kecil ke arahnya.
“Umi tak sihat?”
“Umi pening. Dya dah makan?” si kecil mengangguk.
“maaf. Umi tak sempat nak buat pancake favourite dya.” Pagi tadi, dia hanya sempat menyediakan roti telur untuk sarapan. Dia tahu, selera si kecil tak pernah puas dengan roti telur itu namun dia terlalu lemah untuk membuat apa-apa.
“tak apa. Umi tak sihat kan? nanti bila umi sihat, umi boleh buat pancake banyak-banyak.” Ujar sikecil lagi. satu kucupan dihadiahkan oleh sikecil ke pipinya.
Aisyah beruntung mendapat dayana walaupun anak itu bukan dari darah dagingnya. Anak kecil itu pandai mengambil hatinya.
“baby Amin dengan Amar dah tidur?” Dayana menjenguk ke sebelah. Kelihatan sikembar lena tidur. Nasibnya baik mereka tidak meragam hari ini. nak harapkan bantuan siapa kalau si kembar dan Dayana tiba-tiba meragam hari ini? tiada siapa yang boleh bergantung melainkan diri sendiri. Aktaf Hakimi? Entah-entah sekarang ini dia berada dalam pelukan siapa.
Aktaf Hakimi benar-benar mambuatkan rasa peningnya bertambah. Lelaki itu hanya tahu menyusahkan dirinya sahaja.
“umi. Ayah?”
“i’m not sure sayang. Umi nak tidur sekejap. Baring dekat umi sayang.” Aisyah menarik lembut tangan Dayana. Dipeluknya badan kecil itu. moga-moga pening ini akan hilang apabila dia terjaga nanti. Ada banyak kerja yang perlu dia uruskan apabila bangaun nanti.
No comments:
Post a Comment