[14]
Aktaf Hakimi hairan apabila dia mula melangkah ke rumah. Sunyi. kosong. Mana suara jeritan kanak-kanak yang selalu menyambutnya pulang? Mana sindiran si isteri yang sentiasa menyinggah ditelinga?
Beg kerja diletak ditepi tangga sebelum kakinya mula mendaki tangga. Bilik utama dituju. Jam tangan ditilik. Hampir 2 petang. tak mungkin kalau Aisyah masih tidur. Tak mungkin, kerana dia tahu Aisyah tidak suka tidur siang.
Saat kakinya tiba di pintu bilik, kedengaran bunyi tangisan.
“ayah.”
Dia terpegun melihat bilik itu. berselerak. Dayana sudah pun bermandikan bedak. Manakala si kembar menangis sedih walaupun seluruh badan mereka telah bertukar warna. Merah berconteng disana sini. Lipstick mungkin.
“ayah.”
“dya. Kenapa macam ni?”
“ayah. Umi taknak bangun. Dah puas dya kejutkan tapi umi still taknak bangun. Umi cakap nak tidur sekejap saja. umi janji nak masak sedap-sedap bila bangun.” Terang dayana panjang.
Kaki Aktaf laju melangkah ke katil dimana Aisyah terbaring lesu. Wajah itu pucat. Saat tangannya ingin mengejutkan wanita itu, tangannya secara reflex terangkat jauh.
Badan itu...terlalu panas!
Apa yang harus dilakukannya? Lama dia berfikir. Merancang apa yang perlu diuruskan.
Dia berpaling dan bergerak mendekati si kembar. Diangkatnya Amin dan Amar ke katil kecil mereka.
Dia berlalu ke tandas. Paip kecil dihujung bathtub dibuka dan dibiarkan mengalir perlahan.
Kemudian, dia mengangkat Amin ke tandas. Baju si kecil yang kotor itu dibuka perlahan dan diletak ditepi. Air suam-suam kuku dari bathtub diceduk kemudian di bilas ke badan sikecil. Shower cream baby dirak dicapai dan disapu ke seluruh badan si kecil. Towel di rak dicapai lalu dibalut kemas ke badan Amin. Selesai Amin, dia mengangkat pula Amar. Tugas sama dilakukan kepada Amar.
15 minit kemudian, tugasnya dengan si kembar selesai. Kini, tugas dayana pula. Anak kecil itu tak perlu dimandikan. Dia hanya perlu menunggu diluar tandas dan menghulurkan towel bersih. Anak itu sudah boleh diharapkan untuk menjaga diri sendiri.
“Dya. Tolong tengokkan Amin dengan Amar untuk ayah?” Dayana mengangguk kecil.
Tubuh Aisyah diangkat lalu kakinya menuju ke tandas. kakinya melangkah masuk ke dalam bathtub separuh penuh itu bersama isteri dalam dukungan. dengan pakaian lengkap dibadan, dia memeluk erat Aisyah. Dia menyiram perlahan badan itu. hatinya berharap agar suhu badan wanita itu akan bertambah surut.
Dia tidak tahu sama ada dengan cara itu dia boleh menurunkan suhu Aisyah namun dia tahu dia harus lakukan sesuatu. Dan seingatnya, dia pernah melihat dan membaca di sebuah majalah. Berjayakah dia?
“aisyah. I still need you. don’t leave me.”
No comments:
Post a Comment