W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

Hannah Farhana to Fakhri Dini

Hannah Farhana to Fakhri Dini 1



[1]

Hannah Farhana memandang kosong rumah agam dihadapannya. Nampak mewah. Tanaman hijau menghiasi kawasan rumah itu, menaikkan lagi nilai kemewahannya. Barisan kereta mewah tersusun elok di bawah garaj kereta.
Tuk tuk tuk
Ketukan di cermin mematikan lamunannya. Dia menanggalkan seatbelt dan mula membuka pintu.
“takkan nak bertapa dalam kereta saja?”
Hannah tunduk. Tak mampu membalas kata-kata lelaki itu.
“dah, tak payah nak sambung berkhayal depan aku. masuk. mama dengan papa dah tunggu. Beg tu, nanti aku suruh Pak Mat bawakkan.”
“tak apa, saya boleh bawak sendiri. tak berat.”
“ikut suka hati kau.”
Lantas lelaki itu meninggalkan Hannah terkial-kial membawa beg dan berjalan masuk ke rumah.
“assalamualaikum, mama. Papa.”
“Fakhri. bila sampai? Kenapa tak cakap awal-awal yang Fakhri nak balik awal?” tanya Datin Husna. Dia memeluk erat, mesra anak lelakinya itu.
“baru saja sampai, mama.”
“eh, mana Hannah?” tanya Dato’ Hassan. Pelik apabila melihat Fakhri keseorangan. Mana Hannah Farhana?
“ada kat belakang.” Balas Fakhri dingin. Anginnya senang saja berubah apabila timbul soal Hannah. Panas saja hatinya.
“assalamualaikum.” Hannah memberi salam. Lantas, 3 wajah bertumpu padanya. 2 wajah memandangnya tajam.
“Hannah, masuk. kenapa tak bagi pak Mat beg tu?”
“tak apa, Dato’. Beg saya tak berat.”
“apa pulak dato’. Ni kan ayah mentua kamu. Panggil papa, Hannah.” Balas dato’ Hassan mesra. Sejuk hatinya melihat Hannah Farhana. Ayu bertudung bawal dengan sepasang baju kurung cotton. Sejuk juga mata memandang..

“jom Fakhri. Kita masuk makan. Rasanya Mak Limah dah sediakan makan malam.” Datin Husna terus menarik tangan Fakhri menuju ke ruang makan, meninggalkan Dato’ Hassan dan Hannah.
Sekali lagi Hannah mengeluh. Bagaimana nasibnya kelak, kalau begini layanan ‘selamat datang’ dari mentuanya?
“papa harap Hannah bersabar..” dia mengangguk perlahan. ya, dia perlu bersabar. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini.

*****

“kau ingat Fakhrul?” tanya Fakhri tiba-tiba.

“fakhrul?”

“jangan buat-buat lupa, Hannah. Takkan ada lelaki lain nama Fakhrul dalam hidup kau? Wa..tak sangka kau ni rupanya player jugak kan?”

Hannah terpana mendengar tuduhan Fakhri. Siapa lelaki ini untuk menghina dia?

“untuk pengetahuan kau, ini Fakhrul Dani bin Dato’ Hassan. Adik kembar aku. masih kenal lagi?”

Fakhri menolak sekeping gambar ke arahnya. lelaki itu, sedang tersenyum manis. Air matanya hampir bergenang. Masakan dia akan lupa wajah itu?

“mana awak jumpa dia?”

“lelaki dalam gambar ni, adik kembar aku. adik kembar aku. dan, lelaki dalam gambar ni, mati kerana kau. Kerana kau!”

Airmata menitis di pipinya. Fakhrul sudah meninggal?

“tak payah berpura-pura depan aku. tak payah nak bazirkan airmata murahan kau tu. aku takkan tertipu.”

“macam mana dia?”

Fakhri tersenyum sinis. Jelik dengan lakonan Hannah.

“kerana kau.”

“tapi, saya tak faham?”

Fakhri memandang jijik. Jijik dengan wajah baik Hannah. Lantas dia memegang kemas wajah Hannah, rapat kearah wajahnya. Terasa hangatnya nafas Hannah menampar ke wajahnya. Namun, hatinya lebih panas.

“adik aku mati, kecewa kerana putus dengan kau. Adik aku mati kerana dia tertipu dengan cinta palsu kau. Dan sekarang, aku akan balas dendam. Setiap penderitaann adik aku, akan aku balas pada kau.”

“jangan apa-apakan saya..”

“jangan bimbang..aku takkan apa-apakan kau. Untuk hari ni, kau terlepas tapi, kau akan dapat pembalasan dari aku. jangan kau lupa tu.”

“fakhri, sakit.”

“sakit? Macam ni kau cakap sakit? Hati aku yang sakit , kau tak tahu? Hati keluarga aku yang sakit dan sedih, kau tahu?”

“i’ll make you suffer. For the rest of your life. That’s my promise.”

“takkan tak habis berkhayal lagi?” sergah satu suara dari belakang. Fakhri Dini. Yang juga merangkap suaminya sejak seminggu yang lalu.
Kini, janji Fakhri mula terbayang di kepalanya. Adakah ini, pembalasan dari Fakhri? Mengahwininya. Membawanya ke keluarga ini. dan mengikatnya seumur hidup?
“aku nak tidur.”
Hannah menolak pintu balkoni. Langsir ditarik rapat. Perlahan, dia berjalan ke katil dimana Fakhri berada. Suaminya sudah mentup mata. Tidurkah dia?
Lampu bedside dioff. Bantal ditarik perlahan. dan kaki mula melangkah ke sofa dihujung bilik. tempatnya bukan disisi lelaki itu. bukan disebelahnya juga. Ada hutang yang perlu dia bayar terhadap suaminya dan terhadap keluarga ini.
Dia tahu dia salah. Dan mungkin, ini harga yang dia bayar.

*****

Selesai sarapan, Hannah menolong Mak LImah mengemas dapur. fakhri sudah awal-awal bergerak ke pejabat bersama Dato’ Hassan, manakala Datin Husna ada di kebun kecillnya.
“dah lama Mak Limah kerja kat sini?” tanya Hannah sopan.
“Mak Limah yang jaga Fakhrul dan Fakhri sejak kecil, Hannah. Jatuh bangun diorang. Rumah ni takkan sunyi dengan telatah diorang sampailah Fakhri..”
“Mak limah..”
“maaf.”
“tak ada apa yang Mak Limah nak minta maaf dengan saya. saya yang salah.”
“ajal maut ditanganNYA, Hannah. Tak elok menyalahkan diri. bukan kuasa kita nak control semua tu.”
“tapi, Hannah yang jadi penyebab. Hannah yang..”
“Hannah..” Mak Limah menarik lembut tangan Hannah ke meja makan.
“Hannah tak salah, nak. Dah ditakdirkan Fakhrul pergi dulu dari kita. Sekarang, kita hanya mampu berdoa untuk dia disana.”
“Mak Limah.” Suara Datin Husna mengejutkan mereka. cepat-cepat Hannah menyapu airmatanya. Tidak mahu dilihat oleh Datin.
Datin Husna agak tergamam melihat wajah tulus Hannah, airmata itu bagaikan tak bersalah. namun, cepat-cepat disangkal. Hatinya ditetapkan. Hannah Farhana pembunuh anaknya! Dan dia akan berdendam dengan Hannah Farhana sampai bila-bila!
“Mak Limah buat drama apa kat dapur ni? ha, kau. Kalau dah tak ada kerja sangat, tolonglah buat kerja rumah. ingat kau boleh goyang kaki saja?” sergah Datin Husna. Puas hatinya bila dapat luahkan kemarahan terhadap Hannah.
“baik Datin.” Cepat-cepat Hannah keluar dari dapur. cuba mencari kerja yang boleh dia lakukan.
“Datin nak apa?” tanya Mak Limah gusar. Jarang dia melihat datin Husna segarang tadi. selalunya, senyum saja. paling tidak, marah-marah sayang. Mak Limah mengeluh perlahan. Hannah Farhana benar-benar ‘mengoyahkan’ ketenangan dalam rumah agam ini.
“mak Limah mengeluh kenapa?”
“tak ada apa-apalah. Kenapa Datin panggil Mak Limah?”
“saya nak keluar sekejap lagi. nanti Mak Limah bagitahu Pak mat okay?”
“baiklah Datin.”
“oh, sebelum saya lupa. Tengahari ni, saya tak balik makan. Saya lunch dengan dato kat luar.”
“baiklah.”
Mak Limah mengeluh lagi. mengeluh mengenangkan masa depan Hannah Farhana. Bertahankah dia di rumah ini?

*****

“kenapa Hannah berkahwin dengan Fakhri?” tanya Mak Limah perlahan. dia cuba mengamati wajah Hannah. Tak ada perubahan.
Hannah hanya mampu tersenyum. Dia sendiri tak punya jawapan untuk soalan Mak Limah. Dia hanya menurut perintah Fakhri. Perkahwinan ini untuk membayar harga sebuah dendam.
“Hannah boleh tolak kan?”
“mak LImah. Kita cakap benda lain, boleh?” pinta Hannah. Tak sanggup dia membicarakan hal perkahwinannya itu. tak semanis orang lain. tak semanis yang pernah dia fikirkan dulu.
“ok. Hannah nak tanya tentang apa?”
“erm. Tentang keluarga ini. apa aktiviti harian mereka.”
“ooh. Dato, datin dan fakhri tak cerewet tentang makanan. Cuma, mak Limah kena sediakan sarapan dan makan malam. Makan tengahari, kadang-kadang. Kalau Dato dan Datin ada kat rumah, Mak Limah masak.”
“aktiviti harian?”
“biasanya Dato dan Fakhri keluar awal pagi, petang dalam pukul 7 baru sampai rumah. tu rule yang datin tetapkan. Busy macam mana pun, kena balik pejabat sebelum 8.”
“kenapa?”
“Datin pernah cakap kat Mak Limah, dengan cara ni saja yang boleh buat mereka sekeluarga berjumpa setiap hari. Kalau tak, hujung minggu baru jumpa. Dia taknak macam tu. dia taknak hubungan keluarga renggang. Dia tahu business kena jaga tapi keluarga lebih penting.”
“Hannah, datin sebenarnya baik hati..” Hannah membalas lembut genggaman tangan Mak Limah. Dia tahu tentang hakikat itu,cuma..
“apa lagi yang Datin buat setiap hari?”
“Datin suka habiskan masa dia kat kebun tu. ada saja pokok yang dia nak tanam. Dialah yang jaga, siram pokok-pokok tu. Cuma, kadang-kadang saja Datin akan jenguk butik dia.”
“ooo..”
“ada lagi Hannah nak tanya?” Hannah tersenyum.
“buat masa sekarang, tak ada. Cuma, Hannah nak minta sesuatu boleh?”
“apa dia?”
“Hannah nak tolong Mak Limah masak malam ni boleh?”
“eh. Tak payahlah. Buat susah saja. tu kan tugas Mak Limah.”
“ala...bolehlah yekh?” Hannah mula melentukkan kepalanya ke bahu Mak LImah.
“hai. Tak tahu pulak Hannah boleh manja macam ni kan? oklah. Jom kita ke dapur.”
“terima kasih Mak Limah.”
Mak Limah hanya tersenyum melihat telatah Hannah. Manis anak ini. akan adakah waktu bila telatah manja anak ini dapat membuka mata keluarga Dato’ Hassan agar menerima kenyataan yang satu itu?

*****

“mak Limah.”
Mak Limah cepat-cepat ke meja makan apabila Datin Husna memanggil namanya. Hatinya sedikit bimbang.
“siapa masak lauk rendang ni?”
“kenapa Datin? Tak sedap ke?”
“sedap mak Limah. Selalunya rendang Mak Limah tak rasa macam ni. ada secret ingredients ke?” puji datin Husna.
“oh. sebenarnya lauk ni bukannya Mak Limah yang masak?”
“habis tu? Pak Mat? Aik, tak tahu pulak saya yang Pak Mat pandai masak.”
“bukan Datin. Hannah yang masak. Mak Limah tolong saja.”
Hannah yang berada di dapur mula berdebar-debar. Apa reaksi mereka apabila tahu yang masakan malam ni, sebenarnya hasil tangannya?
Suapan Fakhri terus terhenti apabila mendengar nama itu. hilang seleranya.
“Mak Limah, lain kali biar Mak Limah saja yang masak. Fikhri taknak orang lain masak. Rosak perut saya nanti.”
“maafkan Mak Limah, Fakhri. Mak LImah boleh masak lain kalau Fakhri nak.”
“tak apa, saya dah kenyang. Mama, papa fakhri naik dulu.”
“maafkan Hannah, Dato’ datin. Jangan marah Mak Limah sebab mak Limah tak bersalah. saya yang pujuk Mak Limah supaya bagi saya masak malam ni. saya janji saya takkan buat lagi. tapi, tolong marahkan Mak Limah. Dia tak bersalah.”
“tak apalah. Papa tak marah pun Cuma tulah, rasa lain. kadang-kadang apa salahnya kan?” dato’ Hassan pula bersuara.
“tugas masak Mak Limah yang buat. Hannah tak perlu buat kerja.” Ujar Datin Husna perlahan.
Hannah betul-betul tak sangka yang datin Husna akan bercakap lemah lembut dengannya. Mungkinkah ini, satu peningkatan? Adakah doanya akan termakbul juga?

*****

“awak masih marahkan Hannah?” tanya dato’ Hassan. Dia mendekati isterinya di meja solek.
“sebab hannah, Fakhrul meninggal..”
“sayang, ajal maut ditanganNYA. Tak elok salahkan manusia.”
“tapi abang. dia yang..”
“sshhh. Abang pun sedih bila Fakhrul meninggal. Anak sendiri yang pergi dulu sebelum kita. Abang kecewa sangat tapi, DIA sayangkan Fakhrul lagi. Hannah tak bersalah.”
“abang. Husna rindukan fakhrul.”
“sayang, kita kena belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Insya allah hati kita tenang. Fakhrul pun akan tenang kat sana. Cuba sayang bukakan hati untuk Hannah. Dia budak baik, dan tak baik sayang seksa dia macam tu.”
“Husna tak dera dia pun.”
“mentally and emotionally?”
Datin Husna mengeluh.
“Husna tak dapat nak terima dia. bila tengok muka Hannah, Husna akan terbayang wajah Fakhrul. Macam mana sayang nak..?”
“sebab tu abang cakap, bukakan hati sayang untuk terima Hannah sebagai isteri Fakhri. Dan bukannya sebagai kekasih fakhrul. Insya allah sayang boleh. Okay?”
“sayang akan cuba.”
“abang percaya dan yakin sayang boleh. Ok dah lewat ni. kita tidur dulu.”
“terima kasih abang.”
Dato’ Hassan hanya mampu tersenyum. Hatinya berdoa agar isteri dan anaknya dapat menerima Hannah sebagai ahli keluarga ini, dan bukannya menganggap Hannah sebagai musuh.
Isterinya mungkin senang untuk berbicara namun Fakhri?

*****

“assalamualaikum Datin..” Hannah melangkah perlahan mendekati datin Husna. Hatinya ragu namun dikuatkan juga. Kalau tak, sampai bila baru nak jernihkan hubungan ini?
“datin tanam pokok apa?”
Dia melabuhkan punggung diatas tanah. Daun yang telah dipotong ditolak ke tepi.
“tanah tu kan kotor. Kenapa tak lapik dulu?”
Hannah mula menyuntum senyuman. Walaupun tak mesra namun datin nak jugak bercakap dengannya. Perubahan yang baik.
“takapa,Datin. Saya dah biasa macam ni. boleh saya tolong?”
“ambil penyembur kat tepi tu. tolong sembur pokok bunga ni.” arah datin Husna
“baik, Datin”
“jangan panggil datin. Geli bila anak menantu panggil macam tu. guna mama.”
“baiklah mama.”
Sepanjang petang itu Hannah tersenyum lebar.alhamdullilah.

*****

“hannah kenal Fakhrul lama?” tanya Datin Husna. Dia melemparkan pandangannya ke kebun bunganya.
“dalam 6 bulan.”
“macam mana Hannah kenal fakhrul?”
“melalui kawan.”
“macam mana boleh couple?”
Hannah tunduk. Malu disoal siasat begitu. Segan pun ada.
“sebenarnya, fakhrul sakit. Hatinya berpenyakit. Peluang dia, tak lama. dan alternative yang ada hanya lah melalui permindahan hati. malangnya mama dan papa tak dapat cari penderma sesuai. Ironic kan? harta kami banyak namun kami tak mampu menyelamatkan Fakhrul.”
Datin Husna menarik nafas. Dah lama dia tak bercerita. Dulu, ada fakhri untuk menemaninya tapi kini anaknya itu terlalu sibuk bekerja. Mungkin dengan cara itu saja mampu membuatkan fikiran Fakhri tak memikirkan apa yang telah terjadi.
“doktor cakap, peluangnya tak lama lebih-lebih lagi kalau tak ada penderma dalam masa terdekat. Sebulan pertama, Fakhrul menjadi depressed. Dan kemudian, tiba-tiba saja dia jadi ceria semula. fakhrul jadi fakhrul yang pernah kami kenal dulu. dia langsung tak nampak macam orang sakit.”
“mama cuba korek rahsia. Dia kata, dia jatuh cinta. Kemudian dia tunjukkan gambar Hannah. Dia pernah cakap dia nak bawak Hannah jumpa mama. Mama gembira bila dia gembira macam tu. mama macam nak berterima kasih pada Hannah sebab hannah, semangat fakhrul jadi tinggi.”
“then, suddenly just like that. Fakhrul jadi pemurung semula. makan taknak. Ubat lagilah. Jumpa doktor pun taknak. Bila kami tanya, dia taknak cakap kenapa. sampailah suatu hari, mama nak pujuk dia untuk jumpa doktor sebab dah jumpa penderma sesuai. tapi, bila mama masuk bilik dia, dia dah tak ada..dia meninggal di atas katilnya. Dengan gambar hannah disebelahnya.”
“mama sedih sangat. Bila Fakhri siasat rupa-rupanya fakhrul jadi murung sebab dia break-up dengan Hannah. Masa tu, mama marah. Kerana hannah, fakhrul meninggal. Kalaulah, hannah tak breakup dengan fakhrul mesti Fakhrul masih hidup lagi. kalau lah Hannah tak jumpa dengan fakhrul mesti dia ada lagi.”
“but then, mama fikir bukan salah hannah. Ajal Fakhrul dah sampai dan DIA sayangkan fakhrul lebih. Mama sepatutnya berterima kasih dengan hannah sebab Berjaya membuatkan masa-masa terakhir fakhrul terisi walaupun hanya sekejap. “
Airmata dipipi dibiarkan mengalir. Sungguh, hannah tak sangka fakhrul sakit. Bila mereka berjumpa saja, wajah ceria fakhrul yang menghiasi pertemuan mereka. kalau lah dia tahu..
“mama, maafkan Hannah. Hannah tak tahu..”
“hannah tak salah sayang.”
“kalau lah hannah tahu, hannah takkan breakup dengan Fakhrul. Hannah..”
“hannah sayang. Dengar mama, tak ada siapa yang salah..”
Datin Husna memeluk erat hannah.
“boleh mama tahu kenapa Hanah breakup dengan fakhrul?”
“kami kenal melalui kawan. Mula-mula, Hannah dengan Fakhrul kawan biasa saja but then dia confess. Hannah terima sebab Hannah pun sebenarnya sukakan Fakhrul. Dia layan Hanna baik sangat. Selalu jugak dia cerita tentang mama, papa dan abang Fakhri. Hannah suka dengar dia bercerita.”
“then, bila Hannah fikir semula, hannah takut. Fakhrul baik sangat dan Hannah tak padan dengan dia. sebab tu hannah breakup. Hannah just hantar mesej untuk breakup sebab hannah tak berani nak berhadapan dengan dia. hannah takut hannah tak kuat untuk breakup. Bodohkan Hannah?”
“Hannah sayang.”
“seminggu kemudian, baru Hannah sedar yang Hannah sebenarnya tak patut buat macam tu kat fakhrul. Hannah pengecut sebab tak berani cakap depan-depan. lepas tu Hannah cuba contact dia tapi tak dapat. Hantar emel tapi tak balas. Fakhrul macam marah sangat kat hannah. Kenapa dia taknak jawab call hannah?”
“hannah sedar hannah salah dan hannah tak sepatutnya dimaafkan. Cuma Hannah just nak jumpa dia untuk minta maaf depan-depan. biarlah Fakhrul nak marah atau maki Hannah, Hannah akan terima, tapi just bagi Hannah berjumpa dengan dia.”
“then, phone Hannah rosak. Sim card tak boleh nak guna semula. semua contact hannah hilang termasuk Fakhrul. Lepas tu, hannah memang betul-betul kehilangan Fakhrul. Hannah menyesal sangat-sangat mama...”
Pelukan dieratkan. Datin Husna mengeluh lagi. tak ada siapa yang salah. Betul kata suaminya, semua yang terjadi ini ada hikmahnya. Setiap kejadian ada kisah disebaliknya.
“Hannah minta maaf, mama.”
“dah hampir 5 tahun Fakhrul pergi. Dan 5 tahun ni jugak mama marahkan hannah. Mama dah tak larat nak simpan dendam pada Hannah, padahal hannah tak salah. Lagipun, hannah kan still remaja lagi masatu, orang cakap fikiran tak matang kan? Cuma sekarang, Hannah kena tumpukan kerjaya Hannah.”
Datin Husna melemparkan senyuman kearah Hannah.dia menggenggam erat tangan menantu. Untuk sekian lama, hatinya tenang.
“kerjaya hannah? Tapi, Hannah baru saja berhenti kerja.”
“tu sebelum kahwin. sekarang tugas Hannah disisi Fakhri Dini, suami Hannah.”
“tapi, abang marahkan Hannah.”
“so?”
“hmm?”
“jangan bimbang. Mama akan tolong Hannah. “
Mereka berpelukan lagi.
dulu, hatinya tak pernah tenang kerana dendam itu. tapi, sebenarnya dendam itu tak membawanya kemana. Hanya membuatkan hatinya sakit saja. dan kini? Dia tenang. Dan dia berjanji dia akan menolong Hannah untuk membuatkan hati Fakhri Dini ‘tenang’.


to be continue....

Hannah Farhana to Fakhri Dini 2

[2]
“Mulai hari ni Fakhri akan ambil alih tempat papa dalam syarikat.” Ujar Dato’ Hassan pada pagi itu ketika mereka sedang bersarapan.
Fakhri memandang Dato’ Hassan pelik.
“kenapa tiba-tiba?”
“Fakhri tak suka?” roti bakar diletakkan kembali ke dalam pinggan.
“bukan macam tu papa. Tapi, kenapa tiba-tiba?”
“bukan tiba-tiba Fakhri. Papa dah lama fikir pasal benda ni. Papa dah lama ada kat syarikat tu. biarlah papa berehat pula. Lagipun, papa rasa Fakhri mampu untuk ambil alih syarikat tu kan?”
“banyak benda lagi Fakhri kena belajar tentang syarikat tu, papa.”
“papa tahu dan papa percaya Fakhri boleh lakukan. lagipun, ada pembantu ayah akan tolong fakhri.”
“Tuan Khairul?”
“salah seorang darinya. Tuan Khairul akan bantu fakhri. Dia kan CEO syarikat tu jugak. tapi, papa ada someone yang lebih special.”
Fakhri memandang pelik Dato’ Hassan.
“siapa?”
“menantu papa.” Ujar Dato’ Hassan dalam senyuman. Wajah kelat Fakhri dipandang sekilas. Tahu sangat dengan reaksi Fakhri.
“that cotton-baju kurung girl?”
“Fakhri.” Tegas Dato’ Hassan.
Dia tahu Fakhri sangat ‘anti’ dengan nama Hannah Farhana. Dia tahu sangat hubungan anak menantunya itu. 6 bulan sudah berlalu namun sikap Fakhri masih lagi tak berubah. masih lagi dingin.
Dia ada terfikir, macam mana agaknya hubungan mereka suami isteri? Adakah Hannah Farhana masih lagi seorang gadis?
Setiap kali memikirkan tentang kemungkinan itu, hatinya rasa bersalah. bersalah pada Hannah Farhana. Bersalah pada keluarga Hannah Farhana. Bagaimana dia harus meminta maaf kepada mereka sedangkan, mereka jauh disana?
dia tak pernah menyesal dengan keputusannya untuk menyatukan fakhri dan Hannah. Walaupun ditentang oleh isterinya dulu, dia tetap dengan keputusan itu. kerana dia percaya dan yakin bahawa Hannah Farhana mampu membawa kembali ‘cahaya’ ke dalam keluarganya. Dia juga yakin dan percaya yang Hannah Farhana mampu membajai hati Fakhri Dini untuk kembali hidup bahagia. Lepaskan Fakhri Dini dari penjara hitam itu.
dan kini?
Alhamdullilah, hubungan isterinya dan Hannah Farhana semakin baik. Mereka semakin rapat. Malah, setiap kali mahu ke butik atau kemana saja, pasti Hannah farhana akan diseret bersama. Dia gembira dengan perubahan itu
Namun, Fakhri Dini ternyata ‘kebal’ dengan kebaikan Hannah Farhana. Buta untuk menilai Hannah Farhana. Pekak untuk mendengar dan menerima kebaikan Hannah Farhana. Hati fakhri Dini masih lagi keras.
“Hannah Farhana isteri fakhri.”
“please papa. Fakhri tak nak dengar tentang tu.”
“Fakhri suka atau tak, Hannah akan tolong fakhri.”
“tapi papa. Dia mana tahu tentang hal syarikat kita?”
“mana fakhri tahu, yang dia tak tahu tentang syarikat kita? Hannah menantu papa. And she knows everything about the company.”
“but still.”
“papa taknak dengar apa-apa bantahan dari fakhri.muktamad. Walaupun papa dah serahkan syarikat tu pada Fakhri, papa masih pegang syer terbesar dalam syarikat tu. so, either you like it or not, my words are still powerful.”
Fakhri Dini mengeluh kasar.
“don’t blame me if anything happened to her.”
Fakhri terus bangun dan meninggalkan meja makan itu. Saat dia ingin mengambil brief casenya ditepi tangga, dia terserempak dengan Hannah Farhana dan Datin Husna.
Hannah Farhana.
Dia terpaku.
Mana baju kurung cottonnya?
“cantikkan menantu mama?” ujar Datin Husna apabila melihat wajah fakhri terpegun melihat Hannah Farhana. Dia tersenyum panjang. Harapan untuk rancangannya berjaya hampir menjadi 100%.
“fakhri gerak dulu, mama”
Fakhri Dini terus melangkah keluar ke garaj. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar. Hatinya berdebar. Bagaimana harus dia berdepan dengan Hannah Farhana nanti? Bolehkah jantungnya berdegup seperti biasa?

*****

“teruk sangat ke Hannah, mama?”
Datin Husna memandang pelik Hannah. Dari hujung kepala ke hujung kaki, Hannah nampak anggun dan cantik. Apa yang peliknya?
“tadi, abang Fakhri tengok hannah semacam saja. pelik sangat ke Hannah pakai baju ni?” tanya Hannah lagi. datin Husna tersenyum manis.
“hannah cantik sangat. Mungkin, selama ni dia tengok Hannah pakai baju kurung saja, so bila dia tengok Hannah macam ni, dia jadi terpegun. Lagipun, Hannah mana pernah pakai makeup kat rumah kan?”
Hannah mengangguk perlahan. cuba mengiyakan kata-kata datin Husna.pakaian dibadannya di scan lagi. blouse labuh biru turquoise dan seluar slack hitam. Nampak lain sangat ke dia?

“mama akan tolong Hannah.”

“macam mana?”

“tapi Hannah kena janji dengan mama, jangan bantah. Okay?”

“tapi..”

“aah. Kan mama dah cakap. Hannah tak boleh bantah. Hannah nak tawan hati Fakhri kan?”
Perlahan Hannah mengangguk.

“bukan tawan hati, mama. Hannah just nak abang fakhri maafkan Hannah. Hannah faham kalau abang taknak..”

“stop it. apapun, mama akan tolong Hannah. Mama nak tengok Hannah dengan fakhri bahagia, tak salah kan?”

“mama...”

“percayalah sayang. Suatu hari nanti hannah akan berterima kasih dengan mama.”
“hannah akan tolong Fakhri kat syarikat sebagai PA fakhri. Mama dan papa tahu, Hannah memang expert dalam bab perniagaan ni kan?”

Hannah mengangguk. Dia mengeluh perlahan. bagaimana dia harus berdepan dengan fakhri sepanjang hari dipejabat sedangkan di rumah pun, lelaki itu tak mahu melihatnya. Berjayakah dia menawan hati fakhri? Sepertimana ramalan Datin Husna?

*****

Hannah melangkah masuk ke pejabat Fakhri. Bilik luas itu dipandang kagum. Simple saja namun setiap hiasan dan perabut yang ada menambahkan nilai ‘elegan’.
“ni, meja Hannah.” Ujar dato Hassan sambil menunjuk kearah satu meja disudut bilik. setiap peralatan telah disediakan.
“bunga?”
“hadiah untuk hari pertama Hannah mula kerja kat syarikat papa.”
“terima kasih papa.”
Dato’ Hassan tersenyum manis.
“Hannah ingatkan meja PA kat luar.”
“ini, PA special. So, papa tak rasa tak salah kan?” ujar dato’ Hassan lagi.
Hannah hanya mampu mengangguk. Satu lagi dugaan untuknya. Berdua dengan Fakhri dalam satu bilik yang sama untuk sepanjang hari.
Eh?
Meja dia dan Fakhri bertentangan!
“papa. Boleh Hannah ubah meja ni tak?”
“kenapa?”
Erk. Apa nak jawab?
“Hannah rasa location meja ni tak strategic la. Kurang cahaya matahari.”
Dato’ Hassan tersenyum gelihati. Itu alasan terbaik dari Hannah? Ingat dia tak tahu apa yang bermain dalam fikiran menantunya itu?
“tak apa. Cahaya dalam bilik ni dah cukup terang, Hannah. Lagipun dari sini, Hannah boleh tengok pemandangan yang paling indah yang DIA dah bagi. Betul tak?”
Hannah tersenyum kelat.
“oklah. Papa nak keluar lunch dengan mama. Have a good day, Hannah.”
Hannah menghantar kelibat Dato’ Hassan dengan pandangan matanya. dia mengeluh perlahan.
have a good day?

*****

Dokumen dihadapannya dibaca satu persatu. Huruf demi huruf. Barisan demi barisan. Ulang-ulang kali. 10minit berlalu namun dia masih lagi tak berganjak ke muka surat seterusnya.
Hanya ada 2 rangkap ringkas di muka surat pertama itu namun kenapa susah sangat nak faham? Nak kata dokumen itu guna bahasa german tapi rasanya bahasa melayu tulen. Nak kata tulisan kecik sampai kena pakai kanta besar, tak adalah. format biasa. Dan matanya, masih lagi sempurna tanpa perlu bantuan kaca mata.
Kenapa?
Dia mengangkat wajahnya.
Hannah Farhana.
Seraut wajah itu ditatap lama. manis bertudung bawal. Baju tutup aurat. Kalau dulu, hanya baju kurung cotton menghiasi tubuh isterinya tapi kini, semuanya fesyen busana. Menarik. Dan menggoda hatinya.
Fakhri Dini mengeluh perlahan. dia meraup wajahnya.
Apa yang kurangnya Hannah Farhana?
Tingkah lakunya? Perangainya? Bahasanya? Hatinya?
Hati Hannah Farhana. Masih milik FAkhrul? Atau..
Argh!!!
Bukan. Bukan.
Hannah Farhana pembunuh adiknya. Dan wanita itu takkan punya tempat dalam hatinya. Kosong.
Dokumen ditangan dilempar kasar. Tangannya menumbuk meja.
Hannah yang sedang menyiapkan laporan tersentak. Kenapa dengan fakhri?
“apa tengok-tengok?” tengking Fakhri. Hannah tunduk.
“buat menyemak saja duduk kat bilik aku.”
Terus Fakhri meninggalkan bilik itu. dihempasnya pintu bilik, tanda ketidakpuas hati.

*****

Jangkaan hannah tepat sekali. Berurusan dengan fakhri sangatlah memenatkan, mental dan fizikal. dia tak pernah ‘lekat’ di mejanya, paling lama dia boleh duduk 1 jam. Tak pernah pula dia sangka kerja PA sebegini berat. Buat kopi dan belikan lunch, termasuk dalam kerja PA ke?
“dah menyerah kalah?” Ujar fakhri tiba-tiba disebelahnya.
Suara itu membuatkan Hannah terus bangun dari kerusinya. Dia mengangkat wajahnya. Tergambar wajah Fakhri Dini di mata, sedang memandangnya dengan pandangan yang sama sejak 8 bulan dulu. dingin dan penuh dengan kebencian.
Namun, pernah juga dia menangkap renungan Fakhri. Lembut dan mendamaikan. Kalaulah, renungan itu menjadi miliknya kekal...
“i don’t mind if you want to quit. Just, don’t mention me in your resume.”
“amanah papa. Saya takkan berhenti dari syarikat ni.” uajr hannah lembut namun tegas.
“oh. amanah papa? Amanah atau harta papa?”
“apa maksud awak?”
“aku tahu kau tak bodoh untuk faham apa yang aku cakapkan ni. aku tahu kau. Tak cukup dengan adik aku kau nak rembat, sekarang ni harta keluarga aku pun kau nak sapu?” sindir fakhri.
Wajah Hannah merah. Marah dengan tuduhan Fakhri. Buruk sangat ke dia dimata lelaki itu?
“well, aku tak tahu minyak sapu apa yang kau guna. Tapi aku takkan terperdaya dengan kau. Nampak saja baik tapi hati kau, busuk.”
“awak tak berhak nak menilai siapa saya.”
“why not? I’m your husband right? Aku boleh buat apa saja pada kau sebab aku ada hak tu. Cuma, aku taknak libatkan diri aku dengan perempuan kotor macam kau.”
“you are..”
“bastard? You can call me whatever you want. Sejahat aku pun, tak pernah aku ‘matikan’ orang”
“oh. yeah. Aku baru faham. Aku tahu, kau takkan puas hati selagi kau tak dapat aku kan? well, i’m available right now. You want to do it?”
Fakhri Dini mula menghampiri Hannah. Kopi ditangan diletakkan kembali di atas meja. Tie dilonggarkan.
“fakhri. Please, jangan buat saya macam ni.”
“aku ingat kau suka. Not enough excitement, i assume?”
“Fakhri please..”
Hannah ditolak ke dinding. Nafsu lelaki sudah menakluk otaknya untuk berfikir dengan waras.
Hannah Farhana bagaikan menggodanya. Menariknya dalam perangkap cinta.
Hannah memejamkan matanya. dia sendiri tak sangka fakhri akan bertindak sebegini dengannya. Tangannya menolak kuat dada Fakhri yang semakin rapat. Hatinya berdoa agar Fahri sedar dengan tindakannya. Hubungannya dengan fakhri tak ‘mengharamkan’ apa yang terjadi ini namun dia tak sanggup. Dia tak rela.
“Fakhri.”
“you are beautiful.”
“please Fakhri..”
“kenapa? kau pun suka kan?” nafas Fakhri semakin tak teratur.
“stop it!”
Tapak tangan Hannah terasa pijar. Matanya berkaca.
“you?” fakhri memegang pipinya. Pedih. Pertama kali menerima ‘hadiah’ dari Hannah. Lebih dari itu, ada perasaan lain terselit.
Menyesal?
Hannah terpaku dengan tindakannya. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari bilik itu. keluar dari bilik yang hampir mencatatkan sebuah titik hitam dalam hidupnya.

*****

“hannah tak pergi office?” Datin Husna mendekati Hannah yang sedang duduk di kerusi taman.
“hannah tak sihat la mama.” Lantas, tangan datin Husna bergerak ke dahinya. Agak panas.
“hannah tak makan ubat?” hannah menggeleng kecil sambil tersenyum.
“sikit saja mama. Nanti oklah tu.”
“hannah ni, kalau melarat macam mana?”
“tak ada apa-apalah. Hannah rehat, nanti okaylah. Mama jangan bimbang okay?” dia memegang erat tangan Datin Husna.
“banyak sangat ke kerja kat office?”
“taklah. Badan Hannah saja yang lemah.”
Kejadian semalam masih lagi segar dalam ingatannya.kelakuan fakhri dan tamparan pertama untuk suaminya sendiri.
Sepanjang malam dia berjaga, kalau-kalau Fakhri balik ke rumah. dia jadi takut dengan lelaki itu. takut, kalau-kalau Fakhri Dini akan bertindak sebegitu lagi. mungkin nasibnya baik bila Fakhri tak pulang semalaman.
Hatinya terdetik, kenapa Fakhri tak pulang semalam?
“awalnya Fakhri ke pejabat. Tak nampak pula dia pagi ni.” ujar Datin Husna tiba-tiba.
“oh. abang gerak awal sebab ada hal pagi ni. lupa pulak Hannah nak bagitahu mama.” Hannah memberi helah.
Hal rumahtangganya, biarlah dia sendiri yang selesaikan. cukuplah dengan bantuan dari keluarga mentuanya sebelum ini. menjadikan dia sebagai PA fakhri sudah cukup bagus. tambah lagi dengan bantuan mentuanya untuk menjernihkan hubungan mereka. Takkan dia nak meminta lagi?
“mama, Hannah nak rehat kat bilik boleh?” pinta Hannah.
“Hannah rehatlah dulu. nanti kalau ada apa-apa, Hannah panggil mama okay?” Datin Husna membelai lembut rambut menantunya itu. hatinya jatuh sayang pada Hannah. Doanya, agar hannah dan Fakhri berbahagia. Namun, melihat dengan keadaan mereka sekarang dia jadi ragu-ragu. Bolehkah Hannah bahagia dengan Fakhri? atau, Hannah menderita?
Bolehkah hubungan hannah dan fakhri diselamatkan?

*****

Handphone diatas katil dipandang lama. 5 misscalls? From Fakhri Dini?
Dengan hati yang berdebar-debar dia mendail kembali nombor Fakhri Dini. Lama baru berjawab.
“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.” Jawab si lelaki.
Eh, bukan suara Fakhri Dini.
“hello. Ni, Puan Hannah Farhana?” tanya lelaki itu lagi.
“ya, saya. boleh saya tahu siapa ni?”
“oh, maafkan saya. saya, Tahar. Boleh tak puan datang ke HKL? Suami puan ada kat sini sekarang. saya akan terangkan bila puan sampai.”
hatinya bagaikan berhenti berdegup. Fakhri di hospital? Kenapa?
“okay. saya akan ke sana segera.”
Handphone di off. kakinya bergerak ke almari untuk menukar pakaian. Tudung di sarungkan. Purse dan kunci kereta di atas meja solek dicapai.
Kakinya laju menuju ke garaj. Hatinya mengucap syukur kerana tak bertembung dengan Datin Husna. Kalau tak, macam mana dia nak terangkan tentang kemasukan Fakhri ke hospital sedangkan dia sendiri tak jelas dengan keadaan sebenar?

*****

Sampai saja ke perkarangan hospital, Hannah mendail kembali nombor Fakhri.
“assalamualaikum. Saya dah ada kat depan hospital. Encik kat mana ni? ok. Saya tunggu.”
10 minit kemudian, ada seorang lelaki muda, awalan 30an datang menghampirinya.
“puan Hannah Farhana?”
Hannah mengangguk.
“saya Tahar.”
“boleh saya tahu macam mana suami saya ada kat sini?”
“oh. saya jumpa encik Fakhri kat tepi jalan, awal pagi tadi. masa saya jumpa dia, dia sudah tak sedarkan diri. terus saya bawak dia datang sini.”
“macam mana awak kenal saya?” tanya Hannah sangsi. Wajah lelaki itu dipandang lagi. entah kenapa, lelaki di hadapannya nampak familiar. Lelaki itu hanya tersenyum.
“tak sangka macam ni reunioun kita. saya ingat orang lain tadi tapi memang awak, hannah Farhan. baru saja beberapa tahun kita tak jumpa tapi awak dah tak kenal saya. Tahar.”
Tahar. Tahar.
Abdul tahar Abdullah?
“abdul Tahar Abdullah?”
Lelaki itu tersenyum panjang.
“that’s me.”
Macam mana dia harus lupakan wajah tutornya di unversitinya dulu? kerana lelaki inilah, dia Berjaya menghabiskan masa-masa universitinya dengan gemilang.
“tak sangka, kita akan jumpa kat sini.”
“tapi, macam mana awak boleh hubungi saya?”
“melalui handphone fakhri. Dan gambar dalam wallet fakhri.”
Gambar? Takkanlah gambar dia ada dalam wallet fakhri?
“jom, kita ke bilik Fakhri. Saya tunjukkan jalan.”
Hannah mengangguk kecil. doanya, agar Fakhri selamat saja. walaupun dia bencikan lelaki itu namun dia punya hati. Tak sanggup untuk melihat lelaki itu di apa-apakan.
“tahar macam mana sekarang?”
“alhamdullilah. Saya okay saja. dah berkahwin dan ada 2 orang anak.” ujar Tahar dalam senyumannya. Dia nampak bahagia.
“tahniah.”
“good new is, isteri saya yang bertanggungjawab atas suami hannah. Maksud saya, dia akan operate Fakhri.” Tambah Tahar.
“bedah? Teruk sangat ke dia?”
“okay, ni bilik fakhri. Apa-apa pun awak bincang dengan doktor Farah. My wife. Saya perlu gerak sekarang, maaf sebab tak boleh tunggu lama-lama. nanti, kalau ada masa lagi, kita borak lagi. kirimkan salam saya pada suami hannah.”
“thanks tahar.”
Tahar hanya membalas dengan senyuman. Masih lagi seperti dulu-dulu. terfikir juga dia, macam mana tutornya boleh ‘tersangkut’ dengan seorang doktor?
Dia kini sedang berdiri dihadapan bilik itu. dengan lafaz bismillah dia menolah perlahan pintu.

Matanya menangkap susuk badan yang sedang berbaring diatas katil bercadar putih itu. nampak lemah.
“Fakhri.” Dia mendekatkan kakinya ke katil.
“fakhri.” Masih lagi tiada reaksi. Perlahan, dia memegang tangan Fakhri, cuba mencari respond.
Wajah itu mula berkerut. Sepasang mata itu mula terbuka luas. Cepat-cepat hannah menarik tangannya.
“awak sihat?”
“air.” Botol mineral dirak tepi katil dicapainya. Straw dikeluarkan dan dihalakan ke mulut Fakhri.

“fakhri..” belum sempat dia membuka mulutnya untuk bertanya lebih lanjut, pintu bilik diketuk dari luar.
“assalamualaikum.” Seorang doktor perempuan mula melangkah masuk. doktor farah.
“doktor Farah?” dia mengangguk.
“boleh saya tahu kenapa dengan suami saya?”
“suami puan mengalami appendicitis. Appendixnya terpaksa dikeluarkan kerana mengalami inflammation. Boleh saya tahu, sebelum ni suami puan pernah mengalami sakit-sakit?”
Hannah menggeleng. Sebelum ni, dia tak pernah melihat fakhri mengalami sakit-sakit perut.
“oklah. Saya perlukan sign puan untuk kelulusan pembedahan ni. jangan bimbang puan, insya allah operation ini simple saja.”
Hannah menganguk perlahan. dia pernah mendengar tentang pembedahan appendix ini. malah, kerap juga dia mendengar di kalangan kawan-kawan universitinya dulu.
“saya assume awak dah jumpa suami saya tahar?” ujar doktor farah. Hannah mengangguk.
“tak sangka patient saya, suami kepada kawan tahar. Saya harap selepas ini, bolehlah kita berjumpa. Maksud saya, di luar hospital.” Ujar Doktor Farah lagi.
“insya allah doktor.”
Hannah menarik nafas lega. Sakit fakhri, tak serious yang disangkanya.
“saya nak call mama dengan papa dulu. awak nak apa-apa tak?”
Fakhri menggeleng.
“nak tidur.” Hannah mengangguk kecil. dia kemudiannya membetulkan selimut Fakhri sebelum keluar untuk membuat panggilan kepada Dato’ Hassan dan Datin Husna.

*****

Alhamdullilah, pembedahan berjalan dengan lancar. Dan kini, Fakhri dirawat di ward biasa. Menurut doktor Farah, kalau keadaan Fakhri stabil dia akan di discharge dalam masa 2 hari ini.
“Fakhri sihat hari ni?” tanya Datin Husna yang berada dihujung katil.
Fakhri hanya mengangguk. Sakit dibahagian pembedahan masih terasa.
“Fakhri nak makan apa-apa tak? Mama boleh masakkan.”
“erm, mama. Doktor cakap untuk hari ni, abang boleh makan makanan lembut dulu. takut luka bedah lambat sembuh.”
“oh. padanlah mama tengok Fakhri makan bubur saja. hannah masak ke?” Hannah mengangguk kecil.
“bila Hannah masak?” tanya Datin Husna hairan. Seingatnya, hannah hanya pulang sekejap tengahari tadi untuk mengambil keperluan Fakhri. Itupun sekejap saja. sempat pula hannah memasak. Tambah pula, dengan keadaan Hannah yang sudah berjaga sepanjang malam di hospital menjaga Fakhri.
Hannah hanya tersenyum.
“hannah tak penat? Biar papa yang jaga Fakhri malam ni.”
“tak apalah papa. Biar Hannah yang jaga. Tak lama dah pun kan? esok dah nak keluar.”
Dato Hassan dan datin Husna hanya mengangguk. Fakhri hanya memerhatikan Hannah disisinya.
Hannah Farhana.
‘isteriku’

*****

“awak nak mandi?” tanya Hannah lembut. Beg dari hospital diletakkan di tepi katil manakala bekalan ubat diletakkan diatas side table.
“saya panaskan air dulu.”
Hannah melangkah masuk ke dalam bilik air. Paip bath tab dibuka mengalir.
“nak saya tolong?” Hannah jatuh kasihan melihat fakhri yang agak bersusah payah membuka pakaiannya. Nampak benar susahnya. Dia menghampiri Fakhri. Butang kemeja dibuka satu persatu dan pakaian kotor itu dimasukkan kedalam laundry case.
“doktor cakap, bahagian bedah ni tak boleh kena air. Nanti saya alas dengan kain sikit.” Tambah hannah.
“tak apa. Biar aku buat sendiri.” fakhri menolak perlahan tangan Hannah. Dia kemudiannya bangun dan menuju ke tandas.
Hannah mengeluh perlahan. sejak fakhri sakit, tak banyak perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. tiada lagi bahasa kasar dari mulutnya. Dia patut bersyukur dengan perubahan itu.
Namun, Fakhri semakin dingin. Sedingin ais. Dan dia dapat merasakan hubungannya dan Fakhri semakin jauh.
Akan adakah peluang untuknya untuk berdamai dengan Fakhri? Akan ada lagikah ruang kemaafan untuknya dihati Fakhri?

*****

“Fakhri, awak nak makan?” tanya hannah lembut. Dia memandang fakhri yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Malam ni, hanya ada dia dan Fakhri kerana mentuanya telah menghadiri dinner tahunan syarikat.
Hannah mengeluh. Dia melangkah masuk ke dapur. lauk di atas meja makan dipanaskan. Pinggan dicapai dan di isi dengan nasi dan lauk pauk. Sudu dan garfu diletakkan bersama.
“awak, makan.”
Pinggan diletakkan diatas meja dihadapan Fakhri. Dia bangun semula untuk mengambil minuman.
“kenapa baik sangat?” tanya Fakhri tiba-tiba. Langkah hannah kaku.
“kenapa kau baik sangat?”
“apa maksud awak fakhri?”
“kau mesti suka sebab aku sakit kan?”
hannah mengeluh. Kenapa buruk sangat dirinya dimata suaminya sendiri?
“awak berdendam dengan saya lagi?” tanya Hannah lembut. Dia melabuhkan duduknya di sebelah fakhri. Biarlah malam ni, segala perselisihan faham dapat diselesaikan. Dia dah tak larat untuk hidup begini. Hidup dengan dendam seorang suami.
“kau ingat, dengan budi kau ni akan dapat lenyapkan dendam aku?”
Hanah terkedu.


bersambung lagi.....

Hannah Farhana to Fakhri Dini 3[end]


[3]
“saya minta maaf kalau saya buatkan awak berdendam begini. Maafkan saya. kalaulah saya boleh putarkan semula waktu..”
“kau takkan kembalikan adik aku.”
“Fakhri, saya benar-benar minta maaf. saya tak bermaksud.”
“kau diam!” pinggan ditolak kasar oleh fakhri hingga jatuh pecah menyeambah lantai. Hannah kaget.
“Fakhri.”
“kerana kau, hidup aku jadi kacau. Kerana kau aku jadi macam ni. lemah. Tak bermaya. Dan semuanya kerana perempuan macam kau!”
Fakhri mula bangun dan menghampirinya.
Hannah mula takut. Peristiwa yang dulu mula terbayang dimata. Adakah peristiwa itu akan bakal berulang kembali?
Dia ingin bangun namun Fakhri lebih cekap. Tangan Hannah digenggam erat dan dikunci. Tak disangkanya, fakhri masih kuat walaupun masih dalam pemulihan dari pembedahan itu. sangkanya fakhri takkan seberani ini. sangkanya..
“kau akan menerima pembalasan. Remember my promise? I will make you suffer for the rest of your life..”
Fakhri mula mendekat dan Hannah kian tersepit. Dia lemah. Dia cuba untuk meronta namun kudratnya terbatas. Akhirnya, dia terkulai dalam pelukan seorang suami yang penuh dendam. Dia akhirnynya tewas dengan dendam itu.
dia kalah juga.
Namun, jauh disudut hatinya, dia rela dengan kemungkinan yang bakal terjadi.

*****

Kini, sudah sebulan selepas peristiwa malam itu. malam dia didatangi oleh suaminya dengan penuh perasaan dendam. Paling menyedihkan, dia ditinggalkan selepas fakhri puas. Terbaring lemah diatas lantai di ruang tamu itu.
Bertapa rendahnya Hannah dimata Fakhri Dini. Dia sedih. terasa terbuang.
Dan kini juga, timbul masalah baru.
Alat itu dipandang lama. positive. Bagaimana harus dia khabarkan kepada Fakhri? Bagaimana nasib nyawa dalam rahimnya kalau Fakhri masih berdendam dengannya?
Selepas peristiwa itu, sifat Fakhri berubah. tiada bahasa kasar. Tiada ugutan atau benci. Malah, tiada lagi communication antara mereka.
Hannah mengeluh. Perlukah dia berundur dari hubungan ini?
kalau dulu, dia yakin mungkin suatu hari fakhri akan berubah namun kini? Tiada langsung tanda-tanda untuk Fakhri berubah. bagaimana pula dengan nyawa dalam rahimnya? Dia mahukan anak ini membesar dalam keluarga yang sempurna. Punya ayah. Punya mak. punya datuk dan nenek.
tegarkah dia untuk bertahan dengan keadaan sebegini. Hidup dalam sebuah dendam.
Bertahankah dia?

*****

“mama tengok hannah sekarang dah lain. Hannah sihat?” tanya datin Husna. Dia memandang wajah sunggul Hannah. Bilakah dia akan menatap wajah gembira menantunya.
Fakhri terlalu keras hati!
“hannah okay saja.”
“Hannah nak sambung kerja lagi?”
Hannah menggeleng. Dia sudah pun berhenti menjadi PA Fakhri sejak lelaki itu sakit dulu. tak sanggup untuk dia berdepan dengan Fakhri, lebih-lebih dipejabat itu.
“mama ingatkan bila mama dan papa letak Hannah sebagai PA Fakhri, at least hannah dan Fakhri akan berbaik. Kalau bukan sebagai suami isteri, sekurang-kurangnya sebagai bos-pekerja. Mama nak sangat tengok kamu berbaik.”
Hannah tersenyum kecil. harapannya sama dengan harapan Datin Husna. Itu harapan utamanya ketika dia menyambut tawaran dato’ Hassan dulu tapi kini, mereka semakin renggang.
Apa lagi yang peru dia lakukan untuk berbaik dengan fakhri?
“maafkan mama.”
“kenapa?” Datin Husna mengeluh. Dia bukannya buta untuk menilai hubungan anak-menantunya.
“mama tahu, mesti Hannah sedih kan? hidup suami isteri tak seperti orang lain.”
“nasib Hannah macam ni, mama. Lagipun Hannah bertuah sangat sebab ada mama dan papa. Hannah bahagia dengan cara ni.” ujar Hannah dalam senyuman.
“mama benar-benar minta maaf bagi pihak fakhri.”
“tak ada yang perlu nak minta maaf, mama. Hannah hanya berserah saja apa yang akan jadi nanti.”
“mama selalu doakan hannah. Walaupun mungkin suatu hari nanti, kita takkan jadi keluarga lagi.”
“mama, jangan cakap macam tu. hannah akan tetap menjadi menantu mama.”
“mama tahu. Mama memang nak Hannah. Tapi, sampai bila hannah nak derita macam ni? mama tahu, mungkin suatu hari nanti hannah akan lemah dan menyalah. Dan masa tu, mama takkan sesekali untuk menunding jari padi Hannah. Mama sayangkan Hannah”
Datin Husna memeluk erat bahu Hannah. Sayangnya pada menantu itu, hanya DIA yang tahu.
Dato’ Hassan yang sejak tadi hanya berada di balik pintu hanya memasang telinga. Dia kini bagaikan menyerah kalah dengan Fakhri. Dia kalah dengan anaknya sendiri!
Dia boleh saja menarik segala kemewahan yang diberikan kepada Fakhri dan biarkan anak menantunya hidup sendiri. namun, bagaimana pula dengan hannah? Dia tahu dan yakin fakhri takkan tunduk dengan keadaan. Sedesak mana pun dia, dendam itu takkan terlerai. Terlalu kukuh bertakhta dalam hatinya.
Kenapakah Fakhri Dini terlalu berkeras hati?

*****

Fakhri memberi isyarat untuk ke kiri namun matanya tiba-tiba menangkap sebuah kereta silver swift datang dari anak bertentangan.
Hannah farhana?
Tanpa berfikir panjang, terus diekori kereta itu. entah apa yang mendorong dia untuk membuat kerja gila itu.
20 minit kemudian, keretanya sudah tersadai di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan. Kereta hannah diparkir ditepi jalan di hadapan sebuah rumah bungalow.
Tak lama kemudian, ada seorang lelaki membukakan pintu pagar untuk Hannah. Lelaki itu menyambut Hannah dengan senyuman dibibir. Ada seorang kanak-kanak kecil sedang berlari kearah Hannah dan memegang kaki isterinya. Hannah kemudiannya mengangkat kanak-kanak itu dan sebuah kucupan dihadiahkan di pipi kanak-kanak itu.
Siapa lelaki itu?
Dan, kanak-kanak itu?
‘damn!’
Stereng kereta dihentak kuat.

*****

Fakhri berjalan berulang alik dalam bilik tidurnya. Bayangan lelaki dan kanak-kanak tadi masih lagi terbayang dalam fikirannya. Apa kaitan antara mereka? apa hubungan hannah dan mereka?
Adakah hannah curang padanya?
Cup.
Kenapa dia perlu kisah tentang Hannah? Tentang dengan Hannah bersama? Bukankah memang dia tak sukakan Hannah? Bukankah dia berdendam dengan Hannah?
Tapi kenapa sekarang dia kisahkan tentang Hannah? Kenapa perlu dia bimbangkan tentang hannah?
Fakhri meraup wajahnya. Dia terduduk dibirai katil.
Siapa hannah dalam hatinya kini?
Mana perginya dendamnya dulu?
Adakah hatinya kini terisi dengan bayangan isterinya dan bukannya pembunuh adiknya? Tiba-tiba sahaja pintunya ditolak dari luar.
Hannah!
Matanya mengekori langkah hannah. matanya dapat menangkap wajah gembira Hannah. gembira kerana dapat berjumpa kekasih hati?
Hannah gembira namun kenapa hatinya sakit?
Dia bangun dan terus keluar dari bilik. tak sanggup rasanya untuk menatap wajah gembira itu. wajah yang tak pernah dipamerkan dimatanya.

*****

“banyak hannah makan sekarang.” tegur Datin Husna
“eh. Mana ada. Biasa saja mama.” Helah hannah.
“betullah. Mama perhatikan Hannah sekarang ni dah lain. makan banyak. Mulut tu, tak henti-henti menguyah.”
“taklah mama. Hannah tak ada kerja kat rumah sebab tu Hannah makan. Mama tahukan, kalau duduk saja tak buat apa, cepat lapar kan?” hujah Hannah. Rahsianya, biarlah dia simpan dulu.
Datin Husna memandang menantunya sangsi. Kelakuan Hannah. perangai hannah. semuanya menunjuk kearah satu perkara.
“Hannah pregnant?”
Hannah terbatuk-batuk mendengar kata-kata dari Datin Husna. Perlahan, dadanya diurut perlahan.
“betul kan?” tanya Datin Husna lagi.
Lambat-lambat baru Hannah mengangguk. Mana dia nak menipu lagi. Datin Husna perempuan macam dia juga, malah lebih berpengalaman dalam bab mengandung ni. takkan dia nak sorok kalau dah terang-terang macam tu?
“seronoknya mama!” terus dipeluknya Hannah.
“berapa bulan?” tanya Datin Husna excited.
“ssshh”
“kenapa, Hannah?”
Hannah memandang Datin Husna dengan perasaan bersalahnya.
“sebenarnya, tak siapa yang tahu Hannah pregnant.”
“fakhri?” hannah geleng.
“kenapa hannah nak sorokkan?”
“hannah dengan abang fakhri, tak baik sangat mama. Hannah takut kalau dengan adanya anak ni, abang fakhri lagi berdendam dengan Hannah. hannah taknak dia bencikan anak ni. biarlah dia marahkan hannah seorang.”
“mama jangan bagitahu abang., yekh?” rayu hannah.
“tapi macam mana?” datin Husna mengeluh.
“hannah sayangkan abang walaupun abang berdendam dengan Hannah. dan anak ni, memang kerana kasih sayang Hannah terhadap abang Fakhri walaupun abang tak pernah tahu. “ dia memegang perutnya lembut.
“hannah..”
“mama janji, mama takkan bagitahu orang lain. boleh?” pinta hannah.
“tapi Hannah, sampai bila?”
Hannah mengeluh lagi.
“biarlah masa yang menentukan segalanya. Hannah harap sangat dengan mama.”
“papa?” hannah geleng.
“ni, rahsia kita berdua saja. tak siapa yang tahu.”
Datin Husna mengeluh perlahan. kenapa perkara baik sebegini perlu disembunyikan?
“please, mama?” Hannah menggenggam erat tangan Datin Husna, cuba menyampaikan hasrat permintaannya.
“apa yang anak beranak ni buat, hmm?” tegur satu suara. Hannah terkedu.
Papa?
“sayang? Hannah? kenapa tengok papa macam nampak hantu?” usik dato’ Hassan lagi. dia mendekati isterinya.
“tak ada apa-apalah, abang. ni, Hannah teringin sangat nak pergi makan kat kedai baru depan sana. Itu yang minta saya temankan.” Terang datin Husna.
Hannah menarik nafas panjang. Lega.
“owh. kalau macam tu kita pergi sama-samalah. Biar papa yang belanja tengahari ni. jom.”
“betul ni abang?” tanya datin Husna tak percaya. Sangkanya Dato’ Hassan takkan mengambil serius hal itu. itu hanya helahnya supaya rahsia Hannah tetap tersimpan kukuh.
“betul lah. Cepat bersiap. Lambat, offer ni habis.” Tambah dato’ Hassan.
Dato’ Hassan tersenyum panjang. Ingat dia tak dengar apa yang dua beranak ni berbual tadi? hatinya mengucap syukur dengan berita gembira ini.
Harapannya satu, biarlah Fakhri sedar dengan apa yang dia ada sekarang. dan , jika hannah inginkan ini rahsia, dia akan tutup mulutnya. Biar Hannah saja yang menyampaikan berita ini kepada Fakhri. Bila? Dia sendiri tak pasti.

*****

“hannah tak jumpa doktor?”
“hannah dah ada appointment kat hospital. Dah confirm, ni nak masuk 2 bulan. Mama nak tengok scan baby?” tanya Hannah gembira. Dia menghulurkan sekeping kertas kepada Datin Husna.
“keciknya dia..”
“memanglah mama. Baru 2 bulan kan?”
“tapi, mama tak nampak pun Hannah muntah-muntah?”
“masa awal-awal dulu, memang hannah muntah. Sekarang ni, okay sikit. Cuma, terasa nak makan saja.”
“Hannah mengidam?”
Hannah mengangguk perlahan.
“hannah nak apa? Mama carikan”
Hannah memegang perlahan tangan mentuanya. Bahagianya dia kerana ada mentua yang mengambil berat terhadapnya.
“tak apa mama. Setakat ni, hannah mampu cari sendiri.”
“Hannah drive?” hannah mengangguk kecil.
“kenapa drive? Mama risaulah. Itu yang selalu hilang kan?” hannah sengih. Dia mengaku kadang-kadang dia mencuri keluar. Mencari makanan mengidamnya. Takkanlah nak suruh Datin Husna carikan, kan?
“hannah. dengar sini sayang. Lain kali kalau hannah nak apa-apa, bagitahu mama. Okay? kita sama-sama cari. Biar saja Pak Mat bawak. Okay?”
“ni, perintah mama. Tak baik ingkar.” Tambah Datin Husna.
“baiklah mama.” Dia memeluk erat wanita itu.
“terima kasih mama.”
“terima kasih untuk Hannah sebab dah bawakkan cucu untuk mama. Untuk keluarga ni.”
Hannah menyapu airmatanya yang hampir menitis. Dia terharu dengan kasih sayang yang ada untuknya. Bahagia untuknya masih ada, walaupun dengan cara sebegini.

*****

“Hannah, tengahari tadi ada kawan papa bawakkan buah naga. Nanti, hannah mintakkan Mak Limah potongkan.” Ujar papa selesai makan malam.
“buah naga?” hannah meneguk airliurnya. buah naga mula terbayang di fikirannya.
“aah. Kawan lama papa. Saja datang melawat. Kebetulan dia datang sini pun nak melawat menantu dia yang sarat mengandung. Mengidam katanya.”
Hannah terkedu.
‘papa dah tahu ke?’
Dato’ Hassan cuba menyembunyikan senyumannya. Ingat dia tak tahu? Sekarang ni, dia dah pasang telinga. Mana tahu menantunya itu mahukan sesuatu.
Hannah mungkin tak tahu dan biarlah kalau dia tak tahu, lebih baik. Kini, isterinya sudah menyebelahinya. Apa yang Hannah inginkan, dia akan cuba untuk mencari.
Dia cuba mengerling kearah Fakhri yang sedang khusyuk melihat berita. Mata saja menatap TV tapi dia tahu telinga anaknya turut serta dalam perbualan ini.
“tak apalah papa. Hannah dah kenyang sebenarnya. Nanti Hannah makan. Terima kasih papa. Erm, Hannah naik bilik dulu. mengantuk.”

buah naga boleh ditunggu lagi. sekarang, dia perlukan katil. kepenatan mula menguasai dirinya. betullah kata Datin Husna, perempuan mengandung cepat penat.
“eh, awal lagi dah mengantuk?” tanya dato’ Hassan.
“dia penat bershopping dengan saya tadi, abang.” celah datin Husna.
“assalamualaikum, mama papa.”
Hannah mendaki tangga berhati-hati. Pintu bilik ditolak.
Dia melabuhkan duduk di birai katil. Perut yang sedikit menonjol diusap perlahan. sampai bila dia harus menyembunyikan rahsia ini dari fakhri?
‘anak ibu’
Dia kemudiannya bangun dan mencapai tuala dipenyidai. Satu habit baru sejak mengandung. Mandi malam. Dia tahu, tak elok untuk mandi malam lebih-lebih lagi bila pregnant macam ni. tapi entah kenapa badannya terasa panas dan melekit. Mana nak tahan kalau tidur dengan keadaan maacm tu.
Saat dia keluar dari tandas, fakhri sudah pun berada di atas katil sedang membaca.
“tunggu situ.” Arah fakhri tiba-tiba.
Hannah hairan. Arahan apa tu? fakhri mendekatinya. Tuala ditangan di ambil oleh Fakhri.
“buka baju.” Arah Fakhri lagi. dia memandang tajam Hannah.
Hannah terkedu. Apa maksud Fakhri? apa yang dia nak lukakan?
“or you want me to help you?”
Hannah masih lagi tegak berdiri. Tak faham dengan tingkahlaku fakhri. adakah dia?
Fakhri kini berada betul-betul dihadapannya. Tangannya mencapai butang kemeja pyjama. satu persatu butangnya dibuka.
Hannah kaku. Dia menelan airliurnya. Kalau fakhri mahukan dia malam ni, sungguh dia tak bersedia. Tambahan pula dengan keadaan pregnant macam ni.
“Fakhri please.”
Terlerai semua butangnya. Hannah masih kaku. Saat tangan Fakhri mendarat diperutnya, dia terkedu. Tergamam. Sentuhan Fakhri diperutnya bagaikan lembut dan penuh dengan kasih sayang.
“dah berapa bulan?”
Sekali lagi dia kaku. Macam mana fakhri tahu?
“Hannah.”
“erm. 2 bulan.”
“dah buat checkup?” Hannah menagganguk.
“come.” Fakhri menarik tangannya lembut dan dibawa ke katil.
“macam mana awak?”
“penting ke macam mana saya tahu?”
Bahasa itu. tiada lagi aku-kau.
“sekarang awak kena tidur atas katil. Mana boleh tidur atas sofa. Tak elok untuk baby.”
“lepas ni juga, jangan mandi malam. Tak elok. Kalau nak mandi juga, nanti saya tolong lapkan awak. Tak elok untuk baby jugak.”
Hannah masih lagi kaku namun telinganya dapat menangkap bicara Fakhri. Pesanan demi pesanan dan arahan demi arahan. Semuanya tentang baby.
Adakah zuriat dalam kandungannya ini Berjaya menyejukkan hati Fakhri?
Sudah hilangkah dendam itu kerana hadirnya zuriat ini?
Kalau lah dengan begini dia akan dapat perhatian dari Fakhri, biarlah. Dia sanggup. Walaupun hanya baby itu yang menjadi tumpuan Fakhri, dia sanggup. Dendam suaminya biarlah hanya tertumpah kepadanya seorang.
“sekarang awak tidur dulu. saya tinggikan suhu aircond.”
Fakhri menolak perlahan bahunya ke tilam. Comforter ditarik rapat ke badan. Perlahan, dia menunduk dan mengucup dahi Hannah lembut.
“selamat malam.”
*****

Semuanya bagaikan sebuah mimpi indah. Punya keluarga mentua yang menyanyanginya. Punya seorang suami yang mengasihinya dan menjaganya. Dan punya anak dalam rahimnya. Itu impian setiap wanita. Dan kalaulah semuanya berkekalan, pasti bahagia hidup ini.
Layanan Fakhri terhadapnya berubah. kalau dulu, nak ucap sepatah kata pun berat tapi kini, rajin pula mulut itu untuk bertanya. Kalau dulu,nak makan bersama-sama susah sangat tapi kini, dia yang mengajak Hannah untuk makan bersama. Kalau dulu, nak berjalan bersama pun jarang tapi kini, melekat 24-7.
Adakah ini perubahan yang diimpikan selama ini? adakah doanya telah dimakbulkan?
Hannah mengeluh perlahan. fakhri disisinya dipandang sekilas. Kenapa lelaki ini berubah? apa yang membuatkan dia berubah?
Dia sukakan perubahan itu. itu, doanya setiap hari.
Namun..
Hannah mengeluh perlahan.
Hannah bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa. Rindu pula dengan tempat tidurnya ini. perlahan, dia merebahkan kepalanya. Dia ingin tidur. Dia ingin pejamkan mata.
“kenapa tak tidur kat katil?”
Hannah diam. matanya masih terpejam.
“sofa tu kan keras. Tak elok..”
“saya tahu, tak elok untuk baby.” Hannah menyambung ayat Fakhri. Airmata yang menitis disapu perlahan.
Apa lagi yang dia inginkan? Tak cukupkah dengan perhatian dari FAkhri ini? tak cukup baikkah perubahan FAkhri ini?
Alangkah baiknya kalau perhatian Fakhri hanya tertumpah untuk dirinya sendiri. dan bukannya kerana bayi kandungannya,
Ya.Dia sebenarnya seorang manusia yang tamak. Tamak untuk mahukan perhatian fakhri. Dahagakan kasih sayang fakhri. Hanya untuk dirinya seorang.
Salahkah dia inginkan perhatian untuk dirinya? Dan bukannya kerana kehadiran sikecil ini?
“hannah. Kenapa menangis?” Fakhri melabuhkan punggunga disebelah Hannah. Dia cuba untuk menyapu airmata Hannah namun ditepis oleh wanita itu.
Dia tergamam.
Hannah menarik nafas.
“awak. Saya nak mintak tolong boleh?”
“apa dia Hannah?”
“tolong lepaskan saya selepas baby ni lahir. Jangan risau, baby ini akan jadi hak awak. Saya takkan tuntut apa-apa.”
“hannah!”
“saya tahu dendam awak terhadap saya takkan hilang. tapi, saya bersyukur sekurang-kurangnya baby ini terlepas dari dendam awak. Saya gembira sangat bila awak dapat terima baby ni. terima kasih.”
Kalaulah ini yang terbaik, dia rela.
“saya tak sanggup nak hidup dengan dendam ni. mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri. mungkin, bila saya tak ada depan mata awak, awak akan jadi tenang. Lebih aman. Dan saya tahu, awak perlukan isteri yang lebih memahami. Lebih mengasihi awak.”
“apa yang Hannah cakap?”
“hati awak tak pernah tenang bila saya ada bersama kan?”
“why are you doing this?” Fakhri meraup wajahnya.
dia sebenarnya penat. Sangkanya dia mampu untuk berpura-pura tapi sebenarnya dia tak setabah itu. dia mahukan fakhri untuk dirinya seorang tapi malangnya fakhri menerima dirinya kerana baby. Hubungannya dengan fakhri takkan baik sebegini kalau bukan kerana baby.
Dia berterima kasih sangat dengan anak dalam kandungannya. Sekurang-kurangnya dia dapat merasakan sedikit perhatian dari Fakhri Dini.
Biarlah dia mengundur diri. itu yang terbaik.
“mana awak nak pergi?”
Fakhri menolak kembali pintu itu sebelum sempat Hannah keluar. Tanpa disangkanya, dia menarik kuat lengan Hannah menyebabkan Hannah tersembam ke lantai.hannah langsung tak sangka tindakan Fakhri itu.
Fakhri terpaku. Apa yang dia dah lakukan ni?
“hannah”
“lepaskan saya!” Hannah menepis tangan fakhri.
“Hannah. Saya tak berniat.” Wajah hannah yang berkerut dipandang bimbang.
“awak sakit?” tanyanya lagi.
“ini yang awak nak kan? ini yang awak tunggukan selama ini kan? awak nak tengok saya mati, baru awak rasa puas?”
“hannah..bukan maksud saya.”
“jangan dekat.. saya..” perut yang sedikit nyilu dipegang.
“saya mohon pada awak. Lepaskan saya. saya tak mampu...”
Gelap.
“hannah!!”

*****

Tangan Hannah digenggam erat. perlahan, dia mengucup dengan penuh kasih sayang tangan itu. tangan yang selama ini menghulur untuk menyambut kasih sayang darinya namun dia degil. Degil dan keras kepala. Buta dan pekak untuk melihat kebahagian yang ada terhidang di hadapan matanya.

Kini?
Dia hampir kehilangan wanita itu. isteri dan bakal anaknya.
Semuanya kerana dendam hitam yang tak pernah berkesudahan itu. untuk apa dia berdendam? Apa salah Hannah Farhana?
Hanya kerana Hannah Farhana pernah menyintai Fakhrul? Dan bukan dirinya?
“jangan bimbang Fakhri. Doktor cakap, kandungan Hannah selamat. Insya allah nanti dia sedarlah tu.”
“mama. Fakhri bodoh. Bodoh untuk menilai hannah.”
“masih belum terlambat kan?”
“Fakhri hampir kehilangan dia mama, papa”
“Alhamdullilah semuanya selamat. Sekarang, fakhri dah sedar kan? papa harap selepas ni, Fakhri akan lebih menghargai Hannah. Cukuplah dengan dendam tu. Hannah tak bersalah.” ujar Dato’ Hassan.
“Fakhri tahu, papa. Fakhri tahu.”
“mama dan papa keluar dulu. berehatla. Insya allah Hannah tak ada apa-apa.”
“terima kasih, mama papa.”
Dato’ Hassan dan Datin Husna meninggalkan Fakhri disisi Hannah. Kini, mereka tahu, Hannah akan selamat di samping Fakhri. Akhirnya hari yang ditunggu tiba juga. Hannah bakal mencapai kebahagiaannya.
Namun, masih adakah peluang untuk Fakhri dihati Hannah?

*****

“sayang. Saya minta maaf. saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak berniat untuk tarik awak. Saya tak berniat untuk buat awak sakit. Maafkan saya.”
“saya tahu saya buta. Buta dalam dendam yang bodoh tu. awak tak salah. Kematian Fakhrul telah ditetapkan olehNYA. Awak, hanya watak sampingan dalam hidup Fakhri dan kalau awak izinkan, saya nak jadikan awak dalam watak utama dalam hidup saya..just, bukakan mata awak, sayang. Dan tengok saya..please..”
FAkhri masih lagi menggenggam erat tangan Hannah. Rambut Hannah dielus lembut. Dahi itu dikucup syahdu.
“saya sayangkan awak, Hannah.”
“awak sayangkan saya?” Fakhri segera mengangkat wajahnya apabila mendengar suara itu.
“Hannah dah bangun?”
“awak sayangkan saya? bukan, kerana baby ni?” tanya Hannah lagi. dia perlukan kepastian!
“saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Baby ni tanda kasih sayang dan cinta saya pada awak walaupun bukan cara yang indah.” Dahi Hannah dikucup lagi.
“Fakhri...”
“awak dah tak bencikan saya?” fakhri geleng.
“awak dah tak berdendam dengan saya?” Fakhri geleng lagi.
“boleh awak bagi peluang untuk saya? berikan peluang untuk saya bahagiakan awak, hannah?” pinta fakhri tulus.
Hannah mengangguk kecil. Airmatanya mengalir lagi. Cuma kali ini, airmata bahagia, bukannya airmata derita.
“saya tak sanggup kehilangan awak lagi. would you be by my side forever?” Hannah mengangguk lagi.
Dia meraih Hannah dalam pelukannya dan bibir itu dipaut lama. pertama kali baru dia merasa bertapa manisnya bibir itu. bertapa dia bertuah untuk memilik Hannah Farhana.
“terima kasih kerana bersabar dengan saya, hannah.”

*****

“maafkan saya. Kerana dendam saya jadi suami yang tak berguna. Saya benar-benar minta maaf.”
Fakhri mengucup tangannya lagi.
Kalaulah ini bahagianya, dia rela dengan penderitaannya dulu.
“saya minta maaf sebab kejadian kat pejabat dulu.”
“cerita lama.”
“dan juga kerana paksa awak malam itu. i was bad. Saya tinggalkan awak macam tu saja. saya menyesal.”
Hannah memandang fakhri. Dia mengambil tangan fakhri dan meletakkan di perutnya.
“jangan menyesal. Dia lahir kerana apa yang terjadi dulu.”
“awak jaga saya sepanjang saya sakit dulu. awak sanggup tidur kat kerusi plastic untuk temankan saya. buatkan saya bubur. Tapi, saya tak pernah nak cakap terima kasih. betullah kata papa dulu. tengok awak dengan mata akal dan bukannya mata hati. Tapi, hati saya penuh dengan dendam. Dendam yang sia-sia.”
“saya geram dengan diri sendiri. one part of me want you soo badly and the other side don’t want. I was struggling. Sebab tu, lepas malam tu saya cuba jauhkan diri dari awak. Sebab saya takut saya tak dapat nak control diri saya. saya takut saya akan buat awak merana lagi.”
“awak dingin dengan saya sejak malam tu, Fakhri.”
“saya tahu. Again, saya minta maaf.”
“nak tahu something? One day, saya nampak awak kat sebuah rumah. ada lelaki lain dan kanak-kanak kecil. masa tu saya tersentap. Awak gembira sangat masatu tapi awak tak pernah nak senyum macam tu depan saya. awak nampak happy sangat.”
“it makes me thinking. Apa yang awak dah buat sampai saya berdendam sangat dengan awak? Apa yang awak dah buat sampai saya jadi bencikan awak? Nothing. You done nothing.”
“awak hanya mencuri sekeping hati Fakhrul dan kini hati saya. bila saya tengok awak dengan lelaki tu, hati saya bagaikan pecah. Bagaimana kalau awak tinggalkan saya? “
“bila saya sedar perasaan saya, saya jadi sangsi semula. bagaimana kalau awak menganggap saya sebagai Fakhrul? Bagaimana kalau awak masih sayangkan arwah? Macam mana dengan saya?”
Hannah membelai pipi Fakhri lembut. Dia menatap mata itu.
“Sekarang awak nampak siapa dalam mata saya? hanya awak yang saya sayang. Hati saya hanya tertulis dengan nama awak. Dan kini, hanya zuriat awak yang ada dalam rahim saya.”
“saya tahu. Tapi saya sangat bodoh dulu.”
“kisah lama. kita lupakan?”
“awak boleh maafkan saya dengan apa yang saya dah buat dulu?” Hannah mengangguk kecil. sekali lagi dia tenggelam dalam pelukan fakhri.
“fakhri, siapa lelaki yang awak cakap tu?”
“tutor awak masa kat university dulu. saya follow awak masatu. Ingatkan awak pergi jumpa kekasih hati. Nasib baik saya tak pergi serang dia.”
“awak buat apa kat dia?”
“tak sempat buat apa-apa. Mula-mula memang ada niat, lepas tu bila jumpa baru saya perasan wife dia, doktor yang rawat saya dulu. dan dia yang tolong saya dulu. tahar kan?”
“kenapa jumpa dia?”
Hannah tersenyum manis.
“ha. Tengok tu dia senyum lagi.”
“awak ni. saya pergi ambil cheesecake dari dia.dulu masa University, dia memang pandai buat cheesecake. then entah tiba-tiba mengidam nak makan cheesecake buatan dia.”
“mengidam?” hannah mengangguk. Ha, dia baru teringat something. Dia tegak.
“macam mana awak tahu saya pregnant? Mama bagitahu ke?”
Fakhri menggeleng.
“then?”
“secara ringkasnya, saya seorang lelaki dan seorang observer yang baik. Lagipun haritu saya terdengar awak cakap dengan mama. Saya bukannya buta sangat untuk tengok awak makan makanan pelik-pelik.”
“pelik-pelik?”
“ada orang makan tart telur cicah dengan sos tomato? Makan pulut durian dengan goreng pisang? Nasi goreng dengan kuah kari ikan? Makan..”
“cukup cukup. Saya tahu saya makan pelik tapi, bukan saya yang nak sangat. Anak awak yang nak. Terpaksalah saya ikutkan. Kalau tak, kasihan kat dia tau?”
Hannah mula menarik muka. Merajuk?
Ya, dia merajuk. Kerana dia tahu ada orang akan tolong pujukkan.
“anak saya? bukan anak awak?”
“anak kita.”
“Hannah, saya sayangkan awak. Saya sayangkan awak kerana diri awak dan bukannya kerana awak ada baby. Baby ni tambahkan lagi rasa sayang saya pada awak. Saya sangat-sangat sayangkan awak. saya cintakan awak.”
“Saya nak hati awak boleh?” tanya Fakhri ragu-ragu.
“tapi, hati saya dah berparut sebab terluka dengan awak dulu.” usik Hannah
“sebab tu saya nak hati awak, untuk gantikan dengan hati saya. biar saya gantikan hati baru untuk awak, tanda kita mulakan hidup baru.”
“Fakhri.”
“Hannah.”
Mereka bertatapan.
“saya rela dengan apa yang terjadi dulu yang penting kita bahagia sekarang.”
“awak bahagia Hannah?” Hannah mengangguk.
“saya berjanji, saya akan bahagiakan awak dan buatkan awak gembira sepanjang hidup kita. Awak sudi?”
Hannah mengangguk lagi. dia terharu. Kebahagiaan ini yang dicarinya dulu dan kini, dia sudah memiliknya.
“insya allah dengan izinNYA, saya akan cuba untuk jadi seorang ayah dan suami yang terbaik untuk isteri saya. untuk ummi anak-anak saya.”
Hannah hanya tersenyum bahagia melihat Fakhri. Harapannya sama. Membina kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia diamping Fakhri Dini, suaminya..

THE END.






No comments:

Post a Comment