W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

pelangi 1

[1]
“bebaskan saya.”
“awak serius?” Aktaf Hakimi memandang tepat wajah dihadapannya. Kepala itu mengangguk perlahan namun raut wajah itu yakin dengan kata-kata yang baru diucapkan tadi.
“kita dah tak ada kaitan lagi. bebaskan saya.” Ulang suara itu lagi.
“baiklah.”
Aisyah Najwa mengeluh perlahan. mengeluh lega. Lega kerana semuanya hampir sahaja selesai dan segalanya akan berakhir tidak lama lagi.
“kita jumpa kat pejabat agama hujung bulan ni. is it okay with you?”
Aisyah Najwa mengangguk.
“we meet there then.”
Sekali lagi Aisyah najwa mengangguk. Biarlah kali ini, lelaki itu pula yang menguruskan segalanya. Dia sudah penat. Penat dengan segala yang berlaku selama ini.
*****
Akhirnya terlerailah ikatan itu. ikatan suci yang telah mengikat mereka hampir 3 tahun. Ikatan suci yang mungkin pada mata orang sangat berharga namun bagi mereka, itu hanyalah nama semata-mata. Tiada istimewanya. Tidak bagi manusia yang bernama Aktaf Hakimi dan Asiyah Najwa. Mungkin tidak pada pandangan mereka berdua.
“terima kasih atas semuanya.” Aktaf Hakimi memandang wajah Aisyah Najwa. Keseorangan tanpa ditemani sesiapa.
“terima kasih kepada awak juga. Saya minta diri dulu.” Aktaf Hakimi mengangguk.
Aisyah najwa mengatur langkah menuju kearah teksi putih yang sedang menunggunya.
“pakcik. KLIA.”
Aktaf Hakimi hanya menghantar kelibat Aisyah Najwa dengan pandangan mata saja. tak perlu ada kata-kata lain. Apa yang dia pasti, saat ini mereka akan ‘berpisah’ namun semuanya akan kembali kepadanya suatu hari nanti. Dan dia akan setia menunggu saat itu.

No comments:

Post a Comment