W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

kasih nabel

[1]
Orang cakap hidup ni tak selalunya indah. Panas itu tak selalunya sampai ke petang. Dan pelangi itu tak selalunya ada. Sebab tu orang cakap, sediakan payung sebelum hujan. Kenapa? Supaya kita akan bersedia sebelum apa-apa terjadi. Tapi, sebesar mana pun payung yang kita sediakan dan kita tak pernah bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan, kita pasti akan terasa tempiasnya.
AAA
“Nabel.”
“Nabel.” Dia masih lagi berjalan tanpa menghiraukan si pemanggil. Bukannya sengaja tidak mahu berpaling tapi dia tahu siapa. Dan dia malas untuk melayan. Yang lebih tepat, dia bosan untuk melayan si pemanggil.
“Nabel.” Terasa tangannya ditarik perlahan. Langkahnya tehenti.
“kenapa Nabel jalan cepat sangat?” tanya sipemanggil. Nabel diam. Masih tegak tanpa berpaling ke arah sipemanggil.
“kenapa Nabel tak tunggu Aina?”
“saya ada kerja.” Balas Nabel perlahan.
“Nabel taknak makan? Aina belanja.” Pujuk Aina
“Saya dah kenyang.”
“ala...jom la kita makan.Aina lapar.” Rengek Aina. Nabel masih lagi diam.
Nabel mengeluh perlahan. There she goes again. Merengek. Merengek. Dan merengek. Macam budak tak cukup umur. Akhirnya, terpaksa juga dia berpaling ke belakang, menghadap Aina.
“Aina nak pergi mana?” tanya Nabel. Aina tersenyum panjang.
“kita just pergi kedai yang dekat-dekat ni jer. Saya ada hal nanti.” Sambung Nabel lagi tanpa sempat Aina membalasnya. Kemudian, Nabel terus berjalan meninggalkan Aina dibelakang. Cepat-cepat Aina mengejar Nabel dan bersaing melangkah bersama dengan lelaki itu.
AAA
“Aina. Cepat habiskan makanan tu. Saya ada hal.” Ujar Nabel. Makanannya sudah lama habis. Nabel hanya memesan roti sandwish dan segelas air milo panas. Untuk Aina, dia memesan nasi ayam dan ditambah sayur goreng sedikit. Pelik? Ya. Dan sekarang, dia menunggu Aina pula menghabiskan makanannnya. Lambatnya Aina makan.
Nabel perhatikan Aina makan.  Dalam pinggannya, ada beberapa kelompok. Satu bahagian sayur, satu bahagian lauk ayam dan nasi ditengah. Cermatnya Aina makan.
“kenapa tak makan sayur?” tanya Nabel.
“tak sedap. Pahit.” Balas Aina sambil tersengih.
“macam mana nak besar kalau tak makan sayur?”
“ala.Aina dah cukup besarla. Tinggi pun sampai dagu Nabel tau.” Balas Aina. Nabel mengeluh perlahan.
“Dah. Cepat makan. Dah lambat ni.” Ujar Nabel lagi. Jam sudah menunjuk ke pukul 5.15. sudah 15 minit dia terlewat untuk menghadiri latihan basketball.
“Nabel nak pergi mana sebenarnya?” tanya Aina. Akhirnya Aina menghabiskan suapan terakhirnya. Namun dipinggannya masih ada baki sayur.
“tak baik membazirla.”
“Aina tak makan sayurla. Nabel yang letak tadi. Bukan salah Aina.” Ujar Aina. Benar, memang Nabel yang memilih sayur dan meletakkan ke dalam pinggan Aina. Sengaja. Nak melatih Aina makan sayur. Dah besar panjang pun tak makan sayur.
“nabel nak gi main basketball ke?” tanya Aina. Nabel diam.
“Aina ikut?” Nabel masih lagi diam. Dia pandang wajah Aina yang gembira itu. Dia mengeluh perlahan kemudian mengangguk perlahan.
“horay. Aina janji, Aina akan duduk tepi jer. Aina takkan ganggu Nabel.” Ujar Aina sungguh-sunguh.
AAA
“apsal lambat?” tanya Ken. Bestfriendnya, merangkap kapten basketball.
“sorry. Aku temankan Aina makan tadi.” Ujar Nabel. Dia mengeluarkan sebotol air mineral dari begnya.
“kau bawak Aina datang sini?” tanya Ken. Mata Ken terarah pada Aina yang sedang duduk ditepi gelanggang. Ken melambai kearah Aina dan Aina membalasnya.
“terpaksa. Dia nak ikut.” Terdengar Ken mengeluh perlahan.
“dah. Jom. Kita dah lambat sangat ni.” Uajr Ken. Dia mengambil bola dan memanggil ahli pasukannya yang lain.
Nabel sempat berpaling kearah Aina. Aina kelihatan gembira dan bersorak memanggil namanya. Dan dia hanya mampu mengeluh. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Mengeluh.


[2]
“Nabel.”
Mata Nabel yang terarah ke televisyen, berpaling pada papa yang duduk disebelahnya. Volume televisyen diperlahan.
“pa.”
“final kamu okay?”
“ok.”
“tak lama lagi kamu nak grade kan?” tanya papa lagi. Nabel mengangguk. Kelihatan Mak Timah membawa sepinggan buah epal yang sudah dipotong.
“dah apply kerja ke?” Nabel menggeleng perlahan. Dia mengambil sepotong epal dan memasukkan ke dalam mulut. Sedap, manis.
“kamu taknak turun ke pejabat ke?” tanya papa lagi. Dah agak itu yang akan ditanya papanya.
“banyak hal lain yang Nabel kena uruskan, pa.” Ujarnya perlahan. Cuba untuk mengawal tone suaranya supaya tidak ketara tinggi. Matanya kembali terarah ke televisyen.
“tak salah kan, kalau hujung minggu kamu turun tengok office.”
“erm. Tengokla kalau Nabel ada masa nanti.”
“okla, pa. Nabel naik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Nabel lalu bangun dan menuju ke tingkat atas.
AAA
Nabel baring dikatil sambil merenung. Nabel mengeluh lagi. Papa tak habis-habis menyuruhnya ke pejabat. Kalau boleh, dia langsung taknak menjejak kaki ke pejabat itu. Sampai bila? Entah. Mungkin sampai dia dapat memaafkan papanya.mungkin.
Nabel bangun dan menuju ke meja studynya. Biliknya besar namun langsung tak membawa apa-apa makna. sebesar mana pun biliknya, dan sebesar mana pun syarikat milik papa, dia tetap keseorangan. Dan hakikat itu takkan dapat diubah, walau macam mana pun.
Nabel mencapai frame gambar yang ada diatas mejanya. Tergambar wajah-wajah gembira pada gambar tersebut. Nabel mengusap perlahan gambar tersebut, seolah-olah dia benar-benar mengusap wajah itu. Dia benar-benar rindukan wajah itu. Dan sekarang, macam mana rindunya dia pada wajah itu, hanya gambar itu yang dia tatap. Hanya itu yang Nabel ada sekarang.
AAA
“selamat pagi,Mak timah.” Ujar nabel.
“Assalamualaikum, Nabel.”
“ops, sorry. Waalaikumussalam, Mak Timah.” Nabel mengikut Mak Timah masuk ke dapur. Nasi lemak sudah terhidang diatas meja. Hanya menunggu untuk dimakan sahaja.
“papa Nabel dah keluar awal tadi.” Ujar Mak Timah. Nabel mengangguk perlahan. Tahu sangat rutin papanya. Seawal 7.30 pagi papa akan turun ke pejabat dan hanya pulang apabila jam menjejak ke pukul 9.
“Mak Timah dah makan?” tanya Nabel.
“Nabel makan dulu. Mak Timah nak kemas dapur dulu.”
“Mak Timah. Dapur tu tak lari kemana la. Meh, makan dengan saya dulu.” Nabel bangun dan menghampiri Mak Timah yang berdiri di sinki. Dia menarik perlahan tangan Mak Timah. Bagi Nabel, Mak Timah bagaikan ibu kedua. Istilah orang gaji tak pernah terlintas dikepalanya.
“sedapnya Mak Timah masak.” Puji Nabel.
“ha, tambah lagi.” Mak Timah mencapai pinggan nasi tambahan dan menghulurkan pada Nabel.
“terima kasih.” Ujar Nabel sampai tersenyum. Nasi lemak Mak Timah memang paling sedap. Tiada sesiapa yang mampu menandinginya.
“kamu memang. Dari dulu memang suka makan nasi lemak. Tapi badan tak jugak naik-naik. Mak Timah tengok Nabel sekarang ni kurus. Kamu tak makan ke kat kolej?” tanya Mak Timah.
“banyak kerjala.” Balas Nabel sambil tersengih.
“kamu sama dengan..”
“Mak Timah.” Potong Nabel.
“maafkan Mak Timah.”
“takpe. Okla. Saya dah siap. Kejap lagi saya keluar nak jumpa Ken. Mungkin lewat sikit saya balik.” Nabel bangun dan menuju ke sinki. Pinggan kotor tadi disabun dan dibilas. Sejak awal lagi, dia diajar untuk membasuh sendiri pinggan, walaupun ada Mak Timah.
“bawak kereta elok-elok.” Ujar Mak Timah. Nabel menuju ke ruang tamu. Wallet dan kunci kereta dicapai.
Alarm kereta ditekan. Nabel memboloskan diri ke dalam suzuki swifnya. Dari dalam kereta, Nabel dapat melihat wajah sunggul Mak Timah. Mungkin Mak Timah berasa menyesal kerana hal di meja makan tadi. Namun, Mak Timah tak sengaja. Nabel tahu itu. Kemudian, matanya terarah pada sudut garaj. Tersadai sebuah mini skuter berwarna merah. Setiap kali matanya singgah pada mini skuter itu, pasti ingatannya terarah pada satu wajah. Yang pasti, mini skuter itu akan selamanya disitu namun, pemiliknya? Sampai bila pun dia takkan jumpa lagi. Sampai bila pun.


[3]
“Aina”
“Aina.” Panggil Nabel lagi. Lebih kuat dari tadi. Nabel menghampiri Aina yang sedang gembira bermain basketball dengan Ken.
“Aina.” Jerit Nabel. Akhirnya, Aina berpaling ke arahnya sambil tersenyum. Di tangannya ada sebiji bola basketball.
“Aina buat apa ni?” tanya Nabel. Dia kerling pada Ken yang berada dibelakang. Ken hanya mengangkat bahu. Mereka berbalas pandangan.
“Aina main dengan abang Ken la.” Ujar Aina perlahan.
“dah. Cukup. Kita balik.” Bola diambil dari Aina dan dibaling kepada Ken.
“ala. Aina tak puas lagi la. Aina nak main lagi.” Rengek Aina. Dia jeling pada Aina.
“balik. Ambil beg dan tunggu Nabel kat kereta,” arah Nabel. Akhirnya, Aina terpaksa mengalah. Dia mengambil beg galasnya dan berlari kereta. Mukanya dimasamkan tanda protes.
“ken.”
“sorry. Aku tahu aku salah.”
“habis tu?”
“Aina nak beria nak main. Aku tak sampai hati nak tolak.” Ujar Ken.
“habis tu, kau ikut jer apa yang dia nak?” ken mengangguk perlahan. Ken duduk ditepi gelanggang.
“Nabel. You dont have to be hard on her.” Nabel diam. Dia duduk disebelah Ken.
“aku tahu kau marah. Tapi, sementara ni, aku rasa bagila Aina peluang.” Sambung Ken lagi. Nabel mengeluh perlahan.
“sorry aku marah kau tadi.” Ujar Nabel.
“takpe. Aku faham. Just, jangan berkasar sangat dengan Aina. Dia pun nak jadi macam kita.” Ujar Ken. Aku mengangguk perlahan.
“ok.aku balik dulu.” Aku bangun dan menuju ke kereta.
“Nabel. Esok jangan lupa latihan basketbal macam biasa.” Jerit Ken. Aku mengangkat tangan, tanda faham dengan arahannya.
AAA
“tak baik tau Nabel buat Aina macam ni.” Ujar Aina tiba-tiba.
“buat macam mana?” tanya Nabel hairan.
“macam tadila. Asyik nak marah jer. Pastu selalu tak pedulikan Aina.” Ujar Aina perlahan. Nabel diam.
“ha, tengok tu. Aina cakap, tapi Nabel diam jer.” Rungut Aina. Nabel mengeluh.
“Nabel penat la.”
“habis marah-marah orang tak penat ke?”
“Aina.”
“Aina tak kira, lepas ni Aina nak main basketball jugak.” Ujar Aina. Terus, Nabel kalih ke sebelah memandang Aina tajam.
“apa Aina cakap?”
“Aina nak main basketball. Dengan Ken.” Balas Aina yakin. Aina membalas pandangan Nabel.
“jangan nak cari pasal Aina”
“ikut suka hati Aina la.” Gumam Aina. Takut jugak bila Nabel dah tinggikan suara macam tu. Macam-macam Nabel boleh lakukan. Termasukla menyekat kebebasan yang dia ada sekarang.
“please, Nabel. Aina suka sangat nak main. Please. Please.” Rengek Aina tiba-tiba. Tangan Nabel dipegang erat. Cuba meminta simpati dari Nabel. Nabel mengeluh perlahan. Kereta diberhentikan.
“no.”
“ala. Bolehla.” Pujuk Aina lagi.
“Aina boleh minta macam –macam tapi bukan basketball.”
“kenapa?”
“anything except basketball.” Balas Nabel tegas.
“Nabel jahat!” jerit Aina. Aina membuka pintu kereta dan menghempas kuat. Dia berlari masuk ke rumah. Nabel jahat. Sampai hati Nabel buat Aina macam ni.
Nabel mengeluh perlahan. Dia tahu Aina marah padanya tapi dia terpaksa. Bukan sengaja untuk membuat Aina marah padanya, tapi dia terpaksa. Untuk kebaikan Aina juga.


[4]
Betul kata Ken. Nabel sekarang bukan macam Nabel dulu. Nabel yang baik dengan Aina. Nabel yang selalu ikutkan permintaan Aina. Nabel yang sentiasa mengutamakan Aina. adakah aku yang berubah sekarang? Bisik hati kecil Nabel. Dia mengeluh lagi.
Bukan pintanya untuk berubah, apatah lagi menjadi dirinya sekarang. Bukan niatnya untuk berkasar dengan Aina. bukan. Dia terpaksa. Untuk kebaikan dirinya dan untuk kebaikan Aina juga.
Teringat perbualan dengan Ken dulu.
“kau berubah, Nabel.”
“aku? Kenapa pulak?”
“kau sekarang, aku tengok dah lain. Tak macam dulu.” Balas Ken
“apa yang lainnya?”
“ada kaitan dengan Aina kan?” tanya Ken. Nabel tersentak. Adakah ketara perubahannya sekarang?
“aku ni kawan kau Nabel. Aku tahu.” Balas Ken. Ken tahu?
“macam mana kau tahu?” tanya Nabel perlahan.
“sorry. Aku terdengar perbualan kau dengan papa kau.” Nabel mengeluh lagi. Papa? Uh.
“so, sekarang kau dah tahu semua la?” tanya Nabel. Ken mengangguk.
“apa yang aku nampak, aku rasa kau tak sepatutnya buat macam tu kat Aina. membiarkan dia sendiri. Walaupun dulu, kau dan Aina sangat rapat. Apa yang kau cuba buat sebenarnya, Nabel?”
Nabel kalih pada Ken disebelah.
“kau tak faham, Ken.”
“apa yang aku tak faham? Cuba kau cakap.” Balas Ken. nadanya tinggi sedikit.
“kau takut untuk menghadapi kenyataan, kan? Kau takut kalau kau tewas sebelum semua ni berakhir kan? Itu yang kau rasa kan, Nabel. Well, Nabel. Aku tahu, semua ni tak semudah yang orang tengok tapi kau kena fikir jugak perasaan Aina. macam mana dia rasa bila kau dah tak pedulikan dia. Bayangkan dia yang masih muda tu, terpaksa menghadapi semua ni sendirian. Dia perlukan sokongan, semangat dari kau. Satu-satunya orang yang paling dia sayang. Dan kau? Kau..” Ken terdiam.
“sementara Aina masih ada masa, aku rasa kau perlu buat apa yang patut. Jangan menyesal. Kalau aku yang orang luar ni dah menganggap Aina tu macam adik aku, kau pulak? She’s your own sister, bro.jangan tinggalkan dia keseorangan.” Sambung Ken lagi.
Betul kata Ken. semuanya. Kalau dulu, Nabel sangat rapat dengan Aina. namun, semuanya berubah kerana berita itu. Khabar berita yang meragut semuanya. Dan sejak itu, dia cuba melarikan diri dari Aina. Dia cuba untuk mengelak dari Aina. namun, sejauh mana pun dia berlari, dia takkan lepas dari Aina. Aina diibaratkan bayang keduanya.
Bukan sengaja untuk dia berbuat begitu. Dia terpaksa. Lebih tepat lagi, dia takut menghadapi kenyataan sepertimana yang Ken cakap. Dia takut.sangat takut. Dan dia belum bersedia untuk menghadapi kenyataan itu.
AAA
Tuk.tuk
Tuk.tuk
Nabel cuba memulas tombol pintu. Berharap agar pintu itu tak berkunci.yes tak berkunci. Dia menolak sedikit pintu. Matanya terarah ke atas katil. Kelihatan Aina sedang berselubung dalam selimut. Dia mengorak langkah ke arah katil tersebut. Tersenyum melihat Aina. Takkan tidur kut? Masakan Aina boleh tidur dalam keadaan lampu terang dan berselubung dalam selimut? Bukan Aina.
“tidur ke?” ujar Nabel. Dia duduk dibirai katil
“Nabel tahu Aina tak tidur.”ujar Nabel lagi.
“kalau Aina tak bangun dalam 3 saat, Nabel tarik balik offer yang Nabel nak bagi ni. 1..2..” Nabel sengih apabila melihat Aina sudah elok terpacak bangun dari katil. Cepat pulak bangun yer.
“apa dia?” Aina mendekati Nabel dan duduk disebelah.
“ok. Aina boleh main basketball...” ujar Nabel sambil pandang wajah Aina. Terserlah kegembiraan diwajah itu.
“dengan syarat.” Sambung Nabel. Hampir tergelak apabila melihat wajah Aina yang tiba-tiba menjadi muram.
“ok..” balas Aina lambat-lambat.
“Aina boleh main basketball tapi, dengan Nabel atau Ken sahaja. And bila kitorang ada jer. Okay?”
“okay. No problemo.” Ujar Aina riang. Lantas Nabel dipeluknya erat.
“thank you abang.” Ujar Aina lagi.
“ingat apa yang Nabel cakap ni. Kalau Aina langgar syarat ni, no more second chance, okay?” Nabel membalas pelukan Aina.
“dont worry. Aina ingatla.” Balas Aina riang.
Nabel tersenyum melihat Aina senyum. Betulla kata Ken, sementara Aina masih ada peluang, apa salahnya kan? Kerana Aina ibaratkan cahaya dalam hidupnya. Kerana Aina hanya satu-satunya adik yang dia ada. Dan dia bakal kehilangan cahaya itu.
“Nabel minta maaf.” Ujar Nabel perlahan sambil memeluk Aina erat.


[5]
“hujung minggu kamu ada apa-apa ke Nabel?” tanya papa ketika sedang makan malam.
“tak.” Nasi didalam pinggan dikuis perlahan. Seleranya tiba-tiba mati apabila mendengar bicara papanya.
“kenapa,pa?” tanya Nabel setelah melihat papanya diam.
“Kalau macam tu. Turun perjabat dengan papa esok.” Ujar papa tegas.
“papa.” Nabel menolak pinggannya. Tak berniat untuk menyambung makan lagi.
“muktamad.esok pergi office dengan papa.” Arah papa. Nabel mengeluh.
“Nabel tak ready lagi.”
“sampai bila kamu nak ready? Nak kata study lagi. Dah habis. Dah grade pun kan? So, dari kamu duduk rumah ni goyang kaki, baik kamu ikut papa ke office lagi. Ada jugak faedahnya.”. Nabel diam. Mungkin ini adalah masa sesuai untuk dia nyatakan hasratnya. Dah alang-alang papa membuka cerita, apa salahnya kalau dia mencuba?
“Kalau boleh nabel nak cari kerja sendiri.” Balas Nabel perlahan. Risau jugak kalau-kalau papanya mengamuk apabila mendengar kata-katanya itu. Tepat jangkaannya apabila papa tepat merenungnya tajam.
“kenapa? Syarikat papa tu kecik sangat ke untuk kamu?” sindir papa.
“kalau boleh Nabel nak rasa usaha yang Nabel belajar selama ni. Nabel nak, kalau boleh biarlah buat masa sekarang ni, Nabel nak cari pengalaman dulu.” Terang Nabel.
“syarikat papa tu besar. Kamu boleh mintak apa yang kamu nak.” Nabel terkedu mendengar penjelasan papa. Kenapa nak dibanggakan sangat dengan syarikat tu?
“Nabel tahu, syarikat papa tu besar. Lagipun, itulah titik usaha papa dan jugak pengorbanan kami sekeluarga kan? Mana mungkin kalau Nabel lupa. Mana mungkin Nabel lupa kalau syarikat besar itu la yang merampas kebahagian kami.tak mungkin Nabel lupa pa.” Sambung Nabel perlahan tapi tegas. Biarlah kalau papa terasa. Dia penat untuk berlembut dan berkias dengan papanya itu.
“kamu jangan nak tukar topik pulak,Nabel.”
“nabel tak pernah nak tukar topik, pa. Papa yang selalu mengelak dan sentiasa akan mengelak bila timbul hal ni kan? So, dont blame me.”
“kamu tak berhak untuk cakap dengan papa macam tu.”
“Nabel penat untuk berlembut dengan papa. Nabel penat untuk bersabar dengan papa. Kalau dulu, mungkin tapi tidak sekarang. Papa perlu sedar, syarikat papa yang besar tu takkan teman papa sampai tua. Papa perlu sedar yang papa juga ada anak yang perlu dijaga dan dikasihi.” Ujar Nabel. Dia bangun dari kerusi.
“Nabel rasa, cukupla dengan satu kehilangan. Jangan biar pula nanti papa keseorangan.” Ujar Nabel lagi sebelum dia berpaling dan memanjat tangga menuju ke tingkat atas.
Nabel tahu, dia sudah melanggar janjinya. Janji untuk berlembut dan bersabar dengan papa. Janji untuk sentiasa menurut arahan papa. Janji untuk tidak meninggikan suaranya. Namun, semuanya sudah terjadi. Bukanlah dia sengaja namun dia terpaksa. kadang-kadang, kesabaran itu ada tahapnya.
*****
Kaki Nabel tiba-tiba terhenti di sebuah bilik. Dihadapan pintu tergantung ukiran kayu yang bertulis ‘ketuk dulu sebelum masuk ‘. Masih lagi kemas tergantung. Kemudian, dengan perlahan-lahan dia memegang tombol pintu, berniat untuk menjenguk ke dalam namun dia takut untuk membukanya. Takut untuk melihat keadaan bilik itu yang akhirnya akan membuatkan dia terluka. Takut untuk menghadapi kenyataan yang perit itu. Dengan semangat yang ada, dia akhirnya membuka pintu itu dan melangkah perlahan masuk. Pertama kali dia melangkah masuk setelah beberapa bulan.
Matanya meliar memandang sekeliling. Katil masih lagi bercadar. Tingkap masih lagi berlangsir. Dan meja masih lagi penuh dengan novel-novel melayu. Semuanya masih lagi lengkap, namun dia tahu ada sesuatu yang hilang. Sesuatu yang menjadi nadi kepada bilik itu. Sesuatu yang bernyawa yang sentiasa berceloteh dan yang sentiasa menjadikan bilik itu ‘hidup’.
Kini, bilik itu bagaikan ‘mati’, kosong tak berpenghuni. walaupun bilik itu terang disimbahi cahaya matahari namun ia tetap malap dan suram. Walaupun bilik itu tetap wangi namun ia tetap tak sama dengan wangian sipenghuni bilik. Walaupun semuanya lengkap dan sempurna tapi bagi Nabel, ia akan lebih sempurna kalau penghuninya masih lagi disitu. Dan semua itu hanyala KALAU.
Dia berjalan menghampiri meja study. Kalau dulu, meja itu pasti berselerak dengan kertas,buku dan alat tulis. Dia akan selalu memebebel dan mengingati sipenghuni untuk sentiasa mengemas meja sebelum tidur namun langsung tak dihiraukan. Dan dia takkan penat untuk membebel kerana dia tahu, sipenghuni juga tak penat untuk mendengarnya berceloteh. Nabel tersenyum apabila mengimbas saat-saat manis itu. Tapi sekarang meja itu akan sentiasa kemas kerana Nabel tahu tiada lagi orang yang akan menyelerakkannya meja itu dan tiada lagi leteran.
Kemudian, dia mencapai frame gambar yang terletak disisi meja. Ada wajah-wajah gembira disitu dan dia rindu untuk menatap wajah itu. Sangat rindu. Dan kalaula dia punya kuasa, dia mahu mengembalikan kegembiraan wajah itu. Pasti. Namun, semuanya hanyalah KALAU.
Dia menarik perlahan  laci meja. Disitu ada sebuah diari merah. Ya, merah. Warna kegemaran sipenghuni. di diari itu, tertulis satu nota kecil
‘FOR MY ONE AND ONLY BROTHER’
AAA
“Nabel. Nak ni boleh?” tanya Aina sambil menunjukkan ke arah satu diari merah.
“nak buat apa?”
“ala..bolehla. please.” Pujuk Aina
“ambilla yang warna hitam tu. Lagi lawa.” Balas Nabel.
“taknak. Aina nak jugak yang merah tu.”
“sikit-sikit merah. Takde warna lain ke?” ujar Nabel perlahan.
“Aina suka warna merah.” Balas Aina. dia mencapai diari itu dan membawa ke kaunter.
“Nabel tak cakap nak belikan untuk Aina.”
“ala. Please. Anggap jer ni hadiah birthday Aina. lepas ni, confirm Aina tak minta apa-apa dah.” Pujuk Aina sambil tersenyum. dengan terpaksa, dia membayar juga harga diari itu. Bukanla dia taknak tapi rasanya Aina sudah pun mempunyai sebuah dairi berwarna merah.
Waktu itu, dia benar-benar tidak mengerti maksud Aina. memang, selepas itu Aina tidak meminta apa-apa darinya. Tiada lagi rengekan Aina untuk memintanya membelikan barang. Tiada lagi suara rengekan Aina.tiada.


[6]
“Nabel.” Jerit Ken. Nabel yang sedang memasukkan buku-buku kedalam begnya terkejut dengan suara kuat Ken. Nasib baik lecturer sudah keluar, kalau tak buat malu jer.
“kau ni kenapa Ken? Terkejut aku” Ken berlari mendapatkan Nabel.
“Aina.” ujar Ken sepatah. Tercungap-cungap. Mungkin kerana berlari tadi.
“Aina kenapa?” tanya Nabel cemas. Tangannya yang lincah tadi terhenti. Debaran hatinya semakin mengila apabila mendengar sepatah nama itu.
“dia jatuh...dia” belum sempat Ken menghabiskan ayatnya, Nabel sudah pun meluru keluar.
Aina. Aina. Aina. hanya itu sahaja yang dia mampu fikir sekarang. Nabel menekan minyak lagi dan hon dibunyikan bertalu-talu. Kalau boleh dia ingin terbang agar segera sampai ke hospital. Kereta segera diparkir dan dia meluru masuk ke hospital. Kakinya laju membawa dia ke wad. Wad yang kini sudah tidak asing buat dirinya.
Laju kakinya berlari. Namun,dia terkaku apabila tiba di hadapan sebuah bilik. Dia terdiam sebentar. Berkira-kira untuk masuk atau tidak. Sebenarnya, dia takut untuk melangkah masuk. dia takut untuk menolak pintu itu. Kerana dia takut untuk menghadapi Aina. lebih tepat lagi, dia takut untuk menghadapi kenyataan yang pasti perit. Nabel menarik nafas. Panjang. Cuba menghentikan debaran didada. Kalau boleh, biarlah dia berhadapan dengan Aina dengan setenang yang mungkin.
5minit berada dihadapan bilik, akhirnya Nabel memegang tombol pintu dan melangkah masuk. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, tergambar wajah riang Aina. dia tersenyum lemah.Aina..
“Nabel.” Sapa Aina riang.
“Aina.”
“nak makan puding?” tanya Aina sambil menghulurkan sebekas puding. Nabel menghampiri katil Aina. kemudian, dia duduk dibirai katil. Cuba menghulurkan sebuah senyuman buat Aina walaupun dia tahu senyuman itu palsu. Sangat palsu.
“Aina sihat?” tanyanya perlahan. Aina mengangguk sambil tersenyum lagi. Aina, kenapa perlu berpura-pura lagi? Kenapa Aina masih lagi boleh tersenyum? Lantas, dia memeluk kemas Aina.lama. dan tanpa disedarinya, dia menangis. Menangis mengenangkan keadaan Aina. menangis mengenangkan penderitaan Aina. kenapa bukan dia? kenapa bukan dia yang berada di katil itu?
“Nabel nangis ke? Ee..tak malu budak laki nangis.” Ujar Aina perlahan. Namun pelukan Nabel tetap dibalas. Dia cuba untuk bersedih kerana dia tahu, dia harus kuat. Dia harus kuat supaya Nabel tidak susah hati melihatnya. Dia harus kuat supaya senang untuk Nabel melepaskannya. Dalam pelukan Nabel, dia cuba untuk mengumpul semangat.
“dahla.Nabel. Aina okla.” Ujar Aina riang. Dia menyapu perlahan baki airmata dipipi Nabel.
“tengok dah tak kacak Nabel ni. Mesti awek-awek Nabel lari kalau tengok Nabel nangis macam ni.” Usik Aina.
“Nabel. Aina teringin nak makan McD. Boleh tak tolong belikan?”  ujar Aina. lengan Nabel dipautnya.
“la. Makanla benda sihat sikit. Ni tak asyik makan McD jer.” Rungut Nabel.
“ala..please..please.” pujuk Aina. semakin lebar senyuman Aina apabila melihat anggukan Nabel.
“nak apa-apa lagi tak?” tanya Nabel sebelum melangkah keluar. Aina menggeleng. Lalu Nabel bangun dari katil dan menuju ke keluar. Diluar, dia terduduk kesedihan.
“cepat balik tau.” Jerit Aina dari balik pintu. Walaupun Nabel sudah meninggalkan bilik itu tapi dia tahu Nabel pasti dengar jeritannya.
Aina merenung biliknya. Bilik keduanya setelah disahkan menghadapi kanser paru-paru. Dan semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja. Kehidupannya sebagai seorang remaja, bagaikan hilang dalam sekelip mata. Setiap perkara yang dilakukannya, harus ada pengawasan. Dia rimas dengan keadaan ini. Sangat rimas.
3 bulan pertama, dia hanya mengikut saranan doktor. Ubat.ubat.dan ubat. Walaupun pahit namun dia tetap mengambil semua ubat-ubat tersebut dengan harapan dia dapat sembuh. Menurut doktor, penyakit ini dapat diubati dan dia bakal menjalani kehidupan seperti biasa. Dia gembira apabila mendengar itu. Dan dia benar-benar berharap dia akan dapat kembali menjalani kehidupan remajanya.
Namun, berkecai harapannya apabila doktor memberitahu kansernya semakin merebak dengan lebih cepat. Dia kelu. Semua arahan doktor dia patuhi. Semua ubat dia ambil mengikut masa tapi kenapa ini yang dia dapat? Kenapa dia masih belum sembuh?
Seringkali dia mempersoalkan takdirnya tapi dia tahu, siapalah dia untuk menolak takdir hidupnya yang telah ditentukan itu? Siapalah dia untuk membangkang? Siapalah dia untuk mengatur takdir hidupnya sendiri? Ya Allah, maafkan aku kerana kekerdilan diri ini...
Selepas itu,dia nekad.kali ini, dia akan buat apa sahaja semata-mata untuk sembuh. Bagila ubat apa pun, dia akan telan. Suruhla dia menjalani radioterapy, dia akan pergi. Semua ini dia buat hanya dengan harapan untuk sembuh. Satu itu saja harapannya. Sakit? Tiada lagi perkataan yang mampu menggambarkan kesakitan yang dia hadapi masa itu. Sangat sakit tapi dia tahan. Kerana dia tahu dan yakin dia akan sembuh juga.
Namun, nasib memang tidak menyebelahi Aina. ubat dan radiotherapy langsung tidak memberi kesan. Malah penyakitnya semakin teruk.
Akhirnya, dia mengambil keputusan. Untuk lari dari semua ubat-ubatan dan radiotherapy yang menyeksakan. Buat apa semua itu kalau ia langsung tak menolongnya? Dia nekad. Kali ni, dengan masa yang ada, dia ingin hidup gembira. Dia ingin menghargai masa yang ada dengan Nabel.ya, dengan Nabel. Satu-satunya abang yang dia ada.
Aina tahu, Nabel marah dengan sikapnya. Mengalah ditengah jalan. Papa juga marah padanya. Namun, Aina bukan mengalah kerana dia sudah berputus asa. Tidak. Cuma dia sudah tidak larat lagi untuk menghadapi semua itu. Banyak masa yang dia habiskan untuk menjalani rawatan tapi satu pun tidak berjaya. Buat apa dia menghabiskan masa keatas sesuatu yang pasti gagal? Biarlah dengan masa yang ada ni, dia dapat menghabiskan masa dengan Nabel. Dapat jalan-jalan dengan Nabel. Dapat bermain basketball dengan Nabel. Favourite sport Nabel. Kerana dia tahu, mungkin selepas ini tak mungkin dia punya peluang untuk bermain dengan Nabel.
“Aina. “
“Nabel. Bila balik?” tanya Aina. ditangan Nabel ada palstik McD. Dia mencapai plastik itu.
“eh..eh ada buah epal.thank you. Nabel tak makan sekali ke?” Aina mencapai fries dan memasukkan kedalam mulut.sedap.
“tak.Aina makanla.” Nabel duduk disebuah kerusi yang ada disitu. Katil kedua untuk Nabel didalam bilik itu. Nabel pandang Aina yang sedang seronok menguyah kentang. Dan dia mengeluh lagi.
“ok. Kalau macam tu, Aina potongkan buah ni yekh?” lantas pisau dicapai. Kulit dibuang dan buah dipotong kecil-kecil.
“Nah.”
“Aina makanlah. Nabel beli ni untuk Aina, bukan untuk Nabel.”
“ala...makanla sikit. Penat tau Aina potong ni.” Aina masih lagi menghulurkan buah itu.
“ok. Kalau Nabel taknak makan. Aina pun taknak makan.” Kentang tadi diletakkan ditepi. Tangan disilangkan. Aina tahu, hanya dengan cara tu Nabel akan melayannya.
“Aina.” ha, kan dah cakap.
“mana best makan sorang-sorang tau. Kita makan sekali yekh?” pujuk Aina lagi. Nabel hanya mengangguk perlahan.
Burger dipotong 2 dan dihulurkan pada Nabel.
“Meh duk sini. Kita makan sama-sama. Lepas ni, entah bila kita ada peluang makan bersama kan?” ujar Aina.
“aina, tak baik tau cakap macam tu. Nabel yakin, kita mesti dapat makan bersama macam ni lagi.” Pujuk Nabel.
Namun dia tahu hakikat sebenarnya, entah bila-bila masa sahaja Aina akan dirampas darinya. Mungkin esok dan mungkin hari ni. Tak siapa yang tahu. Dan dia hanya perlu bersedia untuk menghadapi masa itu. Soalnya, bersediakah dia?


[7]
Nabel.
Boleh tak Aina panggil Nabel abang?
Abang..
Abang..
Abang..
Dah lama sangat Aina nak panggil Nabel abang. Abang. Abang. Abang. Tapi entah macam mana tak terluah. Bukan Aina taknak panggil tapi, kita kan lebih kurang sebaya. Beza setahun jer kan?hehe nanti rasa macam pelik pulak. Lagipun, abang pernah cakap apalah dengan dengan panggilan. Kalau hormat itu sudah dalam diri kita, panggilan itu belakang kira. Betul tak?
Aina nak ucap terima kasih banyak-banyak pada abang. Sebab selama ni, abang banyak berkorban untuk Aina, walaupun kita hanyala adik beradik tiri. Abang jaga Aina macam adik abang yang sebenar, walaupun kita hanyala adik beradik tiri. Abang sanggup buat macam-macam. Abang protect aina, dan buat Aina selamat. Terima kasih abang. Mungkin sebelum ni,Aina tak sempat nak cakap terima kasih. Harap, Aina tak terlambat nak cakap terima kasih.
Mungkin bila abang baca diari ni, Aina dah takde. Mungkin jodoh kita tak panjang tapi, selama Aina jadi adik abang, Aina bahagia sangat walaupun Aina derita dengan dugaan ini. Abang banyak bagi semangat pada Aina. Tanpa abang, Aina takkan jadi Aina sekarang.
Aina tahu, masa mula-mula Aina dapat tahu tentang penyakit ni, abang macam larikan diri dari Aina. Aina tahu, abang bukannya sengaja nak melarikan diri tapi abang takut untuk kehilangan Aina. abang cuba untuk pendam kesedihan tu sorang-sorang. Aina sedih bila abang macam tu. Tapi, Aina lagi sedih bila abang sedih. So, jangan sedih-sedih okay? =) Abang kena janji dengan Aina yang abang akan happy dan takkan sedih lagi. Aina nak tengok muka ceria abang kerana wajah itulah yang sentiasa menerangi hidup Aina.
Abang,
Aina langsung tak berniat nak marah atau merajuk dengan abang. Aina tahu, segala marah-marah abang tu, untuk kebaikan Aina. abang buat semua tu untuk protect Aina kan? Aina tahu semua tu. Cuma mungkin abang jer yang taknak mengaku kan? Hehe..
Aina just nak cakap, abang adalah orang yang Aina sayang. Sangat sayang. Kalaula masa boleh dihentikan, Aina sanggup untuk jadi adik abang untuk selamanya. Sungguh. Aina rasa bertuah sangat. Terima kasih abang.
Hanya satu permintaan Aina. satu sahaja. Boleh tak abang maafkan papa? Papa langsung tak bersalah. Papa baik sangat. Apapun, papa tetap papa kita kan? Aina yakin, papa mesti ada sebab kenapa papa selalu sibuk dan tiada masa untuk kita. Hal Aina tarik diri dari rawatan radiotherapy tu, langsung tiada kaitan dengan papa. Aina sendiri yang buat keputusan tu. Aina dah tak sanggup nak hadapi semua tu. Sakit sangat, abang. Aina harap dengan masa yang ada tu, Aina boleh habiskan masa dengan abang. Dan Aina tak pernah menyesal dengan keputusan Aina kerana dengan masa yang ada tu, Aina benar-benar bahagia.
Aina harap abang akan bahagia sekarang. Aina harap, abang dah tak sedih-sedih. Aina harap, abang dah tak marahkan papa lagi. Aina harap, abang akan sentiasa gembira dan senyum. Sebab abang memang kacak..hehe =)
Insya allah, kalau kita ada jodoh lagi, kita akan jumpa disana. Till now. Selamat tinggal. Halalkan makan minum Aina sebelum ni. Dan doakan kebahagian Aina disana. Insya allah.
-AINA SAYANG ABANG-
Nabel menutup diari merah itu. Amanat terakhir dari Aina. air mata dipipi, disapu perlahan. Sesungguhnya, dia benar-benar rindukan Aina. gelak Aina. rengekan Aina.semuanya.
Nabel dan Aina hanyalah adik beradik tiri. Mama Nabel meninggal ketika melahirkan Nabel. Ketika dia berusia 10 tahun, papa berkahwin dengan ibu Aina. ketika itu, ibu baru sahaja kehilangan suaminya yang juga kawan karib papa. Mula-mula, memang susah untuk terima ibu dan Aina yang ketika itu setahun muda darinya. Masakan dia boleh terima sebuah keluarga baru, sedangkan selama ini hanya dia dan papa sahaja. Tapi, lama kelamaan kehadiran Aina dan ibu dapat diterimanya. Malah dia dan Aina bertambah rapat sejak ibu kemalangan jalan raya pada usia Aina 12 tahun.
Sejak ibu meninggal, Nabel adalah papa dan mama kepada Aina. dia benar-benar jaga Aina. dia protect Aina dari pembuli-pembuli di sekolah. Dia hantar Aina ke kelas tusyen. Dia tolong Aina mengulangkaji pelajaran. Dia adalah segalanya untuk Aina. dia buat semua itu, bukan hanya kerana tanggungjawabnya sebagai abang dan kerana rasa sayangnya kepada Aina. dia mahu Aina menjadi seorang gadis periang dan berjaya.
Dan sejak ibu meninggal juga, dia semakin bencikan papa. Dia benci papa yang sentiasa pulang lambat. Dia bencikan papa yang sentiasa tiada untuk dia dan Aina. papa yang hanya tahu menghulur wang bukan kasih sayang. Bukan wang yang mereka perlukan tapi kasih sayang tapi papa tak pernah nak faham. Bagi Nabel, sebagai seorang lelaki, dia mampu untuk hidup tanpa kasih sayang seorang papa tapi Aina? Aina, gadis yang rapuh, yang perlukan kasih sayang. Aina perlukan kasih sayang dan belaian seorang papa. Tapi papa? Papa tak pernah mengerti kesepian hidup dia dan Aina. sepi tanpa kasih sayang seorang insan yang bergelar ayah.
Helaian kedua diari diselak. Ada gambar dia, Aina dan Ken ketika menyambut hari jadi Aina yang ke 21. Ketika itu, mereka hanya menyambut hari jadi Aina di hospital kerana keadaan Aina yang tidak mengizinkan dia keluar. Walaupun majlis itu simple sahaja, tapi dia bahagia apabila melihat wajah bahagia Aina.
Helaian ketiga diselak lagi. Pen dicapai dan dia menulis sesuatu disitu.
Abang akan tetap sayangkan adik abang sampai bila-bila. Dan takkan ada sesiapa yang mampu mengganti tempat Aina dalam hati abang. Kerana hanya Aina yang akan jadi adik abang. Untuk selamanya.


[8]
Tangan Nabel menolak perlahan pagar berkarat itu. Matanya meliar memandang kawasan itu, namun akhirnya bertumpu pada satu kawasan. Kakinya mula melangkah kearah tempat itu yang kini sudah mula ditumbuhi sebatang pokok kecil.
“assalamualaikum, Aina. abang datang. Abang harap Aina sihat dan gembira kat sana. Abang sentiasa doakan kebahagiaan Aina sebab abang sayangkan Aina.”
Rumput-rumput liar yang tumbuh, dicabut perlahan. Kemudian, tanah kubur itu disentuh perlahan. Dia sebak namun cepat-cepat diseka airmatanya. Dia tidak mahu Aina terseksa dengan airmata itu. Dan kalau boleh, dia tidak mahu Aina terseksa. Tapi, itu bukanlah urusan dia. Hanya DIA yang menentukan semuanya. Dia tidak layak untuk itu.
Surah Yasin dibuka perlahan. Bibirnya mula mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Hanya itu yang mampu dia lakukan sekarang. Menyedekahkan Aina dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Hampir setengah jam dia menghabiskan masa disitu.
Kini, hanya tanah perkuburan itu yang akan menjadi temannya. Tiada lagi Aina. tiada lagi suara Aina atau bayangan Aina. AIna yang ditatang bagai minyak penuh. Yang sentiasa menjadi teman bergurau dan bersedihnya. Teman yang selalu menjadi teman bulinya. Hampir 10 tahun dia hidup bersama insan itu. Banyak sangat kenangan yang dikongsi bersama. Takkan mudah untuk kenangan itu lenyap sebagimana insan itu. Akan dia semat kenangan itu untuk selamanya.
“insya allah lain kali abang datang lagi. Assalamualaikum, adik”
Nabel bangun dan menyapu sedikit kaki seluarnya yang terkena tanah. Dia mula berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu. Tanah perkuburan yang sejak 5 bulan lalu menjadi tempat persinggahan utamanya. Dia tenang berada disitu. Berada disebelah kubur AIna. Mengalunkan ayat-ayat suci untuk AIna. dan dia tidak mungkin jemu untuk berada disitu. Hanya kerana dia sayangkan AIna. hanya itu.
*****
Assalamualaikum Aina.
Abang harap Aina tenang disana. Alhamdulillah abang sihat-sihat sahaja. Dah 5 bulan Aina pergi dan tinggalkan abang sorang-sorang kat sini. Dan dalam 5 bulan ni jugak, macam-macam dah berlaku.
Sekarang abang sudah pun bekerja disebuah syarikat kecil. Dan alhamdulillah, rezeki abang murah kerana abang telah pun dinaikkan pangkat. Kalau Aina masih ada, pasti abang akan membawa Aina jalan-jalan, makan-makan. Abang pasti belikan aiskrim Baskin Robin yang besar untuk Aina. abang pasti akan membelikan baju baru untuk Aina. kemana saja Aina pergi, abang pasti akan turutkan. Tapi sekarang. Aina sudah tinggalkan abang. Jauh sangat Aina tinggalkan abang. Tak tercapai tangan abang untuk menggapai Aina...
Abang tahu, Aina mesti tak suka tengok abang sedihkan? Maafkan abang, tapi abang tak mampu untuk hidup tanpa suara Aina, tanpa rengekan Aina. maafkan abang, dik.
Hari ini hari kenaikan pangkatnya. Dia bangga dengan pencapaiannya. Walaupun syarikat itu kecil sahaja, dia bahagia. Hari ini jugak, teman sepejabatnya meraikan majlis kenaikan pangkatnya. Walaupun majlis meriah, namun dia rasakan sunyi sangat. Dia bagaikan tenggelam dalam kemeriahan majlis itu. Dan kalaulah Aina masih ada...
Dia tahu, berdosa kerana mempertikaikan takdir tuhan. Namun, siapalah dia. hanya manusia kecil yang selalu tewas dengan perasaan. Dia khilaf.
Aina mesti hairan kenapa abang tidak bekerja dengan papa. Aina, abang cuba untuk berbaik dengan papa, tapi entah kenapa tiada kerasian antara kami. abang cuba. Mungkin abang tidak bersungguh. Susah untuk merapatkan jurang hampir 20 tahun ni hanya dengan sekelip mata. Banyak hati yang terluka, dan ia perlukan masa untuk sembuh. Jangan tanya abang bila. Kerana abang sendiri tak pasti bila abang akan dapat menerima papa. Abang tak mampu untuk terima papa.
Teringat lagi, beberapa bulan selepas peninggalan Aina, Nabel cuba untuk merapatkan hubungan dengan papa. Dia ingat mungkin papa akan berubah selepas Aina pergi. Tapi, papa tak pernah berubah. Kehilangan Aina bagaikan tiada memberi kesan langsung pada hidup papa. Hati papa bagaikan tidak bernyawa lagi, tidak punya perasaan langsung.
Untuk pengetahuan Aina juga, abang sudah tidak tinggal bersama papa lagi. Abang tak sanggup untuk hidup di rumah itu. Bayang-bayang Aina masih lagi dirumah itu. Abang tak sanggup menghadapinya setiap hari. Setiap pagi, abang pasti akan melintasi bilik Aina. dan abang selalu terbayang, Aina masih lagi disitu.
Aina, abang sunyi sangat.


[9]
Gelanggang basketball dihadapannya dipandang sepi. Tercapai jugak hasratnya walaupun berbulan-bulan dia terpaksa bekerja keras. Kini, hasrat dia dan Aina sudah tercapai.
“nabel. Aina ingat nanti bila Aina dah besar dan ada banyak duit, Aina nak bukak satu gelanggang basketball. Biar semua orang boleh main.” Ujar Aina sungguh-sungguh.
“eleh. Banyak ke duit Aina?”
“ala. Kan Aina cakap, nanti bila dah besar dan ada banyak duit. Masa tu, boleh la Aina bukak court tu.”
“yelah. Yelah. Nanti jangan pulak cita-cita ke lain, Aina pulak ke lain.”
“Aina tahula Nabel. Aina bukanlah macam tu tau.”
Kini, Aina sudah tiada. Namun, Nabel tetap berpuas hati kerana cita-cita Aina yang satu itu tercapai jugak walaupun Aina tak sempat melihatnya. Dia berjaya juga membuka sebuah court basketball disitu. Dan dia gembira apabila melihat sekumpulan anak muda yang sedang bermain basketball. Dia tahu, Aina pasti gembira melihat itu.
Tiba-tiba, terasa bahunya dilanggar seseorang.
“opps. Sorie.” Ujar satu suara.perempuan. dia menunduk sedikit mengambil cap Nabel yang terjatuh tadi.
“your cap.” Hulur perempuan tadi.
Nabel tergamam.
“hello.”
“oh.sorie.” cap tadi diambil dan dipegangnya. Perempuan tadi berlalu namun sempat dipanggilnya.
“miss. Nama?” Tanya Nabel.
“AIna.” ujarnya lembut sambil menghadiahkan NAbel sekuntum senyuman yang sangat manis.
“Aina....”
Kenapa perlu begini takdirnya? Kenapa perlu wujud 2 insan yang mempunyai wajah dan nama yang sama? Kenapa?
Nabel benar-benar terkedu apabila melihat perempuan tadi. Sangkanya AIna kembali. Pelanduk 2 serupa! Apa yang memeranjatkan dia adalah nama perempuan itu juga AINA.
Namun dia tahu, itu bukanlah Ainanya. Ainanya sudah lama meninggalkan dirinya. Dan kini, dia mampu menerima kenyataan tentang pemergian adiknya itu.
Papa? Entahlah. Sudah lama dia tidak menjenguk ke banglo itu.
Aina,
impian Aina untuk membuka sebuah gelanggang bola keranjang sudah pun abang laksanakan. Kini hanya tinggal satu lagi harapan AIna. papa kan?
Abang minta maaf. Dalam setahun, macam-macam abang cuba lakukan untuk berbaik dengan papa. Entah dimana silapnya, kami semakin jauh. Dan abang tak yakin untuk membina hubungan itu semula kerana masa abang semakin suntuk. Maafkan abang.
Aina, tunggu abang disana. Kerana abang bakal menyusul langkahmu.
Laporan dari Dr Khalid tadi disambut dengan tenang. Dia tahu, walau macam mana pun keputusan itu, dia akan tetap menerimanya dengan tenang.
Salah dia juga dulu kerana tidak menjaga kesihatannya sendiri. Dan kini, dia akan menerima akibatnya. Dan dia tidak pernah untuk menyalahkan sesiapa.
Aina,
Abang bakal menemanimu disana....

Nabel tahu kasih sayang seorang abang takkan ada batasannya. Kasih seorang manusia takkan dapat dijual dengan wang ringgit. Walaupun dirinya hidup mewah dengan wang ringgit, dia tidak pernah cukup untuk merasa kasih saying seorang ayah. Kerana dia tidak pernah dapat merasai kasih saying seorang ayah.
Selama hidupnya, hanya wujud seorang adik yang bernama AIna. dan dia akan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk adiknya itu. Kasih Nabel hanya akan pada AIna. untuk selamanya.

fin.

No comments:

Post a Comment