1
Aku pandang tak beriak handphone yang sedang merdu bernyanyikan lagu Bruno mars itu. Sampaikan meja makan tu pun ber’vibrate’ sama.
Abaikan. Dahla nombor public.
Tak lama selepas itu, meja makan kembali tenang. Tak ada lagi vibrate. Tak ada lagi lagu merdu Bruno mars.
Aku sambung semula kerja yang tergendala tadi. Makan bihun sup pedas sambil baca report kerja.
Slurpppp..sedapnya.
You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
Eh? Ada pulak?
Siapa ni?
“assalamualaikum.” Aku bagi salam. Nak taknak, terpaksa jugak aku jawab panggilan tu. Yelah, mana tahu ada hal kecemasan kan?
“Awan!”
Aku terkedu kejap. Siapa pulak yang berani sangat panggil aku AWAN ni? Dahla tak jawab salam.
“sorry. Waalaikumussalam. Sorry sangat-sangat. Aku excited sebenarnya. Dah lama sangat aku tak contact kau. Nak dengar suara kau lagi lah. Ha ni, nak jawab call aku pun susah ke? Kau tahu tak, satu Malaysia aku jaja nama kau, semata-mata nak tahu nombor phone kau ni. Mahal sangat nak jejak anak dara pujaan Malaya ni. Kau ni ka..”
“maaf saudari.”
Aku terus potong sipemanggil. Amboi.. sedap saja cakap yer. Tak ada nak stop langsung.
“maafla. Saya ni tak kenal saudari. Siapa yer ni?”
“eh. Kau tak kenal aku?aku ni. Ni, ain . Exhousemate kau dulu. Ain yang..”
Ain?
Nurul Ain?
“nurul ain?”
“ha. Akulah tu.” Suara sana gelak besar. Panjang.
“nurul ain yang..”
“yer. Akulah tu. Siapa lagi nurul ain yang kau kenal? Lama sangat ke kita tak jumpa, sampaikan suara aku yang merdu ni kau dah lupa?”
Aku gelak.
Tak sangka, jumpa jugak aku dengan nurul ain ni. Dah berapa tahun yekh? 5,6 tahun?
“tak sangka kau yang call aku. Ingatkan mat romeo manalah tadi.”
“aik? Dah banyak sangat ke peminat, sampaikan orang lain call pun taknak angkat. Eh, ada orang stalk kau ke?”
“taklah. Kau jangan nak bukak cerita pulak yer ain.”
Ain gelak. Suka benar bila ada peluang nak kenakan aku.
Aku dengan nurul ain ni, housemate dulu. Time university. Aku ambil civil engineering dan nurul ain ni ambil medic. Mula-mula jumpa nurul ain dulu, aku langsung tak percaya yang dia ambil medic. Yelah, course tu kan tough. Dan si nurul ain ni, kepala gila-gila. Bukan gila-gila tahap masuk hospital tapi tahap ‘loyar’ buruk. Suka sangat sakat orang. Bab nak kenakan orang, memang dialah juara. Perangai gila-gila tapi result pun gila jugak. Top student.
“kau macam mana pulak sekarang awan?”
Aku gelak lagi.
AWAN. Nama panggilan aku. Nama sebenar nurul Awadah. Panggilan Awan. Senang nak panggil. Tapi, hanya orang terdekat jer yang panggil aku dengan nama tu. Yelah, Nampak mesra sikit. Kalau orang lain, sorry yer…
“aku, Alhamdulillah. Sihat jer. Kau?”
“sihat walafiat. Eh, kau busy tak ni?”
“taklah sangat. Kenapa?”
“kita jumpa nak?”
Ain nak jumpa aku?
“eh, kejap. Kau duduk negeri mana sekarang? Risau pulak aku. Tak pasal-pasal ada yang kena tempah tiket flight sebab nak jumpa kau.”
“eleh. Kalau kena tempah pun, takpe kan? Hubby kau kan pilot. Boleh naik free apa..”
“yelah. Rezeki depan mata. Takkan nak tolak kan?” ain gelak lagi. Banyak sangat budak ni gelak sekarang. Iskh. Iskh.
“aku kat area Selangor jer. Tak jauh. Kau? Still kat Melaka ke?”
“aku baru pindah last year. Balik Selangor semula. Kalau macam tu, senanglah kerja aku. Hujung minggu ni, kita jumpa boleh? Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.”
“hujung minggu? Erm. Insya Allah aku free. Kenapa pulak ni? Kalau cakap kat telefon jer tak boleh?”
“amboi. Taknak jumpa aku langsung ke? Kita dah lama tak jumpa. Rindu kau tau. Tahulah aku ni dah beranak 3, dah tak lawa macam dulu. Sampai hati kau..”
“kau dah ada anak 3? Apsal tak bagitahu aku?”
“wei. Sakit telinga aku ni. Ha, ni aku bagitahu lah. Kita jumpa hujung minggu ni. Boleh borak lama.”
“okay set.”
“nanti aku text kau kat mana okay?”
“okay. Ha, kirim salam kat hubby kau tu. Dah lama tak jumpa dia.”
“yelah. Okay, aku letak dulu. Nanti kita jumpa hujung minggu ni.”
Handphone aku letak kembali atas meja. Kertas report dah kembali dalam fail. Aku senyum panjang. Gembira bila boleh cakap panjang lebar dengan ex housemate, merangkap kawan rapat aku tu.
Tapi sayangnya kami terpaksa berpisah. Bila dah habis belajar, ain sambung housemanship dia kat Melaka. Aku pulak, dapat kerja kat area Selangor. Memanglah dekat kalau drive tapi kami masing-masing busy dekat kerja. Tambah-tambah pulak si Ain tu kerja dia 24-7 asyik dengan patient.
last time aku jumpa dia masa kenduri ain dulu. Itupun, sekejap saja boleh berbual dengan ain.
Rindu sangat dengan mulut becok tu. Tak sabar nak jumpa hujung minggu ni!!
*****
“ain!”
“Awan!”
Kami berpelukan. Gelak kuat-kuat.
“kau datang seorang jer ke? Mana anak-anak?”
“anak-anak aku dengan hubby. Aku nak berehat hari ni.”
“laaa. Ingatkan boleh jugak jumpa anak-anak kau. Mesti comel.”
“mestilah. Dah mak budak tu comel, mesti anak comel. Kan?kan?” ain jungkit kening. Berlagak.
“yelah tu. Anak-anak kau comel sebab turun dari bapak diorang yang hensom giler tu. Kalau menurun dari mak diorang ni, huh…memang gamatla rumah korang.”
Aku gelak. Ain pun gelak.
“ha. Straight to the point la. Aku pun tak boleh lama.”
“kenapa pulak?”
“takpe, kita cakap benda penting dulu. Kalau tak, memang takkan habis. Aku pun rindu sangat dengan kau. Nak cakap dengan kau. Banyak gossip yang kau terlepas ni. Banyak sangat kena update tapi aku ada tanggungjawab lagi besar ni.”
Kening aku hamper bertaut. Serius semacam ni, kenapa?
Aku pandang ain yang tiba-tiba angkat tangannya. Memanggil sesorang. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan tua menghampiri aku. Aku bangun tanda hormat apabila mereka tiba di meja kami. Tangan aku hulur kepada perempuan tua itu. Dia membalas sambil tersenyum manis.
“awan. Ni mak mentua aku. Yang ni pulak adik ipar aku, Wan Arsyad.”
Aku angguk.
Mak mentua Ain duduk dihadapan aku dan si Wan Arsyad tu ambil tempat disebelah aku.
“aku berniat ikhlas nak tolong kau. Dan aku harap kau dengar dulu.”
“Ain, bagi mak cakap dengan kawan ain ni boleh?”
Ain pandang aku. Aku angkat bahu, tanda masih tak faham.
“baiklah mak. Lagi senang macam tu. Ain pergi cari Amir dengan budak-budak. Mak cakap dengan kawan ain ni.”
Ain hanya tersenyum panjang kearahku. Kemudian dia bangun dan meninggalkan aku dengan keluarganya ini.
Dia nak suruh aku buat apa ni?
Sudahnya aku hanya tersenyum kecil. Tiba-tiba terasa ‘cuak’. Dah lama tak berperasaan macam ni. Kalau ada presentation dengan client pun tak se’cuak’ macam ni.
“nurul awadah kan?”
Aku angguk.
“seronok mak tengok awadah berbual dengan ain tu. Kalau boleh, nak jugak mak join sekali. Tapi mesti rasa janggal kan?”
Aku senyum. Tak tahu nak balas apa. Aku ni, kalau dengan kawan memang banyak cakap. Gelak tak ingat dunia. Tapi kalau dengan orang yang aku langsung tak kenal, memang senyapla. Macam ada emas bertongkol-tongkol dalam mulut.
“ain cerita kat mak yang awadah ni, jenis yang tak memilih?”
Ha?
“maksud mak, tentang jodoh.”
Aku pandang mak mentua Ain. Kemudian tengok ‘sipi-sipi’ lelaki yang ada sebelah aku ni. Otak aku mula bekerja. Jangan kata ni, pertemuan untuk mencari jodoh. Oh tidak!
Dan, aku bukannya jenis yang tak memilih. Aku jenis yang percaya jodoh adalah dariNYA. Jodoh yang telah ditetapkan olehNYA.
“makcik, saya..”
Aku berjeda. Tak tahu nak susun ayat macam mana.
“saya tak meletakkan syarat kepada bakal suami saya. Asalkan dia tahu tanggungjawabnya, sebagai seorang suami, kekasih dan sebagai keluarga kepada saya. Saya juga percaya bercinta selepas kahwin lebih elok.”
Erk. Apsal aku cakap ayat tu? Macam menjerat diri sendiri. Walaupun memang prinsip aku sebegitu Cuma rasa macam ‘menjual’ diri sendiri.
“bukan maksud saya macam tu. Saya..”
“mak faham awadah. Ain dah cerita semua.”
Ain dah cerita? Apa yang dia dah cerita?
“macam ni lah. Kita pendekkan cerita. Sebenarnya, mak berhajat nak jadikan Awadah ni sebahagian dari keluarga makcik. Menjadi pasangan hidup untuk anak mak ni, Wan arsyad. Awadah dah ada pasangan hidup?”
Aku diam.
“mak anggap awadah ni, masih belum berpunya.”
Aku diam lagi. Memang aku still single. Takkan nak mengaku dah ber’double’? satu hal pula nak menipu orang tua ni.
“mak tahu awadah terkejut dengan pingangan tiba-tiba ni. Tapi, mak harap awadah fikir dalam-dalam dulu. Mintak petunjuk dariNYA. Tapi, mak nak awadah tahu, yang mak berharap sangat yang awadah terima pinangan ni.”
Mak mentua ain genggam tanganku lembut. Aku hanya pandang dia. Tak mengangguk. Tak menggeleng.
Kemudian, dia bangun dari kerusi. Aku pandang hairan. Takkan mak mentua Ain ni dah merajuk sebab aku tak layan dia?
“mak gerak dulu. Awadah cakap-cakaplah dengan arsyad ni. Kenal budi masing-masing.”
Apakah?
Aku terlongo.
Nak buat cakap dengan lelaki sebelah aku ni? Perlu ke kenal budi masing-masing? Perlukah??
*****
“Ain!!!!!”
Aku terus jerit nama ain bila handphone diangkat. Kalaulah perempuan tu ada dekat aku, dah lama aku terkam. Buat aksi sumo pun okay jugak. Rasa geram sangat ni!
“hahahahahaha.”
Boleh pulak dia gelak bila aku dah gabra macam ni?
“ain! Janganlah gelak macam tu. Kau langsung tak membantu tau.” Aku mula tarik muka. Suara dikendurkan.
“ala, janganlah macam ni Awan.”
Aku mengeluh perlahan. Aku dah risau sangat-sangat ni. Kepala dah serabut. Dahlah esok presentation dengan client baru. Report pun belum baca habis lagi. Waa, mati aku kena marah dengan boss nanti.
“cuba kau tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus.”
Aku ikut kata Ain.
“dah lega sikit?” Tanya ain prihatin. Itu yang aku sayang sangat-sangat kat perempuan ni. Perangai gila tapi kalau bab prihatin, memang nombor satu.
Tapi, kalau prihatin, kenapa dia buat kerja gila tu? Suruh mak mentua pinangkan adik ipar untuk aku? Memang kerja gila!
“kenapa kau buat aku macam ni, ain?”
“awan. Bukannya niat aku nak kenakan kau. Aku buat tu sebab aku sayangkan kau, sebagai kawan. Aku tahu kau macam mana. Aku faham kau macam mana. Salah ke aku nak tolong kawan aku?”
“tak salah, Cuma bukan cara macam ni.”
“awan. Dengar sini. Ingat tak, dulu masa kita university, aku pernah nak kenalkan kau dengan seorang lelaki. Mamat arcitek.”
Eh? Pernah ke? Dulu pernah lah sekali Ain bera-ria nak kenalkan aku dengan seorang lelaki ni. Tiap-tiap hari sogok aku dengan cerita kebaikan lelaki tu. Tapi yang aku pelik sikit, lelaki tu baru saja ‘kehilangan’ tunang..
“lelaki yang tunang dia lari tu ke?”
“ha. Yang tulah. Ingat jugak kau yekh?”
“dah kau sogok aku dengan benda sama setiap hari. Manalah aku boleh tak ingat.”
Ain gelak.
“lelaki yang aku cerita dulu tu, adalah lelaki sama yang kau jumpa petang tadi. Wan arsyad.”
“so?”
Ain mengeluh perlahan.
“okay, aku berterus terang saja. Sebenarnya Arsyad tu bakal kahwin hujung bulan ni, 2 minggu dari sekarang. Tapi, mungkin jodoh diorang tak lama, si tunang dah larikan diri. Tinggallah si Arsyad sorang-sorang. So, aku..”
“tunang dia lari lagi?”
“erm.”
“orang sama ke?”
“tak. Orang lain.”
Aku mengeluh pula. Terbit rasa kasihan. Dari cerita ain dulu, si tunang pun larikan diri seminggu sebelum majlis kahwin. Dan sekarang, perkara sama lagi?
“kenapa jadi macam tu?”
“entah. Aku pun tak tahu.”
“ada apa-apa pasal wan Arsyad yang aku tak tahu ke?”
“eeee. Kau ni!”
“apa pulak. Betullah soalan aku. Ada yang tak kena dengan wan arsyad tu ke, sampaikan tunang-tunang dia lari?”
Alahai. Celupar pulak mulut aku ni. Tapi betullah, aku curious ni.
“arsyad tu baik sangat. Kerja pun tinggi, belajar oversea tu. Aku sebagai kakak ipar dia, memang respect kat dia. Budi baik. Hormat orang tua. Sayang keluarga. Anak mak.”
“amboi. Puji orang tak ingat dunia.”
“aku tak tipu. Walaupun aku ni muda dari dia tapi sebab pangkat aku sebagai kakak ipar, dia tetap hormat aku. Pernah ke aku tipu kau selama ni?”
“habis tu, kenapa sampai boleh lari-lari ni?”
Ain mengeluh.
“1st tunang dulu, si perempuan lari ikut lelaki lain. Katanya lagi kaya dari Arsyad. Yang 2nd pulak, lari sebab tak tahan dengan mak mentua aku.”
“ha?”
“bukan nak mengata tapi mak mentua aku ni macam cerewet sikit. Lebih-lebih lagi bila si Arsyad ni anak bongsu.”
“dengan kau, okay pulak?”
“aku kan menantu 1st dia, merangkap menantu faveret. Mestilah dia sayang aku lebih.haha. okay, aku akuilah kadang-kadang tu. Tapi, adatlah kan macam tu. Mak mentua ni macam mak kita jugak. Kalau boleh, dia nak yang perfect untuk anak-anak. Berleter semua tu dah jadi ‘darah daging’ diorang. Nak buat macam mana? Aku Cuma fikir yang apa mak mentua aku buat tu, hanyalah untuk kesenagan aku untuk masa depan.”
“tak sangka kawan aku dah matang.”
“matang pun ada gila-gila jugak. Pada pendapat aku lah, itu adalah perkara normal bila dah berkeluarga ni. Kenalah sabar dan pandai ambil hati.”
“kalau macam tu, kenalah ajar aku macam mana nak ambil hati.”
“eh, kau dah setuju ke?”
“aku ada cakap ke setuju?”
“awan! Serious la.”
Aku gelak. Perlahan.
“aku pun tak tahu AIn. Tak tahu nak fikir apa. Dulu, kau pernah nak kenalkan aku dengan dia tapi aku tolak. Sekarang pun sama. Aku terfikir, betul ke jodoh aku dengan dia?”
“mintak petunjuk DIA, awan. Insya Allah, dipermudahkan.”
Aku mengeluh perlahan.
Aku pernah berangan untuk bercinta selepas kahwin. Nak merasa manisnya berkahwin itu dengan suami sendiri.
Dulu bukannya tak boleh, tapi aku taknak sebab aku nak tumpukan pada hidup aku dulu. Sudahlah aku ni keseorangan dalam dunia ni, tak ada saudara mara nak bergantung harap. So kenalah bergantung pada diri sendiri. Kenalah berusaha untuk diri sendiri.
Dan kini, dah 30 tahun aku keseorangan. perlukah aku melnagkah ke alam lain?
*****
Esok paginya aku terbangun lewat. Ni semuanya kerana masalah pinangan itu.
“hai cik Awadah. Ada apa-apa yang jadi ke semalam?” tegur pak guard ketika aku mula melangkah ke bangunan. Aku hanya tersenyum.
“biasanya cik Awadah orang yang sampai awal. Tak pernah lewat macam ni.”
Aku senyum lagi.
“nah. Makan sandwish ni, buat alas perut.” Pak guard hulurkan aku seplastik sandwish.
“ambillah. Selama ni cik awadah belanja pakcik makan. Tapi ni jer yang pakcik bagi mampu cik awadah.”
Aku sambut huluran sandwish tadi.
“terima kasih pakcik. Ni pun dah bagus untuk saya pagi ni. At least ada jugak makanan kan?”
Aku senyum lagi. Aku dengan pak guard ni memang agak rapat. Pagi-pagi aku datang awal dan belikan makanan untuk dia. Dan malam-malam pula, dia yang tunggu aku habiskan kerja. Aku kan pekerja pujian. Haruslah pulang lewat.
“ha, cik awadah lagi satu.”
“kenapa?”
Sandwish dah penuh mulut. Tak senonoh betul aku ni!
“cik awadah Nampak lain hari ni. Lawa.”
Aku telek diri sendiri. Apa yang lawanya?
“selama ni, cik awadah pakai tudung bawal saja. Hari ni siap lilit lagi. Ha tu, kasut pun tinggi. Ada apa-apa ke?”
Aku gelak. Tak sangka pakcik ni prihatin jugak.
“saya terbangun lewat tadi. Tak sampat nak iron tudung. Itu yang terus ambil jer selendang ni. Kalau tak gosok pun orang tak tahu kan?”
“okaylah pakcik saya naik dulu. Thanks ni.”
Aku terus melangkah masuk ke dalam lif. Jam ditangan aku telek. Dah pukul 8.30 pagi. Nasib baik aku dah call boss dalam perjalanan tadi. Dan nasib baik jugak meeting tu pukul 9 pagi. Sempat jugak aku review report.
“dah ready?”
Aku angguk. Tiba-tiba terasa gabra. Selama ni okay jer.
“are you okay, awadah?”
Aku pandang boss aku. Kemudian angguk. Kenalah bersikap professional.
“Kita tunggu client. Dia dah on the way naik atas ni.” Aku angguk. Lif yang berada berhadapan dengan bilik mesyuarat itu aku tatap dengan penuh perasaan. Entah kenapa rasa lain pulak hari ni.
Ting.
Aku angkat wajah bila bunyi lif tadi.
Kertas report ditangan mula melurut jatuh. Dan aku terus terpaku.
“assalamualaikum, my wife. Tak sangka kita sedondon hari ni.”Ujar si lelaki merangkap client aku tu.
“miss awadah, kenalkan client baru kita, wan Arsyad. He’s good.”
Aku masih terpaku.
Kenapalah aku boleh tak perasan dengan nama dia kat kertas report yang dah berhari-hari aku tatap tu?
Dia mendekatiku. Tangan dihulur. Dengan tergagak-agak, aku sambut.
“terima kasih sebab terima abang.” Bisiknya lagi. Kakiku dah mula menggeletar. Rasa macam tak boleh support satu badan ni.
Macam mana dia boleh tahu berita ni? Secepat macam ni?
Bangun pagi tadi aku rasa yakin. Terus, mesej dihantar kepada ain. Dan berita itu aku pasti wan arsyad dah tahu. Kalau tak takkan nak cakap ‘assalamualaikum my wife’ kan?
Dia menarik aku ke sisinya dan mengukir satu senyuman yang paling manis aku Nampak. Hati pulak yang keriangan semacam. Otak aku pulak rasa gabra. Kenapa ada rasa campur-campur ni?
“everyone. This is my wife-to-be. Insya allah hujung bulan nanti kami jemput.” Umumnya.
Dan aku?
Terpaku. Terkedu. Terlongo.
Perluke dia buat pengumuman tu kat sini? Pagi ni? Yang penting depan kawan-kawan aku ni?
2
“assalamualaikum, my wife”
Serentak, ada satu kucupan di pipi. Aku hanya tertunduk malu
“milo” aku letakkan cawan dihadapannya.
“mak nak minum Nescafe ke milo?”
“bagi mak milo jugak Awadah.”
Aku letakkan secawan milo dihadapan mak mentuaku.
“awal awadah bangun? Tak penat ke?”
Aku senyum kemudian geleng.
“tak boleh tidur mak.”
“tak boleh? Kenapa?” mak pandang aku kemudian dia pandang lelaki yang ada disebelah aku.
“kamu buat apa kat awadah semalam, syad?”
“mak!”
Aku jerit kecil. Terkejut sebenarnya. Bukan maksud sebenar ayat aku tadi.
Mak senyum lebar.
“kalau syad buat apa-apa pun tak apa kan?”
Aku tunduk malu. Kena usik lagi.
“tak ada apa-apa pun semalam mak. Kami sama-sama penat. Tak sangka pulak wife syad ni tak boleh tidur. kenapa sayang?” dia beralih ke arahku.
“tak ada apa-apalah.”
“awadah ambilkan bihun kat dapur sekejap.”
Aku terus bangun dari meja makan. Nak larikan diri dari suasana itu sebenarnya.
Aku bukannya tak boleh tidur sebab apa-apa tapi sebab aku ni jenis yang kalau penat sangat memang tak boleh nak lelap mata. Susah. Kalau orang lain, bila dah penat dan disorongkan pulak bantal, memang lena tak ingat dunia.
“kenapa tak boleh tidur semalam?” sampuk satu suara disebelah. Mangkuk bihun dah beralih dari tangan aku ke tangannya.
“pergilah kat depan tu. Nanti nurul bawakkan bihun ni.”
“nope. Duduk dulu.”
Dia tarik tangan aku ke kaunter meja disebelah peti sejuk. Mangkuk bihun diletakkan atas kaunter. Kedua tangannya menggenggam eram tanganku.
“kenapa?”
Dia pandang wajah aku. Tak tahan, terus aku tunduk.
Dipautnya daguku supaya aku terus bertentang mata dengannya.
“kenapa tak boleh tidur?”
Aku mengeluh. Kalah.
“penat.”
“penat?”
Aku angguk.
“kalau penat sangat nurul tak boleh tidur.”
“kenapa tak kejutkan abang?”
“kenapa nak kejutkan abang?”
Dia angkat bahu. “mungkin abang boleh temankan wife abang ni.”
“buat apa?”
“sekurang-kurangnya wife abang ni tak lah kesunyian sebab tak tidur semalam.”
“it’s okay. Bukannya hal penting pun.”
“it is. Nurul, wife abang. Penting.”
“okay.”
Aku cuba leraikan genggamannya. Namu tak Berjaya.
“abang. Mak dah lama tunggu kat depan. Kita makan dulu.”
Dia masih lagi begitu. Tetap kemas memegang tanganku.
“abang.”
Dia mengeluh perlahan.
“okay jom.” Tangan kanan mencapai mangkuk bihun dan tangan kiri erat memegang tanganku.
“lama pengantin kita kat dapur tadi. Takkanlah ambil mangkuk bihun pun lama, kan mak?”
Aku pandang wajah Ain yang tersengih. Macam kerang!
“sejak semalam lagi abang long nak bagitahu.”
Aku pandang wajah Amir, merangkap suami Ain, merangkap abangiparku.
“welcome to our family.”
Aku senyum nipis. Aku teliti wajah-wajah keluarga baruku. Mak dihujung meja. Ain dihadapanku bersama Amir. Dan disisiku, wan Arsyad, suami yang berusia sehari.
*****
“awadah nak tema colour apa?” Tanya mak bila kami mula melangkah ke butik pengantin.
Aku pandang sekeliling. Ada baju pengantin tergantung elok disatu sudut. Pelbagai warna dan design. Ada pulak di satu sudut lain, hiasan hantaran. Ditengah kedai ada satu model pelamin. Nampak simple tapi meriah dan sarat dengan bunga-bunga.
Aku jatuh cinta. Hati bagaikan teruja untuk menyiapkan majlis perkahwinan ku yang bakal menjelma dalam 2 minggu lagi.
“mak fikir nak buat majlis kat dewan. Awadah setuju?” mak pandang aku.
“erm, kalau kita buat kat rumah. Boleh tak?” Tanya aku ragu-ragu. Takut jugak sebenarnya. Yelah, belum apa-apa dah bangkang cadangan mak mentua.
“awadah nak buat kat rumah mak?”
Aku angguk. Dia pulak, senyum melebar.
“mulanya memang mak teringin nak buat kat rumah tapi mak takut awadah tak setuju. Manatahu awadah dah ada planning sendiri untuk majlis tu. Lagipun itu kan majlis awadah. Mak taknak campur tangan.”
“mak.”
Aku genggam erat tangan mak.
“mak, awadah minta maaf awal-awal kalau awadah ada buat mak terasa hati. Awadah tak berniat apa-apa.”
“bukan, nak. Mak yang sepatutnya cakap macam tu. Awadah sudi jadi menantu mak pun dah cukup bagus. Sebenarnya mak risau..mak takut.”
“kenapa mak?”
“mak takut kalau awadah tarik diri last minute.”
Aku terpegun sebentar.
“mak takut kalau awadah larikan diri, macam bekas-bekas tunang syad dulu. Mak taknak tengok anak mak kecewa lagi. Mak taknak ulang kesilapan mak lagi. Mak..”
“mak. Tak perlu nak ulang..”
“mak perlu, awadah. Dulu, mak banyak campur tangan dalam hal syad dengan tunang dia. Bukannya mak tak suka dengan perempuan tu tapi mak hanya nak yang terbaik untuk anak mak. Sebab tu, mak banyak control. Mak yang banyak keputusan sampaikan wedding theme pun mak yang tetap. Semuanya.”
“mak. Mak tak salah pun. Siapa yang taknak terbaik untuk anak-anak?”
Mak mengeluh perlahan.
“mak tahu mak sepatutnya tak patut buat macam tu. Mak yang buat bekas tunang-tunang syad larikan diri dulu. Mak bersalah.”
Aku jatuh kasihan. Betullah kata Ain dulu.
Tapi, normallah kan bila ada mak mentua yang campur tangan. Bukannya niat dia jahat nak menjatuhkan masjid anak-anak tapi dia hanya nak yang terbaik untuk anak-anak. Mungkin, sampaikan terguris hati perasaan menantu. Mungkin juga dia terlepas pandang hal itu.
“bukan salah mak. Jodoh syad dengan diorang tak panjang. Kalau tak, takkan awadah ada kat sini kan?”
Aku cuba pujuk mak. Dia pandang aku dengan mata yang sedikit berair. Aku peluk tubuh itu. Kemas.
“awadah tak ada mak. Awadah harap, mak sudi untuk jadi mak untuk awadah sampai bila-bila. Boleh?”
“terima kasih awadah.”
Kami berpelukan seketika. Lupa dengan keadaan sekeliling. Tak sangka pulak boleh buat iklan keluarga di butik pengantin ni.
“kali ni, mak taknak campur tangan dah. Mak nak tengok saja.” Ujar mak bila pelukan terlerai. Aku gelak kecil. Lucu pulak bila mak buat muka merajuk macam tu. Hati orang tua.
“macam ni lah. Apakata mak tolong awadah pilihkan, kalau awadah rasa okay, awadah ikut mak. Kalau tak, kita ubah sikit-sikit boleh?”
Aku cuba pancing mak. Nampak macam nak kena.
“okay. Tapi kalau mak melampau sangat, awadah bagitahu mak.”
Aku angguk. Cuba tanam dalam hati untuk bersabar. lagipun takkan mak nak rosakkan majlis anak bongsu lelaki ni kan?
*****
Aku pandang bilik tidur yang sudah cantik berhias ini. Gabungan colour orange cair dan hijau apple. Mula-mula bila mak usulkan theme ni, aku agak terperanjat dan nak jugak membangkang.
Tapi bila wedding planner tu tunjukkan koleksi hantaran dan pelamin, aku jatuh hati. Lawa sangat-sangat. Pelik tapi unik. Aku mula menimbang dalam hati. Ini majlis aku. Kalau boleh nak buat sesempurna yang mungkin. Akhirnya aku ambil risiko.
Theme orange cair dengan hijau apple.
Mak tersenyum riang.
Namun, aku letakkan syarat. Baju persalinan kami biarlah warna putih gading. Mak angguk tanpa syarat balasan. Tak sangka, kami boleh bersyarat-syarat tapi menguntungkan kedua belah pihak.
Dan kini…tada!!!!!
Hantaran, pelamin dan bilik tidur lengkap bertemakan orange cair dan hijau apple. Rasa macam tak percaya dengan pilihan aku dan mak. Tak sangka secantik ini pilihan itu walaupun pada mulanya aku tak yakin. Dan sekarang aku dengan yakinnya akan mengatakan pilihan mak adalah pilihan terbaik walaupun Nampak pelik. Tak pernah orang buat macam ni kan? Unik.
Persalinan aku dan arsyad pula adalah dari pilihan aku sendiri. Ada bantuan dari Ain jugak. Tak sangka otak dia pun boleh pakai untuk reka baju pengantin. Arsyad memang pakai baju melayu macam biasa. Aku pula hanya dengan rekaan moden busana muslimah. Tambah dengan labuci dan manic-manik untuk naikkan seri pengantin.
“dah sedia?” ain bisik sebelah aku.
“arsyad nak masuk. Get ready.” Dia kenyitkan mata padaku. Nampak gatal dan nakal semacam. Aku pulak yang gabra padahal acara batalkan air sembahyang saja. Masuk dan cium dahi aku. Takkanlah dia nak buat lebih-lebih pulak.
“salam syad, awadah.”usul mak.
Aku hulurkan tangan kemudian dia sambut. Aku kucup tangan dia. Dia balas dengan cium dahi aku. Lama sangat. Yelah sebab nak turutkan permintaan ‘peminat’ dan photographer. Tiba-tiba, dia beralih pula ke pipi. Kedua-dua belah pipi aku.
Lagilah gamat bilik pengantin tu bila tengok aksi kami. Eh, bukan kami. Aksi wan Arsyad. Aku hanya tunduk. Malu.
Lepas acara cium dahi-pipi aku, kami beralih pula ke meja makan. Makan beradap. Aku hanya telan airliur bila tengok lauk-pauk atas meja tu. Penuh. Menu pulak? Tak payah nak cerita. Memang highclass la. Siapa yang masak pun aku tak tahu. Tak sempat nak jengah dapur 2,3 hari ni sebab kena kurung dalam bilik. Kata mak, tak elok pengantin bekerja keras. Hilang seri nanti.
Perut dah berdondang sayang tapi takkanlah nak melantak depan tetamu? Tak manis.
Cukuplah sesuap dua, hanya untuk ambil gambar semata-mata. Itupun dah comot. Sempat jugak aku pesan kat ain, merangkap pengapit aku hari ini, simpankan lauk pauk tu kat aku. Tak apa, petang nanti mesti sempat makan.
Seharian melayan tetamu. Penat memang penat tapi muka tetap kena manis. Takkan nak tarik muka depan tetamu. Takkanlah aku nak rosakkan majlis aku?
Dan nasib baik jugak arsyad banyak membantu. Dia tak pernah lari dari aku. Nak kemana-mana pun dia heret aku sekali. Bagus. Tak adalah aku terkontang kanting keseorangan. nak menjawab soalan tetamu lagilah. Kalau dapat yang maut berlipat-lipat, mahu terkulat-kulat aku nak menjawab nanti.
“penat?” dia pandang aku. Aku angguk kecil. Tangan dia letakkan ke belakang badanku. Bagi semangat untuk teruskan walaupun dah hampir asar kami melayan tetamu.
“nak naik tukar baju dulu?”
Aku pandang dia lagi.
Tenghari tadi kami akad nikah kemudian majlis kenduri pulak. Sampailah ke asar kami masih dengan berpakaian sama. Terasa jugak nak tukar baju tapi terpaksa tahan. Ni, bila Arsayd dah usulkan, apa salahnya?
“jom. Kita naik dulu. Tukar baju, sembahyang.”
Arsyad tarik tangan aku.
“ha, pengatin ni nak pergi mana?” aku pandang ain yang sedang melayan anaknya di ruang tamu.
“nak tukar baju kak. Boleh sembahyang asar sekali.” Terang arsyad. Panggilan untuk ain walaupun ain tu lebih muda dari arsyad. Kakak ipar.
“elok la tu. Jangan pulak tak turun. Akak percayakan kamu syad. Tapi adik ipar akak tu, tahulah pulak. Risau.” Usik Ain.
Aku hanya jengilkan mata. Tak habis-habis usik aku. Mentang-mentanglah dah dapat title ‘kakak ipar’ aku.
Di bilik, baju salinan dah siap-siap aku gantung dalam almari. Pesanan mak. Baju kurung moden tapi masih lagi Nampak ‘ke-pengantin-ngan’ dan arsyad dengan baju melayu senada. Okaylah tu daripada pakai baju pengantin berlabuci-manik. Rimas.
Asar aku petang itu berimamkan wan Arsyad. Rasa tenang. Bahagia mungkin.
*****
“mengelamun?” tegur arsyad. Aku pandang dia hairan.
“kenapa tenung bihun tu jer? Tak selera makan?” tegurnya lagi.
Aku geleng. Tak sangka boleh pulak teringatkan hal semalam. Hari kenduri kahwin aku.
“kenapa Awadah tak makan?” tegur mak pula.
Aku angkat wajah dari pinggan. Tak sangka ada pemerhati setia.
“taklah mak. Awadah terleka sekejap tadi.”
“kalau tak selera, mak boleh masak yang lain.” Aku geleng kecil. Taknak menyusahkan mak. Aku pandang depan, kearah Ain. Dia hanya angkat kening. Bertanya dalam diam. Aku mengeluh kemudian angkat bahu.
“nah. Abang suap.”
Arsyad menyuakan garfu berisi bihun ke arahku. Aku tergamam. Tak sangka dia boleh bersikap romantic di hadapan keluarganya. Sudahnya, aku jugak yang malu. Bukak mulut, terus ngap.kunyah-kunyah namun bihun tu taknak pulak masuk dalam kerongkong. Aku capai gelas dan cuba tolak dengan air Nescafe.
Arsyad pandang aku dengan hairan. Aku hanya senyum nipis.
Selepas makan sarapan, arsyad naik bilik. Aku dan ain mula mengemas meja makan. Mak pulak bermain-main dengan cucu.
“kau okay tak, Awan?”
Aku pandang ain. Mengeluh kecil.
“aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.”
“maksud kau?”
“rasa macam tak percaya pulak dengan apa yang dah berlaku ni. Last week aku still dengan panggilan miss. Masih lagi gila-gila. Tapi semalam dah bertukar jadi puan. Rasa macam tak boleh jadi gila-gila.”
Ain gelak.
Aku pandang geram. Orang tengah luah perasaan, boleh pulak dia gelak. Tak prihatin langsung kakak ipar aku ni!
“siapa kata kalau dah kahwin tak boleh jadi gila-gila?”
Aku pandang dia.
“kau tengok aku ni, macam mana?”
Aku pandang dia lagi. Tak faham dengan apa yang dia nak sampaikan. Kenapalah otak aku lembap sangat ni? Biasanya cepat jer tangkap.
“bila dah kahwin ni, tak semestinya kita kena tinggalkan perangai lama kita dulu. Bukan tinggal terus Cuma kena modify sikit. Ada downgrade dan upgrade. Boleh jer kalau nak gila-gila tapi kena downgrade sikit. Dan boleh jer nak buat cara hidup bujang dulu tapi kenalah upgrade sikit. Faham?”
Ain tersenyum nipis. Kenapalah kawan dia ni blur semacam sejak kahwin dengan arsyad? Apalah si arsyad bagi Awan ni makan? Padahal baru semalam nikah.
“kau tengok aku macam mana? Still gila-gila kan?”
Aku angguk.
“aku still macam dulu. Masih dengan perangai lama. Cuma, bila dengan mak mentua, aku jadi sopan sket. Mak mentua aku tahu perangai gila-gila aku tu dan dia tak kisah. Kadang-kadang melayan jugak mak tu. Kalah aku.”
“amir pulak tak kisah. Asalkan dia tahu aku pandai jaga diri sendiri, jaga perkahwinan kami. Jaga anak-anak. Jaga mak. Jaga maruah. Itu yang penting.”
Aku angguk. Faham sikit-sikit.
“kau dengan arsyad macam mana pulak?”
“aku tahu kau dengan arsyad baru kenal. Tapi aku percaya mungkin dalam hati kau ni, ada ruang untuk dia?”
Aku pandang ain.
“aku cuba kosongkan hati ni untuk dia. Doakan aku.”
Ain senyum.
“aku sentiasa doakan untuk adik ipar aku ni.” Ain peluk aku. Erat.
“dahlah. Pergi naik atas. Tengokkan arsayd tu. Kau ni, pengantin. Mana boleh buat kerja dapur. Buat kerja untuk suami boleh. Dah keluar.”
Ain tolak badan aku ke tangga. Mak hanya pandang kami.
Ain kenyit mata.
“layan suami lebih penting dari layan kakak ipar kau ni.” Usik Ain lagi bila tengok aku kaku di tangga. Mak pulak senyum-senyum bila dengar kata-kata ain. Macam setuju sangat.
Akhirnya aku panjat anak tangga, menuju ke bilik.
“abang”
Aku duduk di birai katil dan arsyad sedang khusyuk tatap laptop. Lama aku berdiam. Tak tahu nak cakap sebenarnya.
Sunyi. Hanya ada bunyi mouse diklik-klik.
Aku bangun dan menuju ke pintu lungsur. Melangkah ke balkoni. Aku labuhkan punggung ke kerusi rotan.
Menatap pemandangan langit.
“nurul”
Aku dongak.
Arsyad sedang berdiri di pintu lungsur dengan laptop ditangan. Aku bangun. Dan arsyad mengambil tempat dikerusi rotan tadi. Aik? Dia nak biarkan aku berdiri macam ni jer ke? Aku pandang arsyad tak puas hati.
Saat aku nak melangkah semula ke dalam bilik, dia tarik tangan aku lembut. Langkah tadi terhenti.
“meh sini.”
Aku pandang dia. Nak duduk mana kalau dia dah conquer kerusi tu?
“mehla..”
Dia tarik lagi tangan aku. Rapat ke kerusi rotan dan akhirnya ke pangkuannya. Dia memeluk aku dari belakang dan laptop diletakkan ke riba ku. Kami sama-sama menatap laptop.
“taknak tengok gambar kahwin kita?”
Dia tekan keyboard. Terpampar gambar kahwin kami. Cepat pulak dia transfer.
“tadi, photographer hantar kat abang.”
Aku angguk.
“abang suka gambar nurul yang ni.”
Gambar dimana aku sedang membetulkan butang baju melayunya. Bila masa pulak kami ada berposing macam ni?
“ni gambar candid. Tapi abang suka sangat. Suka bila nurul betulkan baju abang dan pandangan nurul pada abang..menusuk kalbu.”
Aku tersenyum kecil. Menusuk kalbu? Rasanya masa tu aku rasa geram sebab butang baju tu taknak masuk dalam lubang. Penat mencuba. Last-last aku pandang muka arsyad. Macam nak give up. Mungkin masa tu photographer sempat snap gambar kami. Dan boleh pulak dia cakap pandangan menusuk kalbu.
Dia tak tengok lagi jelingan maut aku. Haha.
“taknak tahu kenapa abang panggil nama nurul? Bukannya awadah?”
“kenapa?” jari aku masih lagi ligat menekan papan keyboard. Kagum dengan gambar sendiri.
“sebab abang nak jadi orang pertama dalam hidup nurul. Nurul awadah. Orang pertama yang sebut nama nurul awadah. Bukannya awadah macam mak guna. Bukannya awan macam kak Ain guna. Abang nak jadi orang special dalam hidup nurul.. ”
“tapi abang nak jadi orang yang menggantikan mak dan kak Ain dalam hidup nurul. Abang nak jadi ‘mak’ yang panggil nama awadah dan abang nak jadi ‘kak Ain’ yang panggil nama Awan.”
Jari aku yang ligat tadi terhenti.
“abang nak ada disisi nurul. Sebagai suami, kekasih dan keluarga.”
Ayat sama yang pernah aku ucapkan dulu, di waktu pertemuan pertama kami.
Aku tatap wajah dia. Nampak ikhlas. Terus aku peluk Arsyad. Rasa terharu. Dialah orang pertama yang Berjaya menuturkan ayat itu. Dan dia jugak orang pertama yang Berjaya mengusik hati ini.
Dia membalas pelukan aku. Erat.
“terima kasih sebab terima abang.”
“abang tak ada masalah, kalau itu yang mengganggu fikiran Nurul.”
Aku leraikan pelukan. Tatap muka dia tak faham.
“tak faham”
“nurul pernah Tanya kak Ain, kenapa bekas tunang-tunang abang larikan diri sedangkan majlis nak dekat kan?”
Eh, mana dia tahu?
“nurul curious nak tahu. Manalah tahu abang ni ada masalah apa-apa. Dan untuk pengetahuan nurul, abang sihat. Kuat. Physical and mental.”
Terasa panas wajah aku. Macam mana dia tahu apa yang ada dalam fikiran aku? Lagipun masatu aku cakap dengan ain saja. Selebihnya, perkara-perkara ‘kuning’ hanya ada dalam kepala aku sorang jer.
“mana abang tahu?”
Dia sengih. Lebar.
“abang ada masa kak Ain call nurul dulu. Dan nombor phone tu sebenarnya abang punyer.”
Aku ternganga kejap.
Padanlah dia boleh tahu keputusan aku cepat sangat. Siap boleh cakap”assalamualaikum my wife” lagi.
Opss. Mesej pagi tu.
Aku pandang dia cuak. Dan arsyad sengih. Makin lebar.
“aku terima nikahnya dengan wan arsyad tu. Insya allah aku takkan lari macam ex tunang dia dulu. Kau kena ajar aku macam mana nak ambil hati mak. Dan kalau boleh macam mana nak ambil hati wan Arsyad tu. Doakan aku tak ganas terkam dia sudah!! haha Ops, ni rahsia mesej kita. Jangan kau nak gatal-gatal tunjuk kat orang lain. Amir pun jangan. Kalau aku tahu, aku cubit kau guna kuasa megatron nanti.”
“kalau nak test, abang free hari ni.” Usik Arsyad sambil gelak kuat-kuat. Dan aku? Rasa macam nak jerit kuat-kuat lepas tu lari sembunyikan diri.
Macam manalah aku boleh hantar mesej macam tu?
3
“malam ni dinner luar boleh?” aku pandang Arsyad yang sedang memandu. Dia kalih sekejap kemudian menumpukan kembali ke jalan raya.
“nak pergi mana?”
“abang decide.”
“ada restoran baru kat area puchong. Nak pergi sana?”
“boleh jugak. Tapi tak jauh ke nak drive? Kita kan dari bangi?”
“kenapa pulak dari bangi?”
Aku pandang arsyad. Dia pandang aku. Masih lagi riak hairannya.
“abang lupa yekh?”
“apa?”
“petang nanti kan kita ada meeting kat sana?”
Dia diam sekejap kemudian dia tepuk dahi.
“alamak. Lupa pulak.”
“boleh pulak dia lupa yang kita ni ada meeting bersama. Abang kan client Nurul. Lepas tu nak pergi tengok site kat bangi.”
Dia sengih panjang.
“sorry lupa sangat-sangat. Dah tua ni. Asyik lupa.”
“ingatkan abang dah lupa jugak yang abang ni dah tua?”
“ingatlah Nurul. Dah 35 tahun pun. Kak Ain yang berumur 30 tahun tu dah ada anak 3. Bilalah agaknya turn abang yekh?”
Aku terdiam kejap.
“nurul. Agak-agakla abang ada chance tak?”
“chance apa?”
Aku pandang dia. Dia pandang aku. Dah sampai ke depan bangunan kerja aku pun.
“tak apalah. Be safe. Jaga diri.”
Aku salam tangan dia. Kemudian dia balas cium kat pipi aku. Tak tersangka pulak yang dia akan sambung ke bibir.
Malu!
“take care.”
Aku angguk. Masih malu.
Aku menghantar kelibat keretanya sampailah menghilang disebalik kesesakan jalan raya.
Chance? Insya allah abang akan dapat chance tu.
Aku tersenyum lebar. Bahagia.
*****
“kenapa abang tengok Nurul macam tak puas hati kat meeting tadi? Kat site pun macam tu. Ada apa-apa yang jadi ke?”
Aku pandang dia. Kemudian mengeluh kecil.
“tak ada apa-apa. Masalah kerja.”
“tak nak share?”
Aku geleng. Tak penting pun.
Arsyad memberhentikan keretanya tiba-tiba. Aku pandang sekeliling. Stesen minyak? Aku pandang dia semula.
“abang nak isi minyak ke?”
Dia geleng.
“kenapa?”
“kenapa? Abang yang patut Tanya nurul.”
“eh?”
Dia tarik nafas.
“maslah kerja tu. Taknak share?”
“tak penting pun.”
“it is. Apa-apa tentang wife abang, penting.”
“tak apalah. Tak penting.”
“nurul.”
Aku tatap wajah tak puas hati Arsyad.
“betul ni. Tak ada apa-apa.”
Aku cuba senyum. Bukannya taknak share tapi masalah kerja. Normallah tu bila ada masalah antara pekerja. Masalah tak puas hati. Masalah masing-masing nak menangkan diri sendiri.
“okay, fine then. Abang penat. Kita balik terus.”
Eh.
Aku pandang wajah Arsyad. Tegang. Tiba-tiba terasa kecut perut. Dia marahkan aku ke? Nak bertanya tapi mulut ni macam dah bergam. Langsung tak bersuara. Hinggalah kami sampai ke rumah. Dinner skip.
Pintu rumah aku buka. Kunci disangkut ke tempat kunci. Arsyad dah awal-awal naik atas, masuk bilik. Tunjuk perasaan kah dia?
Aku mengeluh perlahan.
Kaki diatur menuju ke tangga. Pintu bilik ditolak. Kosong. Namun bilik air tertutup rapat. Ada bunyi air.
Aku melabuhkan tubuh atas katil. Tudung dileraikan dan disangkut ke birai katil. Badan dibaringkan. Penat. Seharian bermeeting. Bincang. Tengok site. Bincang lagi. Ingatkan balik malam ni boleh rehat. Bermanja-manja dengan arsyad.
Aku mengeluh perlahan.
Bukan niat taknak share tapi itu hal kerja.taknak bincang langsung pasal kerja bila dah balik rumah. Taknak campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. Lagipun aku dan arsyad dalam bidang sama. Skop kerja kami lebih kurang sama. Nanti mesti nak tegakkan pendirian masing-masing. Sudahnya gaduh. Aku taknak macam tu.
Aku terus tegakkan badan bila pintu bilik air dibuka. Arsyad keluar dengan hanya sehelai tuala dipinggang. Seksi meksi.
Aku tarik nafas.
Hal ni kena selesaikan jugak. Taknak berlarutan sampai esok pagi. Taknak bermasam muka. Tak seronok.
“abang.”
“nurul.”
Arsyad mendekati aku. Dia melabuhkan punggung disebelah aku.
“abang minta maaf.”
Aku hairan. Kenapa pulak ni?
Dia tatap aku tajam tapi lembut.
“abang sepatutnya tak boleh paksa nurul kalau nurul taknak share. Abang minta maaf.”
Aku genggam tangan Arsyad.
“bukan salah abang. Nurul pun bersalah jugak. Kita kan suami isteri, patutnya kena share. Nurul taknak..”
“abang takkan paksa nurul dah.”
“abang,”
“bagi abang habiskan dulu,”
“pengalaman hidup abang banyak ajar abang untuk berubah. 2 kali kena tinggalkan tunang, terasa perit. Mungkin salah abang. Tak concern sangat dengan diorang. Tak jaga betul-betul diorang tu. Sebab tu abang berazam dan abang didik diri abang untuk lebih concern. Abang cuba nak share apa saja yang ada kaitan dengan Nurul.”
“sebab tu suka sangat paksa orang?”
Dia senyum.
Aku dah terperasan perangai dia yang satu ini. Suka memaksa. Kena jugak kalau macam mana pun. Kalau dia bertanya, mesti bagi jawapan. Dan bukannya jawapan yang ‘cikai-cikai’
“abang tak berniat nak paksa Cuma abang kalau boleh taknak perkara sama berlaku lagi.”
“nurul kan dah jadi milik abang. Takkan boleh tinggalkan abang.”
“betul ni?”
Aku angguk pasti
“insya Allah selagi ada nyawa dalam badan ni, selagi tu nurul akan sentiasa ada disisi abang. Dan dihati abang.”
Arsyad senyum panjang. Hilang wajah kelat dia tadi.
“tapi, nurul langsung taknak share dengan abang ke?”
Aku gelak kecil. Tak habis lagi rupanya. Aku tarik nafas. Cakap jerlah kalau dia nak tahu sangat. Kalau tak, risau kalau bermasam muka lagi. Mana boleh!
“masalah kerja. Nurul bukannya taknak share dengan abang. Bukannya taknak cerita tapi nurul fikir, kita kan kerja benda sama. Mestila masalah kita pun lebih kurang sama. Yang beza, company lain-lain. Nurul taknak nanti kita pulak gaduh, nak tegakkan pendirian masing-masing. Dan nurul tahu, abang mesti nak menang. Kan?”
Terangku panjang lebar. Dan arsyad sengih panjang.
“masalah contruction. Biasalah, pasal bahan binaan. Kiraan lain-lain. Lepas tu, masalah budjet lari. Typical problem. Abang kan tahu semua tu?”
Arsyad angguk.
“so, still nak tahu detail ke?”
Dia senyap. Diam. Kemudian, geleng perlahan. Aku tarik nafas lega.
“abang minta maaf.”
“it’s okay. Abang bukannya buat apa pun.”
“so, kita okay ke sekarang?” aku pandang wajah Arsyad. Dia angguk.
“dah okay sangat-sangat. Dan abang rasa, nak share something dengan nurul”
Aku pandang dia. Arsyad angkat kening.
“jom. Share toilet dengan abang.”
Tangan aku dia tarik ke toilet. Tak sempat nak mengelak atau mengelat. Pasrah jerlah. Tapi dalam hati, berbunga-bunga bahagia. Giler sungguh aku ni!
*****
“abang. Pagi ni Nurul drive sendiri boleh?” cawan mila kuletakkan dihadapan dia. Nasi goreng kusendukkan dalam pinggan dan letak depan Arsyad.
“kenapa?”
“hari ni mungkin Nurul balik lambat. Ada hal kerja sikit.”
“hal kerja apa?”
Aku tarik nafas.
“ada projek baru semalam. Lepas tu Nurul kena incharge. Maksud Nurul, the whole project.”
“sebelum ni bukan ke nurul yang incharge? Projek dengan company abang tu pulak macam mana?”
Aku duduk berhadapan dengan Arsyad. Hati dah tak sedap. Janganlah bermasam muka pagi-pagi macam ni.
“projek company abang tu, nurul incharge bahagian supplier dengan budjet saja. Lain-lain yang major, boss yang settlekan. Semalam, boss call cakap ada projek masuk. Dia nak bagi peluang pada Nurul untuk take care project tu.”
“tak boleh bagi orang lain ke? Nurul kena settlekan projek company abang dulu.” Ujar Arsyad. Masih tak puas hati dengan penerangan Nurul.
“kalau boleh, Nurul sendiri yang nak try ambil project tu. Nak cuba bakat. Mana tahu, next time ada project lain yang masuk, Nurul dah pandai take over. Peluang macam ni tak selalu ada, abang.”
“lagipun projek company abang tu dah nak siap. So, Nurul tak rasa akan bagi effect pada projek tu.” Sambung ku lagi.
Arsyad mengeluh perlahan.
“kalau abang ambil dan abang tunggu Nurul siap, tak boleh ke? Lagi senang kalau drive satu kereta.”
“memanglah senang tapi kan lebih mudah kalau kita drive sendiri? Just in case kalau ada apa-apa, senang.”
“apa maksud Nurul kalau ada apa-apa?”
Aku pandang dia. Tak puas hati.
“just in case balik lambat.”
“not that what you meant just now.”
Aku terpaku sebentar. Tak sangka, terlalu rancak perbincangan kami sehinggakan tutur bicara Arsyad dah berubah tone. Tegas.
Aku tarik nafas.
Cuba beralah.
“tak apalah. Nurul ikut abang.”
Aku bangun dan mengemas meja makan.
“abang tunggu Nurul sekejap.” Aku melangkah ke sinki. membasuh tangan. Saat aku melangkah ke ruang tamu, Arsyad sudah tiada di meja makan.
Bunyi kereta mengejutkan aku.
Arsyad dah pergi?
Tak lama kemudian, bunyi mesej dari handphone ku.
-abang gerak dulu. Tiba-tiba ada hal penting. Nurul drive sendiri-
Aku mengeluh lagi. Jam baru saja pukul 7 pagi. Apalah hal penting sangat tu sampaikan aku nak salam tangan dia pun tak sempat.
Kemudian, masuk lagi mesej.
-I’m sorry. Abang tak berniat nak tinggi suara or marah Nurul. Sorry, sayang-
Hati yang gundah tadi kembali tenang. Senyuman kembali terukir di bibir.
Entah kenapa hal kecil macam ni pun kami boleh bergaduh dan bermasam muka.
*****
Jam sudah menunjuk ke jam 6.30 petang. langit pun dah bertukar warna. Aku berjalan mendekati kereta yang terletak dihujung parking lot. Aku melintasi deretan kedai diseberang jalan. Bau masakan membuatkan perutku berkeroncang. Nak jugak singgah makan tapi bila teringatkan Arsyad yang mungkin dah sampai di rumah kami, terpaksa aku batalkan hasrat. Nanti boleh ajak dia makan malam sekali.
Aku terpandang sebuah kedai bunga. Idea!
Aku membelikan sejambak bunga rose merah. 3 kuntum. Cukuplah untuk menyampaikan hasrat hati aku kepada Arsyad. Erm, wangi.
“hye.”
Aku pandang lelaki yang menyapa aku. Macam kenal.
“tak ingat I dah?”
“micheal.” Aku tunduk sebagai hormat kepada dia.
Micheal, client aku petang tadi. Projek besar pertama yang bakal aku take over. Secara keseluruhannya. Terasa gerun dan gabra jugak sebab ini pertama kali aku mendapat peluang sebegitu. Selama ni, semuanya dipantau oleh boss. Dan kini, segalanya atas bahuku seorang.
“baru balik?”
“aah. You?”
“same here. Ada date dengan my wife. Flower? For your husband?”
Aku angguk sambil tersenyum panjang.
“he’s lucky.”
Aku jungkit kening.
“your wife pun bertuah dapat you sebagai husband. Send my regard to her.”
“I will.”
Kami mengucapkan selamat tinggal. Aku menyambung kembali langkahku. Namun, terhenti.
Aku terpaku apabila melihat satu tubuh itu sedang tepat memandang ku. Tajam bagaikan helang. Macam nak makan orang!
Aku dah kecut perut.
Janganlah dia fikir yang bukan-bukan.
“abang.” Aku maniskan muka. Taknak Nampak gabra sedangkan aku tahu aku tak bersalah.
Aku hulurkan tanganku untuk bersalam. Tapi dia masih lagi tegak.
“bunga dari boyfriend?”
Aku pandang bunga di tangan. Bila masa pulak? Sedangkan aku beli ni untuk dia. Jangan kata dia dah fikir yang buruk-buruk.
“padanlah beria sangat nak drive sendiri. Lepas tu cakap kalau ada apa-apa. Tak sangka pulak Nurul ada hal macam ni? Siap ada bunga lagi.”
“abang dah salah faham ni.”
“abang salah faham?” dia senyum sinis.
Hati aku dah terguris, berdarah bila tengok riak Arsyad.
“abang tak buta.”
Sungguh aku terasa hina dan dah tak bernilai disisi dia. Ya, aku tahu mungkin riak dan kata-katanya tak sekejam mana, tapi saat aku tahu kecurigaannya pada diriku, hati ini dah berkecai.
Dia orang pertama yang ada dalam hati aku. Dan dia orang pertama yang aku berikan hati ini. Tapi kerana hanya tuduhan kecilnya itu, aku jadi lemah.
Aku hulurkan bunga itu kepada arsyad. Tak ada tanda-tanda untuk dia sambut huluranku itu. Aku tarik tangannya dan letak di genggamannya. Namun dia langsung tak sudi untuk terus pegang bunga itu. Dan akhirnya bunga itu melurut jatuh ke kaki kami.
Aku pandang sepi bunga itu. Bunga yang tadinya ku beli untuk tunjukkan rasa cinta dan sayang aku. Bunga yang kini jatuh ke tanah, bagaikan tak ada nilai langsung!
Airmata yang bertakung mula membanjiri pipi. Aku sapu perlahan.
“bunga tu Nurul beli untuk tunjuk rasa cinta Nurul pada abang. Rasa ikhlas nurul untuk terima abang.”
“lelaki yang abang Nampak tadi, hanyalah client Nurul. Dah ada wife pun. Dan kalau abang tak percaya, wife dia tu, kawan Ain. Nurul jumpa dengan dia pun secara tak sengaja. Tak salah kan kalau nurul hanya nak berborak kosong? Takkan nak sombong antara manusia?”
Aku tarik nafas dalam.
“abang memang tak buta mata. Tapi abang buta hati. Nurul tahu abang serik dengan apa yang jadi dulu dan abang cuba baiki diri sendiri. Tapi takkanlah tak ada sedikit pun rasa yakin abang pada Nurul? Pada wife abang ni? Takkanlah tak ada langsung rasa percaya dan yakin abang pada Nurul?”
“nurul bukannya angel. Yang mampu bersabar. nurul cuba abang. Nurul cuba. Tapi, kali ini nurul tak mampu. Maafkan nurul.”
Aku dekatinya dan mencium kedua belah pipinya. Kemudian, aku berundur setapak. Memmberi senyuman manis untuknya. Dan aku terus berlalu.
Aku betul-betul tersentuh dengan sikap Arsyad tadi. Aku tahu, Nampak simple dan seharusnya aku tak boleh terus melenting. Aku harus sabar!
Namun aku tak mampu.
Bagiku, Arsyad, suamiku itu, adalah cinta pertama. Orang pertama bertakhta dalam hati. Dan bila cinta pertamaku meragui diri ini, aku jadi kalah.
Bagaikan kalah dalam peperangan yang belum wujud lagi.
4
Seminggu ber’perang’ dengan arsyad memang menyakitkan hati. Perang dingin. Silence treatment.
Setiap pagi aku masih menyediakan sarapan untuknya.tak pernah miss. Kami masih lagi makan berdua di meja makan itu. Masih lagi bersolat jemaah. Namun mulut kami bagaikan senyap. Bagaikan hilang.
Setiap petang, aku akan cuba pulang awal walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan. Nasib baik boss dan micheal tak pernah mengungkit atau memberi komen negative. Malah mereka terus menyokong aku dan membantu aku dalam projek micheal.
Setiap malam, Arsyad akan menghabiskan masanya di bilik bacaannya selepas makan malam. Membiarkan aku menonton televisyen bersama kertas-kertas kerjaku. Kadang-kadang aku akan tertidur di sofa tapi bila bangun paginya, aku dah elok ada atas katil dengan tangan Arsyad melingkari kemas di pinggang.
Dia masih lagi melayanku mesra namun suara itu tetap beku. Suaraku tetap beku.
“assalamualaikum Ain.”
“waalaikumussalam. Kenapa dengan kawan aku ni? Tak ceria jer?”
Aku senyum kecil. Air mata ku tahan dari menitis.
“hye..kau okay tak ni?” Tanya ain lagi apabila aku lama berdiam dihujung talian.
“aku okay.”
“kalau okay, kenapa serak suara tu? Kau okay tak sebenarnya ni?”
“aku okay. Cuma kerja stress sangat.”
“awan. Tak payah nak tipu aku. Selama ni, ada jer kerja yang lagi stress tapi tak pernah-pernah kau call aku, menangis macam ni.”
“arsyad ke?” tembak ain. Aku diam. Ain mengeluh.
“aku syiff sampai petang ni. Nanti aku datang rumah kau.” Putus ain bila aku diam lagi.
“tak apalah Ain. Aku saja nak call kau. Rindu dengan suara kau.”
“kau jangan nak mengada. Tunggu aku petang karang”
“ain. Tak payah. Aku ada hal petang nanti. Kena pergi johor.”
“berapa lama?”
“2hari.”
“arsyad dah tahu?”
“erm.” Macam mana nak bagitahu kalau dua-dua pun tak nak cakap. Sudahnya aku hanya menghantar sms kepadanya.
“kau tak bagitahu dia?”
“aku dah ada kat airport. Tengah tunggu flight.”
“what? Awan! “
Aku gelak kecil. Terhibur sedikit dengan jeritan Ain.
“ain. Aku rindu kau.”
“awan.” Suara ain dah berubah rentak. Sendu seperti aku.
“kau tak apa-apa kan?”
“aku okay. Jangan bimbang. Aku saja nak call kau. Nak cakap dengan kau. Rindu sangat.” Aku senyum nipis.
“dah sampai johor, bagitahu aku. Call aku tau!”
“okay.”
“janji dengan aku. Awan!” jerit ain lagi. Aku gelak. Budak ain ni kan, kalau tak jerit memang tak sah. Macam manalah dia handle pesakit.
“aku cakap elok-elok. Boleh pulak dia gelak. Awan, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
“aku dengar la. Loud and clear madam.”
“kau ni kan.”
“ain.”
“kenapa?”
“thanks.”
“awan. Janganlah buat suara sedih macam tu. Tak senang hati aku, tahu tak? Patient aku ni dah tengok pelik. Mesti dia hairan tengok dr ain yang sekejap menjerit lepas tu sedih-sedih pulak. Tak pasal-pasal aku kena hantar masuk wad jiwa. Kau tau tak?!”
Aku gelak lagi.
“okaylah. Aku dah nak masuk ni. Nanti aku call kau lagi. Assalamualaikum.”
Aku pandang handphone dengan pandangan kosong.
Bukannya Asyad tak tahu aku kena pergi johor. Tahu sangat sebab company dia yang hantar aku. Ada masalah dengan supplier.
Nombor arsyad ku dail.
“assalamualaikum, abang.”
Senyap. Tiada suara arsyad namun aku tahu dia ada di hujung sana. Aku tarik nafas
“nurul nak bagitahu yang nurul kena pergi johor. 2 hari. Tadi nurul dah hantar mesej.” Aku diam. Menunggu balasan arsyad namun tiada. Masih senyap.
“nurul..”
“wait for me.” Balasnya pendek kemudian dia off kan handphone. Aku terpinga-pinga.
“nurul.”
Aku berpaling ke belakang.
Arsyad?
Bila dia sampai?
“jom.”
Beg roda kecil ditangan kiriku ditariknya. Dan tangan kanannya memegang erat tanganku.
Dan aku tersenyum panjang sepanjang langkah kami ke pesawat.
*****
2hari di johor. Tak sangka pulak yang Arsyad akan pergi johor jugak. Company dia hantar.
Dan kini, aku pulang ke rumah kami semula. Hanya Arsyad di johor sebab ada lagi hal yang tak selesai. Mungkin 2 hari lagi dia akan berada di sana.
Tinggallah aku sorang-sorang. Cuti masih berbaki sehari. Rasa sunyi dalam rumah besar ni. Tak ada teman untuk berbual. Bosan!
Aku melangkah ke dapur. Cuba mencari makanan untuk makan. Lapar.
Aku pandang cabinet yang penuh dengan bahan membuat kek. Dulu aku yang beli, sebab teringin sangat nak bake cake. Habis semua bahan-bahan cake aku beli. Siap dengan acuan muffin lagi. Nasib baik dah ada oven kat rumah Arsyad. Kalau tak, ada jugak yang aku beli oven.
Tapi malangnya masa tu tak terbuat kek. Tak sempat.
Sekarang ni, rasa macam sesuai pulak kalau nak bake. Okay set. Hari ni kita membuat kek!
Aku berlari naik atas untuk mengambil laptop. Langkah pertama, kenalah cari resipi. Pinjam pakcik google sekejap.
Okay, done. Dah jumpa menu apa. Nampak sedap cheesecake ni. Resipi pun okay, tak rumit sangat. Bahan-bahan dah cukup semua.
Aku bukak folder lagu. volume set pada maksimum. Music sangat diperlukan bila membuat kerja-kerja dapur. Lebih-lebih lagi bila keseorangan macam ni. Taklah rasa macam sunyi sangat.
Cut up and I can't feel my hands
No need to chase
Can you relate?
Can you keep up the pace like you're dying for this?
And when you say "I'm not okay,"I left my phone in the cab
Now you can't get me
I'm only getting started
I won't blackout
This time I've got nothing to waste
Let's go a little harder
I'm on fire
I won't blackout
I'm on my way
I'm only getting started
And I can't see your face
Cigarette the wrong way
Inhale to the top of my lungs
I'll be dying for this
And when you say "I'm not okay,"I left my phone in the cab
Now you can't get me
I'm only getting started
I won't blackout
This time I've got nothing to waste
Let's go a little harder
I'm on fire
I won't blackout
I'm on my way
I'm only getting started
I won't blackout
This time I've got nothing to waste
Let's go a little harder
I'm on fire
I won't blackout
I'm on my way
I'm only getting started
This won't stop 'til I say so
This won't stop 'til I say so
This won't stop 'til I say so
Going and going and going and going and go
This won't stop 'til I say so
This won't stop 'til I say so
This won't stop 'til I say so
Going and going and going and going and go
Next lagu pulak. Best la layan lagu macam ni.
Woah Woah
Now listen to me baby
Before i love and leave you
They call me heart breaker
I don't wanna decieve you
If you fall for me
I'm not easy to please
I'mma tear you apart
Told you from the start, baby from the start.
I'm only gonna break break ya break break ya heart. (x4)
Now listen to me baby
Before i love and leave you
They call me heart breaker
I don't wanna decieve you
If you fall for me
I'm not easy to please
I'mma tear you apart
Told you from the start, baby from the start.
I'm only gonna break break ya break break ya heart. (x4)
Woah woah
Theres not point trying to hide it
No point trying to erase me
I know i got a problem
By doing this behavour
If you fall for me
I'm not easy to please
I'mma tear you apart
Told you from the start, baby from the start.
I'm only gonna break break ya break break ya heart. (x4)
Penat dah menari. Berkaraoke. Dan akhirnya siap jugak cheesecake ni. Alhamdulillah. Tunggu nak masak dan boleh makan. Dapur yang berselerak aku kemaskan. Apa yang patut dibasuh, aku bawak ke sinki. tepung yang tak habis guna aku masukkan dalam bekas dan simpan dalam cabinet.
Buah strawberry aku dah siap-siap potong dan letak atas kaunter. Nanti bila cheesecake dah masak, boleh terus hias. Tak sabar nak tunggu masak!
Aku pandang dapur yang Nampak kemas. Puas hati dengan hasil tangan sendiri yang sebelum ini tak pernah-pernah nak rajin kat dapur. Aku jenguk oven. Ada lagi setengah jam nak masak. Alahai, kenapalah lambat sangat. Dah lapar benar ni.
Aku pegang perut. Aku cuba fikir, apa yang aku dah makan yekh? Kenapa rasa macam kosong sangat ni?
Alahai, takkanlah gastric lagi? Rasanya dah lama tak kena gastric sebab aku selalu jaga makan. Cuma, sejak kebelakangan ni jer makan tak teratur. Yelah dah berperang dengan Arsyad. Mana sempat nak fikir perut sendiri. Asyik fikir tentang arsyad. Dia dah makan ke? Dia sihat tak? Diri sendiri tak fikir pulak. Iskh. Iskh.
Takapalah, dah siap cheesecake nanti aku makanlah. Sekarang, badan dah penat sebab baking. Nak tidur kejap. Cheesecake tu biar jer dalam oven. Dah siap nanti, mesti berbunyi kan? Lepas tu oven tu mesti off sendiri sebab dah set timing dia.
Aku rebahkan badan atas sofa. Bantal kecil dijadikan alas. Lagu kat laptop lupa nak offkan. Tak apalah. Biarkan jer. Aku dah penat sangat ni.
Biasanya bukan senang nak tidur bila badan penat. Tambah pulak, waktu siang macam ni. Tapi entahla, rasa macam nak tidur. nak tutup mata. Nak berehat.
*****
Erm. Wanginya. Bau apa ni? Bau cake manis. Ada bau arsyad jugak. Alahai, dah rindu sangat sampaikan dalam mimpi pun bau arsyad. Tapi kenapa ada bau manis sangat ni?
Aku bukak mata.
Tak ada apa-apa pun depan mata ni. Aku kelip-kelip mata, cuba berfikir. Apa yang aku dah buat sebelum tidur tadi?
Ha. Cheesecake aku!
Terus aku bangun dan berlari ke dapur. Tapi tak sempat nak sampai dapur, aku terduduk kembali. Kepala pening. Itulah padahnya bila bangun tidur terus berlari. Darah tak sampai otak lagi. Iskh. Iskh.
Aku goyang-goyang kepala. Gerakkan badan sikit. Bila dah rasa stabil semula, aku bangun dan menuju ke dapur. Aku terkaku kejap.
Macam mana cheesecake boleh tersiap elok atas kaunter tu? Strawberry pulak elok bersusun atas cheesecake tu. Siapa yang pandai-pandai keluarkan cheesecake tu dari oven? Lepas tu baik hati pulak nak hias cantik-cantik.
Music yang kuat tadi dah senyap.
Hati aku jadi berdebar-debar. Jangan kata ada orang ceroboh masuk time aku tidur tadi.
Pisau di rak aku capai. Bersedia dengan segala kemungkinan yang dah ada dalam kepala aku.
Aku berjalan perlahan ke ruang tamu. Mengimbas. Mencari kalau-kalau ada tanda-tanda pencerobohan.
Tiada. Pintu dengan tingkap masih elok tertutup. Cuma langsir terbuka sikit. Sama macam yang aku buat pagi tadi.
Aku pandang tingkat atas. Ada pencuri ke atas tu?
tangga dipanjat. Satu persatu. Berhati-hati. Pisau masih elok ditangan.
Aku berhenti didepan pintu bilik utama. Bilik aku dengan Arsyad. Ada bunyi bising dalam tu. Aku telan liur. Apa si pencuri tu buat dalam bilik kami? Bukannya ada barang berharga pun. Aku tarik nafas. Cuba menjadi berani dalam rasa takut.
Perlahan aku tolak pintu bilik yang terbuka sedikit itu dengan kaki. Perlahan.
“boo!”
“arghhhh”
Aku tutup mata. Tangan yang ada pisau dah meliar-liar. Tak kira. Pencuri tu kena terima balasan sebab ceroboh rumah aku. Tak kira.
Pergelangan aku dipegang erat. Pisau ditangan dah jatuh. Hati aku dah berdebar sangat-sangat. Janganlah ada apa-apa yang jadi kat aku.
“nurul!”
“abang! Tolong nurul! Abang!”
Aku cuba meronta meminta tolong. Siap panggil nama arsyad lagi. Aku tahu, manalah arsyad nak dengar bila dia ada kat johor sana dan aku ada kat Selangor ni. Mata aku still tertutup. Tak berani nak buka nak tengok muka penceroboh tu.
“nurul!”
“abang tolong nurul. Nurul taknak mati lagi nurul banyak buat salah kat abang. Nurul sayangkan abang. Nurul tak bagi anak kat abang lagi. Abang!! Tolong!”
Aku dah meracau-racau. Lantaklah apa yang aku cakap, asalkan ada orang dengar jeritan aku ni. Asalkan ada orang tolong aku bergelut dengan penceroboh ni.
“nurul. Bukak mata tu!” jerit penceroboh. Siap tampar pipi aku.
“taknak. Kau orang jahat. Lepakan aku! Tolong!!”
Penceroboh tu tarik tangan aku rapat ke badan dia. Aku jadi lebih ‘cuak’. Apa dia nak buat ni? Janganlah dia buat perkara tak senonoh. Aku taknak!!
“nurul! Bukak mata. Tengok abang ni.”
Boleh pulak penceroboh tu menyamar jadi arsyad. Aku tahulah suami aku. Tak macam kau.
“nurul!” suara penceroboh tu semakin kuat. Tegas. Nyaring. Dan aku, semakin rapat menutup mata. Takut nak tengok.
Tiba-tiba tubuh aku diangkat. Alamak! Dia nak buat apa ni?
Terasa tubuh aku diletakkan diatas katil. Tangan aku masih lagi erat digenggam penceroboh.
“nurul. Bukak mata. Tengok abang ni. Nurul, please.” Rayu dia lagi.
Tiba-tiba..
Terus saja aku buka mata. Geram. Rasa macam nak tendang kuat-kuat penceroboh tu. Rasa macam nak pukul-pukul badan dia. Berani dia curi kiss aku??
Eh.
Aku tergamam kejap.
Arsyad?
“nak suruh abang kiss dulu baru nak bukak mata tu?”
Aku tatap muka arsyad yang rapat tak sampai seinchi itu. Aku tengok mata dia. Hidung dia. Bibir dia. aku scan lagi wajah arsyad. Biar betul, arsyad ada depan aku?
Aku tak mimpi kan?
Sekali lagi.
Aku tergamam.
“please. Jangan tenung abang macam tu.” Bisik arsyad. Dia memeluk ku erat. Sangat erat.
“betul abang ni?”
“nurul tak mimpi kan?”
Dia leraikan pelukan tadi dan tatap wajah aku. Wajah kami sangat rapat sampaikan nafasnya terasa hangat dipipiku.
“nak abang buktikan ke?”
Aku pandang arsyad tak percaya. Sejak bila dia balik? Kenapa aku tak sedar?
“sayang. Abang rindu.”
dia terus mengeratkan pelukan kami. Dan aku hanya kaku. Tak mampu untuk menolak. Dan akhirnya aku tenggelam dalam pelukannya. Dalam kasih sayangnya.
*****
“bila abang balik?”
Aku tatap wajah Arsyad. Kemudian tunduk semula. Tak tahan tengok muka nakal dia. Gatal sungguh!
“ingatkan boleh hadiah peluk cium dari wife abang. Sekali, dapat hadiah pisau. Nasib baik tak kena tikam tadi. Kena ‘sipi-sipi’ jer. Kalau la.”
“kena ke tadi?”
Aku terus bangun dari baring dan belek-belek tangan Arsyad. Ada kesan pisau sikit. Nampak macam kesan paper-cut. Nasib baik.
“sorry.”
Arsyad tarik aku dalam pelukannya semula. Erat. Dia tarik nafas dalam. Kemudian, dahiku diciumnya.
“abang minta maaf.”
Aku pandang dia. Tak faham.
“hati abang ada curiga untuk Nurul. Jealous bila ada lelaki lain yang cakap atau dekat dengan Nurul.”
Aku diam. Masih teringat hal petang itu. Malah kalau diikutkan kami masih lagi dalam tempoh perang dingin. Tapi rasanya dah tamat tempoh itu bila arsyad ‘menyerang’ aku tadi. Dan sekarang dia dah bukak mulut dia. Bercakap. Dan tak bisu.
“bukannya tak yakin. Bukannya abang tak percaya. Tapi entahla..” dia berjeda. Aku hanya diam. Menunggu segala bicaranya.
“abang masih takut.”
Aku tarik nafas.
“apa yang abang takut?”
Aku tatap wajah itu. Dia diam.
“nurul dah jadi hak milik abang. Zahir dan batin. Apa lagi yang abang takut?”
“abang takut kalau nurul tinggalkan abang.”
Aku tarik nafas lagi. Susah jugak nak handle Arsyad yang macam dah trauma. Yelah, 2 kali kena tinggalkan oleh tunang disaat majlis perkahwinan hampir menjelma. Kalau aku pun, trauma jugak. Mungkin sampai tak percayakan kaum lelaki. Mungkin jugak.
“boleh Nurul Tanya sesuatu?”
“apa dia?”
“macam mana abang boleh nak kahwin dengan Nurul?”
Dia diam. Berfikir.
“bila tunang abang yang kedua tu tinggalkan abang, abang hampir putus asa. Abang cuba untuk cari jawapan kenapa. Tapi abang gagal. Dan bila kak Ain dan mak nak jodohkan kita, abang jadi ragu-ragu. Boleh ke kita bertahan? Boleh ke Nurul sentiasa di sisi abang? Takkan tinggalkan abang?”
“abang jadi prejudis. Segala tentang Nurul buat abang curious dan counsciuos. Dengan siapa Nurul bekerja. Dengan siapa nurul bercakap, berbual dan bemesra. Dengan siapa nurul makan lunch setiap hari. Dengan siapa nurul bercakap telefon. Semua. Everything”
Aku terkedu sebentar. Tak sangka, macam itu sekali pemikiran Arsyad. Memang chronic.
“abang rasa nak kongkong semua tingkahlaku nurul. nak kawal setiap pergerakan nurul. Rasa nak ikat nurul ketat-ketat, taknak bagi nurul lepas.”
Aku gelak kecil.
Arsyad pandang aku. Dia tarik muka. Kecik hati.
“sorry. Tak sengaja. Cara abang cakap macam budak kecik.”
Dia eratkan lagi pelukannya.
“biarlah kalau nak cakap abang ni macam budak kecik, hitler. Tak kisah. Asalkan abang tahu yang Nurul takkan lari dari abang.”
Dia hembus nafas. Kasar.
“abang bukannya tak percaya langsung kat Nurul. Bukannya tak ada rasa yakin tu. Cuma, abang takut pada diri sendiri. Takut abang tak dapat jaga Nurul, sampaikan Nurul lari.”
Aku bangun dari baringan. Duduk menghadap. Aku capai tangan Arsyad dan letak didada.
“dengar tak jantung Nurul?”
Dia angguk.
“kuat?”
Dia angguk lagi.
“percaya dan yakin, yang jantung Nurul ni kuat berdegup bila ada dengan abang. Hanya wan Asryad. Dan bukannya pada siapa-siapa.”
Dia senyum. Dia kembali peluk aku. Aku pulak, rela saja. Bukannya selalu dapat peluk Arsyad.
“nurul tahu susah nak buang perasaan prejudis dan negative tu, tapi kita berdoa dengan DIA. Supaya hati ni tetap.”
“thanks, sayang.”
“abang kena janji dengan Nurul.”
“apa dia?”
“janji tak boleh cemburu buta. Janji tak boleh nak tuduh sebelum dengar penjelasan. Janji tak boleh emo-emo?”
Dia gelak kecil.
“insya Allah abang cuba. Bukannya abang taknak janji tapi abang takut, kalau-kalau tak dapat nak penuhi janji tu. Abang manusia lemah. Yang kalah dengan dugaan syaitan. Insya allah, abang cuba, sayang.”
Aku senyum senang. Cukuplah kalau aku tahu dia sedang mencuba. Dan aku tahu hakikat itu. Kalau tak, takkanlah dia dulu yang menamatkan perang dingin kami.
“thanks sayang.”
“nurul.”
“abang laparla.”
“abang tak makan ke tadi?”
“tak sabar nak balik rumah tengok wife abang. Nak pujuk wife. Sampaikan lupa nak makan.”
Aku pandang wajah dia. Kasihan. Tapi aku jugak kasihan. Tak makan sebab rindukan dia jugak.
“nurul pun lapar jugak.” Rengek ku perlahan. Dalam diam, cuba menggoda Arsyad.
“what?” suara Arsyad meninggi
Aku tergamam. Kena marah. Aku mula tarik muka.
“sorry. Tak sengaja marah. Kenapa Nurul tak makan? Nurul tahu kan yang nurul ada gastric. Kalau tak makan macam mana? Dah, jom. Kita makan.”
Arsyad tarik tanganku untuk bangun. Aku hanya mengeraskan badan.
Tiba-tiba rasa emo pulak bila kena marah. Bukannya teruk pun kena marah tu. Iskh. Air mata ni pulak mengada nak keluar masa ni.
“laa. Kenapa menangis?”
Dia sapu airmata aku.
“jom. Kita turun makan. Abang masakkan. Okay?”
Dia mencempung badanku. Lantas aku memeluk lehernya dan membenamkan kepalaku ke dada. Rasa nak bermanja-manja.
“manja pulak wife abang ni.”
Dia letakkan aku di kerusi kaunter. Kemudian, membuka peti.
“makan roti dulu. Lepas tu makan ubat ni. Nurul kena tunggu abang masak dulu, baru boleh makan berat. Okay?”
Aku angguk. Roti gardenia dicapai dan disumbat dalam mulut. Memang perut aku dah rasa perit sebab tak makan. Teh panas yang dihulur arsyad ku sambut dan disisip perlahan. Ubat dicapai pulak dan dikunyah. Air teh aku minum lagi sampai habis.
Dr ain, merangkap kawan baik aku tu pernah pesan, kalau gastric, minum susu cepat sikit baiknya. Tapi perut aku taknak bekerjasama dengan air susu. Lagi teruk jadinya. Air teh panas jugak jadi penyelamat.
Aku perhatikan Arsyad yang sedang khuysuk memotong sayur. Ayam dah dipotong dadu. Gaya macam nak masak bubur. Aku leka sangat tengok dia. Rasa bahagia.
Cheesecake disebelah aku pandang penuh makna. Timbul pulak idea nakal.
Aku cuit cheesecake dengan tangan kanan kemudian bangun senyap-senyap. Senyuman dah panjang lebar.
“tada.”
Aku cuit ke pipi arsyad.
Dia pandang aku dengan rasa hairan. Pisau diletak tepi. Kemudian, dia pegang pipi yang aku cuit tadi. Dia pandang aku tak percaya. Aku angkat kening. Double jerk.
“sayang!”
Aku gelak sambil lari ke ruang tamu.
“be prepare to be eaten, my wife”
“janji nurul nak bagi abang anak still open kan?”
Arsyad dah buang apron ke lantai. Tangan dibasuh dan bersiap sedia untuk membalas dendam.
Aku gelak dan terus gelak. Bahagia walaupun perut still rasa pedih. Tak apa, yang penting hati gembira dan bahagia. Betul tak?
5
Aku mengetuk-ngetuk jari ke meja laptop. Rasa macam kurang bijak pulak bila bertanyakan soalan yang paling tak bernas ni pada pakcik google. Tapi kalau aku taip, agak-agakla keluar tak jawapan?
Aku gerak jari sekejap. Berfikir.
Cuba dulu. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak, kita fikir jalan lain.
Tips untuk mengatasi cemburu.
Waa. Banyak pulak jawapan yang berkaitan. Nak kena bukak setiap link ni ke? Jenuh jugak kalau buat perkara yak berapa nak bernas ni. Tapi, kalau aku tak buat, macam mana nak cari penyelesaian. Betul tak?
Redah jerlah. Yang penting aku ada usaha untuk cari jalan penyelesaian.
“nurul.”
“oh mak.”
Aku terkejut. Cepat-cepat aku larikan mouse dan pangkah semua window yang aku bukak tadi. Sekelip mata saja dah kosong. Tinggal window yang ada facebook saja. Tak sangka, cekap jugak tangan aku bekerja ni.
“nurul buat apa ni?”
Arsyad mendekatiku. Tangannya diletakkan ke bahu dan kepala menunduk. Memandang skrin laptop. Kemudian dia pandang aku hairan.
“apa yang nurul buat ni?”
Aku sengih. Takkanlah nak berlaku jujur kat arsyad? Mahu kena gelak nanti. Tapi, kalau tak cakap mesti kena soal-siasat.
Arsyad pandang aku lagi. Dia angkat kening. Dan aku masih lagi sengih. Betul-betulkan rambut. Buat gaya menggoda, bagi kasi cair tahap coklat cadbury.
“okayyyy..”
Aku dah tegakkan badan bila ada nada Arsyad. Ada tanda-tanda tak baikkah?
“bukan. Bukan..”
Aku garu kepala. Nak kena cakap ke? Arsyad pandang aku tajam. Tapi aku rasa macam Nampak saja dia nak gelak. Bibir tu dah terangkat-angkat.
“abang Nampak ke apa yang Nurul buat tadi?”
Dia angguk.
“apa yang abang Nampak?”
“erm..apa yang abang nampak? Rasanya abang pandai lagi baca apa yang nurul taip tadi. Apa yekh? Tips untuk..”
“abang!”
Aku bangun dan cepat-cepat telekup mulut Arsyad. Malulah bila orang tahu. Padahal hanya aku dengan arsyad saja kat rumah ni.
“abang Nampak la. Saja nak usik nurul tadi.”
Aku tarik muka. Saja nak bagi aku malu, tau.
“dapat tak jawapan yang nurul nak tu?”
Aku geleng. Mana sempat nak khatam semua link tadi. Baru saja klik, lepas tu kena sergah oleh encik Wan Arsyad ni.
“meh sini.”
Arsyad tarik tangan aku ke sofa. Kemudian dia duduk.aku pulak diribanya.
“abang bukannya jenis kuat cemburu tau.”
Aku jeling maut bila dengar dia cakap macam tu.
“okay. Salah. Bagi abang betulkan ayat. DULU abang bukannya jenis kuat cemburu. sekarang ni jer yang kuat jealous. Itupun sebab Nurul.”
“la. Kenapa pulak Nurul yang salah?”
“yelah. Nurul kan perfect wife untuk abang. Manalah boleh tahan kalau ada apa-apa. Mestilah abang kena protect.”
“tapi, OVERPROTECTIVE.”
Arsyad gelak.
Aku tarik nafas.
Dulu, Ain pernah cerita kat aku yang arsyad ni sebenarnya baik sangat. Cuma bila dah kena tinggalkan oleh bekas-bekas tunang, dia jadi insecure. Nak salahkan dia ke sebab rasa insecure tu? Tapi, aku pun kasihan diri sendiri jugak sebab kuat sangat cemburu si suami tu. Tak larat nak melayan. Padahal, dia jugak yang pujuk aku. Yang cairkan hati aku ni.
“abang kan tengah dalam tempoh percubaan ni.”
“nurul tahu. Just nak tolong abang jer. Itu yang rajin bertanya pada pakcik google.”
“pak cik google tu bukannya boleh percaya sangat.”
“eh. Dia banyak bantu Nurul tau. Nak cari resipi pun boleh. Mantap tau.”
Arsyad gelak. Kuat.
“yelah. Yelah. Marah pulak isteri abang ni bila kutuk pakcik google dia.”
“tak marah Cuma cakap. Kenapa? Abang jealous ke?”
Aku kalih ke arah arsyad.
“taknak jealous mengarut dah. Abang kan dah berazam nak berubah.”
“abang nak jadi wan arsyad yang baik macam dulu. Yang pandai control perasaan. Yang takkan cemburu buta. Yang takkan ikut emotion sangat. Yang..”
Aku letakkan jariku ke bibirnya. Menghalang dari dia terus berkata-kata.
“nurul tak perlukan janji-janji abang tu. Nurul hanya nak Wan Arsyad yang nurul kenal sekarang. Walaupun dia kuat cemburu, tapi nurul suka.”
Arsyad angkat kening.
“sukalah. Sebab orang kan cakap, cemburu itu tandanya sayang!”
“habis tu, kalau abang tak cembburu, maknanya abang tak sayang nurul ke?”
“taklah. Sayang jugak.”
“habis tu?”
Aku angkat bahu. Rasa macam orang psycho pulak. Sekejap suka bila arsyad cemburu buta. Sekejap rasa marah bila arsyad cemburu buta. Entah. Kenapalah mood swing sangat ni?
“okaylah. Pendek kata, abang tak payahlah nak berjanji semua tu. As long as abang berubah untuk control, nurul dah rasa bersyukur sangat. Bukannya apa, nurul takut nanti nurul lari.”
“nurul nak lari dari abang? Tinggalkan abang?”
Aku geleng.
“mana boleh. Tak tahan nurul nak tinggalkan abang. Yang kita perang dingin dulu pun, nurul dah seksa tau. Zahir batin. Nikan pulak nak lari jauh.”
“habis tu, tadi nurul cakap?”
“saja acah.”
Aku gelak. Arsyad buat muka tak puas hati. Dia tarik pipi aku kuat-kuat. Aku menjerit. Sakit. Kemudian, dia usap pipi yang dia cubit tadi dan satu ciuman dihadiahkan kedua belah pipi.
Bahagia.
Memang aku psycho.
“abang minta maaf banyak-banyak.”
Aku senyum. Tangan yang melingkari pinggang aku usap penuh kasih sayang.
“yang..”
“erm.”
“kita dah kahwin berapa bulan yekh?”
“kenapa abang Tanya?”
Arsyad diam. Kemudian baru dia menjawab.
“abang ada tawaran honeymoon untuk isteri wan Arsyad. Agak-agak dia terima tak?”
“bergantung pada tempat. Wan arsyad tu nak bawak wife dia pergi mana?”
“Australia.”
“what?”
Aku bangun dari pelukannya dan menghadap arsyad. Pandang arsyad dengan tak percaya. Honeymoon first dulu pun kat Singapore. Banyak main dari bercuti suami-isteri.
“tak percaya?”
“abang ni, betul-betul ke?”
Arsyad angguk. Sungguh-sungguh.
“abang tak jealous ke?”
“ha?”
“kat sana kan, BANYAK mat saleh yang hensom. Yang mata biru. Yang tinggi..”
Arsyad pandang aku dengan muka tak berperasaan. Kemudian dia sengih.
“biarlah kalau ada BANYAK mat saleh yang hensom. Abang tak kisah.”
Aku pandang dia tak puas hati. Dah okay belum arsyad ni?
“abang tak kisah. Sebab…”
Dia berjeda. Aku masih menunggu dengan sabar.
“diorang tak boleh nak buat macam ni kat wife wan arsyad….”
Aku terpaku. Sempat lagi nak ambil kesempatan.
“dan diorang takkan boleh buat macam ni jugak..”
Waa. Dah makin advance wan Arsyad ni. Aku hanya sengih dan sengih. Bahagia.
******
Aku termangu di sofa. Menatap kosong TV yang hitam tak berwarna itu. Penat guna tangan kiri bertongkat dagu, aku tukar tangan kanan pula.
Pening kepala.
Kalau dulu, aku pening bila kena fikir cemburu arsyad. Sekarang ni aku pening jugak. Tapi bukan sebab cemburu arsyad.
Kerana arsyad dah tak cemburu!
Rasa macam tak dihargai.
Apalah yang tak dihargai sangat. Setiap malam tidur, bukan ke berkongsi bantal dengan Wan arsyad? Lepas tu makan pulak, siap bersuap lagi. Lepas tu, layanan mesra arsyad tu. Tak dihargai ke macam tu nurul awadah?
Aku mengeluh.
Memang sah. Aku yang psycho. Bukannya arsyad.
“kenapa isteri abang ni asyik mengeluh?”
Arsyad melabuhkan duduk disebelahku. Remote tv dicapai.
Aku pandang dia tak puas hati. Apa yang tak puas hati pun aku tak tahu. Tapi, yang pasti hati rasa tak best.
“teringat kat hanoeymoon kita yang tak jadi tu ke?” arsyad angkat kening. Aku capai bantal kecik lalu ku baling. Geram. Tak habis-habis nak sakat aku.
Rancangan honeymoon tu tertangguh. Semuanya gara-gara aku jugak. Siapa suruh tak apply cuti awal-awal? Sudahnya, boss bagitahu ada projek baru dan aku yang uruskan. Masa tu, rasa geram sangat-sangat. Arsyad dah siap apply cuti semua. Dah survey tempat pun. Sikit jer lagi nak book flight dengan hotel. Kalau tak, lagilah aku menangis kecewa.
Aku pandang dia. Tatap tajam.
“kenapa tengok abang macam tu? Lain kali ada rezeki, kita pergi okay?” pujuk Arsyad.
Aku tarik nafas. Kenapalah rasa tak best ni?
“kalau nurul borak-borak dengan micheal boleh?” Arsyad pandang aku sekejap kemudian dia angguk perlahan.
“cakap dengan dia kat telefon boleh? Lama-lama?” dia angguk
“abang tak jelous?
Dia pandang aku dengan muka berkerut. Kemudian dia senyum.
“nurul kan ada kerja dengan dia. Buat apa abang nak jealous?” projek yang baru masuk tu pun projek micheal jugak.
“kalau nurul borak-borak, mesra-mesra dan cakap telefon dengan orang lain, boleh? Dengan lelaki lain boleh?”
Dia pandang aku. Keningnya bertaut.
“soalan mencabar minda apa yang nurul bagi ni?”
Entah. Aku pun tak faham dengan diri aku sekarang ni. Soalan memang jauh sangat dengan syllybus. Soalan yang macam nak perangkap diri sendiri.
“abang tak jealous ke?”
Dia pandang aku. Kemudian, TV di off
“apa yang nurul fikir sekarang ni?” dia genggam tangan aku erat.
“abang dah tak jealous.”
Dia angkat kening.
“orang cakap, kalau tak jealous, tak sayang.” Sambung aku sambil tunduk. Apalah yang ada dalam kepala aku ni? Mengarut sungguh! Tak logic.iskh iskh.
“abang sayang dan cinta sangat kat wife abang ni. Rasanya macam dah cukup sangat kasih sayang yang abang bagi. Nurul still rasa kurang ke?”
“atau, nurul yang tak sayangkan abang. Lepas tu Tanya soalan mengarut macam tu?” tembak Arsyad. Aku cepat-cepat geleng kepala.
“nurul pun sayang dan cintakan abang. Sangat-sangat.”
“then, kenapa pulak dengan soalan mengarut tu? Kan dulu, abang dah janji nak try kurangkan rasa cemburu buta tu. Ha, sekarang ni, abang rasa dah turun sikit meter cemburu tu. Nak abang naikkan semula ke?”
Aku diam. Nak ke?
Arsyad mengeluh perlahan.
“nurul sekrang ni dah lain sangat abang tengok.”
“kalau lain, dah tak sayang?”
Arsyad gelak kecil.
“mana ada. Abang selalu sayangla. Setiap hari abang peluk cium nurul. Itu tanda abang sayang dan abang cinta nurul. Tak cukup lagi? Kalau tak, boleh abang upgrade. Nak?”
Ujar Arsyad sambil angkat kening. Double. Tambah pulak dengan riak nakal dia tu. Memang sengaja nak goda aku la tu. Kalau dia tak goda pun, aku memang selalu tergoda.parah. parah.
“meh sini.”
Dia tarik aku dalam pelukannya. Erat.
“abang tak jealous, tak bermakna abang tak sayang nurul.” Satu ciuman hinggap di dahi.
“abang tak jealous, tak bermakna abang tak cinta nurul” satu lagi ke pipi. Kiri, kanan.
“abang selalu sayang, kasih dan cinta wife abang ni.” Singgah pulak ke bibir.
“abang boleh tunjuk rasa sayang dan cinta abang tu. Setiap saat, setiap minit abang akan buktikan pada nurul. Biar nurul sentiasa rasa sayang dan cinta abang tu. Dan abang boleh..”
Aku dah tenggelam dalam rasa sayang dan cinta arsyad. Habis lupa semua benda yang aku dah mengarut tadi.
*****
-abang. Boleh ambil nurul kat klinik tak?-
Aku tekan butang SEND. Agak-agak la, kenalah marah tak? Tak sempat aku nak fikir bila handphone dah berlagu-lagu minta untuk angkat.
My hubby.
Aku tarik nafas. Bersedia kena marah. Siapa suruh pergi klinik tak cakap awal-awal kat ‘my hubby’?
“assalamualaikum. Sayang okay tak? Kenapa? Pening? Demam?”
Aku tarik sengih kecil. Ingatkan kena marah sebab pergi klinik tak ajak sama. Rupanya, dia lebih concern. Risau. Memang wan arsyad ni concern pun. Dia, kalau marah sebab concern. Siapa yang tak concern kalau tetiba isteri hantar mesej macam tu?
“nurul..”
“abang.”
“nurul demam ke?”
“taklah.” Aku diam sekejap. Tak tahu nak bagi alasan apa.
“then, kenapa pergi klinik tak bagitahu abang awal-awal? Boleh abang temankan.”
“tak ada apa yang serius..”
“betul ni?”
“betul abang.”
Aku bangun apabila nama aku dipanggil untuk ambil ubat.
“abang kat mana ni? Kalau busy, tak apalah.”
“abang dah nak sampai ni.”
“Sampai mana?”
“pandang belakang.”
Aku toleh belakang. Arsyad dah ada depan mata dengan muka cemasnya. Aku gelak kecil. Tak sangka, cepat pulak dia datang.
“boleh pulak dia gelak?” ujar arsyad tak puas hati. Dia terus peluk aku. Tak kisah dengan apa orang pandang.
“nurul tak sangka abang boleh sampai cepat sangat.”
“abang dah on the way nak sampai office nurul tadi. Lepas tu terjumpa dengan micheal. Dan-dan pulak dapat mesej nurul.”
Dia genggam tangan aku erat. Aku pandang dia.
“kenapa nurul tak bagitahu abang yang nurul pengsan kat office tadi?”
“tak serius pun.”
“tak serius?” arsyad dah tinggi suara sikit. Aku pandang muka dia. Minta belas kasihan. Dia mengeluh.
“macam manalah abang nak marah kalau buat muka macam tu?”
Aku sengih.
“penat sangat ke kerja office?” plastik ubat ditangan dicapai Arsyad.
“nurul janganlah teruk sangat kerja tu. Risau abang tau. Kalau abang tak tengok sendiri nurul kat site, ish.. gerun tau!” komen arsyad. Aku gelak lagi.
“kita cakap, dia gelak. Kita cakap, dia sengih. Bukannya nak dengar. Bukannya nak concern yang kita ni risau. Lepas tu kalau kita marah…” dia pandang aku. Alarm kereta dibunyikan. Masing-masing masuk kereta. Pasang seatbelt.
“kalau kita marah, dia buat muka kasihan pulak.” sambung arsyad lagi. Laaa. Ingatkan nak berhenti tadi.
“okay. Sorry. Nurul yang salah. Lain kali taknak buat dah.” Aku angkat tangan. Berikrar.
“yelah tu. Nanti tengok-tengok, abang dapat mesej lagi. Suruh ambil kat klinik. Nak suruh abang dapat heart attack ke setiap kali dapat mesej nurul?”
“sorry sangat-sangat. Bukannya niat nurul..”
“alahai. Nak nangis ke? Janganlah. Abang bukannya tahan sangat kalau dengar suara nurul sebak macam tu. Lemah semangat ni.” Dia jeling. Saja nak bagi pandangan mautnya, merangkap nak goda aku.
Memang tak kena masa, wan Arsyad oit.
Aku sengih.
“abang ni dah tak cemburu buta. Tapi..” aku meleret-leret.
“tapi apa?”
“banyak mulut! Suka mengomen itu, ini.”
Dia pandang aku tak puas hati.
“abang yang banyak mulut atau nurul yang tak dengar kata?”
“dua-dua.”
“ish. Orang cakap, dia menjawab. Nak kena cium tak?”
Aku angguk. Arsyad tarik handbreak. Arsyad pandang aku tak berkelip. Lampu merah, kenalah berhenti.
“nurul ni sihat tak ni?”
“nurul sihat la. tak sakit mana-mana pun”
“tak sakit tapi pengsan.”
Aku gelak kecil. Banyak betul mulut wan arsyad ni. Lepas tu suka buat muka tak puas hati bila aku selalu menang.
“nurul sayang abang tau.”
Aku beranjak dari kerusi dan mendekatinya. Lalu pipi kirinya ku cium. Lama.
“sayang. Kalau nak goda abang pun, tunggulah kita sampai rumah dulu.”
Aku sengih. Itu saja kerja aku hari ni. Gelak. Sengih. Gelak. Sengih. Mental sungguh!
“kalau nurul goda abang sekarang, abang nak buat apa?” tanyaku. Aku angkat kening. Cuba provoke wan arsyad.
“jangan cabar abang..”
“laa. Nurul ada ke buat macam tu? Nurul Tanya saja. Tak boleh ke?”
“erm..tanya macam nak provoke. Lepas tu…” dia jeling aku kejap.
“kalau abang dapat, abang takkan lepas.”
“yer?”
Aku sengih. Aku dekatkan wajahku dengan dia. Pintu pagar colour hitam putih dah Nampak depan mata.
Selamat la kalau aku terus goda sekarang kan?
“I don’t mind.”
Aku sengih panjang. Saja nak korbankan diri. Tak apa, suami sendiri kan? Ada orang lain kisah? Oho, aku memang sangat psycho dan mental sekarang ni.
6 [end]
“oit. AWAN!” jerit AIn bila aku angkat call. Aku sengih. Dah boleh agak kenapa si Ain ni call.
“bagi salam dulu la, cik kak. Nanti orang dalam ni terkejut.”
“assalamualaikum, nurul Awadah. Assalamualaikum jugak untuk arsyad junior.”
“aik? Arsyad junior? Bukan awadah junior?”
“yelah. Yelah. Arsyad and awadah’s junior. Puas hati?”
Aku gelak. Aku bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Handphone masih lagi di tangan.
“kau sihat tak?”
“aku sihat. Alhamdullilah. Terima kasih la sebab Tanya, dr Ain. Tanya orang, diri sendiri tu sihat tak?”
Ain gelak. Panjang. Aku geleng kepala. Memang tak sedar diri betul dr ain ni. Tak sedar yang dia jugak membawa budak.
“aku sihat la. Tak sabar nak tunggu baby kita lahir kan? Nasib baik due aku awal lagi dari kau.”
“memanglah lagi awal sebab kau tu dah nak masuk 5 bulan. Aku ni, tak sampai sebulan pun lagi.”
“eh AWAN.”
“kenapa?”
Ayam dan sayur aku keluarkan dari peti. Perut dah lapar padahal baru saja pukul 10. Pagi tadi makan roti bakar. Itupun wan Arsyad yang masak. Tak larat nak bangun tadi.
“aku heran la.”
“kenapa pulak?”
“bukan ke haritu kau dengan Arsyad gaduh-gaduh ke? Sampai nak bawak diri sampai Johor?” aku gelak.
Cekap sungguh dr Ain ni.
“bukan gaduhla. Perang dingin jer. Dan untuk pengetahuan kau, aku bukannya larikan diri. Aku pergi johor sebab kerja.”
“lepas tu, lupa terus nak call aku bila sampai Johor tu?”
Ek. Aku garu kepala. Lupa.
“sampai hati kau.”
“ala. AIn. Aku bukannya tak nak call tapi aku sibuk sangat haritu. 2 hari jer aku duk sana, lepas tu balik sini semula.”
“lagipun Arsyad pergi sekali.”
“what?”
Aku sengih.
“tak faham aku dengan korang berdua ni. Macam gaduh, perang dingin tapi mesra. Iskh. Iskh.”
“biasalah kami kan pengantin baru. Gaduh-gaduh manja, perkara biasa. Orang tua cakap, dalam tempoh nak sesuaikan diri dulu.”
“erm. Apa-apalah. Awan. Ha, sebelum aku lupa. tadi mak call bagitahu aku yang hujung minggu ni nak buat kenduri kesyukuran. Untuk kita, menantu-menantu tersayang ni.”
“eh, mak tak call aku pun?”
“mak call, tapi arsyad yang angkat. Cakap kau pening, tak sihat. Risau mak tau.”
“la yeke?”
“yelah. Mak risau dengan menantu bongsu dia ni.”
“kau jealous ke?”
“tak kuasa aku nak jealous. Tak ada kerja. Okaylah. Aku nak sambung kerja. Kau tu, jaga diri elok-elok. 1st pregnancy ni kadang-kadang ‘manja’ sket. Jaga makan. Jangan duk lasak sangat. Tidur biar cukup.”
“yelah dr AIn. Terima kasih. Kau pun, jaga diri. Jangan lasak sangat. Kerja jangan gila-gila sangat.”
“aku tak apa, dah immune.”
Aku cebik. Immune la sangat. Mentang-mentangla anak dah nak masuk 4.
“okayla. Dr ain, aku nak masak. Lapar ni. Nanti kita sambung lagi. Ada banyak petua dengan tips masa mengandung, aku nak Tanya. Kau kan dah expert. Apa salahnya kalau share kan?”
“okeh. No problemo. Kirim salam kat arsyad. Jangan lupa hujung minggu ni tau! Assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
Handphone aku letak atas kaunter. Aku pandang ayam dengan sayur yang ada dalam sinki. tak terasa lapar pulak. Aku bangun dan masukkan semula barang-barang tu dalam peti.
Aku duduk atas kerusi dekat dengan kaunter dapur. Termenung. Berfikir.
Perut ni tak adalah terasa lapar. Tapi mulut ni rasa macam nak kunyah-kunyah. Nak buat apa yekh? Takkan nak sumbat makanan ringan tu? Lagilah tak sihat.
Aku bukak peti lagi. Bahagian sayur. Termenung kejap.
Kalau buat salad, okay kan? Makanan sihat tu. Thousand island pun ada lagi. Okay, set. Marilah kita membuat salad.
Semua sayur yang ada dalam bekas tu aku keluarkan. Ada kubis, carrot, timun, tomato. Cauliflower ni nak masuk sekali ke? Macam tak kena jer. Kacang panjang? Lagilah macam pelik. Tak payahla nak variety sangat, nanti tak pasal-pasal rasa pelik. Sudahnya, tak habis salad aku karang.
kubis dengan carrot aku potong halus-halus. Timun dengan tomato, potong bulat-bulat. Kemudian, sos thousand island aku picit masuk dalam bekas. Mayonnaise pun aku letak jugak. Entah resipi apa yang aku guna ni. Biarlah, asalkan Nampak sedap.
Yummy~~~
Sedap.
Aku bawak bekas salad ke ruang tamu. Remote dicapai. Tengok tv sambil makan salad.
Bosan. Tutup tv.
Aku pandang jam. Sikit lagi nak masuk tengahri. Arsyad cakap tadi, hari ni dia kerja half day. Tak sabar nak tunggu dia balik. Nanti boleh minta dia masak. Haha. Sungguhla aku ini isteri yang mengada.
*****
“sayang.”
Terasa lenganku ditepuk perlahan. Aku bukak mata. Nampak arsyad. Aku tidur ke tadi?
“mengantuk sangat ke?”
Aku bangun, betulkan badan. Lenguh. Bila masa pulak aku terlelap ni? Tadi bukannya tengah tunggu arsyad?
“kesian wife arsyad ni. Penat sangat sampai tertidur. Nasib baik bekas salad ni tak jatuh.”
Dia tarik mangkuk salad dalam pelukan aku dan letakkan atas meja. Waa, baik hati jugak mangkuk salad aku ni. Tak jatuh!
“bila abang balik?”
“baru saja. Kenapa tak sambung tidur kat atas?”
Aku sengih.
“tertidur la. Tadi lapar. Itu yang nurul buat salad ni. Ingatkan nak tunggu abang balik, nak tunggu abang masak. Tak sangka pulak boleh tertidur.”
Arsyad geleng kepala.
“nurul nak makan apa?”
Aku berfikir-fikir. Nak makan apa yekh?
“abang nak masak apa?”
“nurul nak makan apa?”
Aku pandang dia. Arsyad angkat kening.
“nurul mengidam apa?”
Arsyad Tanya lagi. Aku garu kepala. Aku ada mengidam apa-apa ke? Last-last, aku angkat bahu. Tak tahu.
“nurul tak rasa pulak nak mengidam apa-apa. Asalkan boleh makan, nurul on jer.”
Arsyad senyum panjang. Kemudian, dia mengusap perutku. Lembut.
“baby nak makan apa? Biar ayah masak.”
Aku sengih. Ada pulak dia Tanya baby. Bukannya dia boleh jawab.
“ha, abang.”
“apa?”
“tadi AIn call. Dia cakap mak nak buat kenduri hujung minggu ni. Kenduri kesyukuran.”
“abang dah tahu. Pagi tadi mak ada call jugak.”
Aku angguk. Ain ada bagitahu tadi.
“so, bila kita nak gerak pergi rumah mak? Rindu pulak dengan mak.”
“petang ni?”
Aku pandang dia hairan. Awalnya nak bertolak rumah mak. Lagipun rumah mak bukannya jauh sangat. Area Selangor ni jugak.
“tak awal ke?”
“awal?”
“yelah, nak bertolak petang ni tapi kenduri tu hujung minggu. Lagipun abang tak kerja ke? Nurul dah mc 2 hari, tak apalah.”
“nurul sayang. Hari ni hari apa yekh?”
Aku berfikir kejap. Eh, kejap.
“jumaat?”
“ha. Tahu pun. Abang ingat tadi kalau nurul tak ingat, memang abang boleh tolong ingatkan nurul. Nak?”
Aku sengih. Malu. Macam manalah boleh tak ingat hari ni?
“dah jom. Kita naik. Abang nak mandi solat. Nanti abang masak untuk wife arsyad ni.”
arsyad tarik tangan aku lembut.
“abang nak masak apa?”
“abang ada hadiah special nak tunjuk kat sayang.”
“hadiah apa?” teruja pulak bila dengar perktaan hadiah ni.”
“we’ll see.”
Arsyad pandang aku lembut. Dia senyum panjang. Oho, manis pulak dia buat macam tu.
*****
“lepas ni, nurul kena pergi klinik setiap bulan.”
Arsyad pandang aku hairan.
“kenapa?”
“doctor suruh buat checkup”
“every month?”
Aku angguk.
“mula-mula ni every month. Lepas tu setiap 2 minggu.”
Arsyad duduk menghadap aku. Aku sengih tapi cuba nak sembunyi.
“kenapa? Nurul sakit apa sayang?”
“tak sakit pun.”
“then, kenapa pulak nak kena buat checkup setiap bulan?”
“ha, jangan kata doctor tu nak mengurat isteri abang ni.”
Aku tampar lembut lengan Arsyad. Boleh pulak dia fikir macam tu.
“habis tu?”
“yelah, kalau nurul tak pergi checkup, macam mana nak tahu sihat tak?”
“abang tak pergi checkup setiap bulan tapi okay jer. Orang lain pun macam tu jugak.”
“abang lain, nurul lain.”
“apa yang lainnya?”
Aku sengih. Tak boleh nak sembunyi. Kelakar pulak tengok muka Arsyad tak puas hati tu.
“abang lain, nurul lain.” Aku tekankan lagi ayat sama tadi. Nak test, dia faham tak. Tapi kalau tengok muka dia tu, memang tak faham langsung.
“abang tak faham la sayang. Nurul sakit yekh? Nurul sakit apa sayang? Janganlah buat abang suspen macam ni.”
Aku sengih. Malas nak komen apa-apa. Saja nak dera dia.
“sayang. Sakit jantung abang ni tau.”
Aku gelak.
“abang lain, nurul lain”
“ayat sama lagi? Serius, abang tak faham.”
“nurul lain dari abang. Sebab tu kena buat checkup setiap bulan. Sebab..” aku berjeda.
Aku pegang tangannya dan bawa ke perutku.
“sebab nurul ada ni.”
Arsyad pandang aku dengan muka tak ada perasaan. Alahai, tak faham lagi ke wan arsyad?
“nurul ada baby.”
Dia terlopong. Tergamam. Aku ketawa kecil tengok reaksi arsyad.
“serius?”
Aku angguk.
Terus dia peluk aku. Erat.
“nurul ada baby?”
“kita. Kita ada baby, abang.” Aku betulkan ayat dia.
“bila nurul tahu?”
“tadi. Itupun sebab pengsan kat office. Kalau tak, manalah nurul tahu.”
Dia tengok aku. Matanya Nampak berair.
“kenapa ni, abang?”
Dia geleng. Kemudian dahiku dikucupnya. Lama.
“thanks.”
Aku senyum.
“terima kasih sebab bagi abang chance ni.”
Aku belai pipinya lembut. Rasa bahagia.
“nurul sayang abang.”
“abang pun sayangkan nurul. Sangat-sangat.”
Wajah kami didekatkannya.
“Alhamdulillah. Thanks again, sayang.”
*****
Aku pandang kelibat tubuh yang memakai baju melayu merah gelap yang sedang ligat bergerak di tengah-tengah orang ramai itu. Dari tadi lagi dia Nampak bersemangat sedangkan dah hampir 3 jam dia bergerak kesana sini. Senyuman masih lagi terukir dibibir.
Sekali sekala pandangan aku dan dia bertembung. Dia senyum lagi. Aku bahagia.
Itulah dia, wan arsyad. Suamiku. Bakal ayah kepada anak-anak kami. Perut yang masih kempis ini ku belai lembut. Masih tak Nampak tanda-tanda aku mengandung tapi aku yakin ‘dia’ ada disitu.
Terbayang-bayang tempoh perang dingin kami. Bukannya sekali dua, tapi banyak-banyak kali. Masa tu memang aku makan hati tapi aku cuba sabar walaupun kadang-kadang aku memang tak sabar. Bukannya kadang-kadang tapi selalu.
Nasib baik wan arsyad ni pandai tamatkan perang dingin kami. Dan nasib baik jugak tempoh perang dingin tu tak lama. Paling lama pun 3 hari. Ada sekali saja yang sampai seminggu. The one and the last. Mana nak tahan kalau lama-lama tak cakap dengan dia.
Bila dah lama-lama, dia jadi okay. Tak adalah nak cemburu buta. Dia berusaha. Aku berusaha. Kami sama-sama usaha untuk ‘ubati’ dia. Untuk baiki hubungan kami tu. Dan alhamdullilah.
Hubungan aku dengan mak, okay saja. Tak adalah nak gaduh-gaduh, masam muka, tak puas hati antara menantu dengan mak mentua. Setakat gaduh-gaduh manja tu, selalu lah. Aku cuba. Sebab aku tahu mak buat tu hanyalah untuk kebahagian aku dan arsyad. Cuma sekarang ni, kerap sikitla mak berpesan-pesan. aku dengan arsyad dah bertiga. Mestilah mak bimbang dengan bakal orang ketiga tu.
Ain pulak. Macam biasa. Kami masih lagi mesra. Masih lagi gila-gila.
“awadah.”
Aku toleh sebelah. Mak.
“tak puas tenung arsyad lagi ke?” usik mak. Aku senyum saja.
“Nampak sangat ke mak?”
“nampaklah jugak. Dah rindu sangat?”
“mak ni.”
Malu pulak bila mak yang tegur. Kalau ain tegur, tak adalah malu sangat.
“mak bahagia tengok awadah dengan syad. Kalau awadah nak tahu, syad pun macam awadah jugak. Suka curi-curi tengok awadah.”
Aku pandang mak tak percaya.
“mak ni pun suka tenung-tenung kamu berdua.”
Aku gelak kecil. Tak sangka mak pun suka buat kerja macam tu.
“dulu, mak tenung-tenung ain dengan amir. Sekarang ni, mak nak tenung kamu berdua pulak.” Mak sengih.aku peluk bahu mak.
“mak dah makan?”
“dah. Awadah ni? Kalau nak tenung syad tu, sampai malam pun mak tak kisah. Tapi makan jangan lupa. Mata memang kenyang sebab asyik tenung syad. Tapi perut?”
“meh. kita makan dulu. Nanti awadah boleh sambung tenung syad.” Mak tarik tangan aku.
“eh, mak nak bawak wife syad pergi mana?” tegur pulak suara dibelakang. Kami berpaling.
“nak culik kejap. Kenapa? Tak bagi?”
Arsyad pandang mak tak puas hati.
“semangat syad dah tak ada kat depan. Tak boleh buat kerja.”
“yelah sangat.”
“betul apa. Sayang nak pergi mana dengan mak ni?”
“hah, kamu ni dah makan belum?”
Arsyad pandang mak. Kemudian dia sengih.
“tak makan jugak? Iskh budak-budak ni. Main-main mata jer, sampai perut pun lupa nak isi. Hah. Kamu berdua ni pergi makan dulu.”
Arsyad tarik tangan aku dan berlalu ke dapur.
“makan. Jangan tak makan. Jangan duk main mata jer. Kalau mak masuk dapur nanti tengok kamu still tak makan, tahulah mak nak buat apa.”
“mak nak buat apa?”
“malam ni mak culik awadah.”
Arsyad buat muka. Tak puas hati.
“mana boleh.”
“kalau taknak, makan kenyang-kenyang.”
“yes, madam.”
Aku dan arsyad berbalas senyuman.
“kenapa tengok abang macam tak pernah tengok?”
“mana ada.” Aku sendukkan nasi dalam pinggang. Lauk-lauk letak keliling. Penuh.
“tadi? Khusyuk benar tengok abang ni. Rindu?”
“abang pun sama. Jeling-jeling kat nurul. Ingat nurul tak Nampak?”
Asryad gelak. Aku tersenyum.
“kita share ni?”
Aku angguk. Sengaja aku isikan nasi satu pinggan. Nak shared dengan wan Arsyad ni.
“nurul tahu kan, abang sayang nurul?”
Aku pandang dia. Kemudian angguk.
“abang tahu jugak kan yang nurul sayangkan abang?”
Aryad angguk.
dia pandang aku lagi. Aku pandang dia. Sambung main-main mata. Entah kenapa, rasa macam tak puas nak tatap muka dia. Nak pandang muka dia. Tak makan pun tak apa.
“ya allah budak bertuah ni!”
Serentak kami berpaling ke suara yang menjerit.
Mak!
“orang suruh makan, dia main jeling-jeling mata. Iskh. Pengantin basi ni! Geram mak tahu tak.”
Kami hanya tersengih mendengar bebelan mak. Rasa merdu sangat-sangat. Biarlah hati tengah bunga-bunga. Kena ‘fire’ dengan mak pun tak kisah.
*****
“nurul.”
“Hmm?”
Arsyad eratkan pelukannya. Aku sandarkan kepalaku kedadanya. Sama-sama menikmati malam indah. Bintang penuh langit.
“malam-malam ni tak ada awan kan?”
Aku gelak kecil. Dah malam, mana nak Nampak awan kan? Bintang-bintang kat langit tu banyak sangat, awan jugak yang dia cari?
“nasib baik awan abang ni still ada.” Sambung arsyad lagi. Aku tergamam sebentar. Tak sangka.
“abang harap, AWAN abang ni akan ada sampai bila-bila. Siang dan malam.”
Aku kalih ke belakang. Pandang wajah itu.
“terharu?”
Aku angguk.
“tapi terharu nurul tu tak boleh kalah dengan terharu abang bila dapat tahu ada someone kat sini.” Dia usap perlahan perutku.
“thanks again, sayang.”
Dia senyum. Aku senyum. Bahagia.
“nak tahu dari mana mulanya kita?” Tanya Arsyad bila lama kami diam.
“mula?”
“dari mana mulanya kisah kita?”
Aku geleng kepala.
Arsyad pusingkan badanku agar kami berhadapan. Dia senyum.
“dari sini mulanya.”
Jarinya tunjuk ke dadanya dan kemudian ke dadaku.
“dari hati, kita jatuh sayang. Kemudian, naik ke mata.”
Aku gelak kecil.
“terbalikla abang. Bukannya dari mata, kemudian jatuh ke hati?”
Dia geleng. Aku buat muka.
“kisah kita lain. Semuanya bermula dari hati. Dari hati ni, timbul rasa yakin. yakin dengan jodoh kita. Kemudian, bila dah hati tetap, barulah bermain mata.” Dia senyum makna.
“hati abang dah yakin ke masa tu?”
Dia angguk.
“yakin tapi masa tu ada jugak rasa cemburu.”
Aku gelak.
“cemburu kuat sangat. Nasib baik AWAN abang ni tahan tau.”
Dia gelak kuat.
“sorry sayang.”
Arsyad belai pipiku lembut. Aku senyum.
“nurul nak abang tahu yang hati nurul ni sentiasa ada dengan wan arsyad. Sejak dia lafazkan akad.”
“abang tahu.”
“nurul bahagia.”
Dia pelukku erat.
Kami menghabiskan sisa-sisa malam dengan merenung langit berbintang itu. Aku dan asryad. Mungkin juga junior kami sedang menikmati malamnya dengan ayah dan ibunya. Mungkin juga.
Mungkin benar apa yang arsyad cakap tadi. Kisah aku dan dia bermula dari sini, dari hati. Kami tak sempat nak bercinta. Tup-tup dah kahwin.
Bila dah kahwin, ada jugak halangan sikit-sikit tapi adat alam perkahwinan lah kan? Masing-masing nak menyesuaikan diri. Sampaikan ada perang dingin. Haha. Yang penting hati kami tetap kuat. Kerana kami yakin dengan jodohNYA ini. Alhamdullilah, semuanya selamat.
Hati dah yakin, naik pulak ke mata. Masuk pulak mode main-main mata. Sebijik macam pasangan bercinta. Nak main mata 24-7. rasa rindu kalau tak pandang mata. Sampaikan perut lapar pun tak terasa. Bila kena marah dan bebel dengan mak, barulah nak jamah nasi. Itu pun mak yang kena duduk semeja. Kalau tak, memang tak makan jawabnya.
Dari hati, naik ke mata.
Terbalik kan?
Tak kisah. Yang penting aku dan arsyad bahagia.
the end.
No comments:
Post a Comment