[1]
Selendang pashminar di bahu kubelit erat. Beg disandang ke bahu kiri. Kemudian, tangan kanan pula membimbit beg kecil. dah macam wanita berkerjaya sekali tengok. Tapi bila 2 kali tengok, macam minah serabut.
Selepas mengambil beg, aku terus melangkah ke bilik air. Troli ditinggalkan dihadapan pintu. Takpe, beg se’gabak’ besar macam beg aku confirm tak ada orang nak curi. Haha.
selendang pasminar ku buka perlahan. mataku jatuh pada tompokan-tompokan coklat di blaus putihku. Bukan satu. Bukan dua. Tapi banyak tompok-tompok. Aku mengeluh perlahan.
aku memandang dihadapan, kelihatan seorang pramugari sedang bergerak sambil menolak ‘cart’ makanan. Sempat jugak aku memuji kecantikan wanita itu. yelah, nak jadi pramugari mestilah tinggi lampai, cantik, berbudi bahasa, ramah etc etc....aku? huh. Macam langit dengan bumi.
Okay, fine. Exaggerate jer lebih.
Aku, NurMaya. Graduan university di Sabah. Orangnya, comel saja. tak tinggi, tak rendah. Tapi kalau nak apply pramugari memang tak lepaslah. Aku pun bukannya ramah tamah yang boleh tegur setiap orang yang lalu depan aku. dan aku jugak bukannya suka senyum. Sebab? Entah. Malas.. buat malu jer kan kalau aku senyum tapi tak ada balas?
Sementara menunggu giliran aku mendapat minuman, majalah dipoket kerusi hadapanku, kutarik perlahan. best jugak ada majalah ni. boleh buat bahan bacaan saat ke’boring’an.
Lelaki disebelah kukerling. Asyik benar buat kerja. Matanya tetap menumpu pada skrin laptop. Cup. boleh ke buka laptop dalam flight? Erm, boleh kot. Cuma, maybe bila nak depart dan landing jer tak boleh bukak alat elektronik. Betul tak?
Akhirnya, pramugari tadi sampai jugak ditempat aku. segelas air oren dan sekeping kuih dihulurkan kepadaku.
“oren, please.” Ujar lelaki tadi tiba-tiba.
Pramugari itu menghulurkan segelas air oren pula kepada lelaki itu. memandangkan aku seorang yang agak prihatin, aku menyambut huluran gelas dari pramugari itu kerana aku fikir, mesti lelaki itu masih leka membuat kerjanya.
Namun...
Aku langsung tak tersangka dia turut menghulurkan tangannya dan merampas air oren dari tanganku. Aku terkejut. Dan sekelip mata sahaja, aku dapat mandi free. Dengan air oren. Best sangat. Lain kali, korang boleh try tau!
Aku terpaku. Terkedu. Terperanjat. Dan ternganga luas.
“opss. Sorry.” Lelaki sebelahku mula kalut.
“hands off” ujarku tegas.
Tangannya yang merayap di bahu ku terhenti. Mungkin dia tak sedar, tapi dia macam dah meraba-raba aku! omo~~ aku dah tak suci!
Exaggerate saja.
Yelah, mungkin dia panic sangat-sangat dan cuba untuk mengelap dan menghilangkan kotoran dibaju aku, tapi sebenarnya dia hanya menggunakan tangannya. mana nak hilang cik abang oi. macamlah tangan kamu tu boleh serap air yang tumpah ni. iskh.
“i’m sorry miss. You want to go to bathroom?” tanya pramugari tadi. wajahnya nampak bersalah.
Aku hanya mengangguk. Seatbelt dibuka dan aku mula mengangkat punggungku dari kerusi.
Hampir setengah jam aku berkurung dalam toilet. Kesian penumpang lain yang mungkin ada ‘kecemasan’, terpaksa tahan saja. duduk lama-lama dalam toilet bukannya boleh hilang tompokan kat baju blaus aku ni. aku mengeluh lagi. cermin dipandang tajam.
Akhirnya aku menapak keluar. Pramugari tadi menunggu diluar.
“you need something else, miss?” tanya wanita itu. aku hanya tersenyum kecil dan menggeleng.
“i’m sorry again.”
“it’s okay.” aku menghadiahkan senyuman untuknya. Bukan salah dia tapi mamat disebelahku ini!
“are you sure you don’t want to change your clothes?” tanya pramugari itu lagi.
“are you sure you don’t want to change your clothes?” tanya pramugari itu lagi.
Aku geleng. Yelah, macam mana nak tukar kalau beg semua ada kat dalam cargo?
“thanks.”
Aku menarik nafas dalam. Cuba menenangkan diri. kalau ikutkan hati, nak saja ‘sembur’ orang sebelah ni, tapi tak apalah. Aku bukannya drama queen. Cukuplah dengan mata-mata yang memandang disekeliling. Tak payahlah nak tambah drama lagi. Bukannya kena bayar. Kan?
Lelaki sebelahku hanya diam. laptop dah dioff. Aku tahu, dia sekali sekala mencuri pandangan kearahku. Apa pandang-pandang? Huh.
Nasib baik aku ada jacket spare. Boleh jugak buat tutup baju yang bertompok ni. entah kenapa, biasanya aku selalu saja bawak baju gantian tapi kali ini, aku langsung tak bawak sehelai pun. Beg aku tu penuh dengan barang pesanan dari keluarga saja. nak letak barang aku pun dah tak muat. Tapi tak apalah, demi keluarga tersayang kan? ^_^
Jam ditangan ku telek lagi. ada lagi 6 jam sebelum flight aku ke kuantan. Terpaksalah aku menapak di KLIA ni sorang-sorang. Itulah rutin biasa aku kalau balik dari Sabah. Sabah-KL. Then, KL-Kuantan.
Troli ditolak menghala kearah KFC. Niat, untuk mengisi perut kosong yang dari tadi lagi sibuk membuat konsert rock. Setelah memarkirkan troli ke satu sudut, aku beralih ke kaunter untuk membuat pesanan.
-mak, angah dah sampai KLIA. Nak naik flight balik Kuantan, angah call.-
Pesanan ringkas kutaip. Lupa pula nak mesej awal-awal tadi. mesti mak bimbang ni. tak sampai 5minit, telefonku berbunyi.
“assalamualaikum mak. aah. Angah dah sampai. Nak order makan ni. ok. Nanti angah call. Ok. Kirim salam kat ayah ngan along.”
Bimbang betul mak dengan anak daranya seorang ni. yelah, ibu mana yang tak risaukan anak dia kan?
takapa, mak. angah pandai bawak diri. angah ada taekwando, Cuma tak sempat nak apply kat mana-mana lagi. kalau ada peluang, angah confirm akan guna ilmu tu..
ayam 3 ketul dalam pinggan dipandang lapar. Kentang pulak, saiz besar. Air, tak payah cakap. Ni, macam gaya tak makan sehari padahal pagi tadi dah baham nasi lemak. Bukan nasi lemak biasa. Nasi lemak extra special lagi tau. Kalau dah ada 2 ketul ayam, telur sebiji, sambal lebih, mestilah nama dia extra special kan?
“assalamualaikum.” Ujar satu suara. aku dongak. Mamat ni? hampir hilang selera makan aku.
“tak jawab dosa.”
Tak dosa kalau aku jawab dalam hati.
“ni, ganti baju awak. Sorry.” beg MANGO diletak dihadapanku.
“apa ni?”
“baju ganti untuk awak. Saya dah tumpahkan air tadi.”
Aku belek beg itu. ada sehelai baju kemeja putih. Perlahan, aku menolak kembali beg itu kepada lelaki dihadapanku.
“kenapa?”
“baju saya ni, beli kat pasar malam saja. bukannya setaraf baju berjenama ni.” ujar ku selamba.
Betul apa, baju blaus yang aku pakai ni harga murah saja. dia pulak nak ganti baju berjenama tu. ingat aku sengkek sangat ke?
“still, i just want to apologize. Please, accept the gift.”
“taknak. Saya taknak. So, please, jauhkan diri anda dari saya. saya nak makan. Nanti tak pasal-pasal dengan awak sekali saya makan.” Ayam dalam pinggan mula ku cerai kecil-kecil.
“saya beli guna duit saya. bukannya duit awak. Susah sangat ke nak terima?” balas lelaki itu agak tinggi.
Aku pandang dia. aik? Apsal nak marah-marah?
“saya tak mintak ganti rugi. In fact, saya tak ada pun niat nak suruh awak ganti balik baju yang dah kotor ni. so, kenapa awak pulak nak marah-marah? Yang awak pergi beli baju ni kenapa? apsal tak tanya dulu?” balas aku balik.
Pantang betul aku kalau orang marah tak tentu pasal. Dah salah dia. bukannya aku suruh dia beli baju untuk aku kan?
“perempuan ni memang menyusahkan!”
Aku ternganga kejap dengan statement tu.
“excuse me. Mister. First of all, saya tak kenal awak. Saya tak mintak awak belikan saya baju mahal ni even awak dah kotorkan baju saya. saya tak nak ganti rugi dari awak. Susah ke nak faham bahasa melayu. Yang awak pergi gatal-gatal beli baju ni apahal? Nak tunjuk gentleman? Kalau nak tunjuk gentleman sangat, ha. Pergi mana-mana rumah anak yatim, sedekah kat diorang. Saya tak sengkek sangat nak merasa baju mahal macam ni. lebih-lebih dari lelaki kerek macam awak. Perasan bagus!”
Aku terus bangun dan berlalu keluar. Rasa marah simpan dalam hati. Sakit hati tau! Tak pasal-pasal aku dah buat drama tak berbayar dua kali hari ni. iskh.
Kesian kat ayam goreng aku. tak sempat masuk dalam perut. Maaf yer, ayam..
*****
“bila konvo kau, angah?” tanya along.
“akhir bulan depan. along nak pergi tak?”
“kenapa? angah nak support along ke? Boleh saja..” balas along sambil tersenyum panjang. Aku mencebik. Support dia? huh, gaji berkepuk dalam bank nak suruh aku support dia? silap oranglah along..
“nak pergi, sendirian berhad okay? angah still student tau.”
“student apa? Dah habis belajar pun kan?”
“angah tanam anggur. Along tanam emas. Mana lagi kaya?”
“banyaklah kau.”
Along penanam ‘emas’ aka, pegawa tinggi bank. Kaya apa kan?
“kalau along pergi, meriah jugak. mak dengan ayah dah confirm tiket pergi sana. Along tak terasa nak tengok konvo adik along yang terchenta ni ke?” pujukku perlahan. dahlah keluarga kami kecik saja. kalau ramai orang kat konvo aku, mesti best.
“tengoklah. Kalau along ada cuti, along pergi. Along kena bincang dengan abang ipar kau tu dulu. nak kena fikir Amran yang baru 8 bulan tu lagi.”
Aku tersengih panjang. Bila along dah cakap macam tu, memang confirmlah boleh pergi. Abang ipar aku memang menyokong aku sepenuhnya. Almaklumlah, adik ipar tunggal..
“thanks along” aku cium pipi along.
“dah. Tak payah nak cium along. Nanti tak pasal-pasal jerawat naik. Baik kau pergi tengok Amran kat dalam bilik. mengangis pulak kalau bangun tak ada orang.”
“yes madam.” Kaki dihayun menuju ke bilik.
betul jangkaan along. Naluri ibu kot. masuk saja dalam bilik, aku tengok AMran dah menangis. Sampai merah muka budak tu. kesian anak sedara aku..
aku mendukung AMran cermat dan menepuk perlahan belakangnya. Cuba menenangkan dia. ayat-ayat selawat ku dendangkan untuk Amran. nasib baik, dia dah berhenti menangis.
Aku duduk di kerusi buaian di tepi tangga. Best pulak kalau ambil angin petang-petang macam ni. Amran pulak, macam nak sambung tidur jer aku tengok.
“tak sangka, awek garang pun pandai mengasuh anak. nak mengurat boleh?” tegur satu suara.
Aku pandang dia. tak lama kemudian, aku menjerit panjang. Amran yang hampir tenang terkejut. Apalagi, menangis kuat budak tu!
Macam mana mamat ni boleh ada depan rumah aku? dia stalk aku ke?
*****
“apa mak?”
“kau ni angah. Control sikit suara tu. macam langsuir dah mak dengar.”
Sampai hati mak cakap suara aku macam langsuir. Tahulah suara ni nyaring. Macam ziana zain.
“mak...kenapa?” suara diturunkan seoktaf. Kawal suara, NurMaya.
“kenapa kau tanya mak? kenapa tak tanya Mak Milah. Bukan mak yang hantar pinang kau.” Balas mak selamba.
“mak...” aku mula merengek.
“Mak Milah nak pinang angah untuk anak bongsu dia tu. si Mohammad tu. dia ingat, hujung bulan depan nak buat majlis.”
“bulan depan? angah tak cakap pun angah setuju.”
“ayah dengan mak tolong setuju untuk pihak angah.” Ayah pula menyampuk. Aku pandang wajah ayah yang tenang menonton televisyen.
“angah baru..”
“ayah tahu, angah nak cakap yang angah baru habis belajar. Nak cari kerja dulu. nak cari duit banyak-banyak baru nak kahwin. betul?”
Erk. Macam mana ayah boleh baca apa yang dalam kepala aku ni?
“tak salah kalau kahwin sekarang. lepas tu baru cari kerja, cari duit banyak-banyak. Lagipun, bakal suami angah tu jiran sebelah rumah ni jer. Tak jauh. Kalau apa-apa yang jadi senang ayah nak cari.” Balas ayah panjang.
“ayah, mak. angah taknak.”
“kenapa? angah dah ada orang lain?”
Aku geleng. Aku single lagi.
“habis?”
Angah pernah marah dia kat airport dulu. mesti dia nak balas dendam. Jawab aku dalam hati. Kalaulah ayah tahu, mesti dia nak cepatkan tarikh.
Dah kenal, apa salahnya kan? confirm, tu jawapan ayah dengan mak.
“dia dah ada kerja tetap. Rumah sendiri dah ada. Cukup semua. Mak tengok, dia pun baik. Apa salahnya?”
Aku diam. tunduk. Nak cakap apalagi kalau mak dengan ayah dah berkenan benar dengan jiran sebelah?
“majlis hujung bulan depan, buat untuk pihak lelaki dengan pihak perempuan. Senang.” sambung mak.
Memanglah senang. dah rumah sebelah saja. pokok mangga mak saja yang pisahkan rumah kami. tapi, aku taknak.
“nanti esok, angah jumpa dia. bincang tentang majlis. Ambil kursus kahwin sekali hujung minggu ni.”
Aku kelu. Dah jauh rancangan mak ni. macam mana nak tolak?
“Muzaffar pun dah berkenan dengan Maya. senang.”
“muzaffar?”
Siapa pulak si Muzaffar ni? bukan ke jiran sebelah nama dia Mohammad? Mohammad Muzaffar ke?
“Muzaffar, anak Mohammad. Baru setahun.”
“kan senang tu. kahwin, terus dapat anak.” usik along tiba-tiba. Aku pandang along tajam.
aku taknak!
*****
Aku tolak perlahan bilik mak. Kelihatan satu susuk tubuh kecil sedang lena tidur di atas katil. Kakiku melangkah menuju kea rah katil itu.
Aku tersenyum senang.
Budak ni, Muzaffar.
Tak sangka. Aku ni, bukanlah golongan yang sukakan budak-budak. lebih-lebih lagi budak-budak yang baya-baya Muzaffar. Bukan apa, tak suka sebab penat melayan. Macam-macam perangai diorang. Mengada!
Eh, kecuali anak buah aku, si Amran. Dia terkecuali sebab dia anak sedara aku. hehe
Tapi, Muzaffar ni lain. lain, bukannya tak ada mata. Tak ada hidung. Tak. Dia sempurna sifatnya. Normal. Tapi wajah kecil itu benar-benar memikat hatiku.
Kali pertama berjumpa, ketika aku pulang ke Kuantan 2 minggu lepas.
Mak dan ayah yang ambil aku kat airport haritu. Masa tu Muzaffar ada sekali. Mulanya aku ingat along dah beranak lagi. tapi, kenapa besar sangat anak along? Kenapa aku tak tahu pun? bukannya bertahun-tahun aku tak balik rumah, sampaikan anak sedara sendiri pun tak kenal kan?
Mak cakap, Muzaffar ni cucu Mak Milah. Dah hampir sebulan dia yang jaga Muzaffar, katanya, si ayah busy. Tak sempat nak tengokkan Muzaffar.
Masa tu, aku menyumpah dalam hati. Apa punya ayah yang suka suki bagi anak suruh mak jagakan? Ingat, mak dia muda sangat ke nak jaga cucu yang semakin lasak tu? aku betul-betul memaki hamun si ayah dan si mak Muzaffar. Tapi, dalam hati jerlah. Tak berani nak luah depan-depan, nanti terasa pulak Mak Milah tu.
Sekali tengok, terus aku jatuh hati dengan Muzaffar. Muka dia pun comel, sweet. Aku rasa, Muzaffar pun jatuh hati pada aku buat pertama kali. yelah, nampak saja aku masuk kereta terus diterkamnya aku. nasib baik comel. Hehe. Sepanjang perjalanan tu, Muzaffar hanya ‘bertempek’ dengan aku saja. langsung taknak lepas. nasib baik, malam tu dia nak balik rumah nenek dia. kalau tak, aku rasa mesti dia nak tidur dengan aku,kan?
Haha. Exagerate saja
Esoknya, kami berjumpa lagi. aku benar-benar jatuh sayang pada Muzaffar. Dengan telatahnya. Dengan senyumannya. Dengan bicara pelatnya yang kadang-kadang aku langsung tak faham. Dengan wajahnya. Semua tentang Muzaffar, aku sayang. Aku jatuh hati.
“Tak sangka, mamat airport tu ayah Muzaffar. Macam manalah Muzaffar yang comel macam ni boleh berayahkan mamat tu kan? kerek.”
“ha. Kutuk suami sendiri.”
Aku terkejut lalu berpaling ke belakang. Dia, sedang bersandar dimuka pintu. Aku menelan liur. Dia dengar ke?
Aku kembali menepuk paha Muzaffar yang bergerak sedikit. mungkin lenanya sedikit terganggu. sebenarnya aku cuba control malu. namun, ekor mataku dapat menangkap kelibat Mohammad yang semakin mendekat. Punggung dilabuhkan dibirai katil. Disebelahku. Tangannya pula turut menyertai tanganku menepuk Muzaffar.
“kutuk abang dalam hati ke?”
Aku diam.
“tak baik tak jawab soalan abang.”
Aku diam lagi. malas nak layan.
“nak kena cium dulu ke baru nak jawab.”
Aku jeling dia. ya, dia. suamiku. Mohammad Mahdi.
Eh. Baru perasan. Maya. Muzaffar. Mahdi. Macam sedap pulak bunyi kan?
“eh pengantin baru ni. nak berasrama kat sini ke?” tegur satu suara tiba-tiba. Kami sama-sama berpaling ke muka pintu. Ayah dan mak tersengih panjang.
“takkan tak sempat kut.” Sambung ayah.
Aku kerut kening. Tak faham maksud ayah.
Kemudian, aku pandang sebelah. Ke arah Mahdi. Sejak bila dia dekat macam ni? dan, sejak bila tangan dia beralih dari Muzaffar ke pinggang aku?
“masuklah bilik dulu Mohammad, Maya. anak tu, biar mak yang jaga.”
“saya masuk sini sebab nak cari Maya ni. rupanya dia tengok anak dulu.” balas Muhammad sambil senyum. Kalau aku nak panggil dia Mahdi jer boleh? Macam sedap pulak kalau panggil Mahdi, kan?
“angah, pergilah masuk bilik. ajak suami kamu ni. dah tengah malam pun ni.” mak mendekatiku.
Nak taknak, terpaksa jugak aku menurut kata-kata mak. nak membantah dah tak boleh. Aku dah jadi isteri dia, mana boleh kata ‘no’. Tak pasal-pasal dapat ceramah free dari mak. tu, tak termasuk dengan catatan dari sebelah kiri dan kanan aku lagi.
Saat aku melangkah keluar dari bilik mak dan ayah, terdengar satu suara kecil memanggil namaku.
“bu...”
Aku berpaling semula. Muzaffar sudah bangun dan sedang memandangku dengan wajahnya yang comel itu. dia menghulurkan tangannya kepada ku.
“muzaffar tidur dengan nenek yer.” Mak cuba mengambil Muzaffar dari dukunganku namun pelukan Muzaffar terlalu erat.
“tak apalah, mak. dia nak tidur dengan ibu dia malam ni.” balas Mahdi tiba-tiba.
“takapa ke Mohammad?”
“takapa, ayah. Kami masuk tidur dulu.”
Dalam hati, aku mengucap syukur. Yelah, tak payah nak berdua-dua dengan Mahdi malam ni. kan aku ada Muzaffar. Terima kasih Muzaffar, ibu sayang Muzaffar!
“awak takkan lepas dari saya.” ujar Mahdi dengan senyuman nakalnya.
Aku hanya menjeling. Malam ni, aku selamat. Tapi, esok?
Muzaffar tidur dengan ibu setiap malam, okay?
[2]
“mak, minggu depan saya dah nak balik Sabah.ingatnya nak bawak Muzaffar balik sekali.” Ujar MAhdi saat kami bersarapan pagi itu. 2 hari lepas kenduri dan baru semalam aku sempat bermalam di rumah Mak Milah, mak mentuaku. Nasib baik mak tak terasa hati sangat. Yelah, even rumah sebelah-sebelah, mesti mak pun nak menantu dia yang comel ni bermalam kat rumah dia ni kan?
“Maya ni?” soal mak yang sedang menuang air kopi dalam gelas sambil memandang aku yang mengisi nasi goreng dalam pinggan.
“sekali jugaklah mak. takkan saya nak tinggal isteri saya kat Kuantan ni. menangis Muzaffar kalau ibu dia tak ada.”
“Muzaffar menangis atau kamu yang menangis Mohammad?” usik mak sambil melirik ke arahku. Aku hanya tersenyum kecil. tapi hati ni dah tak senang bila dengar gurauan macam tu.
“dua-dua mak. muzaffar nak Maya bila nak tidur jer. Bila mata dah tutup, lupa dia dah dengan ibu dia ni. tapi saya, kena ada Maya. tidur malam, makan. Tak ada Maya, tak bergerak saya nanti.” Balas Mahdi sambil senyum nakal. Aku mencebik.
Kan aku dah kata, dia ni gatal. Dulu tak ada pulak nak gatal macam ni. kerek jer..
“dulu, mak tengok ok jer.” Perli mak. aku hanya sengih. Kalau mak nak tahu, anak mak ni dah mengada-ngada bila dah kahwin. dah naik sekepala dengan Muzaffar
“Mak harap kali ni biarlah bahagia sampai akhirnya, Mohammad. Bukannya apa, mak memang nak tengok kamu bahagia. Muzaffar pun. Maya jugak.” mak memegang tanganku erat.
terharulah pulak bila mak cakap macam tu. walaupun aku tak berapa suka dengan Mahdi ni tapi hati aku tetap berdoa agar ikatan ini biarlah untuk selamanya.
Bukannya tak nak terima dia, tapi masih dalam tahap percubaan ni.
“insya allah mak.” entah bila si Mahdi ni ada disebelahku, menggenggam erat tanganku. Dia menarik wajahku agar berhadapan dengannya. Oho~~dekatnya!
“abang akan cuba untuk buat Maya jatuh cinta dengan abang. plan dah banyak dalam kepala ni. Cuma tak sabar nak lancar saja.” sambung Mahdi perlahan. romantic. Tangannya membelai lembut pipiku. Aku menelan liur. Hati memang berdebar habis. Nasib baik tak terkeluar. Tachycardia~~
Tak ku sangka, dia mengucup dahiku. lembut. Lama. aku menekan dada. Rasa sakit. Sakit sebab berdebar sangat. Sakit sebab bahagia..
“ehem.ehem. mak naik dulu yer. Nak tengok Muzaffar.”
Wajah aku merah. Lupa pulak mak mentua ada sekali. Nasib baik tak terbabas. Kalau tak, memang tak tahu nak sorok muka kat mana. Sorok dalam tanah macam ostrich boleh?
Aku menolak tangan mahdi.
“takapa, mak. mak makan dulu. biar Maya saja yang tengokkan Muzaffar.”
Aku terus berlalu ke anak tangga dan menuju ke bilik. aku tersenyum panjang bila mengenangkan detik indah tadi.. Oh, gatalnya aku!
*****
Seminggu aku menghuni rumah banglo 2 tingkat di Kota kinabalu ni. masa mula-mula masuk, mengucap panjang. Dari luar, rumah memang lawa. Tengok sekali terus jatuh cinta. Tapi bila bukak pintu, macam tongkang pecah. Tongkang pecah pun lawa lagi rasanya.
Baju kemeja merata-rata. Buku dan majalah terbiar terbuka. Tu, tak termasuk lagi dengan sinki yang penuh dengan pinggan yang tak terbasuh. Entah berapa kurun bertapa dalam sinki pun aku tak tahu. Nasib baik tak ada cik ti dan cik pas. Kalau tak, confirm aku lari. Tak sanggup nak cuci!
Terfikir jugak, ni rumah bujang ke? Nak kata bujang tapi dah ada anak satu, macam mana tu?
“padanlah abang tinggalkan Muzaffar dengan mak kat Kuantan. Dengan rupa rumah macam ni, macam manalah dia nak membesar. Budak ni, kalau dalam proses pembesaran, diorang perlukan suasana yang harmoni. Yang sedap mata memandang. Tak perlu rumah besar tapi persekitaran yang bersih pun dah cukup.”
Aku dah masuk mode berleter. Aku tahu, tak siapa suka dengar aku berleter tapi si suami ni kena jugak dengar ‘syarahan’ dari siterinya ni!
“abang tahu. Sebab tu abang hantar Muzaffar ke kuantan.”
“abang tak rindukan Amran ke?” aku cuba selidik. Sanggup dia berjauhan dengan anaknya itu? Tak ada rasa sayang dan rindu pada Muzaffar ke?
“abang sayang sangat tapi abang tahu abang tak mampu nak jaga dia. kalau duduk kat KK ni, abang hantar nursery saja. lewat malam baru abang ambil. Kalau macam tu, lebih baik abang mintak tolong mak jagakan.”
“selalu ke macam tu?banyak sangat ke kerja abang?” soalku perlahan. kasihan pulak bila dengar. Kasihan jugak kat Muzaffar.
“tak adalah banyak sangat. Cuma sejak kebelakangan ni ada projek besar baru masuk. abang buat ni pun sebab abang fikirkan Muzaffar. Untuk masa depan dia.”
“kenapa abang tak cari pengganti dari dulu lagi?” soalku lagi. berhati-hati. Dia pandang aku.
“masa tu hati abang tertutup lagi.”
“sekarang?”
“erm.baru terbuka 1 inci.abang harap sayang boleh bukak hati abang luas-luas lepas ni.”
Aku tunduk. Kenapa aku pulak yang kena bukak hati dia?
“maya, isteri abang. ibu Muzaffar. Abang tak minta banyak Cuma..” mahdi berjeda. Wajah yang tadinya ditundukkan, diangkat.
“maya boleh jadi ibu untuk Muzaffar. Didik dia sebaiknya. Soal hati abang dan Maya, abang berserah. Kita akan ambil masa okay?” bisiknya lembut. Pipiku dicium lembut. Tak ku sedar, aku mengukir senyum. Bersetuju dengan mahdi. Bukannya hati aku tak ada untuk Mahdi Cuma aku perlukan masa.
“erm. Kenapa abang kahwin dengan saya?” soalku tiba-tiba. Dah lama soalan ni ada dalam kepala tapi tak pernah nak terkeluar dari mulut.
“entah.”
“entah?” apa punya jawapan ni?
“itu, homework untuk maya untuk cari jawapan. Abang tak nak bagitahu.”
“pulak dah.”
“tak susah pun homework tu, sayang. Cuma kena usaha sikit..” Mahdi kenyit mata. Aku mencebik geram.
“suka betul buat mulut macam. Sekali kena cium dengan abang baru tahu.”
Cepat-cepat aku tarik balik muncung tadi.
“tahu takut.”
“malas nak layan abang. Maya nak kemas bilik atas.”
Terus aku berlalu ke tingkat atas. Kerja mengemas perlu disambung. Kalau tak, entah bila nak siap. aigo~~ patutnya si Mahdi ni kenalah bersihkan rumah ni barulah ajak isteri dia tinggal sekali.
Ingatkan dapat surprise bila masuk rumah baru. Sekali dapat surprise macam ni. best sangat-sangat!
*****
Konvo minggu depan tapi Mahdi tahu tak? Macam mana aku nak bagitahu dia? tadi baru dapat call dari Sarimah, bestfriend aku. mengamuk budak tu bila tahu aku kahwin tapi tak jemput dia. siap nak ugut putus kawan. Smapai hati Sarimah buat aku macam tu~
Sarimah gurau jer lebih. Syarat, dia nak tengok suami dengan anak aku. kacang jer~
Sarimah bagitahu yang ada hal kena settlekan sebelum konvo minggu depan. esok, kitorang kena pergi uni. Muzaffar pulak macam mana?
“lah. Perkara kecik macam tu jer ke yang kau risaukan?”
Aku angguk. Kepala aku dah terbayang anak aku yang kena tinggal dengan entah siapa-siapa. dulu, dia duduk dengan nenek dia. sekarang dengan aku. mana pernah kena lepas kat orang asing lagi.
“macam masalah Negara. Kau bawak jerlah Muzaffar pergi uni. Lagipun bukannya kita pergi sana nak berlari marathon. Ada kertas kerja yang kita siapkan. Tu jer. Aku rasa sekejap saja. “
“boleh ke bawak dia?” tanya aku ragu-ragu.
“apsal tak boleh pulak. Tu anak kau. Tapi, kau kena tanya suami kau dulu lah. Mana tahu dia tak bagi kau bawak dia.”
“erm..nanti aku tanya Mahdi.”
“ok. Esok, aku ambil kau kat rumah.”
“thanks Imah.”
lepas makan malam aku buatkan Muzaffar susu botol dan baringkan dia depan televisyen. Memang kebiasaan dia macam tu. minum susu depan tv sampai nak lena kemudian baru aku angkat dia dalam bilik dia. ya, Muzaffar ada bilik sendiri. kata Mahdi, kena ajar dari awal.
“lagipun, Muzaffar tak boleh kacau ibu dengan ayah kalau ayah nak buat projek.”
Boleh dia cakap macam tu depan budak kecik tu? Nasib baik Muzaffar tak faham. Aigo~ bagus betul suami aku kan?
“abang.” aku pandang Mahdi yang sedang khusyuk tengok TV.
“erm..”
“next week, Maya konvo.”
“oh, haritu mak ada bagitahu abang. nasib baik Maya tolong ingatkan. Kenapa? nak shopping baju konvo ke?”
“taklah.”
“then?”
“esok, Maya kena pergi uni, nak settelkan kerja sikit. Maya ingat, nak bawak Muzaffar sekali, boleh ke?”
“kenapa tanya abang?”
Aku pelik. tak payah tanya dia ke?
“erm. Maya takut abang tak bagi bawak Muzaffar. Lagipun, mak ada pesan. Nak bagi mana-mana kena tanya abang dulu.” ayat last tu, aku slowkan suara. malu bila cakap macam tu. kenapa nak malu pun aku tak tahu.
“kenapa nak mintak izin abang?”
“erm..” aku gigit bibir.
“maya?”
“sebab abangkan suami Maya. nak pergi mana-mana, kena ada izin. Kalau tak, mana boleh Maya keluar. Tambah pula, Muzaffar kan anak abang. mana boleh bawak lari macam tu jer. Nanti abang dakwa Maya.”
Laju saja aku bagi jawapan. Terkejut dengan suara tegas Mahdi.
Aku ingat Mahdi nak marah tapi rupa-rupanya dia gelakkan aku. geram!
“takkanlah abang nak dakwa Maya. tak ada kerja betul. Lagipun..” Mahdi berjeda.
Aku pandang dia. kenapa selalu cakap berhenti macam ni? buat suspen nak tunggu saja.
“anak abang. anak Maya jugak. abang takkan dakwa Maya. Cuma abang akan buat macam ni.”
Tak sangka...
“sedap rupanya bibir delima sayang ni. nasib baik boleh rasa. Kalau tak kempunan abang.” balas Mahdi mesra. Aku hanya tunduk. Malu. Bahagia. Gatal.
Haha
“abang izinkan maya pergi sana. Jaga Muzaffar. Jaga diri baik-baik jugak.” pesan mahdi selepas lama kami berdiam.
“kejap, Maya pergi uni dengan apa?”
“Imah datang ambil. Lepas tu, kitorang ingat nak jalan-jalan kat Bandar. Dia teringin nak jumpa Muzaffar.”
“Imah? Sarimah BFF sayang tu?”
“BFF?”
“best friend forever. Ingat abang kuno sangat ke tak tahu istilah tu.” aku geleng. Tak sangka, dia guna jugak term macam tu.
“jalan baik baik.” Pesan dia lagi. aku angguk.
“apa cakap dengan abang macam ni. tunduk saja. angguk geleng angguk geleng. Macam belatuk”
Aku masih tunduk. Pandanganku hanya tertumpu pada Muzaffar yang sudah lena. Rasanya wajah budak kecik ni lagi hensom dari wajah ayahnya yang ku rasa dah masuk mode gatal.
“pandang sini.” Daguku ditolak.
“malu yekh?”
Aku diam. nak pandang wajah dia pun segan. First time kena kiss, mestilah segan. Malu. Nasib baik 1st kiss dengan husband.
“kalau Maya nak lebih, abang sudi.” Tambah Mahdi.
Aku pulak yang kena?
“abang nak. Boleh?” bisiknya perlahan.
Wajah kami semakin mendekat. Dia mula mencari target.
“abang..”
“erm..” nafasnya agak tak teratur. Aku menelan liur. Dah parah ni! kena cepat sebelum terlambat.
“abang. Maya cuti.”
“hah?” Mahdi terhenti sekejap.
“Maya cuti.”
“bila?” wajah itu nampak kecewa.
“baru pagi tadi.”
“alaaa...” dia sengaja tarik panjang perkataan tu. aku tersenyum. Comel pulak bila dia buat muka macam tu. kalah Muzaffar.
“lambat lagi la macam ni kan? kempunan lagi abang.”
“abang cakap, abang akan sabar. So, kenalah tunggu.” Usikku.
“sengaja nak kenakan abang yekh?”
Aku bangun dan mengangkat Muzaffar yang lena. Kena cepat kalau tak nak kena dengan Mahdi. Senyuman masih terukir dibibir. Bahagianya!
*****
Seperti yang dijanji, tepat pukul 11, Sarimah sampai di hadapan rumahku.
“comelnya anak kau. Mesti ayah dia hensom.” Puji Imah. Kembang hati bila ada orang puji anak dengan suami aku macam tu.
“kau drive boleh? Aku nak pegang Muzaffar.” Pinta Imah. Aku hanya mengangguk. Takpelah, bagi dia main kejap. Lagipun Sarimah memang sukakan budak-budak. baby, budak umur 2,3 tahun, semuanya dia suka. Aku saja yang pilih kasih. Haha.
Takpe, ibu sayang Muzaffar jer.
Setengah jam kemudian, kami sampai di uni kami. dah lama aku tinggalkan uni ni. rasa sedih pula bila dah habis ni.
Aku membetulkan baju Muzaffar. Topi kecilnya aku letakkan diatas kepalanya. Nak kena bagi perlindungan ni. lagipun sekarang ni panas semacam. Kesian anak aku kena panas. Kalau mak tahu aku manjakan si Muzaffar, memang kena berleter.
“budak-budak, jangan manjakan sangat. Bagi saja dia main kat tengah panas tu.”
Beg keperluan Muzaffar ku sandang ke bahu kiri. Beg ni kena ada kalau nak keluar mana-mana. Beg ni, aku dah siapkan awal-awal. Pampers, baju salinan dia. botol susu yang siap dibancuh. Botol air masak. Tuala kecil. lengkap.
Pandai tak aku jaga anak? haha. Terima kasih mak, mak mentuaku yang ajar aku semua ni. kalau tak kerana mak-mak sekalian, tunggang langgang hidup aku. hidup Muzaffar jugak.
“eh. Sarimah. Maya. aku ingatkan korang tak datang.” Tegur satu suara. aku berpaling. Tu dia. dah datang ‘queen of the year’
Macam mana dapat gelaran tu? tuan punya badan yang gelarkan diri sendiri. takpelah, orang lawa. Nak bantah, siapalah kita kan? nama queen of the year ni, cik tengku. Aku lupa nama penuh dia. takapa, tak penting. cik tengku ni memang lawa. Dengar-dengar buat modelling sambilan. Yang peliknya, macam mana dia boleh tersangkut buat course pendidikan sama macam kitorang.
Bukannya aku nak cakap yang kitorang jer yang sesuai jadi cikgu. Tapi, dia ni. macam memang confirm nak jadi model. Pergi kelas melaram habis. Makeup tak payah nak cerita. Kenapa dia tak masuk saja sekolah modelling, kan?
Nasib baik, dia lepas jugak degree ni. tapi dengar kata jugak, dia nak sambung jadi model lepas ni. degree cikgu tu biar saja. boleh yekh macam tu? buat penat dia pergi kuliah, last-last jadi model.
Opss. Tak sangka. Aku ni kaki gossip juga. Hehe
“anak siapa ni?” dia mendekati Muzaffar. Aku lari belakang Sarimah. Tak rela aku nak bagi dia pegang anak aku! protect!
“anak kau ke maya? comel. Aku nak pegang boleh?”
“anak aku tak suka orang luar.” Balasku dingin.
Aku kedekut dengan anak aku. bukannya calang-calang boleh pegang Muzaffar. Lebih-lebih cik tengku ni. aku pernah tengok dia pegang seorang budak. umur, baya-baya Muzaffar jugak. menangis budak tu bila dia pegang. Apa lagi, meronta lah budak tu. Sikit jer lagi nak cium tanah. Nasib baik ada orang lain tolong sambut budak tu. buatnya kalau tersembam macam mana? Anak orang tu.
Muzaffar ni, jangan berani-berani nak sentuh! Nak bagi luka-luka pun, cubalah kalau berani.
“kedekut.” Dia mencebik. Biarlah, anak aku. sukahati aku lah.
“mana suami kau? Kenapa aku boleh tak tahu kau dah kahwin?” tu dia, mulut dia dah berbunyi.
“orang cakap, kalau anak comel mesti parents lawa. Tapi aku tengok kau ni biasa saja. mesti husband kau hensom. Kenalkan aku, nak?”
Aku ternganga kejap. Berani dia buat request macam tu? tahu tak dia tengah cakap dengan siapa ni?
“alah. Gurau saja. takkan tak boleh?” tahu cuak bila tengok muka aku. ingat benda macam ni tak sensitive? Sensitive tau! Naik blood pressure bila ada orang tanya macam tu. tu, suami aku. hak aku!
Er,hak aku ke?
“mintak diri yer cik tengku. Kami ada hal ni.” sarimah tarik aku ke pejabat. Tahu-tahu saja bila angin aku nak datang.
“nasib baik kau tarik aku.”
“tahu sangat dengan angin kau. Dah, jom. Kita selesaikan kerja kat sini. Lagi cepat selesai, lagi bagus. Kesian aku tengok Muzaffar ni. dah berpeluh anak kau.”
Selesai hal di pejabat, aku dan sarimah memandu ke restoran untuk lunch. Bila tengok jam, rupanya dah hampir 3 petang. nasib baik dua2 ‘cuti’, tak adalah nak rush-rush zohor kan?
Kesian anak ibu. nanti kita makan okay? tengahari tadi pun aku bagi Muzaffar minum susu dengan makan biskut baby. Menurut mak, Muzaffar dah boleh makan makanan lembut. Bagi sup, bubur nasi pun boleh.
Aku memesan nasi goreng seafood untuk aku dan sarimah. Nasib baik kat kedai makan ni ada bubur nasi. Aku pesan satu untuk Muzaffar. Kalau tak, kesian kat anak aku sebab kena minum sup kosong saja. kat sabah ni, biasanya akan ada sup kosong untuk setiap makanan yang kita order.
“suami kau tak marah ke bawak Muzaffar keluar tengahari panas macam ni?” soal sarimah sambil menghirup minumannya.
“tak. Dia okay saja.” aku sudukan bubur ke mulur muzaffar. Tangannya ku pegang erat. kalau tak, asyik nak merewang saja tangannya itu. Nak berebut untuk suap sendiri. bukannya aku tak bagi, tapi kalau dah Muzaffar nak makan sendiri, jawabnya tak pasal-pasal aku bermandi bubur nasi. Silap-silap dengan dia skali. Cukuplah kalau aku dah pernah kena mandi air oren dari ayah Muzaffar. Taknak rasa lagi.
“kau tak ajar dia makan sendiri ke?”
“dia dah pandai pegang sudu sendiri tapi selalu bocor.kat rumah, aku biarkan. Tapi bila kat luar, susahlah pulak. Muzaffar ni bukannya boleh kalau ada kotor kat baju dia. asyik nak tukar baju.”
Sarimah gelak kecil. aku pelik.
“apsal kau gelak?”
“tak sangka kawan aku yang dulunya anti dengan budak dah jadi mak budak. boleh layan kerenah budak-budak kecik. Boleh suap makanan budak kecik dengan sabar. Tak sangka, impian aku nak tengok kau pegang budak tercapai.”
“exaggerate la tu kalau kata aku anti dengan budak kecik. Bukan anti, tapi tak sukalah..”
“eleh. Sama jer tu. ayat...eh.” Sarimah berjeda.
Kenapa Sarimah ni?
“kau jangan pandang.” Sambung sarimah tiba-tiba. Aku jadi pelik. kenapa tiba-tiba ni? dahlah cakap tak habis lepastu suruh aku jangan pandang belakang. Apalagi, aku teruslah pandang belakang. Lagi orang nak larang, lagilah aku suka buat.
Aku ternganga kejap.
Bila si cik tengku tu ada kat situ? Dengan, ayah si Muzaffar? Mahdi?
“erm, kau ada related dengan cik tengku tu ke?” soal sarimah. Aku geleng.
“habis tu?”
“mana aku tahu!” jawabku geram! Kalau aku tahu, tak adanya aku nak sakit hati macam ni. macam mana Mahdi boleh mesra dengan cik tengku tu? ada hubungna kekeluargaan ke diorang ni? Tapi, kenapa aku boleh tak tahu?
“dah. Cepat makan. Aku sakit perut ni.nak balik.”
Mulut Muzaffar aku lapkan dengan tisu. Tangan kanan diangkat, cuba memanggil pelayan. Nak mintak bil.
Sarimah hanya diam bila aku dah mula tarik muka. Dia dah masak dengan perangai aku. jangan masuk line kalau aku dah buat muka. Kalau taknak kena sembur, silakanlah.
“sorry Imah. Nanti aku belikan kau makanan lain. singgah drive through McD nanti.”
Sarimah angguk. Aku hulurkan Muzaffar.
“nak kunci.”
Aku cucuh kunci dan terus start enjin. Aku rasa hanya jasad aku saja yang ada dalam kereta tu. hati dan jantung aku dah lama berkecai pecah kat dalam restoran tadi. tak sempat nak kutip.
Sampai hati Mahdi buat macam ni.
*****
“tengahari tadi Maya pergi makan kat kedai makan yang dekat dengan uni.”
Aku memandang sekilas Mahdi yang sedang khusyuk tengok TV.
“dah selesai ke hal konvo?”
“dah.”
Aku diam. mengeluh. Tarik nafas dalam.
macam mana nak cakap ni? kalau tak cakap, lagi parah hati aku ni. lagipun mak pernah pesan, apa-apa hal kena bincang dengan Mahdi. Jangan nak baling periuk belanga dulu.
“masa makan, Maya nampak abang.”
“dengan kawan Maya. mesra.” Sambung aku sepatah-sepatah.
Aku tunggu respond dia. senyap.
10 minit berlalu tapi still tak ada respond. Aku mula mengalah. Orang cakap, kalau diam maksdunya dia memang bersalah. dan kebisuan itu membuktikannya. Aku mengeluh lagi. tak sampai sebulan kahwin tapi dah jadi macam ni.
Dengan berat hati aku melangkah ke ruang TV. aku menunduk sedikit dan mengangkat cermat Muzaffar.
“biarkan Muzaffar kat situ. Nanti abang angkat.”
Aku terpaku. Sekarang, dia taknak aku dekat dengan Muzaffar jugak?
“Maya naik tidur dulu.”
“kejap. Abang tak habis cakap lagi ni. meh sini.” Muzaffar tepuk sofa disebelahnya. Aku telan liur.
“mehla sini..” Mahdi menarik lembut tanganku apabila melihat aku yang langsung tak berganjak ke sofa disebelahnya itu.
“Maya nak tahu siapa perempuan tadi ke?” tanya mahdi lembut. TV dioff.
Aku diam. kalau nak bagitahu, bagitahu jerlah. Kalau taknak, takapa. Aku bukannya boleh paksa dia.
“Maya jealous?”
Aku diam lagi.
Tangan Mahdi mula meliar diwajahku. Aku hanya membiarkannya dengan hati bengkak. Dia ingat dengan cara macam ni akan buat hati aku sejuk?
“kalau abang tak ada benda nak cakap, Maya nak tidur. Penat.”
“Maya taknak dengar apa yang abang nak cakap ke?”
“kalau abang nak cakap, Maya dengar. Kalau taknak, Maya nak tidur.”
Aku bangun dari sofa.
“kenapa marah macam ni sekali, hmm?” Mahdi masih lagi dengan tone lembutnya. Dan aku, semakin membara.
“tunggulah kejap.”
“maya nak tidur.” Aku terus melangkah ke tangga. Malas nak tunggu.
“maya!”
“maya!” suara itu naik seoktaf.
“menyusahkan betul.”
Langkah yang tadinya laju mendaki tangga terhenti sekejap bila dengar statement Mahdi. Kisah lama mula terbayang di kepala.
Dia kata aku menyusahkan?
Aku berpaling semula dan mendekati Mahdi.
“abang kata Maya menyusahkan?”
“abang tak cakap... Abang..”
“kalau Maya menyusahkan abang, kenapa pinang Maya dulu? kenapa nak janji benda-benda yang baik bila kita kahwin awal dulu? patutnya abang tak payah kahwin dengan Maya. maya tahu maya siapa kalau nak dibandingkan dengna abang.”
“maya, abang..”
“maya tahu maya tak secantik perempuan tadi. tak boleh bagi layanan mesra macam perempuan tadi. tak se’upgrade’ macam dia. tapi, kalau pun abang dah fedup sangat dengan Maya, atleast tunggulah sebulan dua barulah pergi menggatal. Maya tak kisah. Sebab maya tahu abang pun sebenarnya terpaksa berkahwin dengan Maya. Sebab Muzaffar kan? takapa, maya akan sabar. Lepas ni, abang pergi jerlah kat perempuan tu. kita hanya suami isteri atas kertas saja.”
“maya akan tetap jaga Muzaffar. Itupun kalau abang benarkan. Selamat malam abang.”
Aku mengangkat Muzaffar dan berlalu ke bilik. airmata dipipi kusapu. Tak ada gunanya menangis untuk orang yang tak menghargai kita. Buat rugi airmata saja.
Aku tahu, perkahwinan ni bukannya aku yang pinta. Bukannya aku impikan. Tapi, aku redha dengan petunjukNYA. Aku hanya nak jatuh cinta pada suamiku saja, dan kini suamiku hanya Mahdi.
Memang susah nak adapt dengan kehidupan yang macam ni dengan secara tiba-tiba. Ada suami dan anak umur hampir satu tahun. Aku tak merungut. Malah aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku tak mintak banyak, Cuma bagi aku masa.
Mungkin, sekarang Mahdi dah puas dengan aku. biarlah kalau macam tu.
Mak, mahdi dah ada orang lain! sob sob sob.
[3]
2,3 malam ni aku tidur kat bilik Muzaffar. Malam-malam peluk Muzaffar saja. dah tak ada pelukan hangat si suami. Dah tak ada usik-usik dari si suami. Ada jugak Mahdi nak bercakap dengan aku, tapi aku awal-awal dah lari. Kunci pintu.
Macam mana nak ada perjanjian damai kalau aku asyik lari jer? Bukannya aku suka suki nak lari tapi aku takut dengan apa yang dia nak cakap.
“abang dah ada orang lain”
“abang cintakan perempuan tu”
“abang kahwin dengan Maya sebab terpaksa.”
Buatnya dia cakap macam tu, ha. Menangis keluar air mata darah nanti. Tak sanggup nak dengar. Hati aku tak bersedia lagi.
2 hari lagi hari konvokesyen aku. mak, ayah dengan mak mentua aku akan sampai pagi esok. Along pulak, sampai malam sebelum konvo. Mahdi? Entah. Dia tak cakap pulak nak pergi. Lagipun sekarang ni dia ada tugasan luar kat Tawau. Aku rasa, dia takkan sempat nak hadiri majlis aku tu. takapalah, at least aku ada keluarga aku. aku ada Muzaffar.
Muzaffar. Bila tengok dia, memang lagi bertambah-tambah rindu aku pada Mahdi. Mata Muzaffar sebijik mata Mahdi. Tenung lama-lama Muzaffar bukannya boleh bawak balik Mahdi pun. bila rindu mahdi, Muzaffar yang aku cium. Yelah, kalau dah depan-depan mana aku berani nak buat aksi gatal kat mahdi kan? tak pasal-pasal ada extra scene nanti.huhu
Apapun, abang, Maya rindu!
*****
“Mohammad tak pergi konvo angah ke?” tanya mak pagi majlis tu.
“abang ada kerja kat Tawau, mak.”
“Mohammad ni, perangai tak berubah-ubah. Orang lain kerja jugak tapi tak segila si Mohammad ni. anak bini, takkan dia lupa?” sampuk mak aka Mak Limah.
“nak buat macam mana Limah. Dah kerja dia, kita nak buat macam mana.” Pujuk mak.
“pukul berapa angah nak gerak ni?” tanya along pula.
“sekejap lagi lah along. Angah gerak awak sikit. Nanti Imah datang ambil. Along gerak lambat sikit pun takapa. Angah bukannya apa, kesiankan si Muzaffar ni. dia mana nak tahan dengan orang ramai macam tu.”
“kesiankan Muzaffar jer?” usik along. Aku tersenyum. Ada saja modal nak kenakan aku.
“kesiankan Amran jugak. kesian mak-mak sekalian.ka-si-han kat along jugak.” perkataan ALONG aku tekankan.
“senang hati mak bila tengok angah dah matang macam ni.”
“angah dah matanglah mak. Cuma mak saja nak tak tengok. Okaylah, angah nak tengok Muzaffar kejap. Rasanya dia dah bangun ni. nanti angah siapkan dia awal-awal, senang nanti.”
Setengah jam kemudian, Sarimah sampai. Dia singgah makan sekejap, then baru kami berangkat ke uni.
*****
“bu!”
Aku berpaling ke suara tu, senyuman diukir. Anak ibu!
Aku mendekati Muzaffar yang dari tadi tegak berdiri. Dia langkah satu-satu menuju ke arahku. Aku tersenyum puas. Puas sebab boleh tengok langkah-langkah pertama si anak. walaupun bukan aku yang melahirkan dia tapi rasa bahagia tetap ada dalam hati. Muzaffar ni dah macam aku yang kandung 9 bulan dulu.
Aku peluk Muzaffar erat. pipinya ku cium lama.
“peluk anak jer? Taknak cium ayahnya sekali?” ujar satu suara. aku dongak. Namun, satu jambangan bunga yang besar menyapa pandanganku.
“from me. And Muzaffar.”
Mahdi? Bila dia sampai? Pagi tadi tak ada pun?
“takkan nak tengok saja? teringin nak kena peluk macam Muzaffar.”
Aku kaku. Nak kena peluk dia jugak ke? Depan orang ramai macam ni?
“kamu jangan nak menggatal kat sini Mohammad. Nak peluk cium kat rumah, bukan kat tengah panas ni. tak tahu malu!” sampuk mak.
Aku tersengih. Padan muka kena sindir. Dengan Muzaffar dalam dukungan, aku tunduk dan menyalami tangan Mahdi. Sebagai balasan, dia mencium dahiku. oh, bahagianya! Lupa sekejap dengan ‘perang dingin’ kami.
“tahniah untuk isteri abang. bunga ni, taknak ambil ke?”
Aku senyum. Best pulak dapat bunga besar macam ni. ada 2 bear dan bentuk love. cute. Macam si pemberi.
“terima kasih.”
“ha, cepat. Along nak ambil gambar kamu sekeluarga.”
Mahdi menarikku rapat. Muzaffar dah beralih dalam dukungannya. Tangan kirinya memeluk pinggangku. rapat benor ni~
“buat aksi lain pulak.” Arah along.
Macam macam aksi yang aku dengan Mahdi buat. Muzaffar pun terlibat sekali. Dah macam nak ambil gambar pengantin kena beraksi-bagai.
“abang Mahdi!”jerit satu suara pulak.
Cik tengku?
Nak terkeluar biji mata aku bila tengok si cik tengku ni berpeluk dengan Mahdi. Muzaffar, dia siap dukung lagi. aku pulak, hanya tegak berdiri sambil menyaksi kejadian-curang-Mahdi.
“mohammad.” Tegur mak keras.
“assalamualaikum mak cik.”
“tahu pulak kamu nak bagi salam. Kita ni orang islam, eloknya bagi salam dulu. siapa yang ajar peluk macam ni?” mak mula berleter. Cik tengku hanya tersengih. Aku mencebik geram. Tahu tak siapa yang dia peluk tu? suami aku tau?
Tanpa ku sedar, Mahi mendekatiku. Tangannya mula melingkar dipinggang.
“bukan abang yang peluk dia.”
“nampak muka macam happy bila kena peluk.”
“mana ada.”
“maya boleh nampak. Kalau abang bahagia, maya gembira.”
“sayang..”
“takapa, Maya faham”
Mahdi mengeluh mendengar kata-kataku. Penat bertingkam lidah dengan aku.
“malam ni, kita settle.” Putus mahdi.
Aku hanya diam. tak angguk, tak geleng. Tengoklah, apa yang jadi malam nanti.
*****
“takkan tak puas belek tangan sendiri lagi? berapa lama sayang nak tenung tangan tu? kalau tenung abang ni, ada jugak faedahnya.” Ujar satu suara. tak payah nak angkat muka sebab aku tahu orang tu, hanyalah dan pastinya suamiku, Mahdi. Siapa lagi yang boleh ada kat katil tu yang boleh cakap lancar macam tu? Muzaffar?
“meh la sini.” Katil ditepuk perlahan. minta-mintak si isteri tergerak hati nak duduk disebelahnya. Seharian Maya berjauhan dengannya. Puas dia mengejar tapi tak dapat-dapat. Semuanya kerana kejadian-peluk-cik tengku tu.
“sayang..”
Aku masih lagi di kerusi meja solek. Taknak gerak boleh?
“nak abang dukung ke?”
Tak sempat nak elak bila ada tangan kasar memeluk pinggangku. erat. tak cukup dengan tu, ada pula hadiah sampingan di dahiku.
“merajuk ke?”
Mahdi menyandarkan kepalaku ke dada bidangnya. Tanganku pula ada dalam genggaman tangannya. Kejap. Erat. confirm tak boleh lari kalau macam ni.
“maya nak dengar satu cerita?” tanya Mahdi lembut. Dia mengeluh perlahan apabila melihat aku masih berdiam diri.
“pada masa dahulu, ada pasangan suami isteri yang sangat bahagia. Mereka ni sangat lovey-dovey. Siang malam, pagi petang, selalu bahagia. Suami gembira. Isteri gembira. Then, si suami ni ada buka perniagaan. Eksport import. Dia share syarikat tu dengan kawan baik yang paling dia percayai. Mula-mula bila syarikat baru nak buka, kehidupan suami isteri agak terjejas. Yelah, si suami pening dengan masalah syarikat yang baru. Dan si isteri mula merungut sebab tak dapat perhatian dari si suami.”
Mahdi mengeratkan pelukannya. Sesekali dia membelai isterinya itu. dah lama dia tak menunjukkan kasih sayangnya pada Maya. dah perang dingin, nak dekat pun tak boleh.
“Alhamdulillah, syarikat suami semakin stabil dan business banyak masuk. dan, kebahagiaan suami isteri semakin bertambah dengan zuriat yang bakal dilahirkan oleh isteri. 9 bulan menunggu, akhirnya, lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat comel. Mereka sangat hapy.”
“namun, panas tak sampai ke petang. ada hujan ditengahari. Begitu juga dengan hubungan suami isteri. Isteri mula merungut tidak puas hati. Katanya, masa suami banyak pada kerja. Suami pula, yang dulunya memang terkenal dengan panas baran mula naik angin. Periuk belanga mula jadi UFO. Nasib baik anak tak sempat nak jadi UFO..”
Aku jeling Mahdi. Apa punya cerita ni?
“janganlah jeling macam tu sayang. Nanti tak sempat abang habiskan cerita ni. tak tahan dengan panahan asmara sayang tu...”
“jangan nak mengada-ngada. Habiskan cerita dulu.”
“lepas habis cerita?” usik Mahdi lagi. senyuman mula lebar. Yelah, isteri dah tak mogok diam. perang dingin dah jadi suam-suam kuku. Boleh ada peluang macam ni.
“itu belakang kira.”
“kenapa tak depan kira?”
“abang.”
“okay.okay. garang betul isteri abang sekarang ni. belajar dari siapa?”
“abang!”
Sakit jiwa aku layan si suami ni. bila berubah perangai jadi macam ni pun aku tak tahu.
“okay. kita sambung. Dipendekkan cerita, rumah tangga suami isteri memang tak dapat nak selamatkan lagi. maka, bercerai berailah diorang. Anak, si isteri bagi kat suami untuk jaga. Isteri cakap dia taknak jaga anak sebab susah. Suami yang dengar, memang mengamuk habis. Beberapa bulan lepas tu, suami dapat tahu isteri sebenarnya dah lama menjalin hubungan dengan kawan baiknya. Suami langsung tak sangka BFF dia sanggup tikam dari belakang.”
“sejak dari tu, suamilah yang jaga anak lelakinya. Mula-mula memang susah tapi dia sayangkan anaknya tu. mak suami ada jugak bagi nasihat suruh cari pengganti namun hatinya dah parah disebabkan bekas isteri yang dulu. tak berani nak cuba lagi. mak suami putus asa. Melihatkan suami yang tak berapa nak stabil lagi, mak suami menawarkan diri untuk jaga cucu untuk sementara.”
“ditakdirkan jodoh baru untuk suami bila dia ada jumpa gadis comel masa dalam perjalanan untuk tengok anak yang dah lama berjauhan tu. namun, pertemuan mereka bukannya manis macam gula.”
“gadis tu tak selawa bekas isteri. Tak pandai nak layan budak kecik, kecuali si anak suami. Mulut, kadang-kadang tak ada insurans. Tapi..”
Macam kenal saja cerita ni. lebih-lebih lagi part belakang tu.
Dia kata aku tak lawa?
Aku bangun dan tolak dada mahdi. Nak turun katil. Nak keluar bilik.
“ha, nak pergi mana tu? tak payah nak gerak-gerak. Sayang kena ada sebelah ni.”
Cubaan fail bila tangan aku dah awal-awal kena gari.
“ni cerita benar atau rekaan abang?” tanyaku dingin. Ayat last bermain-main dalam kepala aku.
“cuba maya bersabar sikit. Taknak dengar sampai habis ke?”
“taknak. Kalau abang nak kutuk Maya, takpayah. Maya tahu, maya bukan siapa-siapa. Maya..”
Cup.
Aku terdiam. Kaku.
“disebabkan mulut maya ni tak ada insurans, abang nak tawarkan khidmat baru boleh?”
Apa maksud mahdi?
“mulut ni. bibir ni. suka sangat nak cakap yang bukan-bukan. Sekali lagi abang dengar yang bukan-bukan, tahulah abang nak buat apa. Tahu?”
“abang nak buat apa?” tanya aku bodoh.
“nak kena demo lagi sekali ke? abang, no problem.”
Oh. yang tu.
“taknak.” Aku tutup mulut cepat-cepat. Nanti kena kiss lagi.
“itu kisah abang. kisah sebenar abang. tak ada reka-reka.” Maya ditarik dalam pelukan semula.
“abang kecewa dengan cinta pertama abang. tak sangka, BFF yang paling abang percaya, boleh tikam dari belakang. Abang lagi rela kalau dia nak gelapkan duit syarikat dari rampas isteri abang.”
“tak baik doa yang bukan-bukan.” Sampuk ku. Benda dah jadi, mana boleh KALAU.
“siapa yang tak sedih bila orang-orang yang paling abang sayang tinggalkan abang. bukannya dengan cara baik pulak tu. abang geram. Tapi, lama-lama abang fikir, dah takdir abang macm tu. dan....”
Aku pandang Mahdi. Berjeda lagi.
“kalau tak, abang takkan jumpa isteri abang yang suka merajuk ni. yang suka cakap bukan-bukan tanpa dengar penjelasan.”
“yelah, isteri abang yang tak lawa ni.”
Cup.
“kan abang dah pesan. Jaga mulut kalau tak nak kena kiss.”
“abang akui, dia memang lawa. Tapi sayang abang lagi cantik. Lagi berseri. Lagi istimewa. Lagi menawan. Lagi menggoda. Yang buat abang tak tidur malam. Yang selalu buat abang terbayang-bayang. Yang penting, sayang abang ni, ibu Muzaffar. Hanya ibu Muzaffar. Yelah, dia tak layan budak lain. dia layan Muzaffar jer. Betul tak?”
Aku mula mengorak senyuman. Pandai saja dia pujuk aku. nak kena bagi upah ke?
“kan lawa bila senyum macam ni. bukannya cakap ikut suka hati.”
“abang pun, kadang-kadang panas baran, suka cakap ikut hati. Bukannya ikut kepala yang waras. Abang minta maaf sebab abang dah tercakap sayang ni menyusahkan..abang tak bermaksud. Ayat tu just keluar macam tu. abang tak ada niat pun.”
Aku diam. aku mengakui apa yang dia cakap. Bila bercakap ikut hati, memang entah apa-apa yang keluar. Sebab tu, orang pesan, nak bercakap biar guna kepala. Sabar yang penting. Barulah aman damai, betul tak?
Aku mengeluh kecil. aku dah banyak salah dengan Mahdi. Kena minta maaf ni. aku betulkan duduk agar bertentangan dengan Mahdi.
“abang, Maya pun nak mintak maaf. sebab dah ‘sembur’ abang. bukannya sekali. Tapi 2 kali. dan maya selalu lari bila abang nak bagi penjelasan. Sudahnya, Maya sendiri yang sakit hati. Merana. Padan muka Maya.”
Aku tunduk.tak sanggup nak bertentangan mata dengan Mahdi.
“pandang sini.” Dia tolak dagu aku.
“kita ni manusia, tak lepas dari buat salah. Mana ada orang perfect kan? so, apa yang buruk tu kita jadikan teladan, jadikan iktibar. Lain kali jangan buat lagi. ni, pesanan untuk sayang abang dan untuk diri abang jugak.”
“abang dan Maya, sama-sama ada kurang. Tapi, kita boleh lengkapkan diri kita kan? insya allah kita akan ada sepanjang hayat untuk complete each other”
Aku angguk. Senyuman diukir. Bahagia apabila mendengar ayat itu. dia nak hidup dengan aku.
Kejap.
Macam mana pula dengan role cik tengku tu?
“cik tengku?” soalku perlahan. sekarang, kena jaga pertuturan. Pesanan dari suami.
“untuk pengetahuan sayang, abang tak ada hubungan dengan dia. nope. Nothing. Dan bukannya abang yang peluk dia petang tadi. dia yang tiba-tiba datang kat abang.”
“habis tu, abang sukalah bila ada orang peluk?”
“suka.”
Aku ternganga.
“siapa yang tak suka? Muzaffar pun, kalau ada orang dukung dia sengih memanjang. Samalah dengan abang. tapi...”
Aku pandang dia. dia pandang aku. taknak sambung ayat ke?
“abang lagi suka kalau sayang yang peluk. lagi nikmat. Tau!” dia kenyit mata. Oho~gatalnya.
“mulalah masuk mode gatal dia.”
“dengan sayang jer pun. tak salah.”
Memang tak salah, abang sayang. Tapi aku yang gabra lagi ni.
“cik tengku tu, adik bekas isteri abang. abang sendiri tak sangka boleh jumpa dia kat sini. Sayang jangan bimbang, lepas ni dia dah takada.katanya nak pergi luar Negara, nak jadi model.”
Alhamdullilah. Saingan aku bakal hilang.aku senyum lagi.
“tapi, macam mana dengan ex abang tu?”
“ex? Bekas isteri?”
“abang jangan sebut isteri. Sebab sekarang ni, Maya seorang jer boleh pegang title tu.” aku merungut kecil. demand.
“dia, bekas isteri. Bukannya isteri abang. you are my wife.”
“still, Maya taknak dengar perkataan isteri tu. tau?” Mahdi senyum. Tak sangka Maya pun boleh se-cute macam ni. boleh pulak demand macam ni. tapi takapalah, untuk Maya dia sanggup. Bukannya Maya suruh dia pergi rompak bank kan?
“macam mana dengan dia?”
“dia?”
Aigo~ Mahdi ni.
“ex abang tu.” soalku geram.
“oh. kenapa dengan dia?”
“macam mana dia sekarang? apa yang dia buat?”
“erm. Entah. Abang taknak ambil tahu dah. Bukannya ada faedah kalau abang ambil tahu. Baik abang jaga maya. mana tahu, ada rewards.” Mahdi kenyit mata. Dan aku cebik geram. Dah gatal sangat ni.
“abang marahkan dia lagi?”
“entah.”
“orang cakap, kalau kita still ada perasaan marah kat orang yang pernah kita sayang, maksudnya kita still sayangkan dia. even jahat macam mana pun dia. erm, abang sayangkan dia lagi?” tanyaku perlahan. sakit dada bila kena tanya macam tu tapi aku nak kepastian.
“apa yang sayang cakap ni?”
“abang still..?” Mahdi mengeluh.
“abang akui, dia cinta pertama abang. memang susah nak lupakan dia tapi balasan dia pada abang buatkan cinta yang pernah ada dulu, hilang. hangus. Hati abang dah tawar pada dia.”
“kalau dia nak balik pada abang?”
“kenapa tanya soalan yang bukan-bukan ni? nak kena kiss lagi?”
“tak. Maya just nak tahu. Macam mana kalau berlaku? Abang akan tinggalkan maya?”
“maya. sekarang ni Maya isteri abang. abang sayangkan maya. cintakan Maya even maya tak sukakan abang. tapi abang dah berazam yang abang akan buat Maya jatuh cinta pada abang. sayangkan abang. soal ex abang tu, kita takpayah nak pening-pening fikir. abang taknak hal tu jejaskan hubungan kita.”
“hati abang sekarang dah terisi dengan Maya. dengan Muzaffar. Hati abang dah ada perisa bila Maya ada. Cukuplah. Dah tak ada ruang untuk orang lain. nak jaga Maya sorang jer.”
“dia mungkin cinta pertama abang tapi insya allah, abang hanya akan jadikan Maya cinta terakhir abang. hanya Maya.”
Wajah yang mendung tadi mula bertukar. Aku senyum. Gembira dengan pengakuan itu. mahdi dah jadi milik aku!
Lama aku dan Mahdi melayan perasaan sendiri. aku pun sebenarnya cuba nak proses apa yang dia bagitahu tadi. banyak sangat input, nasib baik otak tak jammed.
“sayang merajuk lagi?” tanya mahdi tiba-tiba, perlahan.
Aku geleng kecil.
“bukannya merajuk tapi sakit hati.”
“jealous?”
“ada sikit-sikit.” Aku sengih.
“siapa yang tak jealous bila tengok suami kita kena peluk? pulak tu, dengan orang yang lagi lawa. Lagi update. Membara hati ni tau.”
“abang tak sangka sayang boleh sakit hati dan jealous. Maknanya, sayang dah boleh terima abang la ni yekh?”
Aku angguk perlahan. malu. Gatal sungguh aku ni. lantas, aku menyebamkan mukaku ke dadanya.
“abang ,suami Maya.”
“sayang seorang saja dalam hati abang ni. so, bolehla kita....malam ni?” nada Mahdi mula berubah.
“tunggulah mak ayah balik dulu..”
“kenapa nak kena tunggu?”
“Maya malu nanti.”
“kenapa nak malu?” usik Mahdi lagi.
Aigo~~ dia ni memang tak faham ke?
“haha.abang dah agak. Sebab tu abang dah buat plan awal-awal.”
“plan apa?”
“sayang tak perasan ke malam ni sunyi?”
Aku diam. cuba fikir semula. aah. Malam ni, senyap pula. Bukanke ayah selalu buka channel bola kalau malam macam ni. Amran dan Muzaffar pulak mesti syok bermain. Mesti bisinglah rumah ni. tapi kenapa macam tak ada orang?
“abang belanja diorang makan angin kat Tanjung Aru beach 3 hari 2 malam.”
Hah?
“bila?”
“tadi, masa sayang sembahyang maghrib, abang hantar diorang kat sana. Lagipun Muzaffar dengan Amran mesti suka bila boleh main air.”
“kenapa abang buat macam tu?”
Ada pula hantar mak-mak, ayah dengan along ke Tanjung Aru malam-malam macam ni. nampak macam tak bagi mereka duduk rumah ni saja. nanti apa pulak diorang cakap. Menantu halau keluarga? Tak pasal-pasal aku kena cop anak-hantu, bukannya menantu.
“untuk bagi kita privacy.” Balas mahdi romantic.
“tapi..takkanlah sampai kena..”
“diorang tak kisah. Lagipun, kita kan pengantin baru.”
“tapi..” hati dah tak tenang. Jantung dah jadi tachycardia. Berpeluh. Rasa panas.
Aigo~~ macam ni ke perasaan malam pertama?
“don’t worry. I’ll be gentle.kita lupakan apa yang jadi. Mulakan hidup baru?”
Dahiku dikucup. Kemudian turun ke mata, pipi dan akhirnya bibir. aku hanya berserah. Rasa bahagia mula bersiram dalam hati..
*****
“terima kasih..”
Aku hanya senyum. Tak tahu nak cakap apa. Malu masih ada. Peristiwa bersejarah semalam masih ada dalam kepala. Kenapa tak hilang yekh?
“maya sayangkan abang?”
Aku diam. nak kena jawab ke?
“kalau maya tak sayang, dah lama Maya lari.” Jawabku perlahan. mahdi senyum.
“tapi abang nak dengar maya cakap.”
“kenapa Maya yang kena cakap dulu?”
“sebab abang dah provekan rasa sayang dan cinta abang semalam..so, sekarang turn maya cakap.”
“mana aci.abang kena cakap dulu. baru Maya bagitahu.”
Aku masih taknak mengaku kalah.
“kalau abang cakap dulu, ada upah tak?”
“nak kena ada upah ke?”
“mestilah. Muzaffar tu pun nak upah kalau nak suruh dia habiskan bubur nasi. Abang lagilah nak upah.”
Aku jeling Mahdi. Dah tua pun nak upah jugak ke? Boleh pulak dia bandingkan dengan si Muzaffar yang baru setahun tu?
“tak payahlah cakap kalau macam tu.” aku balas dingin. Mari kita test dia. haha
“ok fine.”
Aku ternganga. Dia taknak pujuk rayu ke? Dah terbalik ni.
Mahdi mula bangun dari katil. Aku terpaku. Nak buat apa ni?
“abang..” aku tarik tangan dia.
“Okay. maya cakap dulu. maya cintakan abang. sayangkan abang. kasihkan abang. walaupun dulu pertemuan kita tak semanis gula, tapi maya dah berkenan dengan abang. abang janganlah merajuk..”aku peluk belakang Mahdi. Satu kucupan dihadiahkan di belakang badannya itu.
“sayang tak ingat?” ujar mahdi tiba-tiba. Aku dan dia bertentangan.
“apa?”
“semalam.”
Wajah aku panas. Perlu ke ungkit hal semalam? Malu ni.
“blushing tak habis-habis isteri abang ni. semalam kan, maya dah cakap i love you. tak ingat?” usik mahdi nakal.
Aku ada cakap ke?
“tak ingat?” Mahdi semakin dekat.
“nak abang ingatkan? My pleasure..”
“abang sayangkan Maya. sayang sangat-sangat..thanks for being my wife and Muzaffar’s mom.”
Terima kasih jugak kat abang sebab buat Maya bahagia macam ni.
Maya sayang abang sangat-sangat.
*****
“sayang tak nak pergi honeymoon?” tanya Mahdi malam itu.
mak-mak, ayah, along dah balik semalam lagi. wajah masing-masing bahagia saja. yelah, ada orang belanja penginapan kat Tanjung aru, mestilah happy. Si Muzaffar pulak, aku tengok dah gelap. Ni mesti main pantai masa tengahari panas. Takkan nak marah mak sebab bawa Muzaffar main air kan? hehe.
“kita bawak Muzaffar sekali ke?” aku ambil tempat sebelah Mahdi. Muzaffar dah lena atas tilam depan TV ni.
“kita tinggalkan dia dengan mak. boleh?”
“taknak bawak dia ke?”
“ni, honeymoon ayah dengan ibu. Muzaffar, lain kali kita bawak. Okay?”
Aku angguk kecil. dah suami cakap macam tu, takkan nak bantah? Lagipun aku suka sangat berdua-duaan dengan Mahdi. Rasa gatal melimpah ruah. Bahagia.
Muzaffar, bukannya ibu dah tak suka Muzaffar Cuma kali ni bagi ibu dengan ayah saja okay sayang? Lain kali ibu bawa Muzaffar. okay?
“sayang nak pergi mana?”
“kita pergi Singapore boleh?”
“Singapore? Buat apa? Kat situ bukannya ada apa-apa.”
“ada macam-macamlah abang. kita pergi yekh?”
“tak ada tempat romantic lagi ke?”
“kat situ pun romantic juga.” Aku mula tarik muncung. Nak pergi Singapore jugak.
“okay. bagitahu abang. ada apa kat situ yang buat sayang beria sangat ni.”
“maya teringin nak pergi universal studio. Nak main segala benda tu.nak naik rollercoaster yang famous tu.”
“yang tu, kita pergi funfair kat depan taman rumah ni pun boleh. Tak payah nak pergi jauhjauh.”
“botanic Garden. Boleh tengok alam sekitar.”
“kebun belakang rumah mak lagi best.”
“national orchid garden? Belakang rumah mak tak ada orkid.”
“rumah along, ada kan? kita pergi setiap minggu kalau nak tengok orkid.”
“marina bay?”
“tu macam kat Tanjung Aru saja.”
Aku mula tarik muka. Semua aku cakap tak kena. Ada ke dia cakap marina bay macam tanjung aru. Memanglah dua-dua tempat tu best tapi, lain suasananya. Mana nak sama dengan kebun belakang rumah dengan botanic garden. Funfair dengan universal studio? Lagilah tak kena.
Ni, betul-betul nak bagi aku honeymoon ke?
“abang ni. semua Maya cakap tak kena. Senang-senang tak payah pergi. Duduk rumah. senang. jimat.”
“okay fine. Abang on jer. Lagi best. Takpayah nak keluar bilik kan?”
Aku ternganga kejap. Abang ni!!
*****
Impian aku nak pergi Singapore tak tercapai jugak. pulau pangkor jadi pilihan. Takapalah, bagi support kat Negara sendiri kan?
Aku dan Mahdi menghabiskan masa di sana 5 hari. best jugaklah pergi sana.
Kami main jetski dan snorkelling. Mulanya gabra jugak sebab first time main permainan air macam tu. tapi sangat best. Boleh tengok hidupan laut.
Petang pula, kami berbasikal. Lama jugak aku tak naik basikal, nak bagi balance pun susah.
“sayang dah gemuk. Mestilah susah nak balance.”
Boleh Mahdi cakap macam tu? nasib baik dia belanja aku boat trip di sekitar teluk Nipah, kalau tak aku ‘band’ dia. tapi kan, kalau aku ‘band’ dia, mesti aku jugak yang merana kan?
Pendeknya, percutian di pulau pangkor memang best. Lain kali boleh bawak Muzaffar. Tapi tak bolehlah naik jetski dengan snorkelling. Susah ibu nanti.
*****
“sayang ingat tak homework yang abang pernah bagi dulu?”
“homework apa?”
Mahdi ada bagi aku homework ke?
“tak ingatlah ni.” mahdi cuit hidung aku. nasib baik hidung aku comel.
“sayang kan pernah tanya abang, kenapa abang kahwin dengan sayang?”
Aku diam, cuba berfikir. ni zaman bila aku tanya dia soalan ni? oh. ok. Dah ingat.
“dah lama lah homework tu..”
“dah dapat jawapan?”
“erm, sebab Maya comel?”
“deng. Salah.”
“sebab Maya pandai jaga Muzaffar.”
“deng. Salah.”
“sebab Maya pandai ambil hati abang?”
“deng. Sekarang jer maya pandai ambil hati abang. dulu tak lagi.” aku cebik geram. Memanglah dulu aku ni segan nak tunjuk rasa sayang. Sekarang tak lagi.
“entahlah abang. malas nak teka.”
“langsung taknak berusaha ke?”
Aku geleng. “penat”
Aku rebahkan kepalaku ke riba Mahdi. Nak bermanja dengan Mahdi pulak.
“taknak try lagi?” mahdi belai rambut aku. rasa bahagia sangat.
“sayang abang ni semakin hari semakin manja. Kalah Muzaffar.”
“tak boleh ke?”
“eh. Boleh sangat. Abang lagi suka.”
“abang bagi jerlah jawapan tu.”
“sebab...” dia berjeda.
“hmm?”
“sebab sayang tolak baju kemeja yang abang beli tu. mahal tau abang beli untuk ganti baju putih sayang tu.”
“sayang tak minta pun suruh ganti baju. Dahlah beli mahal.”
“habis tu, ingat abang rela ke tengok sayang basah macam tu. dahlah tompok-tompok kat baju putih. Lain kali jangan pakai baju putih dah. Nak pakai, biar depan abang saja. jangan nak keluar.”
“kenapa pulak?”
“tahu tak baju tu colour putih, mestilah berbayang-bayang. Abang taknak orang lain tengok hak abang.”
Aku tersenyum.
“ok. Sayang takkan pakai dah. Tapi, takkanlah sebab tu jer?”
“aah. Sebab tu. taktahu kenapa tapi abang jatuh hati masa tu. lebih-lebih lagi masa sayang marahkan abang. rasa comel even nampak garang. Kalau tak ingat kat orang ramai masa tu, memang abang dah terkam sayang.”
Boleh dia cakap macam tu? nasib baik dia tak buat. Kalau tak..haru~~
“abang dah lama kenal sayang. Yelah, kita kan duduk rumah sebelah jer. Dah lama kita berjiran kan? masa kecik-kecik dulu, abang sebenarnya sukakan sayang. Tapi zaman tu kan orang cakap, cinta monyet? tak sangka, kita jadi macam ni.”
“sebenarnya, Maya pun ada sukakan abang jugak dulu tapi kecewa bila tahu abang nak nikah. Kenalah bawak diri sampai Sabah ni.” aku mula buka rahsia.
“kenapa tak cakap?”
“habis, kalau sayang cakap, abang takkan nikah ke masa tu?”
Mahdi senyum.
“bagus jugak sayang tak cakap. Kalau tak, kita takkan jadi macam ni kan? kahwin. bahagia. Abang ingat, sayang dah tak kenal abang.tahulah tak hensom..”
“kalau tak hensom, cik tengku tu takkan nak pergi peluk abang kan?”
“aik? Teringat kisah lama lagi ke? Dah lepas la..”
“tak ingat pun. tiba-tiba terlintas kat kepala. Abang tu, rebutan Malaya tau. Tak senang hati bila jalan dengan abang.”
“kenapa pulak?”
“yelah, mata orang lain asyik tengok abang jer. Sayang ni macam tak sesuai pun jalan sebelah abang tu.”
“ha...dah mulalah nak cakap bukan-bukan. Cubalah kalau berani. Sekarang jugak abang angkut masuk bilik. nak?”
Aku geleng cepat-cepat. Uh, ugutan keras tu. mana boleh main-main
“biarlah orang lain nak pandang. Yang abang tahu, hati abang ada sayang saja. ada Muzaffar jugak.” yang tu,sayang kena ingat. Tak boleh lupa-lupa. Okay?”
Aku angguk.
“sayang...”
“erm..” terbuai perasaan bila kena layan oleh si suami. Taknak bangun langsung ni. nasib baik Muzaffar dah lena.
“agak-agakla bila Muzaffar nak dapat adik?”
“insya allah 7 bulan lagi.”
Tangan Mahdi terhenti. Dia pandang wajah aku.
“sayang demam ke?”
“taklah.”
“betul ke apa yang sayang cakap tu?”
“betullah. Takkan nak tipu-tipu pulak.” Mahdi pandang aku tak percaya. Aku bangun dan menghadap dia. tangan kanannya ku pegang dan letak diperutku.
“tak rasa apa-apa pun.”
“memanglah tak boleh rasa sebab dia kecik lagi. hati abang, boleh isi ruang untuk dia lagi?”
“mestilah boleh. Abang dah reserve banyak tempat untuk yang ni. dan insya allah yang bakal datang. Cukup team futsal.”
Aish. Yang satu ni tak lepas lagi, dah cakap pasal team futsal?
“thanks sayang..”
“thanks untuk abang jugak sebab bagi rasa bahagia ni untuk Maya.”
“tapi..” aku berjeda.
“kenapa?kenapa?kenapa?”
“mak ai. Tak sabar.”
“yelah. Cakap jangan nak separuh-separuh.” Aku pulak yang kena?
“abang pun sama.suka cakap henti-henti.”
“okay. Apa yang tapi?”
“tapi...abang kena tolong sayang.”
“tolong apa?”
“tolong jadi tukang urut sampai baby lahir boleh?”
Mahdi terpegun sekejap.
“sakit badanlah sekarang ni. lenguh pinggang.” Aduku.
“abang tak pandai nak urut.”
“takapa. Abang tekan-tekan jer. Lepastu letak minyak. Okay?”
Lambat lambat Mahdi angguk.
“abang macam tak sudi saja..”
“bukan tak sudi tapi takut. Kalau tersalah urut macam mana?”
“abang ni, sayang bukannya sakit sangat pun, Cuma lenguh saja. belakang ni. kaki pun dah nak naik sembap.”
“erm.ok. abang cuba. Kalau tak hilang sakit, kita panggil bidan okay?”
“taknak. Nak abang jugak.” aku mula merengek. Air mata sikit lagi nak turun ni. susah sangat ke nak jadi tukang urut? Sampai hati Mahdi.
“okay.okay. abang buat. Jangna nangis dah. Malu kalau Muzaffar tengok.” Mahdi peluk aku erat.
“tak tahu kenapa sekarang ni sayang sensitive sangat. Manja. Maaf, abang.” Ujarku dalam sedu.
“biasalah. Orang mengandung. Abang tak ambil hati pun.”
“thanks again sayang. Abang bahagia sangat-sangat.”
“orang lain, mesti celebrate besar-besar kan bila dapat tahu ada baby. Tapi sayang bagitahu macam ni jer.”
“Itu, orang lain. bukannya isteri abang. abang tak kisah.yang penting baby dalam ni, sihat.”
Aku angguk. Membiarkan tangan mahid bermain diperutku.
“kalau sayang mengidam apa-apa,cakap okay? nanti abang carikan.”
“erm..abang.”
“kenapa?”
“sayang nak mintak satu benda boleh?”
“apadia?” aku pandang muka dia.best pulak kalau dapat kenakan Mahdi kan?
“sayang teringin...”
“apa?”
“nak naik rollercoaster kat universal studio tu boleh?”
Mahdi terkedu.
Dan aku tersenyum dalam hati. Saja nak test sebenarnya. Memang confirm tak boleh naik kalau dah pregnant macam ni. tak lepas punya. Lagipun aku mana berani sangat nak naik benda tu. gugur jantung aku nanti.
“benda lain taknak?”
“taknak.taknak!”
Kita tengok, sampai bila dia nak pujuk aku kan? sekali sekala kenakan Mahdi apa salahnya. Paling-paling hukuman yang aku kena bila dia dapat tahu adalah kiss. Kiss from Mahdi.
Aku rela. Haha. gatal dengan suami takapa kan? orang lain tak boleh!
[SE]
Aku pandang cermin dihadapanku. Tak cukup pandangan depan, aku pusing. Nak tengok pandangan sisi. Aku mengeluh perlahan.
“kenapa mengeluh ni sayang?”
Serentak, ada satu tubuh menempek dibelakang dan sepasang tangan memeluk pinggangku.
“sayang?”
“sayang dah gemuk..” ujarku perlahan. aku belek cermin lagi. tak puas hati dengan perubahan badanku.
Perutku semakin membesar. Bulat. Terbonjol keluar. Muka pulak dah bulat macam ikan buntal, Cuma aku lagi comel dari ikan buntal tu. kaki pulak, dah membengkak. Sembap.
“memanglah dah gemuk...”
Aku jeling dia.
“sebab sayang kan pregnant. Mestilah gemuk. Kalau tak, macam mana nak ada baby dalam ni kan?”
Mahdi memusingkan badanku agar berhadapan dengannya. Kemudian, dia tunduk dan menghadiahkan satu kucupan di perutku. Lama. tangannya membelai lembut perutku.
“kenapa tarik muka lagi ni? hm?”
“agak-agak abanglah, sayang boleh kurus lagi tak?”
“ha?”
“maksud sayang, boleh kurus kerempeng macam dulu-dulu lagi tak?”
“kenapa tanya macam ni?”
“orang cakap, kalau dah mengandung susah nak dapat badan kurus lagi. sayang takut kalau lepas beranak ni, sayang jadi lagi gemuk.”
“kenapa nak takut?” mahdi pandang aku hairan.
“nanti abang dah tak suka..” ujarku perlahan.
“ha?”
Aku pandang dia. dia pandang aku. kemudian dia gelak.
“apa punya alasan tu?” gelak masih bersisa. Suka sangat gelakkan aku yekh?
“betullah sayang cakap ni. boleh pulak abang gelak?”
“sayang abang ni tak mature lagi rupanya. Ingatkan bila dah nak anak dua ni dah boleh fikir. tapi, still suka cakap benda yang bukan-bukan. Nak kena kiss ni.”
Mahdi mendekat. Aku tolak dada dia. aku serius tapi dia ni boleh main-main pulak.
“sayang seriuslah abang.” ujarku geram.
“kenapa sayang tiba-tiba cakap macam ni? sayang ingat, abang suka sayang sebab sayang kurus ke?”
Aku angguk.
Dia mengeluh perlahan.
“meh sini.” Dia tarik aku ke katil.
“abang ingatkan sayang dah faham dengan perasaan abang. tapi rupanya sayang tak faham lagi.” dia berjeda.
“abang sayangkan sayang sebab NurMaya. Hanya sebab diri NurMaya. Bukannya sebab dia kurus. Bukannya sebab dia cantik. Bukannya sebab dia pandai layan Muzaffar. Tapi, itu satu bonus untuk sayang sebab boleh layan Muzaffar.”
“i love you just the way you are. Nothing else.”
“betul?”
Mahdi angguk.
“sayang tak percayakan abang?” aku geleng.
“bukannya tak percaya tapi..” aku berjeda. Cuba nak susun ayat.
“hmm?”
“sayang rasa tak selamat.”
“maksud?”
“sayang banyak baca artikel kat internet. Dengar orang cakap. Diorang cakap suami ni akan mula ‘tarik diri’ bila anak semakin bertambah. Alasan, isteri dah tak menarik. Isteri dah tak pandai layan suami. Isteri dah tak menarik hati. Isteri banyak habiskan masa untuk si anak daripada suami. Isteri banyak..”
Cup.
“sayang tak pernah nak belajar dari kesilapan yekh?”
“hah?”
“cubalah cakap benda yang berfaedah sikit.”
“betullah sayang cakap ni.”
“boleh percaya ke artikel kat internet tu? boleh ke sayang sahihkan fakta kat artikel tu?”
Aku geleng perlahan.
“then, cakap-cakap orang tu. kenapa sayang pergi dengar?”
Aku diam. tak tahu nak balas apa. Mahdi mengeluh lagi.
“sayang bukannya tak percayakan abang. sayang percaya sangat-sangat. Sayang percaya dengan cinta abang. tapi, hati manusia, kita mana boleh jangka. Macam macam boleh jadi.” Aku cuba bagi pendapat aku.
Betullah kan? hati manusia ni suka berubah-ubah. Sekejap kata nak sekejap kata taknak. Bila dah dapat, mula nak cari yang lain.
“itu hati orang lain. ini hati abang.”
“sayang tahu. Tapi..”
Aku tunduk bila sepasang mata itu tajam memandangku.
“sayang ragui perasaan abang?”
Aku geleng cepat-cepat.
“then?”
“sorry..” hanya itu yang mampu aku cakap.
“tengok sini.” Dia tarik mukaku. Kami berpandangan.
“memang hati manusia boleh berubah-ubah.macam lalang. Tapi, kita kenalah berdoa, minta denganNYA agar hati kita ni tak jadi macam lalang. Supaya hati kita ni tetap. Betul tak?”
“abang berdoa agar kasih kita akan tetap, sampai ke syurga Insya Allah. Abang nak Maya sebagai bidadari abang. boleh?”
Aku angguk kecil. itu harapan aku jugak.
“lepas ni jangan fikir yang pelik-pelik. jangan nak baca artikel yang macam tu kan internet. Jangan nak menyibuk gossip-gosip orang. Tak berfaedah semua tu. buatkan hati sayang tak tenang saja. kalau sayang nak baca artikel kat internet, ha. Pergi baca macam mana nak layan suami. Mesti ada kan?”
Mahdi kenyit mata. Gatal sungguh suami aku ni.
“mulalah nak cakap yang bukan-bukan.”
“betul apa yang abang cakap ni. dah, takpayah nak bazir masa baca benda yang bukan-bukan tu. abang just sayang ingat, macam mana sayang pun lepas beranak ni, sayang tetap ada dalam hati abang. abang tetap sayang isteri abang ni.”
“lagipun abang rasa sayang takkan nak kurus lepas ni.” aku pandang Mahdi hairan. Apa maksud dia? aku dah tak boleh jadi kurus ke lepas beranak ni? huaaa. Taknak...
“abang akan buat sayang gemuk macam ni jugak. kita kan nak cukupkan ruang dalam hati abang. tak cukup untuk buat satu team futsal lagi ni.” ujarnya sambil sengih nakal.
Amboi. Gatal sungguh.aku cubit tangan dia. geram.
Dan dia hanya ketawa senang.suka usik isteri.muka merah macam tomato masak.
*****
Aku belek calendar. Lagi sebulan nak sambut orang baru. Hati memang dah tak sabar.
Senyuman diukir. Aku bangun dari katil dan menuju ke sudut bilik. kea rah satu almari kecil.
Aku tarik laci tengah.
Romper tompok putih hitam ditarik.
“apa beli baju macam ni? cari yang lain boleh?” ujar Mahdi. Baju ditangan aku ditarik dan diletak kembali.
“ala. Taknak. Comel apa ni?” aku ambil semula baju tu.
“Muzaffar, comel tak baju ni?” aku tunduk dan memandang sikecil. Sebelah tangannya erat dipegang Mahdi. Kalau tak pegang, habis dia tawaf satu shopping complex ni. tak larat aku nak kejar, lebih-lebih lagi dengan perut besar macam ni.
Muzaffar angguk. Dia sengih.
“..mel..” dia cuba tarik baju tu.
“nope. Ni untuk baby. Untuk Muzaffar, kita cari saiz besar okay?”
“miss, boleh carikan saya saiz untuk anak saya yang ni tak? Yang besar sikit?” aku tunjukkan Muzaffar kepada salesgirl. Dia angguk dan berlalu pergi.
“sayang..” aku pandang Mahdi tak tak puas hati.
“kenapa abang tak suka baju tu? comella. Muzaffar pun suka. Boleh pakai sepasang sama dengan adik kan?”
“comel ke macam tu? tompok hitam putih? Dah macam lembu new Zealand abang tengok.”
“abang ni.”
“betullah. Kita cari yang lain yekh? Untuk Muzaffar jugak.” Mahdi cuba pujuk. Aku geleng.
“sayang nak yang ni. takpe, nanti kita singgah kedai lain yekh?”
Mahdi geleng kepala bila tengok aku beralih ke kaunter.
Memanglah baju ni ada tompok hitam putih, bak kata mahdi macam lembu new Zealand. Tapi, baju ni comel. Kalau pakai kat baby mesti berganda-ganda comel. Kan?
“ibu..”
Aku kalih ke katil. Abang baby dah bangun. Dia pandang aku.
“abang nak mamam?”
Dia angguk. Senyum.
“mamam.”
“jom.”
Aku pegang tangan dia. nak dukung dah tak larat. Dengan perut lagi. nasib baik Muzaffar tak merengek sangat. Mungkin dia perasaan perut ibu dia ni dah besar semacam.
Aku on-kan TV. channel AXN ditukar ke Disney. Bob the builder mula bersiaran.
Aku kalih pada Muzaffar. Leka benar tengok kartun tu. tak susah nak layan Muzaffar ni. pasang jer channel Disney ni. confirm dia duduk diam. kadang-kadang bosan jugak bila 24jam asyik channel Disney saja. telinga ni dah lali dengan lagu bob the builder. Siap boleh hafal lagi. aigo~ takapalah, untuk anak aku. bukannya orang lain.
Aku beralih ke dapur. biasanya bila bangun pagi, dia minum susu dulu. then, bila rasa dah kenyang dia main-main kat depan TV. lari sini, lari sana. Lompat sana, lompat sini. Aktif.
Bila dah agak-agak lapar balik, aku buatkan dia bubur nasi. Kadang-kadang dia makan, tapi mostly aku yang kena habiskan. Makanan nestle tu jugak pilihan dia. taknak bubur original ibu dia ni.
“eh. Dah nak habis?”
Susu dalam bekas Tupperware dah jadi separuh. Aku beralih ke cabinet tepi. Nasib baik ada satu kotak susu lagi. macam mana boleh tak perasaan ni?
tapi, kena beli jugak ni. nanti tak sempat nak beli lepas ni. yelah, sebulan lagi aku nak beranak. Sebelum beranak, kenalah pastikan bekalan-bekalan untuk anak dan si suami lengkap. Takdelah Mahdi kalut-kalut nak beli.
“abang. kita mamam.” Aku labuhkan punggungku disofa. Aku dudukkan Muzaffar dan mangkuk bubur diletak atas ribanya. Hujung mangkuk tetap aku pegang. Nanti tak pasal-pasal terbalik. Satu hal pulak nak kena bersihkan nanti.
Jam dinding dipandang sekilas. Hampir pukul 10.
“Muzaffar nak jalan-jalan tak?”
Dia pandang aku. umur Muzaffar baru setahun setengah, walaupun dia belum boleh cakap lancar tapi aku dapat rasa dia faham dengan semua yang aku dan Mahdi cakap. Nak reply tapi lain pulak yang keluar.
Aku mula mengatur plan. Mula-mula pergi beli barang Muzaffar. Nak pergi Centre point atau warisan square yekh? Warisan square macam okay tapi kat situ boleh ke beli susu Muzaffar ni? tak pasal-pasal aku yang bershopping sendiri nanti. Kita pergi centre point jerlah. Tengahari nanti, boleh singgah office Mahdi.
Boleh lunch sekali dengan ayah kan?
Nak kena call dulu ke? Erm, takapalah. Tak nak kacau dia. lagipun pagi tadi dia ada cakap pagi ni ada meeting, tengahari baru habis. Rasa-rasanya, bila aku dan Muzaffar sampai office mesti dia dah habis meeting.
Yeah. Okay, set.
“kita jalan-jalan. Then, jumpa ayah okay?”
Muzaffar senyum panjang. Ada lesung pipit di pipi kiri. Eh, selama ni tak perasan pulak lesung pipit ni? mahdi mana ada dimple macam ni. menurun dari mak kandung dia kot.
*****
Nasib baik ada kereta ‘spare’. Haha. Kereta aku sebenarnya, tapi sejak dah gemuk buntal macam ni Mahdi tak bagi aku bawak kereta. Bahaya. Nanti kalau apa-apa jadi, susah. Kesian kat baby terlekat antara stereng dengan ibu. susah nak keluarkan. Ada pulak macam tu? aigo~~
Child car seat aku pasangkan di kerusi belakang. Aku suapkan susu pada Muzaffar. Upah untuk bagi dia diam. dengan lafaz bismillah, aku hidupkan enjin dan keluar dari garaj.
Dah lama aku tak drive sendiri, dengan Muzaffar pulak tu. Biasanya kalau nak pergi beli barang-barang, Mahdi yang drive. Dia jugaklah yang dukung Muzaffar. Kalaulah dia tahu aku drive harini, mesti kena marah ni.
“dah nak beranak esok lusa pun ada hati nak drive sorang-sorang? Bawak si Muzaffar pulak. Awak tu nak tunggu masa saja, sayang oi. Kalau terberanak dalam kereta siapa nak tolong? Muzaffar ni?”
Confirm kena marah.takapa, dia marah kita pujuk kan?hehe.
Alhamdullilah, senang dapat parking.
Aku pakaikan Muzaffar kasut dan pegang tangan kiri dia.erat. susah kalau si kecik ni terlepas. Dah tak boleh main kejar-kejar dengan Muzaffar. Lepas baby lahir, kita sambung main lagi okay?
Mula-mula, kena selesaikan niat utama datang sini. Beli susu Muzaffar. Lepas tu baru boleh melencong. Kalau tak, sampai ke sudah susu Muzaffar tak terbeli.
Aku masuk convenience store kat level B. Kalau tak silap, ada satu lagi store kat level 4 tapi tak larat nak naik escalator. Even bukannya aku yang bergerak tapi nak sampai atas sana, memang lelahla. So, baik kita masuk yang dekat ni.
“bu...yam. yam. Yam.” Muzaffar tarik tangan aku. yam?
Oh. ayam. Kenny rogers roaster.
“Muzaffar nak makan ke?”
“yam.yam.”
Mak ai. Ganasnya budak ni. boleh dia tarik tangan aku sampai masuk kedai tu. bukanlah dia yang tarik sangat pun, kaki aku yang ter-bergerak sekali. Yelah, tengok iklan depan kedai pun dah terliur. Bau....takpayah nak cerita.
“nanti kita nak makan dengan ayah kan?”
“nak. Nak.”
Kesian pulak bila tengok Muzaffar ni. erm, takapalah. Kita makan sini kejap. Nanti baru ajak ayah okay? kesian anak ibu nak makan ayam ni.
Aku meninjau-ninjau untuk mencari ruangan yang tersorok. Yelah, bila dah makan dengan Muzaffar ni memang akan dan pastinya bising. So, untuk elakkan dari mengganggu orang lain, baik kita cari tempat tersorok kan? kesian orang lain yang nak makan dengan tenang. Kesian jugak untuk orang nak berdating.
Orang nak dating?
Mata aku terhenti di satu sudut. Ke arah satu pasangan lelaki dan perempuan. Macam kenal lelaki tu? dan macam kenal jugak perempuan tu?
Eh.
Mahdi?
Perempuan tu? cik tengku? Bukan. Tapi, muka macam sama. Kejap. Cik tengku tak ada lesung pipit tapi perempuan ni ada. Kiri kanan.
Jangan kata ni mak kandung Muzaffar?
Aku terpaku. Mahdi dan ex dia?
Mahdi cakap ada meeting. Tapi kenapa kat sini? Kenapa dia dengan perempuan tu? kenapa rapat sangat diorang tu? kenapa nampak mesra sangat? Kenapa diorang bolek bergelak ketawa? Kenapa sampai boleh bertepuk tampar?
Kenapa?
Aku menarik nafas. Air mata yang nak turun aku tahan. Dada kupegang rapat. Bertenang NurMaya. Bertenang. Aku menunduk, menyamakan kedudukan dengan Muzaffar.
“nak makan aiskrim?”
Muzaffar pandang aku.
“eskrem?”
Dia senyum panjang.
“ayem.”
“jom.” Aku tarik tangan Muzaffar dan keluar dari restoran itu. tak sanggup nak lama-lama dalam kedai tu. parah hati aku ni. berdarah.
Sampai hati Mahdi. Dia kata dia dah tak sukakan ex dia. tapi kenapa sampai rapat macam tu sekali kalau dah benci?
*****
“abang. Maya nak balik Kuantan boleh?”
“ha? Kenapa tiba-tiba?”
Mahdi pandang aku yang sudah bersiap sedia nak tidur. Muzaffar dah lama lena kat sebelah aku. malam ni, sengaja aku tidurkan Muzaffar atas katil ni. tak bagi dia tidur bilik sendiri.
“Maya nak pantang kat rumah mak.”
“tapi haritu Maya cakap nak pantang kat KK ni.”
“taknak. Maya nak balik kuantan jugak.”
“sayang..” Mahdi mendekatiku. Dia mengambil tempat disebelahku.
“kenapa ni? tiba-tiba saja. lagipun, sayang mana boleh naik flight dengan sarat macam ni. tak lepas ni. mana lepas ikan paus ni nak masuk kapal terbang?” Mahdi gelak.
Hati aku semakin bengkak.
Dia gelakkan aku? dia sindir aku?
Aku pandang dia. air mata ni, sikit lagi nak turun. Nak banjir.
“eh. Kenapa ni? sayang..”
Aku tepis tangan Mahdi. Dia terperanjat.
“sayang?”
“kalau Maya dah jadi ikan puas, kenapa? nak tinggalkan Maya?” aku bangun dan mendukung Muzaffar. Walaupun susah, aku buat jugak. sakit hati dan geram punya pasal. Semua benda aku boleh buat sekarang ni.
“maya. please. Sayang nak pergi mana?” mahdi kalut bila dia tengok Maya melangkah ke pintu bilik.
“ikan paus tak boleh tidur kat sini.”
Aku terus melangkah keluar dari bilik utama dan menuju ke bilik Muzaffar. Bilik sebelah jer pun. masuk saja, aku terus kunci pintu.
“sayang. Please. Kenapa ni? buka pintu ni sayang..”
Aku biarkan Mahdi ketuk pintu. Biarkan dia.
“abang. Maya nak tidur. Muzaffar pun nak tidur. Jangan ketuk-ketuk dah.”
Ketukan itu senyap.
Hanya setakat tu dia nak pujuk aku?
Aku tunggu lagi. mana tahu dia nak cakap apa-apa, tapi malangnya sebelah sana pun diam. senyap. Tak ada kata-kata apapun. Tak ada ketukan dah.
Mahdi.
Hati manusia memang macam lalang.
*****
Dulu masa mula-mula pregnant mak dah tanya aku. taknak pantang kat Kuantan ke? Senang nak jaga. Dua-dua mak ada.
“takapalah mak. Angah nak pantang kat sini. Nanti abang Mahdi tak ada siapa nak jaga. Muzaffar lagi.”
“iskh kamu ni. Mohammad tu dah besar panjang. Tahulah dia jaga diri sendiri. Muzaffar tu, kamu bawaklah dia balik sini. Mak boleh tengokkan.”
“takpa mak. Maya taknak susahkan mak.”
Memang itu plan asal. Aku memang taknak susahkan mak-mak sekalian. Lagipun kesihatan mereka pun dah tak berapa ok sangat. Takkan aku nak tambahkan bebanan dengan jaga aku dengan Muzaffar ni?
Mahdi cakap dia boleh jagakan aku. tambah dia lagi, tak sanggup nak kena berjauhan dengan aku. paling-paling sekejap kalau berpantang ni, sebulan. Itu paling minimum. Nanti nak kena balik KK lagi, dengan baby baru. Nak balik sana, memang confirm kena naik kapal terbang. Mana boleh naik kereta, tak sampai.
Boleh ke baby yang baru lahir naik kapal terbang? Entah.
So, penyelesaian terbaik masa tu, aku akan berpantang kat KK ni.
Itu plan asal.
Dan sekarang dah berubah.
Mak-mak sekalian akan sampai dari Kuantan petang ni. ni semua gara-gara aku yang call mak semalam. Merengek nak mak datang KK. Sekarang, dua-dua mak akan sampai. Ayah cakap dia akan sampai lambat sikit sebab ada majlis kat kampong tu. tak boleh nak tinggal sebab dah janji. Takapalah kalau macam tu, asalkan mak-mak ada.
“abang nak ambil mak kat airport petang nanti. sayang duduk rumah saja okay?”
Aku angguk.
“atau, sayang nak ikut?”
Aku geleng. Mahdi mengeluh.
Sungguh, dia tak tahu apa yang dia dah buat sampaikan si isteri langsung taknak bercakap dengan dia. dah seminggu lancar mogok. Perang dingin. dia buntu. Apa yang dia buat ha?
Puas nak ajak berbincang tapi tak jadi.ada saja alasan si isteri. Takkan dia nak paksa kan? dahla si isteri tu dah sarat benar. Due pun tak sampai seminggu lagi.
Aku tahu Mahdi mesti kecewa dengan aku. dengan sikap aku. bukannya aku tak tahu dia asyik pandang aku. curi-curi tengok aku. dalam hati, macam nak marahkan Mahdi. Nak terkam dia. nak koyak mulut dia yang suka senyum kat perempuan tu. tapi aku takut. Aku still tak berani. Tapi sampai bila aku nak lari?
Orang cakap, kalau suami tak redha, susah nak lahirkan anak. aku ni?
Takut.
Aku dah berdosa sangat-sangat dengan Mahdi. Apa yang aku dah buat ni? kenapa suka sangat ikutkan hati ni? kan suami dah pesan, guna akal fikiran, bukannya hati yang buta tu.
Aku mengeluh perlahan. macam-macam mana pun, hal ni kena selesaikan jugak.
“abang..”
Aku mendekati Mahdi yang sedang duduk di sofa. Dia pandang aku.mata dia...
Aku duduk dihadapan Mahdi. pegang tangan dia. perlahan, aku kucup tangan itu. air mata dah jatuh.
“kenapa dengan sayang abang ni?” dia tarik wajah aku.lembut bicara itu.
kenapalah aku nak seksa perasaan dia? sekarang ni, bukannya dia seorang saja yang merana. Hati aku pun parah. Parah dengan peristiwa itu. parah sebab rindukan mahdi.
“maya nak minta maaf.”
“kenapa ni?”
Aku diam. tak tahu nak cakap apa. Mahdi tarik tangan aku supaya bangun dan duduk disebelahnya di sofa. Dia sapu airmata aku.
“abang mintak maaf sebab panggil sayang ikan paus. Abang just nak bergurau saja. abang tak berniat nak panggil sayang macam tu.”
“bukan sebab tu” ujarku perlahan.
“bukan? sayang marahkan abang bukan sebab tu ke?”
Aku geleng.
“then?”
Aku diam lagi.
“sayang?”
“kalau sayang diam macam ni, macam mana abang nak tahu apa salah abang yang buat sayang langsung taknak cakap dengan abang ni.”
Aku pandang wajah dia. pandang mata dia. cuba cari sinar cinta untuk aku. ada lagikah ruang itu untuk aku?
“abang..ada pergi Kenny rogers tak?” aku tanya perlahan.
“Kenny rogers?”
Mahdi cuba berfikir. kemudian, wajah itu mula berubah.
“Maya nampak.”
“Maya nampak abang dengan dia. ex abang kan?”
“bukan..”
“bukan?” aku menarik nafas dalam. Dah terang lagi bersuluh dan sekarang dia nak menafikan?
“bukan seperti yang sayang tengok”
“then?”
Mahdi meraup wajahnya.
“ingat tak apa yang maya pernah cakap dulu? hati manusia macam lalang.”
“sayang! Abang bukan macam tu. hati abang tetap pada sayang seorang saja. bukan pada dia.”
“tapi maya nampak abang dengan dia. mesra.”
“look.” Mahdi tarik nafas.
“abang akui abang ada dengan dia masa tu. abang jumpa dengan dia tak sengaja. Bukannya abang saja-saja nak jumpa dia.”
“mesra macam tu tak sengaja jugak?”
“okay.abang tahu abang salah tapi hati abang sekarang ni ada pada sayang seorang saja. abang minta maaf kalau perbuatan abang buat Maya marah. Abang tak ada niat nak mesra macam tu. abang dengan dia hanya lunch jer. Makan-makan sambil tunggu suami dia. itu saja.”
“abang cakap abang sayangkan Maya tapi still, mesra dengan ex abang?”
Mahdi mengeluh.
“okay. abang nak bagitahu something tapi abang harap sayang dengar sampai habis dulu okay?”
Aku angguk perlahan. berdebar-debar.
“abang dah lama contact dengan dia.”
Aku ternganga. Mahdi nak balik pada dia ke?
“bukan seperti yang sayang fikir. dengar dulu. abang akui, abang dah lama contact dia. bukannya abang yang mula langkah tu, tapi dia. dan BFF abang tu. diorang dah kahwin pun, dah ada anak satu. Dia jumpa abang sebab nak minta maaf.”
“mula-mula memang abang marah. Rasa macam nak tumbuk saja BFF abang tu. tapi, hati ni abang kuatkan. Taknak timbul masalah baru nanti. Tak pasal-pasal kalau kena tahan lokap.”
“then, abang fikir. sampai bila abang nak marah? Abang bukan berdendam tapi abang marah dan geram sebab diorang sanggup buat abang macam tu. abang tak boleh nak terima kenyataan. Sekarang ni,abang cuba maafkan dia dan berbaik-baik dengan dia.”
“abang nak balik pada ex abang tu?” sampukku.
“eh. Isteri orang, mana boleh.”
“habis tu, kalau dia bukan isteri orang, boleh la?” tanya aku berang.
“ish. Mana boleh jugak. isteri abang ni nak letak mana?” dia peluk pinggang aku.
“campak dalam laut. Sayang kan ikan puas.”
“sayang...”
“betul kan?”
Mahdi mengeluh lagi. dah banyak kali dia mengeluh hari ni. tahu, silap dia. kenapa nak cari pasal kan? pasan muka sendiri.
“abang taknak balik pada siapa-siapa. Abang hanya nak isteri abang. Nur Maya. taknak orang lain dah.”
“habis tu, kenapa mesra sangat dengan ex tu?”
“okay, abang salah. Abang akui. abang terlebih mesra dengan dia tapi itu saja. tak ada niat lain. abang cuba maafkan dia. apa yang dah jadi, abang cuba lupakan.”
“kenapa sampai mesra sangat? Bertepuk tampar lagi?”
“sorry. abang salah.”
Aku mengeluh. Nak cakap apa lagi. dia dah mintak maaf. tapi, hati aku still tak tenang.
“maya tak tahu..”
“ha?”
“maya tak tahu maya boleh percayakan abang.maya..”
“maya tak percayakan abang? tak percaya dengan cinta abang?”
“maya percaya tapi hati ni, still tak tenang.”
“abang tahu abang banyak lukakan hati sayang. Abang tahu, susah sayang nak percaya dengan cinta abang. tapi, percayalah dan yakinlah abang hanya nak sayang seorang saja. abang hanya nak NurMaya jadi isteri abang untuk selamanya. Abang nak NurMaya jadi ibu untuk anak-anak abang. abang hanya nak NurMaya jadi bidadari abang. hanya Nur maya.”
Aku pandang dia. wajah itu nampak ikhlas. Mata itu ada sinar cinta untukku.
“sayang..”
Aku mengeluh lembut.
“pernah dengar lagu ni?”
I’d catch a greande for you.
Throw my hand on the blade for you
I’d jump in front of the train for you
You know i’d do anything for you
Throw my hand on the blade for you
I’d jump in front of the train for you
You know i’d do anything for you
I would go through all the pain
Take a bullet strainght through my brain
I would die for you.
Take a bullet strainght through my brain
I would die for you.
“abang minta maaf sangat-sangat kalau apa yang abang dah buat, sebenarnya dah sakitkan hati sayang. Abang tak ada niat. Sungguh.”
Aku mengeluh lagi. mahdi ikhlas.
Mahdi ni sebenarnya terlebih ramah. Senang nak bergaul dengan orang. Mulut manis bila bercakap dengan orang ramai. Salah dia ke kalau dia macam tu?
Tapi kadang kala panas baran ada jugak. Cuma dah kurang bila aku pregnant.
“apa yang abang boleh buat untuk bagi sayang maafkan sayang?”
Mahdi pandang aku.
Aku belai lembut muka dia. nampak keruh. Mata dia masih ada cahaya cinta itu. kalau mahdi tak cintakan aku, kami takkan bahagia macam ni kan? kalau mahdi tak cintakan aku, mesti baby ni takkan ada kan? dan kalau mahdi tak cintakan aku, kenapa matanya berair macam tu?
Aku sapu air mata yang hampir menitis. Kemudian, aku kucup mata dia. kiri dan kanan.
Hati aku jadi tenang. Damai. Ribut tadi dah hilang. surut.
“abang janji takkan jumpa dia dah?”
Mahdi geleng.
“janji? Betul ni?”
“kalau abang nak jumpa dia, abang akan bawak sayang sekali.”
“abang! tadi cakap taknak jumpa dia dah.” Aku tarik muncung. Bukan ke tadi dah janji?
“okay. okay. abang acah saja.”
“tak ada main acah-acah. Promise?”
Aku hulurkan jari kelingking. Dia sambut dengan senyuman di bibir.
“janji tak main-main mata dengan ex abang atau dengan perempuan lain?”
“abang janji.”
“janji jangan nak mesra-mesra dengan orang lain?”
“abang janji.”
“janji abang..”
“abang janji. Abang takkan pandang orang lain dah. Memang abang taknak pandang pun. cukuplah sayang seorang saja. hati abang, dah penuh dengan sayang dan anak-anak.” sampuk Mahdi.
“dan, ni. bukti abang..”
Mahdi tunduk dan hadiahkan aku satu kucupan ni bibir. Lama.
Terasa wajah aku panas. Merah.
“so, maafkan abang?”
aku angguk kecil.
“abang tahu mungkin susah untuk sayang percaya tapi abang nak sayang tahu, abang memang sayangkan sayang. Cintakan Maya. bila abang jabat tangan ayah, abang dah berjanji dengan diri abang, dengan DIA yang abang akan jaga isteri abang dengan anak-anak abang dengan sebaik mungkin. Abang takkan mungkir janji tu, sayang.”
Aku terharu.
Rasa sayang dan cinta Mahdi bukannya satu penipuan. Aku boleh rasa cinta itu. namun, yelah hati manusia sentiasa ada si bertanduk tu. nak songsangkan hati kita. Nak timbulkan rasa marah. Nak timbulkan porak peranda.
“abang dah buat sayang sakit hati kan?”
“sakit hati. Jealous. Semuanya.”
“jealous?”
“yelah cik abang sayang. Siapa yang tak jeles bila tengok suami kita bergelak ketawa, mesra dengan ex dia? panas hati ni tau.” Aku marah dia.
“tak sangka sayang jealous.” Aku jeling Mahdi. boleh dia cakap macam tu?
“habis tu, kalau abang tengok sayang bergelak ketawa, mesra, rapat dengan lelaki lain, abang tak marah?”
Mahdi diam.
“marahla. Isteri abang, mana orang boleh kacau. Ada yang masuk hospital lebam karang.” Ujarnya perlahan.
“ha. Macam tu jugaklah sayang rasa. Kalau tak fikirkan Muzaffar dan perut yang besar ni, memang sayang akan pergi serang ex abang tu. biar dia rasa. Suka sangat nak usik hak orang.”
Mahdi tengok aku tak percaya.
“kenapa? tak percaya?”
Mahdi geleng cepat-cepat.
“abang percaya. Sayang memang berkebolehan buat benda-benda macam tu.” aku jeling dia lagi. ni, puji atau sindir?
Dia peluk aku erat lagi. dagunya diletakkan atas bahu kiri. Tangan Mahdi mengusap perut besarku.
“abang benar-benar minta maaf.”
Aku diam.
“sayang marah lagi?”
Aku diam. dah tak marah pun. saja nak duduk macam ni lama-lama.
“abang..”
“hmm?”
“abang sanggup buat macam tu?”
“buat apa?”
I’d catch a greande for you.
Throw my hand on the blade for you
I’d jump in front of the train for you
You know i’d do anything for you
Throw my hand on the blade for you
I’d jump in front of the train for you
You know i’d do anything for you
I would go through all the pain
Take a bullet strainght through my brain
I would die for you.
Take a bullet strainght through my brain
I would die for you.
Aku nanyi semula rangkap tadi.
“sayang betul-betul nak abang buat macam tu?”
“sanggup?”
“it’s just metaphore. Abang sanggup buat apa saja untuk sayang abang. tapi, bukannya macam Bruno mars tu. kalau tak...” mahdi berjeda.
“malam-malam, siapa nak peluk sayang? Siapa nak tolong buatkan breakfast? Siapa yang nak temankan sayang shopping? “
“plus, kita tak cukupkan korum futsal team ni.” usik mahdi.
Aku tersenyum malu.
Kalau dia nak buat macam tu pun aku takkan bagi. Kalau dia tak ada, siapa nak jadi peneman aku sampai akhir hayat kami?
Hanya Mohammad Mahdi. hanya dia seorang.
*****
“baguslah kalau abang dengan ex abang tu dah baik semula.” aku menolak perlahan tangan Mahdi yang berlingkar dipinggang. Rimas. Lagipun perut dah tak selesa. Sejak tadi lagi. dah nak beranak ke?
“bagus? Sayang tak marah?”
“tak elok kita berdendam sesame manusia. Berdamai. Tapi, jangan nak gatal-gatal lebih pulak.”
“sempat pulak dia nak bagi warning. Jangan risaulah. Abang takkan senyum kat orang lain dah. Abang akan senyum pada sayang seorang jer. Okay?”
“melampaulah kalau macam tu. boleh jer senyum. Boleh jer nak ramah tapi....biarlah berpada-pada. Ingat, awak tu suami saya.”
Mahdi gelak. Bahagia.
“abang takkan lupalah. Tak sanggup nak lalui perang dingin ketiga. Hati abang cedera parah. Mana boleh ubat selain dari sayang abang ni.”
Aku senyum panjang. Perut dah ok semula. dah tak sakit. baby ni, suka main-main dengan ibu yekh? Aku usap perlahan perutku. Ada tendangan.
“mana Muzaffar?” senyap pulak bilik ni bila takada sikecil tu. kalau Muzaffar ada, riuh rendah bilik ni. biasanya, aku dan Mahdi lebih suka menghabiskan masa di bilik tidur. TV dah ada kat sini. Lagi selesa kalau tengok TV sambil baring kan?
“kat bawah, dengan nenek dia.”
“senyap.”
“memanglah. Kalau tak, takkan dia nak bagi chance ayah bermesra dengan ibu kan?”
“abang..” aku cuba bangun dari baringan. Perut tak selesa.
“kenapa?”
“tak selesa.”
“kenapa? nak mandi?”
“tak. Perut ni. tak selesa.”
“kita pergi hospital?”
Aku angguk. Aku biarkan Mahdi pimpin tangan aku. kaki dah lemah semacam ni. perut pulak, senak. Macam ni ke tanda-tanda nak bersalin? Entah, aku ni pun baru 1st time. Mana ada pengalaman lagi.
Kecoh rumah bila Mahdi cakap nak bawak aku pergi hospital. Mulut mak-mak sekalian dah berbunyi. Bagi nasihat. Suruh buat ni, buat tu.
*****
“sayang nak makan?” aku geleng.
“abang naikkan kepala katil yekh?” aku angguk.
rupa-rupanya false alarm saja. tak beranak lagi. belum masa lagi. anak ibu ni taknak keluar lagi yekh?
Menurut doktor, memang aku dah due cuma keadaan aku tak ‘mature enough’ untuk lahirkan baby ni. Cuma, untuk observation aku akan ditempatkan dalam ward.
“anak ayah apa khabar hari ni? sihat?”
Aku tersenyum mendengar bicara Mahdi. itulah kerja dia setiap hari. bercakap-cakap dengan baby. Kadangkala dia ada ajak Muzaffar. Seronok pulak bila diorang buat macam tu. Muzaffar lagilah, entah apa yang dia bualkan dekat adik dia ni. tak faham bahasa apa yang dia guna.
“dah 2 hari lewat. Takapa ke?” tanya Mahdi bimbang. Aku pun bimbang jugak. tapi, nak buat apa kalau baby taknak keluar lagi? doktor pun tak cakap apa-apa. Dia hanya cakap, baby dalam kandungan sihat. Normal.
Petang itu doktor datang lagi.
“kami dah periksa puan Maya. since the cervix is not opening yet, we want to induce her.”
“maksud doktor?”
“laluan untuk baby tak cukup lagi. so, kami akan bagi ubat untuk bukak laluan itu. jangan bimbang, tak bahaya. It’s just a normal procedure.”
Hati aku mula bimbang. Janganlah apa-apa jadi kat baby ni.
“sayang sabar okay? abang akan ada kat sini.”
Aku angguk. Tangan itu aku genggam erat. doa tak putus-putus dalam hati. Mintak padaNYA agar semua berjalan dengan baik.untuk aku. dan untuk baby.
Orang cakap sakit kedua selepas mati adalah melahirkan anak. memang sakit. Especially bila contraction.bukannya sekejap sakit tu. lama jugak. menurut doktor, pertama kali melahirkan anak, agak sakit berbanding dengan orang yang dah banyak kali melahirkan anak.
Aku tak kisah sakit. Lama mana pun takapa. Asalkan baby keluar sihat. Normal. Hanya itu harapanku.
Alhamdullilah, proses melahirkan dimudahkan untuk aku. aku dapat baby boy. Muzaffar dapat adik lelaki. mak-mak sekalian dapat cucu lelaki. dan, suamiku dapat penuhkan futsal team dia.
alhamdullilah.
*****
“mohammad Muaz Muawiyah?” aku angguk. Nama itu memang dah lama jadi pilihan kami.
“Mohammad Muaz Muawiyah, anak Mohammad mahdi dan adik kepada Mohammad Muzaffar.” Sambung Mahdi tersenyum panjang. Bahagia dapat anak lelaki. lagi.
“eh. Eh. Cucu kami jugak.” mak menyampuk. Aku tergelak halus. Kemudian menyeringai sakit. Pedih bekas jakitan terasa lagi.
“kamu jangan nak gelak-gelak angah. Lambat nak sembuh luka tu. jangan nak bergerak juga.” Itu dia, pesanan dari penaja..
“angah ingatlah mak. tapi lenguh duduk macam ni.”
“slow-slow la. Tak lari kemana anak kamu ni.”
Aku tersenyum. Memang rasa bahagia sangat-sangat ni.
“kalau sayang nak apa-apa, bagitahu okay?” aku angguk.
Muaz dah beralih dalam dakapan aku semula. aku cuit pipi dia. mulutnya bergerak sedikit. comel.
“comel kan?”
“mestilah, tengok ayah dia pulak kan?”
Aku cebik. Macamlah dia sorang saja yang sumbangkan gene kat Muaz ni. aku ada jugak tau?!
“ibu dia pun lawa jugak.”
Aku senyum semula. aku pandang ke satu sudut. Ada satu tubuh kecil di situ.Muzaffar.
“kesian kat muzaffar. Dah lena dia atas sofa tak selesa tu”
“tadi, mak ada ajak dia balik rumah. taknak. Dia nak tunggu jugak ibu dia.”
Aku senyum. Muzaffar tetap anak pertama ibu. ingat tu, tau!
“abang, letakkan dia kat sebelah ni boleh?” pintaku.
“muat ke ni?” Mahdi pandang katil. Ini, katil hospital. Bukannya kat rumah. single bed jer, bukannya queen sized dan semestinya bukan king sized.
“muat ni.” aku bergerak ke tepi katil. Memberi ruang untuk Muzaffar.
“sayang..”
“please?” aku buat muka comel.
“muzaffar tu tidur ganas tau? Kalau dia tertendang Muaz macam mana?”
“taklah. Muaz kat sebelah kiri, Muzaffar sebelah kanan pulak. Tak kena pun kaki dia.”
Mahdi mengalah jugak. dah dapat isteri macam ni, nak buat macam mana. Sebenarnya dia memang kasihankan Muzaffar. Walaupun memang nampak lena dia tidur tapi sakit badan jugak kalau tidur atas sofa keras macam tu. budak tu, kecik lagi. bukan macam dia yang dah tough.
“angah, mak harap angah tak..”
“dua-dua anak angah mak. angah akan jaga elok-elok.” Aku potong cakap mak. tahu sangat ayat mak.
walaupun Muzaffar anak tiri aku tapi aku yang jaga dia dari kecik. Aku yang tidurkan dia. aku yang buatkan susu untuk dia. aku yang berjaga untuk dia. aku ibu Muzaffar.
“mak jangan bimbang okay?” mak-mak sekalian angguk. Wajah masing-masing lega. Dan gembira. Dan juga, penat.
“abang hantarkan mak balik. Nanti abang datang balik.” Aku angguk.
Aku tenung wajah Muaz disebelah kiri. Lena tidurnya. Mulanya Mahdi nak letak Muaz dalam katil kecik sebelah ni tapi aku taknak. Doktor pun galakkan kalau baby lepas lahir, letakkan sebelah ibu. bagi kuat bonding.
Sebelah kanan pula, Muzaffar. Lena jugak tidurnya. Aku menepuk perlahan pahanya. Anak ibu. memang ganas tidur tapi ibu percaya Muzaffar takkan tendang adik kan? dan Muzaffar takkan tidur jatuh katil. Nasib baik ada penghadang kiri kanan.
Dan nasib baik aku dah tak sebesar ikan paus. Muat jugak kami 3 orang atas katil ni. jangan pulak Mahdi nak tumpang sekali. Memang takboleh muat lah.
*****
“muzaffar tengok baby?” aku pandang Muzaffar disebelah. Dia syik benar tengok adiknya itu. senyum-senyum simpul. Sesekali tangannya mencucuk pipi Muaz. Nasib baik tak tercucuk mata.
“baby...”
“ya, sayang. Baby. Suka?”
Muzaffar senyum lagi.
“sayang nak makan?” tanya Mahdi tiba-tiba.Aku geleng.
“tak lapar ke?” aku geleng lagi.
“sayang abang ni. kena makan jugak. nanti baru ada tenaga.”
“nantilah sekejap lagi okay?”
Mahdi angguk. Dia bangun dan menuju ke meja kecil. ada mangkuk ditangannya.
“Muzaffar, mamam?” dia hulurkan mangkuk kepada Muzaffar.
“thanks sayang” aku pandang mahdi. hairan . kenapa tiba-tiba cakap terima kasih?
“sebab bagi abang semua ni.”
Aku senyum. Dah jadi ibu untuk 2 anak lelaki ni, aku dah pandai senyum banyak. Sikit-sikit senyum. Hati bahagia, nak buat macam mana?
“kita sama-sama usaha kan?” Mahdi angguk.
“muzaffar pun macam tahu saja dia dapat adik. Sekarang, mana nak layan mainan dia. asyik layan adik dia ni jer. Cakap-cakap dengan Muaz.”
“bahasa budak-budak, mana kita nak faham, sayang”
Aku tatap wajah mahdi. lama.
“kenapa tengok abang macam tu sekali?”
Aku senyum.
“senyum pulak? Abang tanya ni. ada apa-apa kat pipi ni ke?” aku geleng.
“taklah. Saja nak tengok. Tak boleh ke?”
“boleh sangat. Nak buat lebih dari tu pun abang tak kesah. Tapi tunggulah biar sayang habis pantang kalau nak pun.” mahdi kenyit mata.
Aky ternganga kejap. Apa maksud dia.
Oh.
Oh?
Apa?
“gatal.” Aku cubit tangan dia.
“abang pulak yang gatal? Sayang yang tengok muka abang sampai tak berkelip, tak gatal yekh?”
Aku cebik geram. Saja nak usik aku kan?
“hahaha. Abang usik jerlah.” Mahdi ambil tempat sebelahku.
“tapi betullah. Kalau sayang nak, abang on jer. Kan?” dia kenyit mata lagi.
“jangan nak mengada-ngada.”
“at least tunggulah sebulan dua.” Sambungku perlahan. aku pun sama naik gatal ni.
“lepas tu?”
“lepas tu three!” aku cebik pada Mahdi.
“kenakan abang yekh?”
“tak.”
“nak kena ni..” mahdi mula dekat.
“abang. Muzaffar.” Mahdi berhenti. kemudian matanya terarah pada Muzaffar yang berada didepan TV. bajunya basah bermandikan... dengan bubur. Dan mangkuk atas kepala.
“Muzaffar!”
Aku tergelak melihat wajah comot itu. Muzaffar hanya tergelak bila tengok Mahdi. nak marah lebih-lebih, budak kecik lagi. lagipun, budak tu tak sampai 2 tahun. Eh bulan depan dah masuk 2 tahun!
Mahdi angkut Muzaffar ke bilik air. Baju dibuka dan dimasukkan dalam baldi. Tak lama kemudian, terdengar suara-suara dalam bilik air. Boleh pulak anak beranak tu bergelak ketawa yekh?
Takapalah,Muaz. Kita tidur jerlah atas katil ni. lagi best kan? jangan pulak lepas ni Muaz join geng ayah dengan abang. kesian kat ibu tak ada teman.
Kalau macam ni, kena ada sorang lagi anak ni. anak perempuan. Buat geng dengan aku, best tak plan aku?
haha. Gatal benor ibu ni kan?
Alhamdulillah. Seronok baca. Silent reader.
ReplyDelete