“Ya allah.”
Aku terjaga dari tidur. Apa yang aku mimpi ni?
“mie.”
“mie. Bangun.”
Terdengar suara mak. Phone di bawah bantal ku capai. Oh, dah pukul 6.30 pagi rupanya. Erk. Subuh dah nak habis. Cepat-cepat aku bangun dari katil dan menuju ke tandas.
“baru bangun, kak?” tanya adik ku, Adlin sambil tersengih-sengih. Isy, sajalah nak ejek aku tu.
“biarlah. Sekali sekala bangun lambat, apa salahnya? Dengki.”
Sekarang aku cuti.sebulan. oh, seronoknya apabila boleh balik rumah. Boleh bangun sesuka hati walaupun kadang-kadang ada jugak yang kena berleter. Boleh makan sesuka hati walaupun kadang-kadang kena masak sendiri. Takpe, boleh jimat.Haha. boleh tengok tv sepanjang hari, tak payah nak buka buku dan yang penting boleh guna internet tanpa sebarang gangguan. Oh, seronoknya. Erm, sebab itulah orang cakap rumahku, syurgaku. Betul tak?
Adik aku, Adlin sekarang form 3. Akhir tahun ni dah PMR. Hanya dia adik yang aku ada. Nakal tak nakal, dia seorang saja adik aku. nak buat macam mana kan? Kadang-kadang kalau kena sindir, fuh berasap jugak, walaupun kata-kata sindiran itu datang dari mulut seorang budak-budak lelaki yang berumur 15 tahun.
Mak dan ayah aku pula, masih bekerja. Masing-masing bekerja sebagai guru sekolah menengah. Mak, guru sejarah dan ayah pula guru matematik. Aku pulak? Bakal menjejaki langkah mak dan ayah. Sekarang aku dalam semester terakhir di maktab perguruan di Perlis. Ah, tak sabarnya nak habiskan belajar ni. penat belajar ni.
“mie, mak dan ayah balik petang. tengahari ni ada program kat sekolah. Mak dah masak lauk untuk tengahari, nanti mie masakkan nasi saja.” Pesan mak.
“owh, ok. Adik?”
“adik, balik dengan mak petang nanti. Takpe ke mie duk sorang-sorang ni?”
“takpe. Takde apa-apa la mak. Mie dah besarla.”
“okla. Mak pergi dulu. Jaga rumah elok-elok. Kunci pintu ni.”
Kesian mak. Yelah, terpaksa masakkan lauk untuk anak dara dia yang dah besar ni. bukanlah aku tak pandai masak. Cuma aku dah cakap awal-awal kat mak aku yang balik cuti ni aku nak makan apa yang mak masak saja. Bukannya selalu boleh makan masakan mak ni. kalau makanan kedai tu, mana-mana pun boleh dapat kan?
Walaupun sunyi duduk rumah sorang-sorang tapi aku suka. Entahla. Bagi sesetengah orang, mereka lebih suka untuk keluar berjalan-jalan, tapi aku? aku lebih suka duduk di rumah. Lebih tenang. Tak payah nak berpanas-panas dan beresak-esak dengan orang ramai. Pantang aku apabila keluar berjalan adalah panas dan orang ramai. Oh, tolongla. Aku tahu aku agak demand tapi itulah aku. so, jalan penyelesaiannya, duduk rumah saja.
*****
“mie, petang ni kawan mak nak datang.”
“ok.”
“nanti pakai lawa-lawa sikit.”
“ha? Kenapa mak?”
“yelah. Kan manis kalau anak dara mak ni pakai baju kurung.”
“erm, okla.”
Pelik jugak mak ni. sebelum ni, kalau kawan mak atau ayah datang, aku dengan selambanya pakai jean dengan t-shirt. Opps, tudung jugak. mana boleh tayang rambut aku yang lawa ni kat orang kan? hehe, terperasan pulak.
*****
Aku ingat mimpi aku hanyalah mimpi. Hanyalah mainan tidur semata-mata. Tapi sekarang?
“mak ni biar betul?” tanyaku malam itu.
“betulla. Ayah pun setuju.”
“ha? Tapi kenapa?”
“mak dan ayah dah sepakat. Lagipun, dia pun sedang mencari jugak. tak salah kan? mak tengok budak tu pun ok.”
Laa. Mak ni. takkan lah tengok sekali dah tahu semua benda. Tak logikla. Macam mana kalau budak tu hanya berpura-pura. Nanti aku jugak yang susah...
Mak.
Ayah.
Mie tak nak.
Kini, mimpiku bakal menjadi kenyataan.
*****
“selamat pengantin baru kak.” Ujar adikku sambil tersenyum panjang.
“hensom abang ipar adik..” sambungnya lagi. sepanjang hari, Adlin asyik tersenyum saja. Mak dan ayah pula, erm tak payah nak cakapla. Memang panjang sungguh senyuman. Tak henti-henti. Adakah mak dan ayah benar-benar gembira?
“Nurul Fatihah Sumaiyyah binti Abdul Rahim.”
Ha.tu dia. dia dah panggil siap dengan nama ayah aku lagi. aku berpaling.
“Mohd Fahmi bin Fakrul. “
“oh, kau ingat nama aku lagi ke?”
“nama kau tu, sampai bila-bila pun aku akan ingat.”
“tak sangka pulak yang kau rindukan aku sampai macam tu sekali?”
“oh, tolonglah. Macam lah aku ni takde kerja sangat nak ingat nama kau tu”
“kau...”
Belum sempat fahmi menyambung kata-katanya, kelihatan ibu merangkap mak mentua aku menuju ke arah kami. cepat-cepat Fahmi menarik tanganku.
“eh, apa ni?”
“diamlah kentot.” Bisiknya.
Dia panggil aku kentot?
“Fahmi, Fatihah. Kamu buat apa ni?” tanya ibu.
“takde apa-apa la, bu. Kami berborak sahaja, kan sayang?” ujar Fahmi sambil menggenggam tanganku erat.
“jom. Keluar. Ada tetamu nak jumpa kamu.”
“baiklah bu. Nanti Fahmi keluar sekejap lagi.”
Aku menghantar ibu dengan pandangan mataku. Hari ni, majlis menyambut menantu dirumah ibu. Ku kalih ke sebelah. Fahmi, suamiku yang baik di mata mak,ayah dan ibu. Namun, pada aku, Fahmi di ibaratkan ‘malaikat maut’.
“wei. Apsal kau pandang aku macam tu?”
“perasan. Mana ada.”
“ingat aku tak perasan ke yang kau tenung aku. tak puas hati apa?”
“mana ada.”
“atau..kau dah jatuh cinta dengan aku?”
“aku? jatuh cinta dengan kau? Uh, tolonglah. Muka macam Barney.”
“diamlah kentot.”
“Barney.”
“kentot.”
“Barney!” jeritku. Lalu cepat-cepat aku keluar. Mamat ni bukannya boleh ‘predict’ apa yang dia nak buat.
Nak tahu kisah kami?
Erm, camni.
Dulu, masa aku sekolah menengah aku dengan fahmi ni entah macam mana termasuk dalam kelas yang sama. Fahmi memang terkenal dengan perangai ‘badboy’. Ada saja peraturan sekolah yang dilanggarnya. Kalau nama dia tak ada dalam list pengawas satu hari, memang peliknya. Walaupun Fahmi tu ‘badboy’, result dia? fuh..gempak.genius. Aku pulak? Masa sekolah menengah, aku dikategorikan sebagai pelajar pendiam. Baik kan aku ni?
tetapi, entah macam mana, pada hari last SPM, aku dan Fahmi ‘dipertemukan’. Entah siapa punya kerja, aku ‘diperdajalkan’. Aku sendiri tak faham. Kenapa aku? kenapa bukan orang lain?
Ada mulut-mulut bercakap yang aku memberitahu warden asrama bahawa Fahmi dan rakan-rakannya ‘fly’ pada malam terakhir peperiksaan SPM. Memanglah malam tu aku ada ternampak Fahmi memanjat pagar sekolah tapi, seingat aku, tak pernah pulak aku ada beritahu warden tentang perkara itu. Bagi aku, buat apa nak sibuk dengan hal orang lain. Prinsip aku, selagi orang tu tak kacau aku, aku takkan sesekali kacau orang tu.
Dan disebabkan mulut-mulut yang bercakap itu, aku dan fahmi menjadi musuh. Mana taknya, disebabkan perkara tu, Fahmi dikenakan tindakan displin yang agak teruk.
Aku ingat, aku takkan jumpa Fahmi lagi tapi malangnya nasibku apabila orang yang paling aku tak ingin berjumpa sekarang sudah menjadi suamiku. SUAMI. Macam mana lah nak elak dari jumpa fahmi ni kalau dah duduk sebumbung? Alahai....
Aku ingat juga, mungkin Fahmi akan berubah dan perkara lama tak akan diungkit kembali. Tapi aku silap. Semasa acara membatalkan air sembahyang, aku langsung tak cam Fahmi.
“erm, saya rasa macam pernah nampak muka awak.” Ujarku ketika bergambar dengan Fahmi.
“betul tak kenal aku?”
“tak. Maaf. Saya ni kurang sikit kalau bab nak ingat muka orang..”
“yeke?”
“Fahmi.kelas 5B.badboy”
Entah macam manalah foto perkahwinan kami. yang aku tahu, tak selawa dan seromantik pengantin lain. Yelah macam mana nak romantik kalau aku sendiri pun nak taknak jer masa nak ambil gambar. Fahmi pula, pandai memainkan peranannya. Pandai betul dia berpura-pura. Sampai mak dan ayah aku sendiri terpedaya.
Macam mana hidup aku dengan mamat ‘badboy’ ni?
*****
Aku ingat aku akan terlepas dari Fahmi. Namun aku silap. Habis sahaja pengajianku di maktab, mak dan ayah memintaku mengisi borang supaya aku dapat menetap bersama Fahmi..
Sebagai guru pelatih, kami akan dihantar ke seluruh Malaysia, termasuklah Sabah Sarawak. Aku sendiri tak kisah sebab bagiku, tujuan aku menjadi guru adalah untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia yang berada di pedalaman. Tapi, memandangkan aku sudah berkahwin dan mempunyai suami yang berpendapatan tetap, aku boleh membuat pilihan.
Dan pilihannya, berada di samping suami.argh...
*****
“kentot, malam nanti aku balik awal. Kau masak dinner.”
“erm..”
Suka tak suka, terpaksalah aku melayan kehendak mamat badboy ni. benci betul. Sesuka hati panggil aku ‘kentot’. Kalau tak kentot, aku-kau menjadi panggilan rasmi kami.
Ah,lantaklah. Asalkan dia tak kacau privasiku. Bilik kami sebelah-menyebelah. Permintaan aku sendiri dan fahmi mengikut dengan senang hati.
Fahmi bekerja dengan keluarga. Keluarganya mempunyai syarikat hartanah yang ku kira agak cemerlang. Sesibuk mana pun fahmi, setiap hujung minggu pasti kami akan balik ke rumah ibu atau mak dan ayah. Dan satu perkara yang paling aku kagum dengan Fahmi, dia tetap hormat ibu, mak dan ayah. Cuma dengan aku saja dia jadi ‘jahat’
*****
“kau masak ni jer ke?” Fahmi menunjuk ke arah meja makan. Ikan goreng berlada, sayur kangkung dan telur goreng.
“aah. Kenapa?”
“sikit jer.”
“maaflah. Bahan basah dah habis. Esok pagi baru aku nak pergi pasar.”
“erm. Lain kali belilah banyak sikit.”
“Dah beli banyak macam mana pun, kalau ada serigala kat rumah ni, tetap tak cukup.”
“ha? Kau cakap apa?”
“eh. Takde. Aku tengah fikir nak beli apa esok.”
“kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap.”
“habis tu kalau dah tahu, apsal tanya?”
“saja.”
“erm.” Aku bangun dan berlalu ke ruang tamu.
“eh, kau tak makan ke?”
“kenyang.”
“erm, padanlah kentot. Tak suka makan rupanya.”
“cakap kat orang. Perut tu macam Barney tak nampak pulak yer..”
“kentot.”
“barney!”
“kentot.”
“oklah Barney. Aku malas nak layan kau. Lepas makan, pandai-pandailah simpan. Aku nak tidur.”
Erm, macam mana lah hidup aku dengan Fahmi? Akan sentiasa begini ke?
*****
“Ya allah.”
Aku pandang tayar keretaku. Kempis. Rasanya semalam masih elok lagi. erm, macam mana nak pergi pasar ni?
“kentot. Apsal?” sergah satu suara.
“assamualaikum Barney. Opps, lupa Barney tak bagi salam kan?”
“kau apehal?”
“tanya orang pulak. Yang dia sergah orang pagi-pagi buta macam ni takpe pulak nyer?”
“aku tanya elok-elok, kau jawab camtu.”
“ikut suka hati aku la.”
Aku membuka pagar dan berjalan keluar.
“oit.kau nak pergi mana?”
“aku nak cari daging untuk Barney. Sejak bila Barney makan daging pun aku tak tahu.”
“kau nak pergi dengan apa?”
“bas.”
“kentot. Aku hantar kau.”
“kau tahu ke pasar mana?”
“wei, jangan pandang aku sebelah mata ok?”
“er, sejak bila aku pandang kau dengan sebelah mata? Ha, tengok ni. 4 mata lagi tau. Ada extra lagi.”
“tak padan dengan cikgu, mengarut lebih.”
“siapa yang start dulu?”
“cepatla kentot. Kau nak tak?”
“kalau tak ikhlas, baik tak payah.”
“mana kau tahu yang aku ni ikhlas tak?”
“tengok muka pun tahu.”
“kau ni nujum ke boleh baca muka orang? Dah, cepatlah naik.”
Penat ‘berperang mulut’ akhirnya sampai jugak ke pasar. Lepas ni, memang aku takkan naik kereta dengan Fahmi. mulut Fahmi memang tak pandai nak duduk diam, asyik mengutuk aku saja.
Aku ingat perang mulut kami dah berakhir namun tidak.
“wei.apsal kau tak beli daging lembu banyak? Aku suka.”
“daging lembu mana bagus makan banyak-banyak.”
“mana kau tahu?”
“aku baca la.”
“ala, tipu saja tu. aku nak daging lembu.”
“kan dah beli tadi. Buat apa banyak-banyak?”
“mana cukup aku nak makan. Kau lagi nak makan.”
“aku tak makan.”
“apsal kau tak makan daging lembu? Sedap wo..”
“sebab aku tak makanlah. Barney. Dah, kau ni bising tau. Mulut tu tak henti-henti bercakap. Tak penat ke?”
“habis tu kalau kau tak makan, apsal kau beli?”
Ya allah...Fahmi ni kan.
“aku beli sebab kau makan.”
“kenapa kau beli jugak kalau kau tak makan?”
“yang kau banyak tanya ni kenapa? Aku beli daging susah, tak beli pun susah. Mana satu ni? tadi beria nak daging lembu pastu siap nak tambah lagi. sekarang tanya ku pulak kenapa beli?”
“masa tu aku tak tahu yang kau tak makan daging lembu.”
“aku makan apa, takde kena mengena dengan kau. Dah. Aku nak pergi beli sayur pulak. Kau, amik ni bawak ke kereta. Tunggu kat sana.”
“apsal aku kena tunggu kau? Aku nak ikut sekali.”
“sibuklah kau. Sini busuk tau. Baik kau tunggu kat luar saja.”
“taknak. Aku nak pergi.”
“mulut kau tu bising tau tak. Pot pet pot pet. Kalah makcik jual ikan. Aku nak beli barang pun tak senang.”
“takpayahla.”
“cepat jalan kentot.”
“Fahmi.”
“kentot.”
Sabar jerlah dengan pakcik sorang ni. sumpah, lepas ni aku takkan datang pasar dengan Fahmi lagi. walaupun aku kena naik bas, aku sanggup dari mendengar suara Fahmi. bingit.
*****
Hujung itu, aku pulang ke rumah ibu.
“bu, malam ni biar Mi yang masak yekh?” ujar fahmi.
“aikh. Sejak bila Mi pandai masak ni?”
“ala. Mi memang pandai masaklah bu. Ibu jer yang tak pernah try.”
Aku hanya memerhatikan Fahmi dan Ibu. Fahmi sangat rapat dengan Ibunya, memandangkan ayahnya telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. sebab itulah, di usia yang muda, Fahmi mampu menjawat jawatan tinggi dalam syarikat ayahnya. Walaupun itu syarikat keluarga, tapi Fahmi berada di kedudukannya sekarang kerana usahanya. Bukan kerana nama semata-mata.
“jom Fatihah. Kita borak kat luar. Biarkan Mi masak sorang.”
“ibu, panggil mie jer. Rasa lain pulak bila ibu panggil Fatihah.”
“nanti bertukar dengan Mi pulak kalau ibu panggil Fatihah dengan mie.kan sebutan dia sama.”
“aah. Takpelah kalau macam tu.”
Rasa janggal apabila ibu memanggil aku dengan fatihah. Terasa ayu, padahal aku bukanlah seayu itu.
“fatihah dengan Mi ok?”
“ha?”
“Mi tu ok ke?”
“ok jer ibu. Takde masalah pun.”
“erm,baguslah kalau macam tu. Mi tu degil sikit. Ibu harap, fatihah sabar dengan perangai dia.” aku tersenyum mendengar kata-kata ibu. Kalau lah ibu tahu keadaan sebenar aku dengan Fahmi, entah macam mana reaksi ibu.
“ibu. Dah siap. Jom makan.”
“Mi masak apa ni?”
“Mi buat bihun sup. Ibu suka kan?”
“terima kasih.”
“ok. Jom kita duduk. Ha, ni untuk ibu. Yang ni pulak untuk isteri Mi yang tersayang.”
Fahmi menghulurkan sebiji mangkuk sambil tersenyum. Entah kenapa, senyumannya kukira agak ‘jahat’. Fahmi ada muslihat ke?
“sedapnya.Mi letak apa ni?” tanya ibu. Melihat ibu, aku jadi yakin untuk merasa makanan itu. yelah, mana tahu dia masak yang bukan-bukan.yang kenanya aku.
Erk.apa ni?
Pedas.
Aku capai segelas minuman. Memang pedas.
“pedas.”
“oh, pedas sangat ke fatihah?”
“oh, untuk isteri Mi, Mi buat special. Kan sayang suka makan pedas?”
Aik? Bila masa aku suka makan pedas ni?
Erm, banyak jugak lauk yang Fahmi letak. Ada ayam, udang. Eh. Ni daging apa?
“apa yang Mi letak dalam ni? sedapla.” Puji ibu lagi.
“Mi letak macam-macam bu. Ada ayam, sayur, udang. Dan yang penting mi letak danging lembu. Tu yang sedap kan bu?”
Tersedak aku mendengar kata-kata fahmi. daging lembu?
“kenapa Fatihah? Pedas sangat ke?”
“tak lah bu.”
“makan slow-slow.rugi ni. kesian Mi masak.” Ujar ibu lagi.
Aku pandang Fahmi. dia masih lagi dengan senyuman dibibirnya. Barulah aku faham tenang senyuman itu. nak taknak, terpaksa juga aku menghabiskan makanan itu.
aku tak sangka, Fahmi sekejam ni. aku kira, mungkin fahmi sudah boleh menerima aku setelah hampir 2 bulan kami berkahwin. Aku kira, fahmi boleh melupakan apa yang telah terjadi antara kami. namun, aku silap.
*****
Sudah aku menjangkakan keadaan aku begini. Sejak semalam lagi kepalaku berdenyut. Inilah akibatnya apabila aku makan daging terutamanya daging lembu. Sudah lama aku tidak mengalami migrain kerana selama ni, aku sangat menjaga pemakananku.
Tambah pula, perutku turut meragam. Perutku sangat sensitive dengan makanan pedas sebab itulah aku jarang sekali makan makanan pedas.
Dan ini semuanya kerana Fahmi dan masakannya.
Tuk tuk
Tuk tuk
Ketukan dipintu langsung tak ku hiraukan. Tahu sangat siapa yang mengetuknya.
Kepalaku semakin berdenyut. Aku langsung tidak punya kekuatan untuk bangun. Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidur sahaja.mungkin migrain ku akan surut selepas bangun nanti.
Entah berapa jam aku lena. Dan aku terjaga kerana terdengar ketukan di pintu. Cukup kuat. Migrainku masih belum hilang. dan perutku masih lagi begitu.
“wei.kau taknak bangun ke?” tanya satu suara.
Fahmi! macam mana dia boleh masuk?
Fahmi mendekatiku.
“wei...kau.” tangan fahmi terangkat.
“kau demam.”
“aku nak tidur. Kau keluar.”
“macam mana kau boleh jadi macam ni?”
“dah. Bangun. Kita pergi klinik.”
“aku taknak. Aku nak tidur.”
“mana boleh. Dah seharian kau macam ni”
“erm.”
“kau nak bangun atau nak suruh aku angkat.”
“aku taknak.”
“kentot.”
“aku taknak”
“Fatihah.”
“aku taknak”
“mana boleh macam ni. kau tak sihat ni.”
“agak-agak, siapa yang buat aku macam ni? dah. Aku nak tidur. Dan aku taknak pergi klinik.”
Akhirnya Fahmi mengalah dan berlalu keluar.
Sebaik sahaja Fahmi keluar, aku cuba untuk lena semula. Namun payah. Dengan kepala berdenyut, perut meragam tambah pula dengan suhu badan yang tinggi, macam mana nak lena?
Setengah jam kemudian, Fahmi masuk semula dengan semangkuk bubur, susu dan panadol.
“bangun, makan.”
“kau keluar.”
Aku hanya menelan 2 biji panadol dan minum susu. Bubur langsung tak ku sentuh.
Aku terjaga lagi. terasa basah di muka ku. Aku membuka mata.
Ha?
Fahmi. dekatnya. Dia buat apa kat sini?
“dah bangun?”
“kau buat apa kat sini.”
“tengah berjoget.”
Boleh pulak dia buat lawak kat sini. Aku meraba dahiku. Ada tuala basah disitu.
“badan kau panas sangat.aku letak tuala kat situ. Sekarang demam kau dah ok.”
Aku cuba mengangkat badan. Terasa lemah lagi badan ini. Tapi, alhamdullilah. Kepala terasa ringan sedikit. Eh. Rasanya semalam aku pakai baju lain. Tapi kenapa ni lain pulak?
“kau muntah tadi. habis baju dengan cadar. Aku dah tukarkan tadi.”
Ha? Biar betul?
“setakat badan cekeding macam tu aku tak heranlah.” Sambung Fahmi lalu bangun menuju ke pintu bilik.
“kau dah ok kan? masakkan aku dinner. Aku lapar.” Ujarnya lalu keluar.
Memang Fahmi adalah Barney versi badboy.
Walaupun kepala dah ok tapi terasa lagi badanku lemah. Nak bangun pun tak larat. Ni kan pula nak buat dinner untuk Fahmi. tapi, nak taknak aku terpaksa jugak bangun dan menuju ke dapur.
Kulihat Fahmi sedang khusyuk menonton TV. Aku melangkah msuk ke dapur. Di atas meja, ada lauk ayam goreng, sayur lemak, sup telur dan udang goreng kunyit. Banyaknya, siapa yang masak ni? takkanlah Fahmi?
“makan.” Jeritku.
Ketika aku berpaling, Fahmi sudah pun duduk. Bila masa dia datang sini?
“makan.” Ujarnya
“tak ade selera.”
“kau takut aku buat jahat lagi ke?”
“taklah. Aku nak rehat.”
“makan dulu. Kalau kau taknak aku paksa, baik kau duduk.”
Nak taknak aku terpaksa duduk. Pingganku penuh dengan lauk diisi oleh Fahmi.
“makan.”
“erm.”
“kenapa?”
“ha?”
“kanapa kuis je makanan tu?”
“aku tak ade selera la.”
“nak aku suap?”
“aku ada tanganlah.”
“kalau tangan tu ade, apsal main kuis jer. Tak elok.”
“nanti-nantilah aku makan.”
“nah. Makan ni.” Fahmi menghulur sesuap ke arahku.
“cepatla.”
“takpe.aku makan sendiri.”
Hampir sejam barulah aku mampu menghabiskan makanan tadi. dan fahmi asyik mengawasiku. Aku tahu, walaupun dia meneliti laporan syarikat, matanya takkan terlepas untuk mengawasiku.
“ha, kan senang. Paksa makan macam kena paksa budak 2 tahun nak makan.”
“senanglah cakap. Cuba kau sakit, mesti takde selera nak makan.”
“ah. Alasan kau jer. Dah. Pergi tidur. Esok pagi, breakfast macam biasa.”
*****
“malam nanti kau temankan aku.”
“pergi mana?”
“syarikat ada buat majlis makan tahunan.”
“aku penatla.”
“sekejap jer. Lepas makan, kita balik.”
“erm.”
“aku dah sediakan baju. Ada kat bilik kau. Nanti pakai yang tu.”
Aku ingat selepas kejadian demam gara-gara bihun sup Fahmi, kami akan baik. Tapi tidak. Fahmi langsung tak berubah. masih jugak dengan mulut pot pet nya dan perangai badboy.
“kentot. Pukul 8 kita gerak.”
“yelah.”
*****
“dah siap?” tanya Fahmi.
“dah.”
Fahmi berpaling. Dia tergamam melihat aku. aku salah pakai ke?
“kenapa?”
“kau. Kenapa pakai ni?”
“la..bukannya kau ke yang suruh aku pakai baju ni?”
Aku telek baju yang tersarung di badanku. Sepasang kebaya moden berwarna hitam, bersulam sulaman mewah berwarna putih. Simple tapi nampak mewah dan elegan. Aku mengenakan selendang hitam dan solekan nipis. Dah alang-alang pakai baju lawa, apa salahnya bersolek sikit kan?
“kau. Tukar baju.”
“kenapa?”
“tukar baju.”
“kita dah lambat la.”
“takpe aku tunggu.”
“takpelah fahmi. apa salahnya pakai ni?”
“tukar baju.” Ujarnya tegas, pertama kali Fahmi meninggikan suaranya.
“kalau tak suka, cakapla awal-awal. Kalau macam ni, baik tak payah suruh aku ikut.”
Aku berlalu masuk ke dalam bilik dan menukar baju. Kali ini aku hanya mengenakan sepasang baju kurung moden sutera. Mekap tadi ku basuh dan diganti dengan bedak dan sedikit lipstick.
“puas hati?”
“dah jom”
Entah kenapa dengan Fahmi. petang tadi beria suruh aku pakai baju kebaya, last-last kena tukar pulak. Pastu marah-marah aku pulak. Bad mood apa?
Suasana majlis meriah namun tak mampu membuatkan aku tersenyum senang.
“kau cantik.” Aku berpaling. Fahmi.
“erm.”
“kau cantik.” Ujarnya lagi. aku pandang wajahnya. Tiada riak diwajah itu. bagaikan kata-kata yang keluar tadi hanyalah skrip tanpa emosi.
“aku nak balik.”
“jom.”
Fahmi menarik tanganku dan menggenggam erat. Dia tersenyum melihat tetamu-tetamu yang menegurnya. Namun, dia tak pernah melemparkan senyuman itu untuk aku. entah kenapa, hatiku terasa sakit. Sangat sakit.
“lepasla.”
Aku menarik tanganku dan berjalan laju meninggalkannya. Aku benar-benar sakit hati. Entah kenapa malam ni, hatiku bagai disiat-siat dengan belati.
Senyumannya yang tak pernah hadir untukku. Hanya sindiran dihadiahkan buatku.
Bahasa lembutnya tak pernah diucapkan untukku. Hanya bahasa kesat untukku.
Pelukan erat, lemah lembut tak pernah tercipta untukku.
Semuanya hanyalah lakonan untukku.
Lakonan semata-mata.
“hujung minggu ni aku nak balik rumah mak.”
“ok. Kita balik sekali.”
“taknak. Aku nak balik seorang.”
“kita balik sekali.”
“taknak.”
“fatihah.” Fahmi memegang tangaku erat.
“hentikan lakonan kau. Kat sini tak ade sesiapa yang nak tengok.”
“lepasla.” Ujarku lagi. tanganku masih lagi erat dalam genggamannya. Aku meronta-ronta.
“kalau kau nak tengok kita sama-sama end up kat hospital, cuba buat lagi.”
Sudahnya, tanganku berada dalam genggamannya sepanjang perjalanan kami.
*****
“fatihah. Buatkan aku kopi.” Ujar Fahmi ketika aku baru sahaja ingin memanjat tangga.
Dengan perasaan malas dan sakit hati, aku melangkah ke dapur. 2 sudu Nescafe. Tanpa gula. Tanpa susu. Padan muka. Nak suruh aku buat kopi lagi?
“sedap.” Ujar Fahmi.
Biar betul? Aku letak 2 sudu Nescafe, tanpa gula dan susu. Macam mana dia kata sedap. Tak pahit ke?
“rasalah.” Fahmi menghulurkan mug kepadaku.
“er. Takpela. Aku tak minum kopi malam-malam”
“sedap. Kau patut cuba.”
Fahmi mula bangun dan mendekatiku. Dan akhirnya entah macam mana kami berakhir di dapur.sinki-aku-Fahmi.
“tengok aku minum. Sedap.” Ujarnya lagi. dia minum sedikit lalu menghulurkan mug kepadaku. Aku menggeleng. Kemudian....
“kau..”
“maniskan?”
“kau main tipu.”
“aku hanya nak kau try kopi sedap yang kau buat tu.”
“get off me.”
“aku taknak. Kau cemburu? Sebab tu kau protes buat kopi sedap macam tadi, ha?”
“takde masa aku nak cemburu dengan Barney macam kau.”
Fahmi beralih ke belakang. Sekaligus memberi aku peluang untuk melarikan diri darinya. Cepat-cepat aku berlari ke ruang tamu.
“aku cemburu.” Ujarnya perlahan. Namun cukup kuat untuk mamatikan langkahku.
“aku cemburu.” Ulang Fahmi lagi. kemudian, dia terus memanjat tangga dan menuju ke biliknya, meninggalkan aku termangu-mangu keseorangan.
*****
Malam itu, aku langsung tak dapat melelapkan mata. Penat bergolek-golek di atas katil, aku bangun dan duduk di meja solek. Lama aku menatap wajaku sendiri.
Fahmi cemburu? Betul ke? Ke, aku yang salah dengar?
Jam dinding menunjuk kearah pukul 2. Mata tak mengantuk lagi. habislah kalau macam ni, esok pagi-pagi dah kena pergi sekolah. Takkan nak pergi sekolah dengan mata lebam sebab tak cukup tidur?
Kemudian, aku bangun dan menuju ke ruang tamu. Berhajat untuk menonton tv, mungkin akan ada cerita yang boleh membuatkan aku tidur.
Eh, kenapa cerah semacam ni? aku lupa tutup tv ke?
“kau tak boleh tidur ke?” ujar satu suara.
Erm, Fahmi.
“tak.”
“kau nak milo panas?”
“ha?”
“nak milo panas? Aku buatkan.”
“er, takpelah.”
“kenapa? Kau takut aku buat jahat ke?”
“eh. Tak tak. Aku tak boleh minum milo malam-malam. Nanti tak boleh tidur.”
“oh.kau taknak duduk ke?”
“ha?”
“apsal kau blur semacam ni? banyak makan semut.”
“pagi-pagi camni pun still nak kenakan orang. Mulut.”
“apa. Mengumpat aku pagi-pagi macam tu baik sangat ke?”
“yelah-yelah. Kau jugak yang baik. Aku yang jahat. Puas hati?”
Layan Fahmi ni memang macam ni. asyik nak menang.
“kau nak pergi mana?”
“nak tidur. Esok kena bangun awal.”
“apsal?”
“aku kena pergi sekolah. Kau takpelah syarikat sendiri, boleh ikut suka hati nak masuk pukul berapa.”
“kau duduk rumah. Jaga rumah.”
“rumah ni takdenyer nak lari kemana.tak perlu nak jaga”
“jaga aku.”
“apsal aku kena jaga kau?”
“aku nak kau jaga aku.”
“kau kan dah besar. Takkan tak pandai nak jaga diri sendiri?”
“aku nak kau jaga aku.” ulang Fahmi lagi.
“kau ni kenapa? Asyik cakap benda yang pelik jer. Sihat tak?”
“aku nak kau ada dekat dengan aku.” ujar Fahmi. eh, masa bila dia ada sebelah aku ni?
“Fahmi.”
“aku nak kau sentiasa ada dekat dengan aku.” bisiknya perlahan. Kenapa Fahmi ni?
“kenapa dengan kau tiba-tiba?”
“kau nak tahu, pertama kali aku tengok kau masa akad nikah, aku langsung tak rasa apa-apa.”
Aku langaung tak terkejut dengan kata-kata fahmi. yelah, dengan musuh, nak rasa apa selain dari nak balas dendam kan?
“tapi, bila aku tengok kau pakai baju kebaya tadi, aku rasa something. Dan aku taknak orang lain ada perasaan yang sama bila orang lain tengok kau. Aku nak hanya aku yang ada perasaan tu pada kau. Bukan orang lain.”
“apa yang kau cakap ni?”
“kau memang blur atau kau saja buat-buat blur?”
“aku memang tak fahamla. Barney.”
“so, bagitahu aku kalau kau tak rasa apa-apa bila aku buat macam ni?”
Fahmi memelukku dari belakang. Dagunya menongkat ke bahuku. Erat, kemas pelukannya tapi bagiku selesa.sangat selesa. Kemudian, dia menunduk dan mencium bahuku. Beralih ke leher. lama
“Fahmi.”
“aku tahu kau rasa sama dengan apa yang aku rasa tapi kau tak nak akuinya kan?”
“stop it Fahmi.”
“aku takkan lepaskan kau. Cukuplah apa yang telah aku lakukan dulu.”
“please, Fahmi.”
Fahmi melepaskan pelukannya dan memusingkan badanku agar kami berhadapan.
“bagitahu aku apa yang kau rasa kat sini?” ujarnya lalu menunjuk kearah dadaku.
“bagitahu aku apa yang kau rasa dalam hati kau? Pedih melihat aku bermesra dengan teman wanita yang lain? Bahagia melihat aku bergelak ketawa dengan yang lain, dan bukannya kau?”
Ya, aku pedih melihatnya bergembira. Aku sakit apabila melihat dia bergelak ketawa. Dan aku menangis kerana melihatnya senyum pada yang lain, dan bukannya padaku.
“apa yang aku rasa tak penting.”
“kenapa kau rasa tak penting? Kau tahu apa yang ada dalam hati aku?”
Apa yang Fahmi sedang lakukan? Dia cuba untuk tahu isi hatiku dan mempersendakannya?
“tak. Aku takkan dapat teka apa yang ada dalam hati kau. Aku takkan dapat tahu apa yang kau fikirkan. Dan aku takkan tahu apa-apa.”
“dan aku akui, aku mula sayang pada kau. Puas hati bila dengar aku cakap macam tu?”
Aku menolak Fahmi. cukuplah untuk malam ni. aku tahu, pasti fahmi gembira apabila aku meluahkan apa yang aku rasa.
“kau malu dengan perasaan kau sendiri?”
“aku takkan malu untuk bagitahu perasaan aku. cuma, aku malu untuk bagitahu perasaan aku pada insan yang takkan menghargainya.”
“mana kau tahu aku tak hargainya?”
“aku bukannya kenal kau sehari dua.”
“tapi kau belum tahu siapa aku.”
“ya. Siapalah aku dimata kau kan?”
“kalau kau berani, pandang mata aku dan ucap kata-kata keramat tadi. berani?”
“apa yang kau cuba lakukan ni Fahmi? cukuplah. Cukup kalau kau hanya mahu mempermainkan aku. kau menang. Puas hati?”
“pandang mata aku dan ucap kata-kata yang kau cakap tadi”
Aku pandang mata Fahmi. redup pandangannya. Pandangan yang membuatkan aku jatuh cinta yang aku sendiri tidak sedar kewujudan perasaan itu.
“aku. sayang. Kau”
“aku taknak kau cakap aku-kau. Ucap sekali lagi.”
“Fatihah sayang Fahmi.”
“bagus.”
Bagus? Hanya itu balasannya? Terasa airmataku menitik. Aku menangis? Kenapa harus aku menangis kalau aku sudah menjangkakan ini balasannya?
“aku tak sayang kau.” Sambung Fahmi. aku terpaku. Betulla, apa lagi yang boleh aku harapkan dari badboy ini?
“tapi Mi cintakan mie” ujarnya perlahan sambil memandang tepat mataku. Terasa jari Fahmi menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku.
“bohong.”
“Mi tak sayang mie. Mi cintakan mie sepenuh hati.”
“bohong.”
“kenapa aku nak tipu kau?”
“kau tipu.memang sejak dulu lagi kau suka mempermainkan aku. dan kali ni aku takkan tertipu dengan kata-kata kau.”
“pandang aku. pandang mata aku. adakah ini satu penipuan?”
“aku tahu aku bukanlah lelaki pilihan hati kau. Aku ‘badboy’ aku Barney. Aku serigala yang tak punya perasaan. Tapi, aku tahu, aku cintakan aku, isteri ku. “
“dan aku takkan lepaskan kau.” Ujarnya sambil memelukku erat. Dan aku terus menangis dipangkuannya. Dan entah bila, aku tertidur, beralaskan dada Fahmi.
*****
Ya Allah. Mengantuknya. Pukul berapala aku tidur semalam. Aku mengeliat kecil. Terangnya. Aku lupa tutup lampu ke semalam sebelum tidur? Terasa ada pergerakkan disebelah. Aku kalih ke sebelah. Fahmi!!!
“kau”
“kau buat apa kat sini?” aku terus bangun dari sofa.
Eh, bila pulak aku tidur kat sofa?alamak. dah pukul 8 pagi. Habislah kali ni lambat pergi sekolah.
“kau nak pergi mana ni?” Tanya Fahmi sambil tangannya menggenggam tanganku. Matanya masih lagi tertutup.
“aku nak pergi sekolah. Dah lambat ni.”
“kau tak ingat apa yang jadi semalam?”
“ha?”
Apa yang jadi semalam yekh?ha? alamak.....
“dah ingat?”
Aku tersengih sambil memandangnya.
“erm, aku dengan kau tak buat apa-apa kan? “ tanyaku ragu-ragu. Yelah, kalau dah confess semalam, takut pulak kalau jadi apa-apa.
“kau nak jadi apa-apa ke?”
“eh..tak.”
“hari ni kau mintak MC dari sekolah.”
“mana boleh buat MC sesuka hati. Lagipun aku kan baru mengajar kat sekolah tu.”
“kalau macam tu, biar aku buat kau MC betul-betul nak?” fahmi sudah pun bangun dan menuju kearah aku.
“ok. Nanti aku call sekolah.”
“ok. Bagus.” Fahmi mencapai handphone diatas meja dan menarik tanganku lalu merebahkan kembali badannya ke sofa.
“eh, macam mana aku nak call macam ni?” yelah, kalau dah terbaring dengan Barney kat sebelah ni, macam mana nak call?
“call jerlah. Bukannya diorang nampak kita buat apa.”
Dapat jugak MC tipu walaupun terpaksa menyusun ayat. Tak patut betul.
“dah siap? Jom sambung tidur.”
“tak nak. Aku nak masuk bilik.”
“ok. Masuk bilik aku.”
“ taknak. Nak masuk bilik akula.”
Nak taknak, terpaksa aku mengikut Fahmi apabila dia menggenggam tanganku erat dan mengheret aku ke biliknya.
“kau tak pergi kerja ke?”
“malas.aku nak tidur.”
“erm, fahmi. taknak tukar nama ke?”
“nama aku dah best, buat apa nak tukar?”
“bukanlah. Maksud aku, kita. Aku-kau. Ok ke?”
“kau nak macam mana?”
“aaa..”
“honey-bee aku taknak. Nampak lembut gila.”
“apsal taknak? Sweet apa?”
“aku kan ada imej badboy. Mana sesuai dengan honey-bee.”
“kalau aku nak panggil jugak macam mana? Kau panggil aku honey, aku panggil kau bee.”
“aku taknak.”
“bee...”
“aku taknak.”
“bee..
“kentot. Diam.”
“bee.”
“sekali lagi kau panggil macam tu, aku kerjakan kau”
“bee..bee..bee..” makin galak aku mengusiknya. Ah, setakat nak attack aku dengan kata-kata sindirannya, aku dah lali la.
“kau. Diam”
“bee..bee..ah..”
Fahmi mencempung badan aku dan dibawa ke tandas. Dia nak mandikan aku ke? Oh, tidak!! Dia nak masukkan aku dalam bath tub yang penuh dengan air sabun tu. aku taknak. Aku tak pandai berenang.
“taknak.taknak. aku tak pandai berenang.”
“ha, tau takut. Aku suruh kau diam taknak. Now, it’s payback time”
“please, kau boleh buli aku. tapi jangan masukkan aku dalam bath tub tu. aku takut.”
“takpe. Aku boleh selamatkan kau. Lagipun, kau tak kisahkan kalau aku buat apa-apa kat kau?”
“apa maksud kau buat apa-apa?”
Apa maksud Fahmi? jangan cakap dia.. aku pandang Fahmi dan ternampak senyuman ‘evil’ nya. Ah, aku taknak.
“ini yang kau dapat bila main-mainkan badboy.”
*****
“kau dah tak marahkan aku ke?”
“kenapa nak marahkan kau?”
“tentang hal masa SPM dulu.”
“bukan kau yang buat. Kenapa nak marah kau?”
“ha, bukan aku ke?”
“kau nak buat macam tu ke?”
“eh, tak. Macam mana kau tahu bukan aku yang report?”
“masalah tu dah lama selesai. Tak ade kena mengena dengan kau.”
“habis tu, kenapa kau cari pasal dengan aku? selalu buli aku?”
“aku kan jahat. Lagipun kau kentot sangat, mesti best bila dapat buli kau.”
“diam ah Barney perut besar.”
“kentot.”
“Barney.”
“kentot.”
“geramnya aku. kau ni sesuka hati jer panggil aku kentot. Tak baik tau”
“habis tu kau panggil aku Barney, baik ke?”
“at least Barney tu comel. Ni kentot. Mana comel.”
“Barney kaler purple tu comel? Erm..”
“comel. Macam kau. Ha, aku panggil kau BARNEY. Taknak panggil kau dah. Haha. Lagipun, rambut kau tu selalu tercacak-cacak. Macam barney.”
“Barney sayang.”
“Fatihah. Kau nak cari pasal ke?”
“uwek.,”
“kau tahu kan apa yang kau dapat bila usik aku macam ni?”
“aku akan buat kau lagi teruk dari pagi tadi. nak?” sambung Fahmi lagi.
Ha?
“tak nak!!! Aku lari dulu Barney..”
Cepat lari sebelum badboy mengamuk!!
No comments:
Post a Comment