[12]
“kita sembahyang sekali?” ajak Aktaf Hakimi. Aisyah Najwa yang baru sahaja melangkah keluar dari dapur terpaku. Adakah telinganya yang bermasalah atau, lelaki itu?
“tadi dah bunyi azan maghrib.”
Aisyah masih kaku. Lelaki yang berdiri diruang tamu itu, adakah Aktaf Hakimi?
“Aisyah.”
“you don’t trust me?” ulang lelaki itu.
“saya tak sangka yang awak masih kenal solat dan sejadah.”
“you don’t know me well.”
“saya tak perlu kenal awak dengan rapat untuk tahu awak macam mana. Dari jauh saya dah boleh hidu apa yang awak buat selama ini. dari jauh, saya boleh bayangkan apa yang awak buat selama ini. orang buta pun boleh teka awak macam mana.”
“still, tak salah untuk saya solat kan?”
“no. Tak salah. Cuma saya tak suka awak mempersendakan tiang agama yang satu itu. I don’t care what you do. “
“saya tak pernah mempersendakan apa-apa hal agama.”
Aisyah tersenyum sinis. Lelaki ini, ada saja balasan kata-kata yang terbit dari bibir itu. kakinya kembali melangkah, menuju ke tangga.
“pray with me?” tanya lelaki itu lagi.
“cuti.”
“oh, one more thing. Just want to let you know. Awak tahu kan, yang kalau kita nak imamkan someone, pastikan ilmu agama dalam diri tu cukup. Kuatkan diri awak dulu, then barulah awak boleh pimpin orang lain. jangan nanti awak kemana, orang yang awak pimpin tu entah tersembam ke mana.”
Aisyah tahu kata-katanya itu mengguris lelaki itu namun sakit hatinya melebihi apa yang ada dalam kewarasan akalnya. Lelaki itu perlu diajar.
Bagi Aktaf, bukan salah Aisyah untuk tidak ‘mengenali’ Aktaf yang baru.
No comments:
Post a Comment