W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Friday, November 29, 2013

my badboy 2


Entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku menjadi cepat naik angin, cepat beremosi dan sangat sensitif. Kalau ada sedikit yang tak kena, mahu sehari aku akan merajuk. Selera makan pun semakin kurang. Kalau dulu, tengok saja makanan walaupun berlaukkan ikan goreng, mesti habis nasi sepinggan. Sekarang ni, letak la steak ke, ketam masak lemak ke, hmm pandang sebelah mata pun tak.
Apa yang jadi kat aku ni sebenarnya?
*****
“lewat abang balik?” tanyaku suatu malam pada Fahmi. beg ditangannya sudah pun beralih pada tanganku.
“hmm.”Fahmi bersandar pada sofa. Tanpa disuruh, tanganku mula mengurut perlahan bahunya. Aku tahu, sejak kebelakangan ni Fahmi selalu pulang lewat.
“nak makan?”
“abang dah makan kat office tadi.”
“ok. Abang naik dulu.” Beg yang berada ditanganku tadi diambilnya.
Aku masih lagi disitu. Semakin hari semakin banyak perubahan yang terjadi pada Fahmi. memanglah dia ni ‘badboy’ tapi, ‘kejahatan’ dan ‘kedinginan’ Fahmi selalu diselangi dengan romantik-versi-badboynya.
Fahmi selalu mengusik aku, tapi usikannya selalu diakhiri dengan satu kucupan di dahi. Dan apabila usikannya semakin ‘nakal’ dan hampir menitiskan airmataku, dia pasti ada caranya sendiri untuk membuatkan aku mengukir senyuman lebar.
Fahmi selalu bertanyakan sesuatu yang ‘luar alam’. Sesuatu yang kadang-kadang membuatkan aku jadi geram dan paling tak tahan, pertanyaannya di ibaratkan seperti kanak-kanak 5tahun sedang bertanyakan sesuatu dari ibunya.
“kenapa sayang pakai tudung kaler ni?”
“sebab saya pakai baju yang sesuai dengan tudung kaler ni.”
“kenapa tak kaler lain?”
“sebab kaler ni paling sesuai abang sayang.”
“kaler hijau kan lagi sesuai.”
“mana ada. Kaler purple muda ni kan lagi lawa.”
“kaler purple muda tu macam mana?”
“macam tudung yang sayang pakai la ni.”
“macam mana yekh?”
“macam ni.”
“macam mana?”
Sungguh. Kadangkala pertanyaannya memang menyakitkan hati. Bukannya dia tak tahu tapi sengaja buat tak tahu.
“abang suka donut tak?”
“donut?”
“aah.”
“donut tu macam mana?”
“donut tu kuih bulat yang ada bulat kecik kat tengah.pastu kat atas tu, ada krim. Ada jugak yang letak gula.”
“oh. Kuih tu ke. Tu bukannya doughnut”
“sama la. Donut dengan dough-nut”
“mana ada. Lain kan sebutan dia. do dengan dough...cuba sayang sebut.”
“sama la. Abang jer yang terlebih sebut.”
“lainla. Do...dan dough...”
“sama.”
“tak la.”
Tapi sekarang? Fahmi dah tak macam dulu. Aku sendiri tak pasti kenapa. Adakah ada sesuatu terjadi yang aku terlepas pandang?
*****
“abang. Lepas balik sekolah nanti, saya nak keluar kejap.”
“hmm.ok. abang pergi dulu.”
Ha? Dia pergi macam tu jer? Dia taknak tanya kemana aku nak pergi ke? Dia taknak sayang aku dulu ke sebelum ke office?
Fahmi memang sudah berubah.
*****
“Nurul Fatihah Sumaiyyah?” tanya satu suara. aku berpaling.
“ya, saya.” Aku pandang wanita dihadapanku. Cantik. Dia hanya ringkas berblause biru muda dan berseluar slack hitam.lengkap bertudung. Manis.
“awak ada masa?” tanya wanita itu lagi. aku mengangguk kecil. Siapa perempuan ni?
“kita duduk dulu. Saya ada hal nak cakap dengan awak.”
“ok. Jom.”
Akhirnya, kami duduk disebuah restoran. Aku lihat, wanita itu seperti keresahan. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dan aku mula tidak sedap hati.
“nama cik?”
“oh. Maaf. Saya lupa nak kenalkan diri tadi. saya Nadiah.”
“boleh saya tahu kenapa cik nak jumpa saya?” wanita itu tersenyum.
“ouch.”
“eh, kenapa ni?” kenapa perempuan ni? dahinya berkerut-kerut, menandakan dia dalam kesakitan.
“maaf. Baby menendang.”
“baby?”
“aah. Saya pregnant. Dah nak masuk 7 bulan.” Terang Nadiah.
Nadiah mengandung? Tapi, tak nampak pun perut dia...
“mesti awak hairan kan? perut saya ni memang nampak kecil. Doktor sendiri hairan. Sepatutnya bila dah masuk 7 ni, perut saya dah nampak. Tapi, jangan bimbang. Baby sihat. Saya tak kisah kalau orang tersalah anggap, yang penting baby saya sihat.”
Aku mengangguk. Setiap wanita mesti ada kelainannya semasa mengandung. Ada yang 5 bulan tapi dah nampak besar dan ada yang 8bulan tapi still nampak kecil. Tak kisahla macam mana, yang penting baby dalam kandungan sihat. Betul tak?
“maafla Fatihah, terpaksa ambil masa awak.”
“takpe. Saya pun tak ada hal sangat ni. erm, kenapa awak nak jumpa saya?”
“erm..macam ni..”
*****
Malam itu, aku menunggu Fahmi pulang. Jam di dinding sudah pun menunjuk ke arah 11 malam namun, Fahmi masih belum pulang. Aku bersandar pada sofa. Cuba mengingati apa yang telah terjadi tadi. dan malam ini, aku nekad. Macam mana pun, aku harus bertanya pada Fahmi. dan barulah aku boleh membuat keputusan. Keputusan untuk 4 insan.
Entah bila, aku tertidur dan terjaga apabila terasa satu usapan lembut dikepalaku. Fahmi. sudah benar lama aku tidak merasa sentuhannya.
“abang baru balik?”
“kenapa tak tidur kat bilik?”
“sayang nak tunggu abang.”
“abang selalu balik lambat. Lain kali tak payah tunggu.”
“abang nak makan? Sayang masak makanan favourite abang.”
“takpe. Abang dah kenyang.” Fahmi bangun dan memanjat tangga. Aku mengekorinya.
“kenapa abang selalu balik lambat?” tanyaku apabila kami berada dalam bilik.
“banyak kerja.”
“takkan setiap hari banyak kerja?”
“banyak benda yang kena buat kat office tu.”
“syarikat ada masalah ke?”
“takla.”
“abang taknak share dengan sayang?”
“share apa?”
“apa saja. Apa-apa masalah.mana tahu sayang boleh tolong.”
“office takde masalah.”
“betul?”
“hmm.”
“betul ni?”
“kan abang dah cakap takde apa-apa masalah. Kenapa awak tak faham? Nak suruh saya cakap macam mana lagi ni?” balas Fahmi sedikit kuat namun cukup membuatkan aku tersentak. Tersentak dengan nadanya yang tinggi dan juga kata-kata saya-awak dari mulut Fahmi.
“baik awak tidur. Saya penat.” Sambungnya lalu memboloskan diri ke dalam bilik air.
Kini, Fahmi benar-benar berubah. benar-benar berubah.
*****
“hujung minggu ni sayang nak balik rumah mak. Boleh abang?”
Aku tahu rumahtanggaku sedang berkocak, namun aku sedar aku masih lagi isteri Fahmi. aku masih lagi tanggungannya, sampaila mungkin suatu hari nanti aku bukan lagi tanggungannya. Bukan lagi isterinya.
“abang tak dapat hantar.”
“takpe. Sayang balik sendiri. Boleh abang?”
“kirim salam kat mak dan ayah.”
“ok.”
Hubungan kami semakin renggang. Macam mana nak pulihkan hubungan ni yang semakin hari semakin retak?
*****
“lama mie balik rumah mak. Fahmi tak marah ke?”
“tak mak. Abang Fahmi sibuk. Dia sendiri yang bagi kebenaran mie balik sini. Kenapa? Mak tak suka mie balik ke?”
“taklah. Mak suka sangat mie balik tapi mie ni kan isteri orang. Tempat mie di sisi suami, bukannya di sisi mak dan ayah. Kalau mie ada masalah dengan fahmi pun, sepatutnya kena selesaikan secara baik. Berbincang dengan fahmi elok-elok. Bukannya dengan cara macam ni. melarikan diri bukannya jalan penyelesaian yang baik, mie.”
Betul kata mak. Tapi, macam mana aku nak selesaikan masalah aku dan Fahmi ni, kalau aku sendirian?
Pertemuan aku dan Nadiah, memang merupakan satu kejutan besar buatku. Susah untuk aku menerima apa yang dikatakannya. Kata-kata Nadiah, bolehkah aku mempercayainya?
Fahmi, suamiku. Sepatutnya aku harus mendapatkan penjelasan darinnya. Bukannya mendengar kata-kata orang asing. Aku, seharusnya lebih mepercayai Fahmi, bukannya Nadiah.ya, Fahmi. bukannya Nadiah.
“mak. Mie nak balik.” Ujarku pada mak. Beg pakaian ku kemas ala kadar. Tak sabar nak berjumpa dengan Fahmi. dah lama sangat aku tidak berjumpa dengan Fahmi. terasa rindu yang sangat mendalam buat suamiku itu.
*****
Apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar, bukanlah satu tipu helah semata-mata. Aku lihat bertapa rapatnya mereka. Aku dengar bertapa gembiranya mereka.
Senyuman Fahmi dan senyuman Nadiah.
Gelak tawa Fahmi dan gelak ketawa Nadiah.
Mereka sangat sepadan. Dan aku?
“bila sayang balik?”
“abang.awal balik?’
“hari ini abang ambil cuti half day. Nak jemput orang yang abang sayang.” Ujar Fahmi sambil tersenyum. Senyuman Fahmi yang sudah lama tidak terukir.
Orang yang dia sayang? Aku, atau Nadiah?
“Nadiah?” tanyaku sambil memandang tepat wajahnya. Wajah itu nampak berubah. terkejut mungkin?
“kenapa abang nampak terkejut?”
“terkejut sebab saya dah tahu tentang Nadiah?” sambungku lagi apabila melihat Fahmi berdiam. Lama dia berdiam.
Benarlah. Benarlah kata orang, diam itu tandanya bersetuju.kiranya, benarlah Fahmi dan Nadiah mempunyai hubungan. Dan kalau begitu, benarlah apa yang telah dikatakan oleh Nadiah padaku dulu. Dan benar jugakla segala tanggapanku selama ini.
“kenapa abang diam? Abang taknak cakap apa-apa?”
Fahmi masih lagi diam sambil memandangku tepat. Ada riak tidak tenang diwajahnya namun dia pandai untuk menyembunyikannya.
“maafkan saya. Saya tahu, saya bukanlah isteri yang baik untuk abang. Halalkan makan minum saya.” Ujarku sambil mendekatinya. Tangannya ku salam. Lama. Mungkin ini kali terakhir aku dapat bersalam dengannya.
Selepas itu, aku terus keluar dari rumah itu. rumah yang banyak menyimpan kenangan indahku dengan Fahmi. kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan. Kenangan yang akan ku kenang sampai hayatku, walaupun kenangan itu hanya untuk 6 bulan. Cukup singkat namun amat bermakna buatku.
*****
Kini, cukup sebulan aku hidup sendiri. Aku menyewa dikuarters perguruan. Nasib baik, kuarter ini masih ada kekosongan ketika aku mula-mula hendak meyewa dulu.
2minggu selepas aku berpindah, aku dikejutkan dengan satu berita. Aku mengandung 2bulan. Berita gembira? Atau berita buruk? Entahla. Mungkin ini berita gembira sekiranya aku masih lagi bersama dengan Fahmi. walaupun aku sendirian, aku nekad untuk membesarkan kandunganku ini. Walaupun tanpa Fahmi. kerana ini adalah bukti cintaku pada Fahmi, walaupun aku sendiri tak pasti perasaan fahmi padaku.
Fahmi tak pernah ucapkan kata-kata keramat itu. hanya sekali pada awal perkahwinan kami dulu. Namun aku tahu, disebalik perangai ‘badboy’nya, dia sayangkan aku. Fahmi cintakan aku.
Tapi, keyakinanku bagaikan lumpuh apabila mendengar kata-kata Nadiah. Keyakinanku bagaikan hilang apabila melihatnya bersama Nadiah. Dan apabila aku keluar dari rumah itu, tanpa sebarang halangan dari Fahmi. dan kini keyakinan itu langsung tiada apabila Fahmi langsung tidak menghubungiku. Kini yang tinggal hanyalah sangsi.
Biarlah. Bagiku sekarang hanya baby dalam kandunganku. Cukuplah kalau aku seorang yang menyanginya.
*****
“maaf kalau Nadiah ganggu Fatihah. Sebenarnya, Nadiah nak mintak tolong.”
“mintak tolong apa? Kalau saya boleh tolong, insya allah saya akan tolong.”
“nadiah tahu Fatihah dan Fahmi baru kahwin. Dan saya tahu kalau perkahwinan itu adalah rancangan keluarga Fatihah dan fahmi. dan saya rasa mungkin kamu sendiri tak bersetuju dengan perkahwinan ini.”
Benar. Aku dan Fahmi disatukan atas permintaan keluarga. Aku dan fahmi tak bersetuju dengan ikatan ini. Tapi itu dulu. Itu 2 bulan yang lalu. Dan sekarang kami bahagia. Sangat bahagia walaupun kadangkala fahmi masih lagi mengekalkan perangai ‘badboynya’. Tapi aku bahagia. Fahmi bahagia.
“saya tahu sejarah kamu. Dan saya tahu bertapa kamu membenci antara satu sama lain.”
Tak. Itu dulu. Sekarang aku sayangkan Fahmi. Cintakan Fahmi. tapi, macam mana Nadiah tahu?
“saya minta, tolong tinggalkan fahmi. demi kandungan saya. Fahmi janji akan jaga saya. Dia sayangkan saya.please.”
“Fahmi dah janji nak jaga Nadiah dan kandungan ni. Nadiah mintak tolong sangat. Tolong tinggalkan Fahmi. kami sangat bahagia sebelum Fatihah muncul.”
Fahmi dan Nadiah?
“ni, anak?”
“Fahmi.” jawab Nadiah tenang. Yakin.
Ya Allah.
Apakah ini benar-benar terjadi padaku?
Aku kira malam itu, selepas aku pulang dari rumah mak, aku ingin meminta penjelasan dari Fahmi tentang hubungannya dengan Nadiah. Tentang anak yang dikandung Nadiah.
Namun, saat aku melihat kemesraan mereka, saat itulah aku rasakan Fahmi bukannya hak milikku sorang. Mungkin, fahmi tak pernah menjadi milikku seorang.
Apa yang aku takuti akhirnya terjadi. Fahmi langsung tak berkata apa-apa.Diam. lama aku menunggunya malam itu, menunggunya untuk memberi penjelasan. Namun Fahmi tetap berdiam diri. Aku sendiri tak pasti sama ada diam itu tanda dia mengiakan hubungannya dengan Nadiah, atau tanda dia tak bersalah?
Kalau benar Fahmi tidak bersalah, kenapa dia tidak menjelaskan padaku? Dan kalau benar Fahmi bersalah, kenapa tidak dia katakan padaku?
*****
Selera makanku semakin tidak menentu. Hari-hariku hanya dipenuhi dengan rehat sepanjang hari. Muntah dan pening. Nasibku baik kerana sekarang adalah musim cuti sekolah. Tak perlu ku memenatkan diri dengan menghadirkan diri ke sekolah.
Mak, ayah dan ibu sudah ku khabarkan tentang kehamilanku. Mereka gembira. Fahmi? entahla. Mereka langsung tak menyebut tentang Fahmi. mungkin mereka sendiri tak sedar tentang keadaan kami. biarlah kalau begitu. Tak sanggup aku untuk melukakan hati tua mereka.
Alhamdullillah. Seleraku semakin baik walaupun tekakku hanya boleh menerima susu sahaja. Itu lebih baik daripada langsung tiada apa-apa kan?
*****
Petang itu, aku keluar ke mall. Saja, ingin mengambil angin, sambil-sambil boleh juga melihat barang-barang baby.
Seronok bila melihat baju-baju kecil yang bergantung itu. comel sangat. Rasa macam nak beli semuanya. Kan bagus, kalau fahmi ada bersamaku sekarang?
Aku lihat ada satu pasangan suami isteri turut membeli barangan bayi. Kedengaran gelak ketawa dari mulut si isteri. Gembira benar mereka kerana bakal menyambut orang baru. Lebih-lebih lagi apabila suami ada di sisi. Tiba-tiba, si suami menoleh.
Alamak.
Fahmi.
Cepat-cepat aku memalingkan badanku dan berlalu keluar. Mintak-mintak fahmi tak sedar tentang kehadiranku. Dalam kereta, aku menangis.
Kenapa harus aku menangis kalau ini yang ku minta? Fahmi ternyata bahagia disamping nadiah. Dan mereka bakal menyambut kelahiran baby yang dikandung Nadiah. Tapi, bagaimana dengan aku?
Aku juga seorang wanita. Aku juga bakal ibu. Aku juga sayangkan fahmi, cintakan dia.
Kenapa jodoh kami sebegini..
*****
“Fatihah.”
“nadiah.”
“lama tak nampak. Nadiah sihat?”
“alhamdullillah. Saya sihat.”
“erm, bila due?”
“next week. Eh awak..” Nadiah pandangku. Lebih tepat lagi perutku.
“...awak mengandung” aku tersenyum lalu mengangguk.
“Fatihah, please. Tolong tinggalkan tempat ni. saya taknak Fahmi tengok awak macam ni. tolonglah. Awak mesti tak sampai hati kan tengok saya dan baby ni tanpa ayahnya?”
Aku tergamam. Nadiah....tidakkah kau sedar yang sebenarnya kita sama? Aku juga perlukan suamiku. Baby juga perlukan ayahnya.
“tolong Fatihah. Pergi”
Nadiah menolakku. Namun, cepat-cepat aku berpegang pada palang di tepi. Tapi, malangnya Nadiah pula yang tergelincir.
“Nadiah!!!” aku berpaling pada suara itu. Fahmi.
“apa kau dah buat ni Fatihah?”
Kau?
*****
“hey, little barney.”
“assalamualaikumla abang.”
“abang kan barney. So, this is little barney.”
“abang..”
“hm?”
“abang betul sayangkan sayang?”
“tak.”
“sampai hati..”
“sayang, kalau abang tak sayangkan sayang, macam mana kita boleh ada little barney ni, ha?”
“mana tahu, abang tipu.”
“abang mungkin ‘badboy’ tapi abang takkan tipu tentang perasaan abang.”
“sayang betul-betul sayangkan abang..”
“really?”
“betul-betul sayangkan my Barney”
“ok. Tunjukkan rasa sayang sayang tu pada abang.”
“sayang dah bagi abang this little barney.”
“tak cukup.”
“mm, abang nak apa lagi”
“more little barneys?”
“ha?”
“give me more this little creatures. Boleh?”
“then, bagitahu sayang. Abang betul cintakan sayang?”
“ya.”
“say it.”
“cepatla. Cakap.”
“abang sayangkan sayang.”
“erm, tak puas hatila. Kenapa tak rasa apa-apa?”
“ok, how about this.”
“abang!!!!”
“i tell you. Macam ni la cara ‘badboy’ handle orang nakal macam sayang.”
“mana aci.”
“so, promise me.”
“apa?”
“bagi abang more little barneys, boleh?”
“untuk abang. Sayang sanggup lakukan apa saja. Because I Love you.”
“i love you too, sayang.”
“ok.little barney. Time to sleep. Time for revenge for your ibu.”
“abang!”
Dan aku tersenyum gembira. Sangat gembira apabila semuanya akhirnya terbukti menjadi milikku. Hanya aku..
****
“erm, abang.”
“hmm”
“Nadiah tu siapa?”
“kenapa sayang nak tahu?”
“curiousity”
“apa yang sayang fikir?”
“your wife maybe.”
“kenapa sayang fikir macam tu?”
“sebab dia tengah mengandung.”
“so?”
“Nadiah cakap tu anak abang”
“so?”
“so, sayang ingat abang dengan dia dah kahwin. Plus, kandungan dia dah sarat. Lagipun sayang pernah nampak bertapa mesranya abang dengan dia.”
“sayang jealous?”
“mm..”
“sayang jealous?”
Dia tanya aku jealous? Mestilah. Siapa yang tak jealous kalau tengok hubby yang kita sayang tengah bermesra dengan orang lain?
“mestilah.”
“so, you do love me, ha?”
“yalah. Sayang memang sayangkan abang. Cuma, abang jer yang tak sayangkan sayang.”
“kenapa sayang fikir macam tu?”
Aku diam. Tarik nafas.
“abang nampak gembira dengan Nadiah. Abang selalu ketawa dengan nadiah. Abang selalu senyum pada dia. sedangkan dengan sayang....”
Alamak. Apa dia buat ni?
“abang!!”
“abang suka bila tengok sayang menjerit macam tu.”
“yelah. Abang selalu buat jahat kat sayang. Kat nadiah tu...”
“stop it with Nadiah.”
“mana boleh.”
“kenapa?”
“sebab....”
“sebab apa?”
“Nadiah dah pernah jadi sebahaian dari hidup kita.”
“pernah?”
“aah. Dia pernah jadi isteri abang kan?”
“siapa cakap?”
“erm, abangla.”
“abang tak pernah cakap macam tu.”
Erk? Takde ke?
“Nadiah yang bagitahu.”
“so, sayang percaya?”
aku mengangguk.
“kenapa?”
“yelah. Dah perempuan mengandung macam tu datang jumpa sayang, pastu cakap tu anak abang. Lepas tu pulak sayang nampak abang dengan dia mesra. Apalagi yang patut sayang buat?”
“sayang patut tanya abang.”
“tapi abang diam. Dan abang tak pernah call sayang.”
Fahmi diam.
“abang tak pernah nak pertahankan sayang. Abang hanya diam. Sekarang pun abang diam.”
Fahmi diam lagi.
“abang hanya nak mempermainkan sayangkan?” tanyaku sebak.
“no.” Lama baru Fahmi menjawab.
“first of all. Abang tak pandai nak beromantis, apatah lagi nak pujuk sayang. Abang ingat bila abang diam, sayang akan sejuk dan tak merajuk dengan abang lagi. tapi abang silap.”
“kenapa tak pujuk?”
Fahmi diam.
“Nadiah was my bestfriend. Sejak sekolah menengah dulu. Abang dengan dia sentiasa berhubung sehinggalah dia berkahwin last year. Kemudian 3 bulan kemudian, dia datang jumpa abang. Cakap suami dia tinggalkan dia. sebab apa, abang sendiri tak pasti.”
“nadiah mintak abang jaga dia dan kandungannya. Masa tu kita baru berkahwin. Abang tak sampai hati nak tolak sebab she was my bestfriend.”
“tapi abang sanggup tinggalkan sayang?”
“it’s not that simple. Nadiah cakap, kalau abang tinggalkan dia, sayang akan dapat balasan.”
“dan abang percaya?” Fahmi mengangguk.
“kenapa?”
“sebab abang pernah tengok apa yang telah Nadiah buat dulu. Dan abang tak sanggup kalau terjadi apa-apa pada sayang.”
Nadiah? Tak mungkin kalau Nadiah sanggup buat macam tu.
“apa yang Nadiah buat?”
“cukuplah kalau sayang tak tahu.”
Aku pandang wajah fahmi. keyakinanku pada Fahmi kembali menggunung.
“so, kita macam mana?” tanyaku setelah lama kami berdiam
“macam mana apa?”
“yelah. Dah macam-macam berlaku.”
“sayang nak macam mana?”
“abang?”
“susah nak yakinkan Nurul Fatihah Sumaiyyah ni. penat abang memujuk. Baru sekarang sayang ok.”
“abang merungut?”
“no.”
“habis tu?”
“tu ayat penyata.”
“so?”
“sayang macam mana?”
“sayang tanya abangla.”
“abang tanya sayang semula.”
“abang pulak?”
“sayang?”
Aisey. Cakap macam ni bukannya boleh habis.
“abang...please.”
“apa?”
“takpela.”
“merajuk?”
“tak.”
“habis tu?”
“malas nak layan abang.”
“kenapa?”
“sebab malasla.aish”
“marah?”
“tak.”
“kecewa?”
“kenapa nak kecewa?”
“sebab abang tak pujuk sayang..”
“yang tu, sayang dah tahu. Abang memang fail bab pujuk ni.”
“mana sayang tahu?”
“sebab sayang tahula.”
“macam mana sayang tahu?”
“abang!!!!”
“apa?”
“abang ni bising.”
“mana ada bising”
“habistu mulut tu tak henti-henti nak bercakap.”
“ada mulut, kenalah bercakap. Tadi marah abang diam”
“mana ada.”
“adalah. Tadi, marah sebab abang diam. Bila abang cakap, suruh diam.”
“yang tu lainla.”
“apa yang lain?”
“aish. Abang ni.”
“apa?”
“dahla. Sayang nak tengok baby”
“kenapa nak tengok baby?”
“nanti kalau baby terjaga dan menangis, abang nak jaga?”
“taknak.”
“so, sebab tulah sayang nak tengok baby.”
“nak ikut.”
“hmm.”
“sayang. Kenapa pusat baby macam ni?”
“sebab dia baru lahir.”
“ni, badan kena bungkus dengan kain?”
“sebab dia sejuk.”
“abang! Dahla tanya. Penat nak jawab tau.”
“sayang penat ke?”
“yelah. Nak melayan abang. Nak melayan baby ni lagi.”
“betul sayang penat?”
Aku pandang Fahmi. sampai bilalah aku nak berhenti cakap dengan Fahmi ni. ni versi badboy-banyak-cakap ke?
“ok. Sayang duduk. Meh, baby tu biar abang yang jaga.”
“betul ni?”
“aah.”
Baby tak masih tak bernama itu beralih ke tangan Fahmi.
“comel kan dia bang?”
“siapa? Abang ke?”
“bukanlah. Baby tu”
“mestilah. Kan ayah dia badboy”
“uh, janganlah diturunkan perangai badboy abang tu pada baby.”
“kenapa?”
“sayang nak didik dia jadi pelindung sayang.”
“abang tak lindung sayang ke?”
“tak. Abang selalu buli sayang.”
“sayang tak suka?”
Fahmi pandang aku. aku tersenyum.
“sayang suka sangat. Nak tahu kenapa sayang suka?”
“sebab, abang ni nampak jer ‘badboy’, suka buli orang,ganas. Sekali tengok macam samseng.”
“oh, ni puji abang ke? Terima kasih.”
“ops, tak habis lagi ni. walaupun abang macam tu, abang sebenarnya sangat innocent. Macam budak kecik. Pastu suka tanya yang pelik-pelik.haha”
“sayang ketawakan abang?”
“aah. Apa abang nak buat? Uwek. Abang takleh nak buat apa-apa sebab sekarang baby ada kat tangan abang.”
“ye? We’ll see.” Fahmi mula meletakkan baby kami diatas tilam dan mula mendekatiku.
“abang...mana boleh tinggalkan baby macam tu.”
“kenapa?”
“nanti dia sedar dan menangis,”
“biarlah dia menangis. Kita tetap ada kat sini.”
“abang!!!”
“payback time. Pertama, sebab puji abang tadi. and kedua, sebab nakal sangat.”
“sayang tak ingat janji? Erm, little barneys?”
“ha? That little barney baru jer seminggu...”
Fahmi hanya tersenyum. That little evil smile....
Argh!!!
“sayang. Abang nak merasa jaga sayang masa sayang pregnant. Bolehkan?”
“insya allah.”
Aku harap jodohku dengan ‘badboy’ akan panjang. Mungkin keluarga kami akan bertambah. Little barneys? Mesti comel kan? makhluk yang kaler purple tu..haha

No comments:

Post a Comment