W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Monday, October 20, 2014

haine et l'amour 5

[5]

1st day farhan ke pejabat selepas diarrhea. Dan 1st day itu jugak Fazura ambil emergency leave. Malas nak berhadapan dengan farhan. Malas nak bertikam lidah dengan lelaki itu. Malas nak sakitkan hati sendiri.

Hajat hatinya nak bermalas-malas di rumah. Nak tenangkan hati.

Tetapi, entah kenapa…

Akhirnya kakinya melangkah juga ke bakery ini.

Melihat pasangan bahagia jazlan dan jasmine memang betul-betul menguji hatinya. Telatah mereka berjaya membuatkan hatinya cemburu. Jazlan nampak lebih melayan jasmine berbanding dirinya. Dia tahu dan dia nampak perbezaan itu. Ternyata, jazlan lebih sayangkan bakery-girl itu.

Dulu, memang dia nekad untuk mendapatkan jazlan semula. Membuatkan lelaki itu jatuh cinta padanya. Bersungguh-sungguh dia berjanji pada diri sendiri untuk membuatkan jazlan jatuh kembali ketangannya. Jatuh cinta dengannya semula.

Namun, entah kenapa. Hatinya jadi tawar.

Jasmine

Dia perempuan dan Jasmine juga perempuan. sepertinya. Soalan sama yang terngiang dalam kepalanya. Sanggupkah dia merosakkan kebahagiaan perempuan lain untuk mendapatkan kebahagiannya sendiri? Malah, dia sendiri yang menolak kebahagian itu dulu. Salah dia kerana berundur dulu.

Jazlan.

Lelaki yang memenuhi criterianya. dulu, dia buta dan kini sudah terlambat untuk dia menyesal. Sudah terlambat untuk dia merebut semula cinta jazlan.

Kalaulah jazlan masih lagi bersendirian, pasti dia akan teruskan rancangannya untuk membuat lelaki itu jatuh cinta semula padanya. Dan mereka boleh bersama semula.

Namun, jasmine muncul. Salah jasmine ke?

Tak. Bukan jodoh mereka.

Dia mengeluh perlahan.

Kata-kata jasmine dulu. Dia tahu. Dia sedar.

Tiada yang berubah selepas di’basuh’ jasmine. Cuma, dia kini tak lagi mengejar jazlan. Biarlah. At least, dia berubah. Perlahan-lahan. Lebih baik kan?

Tangannya dipintu bakery ditarik semula.

Untuk apa dia melangkah ke bakery ini?

Dia berpaling dan berjalan keluar dari kawasan bakery itu. Biarlah mereka bahagia.

Kenapa perlu sakitkan hati sendiri? Kenapa perlu tambahkan derita pada mata sendiri?

“kat sini rupanya PA i.”

Dia angkat muka.

Farhan?

“emergency leave macam ni?”

Dia mengeluh perlahan. Orang yang paling dia taknak jumpa, kini dah ada depan mata. Sedang tajam merenungnya.

Tuan farhan.

“my emergency leave. So, I boleh buat apa yang I suka.”

“unfortunately, I’m your boss. And I still have the right.”

“what ever.”

Dia berjalan melepasi farhan.

“apa you buat ni?”

Lengan kiri yang dicengkam farhan dipandang tajam. Sakit.

“holding my PA. and right now, dragging her back to office.”

“I taknak. This is my holiday..i..”

“I don’t care.”

Fazura tarik tangan farhan yang mencengkam lengan kirinya. Sedaya upaya. Akhirnya terlerai jugak.

“luar pejabat, you tak ada hak untuk paksa i.”

“oh, really? Watch me.”

Lengan fazura dicengkam sekali lagi. Lebih erat. Lebih kasar. Dan dia menarik tubuh itu ke kereta yang diparkir ditepi jalan.

“you nak bawak I pergi mana?”

Fazura pandang farhan yang baru melabuhkan duduk di kerusi driver.

“pergi jual kat siam.”

“what?”

“you deserve it.”

“farhan!”

Dia cuba untuk membuka pintu kereta namun dihalang oleh farhan.

“kalau you try lagi, you akan dapat balasan lebih teruk.”

Fazura pandang farhan. Wajah itu serius.

Sudahnya dia hanya diamkan diri di kerusi penumpang sebelah farhan. Hatinya menyumpah seranah tuan driver sebelah ni.

Kalah dengan kata-kata ugutan farhan.

“wear your seatbelt.” Arah suara itu. Tegas.

“why should i?”

Farhan pandang fazura tajam.

“I tahu you memang tak sayangkan diri sendiri. Tapi I sayangkan kereta mahal I ni. Kalau tercalar or rosak sebab you, you mampu ke nak bayar ganti rugi?”

“plus, diri you ni tak setanding langsung dengan harga kereta mahal I ni.”

Kata-kata farhan yang sinis itu selagi lagi menaikkan perasaan marahnya.

Dia balas pandangan farhan. Tajam.

“kalau tak setanding, kenapa you bawak I masuk dalam kereta mahal ni? Kenapa nak heret I sekali? Lepaslah!”

Cubaan fazura untuk keluar, sekali lagi gagal.

“saja nak penuhkan impian you. You kan, teringin sangat nak naik kereta mahal macam ni. Ferrari.” Ujar farhan angkuh.

“berlagak! Sombong! Annoying!” jerit fazura geram.

Dia memukul lengan farhan geram. Kalau boleh, nak saja toreh lelaki tu sampai berdarah-darah. Rasa menyesal sebab letak laxatives itu hilang sudah. Kini, dia dah berdendam baru. Rancangan balas dendam kat mister CEO! Lantaklah kalau lelaki ini masuk hospital ke apa, asalkan hatinya puas.

“stop it fazura!”

Farhan memegang tangan fazura yang memukul lengannya. Erat.

“apa yang you nak buat sekarang?” jerkah fazura garang.

Farhan senyum sinis.

“you’ll see.”

Kereta mewah itu mula bergerak keluar dari kawasan bakery. Dan akhirnya laju berlari ke jalan raya.

Fazura diam. Tangannya masih lagi digenggam farhan. Dan lelaki itu langsung tak kekok untuk drive guna tangan kanan saja.

“let me go.”

“why?”

“I taknak mati hanya sebab you drive guna sebelah tangan.”

Farhan diam. Tak ada tanda-tanda untuk melepaskan tangan fazura. Kereta masih laju. ‘merempit’ di highway.

Fazura mula gelabah.

“please. I’ll behave.”

Fazura semakin ‘kecut’ bila kereta farhan sesuka hati memotong kereta lain yang sama kelajuan. Macam nak berlumba kat litar pun ada.

“tuan farhan.i beg you.” Ujarnya perlahan. Rasa takut. Gerun. Dia tak sanggup mati lagi.

Farhan senyum sinis. Perlahan, dia lepaskan tangan fazura. Namun tangan kirinya masih lagi bebas dari memegang stereng. Hanya tangan kanan yang bekerja.

Fazura tarik nafas. Dalam.

Bertenang dan cuba berfikir secara rasional.

Dia memegang tangan kiri farhan dan letak kembali ke stereng.

“you geram dengan I pun, jangan libatkan diri sendiri. Macam you cakap tadi, nyawa I ni langsung tak setanding dengan kereta mahal you.”

“you have precious life than I am. Appreciate it.” Sambung fazura perlahan.

farhan dilihat hanya diam dan tenang memandu. Fazura mengeluh. Dirinya yang semakin tenang hanya memandang ke luar tingkap.

Rasa marah dibuang jauh-jauh. Tak guna gaduh dengan lelaki sebelah ni. Sudahnya hanya dia yang makan hati. Hanya dia yang terpaksa  mengalah.

Destinasi entah kemana. dia hanya nampak papan tanda yang menunjukkan mereka kini sedang menuju keluar dari kuala lumpur dan masuk ke highway lebuhraya selatan.

Jangan dia kena jual kat siam sudah.

Nak bertanya? Hump. Makin sakit hati. Baik diam. Dan tunggu hinggalah sampai ke destinasi tuan farhan.



*****



Fazura terjaga. Dia membetulkan  badan. Terasa lenguh. Entah bila dia tertidur  pun dia tak sedar. Kerusi driver dah kosong. Pintu kereta dibuka.

Permandangan sekeliling dipandang. Teruja. Tergamam.

Sejak bila dia masih ke Europe ni?

Tapi…

“dah bangun princess?” tegur satu suara. Dia berpaling.

Farhan.

“kat mana ni?”

Farhan hanya angkat kening.

“somewhere.”

“where?”

“kalau I cakap I dah jual you?”

Fazura kecikkan mata.

“you wouldnot dare.”

“do you know me that well?”

Dia pandang lagi farhan. Tajam. Tak sampai 5 minit dia bukak mata, tapi dah bergaduh dengan farhan.

“dah lupa ke yang I ni mana ada harga. You jual I pun, mesti tak laku.”

“I tak lupa tu. dan baguslah kalau you dah sedar diri. Tak perlu I nak ingatkan banyak kali.”

“you!”

Farhan pandang dia tak beriak.  Tak terkesan dengan jeritan fazura.

“cepat masuk.” Arah farhan sambil terus berlalu.

Nak taknak, terpaksa dia mengikut farhan. Takkan dia ikutkan kepala kerasnya? Tak pasal-pasal dia sesat.

Dan, ini tempat apa?

“your room key”

Kunci ditangan dipandang hairan. Buat apa?

“or you want to stay with me?”

Fazura gelak. Buat-buat. Geli hati dengan tawaran farhan.

Dia terus melangkah. Meninggalkan farhan. Dan mengikut bellboy, kearah biliknya.

Kunci ditangan dibelek.

Calmor tropicale.

Calmor tropicale?

Kat mana tu?

Rasanya still dalam Malaysia, kalau tak, takkan si penyambut tetamu tadi fasih berbahasa melayu. Dan bellboy ni pun sama.

“bilik puan”

Dia angguk.

Puan?

“terima kasih.”

Bellboy itu hanya mengangguk dan berlalu.

Dah lama tak cakap perkataan tu. rasa janggal.

Kalau tak start sekarang, bila lagi?

Bilik besar itu ditatap dengan penuh kagum. 2kali ganda dari bilik tidurnya. Queensized bed ada kat tengah bilik. Siap dengan almari besar jugak. Semua kelengkapan electronic ada. Dan yang penting, selesa.

Kagum.

Langkah dibawa ke tingkap besar.

Permandangan hijau. Tak pernah dia Nampak di KL. Dia speechless.

Dan, tertanya-tanya.

Kenapa datang sini?

Dia melabuhkan duduk diatas katil. Ada sebuah beg kecil dihujung katil. Dan sekeping nota diatas katil.



This is yours. For the next 4days. Meet me downstairs at 7.mr CEO.



Dia mengeluh perlahan.

Apalah mr CEO ni nak buat? Pulak tu, sesuka hati nak bagi arahan macam ni. Ingat ni office ke, nak bagi arahan kat macam tu?

Ah. Lantakla. Tak kuasa nak ikut arahan lelaki annoying tu!

Fazura membuka beg dihujung katil. Pakaian tersusun elok. Jeans dan blaus. Dan, pakaian dalamnya! Sesungguhnya mister CEOnya  dah gila!

Memang gila!

Terus dia capai towel di atas katil itu dan melangkah ke toilet. Bath tub yang ada itu cukup membuatkan hatinya gembira. Jam yang tadinya sudah menunjuk kea rah pukul 6.30 langsung tak dihiraukan. Yang penting, dia harus berendam.


Dan sekaligus melupakan si lelaki yang annoying itu!


1 comment: