[4]
“macam mana I boleh sampai awal dari PA i?”
Fazura pandang farhan bila dia melangkah ke bilik itu. Jam
ditangan dipandang sekilas.
7.30 pagi.
Lewat sangat ke dia datang?
“I rasa tuan farhan yang datang awal.”
“PA I kena datang awal dari i.”
“you..”
Farhan memandangnya tajam.
“tuan farhan nak suruh saya datang pukul berapa? 7.30 ni dah
awal, kan?”
“I don’t care as long as my PA arrives earlier than me.”
“this is early! Baru 7.30 pagi.”
“not really.”
Fazura tarik nafas. Dalam. Cuba bersabar dengan boss nya
ini.
“okay fine. Esok, I sampai pukul 5 pagi. Puas hati?”
Farhan angkat bahu.
Fazura terus meletakkan beg kerjanya disebelah meja. Buku
catatan dikeluarkan. Kena buat laporan pagi untuk tuan Farhan.
Dalam diam, dia mengeluh perlahan.
Walaupun dia ‘sakit’ tapi puas hati. Puas hati bila boleh
‘berperang’. Farhan still cakap dia whining like a baby. Tapi, ada dia kisah?
Langsung tak. Rasa macam perkataan-perkataan negative tu
macam angin lalu.
Dan selagi mulutnya larat, dia akan membalas!
Tapi akhirnya dia akan terdiam jugak sebab farhan selalu
‘menang’. Dan lelaki itu akan tersenyum sinis. Kalaulah dia ada kuasa, memang
dia akan tarik-tarik mulut tu. biar tak boleh nak sengih busuk!
“my PA is day-dreaming.” Tegur satu suara. Tuan Farhan.
“sorry.”
“betul ke, I dengar my PA cakap sorry?”
“yes I am.”
“impressive.” Lelaki itu angkat kening.
“salah ke dengan perkataan tu?”
“tak salah. Cuma….”
“hearing you, saying that word.somehow, kind of miracle.”
Sambung farhan.
Fazura tarik nafas. Malas nak berbalas kata dengan tuan
Farhan. Buku catatan dibelek.
“by 10 am, tuan ada meeting dengan syarikat supplier. Then,
afternoon by 3, tuan ada appointment dengan syarikat binakerja.”
“other than that, tuan free hari ni.”
Farhan angguk kecil.
Fazura kembali ke mejanya.
“fazura.”
“yeS?”
hajat untuk melabuhkan duduk terbantut.
“my morning coffee.”
Fazura bangun dan berjalan keluar. Ke pantry.
Kisah pertama kali dia buat coffee dulu terbayang dalam
kepala. Sejak itu, memang dia yang bancuh. Tapi farhan tak pernah nak puji.
Selalu kutuk. Ada saja yang tak puas hati.
Tak cukup coffee.
Tak cukup gula.
Air tak cukup panas.
Dia pandang mug dihadapannya. Idea jahat tiba-tiba datang
dalam kepalanya.
Tak lama kemudian, dia tersenyum. Panjang.
Kaki mula melangkah kembali ke bilik.
“kenapa you senyum?”
“tak boleh ke?”
“you don’t smile, fazura. You only have evil face. Evil face
don’t smile.”
Fazura angkat kening.
“well, my CEO teach me to smile. So, now. I’m practising.”
Farhan memandang curiga.
“your morning coffee.”
“my sandwish?”
“not ready yet.”
Farhan angkat kening.
“tuan selalu makan sandwish pukul 9.30 pagi. Dan sekarang ni
baru nak pukul 8. Mak cik jual sandwish belum sampai lagi.”
Farhan angkat mug. Namun matanya masih memandang fazura.
Dia tak letak any poison, kan?
Perlahan, dia hirup. Rasa, macam biasa. manis dan pahit,
macam biasa.
“apa yang you letak dalam coffee ni?”
“kenapa?”
Farhan pandang lagi wajah fazura yang tak berperasaan itu.
Ragu-ragu.
“never mind.”
Fazura berpaling dari farhan dan kembali menumpukan
perhatian ke buku catatannya. Senyuman di bibir semakin panjang.
Payback time.
*****
Fazura pulang dari lunch dengan hati gembira. Hatinya
bernanyi riang. Namun, kakinya terhenti di pintu bilik.
Kenapa tiba-tiba ramai orang ni?
“apa yang dah jadi?”
Tanyanya kepada zulhilmi, assistant tuan farhan.
“tuan farhan pengsan”
That annoying guy pengsan?
Takkanlah tough guy tu pengsan?
Mustahil.
“kenapa?”
“poisoning.”
Fazura tergamam sebentar. Dia kaku.
“poisoning apa?”
“tak sure. Baru panggil doctor ni.”
Dia angguk. Perlahan, kakinya menjauhi zulhilmi yang ada
disebelah tuan farhan. Ada someone tengah examine tuan farhan.doktor mungkin.
Beberapa orang yang mendekati tuan farhan tadi,sudah mula kembali ke meja masing-masing. Kini hanya
tinggal, doctor, zulhilmi, tuan farhan dan dirinya sendiri dalaam bilik itu.
Tuan farhan poisoning?
Farhan poisoning?
Jangan cakap, dia penyebabnya?
“fazura.”
Dia angkat wajah dan memandang zulhilmi.
“don’t worry. Tuan farhan tak apa-apa. Doctor cakap, dia just dehydrated.
Diarrhea teruk.”
Fazura angguk.
“tak perlu ke hospital?” tanyanya perlahan.
Zulhilmi geleng. Senyum. Dan melangkah keluar dari bilik
bersama doctor tadi.
Kini, hanya tinggal tuan farhan dan dirinya sendiri.
Apa nak buat ni?
Dia masih lagi di mejanya. Dan tuan farhan masih lagi baring
atas sofa.
Dia tarik nafas dalam. Perlahan dia melangkah kea rah sofa.
Wajah farhan dipandang kasihan.
Salahnya!
Kenapalah dia letak ubat pelawas dalam coffee farhan pagi
tadi? Kan dah diarrhea. Dehydrated pulak tu.
“menyesal?”
Dia pandang wajah yang bersuara itu. Lemah.
“what did you give me?”
Fazura teragak-agak.
“tell me” suara itu berbunyi lagi. Kasar.
“laxatives” ujar fazura perlahan. Takut-takut.
“are you kidding me? Laxatives?”
Farhan pandang fazura. Tak percaya. Laxatives dengan coffee.
The best combination untuk ‘membuang’.
“you should give me snake poison.at least, I’m not
suffering. ” Ujar farhan perlahan. Perutnya masih sakit. Tambah pulak kena
berulang alik ke tandas.
“I’m sorry.”
Farhan bangun dan menyandar.
Fazura mendekat. Dalam takut, dia beranikan diri. Bantal
kecil diletakkan dibelakang badan farhan. Tujuannya hanya satu, untuk
menyelesakan lelaki itu.
Salahnya. Kerana geram dan berdendam dengan lelaki itu, dia
letakkan ubat pelawas tadi. Tak sangka pulak, teruk sebegini.
“you should go to hospital.”
“I thought you want me to die.”
“yes. Gladly tapi bukan dengan cara macam ni.”
Farhan pandangnya tajam.
Fazura tarik nafas dalam.
“okay, I minta maaf sebab buat dajal kat you, sorry. Kat
tuan farhan. And now, I think you should go to hospital.”
“I’m fine.”
“you need to.”
“I told you, I’m fine.” Farhan bertegas.
Fazura pandang lelaki sebelahnya ini. Dalam sakit pun keras
kepala jugak? Still annoying!
“look. You need to go to hospital. Right now!”
Fazura berjalan semula ke mejanya. purse dan kunci kereta
dalam laci diambil.
“siapa you untuk paksa I?”
“your death angel”
Farhan senyum sinis.
“come on.”
Fazura dah ready untuk bergerak namun farhan masih disofa.
“i’m not going!”
Fazura pandang lelaki diatas sofa itu. Tajam.
“jangan cakap yang you ni takut nak pergi hospital? Takut
dengan jarum?”
Farhan masih lagi tak berganjak dari sofa.
“tak sangka. Lelaki yang annoying macam you ni, still
takutkan jarum? Oh, my. Tak macho jugak. Tak adalah tough sangat pun”
Dia pandang farhan dengan wajah mengejek.
Farhan bangun dari sofa dengan wajah tegang.
“I’m not!”
“then, tak ada masalah kan kalau kita ke hospital?”
Fazura angkat kening.
“or else..i tak jamin kalau tiba-tiba ada gossip liar
bagitahu misterCEO takut jarum.”
Farhan buat muka. Tak puas hati.
“you wouldnot dare.”
“oh. Really? I tahu you tahu I macam mana kan? I’m the
devil. I’m sure my CEO knows that.”
Fazura angkat kening. Tangan disilang.
“today Is your day, miss fazura.”
Farhan mula berjalan ke pintu. Perlahan.
“just don’t forget. i akan balas semula.”
Fazura tayang muka tak bersalah.
“then I akan tunggu balasan tu. Right now, tuan farhan.
Hospital.”
Dia memaut lengan farhan. Membantu lelaki itu berjalan.
*****
3 hari farhan di hospital. Semuanya gara-gara fazura.
Tak adalah teruk sangat diarrhea tu. cuma doctor nak dia
tinggal lama untuk bagi dia sihat sepenuhnya. Tambah pula dengan ‘persuasion’
fazura.
Lagilah doctor nak suruh dia tinggal lama.
Dia pandang pintu bilik ditolak dari luar.
Fazura.
Selama 3 hari ni juga, fazura yang kerap melawatnya.
Ya, dia keseorangan. yatim piatu. Hanya ada harta warisan
yang bernilai millions. Tapi duit semua tu tak ada kaki untuk menjaganya,
terutamanya bila dia kesakitan sebegini.
“I bawak bubur.”
“you masak?”
“bubur mcD.”
“thought so. My PA ni mana pandai masak.”
“in fact, she doesnot know anything about cooking, right?”
Fazura pandang farhan. Dah sakit ni, mulut still tajam?
“you dah boleh keluar by this afternoon. I dah settlekan bil
semua. Your driver akan sampai dalam satu jam lagi.”
Fazura beralih ke cabinet tepi. Mangkuk dikeluarkan. Bubur
mcD dah bertukar mangkuk. Dia hulurkan kepada farhan.
Doctor dah pesan, buat masa sekarang ni, cuba elakkan makan
makanan segera. Anything yang ada extra perisa. Bubur mcD ni termasuk jugak.
Semua ni untuk bagi ‘rest’ kat perut.
But then, dia mana pandai nak masak. Plus, nak suruh dia
masak untuk lelaki ni?
No way. Not in thousand years.
“you tahu kan, I tak boleh makan ni?”
“I know.”
“then? Nak suruh I diarrhea lagi? Nak suruh I stay kat
hospital ni lama lagi?”
Farhan pandang fazura tajam.
“okay. Fine. Tak nak makan sudah.”
Dia tarik semula bubur mcD tadi. Dan dibuang ke sinki.
mangkuk dibilas.
Farhan bangun dari katil. Menuju ke toilet. Mahu bersiap
untuk pulang.
“thanks for giving me this diarrhea. Tak pernah-pernah I
kena hadiah best ni.you boleh balik.”
Fazura pandang tak percaya. Pintu toilet dah bertutup rapat.
Memang salah dia sebab bagi ubat pelawas tu. dan memang
salah dia jugak, farhan masuk hospital sebab diarrhea teruk. Bukannya niat dia
nak bagi lelaki itu sakit. Cuma nak bagi pengajaran. Salah ke?
Dan juga, susah sangat ke nak cakap terima kasih? Dia yang
bersusah payah selama 3 hari farhan di hospital. Berulang alik dari pejabat ke
hospital. Melayan mulut farhan lagi.
Tak layak ke dia untuk dapat ucapan TERIMA KASIH dari tuan
farhan tu?
Tapi…
Bila ingat-ingat semula. Dia sendiri pun macam tu kan? Mana
pernah nak cakap terima kasih dan sorry pada orang lain.
Mungkin kini, dia dah jumpa ‘kawan sehati sejiwa’ ?
No comments:
Post a Comment