W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Monday, October 27, 2014

haine et l'amour 10

 [10]

“happy ke bila Berjaya rosakkan hubungan orang lain?”

Fazura pandang farhan.

“senang ke hati you bila tengok orang gaduh?” komen mulut itu lagi. Lancar seperti biasa.

“well, tahniah!”

Farhan tepuk tangan kuat sambil pandangnya tajam.

Di saat itu, hatinya pedih. Sedih.

Bukannya niatnya untuk rosakkan hubungan zulhilmi dan sipenyambut tetamu itu. Malah tak terniat langsung nak rosakkan hubungan sesiapa.

Bukan niatnya!

Dan, apa yang mereka tengok tadi pun kebetulan.

Dia tahu, zulhilmi pun tak tersangka. Reflex untuk menyelamatkanya dari jatuh tersembam.

Semuanya salahnya!

Dia salah sebab degil. Keras kepala!

Salah dia!

Tapi, mulutnya langsung tak nak bagi kerjasama. Langsung tak nak mengeluarkan suara untuk menerangkan apa yang terjadi. Untuk menegakkan diri sendiri. Untuk menepis segala tuduhan mengarut dari farhan itu. Langsung tak nak.

“kalau you nak sangat orang peluk, kenapa tak bagitahu i?”

Farhan mula mendekat. Fazura hanya pandang. Tak faham.

“kalau you nak sangat orang belai you, kenapa tak suruh saja i?”

Langkah kaki mereka bertemu. Rapat.

“I would be gladly to be at your service, puan fazura!”

Dan kini, dia dah berada dalam pelukan farhan. Erat pelukannya. Rapat pelukannya.

“apa you buat ni?”

Dia cuba lepaskan pelukan itu. Namun gagal.

Farhan menolak badannya rapat ke dinding.

“kita boleh make love kat sini kalau you dah kempunan sangat.i don’t mind. I can make it quick.”

Fazura pandang tajam wajah farhan.

Apa maksud lelaki itu?

Nampak sangat ke dia kemaruk nak peluk, nak goda lelaki lain? Sampaikan nak kebas suami orang?

Sungguh, bukan niatnya tadi.

Dan dia langsung tak ada niat nak goda atau peluk lelaki lain. Nak jatuhkan rumah tangga orang lain. Nak rosakkan rumah tangga orang lain!

Tapi, lelaki dihadapannya langsung tak faham. Malah menuduhnya!

“I’m sure you’ll like it.”

Hatinya berapi.

Murah sangat ke dirinya?

“let me go!”

“why?”

“let me go! Kalau tak I jerit.”

“jeritla kalau berani.”

“please, farhan. Let me go.”

Fazura mula mengalah. Dia tahu berkeras macam mana pun, dia takkan memang. Lebih-lebih dengan keadaan kini yang ternyata menunjukkan farhan dipihak menang. Bukan dia.

Farhan hanya pandang fazura. Tak ada tanda-tanda untuk lepaskan pelukannya.

“I tak sengaja tadi. Tak ada niat.” Ujarnya perlahan. Masih cuba melepaskan diri.

“yeah? Really? Not the way we saw it.”

“please farhan..”

Dia merayu lagi. Dia tak rela walaupun dia tahu farhan lebih dari berhak.

Farhan dekatkan wajah mereka. Dia tunduk.

“please. Don’t.”

Fazura mula kalut bila farhan semakin dekat dan akhirnya membenamkan wajahnya ke lehernya. Dia telan liur kesat bila terasa ada sesuatu disitu.

Sakit.

Tak lama kemudian, farhan angkat wajah dari lehernya dan memandang fazura tajam.

“this is our first love-bite. The first marking. also, first and last warning!”

farhan terus lepaskan pelukannya dan berlalu keluar dari situ.

Fazura longlai dan terjatuh lemah. Dada yang bergetar laju, ditenangkan.

Tangannya menyusap perlahan lehernya. Masih lagi terasa sakit.

Love bite?

Love bite dari farhan, si suami.

Bukan itu lovebite yang dia impikan selama ini. Bukan.

Walaupun dari suami sendiri, bukan ini imgainasi ‘terindah’ yang dia impikan.

Lebih pedih bila mengingatkan titik mula lovebite ini. Kerana salah faham.



*****



“zara?”

Langkahnya dibawa mendekati sigadis penyambut tetamu. Gadis itu senyum. Masih lagi senyum pada dirinya, walaupun ada ‘kisah’ diantara mereka.

“can we talk?”

Dia angguk.

“apa yang miss fazura nak cakap? Masa rehat saya ada lagi setengah jam.”

Fazura tarik nafas. Dia perlu terangkan apa yang terjadi semalam. Perlu, sebab itu adalah sebahagian dari kesalahannya.

“I mintak maaf.”

“kenapa?”

“pasal semalam.”

Perlahan si penyambut tetamu itu mengukir senyuman. Pagi tadi baru dia ingat namanya. ZARA.

“takapa. hal tu dah clear.”

“no. I nak jelaskan jugak.”

“miss fazura, tak..”

“no. I need to do this. Kalau tak, I akan rasa bersalah. I tak ada niat nak goda sesiapa atau ganggu hubungan you dengan zulhilmi. I langsung tak ada niat nak buat macam apa yang you tengok semalam. He’s just trying to save me. Seriously, I’m sorry. Really sorry.”

Zara hanya senyum. Tangannya mencapai tangan fazura dan mengusap perlahan.

“miss fazura. It’s okay. Kami dah settle.”

Fazura pandang zara.

Dah settle?

“saya percaya suami saya. Cuma, semalam agak terkilan dan macam ada rasa kecewa. Yelah, tengok suami saya berpeluk dengan wanita elegen macam miss,isteri mana yang tak cemburu kan?”

“really?”

Zara angguk.

“you dan zul dah okay?”

Zara angguk lagi.  Dia senyum lagi.

“alhamdulillah. Dah settle. Don’t worry.”

Fazura hembus nafas perlahan. Lega.

“I risau sangat kalau you two bergaduh sebab i.”

Zara gelak kecil.

“kalau sebab perempuan lain, mungkin.”

“hmm?”

“saya tahu miss fazura. Eh, silap. Puan fazura dengan..”

“puan fazura?”

Zara senyum manis. She’s sweet.

“saya dan zul sebenarnya dah tahu tentang hubungan puan dengan tuan. Dan saya tahu puan macam mana.”

“maksud zara?”

“well. Puan Nampak saja macam ni tapi saya tahu hati puan sebenarnya baik. “

“panggil I fazura.”

“prinsip saya, jangan judge orang berdasarkan penampilannya.”

“those clothes doesn’t represent yourself. That’s the way I see it.” Sambung zara.

Fazura mengeluh. Sedikit lega dengan kejadian semalam yang akhirnya settle juga. tak ada pihak yang ‘cedera’. Tak ada hubungan yang retak berkecai kerana dirinya.

Cuma, dia saja yang ‘cedera’.

“siapa yang bagitahu you tentang hubungan I dengan farhan ni?”

“tuan farhan sendiri.”

Fazura angkat kening.

Haritu, siap bagi amaran supaya tak bagitahu orang.tapi sekarang, farhan sendiri yang buka mulut dulu.

“saya harap, fazura dengan tuan akan bahagia.”

Dia senyum lemah mendengar ucapan itu. Keluhan kecil dilepaskan.

Dia tahu zara ikhlas mendoakan kebahagiannya. Tapi, dia sendiri yang ragu-ragu.

Bolehkah mereka bahagia?

Memang dia dan farhan suami isteri. Duduk di bawah bumbung sama. Di bilik sama. Dan dikatil sama. Namun hanya setakat itu hubungan mereka. Macam housemate dan roommate.

Akan ada bahagiakah?



*****



kondominium kosong itu dipandang sepi. Tak ada menariknya.

kondominium itu mewah, setaraf dengan farhan. Dan dia, sebagai isteri terus diangkat bersama. Menjadi harta bersama. Namun, apa gunanya kondo itu kalau mereka tak bahagia?



Rumahku, syurgaku.



Slogan yang sejak dulu menjadi trademark.

Dan baginya, kondo itu tak akan sempurna seperti ‘syurgaku’ selagi mereka tak se’bulu’. Tak searah.

Kaki dibawa melangkah ke bilik tidur. handbeg diletak diatas permaidani. Sliding door ditolak perlahan.

Dia melabuhkan duduk diatas bean bag itu.

Balkoni yang telah diubahsuai oleh farhan untuk menjadi tempat berehat. Sambil menikmati permandangan hijau menghadap KLCC. Kalau nasibnya baik, boleh tengok matahari terbenam.

Rambutnya yang panjang itu dilepas bebas. Terasa tenang.

Perlahan tangannya dibawa ke leher. Tanda love bite masih disitu.

Dia mengeluh perlahan.

Apa yang perlu dia lakukan untuk menambahkan seri pada hubungan ini?

Dia cuba berubah. Namun, dia ada hadnya.

Dia bukannya penyabar. Untuk sabar dan menerima kutukan farhan. Dia hanya mampu mendengar dan menyimpan dalam hati. Akhirnya dia akan meletus juga. dan dia akan bertikam lidah. Bukannya berperang Cuma berbalas kata dengan farhan.

Dan dia tahu, farhan juga ego dan annoying!

Setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu bagaikan peluru tajam. Yang mampu merobek hatinya. Pendek, tepat, mantap. Yang penting ‘berdarah’.

Sama-sama takkan mengalah.

Farhan.

Farhan.

Teringin untuk memanggil nama itu dengan ikhlas dan dengan penuh kasih sayang. Mustahilkah?



*****



Farhan melangkah masuk kebilik tidurnya.

Dia memandang kea rah balkoni. Lebih tepat lagi, kearah satu tubuh yang sedang lena dibeanbag itu. Dia melangkah mendekati Fazura. Dia mengeluh.

Rambut fazura diselak perlahan. Pandangannya jatuh pada lovebite, hasil sendiri.

Dia tersenyum kecil.

Pertama kali bagi lovebite pada isteri, walaupun bukannya di suasana romantic.

Dia melabuhkan duduk disebelah Fazura.bean bag dikongsi bersama. Lama dia menatap wajah itu sambil merenung masa depannya.

Bagaimanakah pengakhiran kisahnya dan fazura? Masing-masing bagaikan pantang bila besua muka. Setiap patah katanya, ada saja balasan dari fazura. Dan setiap patah kata fazura ada saja balasan darinya.

Entah kenapa. Nak cakap musuh ketat, tidaklah. Nak kata berdendam, lagilah. Apa salah fazura padanya? Dan salah dirinya pada fazura?

Ya, dia tahu dia terlalu kejam. Annoying. Dan menyakitkan hati.

Tapi, itu semua wajib.perlu untuk kebaikan bersama.

Dia mengeluh.

Jauh di hatinya, dia mengharap sesuatu dari hubungannya dengan fazura. At least, ada perkembangan baru. Yang baik. Paling-paling tidak pun, acara balas-balas kata dan sinis menyindir berkurang.

Mustahilkah?

Dia merenung wajah lena fazura.

Tangannya diangkat perlahan dan mengusap lovebite dileher fazura. Masih merah dan berbekas elok. dia angkat wajahnya dan mendekati leher fazura. Lalu dibenamkan ke situ.

Satu kucupan dihadiahkan di situ. Selembut mungkin.


Kucupan pertama darinya untuk si isteri.



2 comments:

  1. Yeay..finally 5 more chapter from the story had been released. .thank miss writer..I enjoy it very muchh..hope the other part will be here soon

    ReplyDelete
  2. Yayyy..ada balik cite ni..tak sabaq nak tungg entri baru - ika

    ReplyDelete