W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Monday, October 27, 2014

haine at l'amour 8

[8]

“mana you pergi?” tegur farhan saat fazura melangkah masuk ke bilik.

Fazura hanya memandang farhan. Tanpa kata, dia terus melangkah.

Punggung dilabuhkan diatas sofa. Dia tahu dan dia sedar dengan pandangan tajam farhan. Namun tak dihiraukannya.

Biarlah.

Rasa macam nak balas semula jelingan tajam farhan.

Lelaki itu sesuka hati saja nak masuk bilik dia. Walaupun dia sebenarnya berhak. Tapi mana boleh!

Dia tarik nafas dalam.

Earphone ditarik dari telinga dan diletakkan diatas meja solek. Hoody sweater dibadan ditanggalkan kemudian diletakkan di tepi sofa. Tshirt hitam dibadan dibetulkan. Getah rambut dilonggarkan. Bahu yang penat dan kejung itu diurut perlahan.

“answer me when I’m asking.”

Dia berpaling sebentar kea rah farhan. Dia mengeluh perlahan.

“jalan-jalan.” Balas fazura malas. Dia tahu selagi soalan itu tergantung, selagi itu farhan akan bertanya.

Seharian dia berjalan. Mengelilingi tempat ini. Colmar tropicale. Cantik kawasannya.

Pagi-pagi lagi dia keluar dari bilik. Sempat juga dia berbual-bual dengan bellboy semalam. Mintak pandangan untuk bersiar-siar dikawasan tanah tinggi ini. Panjang lebar bellboy itu bercerita. Ada dia hulurkan ‘sumbangan’ pada bellboy itu namun ditolak lembut. Katanya, dia ikhlas. Ikhlas hati untuk tolong tourist yang datang.

Namun, fazura tetap fazura. Mana boleh kalah. Dan mana boleh orang tolak dia kan?

Dia tarik jugak bellboy itu ke café yang ada ditingkat bawah. Nasib baik, time minum pagi. Boleh jugak dia belanja secawan coffee dan sandwish pada si bellboy itu.

Orang berbudi, apa salah dia membalasnya kan?

Perkara pertama dia ‘serbu’ adalah jungle trekking. Tak pernah-pernah dia masuk hutan. Sekali, terus pergi jungle trekking. Tambah pula dia mana bawak apa-apa dan langsung tak ada persediaan apa-apa. Nasib baik instructors kat situ baik. Sempat bagi pesanan dan nasihat. at least, ada ilmu untuk dia pegang masa masuk hutan nanti.

Habis jungle trekking, dia masuk zoo arnab.

Comel sungguh arnab kat situ.

Kalau ikutkan hati, nak saja dia ‘curi’ dan bawak balik KL. Boleh jugak peneman dia nanti.

Pengalaman dia menjelajahi kawasan tanah tinggi itu adalah satu pengalaman baru untuk dia. Takkan dia lupakan itu. rugi kalau dia lepaskan peluang untuk menikmati permandangan cantik ini, walaupun hatinya cukup serabut dan tak tenang.

“and you didn’t bring your phone?” suara itu berbunyi lagi. Terus matikan perasaan seronok berjalan-jalan tadi.

Handphone diatas katil dipandang tak berperasaan.

Dia lupa. Nak buat macam mana?

Lagipun dengan kawasan berhutan macam ni takkan dapat line servis?

Dia bangun. Tuala dipenyidai dicapai. Kaki melangkah ke toilet.

“fazura.”

Lengannya dicengkam erat farhan.

“I nak mandi.”

“no. answer me first.”

“apa?”

“you pergi mana seharian ni?”

“told you. Jalan-jalan.”

“kenapa I rasa macam susah nak percaya?”

“up to you.”

Farhan tajam memandangnya.

“are you hiding anything from me?”

“no.”

“are you sure?”

“yes. Tuan farhan.”

“and now, can I go to shower?”

Farhan masih lagi memegang erat lengan fazura. Langsung tak ada tanda-tanda untuk melepaskannya.

“please.”

Wajah tegang itu mula berubah.

“come.”

Farhan menarik fazura masuk ke dalam toilet. Paip shower dibuka.

“now.” Suara itu ditegaskan.

Fazura pandang farhan.

“I need my time. My own time.”

“why?”

“tuan farhan.”

“I dah tengok sebelum ni. so, tak ada apa yang you boleh sembunyikan lagi. Plus, I’m your..”

“ok fine.”

Farhan senyum sinis. Fazura pula, semakin makan hati.

Fazura masuk ke dalam bathtub. Shower curtain ditarik penuh. Melindungi dari pandangan farhan.

“esok pagi, kita bertolak balik. Then, straight to your house.you tinggal sorang kan? So, lagi senang nak deal dengan owner rumah sewa you tu. kalau ada problem dengan owner rumah, bagitahu i.”

“we need to talk about our life.”

Fazura hanya mendengar kata-kata farhan.

Perkara yang paling dia elakkan dari pagi tadi, mula menerjah kedalam fikirannya.

Dia terduduk lesu.

Adakah ini, apa yang dia inginkan?

impiannya selama ini, yang dulunya rasa jauh untuk dicapai kini dah ada depan mata. Tapi kenapa, hatinya tak gembira? Tak tenang?

Farhan.

Her husband. Yeah, my husband. Since last night.

Tak sangka kan? impiannya tercapai jugak.

Impiannya untuk berkahwin dengan lelaki kaya raya, lelaki yang mempunyai potential tinggi, lelaki yang mempunyai pangkat dan kedudukan, kini dah tercapai.

Farhan, pemilik tunggal syarikat hartanah paling berjaya dimalaysia. Pewaris tunggal. Dan kini, dia adalah isteri kepada lelaki kaya itu.

Bertuah sungguh dirinya.

Namun, untuk kali ini, kalaulah dia mampu, kalaulah dia punya kuasa untuk putarkan masa, dia pasti akan buat begitu.

Putarkan kembali masa.

Kembali ke masa dimana dia takkan berjumpa langsung dengan farhan. Dimana dia takkan meletak jawatannya dulu. Kembali ke masa dimana dia tak perlu memohon pekerjaan disyarikat farhan.

Dan itu, hanyalah kalau. Kalaulah.

Malangnya, dia tak punya kuasa itu.

Dan kini, dia ‘stuck’ dengan impian sendiri. Untuk selamanya.

Tapi…

Bukahkah dia patut bersyukur?

At least bersyukur sebab ada suami kaya raya. Right?

Fazura memeluk lutut, rapat ke dada. Dia terduduk dalam bathtub. Airmata yang dari semalam cuba ditahan, akhirnya pecah juga. pertama kali airmatanya mengalir, selepas beberapa tahun menjadi ‘kebal’. Kali kedua dia menangis selepas kematian ibubapanya berbelas tahun dulu.

Jauh dalam hatinya, dia harap airmata itu adalah airmata gembira. Malangnya, itu bukanlah airmata gembira. Bukan.

Bukan.



*****



Malam itu.



“Kami dapati encik berdua berada dalam keadaan yang mencurigakan. Dan kami harap encik berdua boleh bagi kerjasama untuk mengikut kami ke balai.”



Dan.

Akhirannya…



“Kami akan nikahkan encik berdua. Malam ini. lagipun encik berdua ni, tak ada wakil keluarga. Kami rasa ini jalan terbaik untuk encik berdua. Lebih baik dari maksiat.”



Farhan tak cakap banyak. Hanya bersetuju dengan cadangan pak imam. Dan dengan bersaksikan pak imam 2 orang, dia sah menjadi isteri kepada farhan.

dia?

Dia  betul-betul tak menyangka. semua itu berlalu sekelip mata.

Tak sempat nak bangkang. Tak sempat nak gaduh dengan farhan.

Kini dia mrs farhan.

Huh?

Kenapa rasa macam tak best langsung!

“kalau you tak masuk bilik I, semua ni takkan jadi!”

Marah fazura sambil berpaling ke sebelah. Kearah farhan yang sedang memandu.

Farhan hanya menjeling dari tepi.

“kalau you yang annoying dan pervert ni tak masuk bilik I, kita takkan jadi macam ni. I takkan jadi wife you dan yang penting you takkan jadi husband i!”

Jerit fazura lagi.

Sungguh, hatinya geram. Sedih. Kecewa. Semuanya ada. kalau boleh, dia nak lepaskan perasaan tak best tu. dan mangsanya mestilah farhan. Ini semua salah lelaki itu!

“stop it.”

“kenapa? You yang salah.”

“dah sah pun. Siap dapat surat rasmi lagi.”

“you ni memang tak ada perasaan!”

“siapa cakap?”

“then, kenapa tak terangkan pada pakcik semua tu?”

“no use.”

“says who?”

“me.”

Fazura tarik nafas.

“kalau kita terangkan, maybe diorang akan percaya. You tak try langsung!”

“you nak salahkan I seorang?”

“yup. Memang salah you!”

“huh. Diri sendiri salah, nak libatkan i?”

Fazura pandang farhan. Farhan salahkan dia?

“kalau you taknak sangat, kenapa langsung tak bukak mulut malam tu? kenapa tak bangkang dan whining macam you selalu buat tu?”

Fazura diam.

“See. I cakap, you diam. Then nak salahkan I seorang?”

“I was speechless.”

“then, I ni?”

“you ingat I ni suka sangat kena tangkap basah dengan you?  Dengan perempuan macam you.”

Dengan perempuan macam dia?

What does that sentences supposed to mean?

Kata-kata terakhir farhan yang perlahan itu tetap menusuk ke telinganya, then straight ke jantungnya. Tajam.

“kalau I tak layak dengan you, kenapa setuju?”

“well..” farhan berjeda.

“I takut you dah tak laku. Yelah, bila imej you jatuh, susahla nak pikat lelaki kaya kan? Since you got me, why not?”

“you kan nak husband yang kaya.”

Farhan senyum sinis.

“I tak perlukan rasa kasihan you.”

“i don’t. tapi siapa tahu kalau-kalau suatu hari nanti you datang and ugut I kan?”

“blackmailing.”

“you anggap I macam tu?”

Farhan diam.

“I tak semurah itu.”

“yeah? I doubt about it.”

“I’m not!”

“then, kenapa nak kacau rumah tangga orang lain?”

“ha?”

“don’t act dumb, fazura.”

“I tak tahu apa yang you cakap.”

“jazlan.”

“jaz?”

“yup.  He’s my friend.”

“so?”

Farhan gelak.

“so, mrs farhan. I tak sanggup tengok kawan I tu merana sebab perempuan macam you. He has jasmine already.”

“I tak kacau pun.”

Farhan gelak. Lebih kuat dari tadi.

“yeah. Right. You tak kacau. Cuma you nak jatuhkan diorang.  To destroy their marriage. ”

Fazura pandang farhan.

Kenapa teruk sangat pandangan lelaki itu padanya?

Ya, dia tahu, dulu dia memang merancang untuk rampas jaz dari jasmine. Bersungguh-sungguh untuk dapatkan jazlan kembali.

Tapi itu dulu. Itu sebelum mereka sah menjadi suami isteri. Sebelum dia disedarkan oleh jasmine. Sebelum dia sedar yang cinta jazlan tiada lagi untuk dia. So, untuk apa kejar someone yang tak ada perasaan pada dirinya?

Memang boleh pupuk perasaan itu, tapi dia tahu peluang itu sudah tiada. Tak guna nak habiskan masanya untuk perkara sia-sia.

“dah ingat apa yang you dah buat kat diorang?”

Fazura diam.

“nak I remindkan lagi?”

“don’t.” balas fazura perlahan.

Farhan diam kemudian dia sambung.

“anggap saja ni tuah you. Well, you kan dah bagi free show pada I semalam, apa salahnya I ‘bayar’ you balik.”

Fazura kalih sebelah. Wajah sinis farhan dipandang.



Free show? Bayar balik?



Semangat marah tadi dah hilang.

Dia betul-betul kecewa. Lebih kecewa dan sedih bila ditangkap basah dengan farhan.

Jahat sangatkah dia dimata farhan?

Buruk sangatkah dia dimata farhan?

Tak cukup dengan title perosak rumah tangga orang, dia tambah pulak dengan free-show tu?

Macam tu ke dia di mata farhan?


Takkan langsung tak ada perkara-perkara baik tentang dirinya dimata farhan? Di mata lelaki yang kini dah bergelar suaminya?


No comments:

Post a Comment