W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Monday, October 20, 2014

haine et l'amour 1

[1]

“so. You are the loser.”ujar satu suara kasar dari belakang. Dia berpaling.

Lelaki itu berpeluk tubuh sambil memandang tepat padanya.

“I kenal you?”

Lelaki itu senyum. Sinis.

“fazura, right?”

Dia pandang lagi lelaki itu.

Lelaki itu mendekat.

“they look happy together.” Komen lelaki itu.

Fazura jeling dari tepi.

“I guess, ini balasan untuk you kan?”

“apa maksud you?”

Lelaki itu tetap senyum sinis.

“what goes around, comes around.”

Fazura pandang tepat lelaki sebelahnya itu. Tak puas hati.

Lelaki itu turut berpaling menghadapnya. Tunduk menyamakan wajah mereka.

“fazura. Fazura. Fazura.” Ujar lelaki itu sepatah.sepatah.

“we’ll meet again. Soon.”

Dan lelaki itu terus melangkah meninggalkannya. Meninggalkan fazura terpinga-pinga. Di bawah khemah kenduri jazlan dan jasmine.

Dia tarik muka masam.

Matanya kembali terarah ke pelamin yang terletak ditengah halaman. Cantik. Mewah. Pengantin yang dikatakan bagai pinang dibelah dua tersenyum atas kerusi pelamin, menambahkan lagi lukanya.

Dia pandang dirinya sendiri.

Apa kurangnya dia? Dan apa yang lebihnya si bakery-girl tu?

Dia tak pandai memasak. Agree. Tapi boleh belajar.

Dia tak pandai kemas rumah. Agree. Tapi boleh belajar.

Dan.

Dia tak pandai nak jaga hati orang. Itu pun boleh pupuk.

Mulut pun tak ada insurans tapi still boleh pupuk untuk jaga. Kan?

So, apa yang lebihnya si bakery girl tu?

Apa yang si bakery-girl tu ada yang dia tak ada?


*****


Fazura mengeluh perlahan. Dia memandang bangunan yang tersergam indah, tinggi dihadapannya.

Dia melangkah perlahan.

“good morning. Where can I find this place?”

Dia senyum. Tak berapa nak ikhlas. Kertas ditangan ditunjukkan pada si penyambut tetamu.

“miss fazura?”

“that’s me.”

Si penyambut tetamu senyum. Manis.

“ikut saya.”

Dia terpaku sebentar. Senyuman manis tadi bagaikan lembut menyapa hatinya. Senyuman manis yang pastinya bukan pura-pura seperti dirinya.

Teringat dulu, ceramah motivasi dari jasmine. Masih lagi terngiang dalam kepalanya. Hatinya tergoyah sedikit namun dia masih begitu. Tak berubah.

“miss tunggu sekejap.”

Dia melabuhkan duduk di sebuah sofa disudut. Kaki disilang. Manakala si penyambut tetamu melangkah masuk ke satu bilik.

CEO-TUAN FARHAN.

Selepas 10 minit, si penyambut tetamu keluar dari bilik itu dan mendapatkannya.

“miss boleh masuk sekarang.” Si penyambut tetamu senyum lagi.

Dia hanya mengangguk dan berjalan ke bilik itu.

Terima kasih kepada sipenyambut tetamu. Hanyalah di dalam hatinya sahaja. Dia mengutuk diri sendiri. Kenapa berat sangat nak cakap perkataan tu untuk si penyambut tetamu ni?

Orang dah buat baik, kenapalah berat sangat mulut dia nak cakap terima kasih?

Dia mengeluh perlahan.

Dia mengetuk bilik.

“masuk.”

Dia tarik nafas dalam. Pintu ditolak perlahan. Kaki mula melangkah. Masih lagi dengan self confidence yang tinggi.

“so, miss fazura.”

Suara itu!

Langkahnya terhenti.

Fazura pandang tajam kerusi tinggi yang membelakanginya.

Perlahan. Dan perlahan. Akhirnya kerusi itu menghadap dirinya.

Dia terpaku sebentar. Kemudian, dia ketawa kecil.

“you seem to remember me.”

Fazura ketawa kecil. Sinis.

Lelaki itu angkat kening.

“the annoying guy.”

Lelaki itu gelak.kemudian serius kembali.

“annoying? This is interesting.”

“so, mister?”

Fazura pandang plat nama yang ada atas meja.

Farhan.

“mister farhan.”

“tuan farhan. I’m your CEO.”

“my CEO? Since when?”

“oh.” Lelaki itu mendekat. Jam ditangan dipandang sekilas kemudian dia pandang fazura. Tajam.

“since. Right now.”

Fazura gelak.

“am I that amusing?”

Fazura bangun dari kerusi dan memandang tepat lelaki yang ada dihadapannya.  Dia memeluk tubuh. Angkuh.

“mister farhan. I don’t really remember having you as my CEO. Not for thousand years.”

“too bad. Miss fazura.”

Lelaki itu semakin dekat.

“this.”

Surat ditangan ditunjukkan kepada fazura.

“ini, agreement yang you dah sign last week.”

Fazura buat muka. Cepat dia menyambar kertas itu namun lelaki itu lebih cekap dan tangkas.

“I tak sign dengan you!”

“you sign dengan assistant i.”

“then, I work with him. Not you.”

“you sign dengan dia. But you akan kerja dengan i. so, kalau you betul-betul baca agreement ni, you akan tahu consequences kalau tak ikut ni. Kan?”

Fazura pandang lelaki itu. Geram.

Memang dia ada sign agreement kerja dengan syarikat ni last week. Jawatan PA untuk CEO. Dia ingatkan CEO tu adalah orang sama yang sign agreement last week.

“dah ingat?”

Fazura hembus nafas. Kasar.

“agreement ni tak valid!”

“why?”

“you tipu.”

“why?”

“agreement ni sepatutnya you yang kena sign. Bukannya assistant you.”

“he’s on my behalf.”

“tak cakap kat agreement tu.”

“really? Let me see.”

Fazura pandang lelaki itu lagi.

“ini?”

Kertas itu ditunjukkan lagi kearahnya.

“kat bawah sign tu, tulis apa?”

Fazura pandang tak percaya. Kenapa dia tak perasan?

Ada 3 signature. Tuan farhan, aka CEO. Mohd Zulfahmi, CEO’s assistant. Dan dia, fazura.

Perasan sangat nama-nama tu sebelum sign last week. Tapi tak pulak dia tahu yang lelaki depan ni, bernama tuan farhan!

“betulkan?”

Dia sambar kertas itu dan terus konyak.

Dia senyum puas.

“oh. Too bad. Agreement dah tak valid.”

Lelaki itu terpaku sebentar kemudian dia mengukir senyuman.

“too bad, again. It’s not  the original.” Dia angkat kening sambil pandang fazura.

Fazura terdiam.

“what ever it is, you will work for me.miss fazura.”

Lelaki itu kembali duduk dikerusinya.

“you takkan lepas.”

Mereka berbalas pandang. Tajam.

“tak pernah pulak I jumpa PA yang berani lawan cakap boss. Atau, you nak jadi orang pertama?”

“gladly.”

Lelaki itu gelak kecil.

“this is your game?”

Fazura angkat kening. Tak faham.

“kalau you ingat dengan cara memberontak ni akan buat I pecat you, you silap.”

“you don’t even know me, miss fazura. And I think, you should be afraid of me.”

“takutkan you? Nonsense.”

“you boleh cakap apa saja sekarang. But then…” lelaki itu berjeda.

“no one knows.”

Fazura tarik nafas. Dalam.

“mister farhan. oh silap. Tuan farhan. You yang tak kenal dengan PA you ni. You yang...”

“kerja you sebagai PA dah start sejak setengah jam tadi lagi. And still, you are standing in front of me?”

Fazura terdiam sebentar.

Lelaki itu angkat kening.

“I tak nak kenal siapa PA I ni. Apa yang dia buat, tak ada kaitan dengan i. just nak dia buat kerja office ni dengan efficient. takkan itu pun nak kena ajar?”

“I thought you are the expert in this PA-thingy. Or should I sent newbie to teach you, miss?”

Fazura diam. Wajahnya merah.

“I buat business yang berjuta-juta ringgit and I tak hire PA yang ‘slack’. “

Lelaki itu pandang tajam fazura.

Fazura tarik nafas. Kemudian hembus.

Rasa marah disimpan jauh dalam hati. Kini, TUAN FARHAN dihadapannya itu adalah bossnya sekarang. Walau apapun yang jadi, dia tetap PA lelaki itu. For the next 4 years.

“I’m sorry, tuan farhan. I akan mulakan kerja I sekarang.”

Dia tunduk sedikit, memberi hormat kemudian berpaling untuk keluar.

“you nak pergi mana?”

“my desk.”

“you don’t have one.”

“I’m sorry?”

Lelaki itu senyum sinis.

“tempat kerja you kat sini.”

Mata fazura mengikut telunjuk lelaki itu, kearah sebuah meja sederhana. Di sebelah meja CEO ini. Disebelah meja tuan farhan ini. Disebelah meja lelaki annoying ini.

“yup. That is your place.”

“ada apa-apa masalah?”

Perlahan, dia geleng.

“good.”

Fazura heret kakinya ke mejanya. Disebelah meja CEO, aka tuan Farhan.

“we’ll have a good time, together.”ujar lelaki itu perlahan, tapi sinis.

Fazura hanya menjeling geram.


Terpaksa makan hati untuk the next 4 years.


No comments:

Post a Comment