W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Monday, October 27, 2014

haine et l'amour 10

 [10]

“happy ke bila Berjaya rosakkan hubungan orang lain?”

Fazura pandang farhan.

“senang ke hati you bila tengok orang gaduh?” komen mulut itu lagi. Lancar seperti biasa.

“well, tahniah!”

Farhan tepuk tangan kuat sambil pandangnya tajam.

Di saat itu, hatinya pedih. Sedih.

Bukannya niatnya untuk rosakkan hubungan zulhilmi dan sipenyambut tetamu itu. Malah tak terniat langsung nak rosakkan hubungan sesiapa.

Bukan niatnya!

Dan, apa yang mereka tengok tadi pun kebetulan.

Dia tahu, zulhilmi pun tak tersangka. Reflex untuk menyelamatkanya dari jatuh tersembam.

Semuanya salahnya!

Dia salah sebab degil. Keras kepala!

Salah dia!

Tapi, mulutnya langsung tak nak bagi kerjasama. Langsung tak nak mengeluarkan suara untuk menerangkan apa yang terjadi. Untuk menegakkan diri sendiri. Untuk menepis segala tuduhan mengarut dari farhan itu. Langsung tak nak.

“kalau you nak sangat orang peluk, kenapa tak bagitahu i?”

Farhan mula mendekat. Fazura hanya pandang. Tak faham.

“kalau you nak sangat orang belai you, kenapa tak suruh saja i?”

Langkah kaki mereka bertemu. Rapat.

“I would be gladly to be at your service, puan fazura!”

Dan kini, dia dah berada dalam pelukan farhan. Erat pelukannya. Rapat pelukannya.

“apa you buat ni?”

Dia cuba lepaskan pelukan itu. Namun gagal.

Farhan menolak badannya rapat ke dinding.

“kita boleh make love kat sini kalau you dah kempunan sangat.i don’t mind. I can make it quick.”

Fazura pandang tajam wajah farhan.

Apa maksud lelaki itu?

Nampak sangat ke dia kemaruk nak peluk, nak goda lelaki lain? Sampaikan nak kebas suami orang?

Sungguh, bukan niatnya tadi.

Dan dia langsung tak ada niat nak goda atau peluk lelaki lain. Nak jatuhkan rumah tangga orang lain. Nak rosakkan rumah tangga orang lain!

Tapi, lelaki dihadapannya langsung tak faham. Malah menuduhnya!

“I’m sure you’ll like it.”

Hatinya berapi.

Murah sangat ke dirinya?

“let me go!”

“why?”

“let me go! Kalau tak I jerit.”

“jeritla kalau berani.”

“please, farhan. Let me go.”

Fazura mula mengalah. Dia tahu berkeras macam mana pun, dia takkan memang. Lebih-lebih dengan keadaan kini yang ternyata menunjukkan farhan dipihak menang. Bukan dia.

Farhan hanya pandang fazura. Tak ada tanda-tanda untuk lepaskan pelukannya.

“I tak sengaja tadi. Tak ada niat.” Ujarnya perlahan. Masih cuba melepaskan diri.

“yeah? Really? Not the way we saw it.”

“please farhan..”

Dia merayu lagi. Dia tak rela walaupun dia tahu farhan lebih dari berhak.

Farhan dekatkan wajah mereka. Dia tunduk.

“please. Don’t.”

Fazura mula kalut bila farhan semakin dekat dan akhirnya membenamkan wajahnya ke lehernya. Dia telan liur kesat bila terasa ada sesuatu disitu.

Sakit.

Tak lama kemudian, farhan angkat wajah dari lehernya dan memandang fazura tajam.

“this is our first love-bite. The first marking. also, first and last warning!”

farhan terus lepaskan pelukannya dan berlalu keluar dari situ.

Fazura longlai dan terjatuh lemah. Dada yang bergetar laju, ditenangkan.

Tangannya menyusap perlahan lehernya. Masih lagi terasa sakit.

Love bite?

Love bite dari farhan, si suami.

Bukan itu lovebite yang dia impikan selama ini. Bukan.

Walaupun dari suami sendiri, bukan ini imgainasi ‘terindah’ yang dia impikan.

Lebih pedih bila mengingatkan titik mula lovebite ini. Kerana salah faham.



*****



“zara?”

Langkahnya dibawa mendekati sigadis penyambut tetamu. Gadis itu senyum. Masih lagi senyum pada dirinya, walaupun ada ‘kisah’ diantara mereka.

“can we talk?”

Dia angguk.

“apa yang miss fazura nak cakap? Masa rehat saya ada lagi setengah jam.”

Fazura tarik nafas. Dia perlu terangkan apa yang terjadi semalam. Perlu, sebab itu adalah sebahagian dari kesalahannya.

“I mintak maaf.”

“kenapa?”

“pasal semalam.”

Perlahan si penyambut tetamu itu mengukir senyuman. Pagi tadi baru dia ingat namanya. ZARA.

“takapa. hal tu dah clear.”

“no. I nak jelaskan jugak.”

“miss fazura, tak..”

“no. I need to do this. Kalau tak, I akan rasa bersalah. I tak ada niat nak goda sesiapa atau ganggu hubungan you dengan zulhilmi. I langsung tak ada niat nak buat macam apa yang you tengok semalam. He’s just trying to save me. Seriously, I’m sorry. Really sorry.”

Zara hanya senyum. Tangannya mencapai tangan fazura dan mengusap perlahan.

“miss fazura. It’s okay. Kami dah settle.”

Fazura pandang zara.

Dah settle?

“saya percaya suami saya. Cuma, semalam agak terkilan dan macam ada rasa kecewa. Yelah, tengok suami saya berpeluk dengan wanita elegen macam miss,isteri mana yang tak cemburu kan?”

“really?”

Zara angguk.

“you dan zul dah okay?”

Zara angguk lagi.  Dia senyum lagi.

“alhamdulillah. Dah settle. Don’t worry.”

Fazura hembus nafas perlahan. Lega.

“I risau sangat kalau you two bergaduh sebab i.”

Zara gelak kecil.

“kalau sebab perempuan lain, mungkin.”

“hmm?”

“saya tahu miss fazura. Eh, silap. Puan fazura dengan..”

“puan fazura?”

Zara senyum manis. She’s sweet.

“saya dan zul sebenarnya dah tahu tentang hubungan puan dengan tuan. Dan saya tahu puan macam mana.”

“maksud zara?”

“well. Puan Nampak saja macam ni tapi saya tahu hati puan sebenarnya baik. “

“panggil I fazura.”

“prinsip saya, jangan judge orang berdasarkan penampilannya.”

“those clothes doesn’t represent yourself. That’s the way I see it.” Sambung zara.

Fazura mengeluh. Sedikit lega dengan kejadian semalam yang akhirnya settle juga. tak ada pihak yang ‘cedera’. Tak ada hubungan yang retak berkecai kerana dirinya.

Cuma, dia saja yang ‘cedera’.

“siapa yang bagitahu you tentang hubungan I dengan farhan ni?”

“tuan farhan sendiri.”

Fazura angkat kening.

Haritu, siap bagi amaran supaya tak bagitahu orang.tapi sekarang, farhan sendiri yang buka mulut dulu.

“saya harap, fazura dengan tuan akan bahagia.”

Dia senyum lemah mendengar ucapan itu. Keluhan kecil dilepaskan.

Dia tahu zara ikhlas mendoakan kebahagiannya. Tapi, dia sendiri yang ragu-ragu.

Bolehkah mereka bahagia?

Memang dia dan farhan suami isteri. Duduk di bawah bumbung sama. Di bilik sama. Dan dikatil sama. Namun hanya setakat itu hubungan mereka. Macam housemate dan roommate.

Akan ada bahagiakah?



*****



kondominium kosong itu dipandang sepi. Tak ada menariknya.

kondominium itu mewah, setaraf dengan farhan. Dan dia, sebagai isteri terus diangkat bersama. Menjadi harta bersama. Namun, apa gunanya kondo itu kalau mereka tak bahagia?



Rumahku, syurgaku.



Slogan yang sejak dulu menjadi trademark.

Dan baginya, kondo itu tak akan sempurna seperti ‘syurgaku’ selagi mereka tak se’bulu’. Tak searah.

Kaki dibawa melangkah ke bilik tidur. handbeg diletak diatas permaidani. Sliding door ditolak perlahan.

Dia melabuhkan duduk diatas bean bag itu.

Balkoni yang telah diubahsuai oleh farhan untuk menjadi tempat berehat. Sambil menikmati permandangan hijau menghadap KLCC. Kalau nasibnya baik, boleh tengok matahari terbenam.

Rambutnya yang panjang itu dilepas bebas. Terasa tenang.

Perlahan tangannya dibawa ke leher. Tanda love bite masih disitu.

Dia mengeluh perlahan.

Apa yang perlu dia lakukan untuk menambahkan seri pada hubungan ini?

Dia cuba berubah. Namun, dia ada hadnya.

Dia bukannya penyabar. Untuk sabar dan menerima kutukan farhan. Dia hanya mampu mendengar dan menyimpan dalam hati. Akhirnya dia akan meletus juga. dan dia akan bertikam lidah. Bukannya berperang Cuma berbalas kata dengan farhan.

Dan dia tahu, farhan juga ego dan annoying!

Setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu bagaikan peluru tajam. Yang mampu merobek hatinya. Pendek, tepat, mantap. Yang penting ‘berdarah’.

Sama-sama takkan mengalah.

Farhan.

Farhan.

Teringin untuk memanggil nama itu dengan ikhlas dan dengan penuh kasih sayang. Mustahilkah?



*****



Farhan melangkah masuk kebilik tidurnya.

Dia memandang kea rah balkoni. Lebih tepat lagi, kearah satu tubuh yang sedang lena dibeanbag itu. Dia melangkah mendekati Fazura. Dia mengeluh.

Rambut fazura diselak perlahan. Pandangannya jatuh pada lovebite, hasil sendiri.

Dia tersenyum kecil.

Pertama kali bagi lovebite pada isteri, walaupun bukannya di suasana romantic.

Dia melabuhkan duduk disebelah Fazura.bean bag dikongsi bersama. Lama dia menatap wajah itu sambil merenung masa depannya.

Bagaimanakah pengakhiran kisahnya dan fazura? Masing-masing bagaikan pantang bila besua muka. Setiap patah katanya, ada saja balasan dari fazura. Dan setiap patah kata fazura ada saja balasan darinya.

Entah kenapa. Nak cakap musuh ketat, tidaklah. Nak kata berdendam, lagilah. Apa salah fazura padanya? Dan salah dirinya pada fazura?

Ya, dia tahu dia terlalu kejam. Annoying. Dan menyakitkan hati.

Tapi, itu semua wajib.perlu untuk kebaikan bersama.

Dia mengeluh.

Jauh di hatinya, dia mengharap sesuatu dari hubungannya dengan fazura. At least, ada perkembangan baru. Yang baik. Paling-paling tidak pun, acara balas-balas kata dan sinis menyindir berkurang.

Mustahilkah?

Dia merenung wajah lena fazura.

Tangannya diangkat perlahan dan mengusap lovebite dileher fazura. Masih merah dan berbekas elok. dia angkat wajahnya dan mendekati leher fazura. Lalu dibenamkan ke situ.

Satu kucupan dihadiahkan di situ. Selembut mungkin.


Kucupan pertama darinya untuk si isteri.



haine et l'amour 9

[9]

Seminggu fazura ‘berkabung’ kerana pernikahannya dengan farhan. Dan hari ini dia bangun dengan azam baru.

Bukankah ini impian dia selama ini?

So, bila dah ada rezeki depan mata, apakata dia guna dengan sebaik-baiknya kan?

Perasaan sedih dibuang jauh-jauh. Hatinya cuba dikaburi dengan membayangkan harta farhan yang berjuta-juta itu. Dengan impian dan angan-angan untuk dia bergoyang kaki sambil berhibur.

Dalam kepalanya, dia bayangkan barang-barang mahal yang selama ini dia hanya mampu bermimpi, bakal menjadi miliknya. Lepas tu, pergi travel jauh-jauh. Nak buat tour keliling dunia pun boleh lagi. Agak-agakla, nak pergi bulan pun mesti dia mampu.

Yes!

The best therapy ever!

Namun..

Dia mengeluh perlahan.

Dia salah!

Semua itu takkan dapat kaburi hatinya.

Macam mana dia akan mampu untuk menghabiskan masa dengan lelaki annoying itu? Sepanjang hidup!



“we need to do agreement.”

“apa?”

“I tahu you tak setuju but since kita dah jadi suami isteri, kita kena buat agreement.”

“why should i? you yang setuju nak kahwin tadi kan? I taknak terlibat.”

“terlibat atau tak, you dah jadi isteri i. dan sebagai isteri, you kena patuh pada i.”

fazura gelak kecil.

“says who?”

“him.”

Fazura pandang farhan tak puas hati.

“you will stay as my wife. Or else, you’ll never get anything  from me. Even 1 cent.”

Fazura gelak lagi.

“that’s it?”

Farhan angguk kecil.

Fazura buat muka.

Ingatkan nak suruh buat agreement contract keapa. tapi rupanya..itu saja?

Tak ada agreement pelik-pelik?

“yeah. Just stay as my wife.”

“and for that, I need to sacrifice my life?”

Farhan hanya angkat bahu.

“nonsense!”

“you’ll be and always be my wife.”

“plus, takkan you tak tergoda dengan harta I yang banyak tu?”



Fazura mendengus kasar.

Farhan ingat dengan harta dia yang banyak ni akan buatkan hatinya gembira? Tenang?

Hump. Silapla.

Eh.

Bukankah itu prinsipnya selama ini?

Hanya wang dan pangkat yang mampu membuatkan hidupnya bahagia.

Namun, kenapa tak sekarang?

Fazura mengeluh perlahan.

Kepalanya benar-benar bercampur aduk sekarang! Hatinya berbelah bagi.

Mampukah dia untuk terus hidup dengan farhan, sekaligus dia mendapat harta yang banyak. Mampukah dia bertahan dan tinggal sebumbung dengan lelaki itu sedangkan setiap 5minit mesti gaduh?

Atau,

Tinggalkan farhan. Sekaligus, tinggalkan harta yang banyak itu. ‘mangsa’ boleh dicari lagi. Tapi bukan farhan. Bukan.

Not in thousand years.

Dia mengeluh. Badan direbahkan ke katil. Otaknya perlu berehat.

Yang penting, mampukah dia habiskan hidupnya dengan lelaki yang hanya pandang keburukannya?



*****



“I ingat you suka dengan lelaki kaya.”

“excuse me?”

“well, you dah dapat i. sepatutnya you happy.”

Fazura gelak kecil.

Ya, sepatutnya dia gembira tapi sejak kebelakangan ni, dia asyik emo saja. Langsung tak tenang hatinya.

“I hate you.”

Farhan angkat kening.

“well, I don’t surprise at all.”

“yeah. I really hate you. I tak kisah langsung dengan harta you yang berlambak-lambak tu. bukannya boleh buat hati I ni happy.”

Farhan gelak. Sinis.

“since when yang harta banyak ni tak boleh nak tenangkan hati you?”

“since harta ni semuanya kepunyaan you.”

“tak tahu pulak yang you ni ada kecualian.”

“I lebih rela hidup merempat daripada guna harta you ni.”

“wow.”

Fazura pandang tajam farhan yang gelak besar itu. Lucu sangat ke ayat dia tadi?

“you dah berubah.”

“dulu, you sendiri cakap yang bahagia you Cuma terletak pada harta, pangkat saja? Dah lupa?”

“I tak pernah lupa. Tapi, untuk korbankan hidup I untuk lelaki annoying macam tu, lebih baik I merempat!”

“in fact, kalau I boleh tarik balik kata-kata tu, dah lama I buat. harta banyak ni sebenarnya lagi buat I sakit. Sakit hati. Especially bila kena deal dengan you!”

Farhan gelak lagi.

“too bad. You stuck with me.”

“Too bad.”

“unfortunately, you’ll have to stay.”

“as I said before, we will have a good time together.”

Good time together?

Nightmares!



*****



Kehidupannya tak berubah, even dah berkahwin dengan farhan. Dia masih lagi PA farhan. Masih lagi berperang dengan lelaki itu. Masih lagi suka melawan kata-kata lelaki itu.

Perkahwinannya?

Tak siapa tahu. Hanya dia dan farhan.



“I akan rahsiakan hubungan kita dulu. And if, I know, sesiapa yang tahu tentang hubungan kita, I akan suspect you.”

“why me?”

“well. Absolutely not me. So, it would be you.”

“ha ha ha.”

“I akan decide bila untuk umumkan perkahwinan kita.”

“I don’t care.”



Farhan nak rahsiakan hubungan ni. tapi dia still nak  fazura stay as his wife.

Macam mana tu?

Huh.

I don’t care!

Lantaklah. Apa nak jadi.

Sungguh dia tak pernah kisah. Baginya hubungannya dengan farhan tak pernah berubah. Tak pernah nak berdamai. Sama seperti mula-mula dulu.

Cuma sekarang yang berubah, hanya title.

Mrs farhan.

Dia dah berpindah masuk ke kondo farhan. Dan juga dah berpindah masuk ke master bedroom. Dengan rela hati dan tanpa paksaan. Farhan pun tak cakap apa-apa.

Dia mengeluh.

Macam mana dengan masa depan dia? Masa depan perkahwinan ini?

Silap dia kah?

Tak. Bukan.

Farhan yang terlalu annoying!

Namun, masih ada sesuatu yang agak misteri tentang lelaki itu. Terlalu misteri.

Something is wrong. Somewhere.

Definitely.

Dia teringin sangat nak tahu. Nak korek rahsia dari lelaki itu. Tapi dia tahu itu adalah perkara paling mustahil.

Kalau bercakap face-to-face pun macam nak berperang, inikan nak korek rahsia dari farhan!

Dia mengeluh lagi.

Buku catatan ditarik. Dia belek. Farhan dah keluar meeting sejak pagi tadi. Dan dia, sebagai PA sepatutnya ada sekali kan? tapi tak. Farhan cakap,



“this meeting would be high-class and I’m afraid my PA can’t catch up.”

“I tak nak dengar my PA whining lagi. Penat.”



Rasa macam nak tarik-tarik mulut lelaki itu. Suka sangat nak bagi komen maut. Suka sangat nak sakitkan hati.

“fazura?”

Dia angkat wajahnya dari meja.

Zulhilmi di muka pintu.

“boleh tolong I tak?”

Dia bangun dari kerusi dan menuju ke  arah zulhilmi dimeja diluar bilik farhan.

“ada dokumen yang farhan nak. I dah bawak naik separuh, ada lagi separuh kat bawah. Boleh you ambil yang ni dulu, sementara I nak ambil yang kat bawah?”

“okay.”

Dia mendekati zulhilmi.. Fail besar-besar diambilnya dan dihulurkan kepada fazura.

“fail apa ni?”

“not sure, farhan yang mintak dengan I tadi.”

Fail-fail besar dah meninggi ditangannya. Tak berat pun Cuma tinggi. Menghalang pandangannya ke hadapan.

“okay ke, bawak banyak macam tu?”

“it’s okay. Tak berat pun. Lagipun depan ni jer. I malas nak ulang alik.”

Zulhilmi diam. Dah tuan punya diri cakap macam tu, nak buat macam mana. Memanglah tak jauh. Hanya beberapa langkah saja.

“okay. Done. I nak turun amik selebih. Okay ke ni?”

Tanya zulhilmi lagi bila Nampak fazura macam nak jatuh.

Degil. Orang cakap suruh amik separuh-separuh dulu, taknak. Bukannya jauh nak ulang alik. Degil macam farhan. Kadang-kadang dia terfikir, macam manalah fazura dengan farhan ni bekerja? Masing-masing keras kepala, degil, ego. Dan, yang peliknya, tak ada pulak complaint dari client. Maksudnya tak puas hati ke apa.

Dan berita terbaru dia terima, farhan dan fazura dah jadi suami isteri!

Berita yang paling tak dijangkanya.

Macam nak perang dunia..yang ke tiga?or ketiga ratus?

“fazura!”

“erk.”

Fail melayang.

Dan kini dia ada dalam pelukan zulhilmi.

Tergamam.

Kenapa pulak ni?

“you okay?”

Dia tolak zulhilmi perlahan.

“sorry. I tak sengaja nak peluk.” Ujarnya minta maaf. Macam mana dia boleh terpeluk zulhilmi?

“I yang tarik you tadi. Nasib baik tak tersembam.”

Fazura mengeluh perlahan. Salah dia. Siapa suruh gatal sangat nak kuatkan diri bawak fail besar-besar tu? alasan, tak nak berulang banyak kali. Padahal bukan jauh sangat pun nak ulang alih.

Dia tunduk untuk mengambil kembali fail yang jatuh namun sekali lagi dia tergamam.

Dia Nampak ada dua pasang kaki. Kasut lelaki yang dia agak kenal siapa pemiliknya. Dan sepasang flat shoe wanita.

Dia dongak.

Farhan.

Dan si penyambut tetamu yang dia selalu lupa namanya. Yang pasti, sipenyambut tetamu itu adalah wife zulhilmi.

Last week baru jumpa zul dengan wife si penyambut tetamu ni tapi nama?

Dia pandang wajah farhan. Seperti  biasa, tak berperasaan.

Dan sipenyambut tetamu. Nampak terpaku dan kecewa. Pandangannya jatuh pada perut yang agak timbul itu.

Dia hanya mampu melihat sipenyambut tetamu itu senyum kecil kemudian berlalu pergi. Zulhilmi mengejar dari belakang.

Hati seorang wanita dah tercalar kerana dia!


Fazura mengeluh perlahan.



haine at l'amour 8

[8]

“mana you pergi?” tegur farhan saat fazura melangkah masuk ke bilik.

Fazura hanya memandang farhan. Tanpa kata, dia terus melangkah.

Punggung dilabuhkan diatas sofa. Dia tahu dan dia sedar dengan pandangan tajam farhan. Namun tak dihiraukannya.

Biarlah.

Rasa macam nak balas semula jelingan tajam farhan.

Lelaki itu sesuka hati saja nak masuk bilik dia. Walaupun dia sebenarnya berhak. Tapi mana boleh!

Dia tarik nafas dalam.

Earphone ditarik dari telinga dan diletakkan diatas meja solek. Hoody sweater dibadan ditanggalkan kemudian diletakkan di tepi sofa. Tshirt hitam dibadan dibetulkan. Getah rambut dilonggarkan. Bahu yang penat dan kejung itu diurut perlahan.

“answer me when I’m asking.”

Dia berpaling sebentar kea rah farhan. Dia mengeluh perlahan.

“jalan-jalan.” Balas fazura malas. Dia tahu selagi soalan itu tergantung, selagi itu farhan akan bertanya.

Seharian dia berjalan. Mengelilingi tempat ini. Colmar tropicale. Cantik kawasannya.

Pagi-pagi lagi dia keluar dari bilik. Sempat juga dia berbual-bual dengan bellboy semalam. Mintak pandangan untuk bersiar-siar dikawasan tanah tinggi ini. Panjang lebar bellboy itu bercerita. Ada dia hulurkan ‘sumbangan’ pada bellboy itu namun ditolak lembut. Katanya, dia ikhlas. Ikhlas hati untuk tolong tourist yang datang.

Namun, fazura tetap fazura. Mana boleh kalah. Dan mana boleh orang tolak dia kan?

Dia tarik jugak bellboy itu ke café yang ada ditingkat bawah. Nasib baik, time minum pagi. Boleh jugak dia belanja secawan coffee dan sandwish pada si bellboy itu.

Orang berbudi, apa salah dia membalasnya kan?

Perkara pertama dia ‘serbu’ adalah jungle trekking. Tak pernah-pernah dia masuk hutan. Sekali, terus pergi jungle trekking. Tambah pula dia mana bawak apa-apa dan langsung tak ada persediaan apa-apa. Nasib baik instructors kat situ baik. Sempat bagi pesanan dan nasihat. at least, ada ilmu untuk dia pegang masa masuk hutan nanti.

Habis jungle trekking, dia masuk zoo arnab.

Comel sungguh arnab kat situ.

Kalau ikutkan hati, nak saja dia ‘curi’ dan bawak balik KL. Boleh jugak peneman dia nanti.

Pengalaman dia menjelajahi kawasan tanah tinggi itu adalah satu pengalaman baru untuk dia. Takkan dia lupakan itu. rugi kalau dia lepaskan peluang untuk menikmati permandangan cantik ini, walaupun hatinya cukup serabut dan tak tenang.

“and you didn’t bring your phone?” suara itu berbunyi lagi. Terus matikan perasaan seronok berjalan-jalan tadi.

Handphone diatas katil dipandang tak berperasaan.

Dia lupa. Nak buat macam mana?

Lagipun dengan kawasan berhutan macam ni takkan dapat line servis?

Dia bangun. Tuala dipenyidai dicapai. Kaki melangkah ke toilet.

“fazura.”

Lengannya dicengkam erat farhan.

“I nak mandi.”

“no. answer me first.”

“apa?”

“you pergi mana seharian ni?”

“told you. Jalan-jalan.”

“kenapa I rasa macam susah nak percaya?”

“up to you.”

Farhan tajam memandangnya.

“are you hiding anything from me?”

“no.”

“are you sure?”

“yes. Tuan farhan.”

“and now, can I go to shower?”

Farhan masih lagi memegang erat lengan fazura. Langsung tak ada tanda-tanda untuk melepaskannya.

“please.”

Wajah tegang itu mula berubah.

“come.”

Farhan menarik fazura masuk ke dalam toilet. Paip shower dibuka.

“now.” Suara itu ditegaskan.

Fazura pandang farhan.

“I need my time. My own time.”

“why?”

“tuan farhan.”

“I dah tengok sebelum ni. so, tak ada apa yang you boleh sembunyikan lagi. Plus, I’m your..”

“ok fine.”

Farhan senyum sinis. Fazura pula, semakin makan hati.

Fazura masuk ke dalam bathtub. Shower curtain ditarik penuh. Melindungi dari pandangan farhan.

“esok pagi, kita bertolak balik. Then, straight to your house.you tinggal sorang kan? So, lagi senang nak deal dengan owner rumah sewa you tu. kalau ada problem dengan owner rumah, bagitahu i.”

“we need to talk about our life.”

Fazura hanya mendengar kata-kata farhan.

Perkara yang paling dia elakkan dari pagi tadi, mula menerjah kedalam fikirannya.

Dia terduduk lesu.

Adakah ini, apa yang dia inginkan?

impiannya selama ini, yang dulunya rasa jauh untuk dicapai kini dah ada depan mata. Tapi kenapa, hatinya tak gembira? Tak tenang?

Farhan.

Her husband. Yeah, my husband. Since last night.

Tak sangka kan? impiannya tercapai jugak.

Impiannya untuk berkahwin dengan lelaki kaya raya, lelaki yang mempunyai potential tinggi, lelaki yang mempunyai pangkat dan kedudukan, kini dah tercapai.

Farhan, pemilik tunggal syarikat hartanah paling berjaya dimalaysia. Pewaris tunggal. Dan kini, dia adalah isteri kepada lelaki kaya itu.

Bertuah sungguh dirinya.

Namun, untuk kali ini, kalaulah dia mampu, kalaulah dia punya kuasa untuk putarkan masa, dia pasti akan buat begitu.

Putarkan kembali masa.

Kembali ke masa dimana dia takkan berjumpa langsung dengan farhan. Dimana dia takkan meletak jawatannya dulu. Kembali ke masa dimana dia tak perlu memohon pekerjaan disyarikat farhan.

Dan itu, hanyalah kalau. Kalaulah.

Malangnya, dia tak punya kuasa itu.

Dan kini, dia ‘stuck’ dengan impian sendiri. Untuk selamanya.

Tapi…

Bukahkah dia patut bersyukur?

At least bersyukur sebab ada suami kaya raya. Right?

Fazura memeluk lutut, rapat ke dada. Dia terduduk dalam bathtub. Airmata yang dari semalam cuba ditahan, akhirnya pecah juga. pertama kali airmatanya mengalir, selepas beberapa tahun menjadi ‘kebal’. Kali kedua dia menangis selepas kematian ibubapanya berbelas tahun dulu.

Jauh dalam hatinya, dia harap airmata itu adalah airmata gembira. Malangnya, itu bukanlah airmata gembira. Bukan.

Bukan.



*****



Malam itu.



“Kami dapati encik berdua berada dalam keadaan yang mencurigakan. Dan kami harap encik berdua boleh bagi kerjasama untuk mengikut kami ke balai.”



Dan.

Akhirannya…



“Kami akan nikahkan encik berdua. Malam ini. lagipun encik berdua ni, tak ada wakil keluarga. Kami rasa ini jalan terbaik untuk encik berdua. Lebih baik dari maksiat.”



Farhan tak cakap banyak. Hanya bersetuju dengan cadangan pak imam. Dan dengan bersaksikan pak imam 2 orang, dia sah menjadi isteri kepada farhan.

dia?

Dia  betul-betul tak menyangka. semua itu berlalu sekelip mata.

Tak sempat nak bangkang. Tak sempat nak gaduh dengan farhan.

Kini dia mrs farhan.

Huh?

Kenapa rasa macam tak best langsung!

“kalau you tak masuk bilik I, semua ni takkan jadi!”

Marah fazura sambil berpaling ke sebelah. Kearah farhan yang sedang memandu.

Farhan hanya menjeling dari tepi.

“kalau you yang annoying dan pervert ni tak masuk bilik I, kita takkan jadi macam ni. I takkan jadi wife you dan yang penting you takkan jadi husband i!”

Jerit fazura lagi.

Sungguh, hatinya geram. Sedih. Kecewa. Semuanya ada. kalau boleh, dia nak lepaskan perasaan tak best tu. dan mangsanya mestilah farhan. Ini semua salah lelaki itu!

“stop it.”

“kenapa? You yang salah.”

“dah sah pun. Siap dapat surat rasmi lagi.”

“you ni memang tak ada perasaan!”

“siapa cakap?”

“then, kenapa tak terangkan pada pakcik semua tu?”

“no use.”

“says who?”

“me.”

Fazura tarik nafas.

“kalau kita terangkan, maybe diorang akan percaya. You tak try langsung!”

“you nak salahkan I seorang?”

“yup. Memang salah you!”

“huh. Diri sendiri salah, nak libatkan i?”

Fazura pandang farhan. Farhan salahkan dia?

“kalau you taknak sangat, kenapa langsung tak bukak mulut malam tu? kenapa tak bangkang dan whining macam you selalu buat tu?”

Fazura diam.

“See. I cakap, you diam. Then nak salahkan I seorang?”

“I was speechless.”

“then, I ni?”

“you ingat I ni suka sangat kena tangkap basah dengan you?  Dengan perempuan macam you.”

Dengan perempuan macam dia?

What does that sentences supposed to mean?

Kata-kata terakhir farhan yang perlahan itu tetap menusuk ke telinganya, then straight ke jantungnya. Tajam.

“kalau I tak layak dengan you, kenapa setuju?”

“well..” farhan berjeda.

“I takut you dah tak laku. Yelah, bila imej you jatuh, susahla nak pikat lelaki kaya kan? Since you got me, why not?”

“you kan nak husband yang kaya.”

Farhan senyum sinis.

“I tak perlukan rasa kasihan you.”

“i don’t. tapi siapa tahu kalau-kalau suatu hari nanti you datang and ugut I kan?”

“blackmailing.”

“you anggap I macam tu?”

Farhan diam.

“I tak semurah itu.”

“yeah? I doubt about it.”

“I’m not!”

“then, kenapa nak kacau rumah tangga orang lain?”

“ha?”

“don’t act dumb, fazura.”

“I tak tahu apa yang you cakap.”

“jazlan.”

“jaz?”

“yup.  He’s my friend.”

“so?”

Farhan gelak.

“so, mrs farhan. I tak sanggup tengok kawan I tu merana sebab perempuan macam you. He has jasmine already.”

“I tak kacau pun.”

Farhan gelak. Lebih kuat dari tadi.

“yeah. Right. You tak kacau. Cuma you nak jatuhkan diorang.  To destroy their marriage. ”

Fazura pandang farhan.

Kenapa teruk sangat pandangan lelaki itu padanya?

Ya, dia tahu, dulu dia memang merancang untuk rampas jaz dari jasmine. Bersungguh-sungguh untuk dapatkan jazlan kembali.

Tapi itu dulu. Itu sebelum mereka sah menjadi suami isteri. Sebelum dia disedarkan oleh jasmine. Sebelum dia sedar yang cinta jazlan tiada lagi untuk dia. So, untuk apa kejar someone yang tak ada perasaan pada dirinya?

Memang boleh pupuk perasaan itu, tapi dia tahu peluang itu sudah tiada. Tak guna nak habiskan masanya untuk perkara sia-sia.

“dah ingat apa yang you dah buat kat diorang?”

Fazura diam.

“nak I remindkan lagi?”

“don’t.” balas fazura perlahan.

Farhan diam kemudian dia sambung.

“anggap saja ni tuah you. Well, you kan dah bagi free show pada I semalam, apa salahnya I ‘bayar’ you balik.”

Fazura kalih sebelah. Wajah sinis farhan dipandang.



Free show? Bayar balik?



Semangat marah tadi dah hilang.

Dia betul-betul kecewa. Lebih kecewa dan sedih bila ditangkap basah dengan farhan.

Jahat sangatkah dia dimata farhan?

Buruk sangatkah dia dimata farhan?

Tak cukup dengan title perosak rumah tangga orang, dia tambah pulak dengan free-show tu?

Macam tu ke dia di mata farhan?


Takkan langsung tak ada perkara-perkara baik tentang dirinya dimata farhan? Di mata lelaki yang kini dah bergelar suaminya?


haine et l'amour 7

[7]

“fazura?”

Farhan bangun dari kerusi dan mendekati fazura yang tergamam dihadapan pintu.

Fazura pandang farhan. Pintu di buka luas.

“you?” dia pandang figure yang ada depan mata.

Bukan ke dia ni…?

“come in zara.”

Fazura pandang sipenyambut tetamu yang bekerja disyarikat farhan itu, kini berada dihadapan biliknya. Tersenyum lebar. Perlahan si gadis itu melangkah masuk.

Pintu ditutup kembali.

Dia melangkah ke meja makan yang sudah dihuni oleh zara dan farhan.

“duduk, miss.”

Ujar zara perlahan. Dia menepuk sebuah kerusi disebelahnya.

“why are you here?” tanyanya perlahan.

Fazura pandang zara. Kemudian beralih kearah farhan yang sedang seronok makan. nasi lemak sambal sotong. Memang Nampak sedap dan dia tahu, semestinya sedap. Tapi, malam-malam macam ni lelaki itu orderkan nasi lemak? Kalau orderkan untuk diri sendiri, okay la. Tapi ni 4 pinggan.

4?

Kenapa 4?

“siapa lagi nak datang?” soal fazura lagi.

Farhan buat-buat tak dengar.

“zul.” Balas zara.

“zulhilmi?”

Zara angguk.

“why?”

Zara senyum.

“depan rezeki pun still nak bercakap banyak lagi?dah tak ingat adab makan? Should I remind you again?” tegur farhan perlahan tapi sinis.

Fazura jeling.

“and fazura.”

Tangan fazura yang hendak menarik kerusi terhenti sebentar. Dia pandang farhan yang sedang memandangnya.
“what?”

“don’t you have a decent pajama?”

Terus dia pandang diri sendiri. Terlupa pulak dengan keadaan yang sangat seksi itu. Dia terdiam. Tapi kemudian, dia senyum lebar.

“why?”

Farhan pandang fazura.

Fazura angkat kening.

“you kan dah tengok I tadi. So, no use la kalau I tukar baju pun. “

“and, zara ni. i tak rasa dia kisah.right?”

Zara senyum.

“jangan ingat I ni dah kenyang makan nasi lemak, I tak mampu nak makan you jugak.”

Fazura senyum sinis.

Memang sakit hati. Tapi, dia fazura. Mana boleh kalah. Lebih-lebih lagi dengan lelaki depan ni. selagi dia boleh balas, dia akan balas.

Tadi, dia dah insaf bila kena tegur tapi ego, tetap ego. Lelaki itu dah Nampak apa yang dia ada, so apa gunanya kalau dia tutup sekarang?

Right?

“you..”

Belum sempat dia sambung ayat, zara dah pegang tangannya. Lembut.

“miss fazura. Kan lebih baik kalau kita tutup aurat masa makan? Ni kan rezeki.” Tegur zara lembut.

“lagipun nanti zul pun nak datang.” Sambung zara lagi.

Fazura diam.

2 kali kena ceramah free.

Tapi dia tak kisah dan tak ambil hati dengan apa yang zara cakap ni. memang niat dia untuk tukar baju tadi. Tapi bila dah dengar farhan buka mulut, terus dia batalkan niat. Keraskan hati. Sengaja nak menangkan diri sendiri. Siapa lagi nak backup diri sendiri kan?

Dan.

Kan bagus kalau farhan cakap lembut macam tu dengan dia?

“come.”

Zara tarik tangannya perlahan.

Fazura ikut sama. sempat juga dia jeling farhan yang sedang tajam memandangnya. Kalaula dia tak fikir waras, dah lama dia korek mata lelaki itu dan buat sambal.

Mesti sedap!

Zara bukak beg yang ada sebelah katil dan menarik sepasang baju tidur. kemudian mereka ke bilik air.

“baju miss tu saya yang pack.” Ujar zara pendek.

Fazura terdiam disebalik shower curtain itu. Tadi, dah berbakul-bakul dia sumpah seranahkan farhan sebab ‘pack’kan bajunya. Siap dengan baju dalam lagi.

Sekarang? Rasa menyesal.

Sebab dah tuduh lelaki itu.

Tapi, still rasa marah.

Sebab farhan dah tengok badannya! Pulak tu, I enjoyed it. Huh.

Mana boleh nak lepas macam tu saja!

“tuan farhan tak macam miss fikirkan.”

Dia pandang zara.

kenapa pulak zara nak back up farhan?

“saya tahu, susah nak percaya tapi tuan farhan tak teruk macam miss tengok.”

Fazura gelak kecil.

Nak marah tapi takkanlah nak lepaskan pada si zara ni? sudahnya dia hanya geleng kepala dan menapak keluar dari bilik air.

Zulhilmi dah ada dimeja makan dengan farhan. Siap bergelak ketawa lagi. Apa yang seronok sangat, entah?

Takkanlah farhan bercerita dengan zul tentang apa yang dia Nampak tadi?

Iskh.

Mintaklah tidak.

”fazura.” Tegur zulhilmi. Senyum.

“bila abang sampai?” zara bergerak mendekati zulhilmi. Tangan yang dihulurkan zul disambut zara.

“baru saja. Zara pergi mana?”

“teman miss fazura tukar baju.”

Zulhilmi angguk. Kerusi disebelah ditarik dan dia menarik zara duduk. Pinggan kosong kemudiannya di isi dengan nasi lemak.

“cukup?”

Zara angguk.

Fazura memandang hairan ‘drama’ yang ada dihadapannya. Tak faham sebenarnya.

Sejak bila zara dengan zulhilmi ni ada something? Rapat dan mesra.

Dan, yang pelik. Sejak bila fazura ni kisahkan dengan hal orang lain,, selain dari diri sendir?

Eh. Dia nak berubahla. Lagipun si zara ni baik. Tak salah kan kalau nak ambil tahu tentang orang-orang sekeliling. Kan?

“they are married.”

“so tak payah nak buat muka.” Ujar satu suara yang sangat annoying.

“I don’t.”

“yeah?”

Dia jeling farhan disebelah.

Mana ada dia buat muka. Dia Cuma terkejut. Tak pernah pulak dia tahu zara dengan zul ni dah kahwin.

“kalau you dah kenyang, baik bangun. Menyemak kat sini saja.”

Farhan buat-buat tak dengar.

Fazura mendengus geram.

Tahu tak yang meja makan ni kecik saja? Cukup-cukup untuk 2 orang makan saja. Nasib baik ada extra kerusi.

Zara dengan zul pun duduk rapat-rapat, tapi tak kisahlah kan sebab mereka husband wife. Nak duduk atas riba pun tak apa. tapi, dia dan farhan?

Kalau boleh, dia nak duduk sebatu jauh dari farhan. Panas saja bila duduk dekat dengan lelaki itu.

Tapi, dengan space yang kecil ni?

“I ingat you taknak makan”

“siapa cakap?”

“habis tu kenapa tak turun tadi?”

“I nak rehat-rehat dulu, baru turun. Salah ke?”

“and biarkan I tunggu you kat bawah?”

“kenapa tunggu i? ada I suruh?”

“I gave you an order, fazura.” Suara lelaki itu dah bertukar nada. Marah mungkin.

Ah, ada dia kisah?

Tak. Langsung tak.

Bukan salah dia bila lelaki itu yang kena tunggu. Siapa suruh sesuka hati bagi arahan kat orang macam tu? ni, bukannya office. Okay?

“kat luar, I bukan PA you. So you tak boleh bagi I order macam tu.”

“siapa cakap tak boleh?”

“me.”

“and, who are you exactly?” ujar farhan sepatah-sepatah.

Fazura diam.

“nobody.” Sambung lelaki itu lagi.

Fazura masih diam.

Terasa lagi dengan kata-kata pendek tapi sinis yang keluar dari mulut farhan.

Kenapalah dia nak terasa bila ada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu, sedangkan lelaki itu langsung tak ada kepentingan dalam hidupnya.

Dia mengeluh perlahan.

“fine.”

Fazura tolak kerusi perlahan kemudian dia bangun.

“miss.”

“it’s okay. I’m nobody so tak perlu bimbang.”

Dia leraikan tangan zara yang memegang erat tangannya.

Dia melangkah ke balkoni yang terbuka luas.

Nak sejukkan hati dengan tengok langit yang penuh dengan bintang.

“nah.”

Ada sandwish dihulur dari tepi. Dia hanya pandang kosong.

“tak perlu nak jaga badan you yang sekeping tu.”

“body I, ikut suka hati I la.”

Farhan mendengus marah.

Buat baik, salah. Buat jahat pun salah. Apa yang perempuan sebelah dia ni nak?

“orang dah bagi rezeki, cakap thanks.”

“I ingat mulut you tu dah ringan nak cakap terima kasih kat orang. Tapi, rupanya berat lagi.” Sambung farhan.

Fazura jeling.

“habis tu, mulut you tu tak boleh jaga?”

Farhan pandang fazura.

“tak boleh nak jaga bahasa sangat?”

Farhan gelak.

“for what? sorrylah. Kalau dengan you, tak ada baiknya kalau I jaga bahasa.”

Fazura diam. Malas nak balas. Semakin dia balas, semakin menjadi-jadi pulak lelaki sebelah ni. dia perlu ‘berehat’. Esok, baru dia lancarkan serangan.

Mood nak tenung langit berbintang dah hilang. Thanks to farhan.

Dia berpaling dan melangkah masuk.

Meja makan dah kosong. Tiada lagi zara dan zulhilmi.

“I nak masuk bilik.”

Farhan melangkah masuk dan menuju ke pintu sebelah toilet. Pintu yang menghubung antara biliknya dan bilik lelaki itu.

“habis tu ni?”

Farhan angkat kening.

“takkan nak biarkan makanan ni?”

“biarlah. Bukan kacau you.”

“tak kacau. Tapi buat menyemak.”

“so?”

“so?”

“panggil jerlah room service.takkan itu nak kena ajar?”

“you yang makan, kenapa you sendiri yang tak call?”

“kalau ni bilik I, memang I akan call. But this is your room.”

“bye.”

Fazura pandang farhan yang menghilang disebalik pintu. Dia menjerit geram.

Sakitnya hati!

Nombor room service didail.

TV di on. Layan movie sementara menunggu room service.

Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di atas sofa.

Handbag?

Zara?

Tertinggal. Biarlah, esok baru bagi kat zara. Lagipun dia tak tahu kat mana zara tinggal.

Sejak bila pulak ada zara dengan zul ni?

Apalah rancangan lelaki annoying merangkap bossnya ini?

Dia mengeluh perlahan.



Ting tong.



Dia bangun dari sofa. Menjenguk melalui lubang kecil.

Nampak macam room service.

Tangannya mencapai tombol pintu.

Saat yang sama, pintu sebelah toilet terbuka.

Farhan?

Apa lagi lelaki ni nak?

“what?”

Tanyanya garang. Tak sudah-sudah nak susahkan orang.

“bilik I jugak.”

Dia menjeling geram.

Tombol dipulas perlahan lalu dibuka.


“room service?”


haine et l'amour 6

[6]

“fazura!”

“fazura!”

Dirinya yang hampir terlelap terkejut. Dari mana pulak datang suara tu? dekat pulak tu?

Dia membuka mata.sedikit. sedikit. Akhirnya luas.

Seluas alam apabila wajah farhan ada depan mata!

“you!”

Kerana terkejut, dia hampir tenggelam disebalik  buih-buih.

Buih?

Buih?

Bagaikan tersedar dengan keadaan dirinya ketika itu, fazura terus menyelam. Kakinya dihentak-hentak membuatkan air berkocak. Tangan tergapai-gapai, menghalau farhan.

“keluar! Keluar! Keluar!” jeritnya nyaring.

Tak lama kemudian, kedengaran pintu ditutup. Fazura keluar dari air bathtub dan menjenguk sedikit.

Kosong. Tiada lagi wajah farhan.

Cepat-cepat dia keluar dari bath tub dan tuala dipenyidai dicapai.

Badan dikeringkan.

Betul ke dia Nampak wajah farhan tadi? Atau pun, dia bermimpi?

Mustahil ada farhan dalam biliknya!

Nampak sangat hatinya terlalu sakit, sampaikan muka farhan pun terbayang.

Tuala dibadan dibetulkan. Dia capai lagi sehelai tuala dan membalut rambutnya yang basah.

Again, tak mungkin farhan ada dalam biliknya!

Ah. Mimpi.

The worst nightmare.

Dia membuka pintu toilet dan melangkah keluar. Bergerak ke katil, kearah beg besar tadi.Mengambil baju yang disediakan oleh farhan.

Sehelai tshirt putih dikeluarkan.seluar? tak perlu. okaylah tu. untuk tidur malam. Lagipun dia seorang saja dalam bilik. Nak seksi macam mana pun, siapa kisah kan?

Dia sempat menilik kearah jam. Dah pukul 8.30 malam.

Rasa-rasanya ada sesuatu yang tak kena. Atau, dia terlupa something? Ah, biarlah. Tak penting. kalau ada perkara penting, pasti dia ingat.

Selesai tukar baju, dia mengeringkan pula rambut basahnya. Tuala kecil dikepala.

Kaki menuju kearah meja solek di sebelah katil. Punggung dilabuhkan diatas kerusi. Losyen dicapai.

Saat dia tunduk untuk menyapu losyen ke kaki, dia terhenti. Ada satu bayang-bayang yang membuatkannya telan liur. Kesat. Perlahan dia bangun dan berpaling kea rah bayang-bayang itu.

Mulutnya ternganga luas.

Terdiam sebentar. Otaknya mula berfikir.

“you!!!!!!!!!!!” jeritnya nyaring.

Dadanya berombak laju.

Farhan.

Yup, farhan.

Tenang bersandar disofa satu dihujung bilik. Tangan disilang. Dan bibir itu senyum sinis.

“bila you masuk? Get out!”

“this is my room.” Balas lelaki itu perlahan. Tak terkesan langsung dengan jeritan fazura.

“my room. Get out now! Get out!”

Bantal kecil diatas katil dibaling kearah farhan. Tak cukup dengan itu, semua bantal dibalingkan juga. Namun, satu pun balingannya tak mengena kearah farhan. Malah tersasar jauh.

“tak sangka, aiming you pun teruk jugak.” Farhan senyum sinis.

“macam mana you boleh masuk?”

“my room.”

“bilik I. you yang cakap tadi kan?”

“oh. I did?”

“farhan!” jeritnya geram.

“I bayar. Means, my room. Not yours.”

Fazura mengeluh kasar. Memang tak menang!

“you kan dah ada other room. Kenapa nak masuk bilik i?”

Farhan bangun dari sofa dan berjalan mendekati fazura.

“I told you. Meet me downstairs at 7. Tak ingat?”

Fazura buat muka.

“sebab tu, you masuk menceroboh bilik i?”

“I have key. I tak ceroboh.”

“this is nonsense. You tak berhak masuk bilik I sesuka hati. You tak..”

Fazura berundur apabila farhan mula mendekat.

Matanya tiba-tiba terpandang tuala yang digunakan tadi masih lagi bergumpal diatas katil dan perlahan-lahan matanya beralih pula ke tshirt putih dibadan.

Sekali lagi mulutnya ternganga luas.

“don’t tell me…”

“yes. I saw you. And I enjoyed it.” Ujar farhan sinis. That evil smile.

“you can say that was your punishment. For messing with me.”

“you!” jarinya diangkat dan hampir mengena wajah farhan. Namun lelaki itu masih begitu. Dekat dengannya dan senyuman sinis masih tergantung dibibir.

Farhan gelak. Sinis. Mengejek.

“kenapa nak marah?”

“sexual arrasment!”

“me?” farhan gelak lagi.

“yes. You. You!”

“ceroboh masuk bilik i. mengintip i. sexual arrasment! Pervert!”

Farhan gelak. Semakin kuat.

“selama ni, you pakai seksi. Okay jer.”

“itu lain, ini lain.”

“apa yang lainnya? Kalau selama ni you pakai seksi, okay pulak. dan sekarang, tukar baju depan I baru nak melenting?”

“apa yang you cakap ni?”

“you knows what I meant, fazura.”

“you pakai baju atau tak, sama. Tak ada beza kalau you naked pun. Baik tak payah pakai. Jimat duit. ”

Kata-kata yang tersusun dalam kepalanya mula menghilang. Fazura terdiam.

“am I right?”

Fazura diam lagi. Cuba memproses kata-kata farhan.

Betul ke tak ada beza?

Is it that bad?

Teruk sangat ke penampilan dia selama ini?

Adakah tarafnya serendah itu?

“I guess I’m right.”

Farhan melabuhkan duduknya diatas katil.

Perlahan fazura melurut jatuh. Bersandar pada dinding.

Dia berfikir. Lama.

“am I that bad?”

“I macam tu ke selama ni?” suaranya perlahan. Seakan berbisik.

Dia pandang farhan. Entah kenapa, hatinya terusik.

Kata-kata itu tajam menembusi hatinya. Dan terus melekat disitu.

“get up and see yourself.”

“come on”

Perlahan, fazura bangun dan menghadap cermin meja solek.

“imagine yourself. Your routine clothes. With them and without them.”

Dia membayangkan dirinya lengkap berpakaian seperti biasa.

Rambut berwarna hitam, disanggul kemas. Blaus lengan panjang tapi kebanyakkannya jarang. Hingga menampakkan pakaian dalamnya. Dan, skirt paras lutut. Semuanya Nampak elegan. Dan cukup untuk menunjukkan tubuh badannya. Cukup untuk memberi gambaran kasar kepada orang sekeliling tentang ukuran badannya yang perfect ini. Tentang badannya yang menggoda itu.

Tapi, dia tak pernah kisah selama ini. Dia tak pernah kisah dengan pandangan orang kepadanya. Dia tak pernah peduli dengan mata-mata nakal. Mata-mata yang kadang-kadang ‘menyampah’.

Asalkan hatinya puas. In fact, dia gembira dan berpuas hati dengan keadaan dirinya. Dengan penampilannya itu.

Dia membayangkan pula badannya tanpa berpakaian.

Sama saja. Bezanya, ada kain yang membalut tubuh badannya. Bukannya kain yang menutupi badannya.

Membalut dan menutup.

2 perkataan yang berbeza maksudnya.

“kenapa…”

“tak ada orang sedarkan you?” potong farhan.

Fazura angguk perlahan.

“ada. Cuma you yang tak pernah kisah. Mungkin juga,  you sedar tapi buat-buat tak kisah. Tak peduli.”

Fazura pandang farhan.

Dulu, jazlan selalu menegurnya namun langsung tak hiraukan. Housematenya juga pernah menegur tapi tak diendahkan. Malah, dia naik angin dan berpindah ke rumah sewa lain. Hanya kerana tak dapat nak terima teguran mereka.

Baginya, teguran-teguran itu hanya kerana mereka cemburu dengan asset-aset yang dia ada. Her perfect body.

Dan kini, hatinya terusik. Hanya kerana teguran sinis dari farhan?

Lelaki yang annoying itu Berjaya membuatkannya bangun dari tidur! walaupun dengan kata-kata sinis. Walaupun kasar tegurannya.

Farhan bangun dari katil dan menuju ke pintu sebelah toilet.

Fazura pandang hairan.

“my room is next door. And this door, connects us.”

Eh?

Bilik bersambung?

“farhan.”

Fazura terdiam. Kata-kata yang ada dalam kepalanya tadi hilang, lenyap. Sudahnya dia mengeluh.

Rasa marah pada lelaki itu hilang, Cuma ada…

“why?”

Fazura geleng.

Tiba-tiba, ada ketukan dari pintunya.

“I orderkan dinner untuk you, since you didn’t show up.”

Farhan membuka pintu.

Kemudian, ada seorang waiter menolak troli makanan. Setelah selesai, dia keluar.

“you tahu kan I tak suka tunggu orang.”

“I’m sorry.”

Kata-kata fazura itu membuatkan farhan senyum sinis.

“guess what? I perasan yang you dah pandai guna perkataaan sorry dan thanks. A lot.”

“well. Memang salah i. so, mintak maaf la. Bukannya macam you.”

“masuk bilik orang. mengintip! Pervert!” balas fazura geram.

Farhan hanya gelak.

Ingatkan dah settle tadi tapi rupanya belum.

“I ni, one of the perverts yang ada kat luar tu. orang cakap, ikan depan mata, takkan taknak pandang. At least jeling. Right?”

Fazura buat muka. Sedih.

“cara you cakap tu macam I ni teruk sangat. Macam jual diri. Macam..”

Farhan pandang fazura. Dia memotong kata-kata fazura.

“drop it and come here. Dari tengahari lagi I tak makan. Diarrhea yang you bagi tu baru nak elok.“

Fazura pandang geram. Memang pentingkan diri sendiri.

“kalau lapar sangat, kenapa tak makan saja kat bawah tadi? Kenapa nak tunggu I jugak?”

“come here. And have dinner. Kalau tak, dengan you jugak I makan nanti.” Ugut farhan apabila fazura masih lagi berkeras.

Lambat-lambat dia mengatur langkah kea rah farhan.

Bukannya boleh buat main-main dengan lelaki annoying depan ni.

Acara menegur secara kasar versi farhan tadi masih lagi bermain dalam kepalanya. Masih lagi fresh. Tak hilang seperti selalu.

Belum sempat fazura duduk dikerusi, sekali lagi pintu mereka diketuk.

“I’ll get it.”

Fazura menghampiri  pintu. Mengintai melalui lubang kecil. Namun, keadaan gelap menyukarkan pandangannya. Terus saja dia buka pintu. Sangkanya, mungkin waiter yang sama tadi.

Dia terpaku.

“kenapa?”

Farhan menghampiri fazura yang masih lagi tercegat dihadapan pintu.

“why?”

Fazura pandang farhan lama.

“fazura?”

Pintu bilik dibuka luas.


Farhan terpaku.