[13]
Fazura merenung kosong TV hitam itu.
Tak ada mood untuk menonton TV.
Kondo kosong dipandang sekilas. Bosan.
Farhan?
Hari ini dah masuk hari kedua farhan hilang. To be exact,
menurut farhan, out station.
Outstation?
Kenapa dia sebagai PA tak tahu pun?
Macam misteri sangat. Dan apa yang dia perasaan, setiap 2
minggu, farhan akan ‘menghilang’. At least 3 hari. Bila ditanya, lelaki itu
hanya menjawab ‘outstation’.
Out station la sangat.
Kemana? untuk apa? Dan dengan siapa? Semuanya dia tak tahu.
Dia mengeluh perlahan.
Hatinya memberontak untuk tahu tapi nak bertanya dengan
lelaki itu? Huh. Mustahil untuk dapatkan jawapan.
Hubungannya dengan farhan masih lagi begitu. Namun, ada
sedikit perubahan walaupun mereka still bergaduh, menegakkan pandangan
masing-masing.
Tapi, dia cuba untuk bertolak ansur. Dan dia perasan jugak
farhan dah semakin ‘lembut’. Komen sinis masih lagi meniti dibibir lelaki itu tapi tak sekasar
masa mula-mula dia kenal farhan dulu.
Kalau dulu asyik sakit hati dan sakit badan, sekarang dah
kurang.
Improvement la kan?
Fazura bangun dan menuju ke bilik. Dia melabuhkan duduk
diatas katil. Termenung lagi. Kemudian, dia bangun dan melangkah ke almari.
Pintu dislide.
Dia memandang pakaian yang tergantung.
Kalau dulu, almarinya hanya ada baju yang menurut farhan
‘hanya membalut tubuh’ tapi kini tiada lagi. Skirt pendek dah berganti dengan
seluar panjang. Blouse jarang dah berganti dengan blouse yang kebanyakkannya
berwarna gelap.
Dan yang penting, separuh dari wardrobenya adalah dari
farhan sendiri.
Baju-baju seksi dia dulu masih ada tapi diasingkan. Sayang
kalau nak buang. Nak sedekahkan? Macam tak kena pulak sebab sedekahkan baju
yang tak cukup kain itu. Akhirnya dia simpan jugak. Farhan pun bagi kebenaran
dengan syarat hanya boleh pakai kat rumah. Itu saja.
Dia hanya menurut. Okaylah kalau nak seksi kat rumah. Farhan
saja yang tengok.
Sejak kena sindir dengan farhan di Colmar tropicale dulu,
dia berazam untuk berubah. Walaupun perubahannya agak minimal, tapi dia gembira
dengan diri sendiri.
Dia tahu dia masih lagi tak menutup aurat sepenuhnya. Tapi
at least, pakaiannya menutup tubuh badannya. Bukannya membalut tubuh badan.
Kepala saja belum bertutup. Mungkin suatu hari nanti.
Mungkin.
Jam dipandang sekilas. Baru pukul 9 pagi. Agak awal dia
bangun walaupun dihujung minggu.
Bosan sebenarnya, yelah tak ada teman untuk bergaduh.
Dia mengeluh lagi.
Sudahnya, dia kembali ke katil dan baring disitu. Comforter
ditarik semula. aircond dah diturunkan suhu. Cubaan untuk kembali kealam mimpi.
Untung-untung boleh sweetdream.
*****
Fazura bergerak perlahan. Comforter ditarik rapat apabila
terasa semakin sejuk. Ada gerakan
disebelahnya.
Mata dibuka. Kecil kemudian besar.
Farhan?
Dia memerhati wajah itu. Bukannya tak pernah buat kerja tak
berfaedah itu. Selalu jugak. Terutamanya waktu pagi.
Farhan membuka mata. Sama-sama memandang fazura.
“bila you balik?” Tanya fazura perlahan.
“just now.” Suara itu serak. Baru bangun tidur tapi masih
nampak keletihan diwajah itu.
Fazura diam. Tak tahu nak cakap apa.
Selama ini memang dia dan farhan berkongsi katil. Tapi,
setakat itu saja. Tak lebih tak kurang. Tak ada pulak, mereka tidur
peluk-peluk. No cuddling. No hugging.
“mana you pergi?”
“somewhere.”
“where?”
“somewhere.” Ujar farhan sepatah. Tanda dia malas nak ulas
lanjut tentang kehilangannya. Bukan masanya lagi.
“okay then. I’m up.”
Comforter ditolak.
“I belikan you something.” Sambung farhan dengan mata
tertutup.
“apa?”
“ada kat sofa sana. Tengokla.”
Fazura turun dari katil dan bergerak ke sofa dihujung bilik.
“baju kurung?”
Farhan angguk. Masih dengan mata tertutup.
“why this?”
“don’t you want to thank me first?”
Fazura buat muka.
“ok. Terima kasih banyak-banyak.”
Fazura memandang 3 pasang baju kurung diatas sofa itu.
Semuanya corak abstract dan Nampak elegen. Dan dia tahu, semestinya mahal.
Tengok saja manic-manik dan batu-batu yang ada di baju itu.
Dia senyum kecil.
Dah lama dia tak memakai baju kurung. Dalam almari pun, ada
2 pasang saja. Baju kurung raya 2tahun lepas.
“thanks. Really. Honestly.”
Tadi agak tak ikhlas sebab kena perli. Tapi sekarang memang
ikhlas. Terharu pun ada.
Farhan angguk. Comforter ditarik kebadan. Nak tidur, nak
lelapkan mata.
“you dah makan?”
Tanya fazura apabila melihat farhan diam saja diatas katil.
Senyap.
“farhan.”
Fazura senyum lagi bila melihat farhan yang lena itu. Dia
bergerak kekatil semula. Comforter
dibetulkan ke badan lelaki itu, agar lebih selesa.
“thanks. again”
Dia tahu farhan tak dengar itu. At least, dia berterima
kasih dengan hadiah dari lelaki itu.
Sedikit sebanyak, farhan Berjaya mengubah wardrobenya. Dan
mungkin juga, Berjaya mengubah hatinya?
*****
“Dah bangun?”
Fazura pandang farhan yang baru melangkah masuk ke ruang
tamu itu. Dia bangun dari sofa dan bergerak ke dapur.
“nah. Your milo.”
Milo untuk weekends dan coffee untuk weekdays.
Farhan angguk.
“I dah masak. Nak makan?”
“you masak apa?”
“telur bungkus dengan ayam black pepper.”
Farhan angkat kening. Sedikit tak percaya.
“I’m improving okay?”
Farhan gelak.
“I tak cakap apa-apa.”
“yeah. Tapi muka tu, ingat I tak tahu?”
“well. Don’t judge me by the way I look, though I know I’m
good looking”
“right. You are still annoying.”
Fazura kembali ke dapur. Lauk yang dimasak tadi dipanaskan
semula. Dia pun sebenarnya tak percaya dengan diri sendiri.
Telur bungkus. Even tak perfect dan dia terpaksa triple
‘bungkus’ telur tu sebab bocor, but still rasanya okay. Dan ayam black pepper.
Agak hitam. Tapi okay.
Rasanya mungkin sedap. Mungkin.
“tak sangka within these few weeks, you dah boleh masak.
Tapi still eatable ke?”
“of course. Nak tahu sendiri, kenalah try.”
Farhan angkat bahu. Nasi dan lauk dah disumbat dalam mulut.
Dia kunyah perlahan. Hatinya risau. Manalah tahu kalau-kalau diarrhea lagi.
“so?”
“erm…”
Fazura menunggu kata-kata dari farhan.
“first impression, agak lacking. Then, rasanya…you tertukar
garam?”
Fazura pandang farhan tak percaya.
Takkanlah masin sangat?
Terus dia sendukkan lauk dalam pinggan.
“erk.”
Masin.
Seriously masin.
Dia pandang kecewa dengan lauk-pauk atas meja. Penat dia
memasak tapi akhirnya kecewa. Hajatnya nak gembirakan hati farhan, tapi..
Cup.
Nak gembirakan hati farhan?
Dia pandang farhan.
Yup. Dia memang nak gembirakan hati lelaki itu. At least,
sikit pun jadi. But then, macam ni pulak jadi?
“but. Overall, I give 6 over 10.”
“for the efforts.”
Farhan senyum sikit.
Dia nampak bertapa kecewanya fazura. Penat lelah fazura
untuk memasak, walaupun dia baru mengenal tentang aktiviti itu.
Fazura senyum. Hambar.
“don’t worry. still boleh alter.”
Farhan bangun dari kerusi. Tangan dibasuh.
“you nak bawak mana ni?”
Fazura pandang farhan yang membawa pinggan lauk-pauk itu ke
dapur semula. Farhan hanya angkat bahu.
“wait and see. And learn.”
Dia melihat farhan yang sedang memasak itu. Tekun.
“nah. Rasa.”
Sudu dihulurkan kepadanya.
“sedap.”
“better?”
“yeah. Way better,”
Farhan senyum.
“okay then, kita boleh sambung makan.”
Mereka kembali ke ruang tamu.
“thanks, farhan.”
“why?”
Fazura diam. Selalunya susah untuk dia terangkan kepada
farhan. Susah untuk dia jelaskan kenapa dia berterima kasih kepada lelaki.
Sudahnya dia hanya geleng.
“nothing. Makanlah.”
Dalam diam, dia mengeluh perlahan.
Rasa nak ketuk diri sendiri pun ada.
Memang farhan cakap dan pesan, nak masak, kena ada dia
sekali. Sebagai observer. Tapi takkanlah setiap kali masak kena ada farhan?
Macam mana nak improve kalau macam tu?
Dan macam mana nak ambil hati dan gembirakan farhan kalau
kena ada farhan setiap kali masak?
No comments:
Post a Comment