[12]
Ipod ditangan kanan dislide. Jari-jarinya laju menekan
volume. Sekuat mungkin. Loud.
Earphone disumbat dalam telinga.
Lagu MUSE. Nasib baik bukan metallica.
Hati yang panas membara ini perlu disejukkan.
“you buat apa ni?”
Fazura pandang farhan dikaunter dapur. Tanpa perasaan.
Tangannya kembali lincah bekerja.
“I’m asking you.” Suara itu berbunyi lagi.
Dia mengeluh. Nak buat kerja sikit pun tak senang.tak boleh
duduk diam-diam dalam mini-office tu ke?
“tengah mengemas.” Balasnya pendek.
“mengemas?”
Dia angguk. Mata masih memandang bawah. Tangan masih
bekerja.
Dah terang-terang dia tengah mengemas ni, takkan itu pun nak
Tanya lagi?
Ada mata, tengok.
“this is what you called mengemas?” Tanya farhan lagi. Tak
puas hati.
Memanglah fazura ni tengah mengemas, tapi…
“yup. You dah tahu, dah nampak. nak Tanya lagi?” balasnya sedikit
menyampah. Obvious.
Farhan pandang fazura. Kemudian, dia memandang ruangan dapur
yang selama ini putih bersih dan kemas kini dah bertukar, menjadi….
Kawasan-selepas-dilanda-ribut taufan?
“apa yang you dah buat ni?” tanyanya lagi.tak puas hati dengan
penjelasan pendek dari fazura.
“told you, mengemas.”
Fazura bangun dari bersilanya. sedikit marah dengan nada
tone farhan.
“apa yang you dah buat before mengemas ni?”
“baking.”
“baking?”
Fazua angguk.
Betullah. Tadi, dia baking.
Tapi, baking rupanya tak sesenang yang dia nampak. Tak
se’lawa’ hasil yang dia pernah makan.
“then, what happened?”
Fazura diam.
Dah nampak, dan boleh buat kesimpulan sendiri. So, fikir
sendirila.
“you blew up the kitchen?”
“na. i’m decorating the kitchen.” Ujar fazura sinis.
“with these mess?”
“kan I dah nak kemas
ni.”
“yes you are.”
“and please, farhan. Sila keluar. I nak kemas ni.” ujarnya
dengan penuh lemah lembut untuk menghalau farhan keluar dari dapur.
“kalau I taknak?”
Fazura pandang farhan. Tak puas hati.
“keluarla. Nanti mulut you tak habis-habis bagi komen maut.
Sakit telinga tau. Sakit hati lagi. Badan I sakit pun ada jugak. Layan you
macam layan…” fazura terdiam sebentar.bertenang. kalau tak, ada jugak yang
berperang nanti.
“layan siapa?”
Fazura biarkan soalan itu tergantung.
Tangannya kembali menyelap lantai yang ada sisa-sisa mixture
yang terpecik tadi.
“layan siapa, fazura?”
Fazura masih tekun dengan kerja mengelapnya.
“layan orang gila.” Balsnya pendek.
Memang betul pun. Layan farhan lagi teruk dari layan orang
yang kurang siuman. Even sakit hati tapi tahu yang orang itu tak ada keupayaan
dalam mengawal dirinya. Tapi farhan ni? sihat walafiat. Physical dan mental.
“nak tengok I jadi gila?”
Fazura pandang farhan tajam.
“you jangan nak buat kerja gila.”
“kalau I nak?”
“you wouldnot dare..”
Farhan angkat kening.
“really?”
Fazura bengang. Blood pressure dah naik sikit.
Tahu tak yang dia sekarang ni memang mood tak baik?
Tapi lelaki ni saja nak tambah minyak kan. saja nak buat dia
naik angin.saja nak cari gaduh.
Selepas cooking day, dia jadi semangat. Semangat untuk
belajar memasak. Yelah, dia dapat positive response dari farhan. Mestila
semangat memasak up kan?
Kemudian, semalam masa balik office, dia nampak sibakery
girl merangkap jsmine.
Idea untuk baking terus datang.
Macam biasa, dia google. Chocolate cake. Macam simple.
Resepi pun tak complicated.Terus dia beli barang-barang.
Permulaan buat cake ni, semuanya berjalan lancar. Apa yang
perlu dia sukat, da sukat. Perfect. Semua cara-cara dan langkah-langkah berjaga
dia ikut. Sebijik-sebijik. Berapa minit untuk mix butter dengan gula, dia ikut.
Berapa lama kena masukkan telur sebiji-biji pun dia setkan timing. Every
second. Every minute. Perfectly.
But then, semuanya jadi nightmares.
Last step. Masukkan tepung dan coklat genache.
Entah mana silapnya, mixture keknya bertukar menjadi ribut
taufan. Terbang kesana kesini. Terpercik kesana ke sini.
Oh my, rupanya mixer terlalu laju.
Then, masa nak offkan mixer tu, dia terlanggar kotak telur
yang ada dihujung meja.
Selamat sudah 6 biji telur ‘membuat corak’ dilantai. Elok
pulak warnanya. Putih dan kuning. Cantik sangat.
Dan selepas itu, semuanya…..nightmares.
Hati yang kecewa ditenangkan sendiri. Dia tarik nafas dalam.
Nak mengamuk, memanglah.
Tapi.
Nak buat macam mana, dah nak accident. Nak salahkan mixer
tu, tak logic. Nak salahkan telur yang ada kat hujung meja tu, lagila merapu.
Akhirnya, semua adunan kek itu dah masuk sinki. dan dapur
perlu dikemaskan. Impian untuk bake chocolate cake hilang habis. Hancur.musnah.
Ingatkan semua kerja-kerja mengemas akan settle sebelum
farhan muncul. Tapi rupanya tidak. Ingatkan lagi, farhan akan tengok dan
ketawakan dirinya. Tapi, dia lupa agaknya. Farhan takkan lengkap tanpa kata-kata
sinis yang tajam lagi berbisa itu.
Dan sekarang? Farhan tengah menguji tahap kesabarannya yang
dah tipis ini, tambah pula dengan rasa kecewa dan marah dengan diri sendiri
sebab gagal buat chocolate cake yang senang itu.
“baik you keluar. Before I mengamuk.”
Farhan gelak.
“mengamuk? That’s interesting. Dah lama I tak tengok orang
mengamuk.”
Fazura pandang farhan tajam. Farhan angkat kening. Double.
Tangan disilang didada.
Memang cari nahas!
“tak payah nak buat muka garang macam tu. ingat I takut?”
“lain kali ingatlah. You ni baru nak belajar masak. Belajar
dulu benda senang. Ini tak, terus nak bake kek? Huh. Memang tak sedar diri.”
“you!”
Kesabarannya dah off.
Telur yang ada lagi berbaki atas meja dicapai dan dibaling
kepada farhan.
Pap.
Pap.
Elok landing diatas dahi lelaki itu. 2biji.
Padan muka!
Farhan pula dah terpaku. Tak sangka kena serang dengan
telur.
“you what?”
Tak cukup itu, tangannya mencapai tepung dan dibaling kepada
lelaki itu.
Farhan dah bertukar warna. Padan muka! Puas hatinya dapat
kenakan farhan.
Dah cakap tadi, suruh keluar tapi taknak. Kan dah kena.suka
sangat provoke orang, dahla mood memang tak ada.
“fazura!”
Suara farhan bergema.
Marah.
“kan I dah cakap, suruh you keluar. Tapi you yang degil and
nak jugak provoke I. kan dah kena. Bukan salah I seorang. You yang sengaja cari
pasal. Lagipun tadi you nak tengok I mengamuk kan? ha, dah dapat.”
“best?”
Fazura silang tangannya. Bersedia untuk segala kemungkinan
yang ada.
Farhan gelak kecil.
Fazura buat muka. Hairan. Tadi, marah. Sekarang gelak pulak?
Memang dah gila ke?
“macam mana you lepaskan geram pada I, you takkan lari dari
hakikat yang you sebenarnya tak pandai langsung memasak. You beli cooking book
yang paling mahal pun takkan dapat gurantee yang you akan pandai masak.”
“you are seriously dan definitely cannot cook. Not in
thousand years”
“I wonder, gene memasak tu memang tak ada dalam badan you?
Nak I registerkan you dalam cooking class for for juniors?”
Farhan gelak. Sinis.
Fazura tersentap.
Sungguh. Segala apa yang fazrhan cakap itu terkesan
dihatinya. Setiap kata-kata farhan meresap dalam otaknya.
Dia pandang farhan. Tarik nafas.
“thanks sebab ingatkan i.” ujarnya perlahan. Sedih.
Saat dia cuba bergerak keluar dari dapur, langkahnya sumbang.
Dan akhirnya jatuh. Macam nangka busuk depan farhan.
Sakit.
Lagi kuat lelaki itu gelakkannya.
Airmata yang ditahannya keluar juga.
Hatinya dah tak rasa apa. Kecewa, sedih, sakit. Semuanya
ada. Tapi bila dah banyak kali kena ‘attack’ rasanya hatinya dah tak berperisa.
Dia benamkan mukanya ke beanbag. Geram masih bersisa.
Dapur yang messy tadi ditinggalkan. Nantila, bila dah
dirinya tenang dan bila farhan keluar dari rumah, dia akan bersihkan.
Yang penting sekarang, hatinya kena bertenang dulu.
Dia tenung langit. Dah bertukar warna. Senja.
Dia bangun. Baju kotor dan semestinya mukanya comot perlu
dibersihkan.
Dia masuk kebilik. Kosong.
Mana farhan?
Ah. Lantakla.
Tuala dipenyidai ditarik dan dia melangkah masuk ke toilet.
Dia terpaku dihadapan pintu toilet.
Farhan.
Berus gigi ditangan kanan dan berboxer. Memandangnya sambil
mengangkat kening.
Fazura kaku.
Kenapalah nasibnya hari ni malang? Asyik ‘bermain’ mata
dengan lelaki itu saja.
Dia menimbang dalam hati. Nak masuk atau keluar?
Masuk dan buat selamba, macam farhan langsung tak wujud.
Atau, keluar dan copkan diri sendiri yang dia sebenarnya
suka mengalah?
Huh.
Perlahan dia senyum kecil. Nak mengalah? Huh, sorry.
Lebih-lebih lagi bila teringat kisah kat dapur tadi.
Dia buat-buat tak nampak farhan walaupun tadi obvious sangat
mereka bertentangan mata. Dia buka baju satu demi satu dan diganti dengan tuala
dibadan.
Nak malu?
Tak payah. Lagipun farhan dah pernah tengok masa kat colmar
tropicale dulu. Dan sekarang farhan dah jadi suaminya. Tak ada halangan
langsung.
Farhan senyum. Tak sangka, berani pulak fazura menukar baju
didepannya. Dia siap berkumur dan berus gigi diletak didalam bekas. Dia kini
berpaling dan menghadap kea rah fazura yang sedang menukar bajunya. Tangan
disilang.
Free show depan mata. Mana boleh lepas.
Dia mengangkat kening.
Fazura buat tak endah.
“are we going to take bath together?”
Fazura pandang farhan.
“why? You takut? Nak back out?”balas fazura berani.
“me?”
Farhan gelak.
“ikan depan mata, mana boleh lepas. Right?”
Fazura buat muka. Ingat dia takut?
“it is a yes then.”
Fazura hanya pandang farhan yang semakin dekat.
*****
Selesai berpakaian, fazura kembali melangkah ke dapur. Perlu
kemaskan dapur berselerak tadi. Sekali lagi dia terpaku.
Ruangan dapur dah kembali normal. Putih bersih. Macam tak
ada apa-apa yang terjadi tadi.
Dia bermimipi?
Tak mungkin.
Lantai yang bercorak dengan telur tadi dah bersih. Licin.
Siap berbau pencuci lantai wangi lagi. Kaunter dapur yang penuh dengan mixture
chocolate cake tadi juga bersih. Bahan-bahan baking dah disusun elok ditepi
kaunter. Bekas telur dah kembali ke tempat asal.
Seriously?
Dapur ni dah kembali ‘normal’.
Di satu sudut sebelah bahan-bahan cooking, ada sebuah kotak di situ. Nota kecil ditarik
dan dibaca.
I am your chef. Remember that. Kalau nak cooking or baking
or whatever, take permission from me first. Then, we’ll do it. Only with my
presence and my permission. Kalau tak, memang disaster.
Kotak dibuka.
Sebiji chocolate cake yang sederhana kecil. Hanya ada satu
bunga hiasan kecil diatas kek.
Fazura menutup kembali kotak itu.
Dia tersenyum kecil.
Peristiwa bergaduh dalam toilet tadi masih terbayang. Ada ke
patut dia dan farhan bertekak dalam toilet tu semata-mata nak berebut bathtub?
Masing-masing taknak mengalah. Masing-masing nak masuk dalam bath tub tu.
Terlintas jugak dalam kepalanya, kalau share, apa salahnya
kan? tapi, farhan tak cakap apa-apa. Takkanlah dia pulak nak usulkan, kan?
Tak pasal-pasal dapat title penggoda. But why not? Kata dah
husband wife.
Last resort, fazura guna taktik kotor.
Sementara farhan tengah cuci muka, dia terus masuk dalam
bathtub dan tuangkan shower cream banyak-banyak dalam air. Sampai berbuih-buih.
Farhan hanya mampu pandang tajam. Terus dia beralih ke
shower dan mandi disitu.
Farhan,mana boleh kalau bathtubnya berbuih penuh. Cukuplah
kalau air suam-suam. Untuk tenangkan badan. Tak perlu buih-buih.
Fazura senyum menang. Dia pun sebenarnya tak suka jugak tapi
untuk beralah dengan farhan kali ni? mintak maaf. Lain kali saja, okay?
Kotak dibuka lagi. Kek dipandang lama.
Senyuman kembali terukir.
No comments:
Post a Comment