W E L C O M E

S E L A M A T D A T A N G


Setiap tulisan disini adalah dari ilham saya sendiri. my languange are campur-campur. but then, in adalah untuk suka-suka saja.

my another world.

hopefully, you're enjoying these ^^






Tuesday, November 4, 2014

haine et l'amour 15

 [15]

“zara?”

“hmm?”

“okay ke macam ni?”

Fazura betulkan dress labuh dibadannya. Sesekali dia pandang cermin panjang dihadapan.

“okay. lawa.”

Komen wanita berbadan dua yang sedang tekun membetulkan dressnya. Dipandang pula miss wedding planner. Anggukan sama diterimanya.

“seriously?”

Mereka angguk lagi.

“lawa sangat, fazura.” Tekan mereka lagi. Senyuman kecil terlepas. Geli hati dengan ‘kekalutan’ si pengantin.

Fazura mengeluh perlahan. Diri ditelek lagi. Still tak puas hati.

“kenapa?”

Fazura tarik nafas.

“rasa macam tak kena.”

“apa?”

“this.”

Zara pandangnya tak faham.

“do you think this is okay?” Tanya fazura lagi.

Zara senyum.

“this is beautiful, mrs farhan. So stop all those negative thoughts in your head. Instead, smile dear.”

Fazura mengeluh lagi.

Sungguh dia takut. Takut kalau-kalau dressnya ini tak lawa. Takut kalau-kalau baju ini tak cantik, tak standing dengan farhan. Takut kalau-kalau dia merosakkan majlis penting mereka ini.

“fazura. listen.”

Dia pandang zara.

“tarik nafas. Dalam. Kemudian, hembus perlahan.”

Tangannya yang sedikit sejuk digenggam erat zara. Dia mengikut kata-kata zara. Tarik nafas dalam. Kemudian hembus perlahan.

Latihan pernafasan itu Berjaya membuatkan hatinya tenang sedikit. Okaylah berbanding dengan tadi.

“insya allah semuanya akan okay saja. Okay?” ujar zara lagi.

Dia angguk perlahan.

Miss wedding planner pandang fazura.

“last touch up.”

Dia berjalan kea rah miss wedding planner yang kini berada di meja solek.

“tuan farhan nak masuk.”

Ujar satu suara. Fazura berpaling. Dia nampak zul berbaju melayu, sedondon warna dengan zara. Kemudian, dia nampak juga wajah itu. Langkah tadi mati dan kaku. Hatinya berdebar kuat. Berdegup laju. Rasa hati yang sedikit tenang tadi kembali menjadi ribut. Kencang!



Farhan!



“ada apa-apa yang tuan nak?” Tanya miss wedding planner.

Farhan geleng.

Dia memerhati bilik president suite itu. Luas. Dan cantik.

Namun matanya terpaku pada satu figure yang kaku melihatnya. Ditengah bilik.

Dia…speechless.

“majlis nak bermula lagi 10minit. Kami tunggu kat luar.”

Ujar miss wedding planner sambil menapak keluar. Zara dan zulhilmi yang berada dalam bilik turut keluar. Sempat zara memberi kata semangat kepada fazura.

“so…”

Farhan berjeda.

Kakinya melangkah perlahan kearah figure itu. Tajam melihat figure itu.

“this is your wedding dress? Dress yang terlalu rahsia dari i?”

Fazura tunduk. Tak tahan nak menatap wajah farhan. Pertama kali dia kaku. Tak membalas kata-kata farhan itu.

“it’s beautiful.”

Terus dia mengangkat wajahnya.

Dia pandang wajah farhan.

“it’s beautiful.” Ujar suara itu. Dengan nada yang lebih lembut.

Perlahan, fazura mengukir senyuman.

Hati yang gundah tadi kembali tenang. Malah lebih tenang.

Hanya selepas mendengar suara itu.

“and this..”

Farhan semakin mendekat. Dekat sehinggakan kasut mereka bertemu. Sehingga nafas farhan terasa dekat menyapa wajahnya.

“thank you.”

“I don’t really know if it’s permanent or you are doing just for our wedding. But thank you.”

Fazura tergamam. Perkataan thank you meniti dibibir farhan. 2 kali.

Dia terharu.

Airmata yang hampir menitis diseka farhan perlahan.

“don’t cry. It’s our wedding day. You should be happy.”

“I am.”

“by crying?”

Fazura tatap wajah itu.

“boleh tak kita tak gaduh dan balas-balas kata hari ni?” pintanya perlahan.

Farhan gelak perlahan.

“I want the best for today.” Tambah fazura.

Farhan menarik fazura semakin dekat. Tangannya berlingkar dipinggang fazura.

“I don’t want to ruin our beautiful day, too. Dan juga, taknak musnahkan semua yang you dah usahakan.”

“again, thanks. For this lovely dress. And this hijab.”

Fazura tatap dirinya.

Dress labuh ala-ala busana muslimah versi wedding dan selendang. Menutup segala miliknya yang dulunya bebas ditayangkan kepada umum.

Terima kasih kepada zara dan miss wedding planner.

Terkejut juga zara bila dia menyuarakan hasratnya itu. Mungkin tak percaya juga. yelah, dia yang dulunya seksi meksi kini nak berubah untuk menutup segalanya?

Dan permulaannya di majlis ini. Majlis perkahwinan dia dan farhan.

Alhamdullilah.

Semuanya dipermudahkanNya.

“farhan.”

Dia tatap wajah farhan dihadapannya.

Kacak dengan baju melayu yang senada. Light peach. Selama ini, jarang sangat dia Nampak farhan pakai baju selain office-attire. Dan dirumah, tshirt dan sport pants.

Dan hari ni, baju melayu.

Farhan Nampak lagi ‘lembut’. Wajah sinis yang selalu ditayangkan itu bagaikan tenggelam dengan kelembutan yang ada hari ini.

Hari ini, the new farhan.

Dan dia, the new fazura.

Hopefully.





*****





Farhan dan fazura berjalan beriringan masuk ke dewan. Tepukan gemuruh mula kedengaran. Tangan fazura semakin erat digenggam farhan. Tetamu tersenyum melihat mereka.

Fazura melihat dewan besar itu. Kagum.

Fresh flowers berwarna putih merata-rata menghiasi dewan itu. Ditengah dewan, ada pelamin indah. Berwarna putih. Mewah dengan fresh flowers. Ada juga selitan hiasan berwarna gold.

Dia kalih ke sebelah. Kearah farhan yang kebetulannya turut memandang fazura. Mereka berbalas senyuman.

“thank you.”

Farhan hanya senyum. Tangan dieratkan lagi.

Perlahan dia menarik fazura kearahnya. Dahi fazura dikucup lama.

Kemudian dia pandang mata fazura. Terpaku sebentar. Lama dia merenung wajah itu, sehinggalah dikejutkan dengan suara zulhilmi disebelah, merangkap pengapitnya malam ini.

Zara turut menyusik ‘pengantin baru’ itu.

Farhan hanya mampu senyum.

Teringat pula kisah mereka di bilik suite tadi.





“can I hug you?”

Permintaan fazura membuatkannya terpaku. Tak tersangka.

Fazura masih lagi memandangnya. Wajah itu kelihatan merah.

“are you blushing? Or it’s just the make up?”

Hilang senyuman fazura.

Farhan pula, semakin lebar senyumannya.

“come.”

Dia tarik tubuh fazura dekat.

“I pun nak request jugak.”

Tubuh direnggangkan. Fazura memandang farhan hairan.

Request?

“correction. Bukan request. Tapi,  a demand.”

Fazura angkat kening.

Farhan senyum lebar.

“I want this.”

Jari farhan dibibir fazura. Belum sempat dia memproses kata-kata farhan, dia sudah pun ‘dirasa’ oleh farhan.

Kalaulah dia mampu untuk menghentikan masa, sudah lama dia akan buat begitu. Kerana baginya, saat ini adalah saat yang paling bahagia untuk dirinya. Saat dimana hatinya berbunga riang. Berbunga bahagia.

“sweet.”

Fazura tunduk malu. kemudian, dagunya ditolak lembut supaya berhadapan dengan farhan.

“if I could, I want to stop the time and stare at you for the rest of my life.”

Harapan mereka sama. Biarlah saat bahagia ini akan kekal begini.

Kerana meraka takut untuk berdepan dengan hari esok. Hari yang tak mungkin menjanjikan rasa bahagia sebegini. Hari yang mungkin mereka akan kembali ke rutin biasa.

Bergaduh dan berbalas kata. Sinister.

Takut dalam berani, dia membelai pipi farhan. Mereka bertatapan lagi. Sekali lagi farhan menyapa bibirnya.  Dan fazura hanya membiarkan. Biarlah, untuk kali ini, dia ingin menikmati belaian farhan, rasa kasih sayang farhan.

Mungkin untuk kali terakhir.





Saat bahagia mereka tadi masih terbayang.

Dia kalih ke fazura yang sedang duduk diatas kerusi pelamin. Tersenyum manis.

Kalaulah dia ada masa untuk hentikan semua ini. Dia mahu kekal dengan rasa bahagia ini.

Rasa bahagia sebegini tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tak pernah.

Saat dia melihat fazura dalam persalinan dress labuh dan selendang sepadan, dia bagaikan…jatuh cinta? Mungkin. Entahla, dia sendiri tak pasti. Yang dia pasti, hatinya tenang. Hatinya bahagia.

Kisah rutin hariannya dengan fazura yang selalu berbalas kata dan sindir menyindir itu bagaikan hilang. Lenyap.

Namun dia tahu, kisah bahagia ini bakal berakhir. Seperti mana malam ini akan berlalu pergi, menjelma dan bertukar menjadi siang.

Dan sekiranya itu berlaku, biarlah saat ini akan terus ‘melekat’ dan berbunga mekar dalam kepala dan hatinya. Biarlah saat bahagia ini akan terus menemani sepanjang hidup dia dan fazura.

Insya Allah.





*****





Fazura memandang tak berkelip farhan yang sedang berbicara dengan kawannya. Sesekali farhan akan memandangnya senang. Dengan senyuman manis dibibir. Dan tangan digenggaman lelaki itu.

Wajah lelaki itu tak puas ditelek. Bagaikan bertahun-tahun berpisah padahal setiap hari dia berdepan dengan lelaki itu. Setiap hari berjumpa dan semstinya bergaduh.

Cuma bezanya, sejak kebelakangan ini dia mencuba untuk berubah. Dan dia perasan farhan juga cuba untuk berubah.

Dia mengeluh perlahan.

“why?”

Fazura pandang farhan yang sedang menatapnya hairan.

“why?”

“you mengeluh. Penat?”

“little bit.”

“we still have guests.”

“yeah. I tahu. Don’t worry, I dapat bertahan.”

“really?”

Fazura angguk.

Farhan mengeluh perlahan. Tangannya mengusap belakang badan fazura. Lembut.

“if you…kalau tak larat, you berehat dulu.”

“no. it’s okay.”

“sure?”

Fazura angguk lagi. Memang dia penat. Dan dia tahu juga farhan pun penat. Takkanlah dia nak berehat dan biarkan lelaki itu melayan tetamu  keseorangan?

“sure?”

“yes. Jangan bimbang.”

“and. Thanks.”

“for?”

“ambil berat tentang I.”

Farhan tak balas. Cuma diam.

“and you. Still keras kepala.”

“are we arguing right now?”

“you want us to?”

Fazura geleng.

“I nak capture the most memorable moment dalam hidup i. kalau boleh, I taknak ada rasa tak best. Langsung taknak.”

“same with me.”

Balas farhan pendek. Namun cukup untuk memberi semangat kepada fazura.

“then, lets make it the most unforgetable moments in our life.”

Genggaman semakin erat. Dan senyuman makin lebar.




haine et l'amour 14

[14]

“fazura.”

Fazura angkat wajahnya dari meja lalu memandang farhan.

“this afternoon, I’m free right?”

“yup.”

“we need to go for fitting.”

“fitting?”

Farhan angguk.

“why?”

“dah lupa?”

Fazura pandang lagi wajah farhan. Apa yang dia lupa?

Oh.





“ I akan umumkan wedding kita esok and i nak buat majlis hujung bulan. Is it okay with you?”

“majlis?”

“wedding.”

“oh.”

“so, is it okay?”

Fazura pandang farhan.

Lelaki itu mengambil kira pandangannya?

“I taknak big wedding. I mean, with all the publicity.” Kemon farhan lagi apabila melihat fazura diam saja.

“you taknak?”

Farhan geleng.

“weird.”

“why?”

“biasanya kalau orang kaya macam you ni selalunya nak majlis besar-besar.”

“itu, orang lain.”

“yeah. I tahu. You tak suka publicity. Dan tak suka orang ramai. But then kenapa nak buat juga?”

“yeah. I wonder why.” Ujar farhan dengan nada sinis.

Fazura jeling tajam.

“anggap saja I nak bagi you peluang untuk rasa jadi real pengantin. Once in your lifetime.”

“really?”

“tak.”

Fazura mengeluh.

Rasa mimpi pulak kalau farhan nak buat majlis itu untuk dia semata-mata.





“I dah buat appointment dengan wedding panner. We’ll meet her today.”

“you do?”

Fazura pandang farhan tak percaya.

“really?”

Lelaki itu handle sendiri?

“ha ha ha. I’m damn joking right now.”

Fazura senyum pandang.

Wajah sinis farhan tak dihiraukan. Dia tahu, farhan dah plan tapi still taknak mengaku. Dia bangun dari meja dan mendekati meja farhan.

Tangannya dihulur.

Farhan hairan.

“why?”

Fazura diam. Hanya senyum. Tangan masih dihulur kea rah farhan.

Lambat-lambat farhan sambut tangan itu.

“terima kasih.”

Handshake.

Nak buat lebih-lebih tak sesuai sebab mereka pun bukannya rapat sangat-sangat untuk berpeluk cium. segan masih ada. Still tak serasi dengan status baru. Dan perubahan baru itu.

Farhan senyum kecil.

“handshake?”

“yeah.”

Farhan gelak.

“why?”

“ni cara terima kasih you?”

Fazura angguk.

Sebenarnya nak peluk tapi segan. Tengok farhan macam tu, lagilah segan. Nanti cakap dia tak malu pulak. Lagipun dia tahu tak salah kalau nak peluk cium semua kan?

Dah suami sendiri.

Dulu, buat kat orang lain, berani pulak? Iskh. Iskh.

“come.”

Farhan tarik tangan fazura untuk berdiri disebelahnya. Perlahan dia memeluk wanita itu.

Fazura kaku.

Pertama kali dipeluk oleh farhan, si  suami sendiri.

Funny, right?

Yang pasti jantungnya tak rasa nak gelak. Malah lebih berkerja keras. Berdegup lebih laju dari biasa. Seperti kali pertama farhan mengajarnya memotong carrot dulu.

“this is the proper way.”

Fazura senyum kecil.

Dia dongak. Kemudian mendekati wajah farhan.

“thanks again.”

Pipi kiri farhan dikucup. Laju.

Farhan hanya tersenyum. Pelukan dieratkan.



*****



Fazura mengeluh perlahan. Album dihadapannya dibelek bosan. Tiada satu pun yang menarik hati. Dah khatam banyak kali pun still tak ada yang memikat hati.

“dah decide?”

Dia angkat wajah. Farhan sedang merenungnya sambil menatap majalah.

Dia geleng.

Farhan mengeluh. Dah hampir sejam mereka berada dibutik ini. Dan hampir sejam juga fazura membelek album itu tanpa perasaan.

Dia bukannya boleh sabar sangat kalau duduk lama-lama macam ni.tak suka!

Dia tarik nafas dalam.

“tell me. Apa yang ada dalam kepala you?”

“ni saja yang ada, miss?”

Soalan farhan dibiarkan. Dia memandang miss wedding planner disebelah.

Farhan mula buat muka. Orang dah Tanya elok-elok, dia taknak jawab. Sengaja nak cari gaduh?



Ok fine. Suit yourself!



Farhan bangun dan menuju ke luar.

Fazura hanya pandang.

Dia ada buat salah ke tadi?

Fazura mengeluh lagi.

“puan.”

“No, call me fazura.”

“okay, fazura. Gambar dalam album ni sebenarnya contoh saja. Kalau ada mana-mana design yang you berkenan tapi kain material tak kena dengan selera you, kita still boleh alter.”

Fazura angguk.

Design baju pengantin dalam album itu semuanya lawa-lawa. Kain material pun high class. Bermutu tinggi. Tapi entah kenapa dia tak berkenan.

“macam ni la, fazura. You pegang dulu album ni and bincang dengan tuan farhan. Bila dah decide, bagitahu I. okay?”

Fazura angguk. Lebih baik macam tu.

“thanks.”

“it’s okay. I tahu you mesti nak yang terbaik kan?”

Fazura senyum. Mestilah. Once in lifetime. Even dengan farhan.

“tapi, fazura. Kalau boleh by the end of this week boleh? Sebab i takut tak sempat nak siapkan baju you. Sekarang ni musim kahwin, risau kalau tak siap.”

Fazura angguk lagi.

“thanks.”

Dia bangun dan salam dengan miss wedding planner.

“kalau ada apa-apa, you boleh call I”

Album dipegang di tangan. Kakinya melangkah ke luar. Ke arah kereta dimana farhan sedang menunggu.

“kita balik rumah terus.”

Fazura hanya diam. Malas nak cakap apa-apa. Lagipun memang dia tak tahu nak cakap apa-apa. Memang dalam kepalanya ada banyak sangat nak Tanya pasal majlis itu tapi mulutnya bagaikan berat untuk bertanya.

Sudahnya dia hanya mengeluh.

Farhan jeling dari tepi.

“dah decide?”

“belum.”

“why?”

“tak berkenan.”

“then?”

“she gives me more time.”

“till?”

“end of these week.”

“majlis tu hujung bulan. Which is another 3weeks. Just to remind you.”

“I tahu. Don’t worry. I takkan hancurkan majlis I sendiri.”

“baguslah kalau you tahu.”

“one more thing. I pakai baju melayu malam tu, just want to let you know that.”

“and?”

“just in case kalau-kalau you nak reka baju yang extravaganze. Clash nanti.”

Fazura jeling.

“I tahulah.”

“good.”

Akhirnya sama-sama diam. Risau kalau cakap lagi, ada yang gaduh pulak. Mood pun dah tak berapa okay.



*****



“zara?”

Fazura mendekati zara yang sedang duduk di meja tengah itu.

“kenapa?”

“mintak tolong boleh?”

Fazura senyum kecil. Malu sebenarnya. Yelah, selama ni mana pernah nak mintak tolong. Orang pun dah cop dia sombong.

Bukannya taknak mintak tolong but then, kalau ada benda yang dia boleh buat sendiri, takkanlah nak mintak tolong jugak kan?

Tapi, hal ni memang kena mintak tolong.

“nak mintak opinion you.”

Zara senyum.

“duduk dulu.”

“apa, fazura?”

“you tahu majlis hujung bulan ni?”

Zara angguk.

Fazura mengeluh.

“I ada masalah dengan baju i.”

“masalah apa? Saya cuba tolong kalau boleh.”

“I rasa you saja yang boleh tolong.”

Zara angkat kening. Pelik dengan ayat fazura.

“dan, kalau boleh I nak you rahsiakan pasal ni dari tuan farhan. Boleh?”

Lagilah zara hairan bila dengar permintaan fazura.

Jangan cakap isteri tuan farhan ni nak buat kerja gila?

Mustahillah.

Tapi, ada possibility jugak kan? fazura ni bukannya boleh predict sangat.


Lambat-lambat zara angguk. Hatinya, berharap sangat biarlah mrs farhan ni tak buat kerja gila.



haine et l'amour 13


[13]

Fazura merenung kosong TV hitam itu.

Tak ada mood untuk menonton TV.

Kondo kosong dipandang sekilas. Bosan.

Farhan?

Hari ini dah masuk hari kedua farhan hilang. To be exact, menurut farhan, out station.

Outstation?

Kenapa dia sebagai PA tak tahu pun?

Macam misteri sangat. Dan apa yang dia perasaan, setiap 2 minggu, farhan akan ‘menghilang’. At least 3 hari. Bila ditanya, lelaki itu hanya menjawab ‘outstation’.

Out station la sangat.

Kemana? untuk apa? Dan dengan siapa? Semuanya dia tak tahu.

Dia mengeluh perlahan.

Hatinya memberontak untuk tahu tapi nak bertanya dengan lelaki itu? Huh. Mustahil untuk dapatkan jawapan.

Hubungannya dengan farhan masih lagi begitu. Namun, ada sedikit perubahan walaupun mereka still bergaduh, menegakkan pandangan masing-masing.

Tapi, dia cuba untuk bertolak ansur. Dan dia perasan jugak farhan dah semakin ‘lembut’. Komen sinis masih lagi  meniti dibibir lelaki itu tapi tak sekasar masa mula-mula dia kenal farhan dulu.

Kalau dulu asyik sakit hati dan sakit badan, sekarang dah kurang.

Improvement la kan?

Fazura bangun dan menuju ke bilik. Dia melabuhkan duduk diatas katil. Termenung lagi. Kemudian, dia bangun dan melangkah ke almari.

Pintu dislide.

Dia memandang pakaian yang tergantung.

Kalau dulu, almarinya hanya ada baju yang menurut farhan ‘hanya membalut tubuh’ tapi kini tiada lagi. Skirt pendek dah berganti dengan seluar panjang. Blouse jarang dah berganti dengan blouse yang kebanyakkannya berwarna gelap.

Dan yang penting, separuh dari wardrobenya adalah dari farhan sendiri.

Baju-baju seksi dia dulu masih ada tapi diasingkan. Sayang kalau nak buang. Nak sedekahkan? Macam tak kena pulak sebab sedekahkan baju yang tak cukup kain itu. Akhirnya dia simpan jugak. Farhan pun bagi kebenaran dengan syarat hanya boleh pakai kat rumah. Itu saja.

Dia hanya menurut. Okaylah kalau nak seksi kat rumah. Farhan saja yang tengok.

Sejak kena sindir dengan farhan di Colmar tropicale dulu, dia berazam untuk berubah. Walaupun perubahannya agak minimal, tapi dia gembira dengan diri sendiri.

Dia tahu dia masih lagi tak menutup aurat sepenuhnya. Tapi at least, pakaiannya menutup tubuh badannya. Bukannya membalut tubuh badan. Kepala saja belum bertutup. Mungkin suatu hari nanti.

Mungkin.

Jam dipandang sekilas. Baru pukul 9 pagi. Agak awal dia bangun walaupun dihujung minggu.

Bosan sebenarnya, yelah tak ada teman untuk bergaduh.

Dia mengeluh lagi.

Sudahnya, dia kembali ke katil dan baring disitu. Comforter ditarik semula. aircond dah diturunkan suhu. Cubaan untuk kembali kealam mimpi.

Untung-untung boleh sweetdream.



*****



Fazura bergerak perlahan. Comforter ditarik rapat apabila terasa semakin sejuk. Ada gerakan  disebelahnya.

Mata dibuka. Kecil kemudian besar.

Farhan?

Dia memerhati wajah itu. Bukannya tak pernah buat kerja tak berfaedah itu. Selalu jugak. Terutamanya waktu pagi.

Farhan membuka mata. Sama-sama memandang fazura.

“bila you balik?” Tanya fazura perlahan.

“just now.” Suara itu serak. Baru bangun tidur tapi masih nampak keletihan diwajah itu.

Fazura diam. Tak tahu nak cakap apa.

Selama ini memang dia dan farhan berkongsi katil. Tapi, setakat itu saja. Tak lebih tak kurang. Tak ada pulak, mereka tidur peluk-peluk. No cuddling. No hugging.

“mana you pergi?”

“somewhere.”

“where?”

“somewhere.” Ujar farhan sepatah. Tanda dia malas nak ulas lanjut tentang kehilangannya. Bukan masanya lagi.

“okay then. I’m up.”

Comforter ditolak.

“I belikan you something.” Sambung farhan dengan mata tertutup.

“apa?”

“ada kat sofa sana. Tengokla.”

Fazura turun dari katil dan bergerak ke sofa dihujung bilik.

“baju kurung?”

Farhan angguk. Masih dengan mata tertutup.

“why this?”

“don’t you want to thank me first?”

Fazura buat muka.

“ok. Terima kasih banyak-banyak.”

Fazura memandang 3 pasang baju kurung diatas sofa itu. Semuanya corak abstract dan Nampak elegen. Dan dia tahu, semestinya mahal. Tengok saja manic-manik dan batu-batu yang ada di baju itu.

Dia senyum kecil.

Dah lama dia tak memakai baju kurung. Dalam almari pun, ada 2 pasang saja. Baju kurung raya 2tahun lepas.

“thanks. Really. Honestly.”

Tadi agak tak ikhlas sebab kena perli. Tapi sekarang memang ikhlas. Terharu pun ada.

Farhan angguk. Comforter ditarik kebadan. Nak tidur, nak lelapkan mata.

“you dah makan?”

Tanya fazura apabila melihat farhan diam saja diatas katil.

Senyap.

“farhan.”

Fazura senyum lagi bila melihat farhan yang lena itu. Dia bergerak kekatil semula.  Comforter dibetulkan ke badan lelaki itu, agar lebih selesa.

“thanks. again”

Dia tahu farhan tak dengar itu. At least, dia berterima kasih dengan hadiah dari lelaki itu.

Sedikit sebanyak, farhan Berjaya mengubah wardrobenya. Dan mungkin juga, Berjaya mengubah hatinya?



*****



“Dah bangun?”

Fazura pandang farhan yang baru melangkah masuk ke ruang tamu itu. Dia bangun dari sofa dan bergerak ke dapur.

“nah. Your milo.”

Milo untuk weekends dan coffee untuk weekdays.

Farhan angguk.

“I dah masak. Nak makan?”

“you masak apa?”

“telur bungkus dengan ayam black pepper.”

Farhan angkat kening. Sedikit tak percaya.

“I’m improving okay?”

Farhan gelak.

“I tak cakap apa-apa.”

“yeah. Tapi muka tu, ingat I tak tahu?”

“well. Don’t judge me by the way I look, though I know I’m good looking”

“right. You are still annoying.”

Fazura kembali ke dapur. Lauk yang dimasak tadi dipanaskan semula. Dia pun sebenarnya tak percaya dengan diri sendiri.

Telur bungkus. Even tak perfect dan dia terpaksa triple ‘bungkus’ telur tu sebab bocor, but still rasanya okay. Dan ayam black pepper. Agak hitam. Tapi okay.

Rasanya mungkin sedap. Mungkin.

“tak sangka within these few weeks, you dah boleh masak. Tapi still eatable ke?”

“of course. Nak tahu sendiri, kenalah try.”

Farhan angkat bahu. Nasi dan lauk dah disumbat dalam mulut. Dia kunyah perlahan. Hatinya risau. Manalah tahu kalau-kalau diarrhea lagi.

“so?”

“erm…”

Fazura menunggu kata-kata dari farhan.

“first impression, agak lacking. Then, rasanya…you tertukar garam?”

Fazura pandang farhan tak percaya.

Takkanlah masin sangat?

Terus dia sendukkan lauk dalam pinggan.

“erk.”

Masin.

Seriously masin.

Dia pandang kecewa dengan lauk-pauk atas meja. Penat dia memasak tapi akhirnya kecewa. Hajatnya nak gembirakan hati farhan, tapi..

Cup.

Nak gembirakan hati farhan?

Dia pandang farhan.

Yup. Dia memang nak gembirakan hati lelaki itu. At least, sikit pun jadi. But then, macam ni pulak jadi?

“but. Overall, I give 6 over 10.”

“for the efforts.”

Farhan senyum sikit.

Dia nampak bertapa kecewanya fazura. Penat lelah fazura untuk memasak, walaupun dia baru mengenal tentang aktiviti itu.

Fazura senyum. Hambar.

“don’t worry. still boleh alter.”

Farhan bangun dari kerusi. Tangan dibasuh.

“you nak bawak mana ni?”

Fazura pandang farhan yang membawa pinggan lauk-pauk itu ke dapur semula. Farhan hanya angkat bahu.

“wait and see. And learn.”

Dia melihat farhan yang sedang memasak itu. Tekun.

“nah. Rasa.”

Sudu dihulurkan kepadanya.

“sedap.”

“better?”

“yeah. Way better,”

Farhan senyum.

“okay then, kita boleh sambung makan.”

Mereka kembali ke ruang tamu.

“thanks, farhan.”

“why?”

Fazura diam. Selalunya susah untuk dia terangkan kepada farhan. Susah untuk dia jelaskan kenapa dia berterima kasih kepada lelaki. Sudahnya dia hanya geleng.

“nothing. Makanlah.”

Dalam diam, dia mengeluh perlahan.

Rasa nak ketuk diri sendiri pun ada.

Memang farhan cakap dan pesan, nak masak, kena ada dia sekali. Sebagai observer. Tapi takkanlah setiap kali masak kena ada farhan?

Macam mana nak improve kalau macam tu?

Dan macam mana nak ambil hati dan gembirakan farhan kalau kena ada farhan setiap kali masak?




haine et l'amour 12

[12]

Ipod ditangan kanan dislide. Jari-jarinya laju menekan volume. Sekuat mungkin. Loud.

Earphone disumbat dalam telinga.

Lagu MUSE. Nasib baik bukan metallica.

Hati yang panas membara ini perlu disejukkan.





“you buat apa ni?”

Fazura pandang farhan dikaunter dapur. Tanpa perasaan. Tangannya kembali lincah bekerja.

“I’m asking you.” Suara itu berbunyi lagi.

Dia mengeluh. Nak buat kerja sikit pun tak senang.tak boleh duduk diam-diam dalam mini-office tu ke?

“tengah mengemas.” Balasnya pendek.

“mengemas?”

Dia angguk. Mata masih memandang bawah. Tangan masih bekerja.

Dah terang-terang dia tengah mengemas ni, takkan itu pun nak Tanya lagi?

Ada mata, tengok.

“this is what you called mengemas?” Tanya farhan lagi. Tak puas hati.

Memanglah fazura ni tengah mengemas, tapi…

“yup. You dah tahu, dah nampak. nak Tanya lagi?” balasnya sedikit menyampah. Obvious.

Farhan pandang fazura. Kemudian, dia memandang ruangan dapur yang selama ini putih bersih dan kemas kini dah bertukar, menjadi…. Kawasan-selepas-dilanda-ribut taufan?

“apa yang you dah buat ni?” tanyanya lagi.tak puas hati dengan penjelasan pendek dari fazura.

“told you, mengemas.”

Fazura bangun dari bersilanya. sedikit marah dengan nada tone farhan.

“apa yang you dah buat before mengemas ni?”

“baking.”

“baking?”

Fazua angguk.

Betullah. Tadi, dia baking.

Tapi, baking rupanya tak sesenang yang dia nampak. Tak se’lawa’ hasil yang dia pernah makan.

“then, what happened?”

Fazura diam.

Dah nampak, dan boleh buat kesimpulan sendiri. So, fikir sendirila.

“you blew up the kitchen?”

“na. i’m decorating the kitchen.” Ujar fazura sinis.

“with these mess?”

“kan I  dah nak kemas ni.”

“yes you are.”

“and please, farhan. Sila keluar. I nak kemas ni.” ujarnya dengan penuh lemah lembut untuk menghalau farhan keluar dari dapur.

“kalau I taknak?”

Fazura pandang farhan. Tak puas hati.

“keluarla. Nanti mulut you tak habis-habis bagi komen maut. Sakit telinga tau. Sakit hati lagi. Badan I sakit pun ada jugak. Layan you macam layan…” fazura terdiam sebentar.bertenang. kalau tak, ada jugak yang berperang nanti.

“layan siapa?”

Fazura biarkan soalan itu tergantung.

Tangannya kembali menyelap lantai yang ada sisa-sisa mixture yang terpecik tadi.

“layan siapa, fazura?”

Fazura masih tekun dengan kerja mengelapnya.

“layan orang gila.” Balsnya pendek.

Memang betul pun. Layan farhan lagi teruk dari layan orang yang kurang siuman. Even sakit hati tapi tahu yang orang itu tak ada keupayaan dalam mengawal dirinya. Tapi farhan ni? sihat walafiat. Physical dan  mental.

“nak tengok I jadi gila?”

Fazura pandang farhan tajam.

“you jangan nak buat kerja gila.”

“kalau I nak?”

“you wouldnot dare..”

Farhan angkat kening.

“really?”

Fazura bengang. Blood pressure dah naik sikit.

Tahu tak yang dia sekarang ni memang mood tak baik?

Tapi lelaki ni saja nak tambah minyak kan. saja nak buat dia naik angin.saja nak cari gaduh.

Selepas cooking day, dia jadi semangat. Semangat untuk belajar memasak. Yelah, dia dapat positive response dari farhan. Mestila semangat memasak up kan?

Kemudian, semalam masa balik office, dia nampak sibakery girl merangkap jsmine.

Idea untuk baking terus datang.

Macam biasa, dia google. Chocolate cake. Macam simple. Resepi pun tak complicated.Terus dia beli barang-barang.

Permulaan buat cake ni, semuanya berjalan lancar. Apa yang perlu dia sukat, da sukat. Perfect. Semua cara-cara dan langkah-langkah berjaga dia ikut. Sebijik-sebijik. Berapa minit untuk mix butter dengan gula, dia ikut. Berapa lama kena masukkan telur sebiji-biji pun dia setkan timing. Every second. Every minute. Perfectly.

But then, semuanya jadi nightmares.

Last step. Masukkan tepung dan coklat genache.

Entah mana silapnya, mixture keknya bertukar menjadi ribut taufan. Terbang kesana kesini. Terpercik kesana ke sini.

Oh my, rupanya mixer terlalu laju.

Then, masa nak offkan mixer tu, dia terlanggar kotak telur yang ada dihujung meja.

Selamat sudah 6 biji telur ‘membuat corak’ dilantai. Elok pulak warnanya. Putih dan kuning. Cantik sangat.

Dan selepas itu, semuanya…..nightmares.

Hati yang kecewa ditenangkan sendiri. Dia tarik nafas dalam. Nak mengamuk, memanglah.

Tapi.

Nak buat macam mana, dah nak accident. Nak salahkan mixer tu, tak logic. Nak salahkan telur yang ada kat hujung meja tu, lagila merapu.

Akhirnya, semua adunan kek itu dah masuk sinki. dan dapur perlu dikemaskan. Impian untuk bake chocolate cake hilang habis. Hancur.musnah.

Ingatkan semua kerja-kerja mengemas akan settle sebelum farhan muncul. Tapi rupanya tidak. Ingatkan lagi, farhan akan tengok dan ketawakan dirinya. Tapi, dia lupa agaknya. Farhan takkan lengkap tanpa kata-kata sinis yang tajam lagi berbisa itu.

Dan sekarang? Farhan tengah menguji tahap kesabarannya yang dah tipis ini, tambah pula dengan rasa kecewa dan marah dengan diri sendiri sebab gagal buat chocolate cake yang senang itu.

“baik you keluar. Before I mengamuk.”

Farhan gelak.

“mengamuk? That’s interesting. Dah lama I tak tengok orang mengamuk.”

Fazura pandang farhan tajam. Farhan angkat kening. Double. Tangan disilang didada.

Memang cari nahas!

“tak payah nak buat muka garang macam tu. ingat I takut?”

“lain kali ingatlah. You ni baru nak belajar masak. Belajar dulu benda senang. Ini tak, terus nak bake kek? Huh. Memang tak sedar diri.”

“you!”

Kesabarannya dah off.

Telur yang ada lagi berbaki atas meja dicapai dan dibaling kepada farhan.

Pap.

Pap.

Elok landing diatas dahi lelaki itu. 2biji.

Padan muka!

Farhan pula dah terpaku. Tak sangka kena serang dengan telur.

“you what?”

Tak cukup itu, tangannya mencapai tepung dan dibaling kepada lelaki itu.

Farhan dah bertukar warna. Padan muka! Puas hatinya dapat kenakan farhan.

Dah cakap tadi, suruh keluar tapi taknak. Kan dah kena.suka sangat provoke orang, dahla mood memang tak ada.

“fazura!”

Suara farhan bergema.

Marah.

“kan I dah cakap, suruh you keluar. Tapi you yang degil and nak jugak provoke I. kan dah kena. Bukan salah I seorang. You yang sengaja cari pasal. Lagipun tadi you nak tengok I mengamuk kan? ha, dah dapat.”

“best?”

Fazura silang tangannya. Bersedia untuk segala kemungkinan yang ada.

Farhan gelak kecil.

Fazura buat muka. Hairan. Tadi, marah. Sekarang gelak pulak? Memang dah gila ke?

“macam mana you lepaskan geram pada I, you takkan lari dari hakikat yang you sebenarnya tak pandai langsung memasak. You beli cooking book yang paling mahal pun takkan dapat gurantee yang you akan pandai masak.”

“you are seriously dan definitely cannot cook. Not in thousand years”

“I wonder, gene memasak tu memang tak ada dalam badan you? Nak I registerkan you dalam cooking class for for juniors?”

Farhan gelak. Sinis.

Fazura tersentap.

Sungguh. Segala apa yang fazrhan cakap itu terkesan dihatinya. Setiap kata-kata farhan meresap dalam otaknya.

Dia pandang farhan. Tarik nafas.

“thanks sebab ingatkan i.” ujarnya perlahan. Sedih.

Saat dia cuba bergerak keluar dari dapur, langkahnya sumbang. Dan akhirnya jatuh. Macam nangka busuk depan farhan.

Sakit.

Lagi kuat lelaki itu gelakkannya.

Airmata yang ditahannya keluar juga.

Hatinya dah tak rasa apa. Kecewa, sedih, sakit. Semuanya ada. Tapi bila dah banyak kali kena ‘attack’ rasanya hatinya dah tak berperisa.





Dia benamkan mukanya ke beanbag. Geram masih bersisa.

Dapur yang messy tadi ditinggalkan. Nantila, bila dah dirinya tenang dan bila farhan keluar dari rumah, dia akan bersihkan.

Yang penting sekarang, hatinya kena bertenang dulu.

Dia tenung langit. Dah bertukar warna. Senja.

Dia bangun. Baju kotor dan semestinya mukanya comot perlu dibersihkan.

Dia masuk kebilik. Kosong.

Mana farhan?

Ah. Lantakla.

Tuala dipenyidai ditarik dan dia melangkah masuk ke toilet.

Dia terpaku dihadapan pintu toilet.

Farhan.

Berus gigi ditangan kanan dan berboxer. Memandangnya sambil mengangkat kening.

Fazura kaku.

Kenapalah nasibnya hari ni malang? Asyik ‘bermain’ mata dengan lelaki itu saja.

Dia menimbang dalam hati. Nak masuk atau keluar?

Masuk dan buat selamba, macam farhan langsung tak wujud.

Atau, keluar dan copkan diri sendiri yang dia sebenarnya suka mengalah?

Huh.

Perlahan dia senyum kecil. Nak mengalah? Huh, sorry. Lebih-lebih lagi bila teringat kisah kat dapur tadi.

Dia buat-buat tak nampak farhan walaupun tadi obvious sangat mereka bertentangan mata. Dia buka baju satu demi satu dan diganti dengan tuala dibadan.

Nak malu?

Tak payah. Lagipun farhan dah pernah tengok masa kat colmar tropicale dulu. Dan sekarang farhan dah jadi suaminya. Tak ada halangan langsung.

Farhan senyum. Tak sangka, berani pulak fazura menukar baju didepannya. Dia siap berkumur dan berus gigi diletak didalam bekas. Dia kini berpaling dan menghadap kea rah fazura yang sedang menukar bajunya. Tangan disilang.

Free show depan mata. Mana boleh lepas.

Dia mengangkat kening.

Fazura buat tak endah.

“are we going to take bath together?”

Fazura pandang farhan.

“why? You takut? Nak back out?”balas fazura berani.

“me?”

Farhan gelak.

“ikan depan mata, mana boleh lepas. Right?”

Fazura buat muka. Ingat dia takut?

“it is  a yes then.”

Fazura hanya pandang farhan yang semakin dekat.



*****



Selesai berpakaian, fazura kembali melangkah ke dapur. Perlu kemaskan dapur berselerak tadi. Sekali lagi dia terpaku.

Ruangan dapur dah kembali normal. Putih bersih. Macam tak ada apa-apa yang terjadi tadi.

Dia bermimipi?

Tak mungkin.

Lantai yang bercorak dengan telur tadi dah bersih. Licin. Siap berbau pencuci lantai wangi lagi. Kaunter dapur yang penuh dengan mixture chocolate cake tadi juga bersih. Bahan-bahan baking dah disusun elok ditepi kaunter. Bekas telur dah kembali ke tempat asal.

Seriously?

Dapur ni dah kembali ‘normal’.

Di satu sudut sebelah bahan-bahan cooking,  ada sebuah kotak di situ. Nota kecil ditarik dan dibaca.



I am your chef. Remember that. Kalau nak cooking or baking or whatever, take permission from me first. Then, we’ll do it. Only with my presence and my permission. Kalau tak, memang disaster.



Kotak dibuka.

Sebiji chocolate cake yang sederhana kecil. Hanya ada satu bunga hiasan kecil diatas kek.

Fazura menutup kembali kotak itu.

Dia tersenyum kecil.

Peristiwa bergaduh dalam toilet tadi masih terbayang. Ada ke patut dia dan farhan bertekak dalam toilet tu semata-mata nak berebut bathtub? Masing-masing taknak mengalah. Masing-masing nak masuk dalam bath tub tu.

Terlintas jugak dalam kepalanya, kalau share, apa salahnya kan? tapi, farhan tak cakap apa-apa. Takkanlah dia pulak nak usulkan, kan?

Tak pasal-pasal dapat title penggoda. But why not? Kata dah husband wife.

Last resort, fazura guna taktik kotor.

Sementara farhan tengah cuci muka, dia terus masuk dalam bathtub dan tuangkan shower cream banyak-banyak dalam air. Sampai berbuih-buih.

Farhan hanya mampu pandang tajam. Terus dia beralih ke shower dan mandi disitu.

Farhan,mana boleh kalau bathtubnya berbuih penuh. Cukuplah kalau air suam-suam. Untuk tenangkan badan. Tak perlu buih-buih.

Fazura senyum menang. Dia pun sebenarnya tak suka jugak tapi untuk beralah dengan farhan kali ni? mintak maaf. Lain kali saja, okay?

Kotak dibuka lagi. Kek dipandang lama.

Senyuman kembali terukir.




haine et l'amour 11

[11]          

“what are you doing?”

Tanya farhan bila dia mula melangkah masuk ke dapur. Kelihatan fazura dikaunter dapur sambil memotong sesuatu.

Fazura pandang farhan kemudian kembali menumpukan perhatiannya ke chopping board. Carrot ditangan kanan dan pisau ditangan kiri.

Kenapa macam akward ni? salah pegang pisau ke?

“you buat apa ni?” farhan mendekati fazura.

“cooking.” Jawabnya sepatah.

Masih lagi berhati-hati memotong carrot. Dan semestinya Nampak sangat kekoh.

Farhan mengeluh perlahan.

Silap-silap haribulan, ada yang hilang jari.

“give me that.”

Fazura kalih sekejap. Dia buat muka.

“for what?”

“nak buat mainan.”

Fazura jeling tajam. Orang nak masak pun tak senang. Ada saja nak menyibuk.

“give me that.” Tegas farhan bila nampak fazura masih lagi terkial-kial memotong carrot.

Dengan malas-malas, dia menghulurkan carrot yang baru suku dipotongnya dan pisau kepada farhan.

“nak tunjuk pandaila tu.”

“at least lagi okay dari you. Pegang pisau pun salah. Macam mana nak masak?”

“pernah masuk dapur tak sebelum ni?” tambah farhan lagi bila fazura diam.

Fazura tarik muka.

Bangun pagi tadi, dia berazam untuk mencuba masak. Buku masakan yang dah lama bersarang dirak ditarik perlahan.

Cooking for dummy.

Cashier kat book store pun gelakkan dia. Kalau farhan tahu, memang tergolek lelaki itu gelakkan dia. Ah, lantakla. Yang penting dia ada inisiatif untuk memasak.

Tak cukup dengan itu, dia guna google. Cari resepi paling mudah.

Omelet.

Senang kan?

Huh. Memang senang.

Nak pecahkan telur pun dia struggle. Macam mana nak guna kuali dan dapur tu?

Entah kenapa, dia rasa dirinya sangat tak berguna. dah besar panjang macam ni pun tak pandai masak? Orang lain, even tak pandai masak pun tapi tak seteruk dia.

Nak pecahkan telur pun ambil masa setengah jam. Dan, dia terpaksa korbankan 5 biji telur untuk dapatkan sebiji telur yang perfect dalam mangkuk.

Kagum sekejap dengan budak-budak yang masuk Junior MasterChef Australia itu.

“macam mana nak masak kalau asyik day dreaming saja?”

“look at me. And see how I do it.”

“you kan guna tangan kanan. So pisau ni pegang dengan tangan kanan. Dan carrot ni pegang dengan tangan kiri. Then, jarakkan carrot yang nak dipotong ni dengan tangan you supaya I tak susah-susah nak hantar you masuk ER.”

Sempat lagi nak sindir!

“see. Senang kan?”

Fazura pandang farhan kagum. Kagum boleh potong carrot dengan cantiknya. Dan dengan symmetry.

“you nak buat apa ni?”

“omelet.”

“guna carrot.”

“excuse me?”

“well, I ubah sikit resepi tu.”

“you nak bagi I makan tu?”

Fazura angguk.

“no, thank you. I taknak diarrhea lagi.”

“it’s just omelet. Bukannya boleh masuk hospital.”

“yeah. Omelet. Masalahnya you yang buat. I’m not willing to sacrifice mylife.”

“what?”

Farhan angkat kening.

“so, you nak apa untuk breakfast?”

Farhan gelak.

“yang ni pun you struggle nak buat, ada hati nak buat resepi lain?”

Fazura tarik muka. Orang dah determine nak belajar masak, tapi ini sambutan dan galakan dari farhan? Tapi, sepatutnya dia dah boleh agakla kan?

Farhan. The annoying guy.

Farhan mengeluh perlahan.

“just continue dengan omelet you.”

“you akan makan?”

“depend.”

“depend? What? Ouch.”

Fazura pandang jari sendiri. Kan dah luka.

Farhan pandang tajam.

Cepat-cepat dia ke sinki dan membilas lukanya. Nasib baik sikit saja. Tak berdarah sangat pun. Buat drama saja lebih.

Dia kembali ke chopping board dengan jari tangan yang cedera. Sempat jugak dia koyak dan tampalkan handiplast yang memang dia dah sedia awal-awal tadi.

Cooking emergency.

Farhan hanya melihat. Tak rasa pulak nak menolong.

“come. Let me teach you again.”

Farhan berdiri dibelakang fazura. Dia meletakkan tangannya diatas tangan fazura yang sedang memegang pisau dan carrot itu.

“see.”

“senang kan?”

Fazura angguk perlahan. Tak susah pun sebenarnya.

Cuma sekarang, yang bermasalah adalah jantungnya yang overworked. Dan farhan dibelakang.

“dah. Siapkan selebihnya.”

Farhan dah berdiri jauh dainya. Fazura tarik nafas lega.

Nasib baik.

Kalau tak…….

“okay. Tengok ni. bila dah panaskan kuali. Jangan biarkan macam tu. letak minyak. Depend on apa yang you nak masak. Kalau omelet ni, guna minyak sikit. Kalau nak goreng, guna banyak.”

Fazura angguk.

“remind me, why I should teach this?”

“bukankah you dah ada cooking book tu? cooking for dummy?”

Farhan gelak. Kuat.

Fazura buat muka.

Carrot ditangan digenggam erat. Kalaulah dia tak fikir panjang, dah lama carrot ni melayang. Biar padan muka!

Setengah jam bertungkus lumus menyiapkan omelet, akhirnya dia siap. Walaupun ada jugak hitam-hitam, tapi dia berpuas hati.

First time guna dapur memasak untuk memasak secara real.

Patut bagi ganjaran pada diri sendiri.

“so, comment?”

Fazura pandang farhan.

“hangit. Masin.”

“that bad?”

Farhan angguk.

“yup. But then.”

Farhan berjeda. Fazura menunggu. Tak sabar nak dengar kritikan dari farhan.

Rasa pahit? Manis? Rasanya tak letak gula tadi. Eh, orang letak gula ke dalam omelet?

“I’m glad my wife did this. Her first time.”

Farhan senyum.

Fazura tergamam. Terkedu.

Farhan puji? Dan lelaki itu senyum? Senyum yang bukannya sinis pulak tu.

Mata dan telinganya bermasalah ke?

Dia bermimpi?

Perkataan itu. My wife.

“cepat makan. Today is our cooking day. We need to go shopping and find you new cook book. The real cook book.”

Farhan bangun dari kerusi.

Kepala fazura diusap perlahan.

Dalam diam, dia senyum lagi.

Tak sangka dengan diri sendiri. Puji isteri sendiri.

Well, maybe. Permulaan untuk hidup mereka. Kalau fazura bersungguh untuk berubah, apa salahnya dia juga?



*****



Farhan menolak troli perlahan. Masih kosong walaupun mereka dah sejam berada di tesco itu. Fazura masih lagi asyik dengan buku masakannya yang baru dibeli tadi.

Bila sampai saja, fazura terus menyerbu kedai buku. Bersemangat sungguh.

Yelah, tadi hubby dah puji, mestilah ada semangat sikit.

Hubby?

Sound nice, right?

“berapa kali kita kena pusing ni?”

Farhan mula bosan. Dan orang semakin ramai. Dia paling tak suka dengan keadaan ini. Beresak-esak.

“why don’t you push this and let me take over?”

Fazura pandang farhan.

“lebih cepat kita cari barang, lagi cepat kita balik. I hate this, you know!”

Fazura buat muka.

Rasa seronok dah mula hilang.

Dia tahu, yang farhan tak suka dengan keadaan ini tapi normallah kan kalau pergi tesco, atau mana-mana pasaraya? Tak pernah tak ada orang!

“I tak tahu nak cari apa. Tak jumpa resepi lagi.”

Farhan pandang tajam.

“you nak cari specific barang untuk setiap resepi?”

Fazura angguk.

Farhan mengeluh. Sabar. Sabar.

Buku masakan ditangan fazura diambil dan dicampak ke dalam troli.

“for this time, lupakan cook book tu. kita cari bahan basic.”

“basic?”

Farhan angguk.

Dah terbalik rasanya. Kenapa dia pulak yang ajar fazura?

Dia mengeluh.

“apa bahan basic kalau nak masak?”

“minyak?”

“then?”

“kuali.”

“lagi?”

“pisau, sudip, senduk.”

Farhan buat muka bosan.

“kenapa tak listkan semua barang-barang kat dapur tu? dapur, gas, sudu garfu semua?”

“you yang suruh I listkan. So I buatlah!” balas fazura geram.

Sama-sama tarik nafas dalam. Cuba bertenang.

Bukan ini sepatutnya yang terjadi.

“okay. Jom. Your cooking day, right? Ingat semua yang I nak cakap ni.”

Fazura angguk perlahan.

Dia mengikut langkah farhan. Troli masih lagi dipegang farhan.

“basic thing. Garlic, onion, cili, sayur-sayur. You tahu dan kenal kan semua benda tu?”

Fazura angguk. Melampaulah kalau dia tak kenal. Kalau tak, memang kena beli kamus bergambar.

“nanti kita beli kiub semua. Segala kiub dengan sos kita beli. Just in case nak correctkan masakan you.”

Fazura jeling geram. Tahulah dia langsung tak pandai masak.

“then, kita pergi beli barang basah pulak.”

“you nak makan apa?”

Farhan pandang fazura hairan. Kenapa Tanya?

“why?”

“salah ke Tanya?”

“just curious.”

Langkah fazura dicepatkan bila mereka sampai dibahagian basah.

Laju saja dia menyuruh pakcik tu bungkuskan udang besar sekilo dan ikan merah sekilo.

“ni?”

Fazura angguk.

“you suka makan udang kan? I nak try masak.”

Farhan terpaku sebentar.

“wait here. Jaga troli tu.”

Farhan kembali  15minit kemudian.

“kenapa beli ayam? Bosanlah.”

“bosan atau tak. You tak boleh makan udang, right?  so terima saja kenyataan yang you kena makan ayam seumur hidup. Jom. I nak daging.”

Sekali lagi fazura terpaku.

Macam mana farhan tahu dia tak boleh makan udang?

And, he bought chicken for me.

He knows me.right?

Senyuman terukir dibibir.

Langkah dicepatkan, untuk menyaingi langkah farhan.

“thanks.”

“why?”

“nothing.”

Farhan pandang fazura yang sedang senyum. Hairan.

Kenapa tiba-tiba nak cakap terima kasih?

Dia pandang bungkusan ayam dalam troli.

Sebab ayam ni ke?

Perlahan dia senyum kecil.


Unexpectedly, benda kecil macam tu mampu buatkan someone happy. Dan juga, buatkan hatinya gembira.